Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1

PENGENALAN

Setelah menempuh 53 tahun kemerdekaan, Malaysia telah banyak menunjukkan perubahan yang
ketara dari segi kematangan politik, pertumbuhan ekonomi dan perubahan sosial masyarakat.
Daripada kepimpinan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman sehinggalah Dato`
Sri Najib Tun Razak, negara melalui perubahan daripada negara berteraskan pertanian kepada
negara perindustrian yang berjaya. ManiIesto yang diperkenalkan oleh setiap pemimpin menjadi
kayu ukur kepada pembangunan negara di masa depan. Hal ini menjadi satu tradisi kepada
individu yang dipilih rakyat untuk menerajui kepimpinan negara melalui pilihanraya umum.

Jadi tidak hairanlah jika Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, Dato` Sri Najib Tun Razak
memperkenalkan satu gagasan yang bersiIat peribadi untuk dijadikan hala tuju kepada rakyat.
Slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjadi tanda pengenalan untuknya
supaya masyarakat dapat berpegang kepadanya dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Slogan
ini menjadi intipati kepada gagasan idea beliau iaitu konsep satu Malaysia yang diperkenalkan
beliau pada 2 April 2009.

Gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke enam ini merupakan
kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Iormula pentadbiran dalam proses menuju
Wawasan 2020. Menurut Dato` Sri Najib Tun Razak, 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi
memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Nilai nilai
penting yang diterapkan disaran sebagai satu amalan setiap rakyat Malaysia.


onsep 1 Malaysia disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, prinsip
kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. etiga-tiga prinsip tersebut adalah penting dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional. onsep ini menekankan sikap penerimaan di kalangan
rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar
dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu
negara.


Tidak dapat dinaIikan bahawa konsep 1Malaysia masih lagi berada di Iasa permulaan di mana
ianya masih menimbulkan tandatanya samada gagasan ini dapat berIungsi sepertimana yang
diharapkan. Sejauhmana konsep 1Malaysia memberi manIaat dan dapat mengukuhkan politik,
ekonomi dan sosial negara dapat dibuktikan dalam satu jangka yang sukar diramal. Namun
demikian tidak mustahil ianya dapat direalisasikan sekiranya masyarakat Malaysia memahami
gagasan idea ini secara menyeluruh dan kepimpinan tertinggi bersikap telus dengan apa yang
dinyatakan
1
.









1
enyataan daripada Datuk Ibrahim Ali di Mas, elantan; dan Presiden PERASA (Pertubuhan Pribumi Malaysia).
Beliau pernah membentangkan kertas kerja pada Seminar ebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat
Pengajian Sains emasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos 2009


EPENTINGAN DAN FUNGSI GAGASAN 1MALAYSIA
Sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalam komuniti, bukanlah satu perkara
yang mudah untuk menyatupadukan semua pihak. Dalam menilai konsep 1Malaysia dari sudut
positiInya, ianya boleh dikatakan menjadi suatu model untuk memperkasakan perpaduan dan
satu kesinambungan kepada pendekatan pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan (PPM, 2009)
2
. Melalui siIat penerimaan yang merupakan salah satu daripada
lapan nilai utama di dalam gagasan yang diperkenalkan dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum. Perpaduan ini bermula melalui kewujudan siIat toleransi di antara setiap kaum di
Malaysia dan saling berkomunikasi di antara satu sama lain.










#,, A
Aspek Pertama: Teras Perpaduan


Rajah A di atas menunjukkan intipati yang melengkapkan teras perpaduan dalam konsep
1Malaysia di mana menyertakan nilai nilai murni menjadi sebahagian aspek tersebut. Nilai

e[abaL erdana MenLerl

1LkAS 1LkAS LkADUAN


enerlmaan
rlnslp rlnslp kenegaraan
keadllan Soslal
NILAI NILAI MUkNI
PormaL MenghormaLl
8endah ulrl
kesederhanaan
8erbudl


hormat menghormati, rendah diri, kesederhanaan dan berbudi bahasa mencerminkan perpaduan
yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam proses interaksi antara sesama kaum. Melalui
aspek aspek ini dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang bertoleransi serta saling memahami
di antara satu sama lain. Implikasi positiI daripada perkara ini adalah menguatkan hubungan
social di antara masyarakat berbilang kaum yang menjadi trademark` negara di mata dunia.

Sepertimana yang kita sedia maklum, di negara negara yang lain seperti Indonesia wujudnya
asimilasi antara kaum di mana identiti setiap mereka dihapuskan dan digantikan dengan identiti
nasional yang harus digunakan oleh semua rakyat negara tersebut. Sebaliknya konsep 1Malaysia
menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang wujud di Malaysia serta menganggap
ianya adalah satu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat di samping
mengakui prinsip prinsip yang ada di dalam perlembagaan persekutuan
3
.

Melalui gagasan 1Malaysia nasib semua kaum di dalam negara ini akan terbela dan tidak ada
mana mana pihak yang perlu didiskriminasikan. Perkara ini adalah disebabkan oleh prinsip
keadilan yang di perkenalkan di mana ianya mengambilkira taraI kemajuan kaum kaum yang
berada pada tahap berbeza. Jadi dasar dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan yang dapat
menawarkan pembelaan kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan akan tetap diteruskan.
Maka rakyat jelata tidak perlu merasakan yang mereka dipinggirkan meskipun berada di lokasi
pedalaman sekalipun.



3
Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan Mengekalkan ejernihan Dalam ekeruhan. Mesyuarat Majlis
Penasihat Perpaduan Negara, anjuran JPNIN, 18 Oktober 2008











#,, B
Model Pener,5,n Nil,i - Nil,i As5ir,si onse5 1M,l,si,

Model B pula merupakan implementasi aspek kedua dalam konsep 1Malaysia di mana sebanyak
lapan nilai aspirasi perlu diterapkan oleh rakyat Malaysia. Pertama, mengenai budaya berprestasi
tinggi, iaitu tugas yang diamanahkan kena dilaksanakan pada tahap terbaik. Sikap sambil lewa
perlu diketepikan kerana ia bukan lambang sebuah masyarakat berdaya maju. Kedua, budaya
ketetapan di mana seseorang individu atau komuniti haruslah mendidik sikap menepati masa
dalam melaksanakan tugas dan mengutamakan kecekapan serta ketepatan. Hal ini merupakan
budaya bagi sesebuah masyarakat maju. Ketiga, budaya ilmu, iaitu kesediaan untuk menimba
ilmu pengetahuan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, kerana melalui perkembangan
ilmu ia mampu membantu negara mencapai kemajuan dan pemodenan. Keempat, integriti yang
tinggi seperti bersih, cekap, dan amanah juga perlu ada dalam setiap diri masyarakat agar dalam
melaksanakan tugas dan amanah sentiasa disegani dan dihormati.
Aspek ke 2
enerapan N||a| Asp|ras|
Budaya Berprestasi
Tinggi
Budaya
etepatan
Budaya
Ilmu
Intergriti
kebijaksanaan
etabahan
esetiaan
Budaya
Inovasi


Manakala nilai elima pula merupakan ketabahan, iaitu sikap bersedia menerima cabaran dan
sabar dalam menempuh dugaan serta tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya mempunyai
semangat dan keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. Keenam, kesetiaan
yang melibatkan kesanggupan untuk berkorban dan berbakti kepada negara demi membuktikan
maruah dan kedaulatan negara dipertahankan dan dijaga. Ketufuh, kebijaksanaan, iaitu cara
menghadapi situasi dan masalah tertentu dengan penuh hemat dan teliti agar penyelesaian dan
pendekatan diambil tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kedelapan, budaya
berinovasi yang melambangkan rakyat Malaysia itu berani menceburi bidang baru dan juga harus
dikenali sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang yang diceburi. Perubahan perlu dilakukan
untuk menjadi lebih baik lagi demi kebaikan dalam menangani masalah serta bersedia untuk
menjadi perintis.

Aspirasi aspirasi yang diterapkan di dalam konsep 1Malaysia merupakan Iormula yang dapat
memberi keberkesanan dalam menyelesaikan pelbagai aspek terutama dalam ekonomi. Tidak
dapat tidak, konsep 1Malaysia juga dilihat sebagai satu gagasan yang memberi peluang kepada
pertumbuhan ekonomi yang lebih ampuh dalam jangka masa yang panjang. Dari perspektiI
ekonomi, konsep ini dapat merapatkan jurang politik di antara parti politik yang wujud di
Malaysia
4
.

Tidak dapat dinaIikan bahawa sedikit sebanyak telah wujudnya perpecahan di kalangan
masyarakat akibat ideologi politik yang tidak seiring. Natijahnya, timbul pelbagai isu yang tidak
sedap didengar sehingga boleh menjejaskan kreadibiliti individu atau kumpulan yang terlibat.

4
Nor Aini Haji Idris & Ishak YussoI (2009). Ekonomi Malaysia ke Arah Pembangunan Seimbang. Penerbit UM:
Bangi



Namun demikian penerapan nilai nilai aspirasi di dalam gagasan ini mungkin dapat
merapatkan jurang perpecahan di kalangan masyarakat. Nilai integriti yang tinggi di kalangan
pemimpin politik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mengira Iahaman politik
dapat memberi teladan yang berguna kepada ahli ahli bawahan di bawah kepimpinannya.
Namun demikian sistem demokrasi yang menjadi pegangan pentadbiran negara banyak memberi
kelebihan kepada gagasan ini untuk berjaya
5
. Intergriti ini adalah merangkumi siIat siIat
amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugasan.

Di samping itu, dalam usaha memacu negara untuk mencapai status negara maju perlunya ada
masyarakat yang progresiI dan dinamik melalui penerapan nilai nilai aspirasi. Nilai ini penting
dalam mewujudkan semangat persaingan di peringkat global serta dapat meningkatkan mutu
kerja. Apabila mutu kerja berada di tahap yang diharapkan maka pertumbuhan ekonomi negara
dapat ditingkat dan dikukuhkan
6
(Rita Sim, 2010).

Dalam memacu arah ekonomi negara melalui landasan yang betul, amalan budaya cemerlang
dan berprestasi tinggi yang merupakan intipati yang terkandung di dalam aspirasi 1Malaysia
adalah idea yang tepat. Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan tugasan
yang dilakukan dapat mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa tidak boleh wujud di
kalangan masyarakat yang berdaya maju. Maka dari aspirasi yang bentangkan dalam gagasan
1Malaysia dapat membuktikan bahawa kecemerlangan ekonomi negara dapat dicapai sekiranya
setiap rakyat Malaysia merealisasikan idea yang diterapkan di dalamnya.


5
Rainer HeuIers (2002). The Politics oI Democracy in Malaysia.

lanya merupakan saLu lnlslaLlf kepada perpaduan dan mengeLengahkan keunlkan konsep 1Malaysla 8u[uk 8lLa
Slm (1%


ESIMPULAN

Justeru, gagasan 1Malaysia ini cukup jelas intipati dan matlamat penubuhannya jika diberi
perhatian yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, kita perlu melihat bagaimana untuk
menghadapi dan mengatasi cabaran cabaran yang timbul dalam usaha untuk memperkasakan
perlaksanaan konsep 1Malaysia. onsep ini sebenarnya adalah untuk rakyat Malaysia tanpa
mengira latar kaum, agama, ideologi politik, taraI kehidupan mahupun budaya.

Tidak dinaIikan bahawa inisiatiI pihak kerajaan dalam memperkenalkan idea 1Malaysia
merupakan satu perkara yang baik. Namun demikian boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan
mereka masih dipandang dingin oleh segelintir pihak. Masih terdengar pandangan negatiI
mengenai implementasi konsep 1Malaysia terutamanya daripada mereka yang mempunyai
ideologi politik yang berbeza. Ianya dianggap satu propaganda daripada pihak pemerintah dalam
usaha menarik pengaruh rakyat supaya mendapat hasil positiI dalam pilihanraya akan datang.
Terdapat juga kalangan mereka yang tidak mengendahkan isu ini berikutan persepsi yang agak
cliche iaitu ianya tiada kaitan dengan urusan harian yang terlalu sibuk.

Oleh yang demikian, perlaksanaan konsep 1Malaysia dilihat tidak dapat lari daripada usaha
untuk mengukuhkan proses penyatupaduan antara kaum, keseimbangan ekonomi dan juga
kestabilan politik negara. Secara tidak langsung gagasan 1Malaysia ini sedikit sebanyak
menyumbang kepada pemantapan sebuah negara bangsa untuk mencapai Wawasan 2020 seperti
yang diaspirasikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu berlangsungnya pemerintahan
beliau.


onsep 1Malaysia sebenarnya masih memerlukan masa yang agak panjang untuk melihat
keberkesanan. Namun demikian perkembangannya boleh dibuat dengan membuat dengan
membuat penilaian dan pemantauan dari masa ke semasa. Aspirasi yang dinyatakan di dalam
konsep ini perlu diberi perhatian supaya dapat memahami agenda yang terkandung di dalamnya.
onsep 1Malaysia juga dilihat sebagai satu jambatan kepada konsep konsep yang
diperkenalkan oleh kepimpinan yang sebelumnya iaitu Wawasan 2020. onsep konsep yang
telah diperkenalkan oleh setiap pemimpin dapat dijadikan panduan positiI kepada pihak pihak
yang terlibat.








1

#U1UAN


Ibrahim Ali (2009). '1Malaysia: PerspektiI Generasi emerdekaan. Kertas erfa dibentangkan
pada Seminar ebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat Pengajian Sains
emasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos.

PPM |Pejabat Perdana Menteri| (2009). Boolet 1Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Pejabat
Perdana Menteri.

Nor Aini Haji Idris & Ishak YussoI (2009). Ekonomi Malaysia ke Arah Pembangunan Seimbang.
Penerbit UM: Bangi

Rainer HeuIers (2002). The Politics oI Democracy in Malaysia. ASIEN, pp. 39-60

Rita Sim (2010). What it Taes to Mae 1Malaysia a Success. Putra Jaya, Malaysia: PPM
|Pejabat Perdana Menteri|

Shamsul Amri Baharuddin (2008). Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan Mengekalkan
ejernihan Dalam ekeruhan. Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara, anjuran
JPNIN, 18 Oktober 2008

You might also like