Tugasan 1 - Okt 2010

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

TUGASAN 1 (LINGUISTIK) Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat

1. Pendahuluan Secara umumnya, ramai berpendapat bahawa Ilmu linguistik hanya perlu dikuasai oleh orang yang terlibat secara langsung dalam bidang bahasa. Salah tafsir mengenai maksud linguistik juga merupakan punca masyarakat kurang prihatin tentang ilmu linguistik ini. Sebenarnya linguistik merupakan satu sains yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian dan mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dan diteliti. Secara tidak langsung Bahasa memainkan peranan tersendiri dalam kajian ilmu linguistik. Manakala, Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa - tidak kira bahasa apa pun - menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul pula soal `nasionalisme bahasa' yang termasuk dalam kajian sains politik. Turut dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bagaimana bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa'. Sering kali, `politik bahasa' ini menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu. Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Contohnya yang terdekat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand. Ada negara yang dasar
1

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

bahasanya tidak bertulis. Tidak ada akta bahasa. Contohnya, di Britain bahasa rasminya iaitu bahasa yang digunakan dalam semua urusan dan kegiatan sektor swasta ialah bahasa Inggeris. Padahal di Britain terdapat banyak bahasa lain seperti bahasa Scottish, bahasa Wales dan bahasa Irish yang hampir-hampir luput kerana fungsinya di seluruh Britain sangat terhad. Yang terakhir, bahasa juga menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal yang dikaji selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat atau perkataan itu, yang disebut `proposisi', benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita hendak memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan `meja' benar-benar melambangkan benda yang disebut `meja' itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu kajian tentang `tanda' atau `lambang', juga menanyakan soal yang sama.1 Berdasarkan huraian ringkas tentang kepelbagaian minat yang diberi oleh pelbagai ahli dan pemikir (tidak hanya ahli bahasa) terhadap bahasa dan hubungannya dengan manusia, masyarakat, politik, falsafah, budaya, etnisiti, psikologi dan pemikiran, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti sistem linguistik semata-mata. Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan, sebutan baku dan sebagainya. Tetapi bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Ia juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia.

2. Definisi dan Konsep

2.1 Definisi Bahasa Terdapat pelbagai tafsiran dan definisi mengenai Bahasa oleh para sarjana yang telah dikemukakan mengikut kepakaran dan bidang masing-masing. Bahasa adalah alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. (a) Nababan: bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis.
1

DR. HASSAN AHMAD http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana &pg=re_03.htm&arc=hive 2

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(b) Chomsky: bahasa adalah kebolehan inat (semulajadi) penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu. (c) De Saussure: bahasa adalah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti bahasa. (d) Edward Sapir: bahasa adalah sistem manusiawi yang instingtif (arbitrari) untuk menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari. (e) Menurut Gorys Keraf (1997 : 1), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan dengan mengatakan bahwa bahasa bukan satusatunya alat untuk mengadakan komunikasi. Mereka menunjukkan bahwa dua orang atau pihak yang mengadakan komunikasi dengan mempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati bersama. Lukisan-lukisan, asap api, bunyi gendang atau tong-tong dan sebagainya. Tetapi mereka itu harus mengakui pula bahawa bila dibandingkan dengan bahasa, semua alat komunikasi tadi mengandung banyak segi yang lemah. Bahasa memberikan kemungkinan yang jauh lebih luas dan kompleks daripada yang dapat diperoleh dengan mempergunakan media tadi. Bahasa haruslah merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bukannya sembarang bunyi. Dan bunyi itu sendiri haruslah merupakan simbol atau perlambangan.

2.2 Definisi Linguistik Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud "bahasa". Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah linguistics dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".2

Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010. M.s 2.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Banyak definisi mengenai linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik. Tafsiran-tafsiran mereka tertumpu kepada pengertian kata linguistik itu sendiri. Menurut Prof. Madya Arbak Othman, linguistik merupakan kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan (sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini

dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de Saussure).3 Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata 'linguistik' merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain. Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik ( Sociolinguistics), Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik ( Psycholinguistics).

Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

2.2.1 Bidang Kajian Linguistik Bidang kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistic terapan. Daripada ke semua bidang tersebut, terdapat tiga bidang utama yang penting dipelajari dan diketahui secara mendalam iaitu bidang fonetik dan fonologi, bidang morfologi dan bidang sintaksis. Bidang fonetik dan fonologi melibatkan pertuturan bahasa dengan bunyi-bunyi bahasa iaitu cara sebutannya, sifat-sifat akuastiknya, fungsi, susunan dan struktur. Bidang morfologi ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem. Manakala bidang sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Ia mengkaji konstruksi ayat iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Sintaksis juga merupakan cabang ilmu linguistik yang membicarakan tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik, dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat terhadap bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan pendidikan. Kesimpulannya, pengertian linguistik bolehlah dirumuskan sebagai bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

2.3 Definisi Masyarakat Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Edisi kedua, masyarakat diertikan sebagai sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. 4 Manakala, Prof Arbak Othman menyatakan bahawa masyarakat ialah kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan yang teratur untuk memenuhi keperluan dan kepentingan hidup anggota-anggotanya. Sekumpulan manusia yang mempunyai kebudayaan yang sepunya dalam lingkungan kawasan tertentu, mempunyai perasaan kesatuan dan menganggap diri mereka sebagai suatu entiti yang nyata (Theodorson 1979), atau sebagai suatu struktur sosial (Hugo F. Reading), atau sekumpulan manusia yang beretnik dan berketurunan melalui reproduksi biologi, atau kelompok yang mempunyai sistem sosial yang komprehensif (yang jelas dan mempunyai peranan sosial tertentu).5 Masyarakat dikatakan mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) boleh berubah mempunyai kelas sosial mempunyai dialek sosial mengalami evolusi sosial perbezaan interaksi sosial mobiliti sosial dinamik, berubah terus-menerus secara lambat atau pantas, secara evolusi, difusi, revolusi. (h) golongan memerintah dan diperintah.

3. Fungsi Bahasa Bahasa amat penting dalam kehidupan manusia agar dapat berinteraksi sesama manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan ini disekat, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh, seorang yang diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang lain, ini akan
4

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat

http://www.ppl.upm.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=5460&Itemid=192&lan g=en&colorstyle=green di akses pada 21 Okt 2010.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

memberi tekanan yang besar kepada manusia kerana tidak berkesempatan untuk berbahasa ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk berbicara, rohani seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting. Secara umumnya, bahasa berperanan sebagai : Alat komunikasi. Alat ekspresi diri. Alat kawalan sosial. Alat perakam

Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri sebaliknya idea-idea yang datang daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara. Penelitian bahasa dalam sosiolinguistik melibatkan percubaan mengaitkan viarasi bahasa dengan konteks sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam masyarakat. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam aspek atau segi sosial tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Ia memberi pedoman kepada kita dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya bahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang tertentu. Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti untuk menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi; untuk menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar, untuk menjadikan pendengar menyambut, untuk mempernyatakan atau mengujarkan perasaan dan untuk pentaakulan intelektual. Ada empat golongan fungsi bahasa iaitu: a. fungsi kebudayaan, b. fungsi kemasyarakatan, c. fungsi perorangan dan d. fungsi pendidikan. Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi sarana untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan dari satu tahap ke satu tahap dan dari satu generasi ke satu generasi.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Fungsi kemasyarakatan pula terbahagi kepada dua iaitu yang berdasarkan ruang lingkup dan yang berdasarkan bidang pemakaian. Dalam ruang lingkup terdapat dua jenis iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa kelompok. Fungsi perorangan pula terbahagi kepada beberapa fungsi seperti fungsi instrumental, fungsi menyuruh, fungsi interaksi, fungsi keperibadian, fungsi khayalan dan fungsi informasi. Manakala fungsi pendidikan pula dikatakan sebagai tujuan penggunaan bahasa dalam pendidikan dan pengajaran. Seterusnya fungsi pendidikan terbahagi kepada empat iaitu fungsi integratif, fungsi instrumental, fungsi kultural dan fungsi penalaran. Dengan keadaannya di atas, masyarakat juga mempunyai pelbagai ciri. Bahasa yang digunakan dalam sesebuah masyarakat ditentukan oleh norma-norma sosial. Masyarakat berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ini memberi kesan kepada bahasa yang mengembangkan masyarakat tersebut. Dalam masyarakat melayu, pangkat dalam pentadbiran atau dalam hubungan kekeluargaan bahkan di kalangan adik beradik sangat dibezakan seperti Kak Long, Abang Ngah, Pak Uda, Mak Alang dan sebagainya. Seseorang itu juga mestilah memastikan sama ada kata-kata yang dipakai sesuai dengan kedudukannya. Misalnya antara rujukan kehormat dengan pangkat atau gelaran peribadi yang disapa.

4. Ilmu Linguistik : Kegunaan dan Kepentingannya dalam kehidupan Masyarakat Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. Kajian linguistik pula untuk melihat bentuk bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling. Jadi semestinya linguistik mempunyai kepentingan dan memberi sumbang yang tersendiri kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada pengguna sesuatu bahasa. Bidang linguistik dan Sosiolinguistik adalah merupakan disiplin kajian menyeluruh tentang bahasa. Kerangka linguistik melihat teori secara keseluruhan tentang kajian bahasa, manakala kerangka sosiolinguistik pula melihat tentang kedudukan bahasa dan gejala yang berlaku dalam kepenggunaan bahasa dalam lingkungannya. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah
8

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Antara kepentingan dan sumbangannya adalah seperti berikut: 1. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa. 2. Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang ciri- ciri bahasa dan peranan yang boleh dimainkannya. Contohnya untuk pembangunan sesebuah negara yang akan atau baru merdeka, satu bahasa perlu diangkat sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan pembagunan. Dalam hal ini juga, bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang bersifat pelbagai kaum. 3. Seorang kaunselor, selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut, mereka perlu mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau pelanggan mereka. 4. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana penterjemahan akan melibatkan faktor bahasa dan kebudayaan. Untuk itu, kedua factor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya. 5. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan bahasa, seperti guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa, pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. (Nor Hisham Osman, 2001). 6. Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya.

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

7. Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa. 8. Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks. 9. Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan bahasa. 10. Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang ilmu masing-masing.6 5. Rumusan Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu linguistik tidak hanya untuk mereka yang terlibat dengan bahasa sahaja. Manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa. Sejarah telah membuktikan bahasa, manusia sejak berzaman menggunakan dan berminat mengkaji bahasa. Ini kerana bahasa merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-keperluan asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatu padu, berkuasa dan bertamadun. Manusia juga berusaha mengkaji asal-usul bahasa dan juga dari aspek penggunaan seperti, puisi, nyanyian, doa, pidato dan sebagainya. Bidang kajian linguistik yang luas telah menjadikannya satu disiplin ilmu yang mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dengan menjadikan bahasa sebagai objek utama. Oleh itu, ia tidak dapat lari dari keterlibatan segala kegiatan masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka. Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang ber-bicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

Nota kuliah Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM

10

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK) Kajian tentang Keperihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Pengunaan Bahasa Malaysia. (i) Pengenalan latar belakang kajian Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Faktor geografi yang terdapat di Malaysia menyebabkan penggunaan bahasa rakyat Malaysia semakin bervariasi terutama di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, pelbagai suku kaum dan bangsa yang menetap di negara ini telah berkomunikasi antara satu sama yang lain menggunakan satu bahasa yang standard dan diiktiraf sebagai bahasa rasmi iaitu Bahasa Malaysia. Persoalannya, setakat manakah setiap rakyat Malaysia menunjukkan keperihatinan mereka terhadap penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka? Apatah lagi bahasa Malaysia atau bahasa melayu ini merupakan bahasa kedua bagi kebanyakan rakyat Malaysia terutama bagi kaum cina dan india serta beberapa kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak. Perbezaan bangsa seringkali akan mewujudkan perbezaan bahasa. Bangsa yang berbeza mempunyai bahasa ibunda yang berbeza, dan bahasa yang berbeza menghasilkan jiwa penutur yang berbeza (Asmah 1987:115). Tidak keterlaluan untuk kita mengatakan bahawa unsur atau komponen yang membentuk sesuatu bahasa secara dominan akan menentukan sahsiah bangsa yang memiliki bahasa tersebut, khususnya mereka yang berstatus penutur bahasa pertama atau bahasa ibunda bahasa tersebut.7 Lebih parah lagi, masyarakat melayu sendiri semakin kurang menggunakan bahasa melayu yang merupakan bahasa ibunda mereka sendiri. Dewasa ini, pelbagai cabaran dan halangan yang membuatkan penggunaan bahasa Malaysia dengan betul kurang diamalkan, antaranya ialah penggunaan Bahasa SMS, Bahasa Rojak, Bahasa Pasar dan lain-lain lagi. Kita perlu akur, kualiti bahasa Melayu yang dituturkan kini semakin lama semakin berkurang. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan media terutamanya media elektronik. Selain dari itu, bahasa Melayu kurang dituturkan oleh bangsa India dan Cina

Prof. Madya Dr. Zulkifley Hamid, (2004) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyatu dan Bahasa Pemisah Warga Malaysia. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia.

11

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

untuk tujuan bersosialisasi dan mereka lebih selesa dengan bahasa ibunda mereka selain berbahasa inggeris. Selain itu, lambakan program realiti di television dan program siaran langsung tanpa suntingan awal, mendedahkan penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada penggunaan bahasa rojak ini sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak menjadikan ia satu kebiasaan dan akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat lagi. Manakala kalangan murid-murid Cina dan India juga kebanyakannya masih kurang menguasai Bahasa Melayu. Tambahan lagi, jika mereka bersekolah di sekolah venakular seperti SJK( C ) dan SJK ( T ) serta penggunaan soalan aras Bahasa Melayu UPSR lebih rendah dari sekolah kebangsaan. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas rakyat Malaysia tentang keperihatinan mereka terhadap penggunaan Bahasa Malaysia dengan menggunakan kaedah soal selidik 10 individu dari pelbagai kaum, jantina, pekerjaan dan peringkat usia.

i.i

Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio +

linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.
12

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan prosesproses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum,

sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007). Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan

memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik, mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri, puan sri dan seumpamanya. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dikaitkan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua
13

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metodologi meyakinkan yang paling baik untuk kemudian berfungsi menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Sosiolinguistik mikro

memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.
14

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: o Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. o Perancangan bahasa o Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa o Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol o Bilingualisme dan multilingualisme o Kesantunan bahasa o Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. o Sikap terhadap bahasa

i.ii Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi

a. Bahasa Kebangsaan Menurut Kamus Dewan, 1970: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati diri bagi negara yang meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti bendera kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu kebangsaan dan seumpamanya. Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera, bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami umum, dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. Di Malaysia bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Soalnya, mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini? Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan, iaitu :
15

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti Bahasa Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya. Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa Mandailing dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia. Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orang-orang asli. Ketiga, terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa Tamil, Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa Inggeris, Hindustan, Banggali, dan Urdu. Kelima, adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negara kita. Akhir sekali ialah bahasa Kreol dalam kalangan orang-orang Portugis di Melaka, dan bahasa Pidgin atau bahasa pasar, iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan seumpamanya. Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa bumiputera dan bahasa bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu, bahasa-bahasa orang asli, dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa-bahasa ini dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini, bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa, Bahasa Acheh, dan sebagainya. Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun begitu, tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek Pulau Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek Melayu Sarawak, dan sebagainya.
16

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek Melayu Sabah, dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu Sarawak dan sebagainya. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal, bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di sekolah-sekolah. Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Banyak lagi faktor lain yang menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pedagang-pedagang dari negara China, India dan Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem tulisan yang sempurna, mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain.

b. Bahasa Rasmi Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara. Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi, tidak dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan.
17

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat jelata. Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara, atau bahasa penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

i.iii Sikap Terhadap Bahasa (language attitude) Untuk memahami apa yang dikatakan sikap terhadap bahasa terlebih dahulu haruslah dijelaskan maksud sikap itu. Kata sikap boleh tertumpu kepada bentuk tubuh, posisi berdiri yang tegak, perilaku atau gerak- geri dan perbuatan atau tindakan yang dilakukan berdasarkan pandangan (pendirian, keyakinan, atau pendapat) sebagai reaksi terhadap sesuatu yang berlaku. Sesungguhnya, sikap itu adalah fenomena kejiwaan, yang biasanya termanifestasi dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Namun, menurut banyak penelitian tidak selalu yang dilakukan secara lahiriah merupakan cerminan dari sikap batiniah. Banyak faktor yang mempengaruhi hubungan sikap batin dan perilaku lahir. Menurut Triandis (1971:2-4) berpendapat bahawa sikap adalah persiapan terhadap sesuatu kejadian yang dihadapi. Menurut Lambert (1967:91-102) pula menyatakan bahawa sikap itu terdiri dari tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan konatif. Ketiga-tiga komponen ini pada umumnya berhubungan dengan erat. Anderson (1974:37) membahagikan sikap kepada dua bentuk iaitu sikap kebahasaan dan sikap nonkebahasaan seperti sikap politik, sikap sosial, sikap estetis, dan sikap keagamaan. Kedua-dua jenis sikap ini dikaitkan dengan keyakinan atau kognisi mengenai bahasa. Oleh itu, menurut Anderson, sikap bahasa adalah tata keyakinan atau kognisi yang relatif berjangka panjang, sebahagian mengenai bahasa, mengenai objek bahasa yang memberikan kecenderungan kepada seseorang untuk bertindak dengan cara
18

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

tertentu yang disenanginya. Namun, perlu diperhatikan kerana sikap itu boleh berbentuk positif dan negatif. Begitu juga sikap terhadap bahasa. Umpamanya, pada akhir tahun 50-an masih banyak golongan intelektual di Indonesia yang masih bersikap negatif terhadap bahasa Indonesia. Seterusnya, ketiga-tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan

Garvin (1968) iaitu kesetiaan bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan bahasa mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain.. Ciri kebanggaan bahasa yang akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Sehubungan itu, kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini merupakan sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku terhadap bahasa masyarakat itu. Tanpa adanya kesedaran atau semangat untuk mempertahankan bahasanya merupakan salah satu petanda bahawa kesetiaan terhadap bahasanya sudah lemah. Sikap negatif terhadap sesuatu bahasa juga boleh terjadi apabila masyarakat itu sendiri yang tidak ada perasaan bangga terhadap bahasanya sendiri dan lebih mengagungkan bahasa orang lain. Faktor politik, ras, etnik, kelompok juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan masyarakat bersikap negatif terhadap bahasanya sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi sikap negatif ini ialah dengan melaksanakan pendidikan bahasa. Kesimpulannya, sikap terhadap bahasa begitu penting kerana boleh mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sesuatu bahasa masyarakatnya sendiri dan bukan bahasa orang lain, dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual.8

Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010.

19

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(ii)

Objektif Kajian Berdasarkan Tajuk kajian ini Keperihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Penggunaan Bahasa Malaysia, objektif yang digariskan adalah untuk meninjau: 1. Sikap dan tanggapan responden terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebanggaan. 2. Tahap penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan berdasarkan latar belakang responden dari segi kaum, jantina, pekerjaan dan usia. 3. Faktor-faktor halangan dan kekangan yang mempengaruhi responden dalam penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.

(iii)

Sampel/responden kajian Dalam kajian ini saya telah mengkaji 10 orang responden. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang,latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya.

(iv)

Pemerolehan Data Data kajian sampel diperoleh hasil dari temu bual secara tidak formal berasaskan soalan yang dikemukakan bertepatan dengan mengikut tugasan yang diberikan. Selain dari itu, kaedah permerhatian juga dijalankan untuk memperkemaskan hasil tugasan. Hasil dari temu bual yang dibuat, setelah dianalisa dan dibuat perbandingan dari beberapa rumusan sememangnya mencakupi aspek bidang kajian sosiolinguistik.

20

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(vi)

Sampel / Contoh Soalan Kaji Selidik

KAJI SELIDIK LINGUISTIK DAN SISIOLINGUSTIK Nama Umur Jantina Bangsa Agama Pekerjaan :___________________________________________ :___________________________ :___________________________ :___________________________ :___________________________ :___________________________ :_____________________

Kelulusan akademik

Bilangan bahasa yang dikuasai :____________________________ Nyatakan Soalan-soalan 1. Apakah bahasa yang digunakan di rumah? ___________________________________________________________ 2. Apakah bahasa lain yang digunakan selain daripada bahasa di atas? ___________________________________________________________ 3. Bahasa yang digunakan di tempat kerja? ___________________________________________________________ 4. Bahasa yang digunakan dalam aktiviti sosial. Contohnya bersama rakan- rakan. ___________________________________________________________ 5. Bilakah anda menggunakan bahasa rasmi? :___________________________________________

21

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 6. Persepsi / pandangan mengenai bahasa Melayu. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 7. Persepsi / pandangan mengenai bahasa kedua? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 8. Persepsi / pandangan mengenai masa depan Bahasa Melayu. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 9. Apakah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian yang boleh menghalang anda dari menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa rasmi) sepenuhnya? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(vii)

Hasil / Dapatan Kajian Berikut adalah laporan gambaran sebenar sejauh mana Bahasa Melayu digunakan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, melalui kajian ini juga kita dapat merumuskan sikap dan keperihatinan responden terhadap bahasa kebangsaan tersebut.

a)

Responden 1. Umur: 50 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab / Syariah)
22

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam. Pengalaman Kerja: 23 tahun Beliau merupakan seorang wanita berkerjaya yang mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi. Seorang ustazah yang sangat disegani dalam kalangan rakan sekerja dan para pelajar di sekolah tempat beliau mengajar. Menggunakan bahasa penuh sopan santun dan lembut bila berbual. Kepakaran beliau sebagai guru agama sangat membantu dalam menjayakan temu bual ini. Sememangnya tidak dinafikan kepetahan bercakap beliau amat baik kerana beliau dapat memahami sedikit sebanyak ilmu linguistik dan digunakan bagi menyesuaian diri semasa berinteraksi. Penggunaan laras bahasa dan juga ragam bahasa akan ditukar mengikut situasi dan tempat. Dalam menghadiri mesyuarat, bahasa yang digunakan oleh beliau adalah bahasa formal yang merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Apa yang sangat ketara ialah latar belakang pendidikan agama menyebabkan beliau banyak menggunakan laras bahasa agama dan istilah-istilah pinjaman bahasa arab kerana beliau belajar di Mesir untuk ijazah beliau dahulu.

b)

Responden 2: Umur: 41 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah sarjana Muda Pendidikan (sastera/Pend. Seni) Jawatan : Guru Sastera Pengalaman Kerja: 11 tahun Merupakan seorang Orang Seni yang sering berhubungan dengan masyarakat tempatan dan juga sebagai guru sastera di sekolah. Mempunyai pengetahuan linguistik dan berupaya menerap pengetahuan tersebut semasa berinteraksi. Beliau juga Seorang yang aktif dalam persembahan teater. Beliau amat bijak dan fasih berkata-kata dan berkemahiran tinggi dalam menggunakan bahasa Malaysia dengan betul. Berpengalaman dalam persembahan pentas. Sebutan, tatabahasa dan intonasi amat baik. Perbendaharaan kata luas dan pelbagai. Menggunakan sepenuhnya bahasa baku semasa ditemu bual. Merupakan seorang pencinta bahasa melayu dan banyak membaca karya-karya sastera. Merupakan juga seorang fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka di beberapa
23

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Kem PLKN zon Utara (Kedah). Beliau juga merupakan seorang jurulatih Budaya untuk drama dan teater di bawah Kementerian Kebudayaan.

c)

Responden 3 Umur: 32 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Siam Kelulusan : Tingkatan 2 sahaja Jawatan : Kerja sendiri Pengalaman Kerja: Kerja sendiri di Bengkel Kereta (Mekanik)

Merupakan seorang lelaki berketuruanan siam. Latar belakang pendidikan yang rendah menyebabkan beliau tidak memahami dan tidak mempunyai pengetahuan linguistik. Bertutur dalam dialek ibundanya iaitu bahasa Siam, butir percakapan beliau agak bebas bergantung kepada topik dan penjelasan perbicaraan. Isi kandungan ucapan tidak berdasarkan sesuatu yang ilmiah. Beliau lebih banyak menggunakan bahasa kolokial bagi mewujudkan kemesraan. Beliau tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa. Apa yang penting adalah unntuk mendapat makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera. Memandangkan beliau tidak menerapkan pengetahuan linguistik dalam penggunaan bahasa, beliau berkomunikasi tanpa memikirkan status sosial pendengar, situasi atau pun keadaan semasa berinteraksi. Beliau tidak pernah didedahkan dengan cara berkomunikasi yang betul dalam situasi-situasi yang berlainan. Namun begitu, beliau tahu menghormati orang lain.

d)

Responden 4 Umur: 44 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Jawatan : Suri rumah sepenuh masa Pengalaman Kerja: Tiada

24

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Seorang suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan dan pengetahuan mengenai bahasa semasa di tingkatan 6. Penguasaan bahasa agak sederhana dan banyak menggunakan Bahasa Pasar dalam pertuturan seharian tetapi menggunakan bahasa melayu yang standard(Bahasa Rasmi) bila berhadapan dengan orang-orang tertentu dan majlis-majlis tertentu. Semasa berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling beliau menampakkan kesantunan berbahasa. Dalam perbualan seharian, beliau menggunakan dialek utara kerana beliau berasal dari Sik Kedah. Pernah menetap di negeri Sabah selama 4 tahun dan bersuamikan seorang yang berasal dari sana. Bahasa pertuturan beliau bercampur antara dialek utara dan dialek daerah Baling kerana dilahirkan dan dibesarkan di daerah Sik dan Baling. Apa yang menghairankan ialah beliau tidak terpengaruh dengan loghat negeri sabah walau pun suaminya orang sabah dan pernah menetap di sana. Sebaliknya, suami beliau yang terikut-ikut dialek tempatan dan hilang loghat sabah-nya.

e)

Responden 5 Umur: 47 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Cina Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia Jawatan : Pegawai Perhubungan Pelanggan Pengalaman Kerja: 20 tahun

Merupakan seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana tetapi mempunyai tahap pengalaman yang tinggi. Bermula sebagai seorang kerani, beliau meniti satu-persatu anak tangga sehingga menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di tempat beliau bekerja sekarang. Berdasarkan latar belakang beliau, beliau merupakan seorang pentadbir bagi sebuah organisasi. Beliau berinteraksi dengan para pekerja, mempengerusikan mesyuarat, membentang kertas kerja dan sebagainya. Sudah pasti beliau harus mahir dalam penggunaan bahasa dalam konteks sosial dan menerapkan pengetahuan linguistik dalam berinteraksi dengan semua yang berkaitan dengan beliau. Bahasa pertuturan beliau adalah Bahasa Inggeris tetapi mahir berbahasa Melayu. Dalam perbualan seharian, beliau merupakan seorang yang banyak menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan bahasa

25

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Inggeris. Walau pun begitu beliau masih menuturkan dialek cina Hokkien di rumahnya.

f)

Responden 6 Umur: 18 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Melayu Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia Jawatan : Pembantu Kedai makan Pengalaman Kerja: 3 bulan

Merupakan seorang remaja yang yang mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan. Oleh itu, beliau terus bekerja di restoran milik bapa kawannya. Beliau kurang mempunyai pengalaman bekerja . Beliau berinteraksi hanya di kalangan rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa secara tidak formal, Sedikit pengalaman berurusan dengan orang awam mengurangkan keyakinan beliau untuk menggunakan penerapan linguistik dalam konteks sosial beliau. Berasal dari negeri Kedah dan menggunakan dialek utara bila berkomunikasi. Beliau dapat menerapkan pengetahuan linguistik beliau apabila berinteraksi dengan kawan-kawan, guru-guru dan ibubapa tetapi belum dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan mereka yang mempunyai status tinggi di dalam masyarakat seperti pengarah syarikat, pegawai pendidikan, menteri dan sebagainya. Ragam bahasa beliau adalah bahasa tidak formal dan sedikit dialek seketika digunakan sesama rakan sebaya seperti penggunaan perkataan yo yang tidak mempunyai apaapa maksud, stailo yang dipinjam dari perkataan Inggeris bermaksud gaya, menggunakan juga bahasa kolokial yang agak kasar sebagai gurauan seperti siot tetapi dapat diterima di kalangan mereka.

g)

Responden 7 Umur: 28 tahun Jantina: Lelaki Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah


26

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam Pengalaman Kerja: 2 tahun Responden merupakan seorang lelaki dewasa yang berkelulusan Ijazah (BA HONS) Universiti Al-Azhar. Negeri kelahirannya ialah Kelantan dan kini menetap di Kedah. Bahasa pertuturan beliau dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan dialek Kelantan seperti penggunaan perkataan demo untuk awak dan ambo untuk saya. Penggunaan perkataan pitih untuk wang atau duit sering dituturkan apabila beliau berinteraksi secara tidak formal. Beliau akan menggunakan dialek Kelantan apabila berkomunikasi dengan orang yang berasal dari Negeri Kelantan seperti dengan keluarga dan adik-beradik beliau sendiri. Dari aspek penerapan pengetahuan linguistik dalam hubungan dengan organisasi masyarakat, tugas beliau memerlukan beliau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar, pengetua, kakitangan Jabatan Pelajaran Daerah, kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri, dan sebagainya. Sememangnya beliau mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi dan dapat menerapkan pengetahuan beliau dalam konteks sosial dengan mudah sekali berdasarkan pengalaman beliau berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.di Malaysia dan Mesir. Beliau dapat menyesuaikan ragam bahasa dan laras bahasa dengan status pengguna dalam konteks sosial tersebut. Selain menggunakan bahasa Melayu, beliau juga fasih menggunakan bahasa Arab ketika bersama-sama dengan rakan-rakan di Mesir dahulu.

h)

Responden 8 Umur: 15 tahun Jantina: Perempuan Bangsa : Siam Kelulusan : Masih bersekolah Jawatan : Pelajar sekolah Pengalaman Kerja: Tiada Merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah. Pelajar yang sederhana dalam pelajaran dan mendapat keputusan 2A3B dalam UPSR. Sangat fasih berbahasa melayu walau berbangsa siam. Semasa berbual dan berinteraksi dengan rakan, pertuturan beliau tidak langsung menampakkan dialek siamnya. Ini kerana persekitaran tempat tinggal beliau merupakan kawasan kejiranan melayu. Sangat
27

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

bersopan dan pertuturannya teratur seperti disusun mengikut bahasa yang betul. Ini mungkin pengaruh bacaan dan pergaulan sesama rakan. Bahasa pertuturan di rumah ialah bahasa siam tetapi tidak boleh menulis dan membaca tulisan siam kerana beliau bersekolah di sekolah kebangsaan.

i)

Responden 9 Umur: 53 tahun Jantina: Wanita Bangsa : India Kelulusan : Tidak pernah bersekolah Jawatan : Penjaga tandas Awam Pengalaman Kerja: 15 tahun Merupakan seorang pekerja yang bekerja secara kontrak, responden di bekerja di sebuah tandas awam di sebuah pasar. Responden berasal dari sebuah perkampungan ladang getah di Baling Kedah dan kini menetap masih menetap di situ. Dialek bahasa Tamilnya amat mempengaruhi percakapannya dalam bahasa Melayu. Responden sering menuturkan belakang bermaksud kemudian. Struktur ayatnya agak celaru. Pengetahuan berbahasa melayu-nya amat sedikit dan banyak menggunakan bahasa pasar semasa berkomunikasi dengan orang sekeliling. Beliau sering menuturkan bahsa Tamil di rumah malah anak-anaknya bersekolah di SJK(T) untuk mendalami bahasa Tamil.

j)

Responden 10 Umur: 42 tahun Jantina: Wanita Bangsa : Melayu Kelulusan : Ijazah Sarjana Sastera Jawatan : Suri rumah Pengalaman Kerja: tiada

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai latar belakang pendidikan agak baik. Mungkin tiada rezeki beliau untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap menyebabkan beliau menjadi suri rumah sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau tetap tahu menggunakan pengetahuan linguistik kerana beliau rajin
28

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

mengajar anak-anaknya di rumah. Pergaulannya tidak terbatas di sekitar kawasannya sahaja malah di daerah-daerah lain juga kerana suaminya yang bekerja sebagai pegawai perhubungan kadang kala memaksa beliau berada di samping suami. Oleh itu, beliau amat mahir dan dapat menyesuaikan penggunaan linguistik berdasarkan situasi, tempat dan kenalannya. Selain bahasa Melayu, beliau juga menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara dengan keluarga sebelah suaminya yang berketurunan Jawa. Beliau juga boleh berbahasa Inggeris tetapi jarang digunakan kerana tidak berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berbahasa Inggeris.

(viii) Rumusan Hasil Kajian Hasil daripada kajian kajian dan pemerhatian ini, dapatlah dirumuskan bahawa : 1. Sikap dan tanggapan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap kepentingan penggunaan bahasa Malaysia masih rendah dan kurang terutama dalam kehidupan seharian melainkan untuk majlis-majlis tertentu dan tempat-tempat tertentu sahaja. Rasa bangga, rasa kepunyaan dan kesetiaan terhadap bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi agak kurang. Kebanyakan ahli masyarakat masih memandang rendah akan kepentingan memartabatkan bahasa Malaysia dan dianggap tidak setanding dengan bahasa inggeris. Hanya mereka yang terlibat dengan bahasa sahaja menunjukkan kesungguhan terhadap

memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Latar belakang keluarga, tahap pendidikan, persekitaran, sosioekonomi, bangsa/kaum/ras, dan pekerjaan. Walaupun umumnya bahasa Malaysia diterima sebagai bahasa rasmi, dan diperjuangkan sebagai bahasa ilmu, kekangan dan cabarannya masih banyak terutama persaingan dengan bahasa inggeris dan bahasa ibunda kaum masing-masing. Begitu juga dengan pengaruh dialek-dialek dan loghat-longhat yang terdapat di negara ini yang turut sama menyumbang kurangnya keperihatinan rakyat terhadap penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya.

29

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

3. Tahap penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi masih lagi tidak memuaskan di semua peringkat sosial. Bagi mereka yang berpendidikan tinggi dan perkerjaan yang baik, kebanyakkan lebih cenderung kepada penggunaan bahasa inggeris. Manakala bagi mereka yang berstatus sederhana lebih cenderung kepada bahasa campur dan yang berstatus sosial awam pula mempunyai kecenderungan ke arah penggunaan bahasa kedaerahan, bahasa ibunda, Kolokial dan sebagainya.

(viiii) Cadangan Memandangkan kesedaran dan keperihatinan rakyat Malaysia masih rendah dan tidak memuaskan, melalui analisa kajian yang telah dilakukan ini, maka saya mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang perlu bagi meningkatkat tahap kesedaran, keperihatinan dan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat Malaysia. Cadangan-cadangan berikut ialah : 1. Menggunakan bahasa Malaysia yang standard di semua peringkat bukan sahaja di semua institusi pengajian, malah di semua sektor pekerjaan dan di semua majlismajlis yang diadakan di negara Malaysia. Setiap rakyat harus belajar menggunakan bahasa Malaysia yang standard dan melemparkan jauh sikap negative terhadap bahasa sendiri. Kempen-kempen memartabatkan bahasa Malaysia perlu dipergiatkan disemua peringkat dan dijalankan setiap masa bukannya bermusim. 2. Walaupun akta dan perlembagaan negara memastikan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, ia masih tidak mencukupi. Pelaksanaan secara menyeluruh dan di semua bidang tanpa kompromi amat membantu bagi meningkatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Penguatkuasaan undangundang perlu dijalankan di semua sektor sama ada pihak kerajaan atau swasta dengan mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia tanpa berselindung disebalik bahasa inggeris kononnya bahasa antarabangsa. Penguatkuasaan undang-undang dalam memartabatkan bahasa

sebenarnya turut diamalkan di negara-negara maju seperti Perancis dan

30

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jepun. Ini dilakukan semata-mata untuk memastikan identiti atau jati diri nasional sesebuah negara itu terus wujud sebagai unsur yang penting.9 3. Tugas dan tanggungjawab memartabatkan bahasa Malaysia perlu diperluaskan lagi dan bukan hanya terletak di bahu para ahli bahasa serta Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Television, radio dan media-media yang ada di Malaysia perlu mempertingkatkan penggunaan bahasa Malaysia yang Standard dan tidak mengagungkan bahasa inggeris dalam bahan penyiaran mereka. Pelaksanaan dasar pendidikan juga turut membantu meluaskan lagi penggunaan bahasa Malaysia dan bukan hanya sekadar peperiksaan semata-mata. Program PPSMI yang dimansuhkan merupakan satu tindakan yang bijak ke arah memartabatkan lagi bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan. Polemik mengenai keterbatasan DBP sebagai pusat pengembangan dan persuratan BM kerana ketiadaan peruntukan kuasa yang khusus adalah sesuatu yang jelas.Mengambil contoh dalam isu penggunaan bahasa pada sesebuah papan tanda, DBP tidak mempunyai kuasa langsung untuk menghalang mana-mana papan tanda yang menyalahi penggunaan bahasa.
(http://www.malaysianbar.org.my Powered by Joomla! Generated: 18 October, 2010, 09:58)

4. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil sikap yang positif terhadap penggunaan bahasa Malaysia. Buangkan jauh rasa prejudis terhadap bahasa melayu yang dianggap akan melupuskan bahasa ibunda masing-masing terutama bagi kaum india dan cina. Rasa kepunyaan, rasa bangga dan taat terhadap bahasa Malaysia perlu dipupuk dan dibajai setiap masa seperti mana rasa traat dan cinta akan tanahair ini. ''Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif kepada BM, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat kepada BM. Baik dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik, atau dalam kapasitinya sebagai bahasa negara,"10

10

The Malaysian Bar, Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, Thursday, 08 October 2009 The Malaysian Bar, Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, Thursday, 08 October 2009

31

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(x)

Penutup

Sebagai bahasa Rasmi dan bahasa Kebangsaan, sepatutnya bahasa Malaysia berada ditempat yang tertinggi dalam penggunaan dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu bahasa Malaysia dikatakan mendapat krisis Keyakinan dalam kalangan rakyatnya Malaysia sendiri. Tetapi untuk melihat BM sebagai bahasa kebangsaan serta milik seluruh rakyat Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Justeru, kerajaan dan orang Melayu selaku penutur natif perlu memastikan BM terus relevan khususnya dalam konteks kenegaraan. Bahasa Malaysia perlu diperlihat dalam kapasitinya sebagai bahasa negara Malaysia dan tidak boleh sekali-kali sebagai bahasa ibunda orang Melayu semata-mata. Bagi kelompok dan lapisan tertentu dalam masyarakat, Bahasa Melaysia perlu dikuasai dan digunakan dengan orientasi integratif dan menjadikannya sebahagian daripada struktur sosial. Bukan sematamata dari dimensi instrumental yang mana BM hanya penting dalam peperiksaan atau digunakan kerana dikehendaki oleh undang-undang. Orang Melayu sebagai kelompok dominan juga perlu menunjukkan kepada kaum lain bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang mampu membawa kemajuan kepada sesiapa sahaja. Tambahan lagi, menurut Prof Dr. Teo Kok Seong, (Felo Penyelidik Utama & Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam ilmu linguistik tambah Kok Seong, BM merupakan sebilangan bahasa besar di dunia. Ini diukur antaranya dari sudut penyebarannya dalam bentuk mata pelajaran bahasa asing di lebih daripada 100 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di kira-kira 30 buah negara. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kiat perlu mempergiatkan lagi usaha ke arah memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi merealisasikan usaha murni ini dan bukan hanya terletak di bahu orang yang terlibat dengan bahasa Melayu semata-mata.

32

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Bibliografi Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010. Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. DR. HASSAN AHMAD http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive di akses pada 18 okt 2010. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas tangani isu bahasa rojak. Berita Harian. Retrieved January 11,2009 from http://www.bharian.com.my Bahasa Melayu lambang jati diri nasional (http://www.malaysianbar.org.my Powered by Joomla! Generated: 18 October, 2010 Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Zulkifley Hamid, (2004) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyatu dan Bahasa Pemisah Warga Malaysia. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM. http://www.ppl.upm.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=5460& Itemid=192&lang=en&colorstyle=green di akses pada 8 Okt 2010. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat

33

You might also like