Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran alternatif yang memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai sesuatu unit

pembelajaran yang dipecahkan kepada subunit mengikut peringkat. Pelajar akan melangkah ke subunit seterusnya setelah menguasai sesuatu subunit yang dipelajarinya Antara prinsip yang perlu ditekankan ialah setiap pelajar mempunyi kemampuan dan potensi yang berbeza-beza yang menghasilkan pencapaian berbeza-beza. Maka guru perlu membawa pendekatan pengajaran yang pelbagai dalam proses P&P. Teori pembelajaran ini beranggapan bahawa semua pelajar dapat belajar sekiranya pengajaran yang sesuai disediakan. Tidak ada pelajar yang dianggap baik atau lemah tetapi pelajar dianggap sebagai pantas atau perlahan. Orang yang memperkenalkan teori pembelajaran ini ialah Bloom dan dia membuat kesimpulan bahawa masa yang mencukupi dan kualiti pengajaran membolehkan semua pelajar dapat belajar. Guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjalankan pendekatan pembelajaran ini di mana kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada pengajaran guru dan bukan kepada kekurangan keupayaan pelajar. Persekitaran pembelajaran masteri, cabaran masa yang cukup dan menggunakan strategi pengajaran supaya semua pelajar dapat mencapai aras pembelajaran yang sama.

You might also like