Folio Geo

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Nama : Raja Muhammad Hasif Bin Raja Hassan

Tingkatan : 3 Ibn Sina

No. K/P : 911115-03-6335

Nama Guru : Pn. Zubaidah Bt. Yamin


1.Penghargaan………………………………………
….... 1-2

2. Pendahuluan………………………………………
…..... 3

3. Objektif Kajian………………………
…..................... 4

4. Kawasan Kajian……………………………………
……. 5

5.Peta Negeri, Daerah & Kawasan Kajian……


……..6-7

6. Kaedah Kajian………………………………
………..... 8

7.Dapatan Kajian……………………………………
……9-14

8.Rumusan Kajian……………………………
………….15
9. Lampiran-lampiran Penting……………………
… 16-20

10.Rujukan ……………………………………………
….. 21

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan juga Kerja Kursus Geografi saya ini

pada tarikh yang telah ditetapkan, walaupun saya telah menghadapi pelbagai masalah dan

rintangan semasa proses penyiapan kerja kursus ini. Sehubungan dengan itu, dengan

kesempatan yang ada ini ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak

telah yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung yang telah membantu

saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini.

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tinggi ucapan terima kasih kepada Pihak Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Ahmad Maher yang telah banyak memberi kemudahan kepada saya tidak kira

dalam bentuk material mahupun sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya

memerlukan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber agar ianya menepati semua

objektif kerja kursus ini yang telah ditetapkan.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru

Geografi saya,Puan Zubaidah bt Yamin yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada

saya dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan daripada

beliau, saya pasti tidak mampu untuk menyiapkan kerja kursus ini pada tarikh yang telah

ditetapkan dan menepati objektif kerja kursus ini.

Selain daripada itu, terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada kedua-dua ibu

bapa dan juga kawan-kawan saya:Shahiful, Abdin, Ehsan dan Fikri yang telah

banyak membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat penting, memberi bantuan

kepada saya tidak kira dari segi moral mahupun material semasa dalam proses penyiapan

kerja kursus ini.Mungkin tanpa sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh mereka

semua, saya pasti gagal menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin rakamkan berbanyak-banyak terima kasih saya kepada

semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses penyiapan kerja

kursus ini. Segala jasa baik anda semua tidak akan saya lupakan dan hanya Allah S.A.W.

yang mampu membalasnya.


Saya memilih tajuk ini iaitu Bentuk Muka Bumi dan Potensinya

kerana kampung saya iaitu Kampung Pengkalan Datu mempengaruhi

semua aspek keadaan ataupun potensi Bentuk Muka Bumi yang dihendaki

oleh soalan. Keadaan Bentuk Muka Bumi tersebut telah menyumbangkan

banyak kemajuan kepada kampung saya. Antara keadaan Bentuk Muka

Bumi di kampung saya ialah Kawasan Tanah Pamah dan Kawasan

Lembangan Sungai. Namun begitu, kegiatan ini turut meninggalkan banyak

kesan-kesan negatif terhadap alam semula jadi di kawasan itu.

Saya telah menjalankan kajian lapangan di kawasan ini secara berkumpulan,

iaitu bersama-sama dengan beberapa orang rakan saya. Saya telah

menggunakan segala data dan maklumat yang telah berjaya diperoleh oleh
saya dan rakan-rakan ketika kami menjalankan kajian untuk menulis laporan

lengkap secara individu.

 Mengetahui dan Memahami Jenis Bentuk muka


Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

 Mengguna dan Menghargai Ciri-ciri Bentuk


Muka Bumi Di Kampung Pengkalan Datu.

 Mengetahui dengan Lebih Mendalam tentang


Potensi Bentuk Muka Bumi Di Kampung
Pengkalan Datu.
 Mengenal Pasti Masalah dan Faktor-faktor
Kekurangan tentang Bentuk Muka Bumi Di
Kampung Pengkalan Datu.

 Menyenaraikan Langkah-langkah Penyelesaian


tentang Bentuk Muka Bumi Di Kampung
Pengkalan Datu.

Kawasan Kajian saya ialah kampung saya sendiri iaitu Kampung

Pengkalan Datu.

Saya tinggal di Kampung Pengkalan Datu, Sering,16150 Kota Bharu,

Kelantan. Kampung Pengkalan Datu terletak di Timur Laut Negeri Kelantan

iaitu kira-kira 50’ kalau mengikut bearing sudutan. Kampung ini terletak

kira-kira 2km dari Pekan Kota Jembal ( Kedai Lalat ) dan 15km dari pusat

bandar Kota Bharu. Masa perjalanan dari kampung saya ke Pusat Bandar
Kota Bharu memakan masa yang tidak begitu lama di antara 15 hingga 20

minit.

Keadaan Bentuk Muka Bumi yang dapat dilihat di kampung saya

ialah tanah pamah dan lembah sungai. Kampung ini mempunyai keluasan

kira-kira 600km persegi . Kampung ini telah dibuka kira-kira pada tahun

1823.Tambahan pula, kampung saya sekarang merupakan pengeluar padi

terbesar di Pekan Kota Jembal.

Saya memilih Kampung Pengkalan Datu sebagai kawasan kajian

kerana ia memudahkan saya untuk menjalankan penyiasatan tentang

keadaan Bentuk Muka Bumi.


o Kaedah Rujukan :
Saya membuat rujukan melalui pelbagai sumber iaitu

melalui Buku Teks Geografi Tingkatan Tiga dan Buku Rujukan

Total Tingkatan 1,2, dan 3. Saya mendapat banyak maklumat

penting mengenai tajuk yang saya pilih untuk dimasukkan ke

dalam kerja kursus ini.


o Kaedah Soal Selidik :
Saya telah menyoal selidik beberapa orang individu

seperti ibu saya, bapa saya, jiran saya dan orang yang tertentu .

Kaedah ini memberi banyak maklumat yang diperlukan kepada

saya.

o Kaedah Pemerhatian :
Saya telah memilih kaedah pemerhatian ini sebagai salah

satu kaedah untuk mendapatkan isi-isi penting yang boleh

dijadikan isi-isi dalam folio saya. Saya telah melakukan sedikit

pemerhatian di kawasan–kawasan kajian untuk melihat

keadaan Bentuk Muka Bumi di kawasan kajian ini.

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI

Setelah menjalankan semua kaedah kajian, saya mendapati Kampung Pengkalan

Datu mempunyai beberapa jenis bentuk muka bumi, iaitu tanah pamah dan lembangan

sungai. Kawasan tanah pamah di kampung ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang biasa

didapati di kawasan tanah pamah lain. Ia mempunyai ciri-ciri tanah pamah yang rata dan
luas. Manakala jenis tanih di kawasan ini ialah tanih aluvium. Bagi kawasan lembangan

sungai pula, ia mempunyai beberapa ciri-ciri lembangan sungai seperi likuan sungai dan

sebagainya.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI

Kesemua jenis bentuk muka bumi di kawasan kampung ini sememangnya

mempunyai pelbagai potensi yang dapat meningkatkan taraf kemajuan di kawasan ini.

Pertama, kawasan kampung ini merupakan salah satu daripada laluan perhubungan dan

pengangkutan yang utama bagi menghubungkan daerah Kota Bharu dan daerah Bachok.

Hal ini demikian kerana kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya

sesuai dan mudah untuk membina kemudahan jalan raya di kawasan ini. Di samping itu,

Kampung Pengkalan Datu turut berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan.

Sememangnya kawasan kampung ini mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi.

Dengan keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina

petempatan di kawasan ini.

Akhir sekali, Kampung Pengkalan Datu mempunyai banyak potensi bagi

menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Disebabkan oleh adanya

kawasan lembangan sungai di kampung ini, sebuah chalet telah dibina di kawasan pinggir

sungai di kampung ini. Chalet ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong ke kawasan

ini. Selain itu, kampung ini sememangnya mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian

terutamanya kegiatan penanaman padi dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih

aluvium dan kawasan yang rata serta luas di kawasan ini amat sesuai untuk kegiatan

penanaman padi. Oleh itu, kawasan ini telah menjadi salah satu pengeluar padi terbesar di
Pekan Kota Jembal. Di samping itu, terdapat juga kegiatan perindustrian yag dijalankan

di kawasan ini. Terdapat sebuah pusat pembakaran arang yang telah beroperasi selama

beberapa puluh tahun. Akhirnya, sesuai dengan kawasan lembangan sungai, kawasan ini

sememangnya mempunyai banyak kegiatan perikanan. Malah terdapat penduduk di

kawasan ini yang menjadikan kegiatan perikanan sebagai sumber pendapatan mereka.

MASALAH YANG DIDAPATI DI KAWASAN KAJIAN

1. Pemendapan

Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai
di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses
pemendapan yang berlaku.Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang
sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku.

2. Pencemaran
Sikap penduduk yang tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar telah menyebabkan
berlakunya banyak pencemaran di kawasan ini. Sikap suka membuang sampah di merata-
rata tempat telah mencacatkan pemandangan di kawasan ini terutamanya di kawasan
pinggir sungai. Penduduk suka membuang sisa-sisa makanan dan sampah ke dalam
sungai yang telah memyebabkan turut berlaku pencemaran air di kawasan ini. Masalah
pembakaran terbuka turut berleluasa di kawasan ini. Tambahan pula, pusat pembakaran
arang di kawasan ini sememangnya mengeluarkan asap yang banyak yang menyebabkan
pencemaran udara yang agak teruk.

3. Hilang Kesuburan Tanih


Di samping itu, kegiatan pertanian seperti penanaman padi dan getah yang tidak terkawal
di kawasan ini telah menyebabkan kesuburan tanih semakin hilang. Ini telah
menyebababkan hasil pengeluaran kegiatan pertanian semakin berkurangan. Natijahnya,
penduduk mengalami masalah kekurangan kawasan bagi menjalankan kegiatan pertanian
mereka.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH


1. Kempen Kesedaran
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil.
Antaranya ialah melalui kempen kesedaran. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu
bekerjasama bagi mengadakan kempen kesedaran terutamanya mengenai alam sekitar
dan lain-lain lagi.

2. Penggunaan Baja Organik / Kaedah Biologi


Dengan penggunaan baja organik, ia dapat meningkatkan lagi kualiti dan jumlah
pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan
bagi melaksanakan kegiatan pertanian. Tambahan pula, kebanayakan petani di kawasan
ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

3. Penggiliran Tanaman
Bagi mengatasi masalah kesuburan tanih, teknik penggiliran tanaman sememangya
sesuai. Petani perlulah menjalankan kegiatan pertanian secara bergilir-gilir di kawasan
pertanian mereka. Hal ini demikian kerana ia bagi membantu tanih mengemballikan
kesuburan tanih selepas kegiatan pertanian dijalankan.

JADUAL

Bulan Bilangan Ikan

(ekor)

Januari 110 (ekor)


Februari 125 (ekor)
Mac 190 (ekor)
April 240 (ekor)
May 300 (ekor)

Jadual di atas menunjukkan hasil temuramah tentang bilangan ikan (ekor) yang
ditangkap oleh seorang penduduk Kampung Pengkalan Datu iaitu Pak Jali dalam tempoh
lima bulan iaitu dari bulan Januari hingga bulan May pada tahun 2006.
Berdasarkan jadual di sebelah, bulan Mei merupakan bilangan ikan (ekor) yang terbanyak
yang berjaya ditangkap oleh Pak Jali iaitu sebanyak 300 ikan (ekor). Manakala pada
bulan Januari merupakan yang paling sedikit yang dapat ditangkap oleh Pak Jali iaitu
sebanyak 110 ikan (ekor). Purata jumlah penangkapan ikan dalam tempoh lima bulan
ialah 193 ikan (ekor).
Pola bilangan ikan yang ditangkap oleh beliau ialah menaik mengikut keadaan cuaca
dan iklim setiap bulan. Pada bulan Januari, Februari dan Mac, jumlah bilangan ikan
(ekor) yang ditangkap ialah kurang dari 200 ikan (ekor).Manakala pada bulan April dan
May pula, jumlah tangkapan bilangan ikan (ekor) yang ditangkap oleh Pak Jali ialah lebih
200 ikan (ekor) dan kurang dari 310 ikan (ekor).Pak Jali menangkap ikan (ekor) dengan
pelbagai cara kaedah iaitu dengan jala, pukat, bubu, joran dan banak lagi.
Kadar tangkapan ikan juga mempengaruhi keadaan cuaca dan iklim sekitar. Ini kerana,
pada bulan Januari, Februari, dan Mac merupakan musim tengkujuh dan peralihan Angin
Monson Timur Laut. Pada musim ini, keadaan laut dan sungai sangat berbahaya kepada
semua orang dan terutama para nelayan . Ini kerana, keadaan ombak yang besar dan
tinggi, arus laut dan sungai yang deras, sungai yang dalam dan berlumpur serta banyak
lagi risikonya. Oleh sebab itu, hasil jumlah tangkapan Pak Jali sedikit pada bulan Januri,
Februari, dan Mac kerana beliau jarang menangkap ikan pada bulan-bulan tersebut.
Tambahan pula, hasil dripada tangkapan tersebut, beliau akan menjual ikan-ikan tersebut
kepada penduduk kampung ataupun pemborong. Pak Jali menjadi nelayan untuk
menambahkan pendapatannya sekeluarga. Beliau telah menjadi nelayan selama 30 tahun.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pak Jali kerana sudi
ditemuramah. Saya berharap agar Pak Jali akan terus mendapat hasil tangkapan yang
lumayan.

Kampung Pengkalan Datu mempunyai jenis bentuk muka bumi yang


agak baik. Para penduduk di sini tidak ketinggalan untuk memanfaatkan
segala kelebihan yang ada di sini bagi menjadikan ia sebagai sumber hidup
mereka. Dengan ciri bentuk muka bumi tanah pamah, kegiatan penanaman
padi telah dijalankan secara berleluasa di kawasan ini. Kawasan tanah
pamah yang rata juga turut dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membina
kemudahan jalan raya bagi menghubungkan dua daerah yang penting di
negeri Kelantan. Kawasan tanah pamah turut menjadikan kawasan kampung
ini sebuah kawasan petempatan yang agak padat. Selain itu, kelebihan
adanya kawasan pinggir sungai telah digunakan bagi membina sebuah chalet
dan restoran terapung di kampung ini. Dengan adanya chalet ini, ia telah
berjaya menjadi satu tarikan pelancong domestik dan antarabangsa untuk
datang ke kawasan ini. Kawasan tanah pamah ini turut dimanfaatkan untuk
kegiatan perindustrian selain daripada untuk kegiatan pertanian seperti
penanaman padi dan getah. Di samping itu, penduduk di kampung ini tidak
mensia-siakan sumber sungai di kampung ini. Terdapat ramai penduduk di
sini yang menjadikan kegiatan perikanan sebagai sumber hidup mereka.
Walau bagaimanapun, kawasan ini turut mengalami masalah-masalah yang
disebabkan oleh kurangnya kesedaran penduduk terhadap alam sekitar dan
lain-lain lagi. Oleh itu, pihak kerajaan dan juga penduduk sendiri perlulah
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah yang
dihadapi itu..
1. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Latif, Tan Koh Lim,2004. Geografi
Tingkatan 3.Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Chong Mui Sen, 2002. Revisi Intensif Merit PMR Geografi
Tingkatan 1, 2, & 3. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Peta Negeri Kelantan,


http://www.abcmalaysia.com/maps/kelantan_map.htm

You might also like