Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MOTOR 3 FASA

Penggunaan motor 3 fasa memang digalakkan untuk mengelakkan ketidak imbangan beban pada sesalur bekalan. Dalam bab ini akan dibincangkan motor aruhan 3 fasa jenis rotor sangkar tupai (squirrel cage rotor) dan rotor berlilit @ gelang gelincir ( wound rotor @ slip-ring ) Termasuk juga motor segerak @ synchronous motor.

Motor aruhan 3 fasa sangkar tupai (Squirrel cage induction motor 3 phase) Motor ini mempunyai stator(pemegun) berbelit dengan 3 belitan iaitu satu belitan setiap fasa dan mempunyai rotor(pemutar) sangkar tupai. Pada rotor tidak terdapat sebarang sambungan belitan, melainkan bar-bar pengalir yang diperbuat drpd aluminium @ kuprum yang dipateri dikeduadua hujungnya agar berlitar-pintas. Bahagian-bahagian utama motor aruhan dan fungsinya. Terdapat 3bahagian utama:a. Pemegun (stator)

Stator atau utama ialah bahagian yg pegun dalam motor. Stator pada motor aruhan pada prinsipnya sama seperti stator pada pengulang-alik. Ia diperbuat drpd lapisan keluli dan mempunyai lurah-lurah alur(lubang alur) hampir mengelilingi keseluruhan belitan stator. Stator disokong oleh rangka motor yg diperbuat drpd besi tuang atau plat keluli. Terdapat 3 belitan satu fasa di stator. Ia diletakkan pada sudut 60 mekanik atau 120 elektrik dan disambungkan samada secara bintang atau delta. Dikotak pengkalan motor terdapat 6 terminal bagi maksud untuk sambungan kebekalan. Setiap 2 terminal mewakili satu belitan.

Tugas utama stator ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar magnet. Stator disokong oleh rangka motor yg diperbuat drpd besi tuang atau plat keluli. Terdapat 3 belitan satu fasa di stator. Ia diletakkan pada sudut 60 mekanik atau 120 elektrik dan disambungkan samada secara bintang atau delta. Dikotak pengkalan motor terdapat 6 terminal bagi maksud untuk sambungan kebekalan. Setiap 2 terminal mewakili satu belitan. Tugas utama stator ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar magnet.

Pemutar (rotor)

Rotor atau sekunder ialahbahagian berputar. Ia berbentuk selinder dan dibina drpd lapisan-lapisan keluli yg bertebat. Bagi motor jenis rotor berlilit, terdapat 3 set belitan pada lubang alur rotor yg diakhiri dengan 3 gelang gelincir. Belitan ini disambung secara bintang. Teras rotor sangkar tupai adalah kukuh dan lasak, binaan teras adalah berlamina. Bar-bar sangkar tupai terletak dalam teras

Perisai hujung

Perisai ini digunakan untuk memegang alas bebola yg menyokong aci rotor. Perisai juga untuk melindungi bahagian-bahagian dalaman motor drpd disentuh atau kerosakan mekanik. Terdapat berbagai bentuk perisai dikiri dan kanan kuk motor. Bentuk-bentuk ini disesuaikan dengan jenis motor; misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh terbuka, tutupan kalis api, bahan letupan, tahan panas dsbnya.

Kendalian Apabila stator motor diberikan bekalan 3 fasa, dengan sendirinya putaran medan magnet terbentuk pada stator itu. Laju putaran medan magnet berputar bergantung kepada frekuensi bekalan dan bilangan kutub. Ciri-Ciri Motor ini mempunyai kelajuan yang tunggal. Daya kilas permulaan adalah kecil. Faktor kuasa permulaannya adalah rendah dan beransur-ansur naik apabila beban ditambah sehingga kebeban penuh dan nilainya boleh mencapai sehingga 0.85 atau 0.9

Kebaikan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah untuk dimusnahkan terutamanya pada rotor sangkar tupai. Perbelanjaannya murah dan penjagaannya mudah. Ia boleh digerakkan tanpa memerlukan belitan tambahan. Ia tidak ada belitan dirotor, jadi ianya ringkas. Saiznya lebih kecil pada kuasa yg sama dengan motor rotor berlilit jika dua sangkar tupai digunakan. Pengaturan kelajuannya yg baik mengikut perubahan beban.

Keburukan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan pengubahan kelajuan hanya dibuat dengan mengubah kecekapannya. Sebagaimana motor BMP, kelajuan motor ini akan berkurang dengan penambahan beban. Daya kilas permulaannya serupa dengan motor BMP.
DISEDIAKAN OLEH NORASA BINTI PAKIRKHAN

You might also like