Surat Tawaran Kerjasama MAIT Bersama HIM & ExSIM

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 1

MAJLIS ALUMNI ULUL-ALBAB IMTIAZ TERENGGANU (MAIT)

d/a : PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU, Tingkat 3, Bangunan Yayasan Terengganu, 20200 Kuala Terengganu,Terengganu. Hak Milik : Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu

Tel. Faks E-mel Website

: 09-6221733 : 09-6232944 : alumni_imtiaz@yahoo.com : ulul-albab.edicypages.com : facebook.com/AlumniImtiaz

Surat Tuan Surat MAIT-YT Tarikh Bersamaan

: : MAIT/ExSIM-HIM : 15 November 2011 : 19 Zulhijjah 1432

Pengerusi Himpunan Intelektual Imtiaz (HIM), Pengerusi Ex-Student Imtiaz Dungun (ExSIM). Tuan/Puan, TAWARAN KERJASAMA TIGA HALA ANTARA MAIT, HIM DAN EXSIM BERMULA 2012 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak kepimpinan Majlis Alumni Ulul-Albab imtiaz YT Terengganu telah bermesyuarat pada 26 Oktober yang lepas dan telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan beberapa program untuk pelajar di semua Sekolah-Sekolah Menengah imtiaz YT pada tahun 2012. 3. Sehubungan itu, pihak kami telah bersetuju untuk menawarkan kerjasama kepada persatuan Himpunan Intelektual imtiaz (HIM) dari SM imtiaz YT Kuala Berang dan persatuan Ex-Student imtiaz Dungun (ExSIM) dari SM imtiaz YT Dungun untuk bersama kami, mewakili pihak Pengurusan imtiaz YT, bagi merancang modul-modul setiap program dari segi aktiviti dan pengisian serta melaksanakan program tersebut. Tawaran ini juga untuk membuka peluang kepada persatuan tuan/puan untuk lebih ke hadapan dalam struktur perjalanan persatuan dengan turut menguruskan program Alumni di semua insitusi imtiaz di Negeri Terengganu. 4. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kami telah merancang untuk membawa modul program UlulAlbab Empirical Programme oleh ExSIM kepada pelajar tingkatan 1 dan Kem Menuju Puncak anjuran HIM kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan untuk dikembangkan di semua imtiaz. Pihak kami hanyalah merangka dan merancang untuk menggerakkan Alumni bagi pihak pengurusan namun pelaksanaannya akan dilakukan oleh persatuan tuan/puan. Ini kerana tuan/puan adalah sebahagian dari kami dan menjadi tanggungjawab kami untuk membantu pergerakan persatuan tuan/puan. 5. Ingin kami tegaskan di sini, walaupun kami boleh mencampuri urusan Alumni di semua imtiaz kerana telah pun mendapat surat pengesahan dari Tuan Pengarah Yayasan Terengganu sebagai badan yang mewakili Yayasan Terengganu, namun pihak kami amat menghormati dan menyanjungi persatuan tuan/puan selaku badan Alumni yang disegani di sekolah masing-masing. Atas dasar menghormati persatuan tuan/puan, kami membuat tawaran ini bagi mengeratkan hubungan antara ketiga-tiga pihak. Pihak kami amat memerlukan kemahiran dan pengalaman persatuan tuan/puan dalam melaksanakan program untuk kami manfaatkan kepada semua pelajarpelajar Sekolah Menengah imtiaz YT. 6. Jika persatuan tuan/puan bersetuju untuk menerima tawaran ini, kami amat berbesar hati dan menyambutnya dengan tangan terbuka. Kami juga, bagi pihak Yayasan Terengganu, mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada persatuan tuan/puan di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dibuat untuk imtiaz masing-masing selama ini dan mengharapkan ia dapat diteruskan demi manfaat semua pihak. Sekian, terima kasih. `Ke Arah Memartabatkan Alumni imtiaz Saya yang menurut perintah, YAYASAN TERENGGANU.

(CHE WAN MUHAMMAD IRFANUDDIN) Presiden MAIT


s.k; 1. 2. Bahagian Pengurusan IMTIAZ,Yayasan Terengganu Setiausaha MAIT

-MAJLIS ALUMNI ULUL-ALBAB IMTIAZ TERENGGANU-

You might also like