SP-4-PS Dan Agensi Maklumat

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

K-8

PENGENALAN PUSAT SUMBER DAN AGENSI MAKLUMAT

Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu Sumber manusia Sumber bukan manusia

Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia

Sumber Manusia

Bahan Cetak

Guru-guru

Bahan Audio

Rakan Sebaya

Bahan Tayang Bahan Bukan Tayang

Pelajar Pakar-pakar dalam bidang tertentu

Sistem Video Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan

PUSAT SUMBER
Rajah 1.1 : Sumber Pengajaran Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan mengikut garis panduan yang telah dirangka berdasarkan kehendak negara. Dasar negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (DNPPM) telah diluluskan oleh kerajaan pada bulan Jun 1989. Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras. Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat sumber

26

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu fungsinya tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan akademik memberi perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para siswa dan penyelidik di institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula memberi perkhidmatan kepada parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara perpustakaan awam menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. a. Pusat sumber sekolah Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Objektif Pusat Sumber Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaaan makljmat secara sistematis. Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

b. Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk guruguru dan masyarakat setempat.

27

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Objektif Pusat Kegiatan Guru. 1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen. 2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesionalk pendidikan khususnya dalam kenopen ke sekolah-sekolah. 3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). 4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah. 5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat. c. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru. Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber kesemuanya sama-sama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan myang semakin bertambah (BPPP, 1980). Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada guru. Di mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan diberi kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti menjalankan kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980). Sebagai pusat sumber, PSPN dapat menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan media untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri

i. ii. iii. iv. v.

Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.

28

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

d.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber. Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di Sabah dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini diikuti dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000. Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan i. ii. iii. iv. v. vi. Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Memberi khidmat bantuan yang boileh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar. Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan. Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam system pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi pendidikan secara berkesan. Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Jenis-jenis Perpustakaan Perpustakaan Akademik Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus. Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolejkolej swasta Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan elektronik.

e.

29

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Objektif Perpustakaan Akademik

Objektif perpustakaan akademik adalah seperti berikut: Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat Perpustakaan Khas
Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk. Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat rujukan Objektif Perpustakaan Khas Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama. Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama. Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama. Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa professional Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat perundingan. Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

Perpustakaan Awam Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik.

30

Modul 1 Sains Perpustakaan

KPLI-Mod LPBS

Objektif Perpustakaan Awam. Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah: Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT. Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen. Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.

Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang alaf baru. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan. Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya. Dan peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya.

Objektif Perpustakaan Negara Malaysia


Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan; Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Latihan

Sekarang anda layari internet dan dapatkan maklumat-maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan yang dinyatakan dalam modul ini.

31

You might also like