Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kata kerja terbitan awalan

Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-,teR-,di-,mempeR-,dan


dipeR-.
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan, awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja
aktiI,sama ada transitiI atau tak transitiI. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian,iaitu me-
,mem-,mem-,dan meng- ( Nik SaIiah Karim et al. 2008:151 ).

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ,imbuhan meN- boleh dipecahkan kepada
bahagian tertentu mengikut maksud tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
i. memasak - Ibu memasak nasi
ii. menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:
mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menufu sasaran, contohnya :
mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
membelit - Soalan itu telah membelit Iikirannya.
dan akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi kepada dua bahagian
iaitu
( a ) hidup sebagai,contohnya:
menjanda - Aisah telah lima tahun menfanda.
( b ) menfadi,contohnya:
membujur - Ali duduk dalam keadaan membufur untuk sembahyang.

Awalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi
kata kerja yang bersiIat tidak transitiI. ( Nik SaIiah Karim et al. 2008:161 ). Manakala menurut
Arbak Othman ( 1984 : 14 ) kata kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitiI
atau kata kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,apabila
awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruI r maka dua r tadi akan
berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi,contohnya:
ber rantai berantai
ber ranjau beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata nama,kata kerja,kata adjektiI,dan
kata tugas. Awalan beR- mempunyai banyak makna mengikut golongan kata yang bergabung
dengannya. Awalan beR- boleh membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri
sendiri,perbuatan bersalingan,keadaan yang sudah sedia berlaku,membawa makna
mempunyai,makna memakai,mengerfakan sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta
bantuan,berada dalam keadaan,memperoleh,membawa pengertian menfadi,bersama-sama,dan
beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah kata dasar yang
berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:170 ) menyatakan bahawa hanya terdapat satu bentuk awalan
teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata dasar,contohnya:
nampak ternampak
jatuh terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruI r maka satu daripada r tersebut akan digugurkan.
Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu kata kerja aktiI dan kata kerja pasiI. Kata kerja
aktiI pula terbahagi kepada kata kerja transitiI dan kata kerja tak transitiI.
( a ) kata kerja transitiI
terlihat Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitiI
terjatuh - Ali terfatuh dari katil
Bagi kata kerja pasiI pula ialah:
terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengafa,keupayaan dan keadaan tersedia.

Awalan di- akan membentuk kata kerja pasiI,contohnya;
jahit dijahit
Baju itu difahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:177 ) tidak terdapat makna khusus untuk awalan di-.

Awalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud dalam satu bentuk,iaitu memper-
.Dalam bahasa Melayu bentuk ini hanya dirujuk sebagai awalan per-.( Nik SaIiah Karim et al.
2008:177 ). Awalan per- bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja transitiI. (
Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: 248 ). Menurut Abdullah Hasan lagi,bentuk ejaan
awalan per- tidak berubah. Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba memperhamba
Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar - memperlebar.
JKR telah memperlebar jalan raya itu.
Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna menfadikan,menfadikan lebih atau
bertambah,dan mendapat sesuatu.

Awalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pasiI. ( Nik SaIiah Karim et al
2008:181 ). Awalan dipeR- wujud dalam satu bentuk sahaja ,iaitu diper- contohnya:
halus diperhalus
Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri Besar.
Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu difadikan,difadikan lebih atau bertambah dan
terdapat sesuatu

You might also like