Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Perpaduan sebelum merdeka Perpaduan merupakan sesuatu yang sangat penting bagi mewujudkan satu suasana yang aman

damai. Di Tanah Melayu, perpaduan telah wujud sebulum era penjajahan lagi. Penjajahan tiga kuasa besar eropah telah mengubah keseluruhan tanah melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Tiga kuasa besar tersebut ialah bermulanya dengan Portugis, Belanda dan diakhiri olehBritish. Perpaduan yang telah lama wujud telah hancur begitu sahaja ekoran dasar-dasar yang telah dijalankan oleh penjajah ini. Boleh dikatakan sebelum kedatangan penjajah, Tanah melayu telah didiami oleh orang Melayu, Orang asli, pedagangpedagang cina, india Arab dan ramai lagi. Pada masa ini, masyarakat di tanah melayu dapat hidup dalam satu kelompok tanpa ada persengketaan antara mereka. Bermulanya era penjajahan British, mereka telah membawa masuk buruh-buruh dari China dan India bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi di Tanah melayu. Tujuannya adalah untuk mengaut kekayaan Tanah Melayu secara maksimum. Daripada saat ini, kita boleh lihat bahawa perpaduan antara Melayu, Cina dan India. Boleh dikatakan pada masa ini tiada perpaduan langsung di antara ketiga-tiga kaum tersebut. Mereka hanya hidup dalam dunia mereka sahaja tanpa mengambil tahu akan masyarakat luar daripada kawasan mereka.hal ini terjadi adalah kesan daripada dasar yang telah British jalankan iaituu dasar pecah dan perintah atau devide and Rule. Dasar ini memperuntukkan british memecahkan ketiga-tiga kaum utama ini berdasarkan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Contohnya, orang Melayu di letakkan di kawasan luar Bandar supaya mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian sahaja. Orang Cina pula diletakkan di kawasan Bandar-bandar bagi menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah. Manakala orang India pula diletakkan dikawasan ladangladang bagi mengusahakan perusahaan getah yang mendapat permintaan tinggi.

Tujuan British menjalankan dasar ini bukanlah hanya untuk mengaut keuntungan ekonomi di Tanah Melayu semata-mata. British menjalankan dasar ini adalah untuk memudahkan mereka menjalankan pentadbiran di Tanah Melayu dan memudahkan mereka mengawal pergerakan kesemua kaum di tanah melayu. Dengan dasar yang dijalankan oleh british ini, dapat disimpulkan bahawa tidak wujud langsung perpaduan antara penduduk Tanah Melayu. Kaum Melayu hanya menjaga hal ehwal orang melayu sahaja. Orang Cina pula lebih mengambil tahu tentang perkembangan Tanah Basar China. India juga lebih berminat untuk mangetahui keadaan di India berbanding di Tanah Melayu. Dapat dilihat tujuan utama kaum Cina dan india masuk ke Tanah Melayu adalah untuk bekerja semata-mata. Oleh itu, mereka tidak mengambil kisah tentang perkembangan di Tanah melayu. Perpaduan adalah amat sukar untuk dicapai ketika ini. Tiada kesefahaman yang dapat diwujudkan ekoran terpisahnya kaum-kaum utama ini antara satu sama lain. Tiada interaksi antara satu sama lain kerana terpisahnya mereka jauh antara satu sama lain. Keadaan diterukkan lagi apabila british talah membenarkan empat aliran pendidikan dijalankan di tanah Melayu. Empat aliran tersebut ialah pendidikan pondok bagi orang Melayu, pendidikan Cina untuk orang Cina, pendidikan India untuk Orang India dan pendidikan Inggeris untuk anak-anak Britsh. Kelahiran empat-empat sistem pendidikan ini telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu. Hal in berlaku kerana pendidikan pondok hanya dijalankan bagi membolehkan orang melayu menjadi nelayan dan petani yang lebih baik. Pendidikan Cina dan India pula berasaskan kepada pendidikan di Tanah Besar China dan India. Inni telah mewujudkan semangat cinta kepada Negara China dan India bukan Tanah Melayu. Manakala pendidikan British pula hanya untuk golongan anak-anak British dan anak-anak golongan elit orang Melayu, Cina

dan India. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tiada perpaduan aantara kaum dapat diwujudkan. Hanya orang Melayu yang setia kepada Tanah Melayu. Orang Cina dan India hanya menumpahkan taat setia mereka kepada tanah air mereka sendiri. Jadi, adalah tidak mungkin perpaduan dapat diwujudkan dengan keadaan yang sebegini. Kesemua kaum mempunyai tempat berasingan bagi menumpahkan taat setia. Dapat disimpulkan bahawa pada ketika ini tiada langsung perpaduan antara ketiga-tiga kaum utama ini. Dasar yang british laksanakan telah berjaya mengekang perpaduan antara kaum utama ini daripada terjalin.

Sejarah permulaan perpaduan bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum ini telah ditubuhkan oleh Dato Onn dalam merealisasikan usaha-usaha untuk mencapai kemerdekaan. Di sinilah bermulanya detik-detik perpaduan di antara ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu. Ketiga-tiga kaum telah memulakan interaksi antara satu sama lain. Pada saat ini dapat dilihat bahawa kaum India dan Cina telah mula menumpukan taan setia mereka kepada tanah melayu. Kesetiaan kepada Negara masing-masing masih ada namun perasaan setia tersebut telah mula beralih kepada tanah melayu secara perlahan-lahan. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan kesanggupan orang Cina dan India bertoleransi dengan orang bumiputera dalam mencapai perpaduan bagi memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu. Bagi memenuhi syarat yang dikemukakan oleh British iaitu mencapai perpaduan kaum sebelum kemerdekaan, ketiga-tiga kaum utama Tanah Melayu telah memulaka rundingan bagi mencapai kata sepakat. Memang benar sukar bagi menyatukan kaum-kaum yang berbeza dalam satu kawasan, namun Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum yang telah ditubuhkan telah berjaya menyatukan ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu yang

sebelum ini belum pernah bertemu. Semua kaum telah bekerjasama dalam mencapai kesepakatan dalam semua hal. Mereka telah mula bertolak ansur dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan masing-masing. Hasilnya, semua kaum-kaum utama di Tanah melayu mula menerima kehadiran mereka antara satu sama lain. Perkara ini amat memeranjatkan pihak British yang tidak menjangkakan perpaduan dapat dicapai dalam masa yang singkat. British menjangkakan bahawa perpaduan antara penduduk Tanah Melayu tidak akan tercapai kerana merasakan kaum-kaum utama terumanya Melayu tidak akan bertolak ansur dangan kaum-kaum lain. Hakikatnya myarakat Tanah Melayu Mampu untuk mewujudkan satu perpaduan dalam masa yang singkat. Berikutan perpaduan yang telah terjalin, British telah menunaikan janji bagi memerdekakan Tanah Melayu dengan menjalankan Pilihanraya Umum Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 1955. Dengan adanya pilihanraya ini, perpaduan antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu dapat di nilai sejauh mana keberkesanannya.peerpaduan yang terjalin ini telah melahirkan satu parti yang dikenali sebagai Parti Perikatan yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC. Gabungan antara ketiga-tiga parti ini telah telah memberikan kemenangan yang besar kepada mereka.parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan. UMNO telah meletakkan bilangan calon yang kecil pada pilihan raya tersebut iaitu 35 kerusi dan selebihnya diberikan kepada calon MCA dan MIC ( 15 kerusi dan 2 ). Hal ini membuktikan bahawa betapa toleransinya masyarakat Melayu pada waktu itu kerana sanggup untuk mentadbir Tanah Melayu bersama. Ia merupakan pengorbanan melayu yang terbesar dalam sejarah. Ini membuktikan bahawa satu perpaduan yang sngat utuh telah terjalin antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu. Perpaduan antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu tidak berhenti di situ sahaja. Pelbagai lagi aktiviti dijalankan bagi mengeratkan lagi perpaduan antara mereka. Masyarakat di Tanah Melayu telah mula bertolak ansur antara satu sama lain. Mereka mula melepaskan

kepentingan mereka dalam mewujudkan satu perpaduan yang sangat kukuh. Hal ini dilihat sebagai satu langkah yang baik dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan sewaktu penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa ini, orang Melayu telah mengiktiraf kerakyatan secara jus soli bagi kaum-kaum bumiputera dan sebagai balasan, kaum bukan bumiputra mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu, menerima bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan serta hak-hak istimewa orang melayu. Tolak ansur ini telah menunjukkan betapa semua kaum di Tanah Melayu sanggup mengorbankan kepentingan masing-masing dalam mencapai kemerdekaan. Hasilnya, satu perlembagaan Tanah Melayu telah berjaya dibentuk. Di sinilah kekuatan perpaduan antara mereka dapat dinilai adakah perpaduan mereka masih lemah atau sebaliknya. Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa ini dapat disimpulkan bahawa perpaduan telah terjalin dengan utuhnya di antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu yang tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan sebelum ini. Ini sangat mengkagumkan kerana perpaduan yang disangka mustahil untuk dicapai telah berjaya dibentuk dengan utuhnya. Dengan adanya perlembagaan ini, maka Tanah Melayu sudia sedia untuk dientuk untuk menjadi sebuah negara yang bebas merdeka. Semuanya merupakan hasil usaha daripada kaum-kaum di Tanah Melayu yang telah sanggup mengorbankan kepentingan masing-masing untuk membktikan bahawa perpaduan yang mereka bentuk telah betul-betul utuh dan mereka telah mampu untuk mentadbir sebuah kerajaan yang bebas dan merdeka. Dapat disimpulkan bahawa ketika ini, perpaduan adlah sangat utuh dan perpaduan ini sangat berbeza sewaktu zaman awal semasa kemasukan kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Masyarakat ketika ini telah mula membincangkan hal-hal dan kepentingan masing-masing diantara kaum-kaum utama di Tanah Melayu supaya perpaduan dapat dikekalkan. Mereka mla hidup dalam satu kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan rupa.

Kesan daripada perpaduan yang telah dibentuk ini, perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu telah ditandatangani.Tanah melayu telah diistiharkan merdeka pada 31 ogos 1957 dan dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Perpaduan selepas merdeka Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,perpaduan antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu nmpakmasih lagi kukuh. Semua anggota masyarakat masih dapat menerima segala hak-hak istimewa kaum-kaum tertentu. Tiada perbalahan berlaku pada ketika ini yang berkaitan dengan dengan perasaan ketidakpuasan hati antara anggota masyarakat. Mereka hidup dalam keadaan ang aman dan harmoni. Boleh dikatakan tidak wujud langsung perbalahan yang melibatkan kaum. Ini menunjukkan betapa teguhnya perpaduan yang telah mereka bentuk bagi setiap anggota masyarakat dapat hidup aman dan harmoni. Perpaduan yang terjalin dapat dilihat berterusan kerana dalam PIlihanraya Umum 1964,Parti perikatan dilihat sekali lagi mudah memenanginya dengan memperoleh 89 kerusi berbanding 104 kerusi yang dipertandingkan. Rakyat masih percaya bahawa Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC masih mampu untuk melindungi hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing. Disini dapat di nilai bahawa perpaduan yang dibawa oleh Parti Perikatan masih utuh kerana masih diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, perpaduan antara kaum mula goyah apabila diuji dengan pilihanraya pada 10 Mei 1969. Pada tarikh tersebut, PilihanrayaUmum Persekutuan telah dijalankan. Parti Perikatan telah mengalami kemerosotan dalambilangan kerusiyang dimenangi. Parti Perikatan hanya memenangi 74 kerusi daripada 114 kerusi yang telah dipertandingkan. Masyarakat mula beralih untukmenyokong parti-parti politik mengikut

kaum dan bukanya lai parti gabungan seperti Parti perikata. Hal ini sedikit sebanyak telah member kesan kepada perpaduan kerana masyarakat telah mula terbahagi semula mengikut kaum-kaum tertentu. Semangat perpaduan telah mula dihakis sedikitdemi sedikitoleh orangorang yang mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Keadaan ini amat merisaukan kerana tiada lagi tolak ansur yang ditunjukkan antara kaum. Pada ketika ini, parti pambangkang telah mula berarak di jalan-jalan utama bagi meniupkan sentiment perkauman antara golongan bukan bumiputera. Mereka telah mula menolak kedudukan raja-raja melayu dan menolak hak-hak timewa kaum bumiputra. Pada masa ini, usaha perpaduan yang dijalankanoleh tokoh terdahulu telah dilupakan. Apa yang ada di mata mereka hanya persamaan taraf antara semua kaum di Tanah Melayu. Halini amat membimbangkan kerana Tanah Melayu yang baru sahaja merdek telah menghadapi masaalah sebegini besa. Ekoran daripada tindakan parti pembangkang yang berarak meniupkan sentiment perkauman, UMNO telah membalas perbuatan tersebut dengan melakukan perhimpunan. Kemuncaknya, kedua-duaparti ini telah bertembung dan berlaku rusuhan kaum yang sangat menakutkan pada 13 Mei 1967. Padamasa tersebut, semua anggota masyarakat telah melupakan perpaduan dan mulaberpecah mengikut kaum-kaum. Tiada lagi toleransi antara kaum di Tanah Melayu. Mereka hanya mementingkan kaum mereka sahaja tanpa menghiraukan kaum-kuam lain. Kesannya, berlaku pembunuhan antara kaum di Tanah Melayu. Pemimpin ketika tu tidak dapat lagi mengawal keaadaan dan terpaksa mengistiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Ekoran daripada kes ini, perpaduan yang telah di bina telah dikorbankan bagi kepentingan kaum masing-masing. Alangkah ruginya apabila perpaduan yang telah cantik dibentuk dihapuskan sebegitu sahaja. Pada waktu ini boleh disimpulkan bahawa perpaduan yang terjalin telah runtuh ekoran daripada kerakusan anggota masyarakat untuk mencapai matlamat masing-masing.

Keadaaan yang tidak terkawal ini telah menyebabkan Mangeran ditubuhkan. Mangeran telah mengambil alih pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.Parlimen telah dibubarkan serta merta ekoran kejadian rusuhan kaum yang berlaku. Mangeran berfungsi

untuk menyatukan semula anggota masyarakat yang telah berpecah-belah. Bagi mencapai kembali perpaduan yang telah runtuh, mangeran telah memperkenalkan Rukun Negara. Rukun Negara diperkenalkan bagi menyatukan kembali masyarakat yang telah berpecahbelah. Hasil daripada pengenalan Rukun Negara ini, perpaduan dilihat mula terbentuk semula. Masyarakat telah mula sedar akan kepentingan mereka untuk bersatu bagi menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Hasilnya,mangeran telah berjaya membentuk kembali perpaduan yang telah runtuh dalamkalangan anggota masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat telah mula bertoleransi antara satu sama lain. Bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar baharu. Antaranya Dasar EkonomiBaru, Dasar Pendidikan dan Dasar Kebudayaan. Tujuan utamadasar-dasar ini d jalankan adalah agi mengukuhkan semula perpaduan kaum. Contohnya Dasar Ekonomi baru telah menyusun semula ekonomi masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Langkah ini dilihat berjaya kerana ia mampu menangani masalah ketidakpuasan hati anggota masyarakat berkaitan ekonomi terutamanya kaum Melayu yang tertinggal jauh darisegi ekonomi. Perpaduan dapat dilihat semakin baik dari semasa ke semasa. Kebjaksanaan pemimpin pada waktu tersebut harus dipuji ekoran kepekaan belian dalampermasalahan yang dihadapi semua kaum di Tanah Melayu.dasar-dasar yang telah diperkenalkan betul-betl mampu untuk menyelesaikan permasalahan antara kaum di samping mewujudkan semngat cinta akan Negara.

Perpaduan ini dapat diteruskan sehingga pemimpin yang seterusnya dan dikukuhkan lagi. Contohnya pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Wawasan 2020 untuk memperkuatkan lagi usaha bagi membina bangsa Malaysia. Usaha ini dijalankan beliau bagi memastikan perpaduan yang terjalin dapat dikekalkan.

You might also like