Full

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

1.0 PENGENALAN
Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara tidak akan
mencapai taraI sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta
berdaya saing yang tinggi. Ini kerana usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi
penggerak ekonomi sesebuah negara. Setiap individu perlu diyakinkan bahawa masyarakat yang
mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik. Ini adalah
kerana usahawan merupakan individu paling dinamik dan lebih bersedia untuk berhadapan
dengan ketidaktentuan dalam usaha mereka untuk mengejar kejayaan. Mereka perlu diyakinkan
bahawa pembudayaan kemahiran keusahawanan dan kualiti peribadi yang dimiliki akan
menjurus mereka lebih bersedia dan menjadi lebih yakin untuk merebut peluang dan berhadapan
dengan cabaran.
Seseorang individu yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan mempunyai
perancangan terhadap matlamat dan tujuan yang ingin dicapai. Untuk menjadi usahawan yang
berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kejayaan tersebut dapat dikecapi oleh usahawan
yang gigih dan bersungguh-sungguh. Bagi individu yang menyertai bidang keusahawanan ia
memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, dan juga wang ringgit. Setiap individu yang
menyertai dalam bidang keusahawanan mempunyai matlamat yang tersendiri bagi memenuhi
cita-cita dan mereka didorongi oleh beberapa Iaktor yang boleh membuktikan tentang kejayaan
mereka kelak.
Tambahan lagi, usahawan yang berjaya dapat dibezakan daripada individu yang lain.
Usahawan dikatakan mempunyai kemahiran peribadi dan kualiti peribadi yang hebat serta
mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk
melaksanakan Iungsi-Iungsi keusahawanan dengan berkesan. Sehingga kini, terdapat banyak
kajian yang telah dilaksanakan oleh ahli ekonomi dan psikologi dalam meneliti dan memahami
kemahiran keusahawanan seorang usahawan.



BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

.0 KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN KUALITI PERIBADI


Menurut Steve dan Kay (1999), menyatakan bahawa kemahiran keusahawanan adalah
keupayaan untuk meneroka peluang dan memberitahu kesedaran tentang risiko, kreativiti dan
inovasi dalam aktiviti yang berkait dengan perniagaan. Berikut merupakan keterangan tentang
kemahiran keusahawanan dan kualiti peribadi :-
.1 keunikan 1ualan (Idea)
Menurut Zinkham (1983), beliau menyatakan bahawa pemasar dapat memujuk pelanggan
atau responden mereka untuk menukar Iikiran mereka dengan menggunakan kunci nilai jual dan
penggunaan masa untuk mengenal pasti aspek perbandingan antara pelanggan. Hal ini dapat
dijelaskan melalui konsep kesetiaan pada jenama yang telah dijelaskan oleh Grassel (1999) dan
Wilson (2006) yang menyatakan bahawa seseorang pelanggan yang berada di pasar atau
sebagainya sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memiliki sesuatu produk
yang unik dan berbeza daripada orang lain. Sebagai contoh, Lockshin dan Hall (2003), mengulas
tentang syarikat di Eropah yang mengeluarkan produk wain dan menemui produk ini mengalami
persaingan yang tinggi, justeru itu keingini untuk menggalakkan pembelian wain ramai
pengusaha syarikat wain telah mencetuskan pelbagai idea untuk memperbaharui produk ini bagi
menarik lebih ramai lagi pelanggan.
. Sifat Berhati-hati
Hurtz dan Donovan (2000) serta Barrick dan Mount (1991) menjelaskan bahawa
bergantung, rajin dan cekap merupakan komponen dari siIat berhati-hati. Seseorang individu
yang mempunyai motivasi yang tinggi dari aspek ini merupakan seorang pekerja yang bekerja
keras, berorientasikan prestasi dan sabar. SiIat berhati-hati merupakan Iaktor pejangkaan yang
konsisten tentang prestasi pekerja dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan pengurusan dan
prestasi pemasaran. Hal ini dapat di buktikan melalui penjelasan Timmons (1989), merumuskan
bahawa pengusaha perlu gigih menghasilkan produktiviti dengan mengamalkan siIat berhati-hati
untuk terus berjaya dan seseorang akan gagal jika pengurusan sesuatu itu tidak dipertingkatkan.


BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

.3 kesanggupan Untuk bekerja Lebih Masa


Dalam kemahiran ini , kesanggupan untuk bekerja lebih masa adalah satu perkara yang
amat penting untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Seorang usahawan haruslah mempunyai
sikap yang rajin dann ringan tulang untuk bekerja apabila terpaksa bekerja lebih pada masa yang
ditetapkan. Sikap ini amat penting terutamanya pada Irasa awal bagi memulakan sesebuah
perniagaan. Usahawan amat memerlukan tenaga dalaman dan luaran yang tinggi bagi
memotivasikan beliau menjayakan perniagaannya. Usahawan memerlukan tenaga kerja yang
tinggi terutama sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaan. Misalnya, di Negara
Jepun, mereka yang bekerja selalunya berebut untuk melakukan 'overtime kerana pada mereka,
bekerja lebih masa adalah sesuatu yang boleh dibanggakan selain memberikan kepuasan apabila
hasil sesuatu kerja disiapkan pada tempoh yang lebih singkat. Oleh yang demikian, usahawan
perlu bekerja keras dan bekerja lebih dari yang sepatutnya berbanding dengan orang lain bagi
menjayakan perniagaannya.
.4 Komitmen Terhadap kualiti Standard Profesional
Menurut Mohd Dali dan Shah N.R (2009), Seseorang usahawan tulen akan peka dan
sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka.
Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui
kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu.
Usahawan akan menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan
perkhidmatan yang bermutu tinggi. Selain itu. Usahwana sentiasa membuat perbandingan mutu
kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang
lebih baik. Produk yang mempunyai standard dan mutu kerja yang tinggi nilainya akan
mendapat kelebihan persaingan berbanding pesaing sedia ada. Hal ini adalah kerana, pelanggan
biasanya akan mengkaji dan membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum mereka
menggunakannya. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan
pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya.


BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

.5 Ketegasan
Saat Sulaiman (2008), menyatakan untuk berjaya dalam perniagaan, usahawan perlu
mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi. Mereka juga perlu menerapkan
beberapa ciri-ciri tertentu dalam menjana usahawan yang cemerlang dan dedikasi. Terdapat
banyak ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan dan apa yang paling penting
untuk ditekankan di sini adalah berkenaan dengan sikap ketegasan. Terdapat banyak deIinisi
tentang ketegasan dalam keusahawanan seperti ketegasan dalam membuat penilaian, ketegasan
dalam membuat keputusan dan banyak lagi.
Sikap tegas dapat dilihat melalui beberapa tindakan seperti berani menyuarakan pendapat
atau idea kepada orang lain secara langsung serta berani mengambil tindakan walaupun terpaksa
menghadapi tentangan daripada pihak lain. Sikap tegas usahawan akan dapat menjamin
pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah
kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya,
masalah pekerja yang suka curi tulang atau ponteng kerja. Bagi mereka yang tidak
bertanggunggjawab seperti ini, mereka akan dikenakan tindakan yang tegas seperti akan
digantung kerja ataupun dibuang kerja. Tindakan ini boleh menyebabkan para pekerja yang lain
tidak berani melakukannya.

.6 Kemampuan Untuk Menrefleksikan Dan Menilai Presrasi Diri
Saat Sulaiman (2008), menjelaskan bahawa untuk meningkatkan sesebuah perniagaan
bukanlah satu tugas yang mudah, jadi seseorang usahawan itu mestilah menilai setiap prestasi
diri serta perniagaan mereka yang dijalankan. Melalui penilaian prestasi diri, seseorang akan
lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan mereka yang tidak membuat sebarang penilaian
prestasi diri mahupun perniagaan.Hal ini kerana mereka dapat melihat perjalanan perniagaan
serta prestasi diri sewaktu menjalankan sesebuah perniagaan dengan lebih terperinci. Melalui
penilaian juga, mereka dapat memperbaiki sebarang kesilapan yang terdapat di dalam diri
perniagaan mereka serta dapat membandingkan hasil pekerjaannya dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, mereka juga dapat mempelajari sejauh manakah kemampuan diri sendiri
dalam melaksanakan sesuatu tugas seterusnya mendapat gambaran tentang strategi lain umtuk
dilaksanakan dalam perniagaan mereka.Apa yang dapat dikatakan di sini ialah, kemampuan
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

untuk mereIleksikan dan menilai prestasi dalam diri keusahawanan amatlah penting untuk
menjamin masa depan sesebuah perniagaan yang beorientasikan ke arah kecekapan dan
sistematik.
.7 Kemahiran Pentadbiran Yang cekap
Pernyataan Stephen Grorge dan Amold Weimerskrich (1994), memberitahu tentang
kemahiran pentadbiran yang cekap ialah sebuah prosedur yang tepat dari segi spesiIikasi
pekerjaan dengan tugas yang di berikan jelas ditakriIkan sebagai piawaian prosedur dengan
gerakan yang cepat dan masa yang terhad perlu ditetapkan di pejabat. sikap positiI dan motivasi
yang tinggi dan penglibatan semua elemen dalam sistem tersebut adalah yang paling penting.
keinginan untuk menjadi yang terunggul bagi mencapai kualiti yang tinggi bagi setiap individu
di peringkat jabatan harus dipastikan. Tujuan yang tepat harus ditetapkan yang mana harus
disemak secara berkala. Harus dipastikan bahawa tujuan tersebut dicapai dengan tanpa sebarang
kecacatan.
Laporan kemajuan berkala perlu diambil untuk memastikan tindakan pembaikan dalam setiap
masa. Setiap elemen dalam sistem seperti kakitangan pengajar, bukan pengajar dan pejabat,
makmal, jabatan dan lembaga diberikan undian mata berdasarkan prestasi mereka, cara
komunikasi mereka tahunan dan tahap ketelusan mereka sehingga memastikan ruang lingkup ke
arah pembaikan. Penyuntikan kepentingan tahap disiplin diri, tahap kualiti diri dan tahap
pembaikan diri dapat dipastikan di tempat yang memerlukan disiplin. Apresiasi yang tepat,
motivasi diri yang tinggi, pengiktiraIan prestasi yang lebih tinggi bagi memastikan arahan yang
diberikan diterima dengan jelas. Kebertanggungjawaban dengan tahap kedudukan pasti akan
memberikan keputusan seperti yang diharapkan.

.8 Permintaan pembangunan Pemasaran
DeIinisi permintaan pembangunan pemasaran dapat dibezakan menjadi 2 iaitu deIinisi
pemasaran secara sosial dan secara pengurusan. Menurut Philip Kotler (2003:10), pemasaran
adalah proses sosial iaitu proses individu dan kelompok bagi mendapatkan apa yang mereka
perlukan dan inginkan dengan menciptakan, menawarkan dan secara bebas menukarkan produk
dan jasa yang bernilai dengan pihak lain. Menurut deIinisi pengurusan, pemasaran sering
digambarkan sebagai seni menjual produk.
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

Menurut WY. Stanton, permintaan pembangunan pemasaran adalah sesuatu yang meliputi
seluruh sistem yang berhubungan dengan tujuan untuk merencanakan dan menentukan harga
dengan mempromosikan dan menyebarkan barang dan perkhidmatan yang boleh memuaskan
keperluan pembeli yang sebenar ataupun yang berpotensi. Menurut Alex S. Nitisemito
(1986,13): 'Pemasaran adalah semua kegiatan yang bertujuan untuk memperlancarkan arus
barang dan jasa dari pengeluar kepada pengguna secara paling berkesan dengan maksud
menciptakan permintaan yang eIektiI.

.9 Kejujuran Dalam Keusahawanan
Perniagaan adalah sesuatu perkara yang penting dalam sesuatu kehidupan.Usahawan ialah
orang yang bertangungjawab dalam membentuk sesuatu perniagaan.Usahawan adalah permulaan
dalam perniagaan.Kejujuran dalam perniagaan merupakan perkara pokok yang penting bagi
memastikan mutu dan kualiti barangan dan produk yang dihasikan oleh usahawan dapat
memenuhi permintaan dan kepuasan pengguna.Dalam sebuah hadis agama islam menyatakan
'Diriwayatkan dari Hakim bin Hizam ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, 'penjual dan
pembeli memiliki hak untuk menyimpan atau mengembalikan barang selama mereka belum atau
hingga mereka berpisah; dan apabila kedua belah pihak mengatakan yang sesungguhnya (berkata
benar) dan menjelaskan kekurangan dan kualitas barang, maka transaksi jual beli mereka akan
diberkahi (Allah),; tetapi apabila mereka berdusta atau menyembunyikan sesuatu (mengenai
barang yang diperjual belikan), maka tidak ada berkah (Allah) atas transaksi jual beli mereka.

Maksud daripada hadis ini menerangkan konsep kejujuran dalam perniagaan.Penjual harus
menjual atau menyediakan produk yang terbaik dan tidak ada unsur penipuan dalam
penjualan.Kejujran dalam perniagaan dapat memastikan kedua belah pihak penjual dan pembeli
mendapat keuntungan dan keberkatan.Pembeli akan terus membeli produk yang berkualiti
sahaja.Sekiranya berlaku penipuan dalam perniagaan,pengguna akan lebih berhati-hati dalam
mebeli dan mereka tidak akn singah di kedai yang pernah menipunya.Dalam agama Islam
seorang usahawan yang amanah dan jujur akan diletakkan bersama para Nabi di akhirta kelak
yang mana merupakan satu kedudukan yang paling tinggi di akhirat, begitulah janji yang
diberikan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya kepada para usahawan yang mampu mematuhi segala
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

prosedur yang telah ditetapkan-Nya. Oleh itu,Hendaklah kita berlaku jujur dan amanah di dalam
urusniaga kita seperti mengikut harga pasaran, tidak memonopoli, sorok barang, berlaku
persetujuan bersama atau saling meredai di antara pembeli dan penjual, jualan hendaklah
bertepatan dengan tanda harga, resit, catatan atau perjanjian dan sebagainya. Ini bagi memastikan
agar pembeli tidak merasa tertipu terutama dengan kata-kata atau janji manis peniaga sewaktu
menjual barangan mereka.Banyak kes berlaku contohnya di negara kita Malaysia perniaga sering
menyorok barangan ketika berlaku kegawatan ekonomi dan barangan tersebut akn muncul
semula dengan harga baru yang ditetapkan oleh kerajaan.Hal ini menyukarkan pengguna untuk
mendapatkan barangan tersebut.Perniaga juga sering menaikan harga barangan dengan sesuka
hati tampa menghiraukan pihak kerajaan yang telah menetapkan harga sebenar barangan
tersebut.Tren ini sudah semakin berleluasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Allah berIirman yang bermaksud: 'Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Baqarah, ayat 188).Konsep kejujuran amat penting dalam sebuah institusi perniagaan
terutamanya usahawan yang banyak memenuhi permintaan pasaran dan pengguna.Kita mungkin
terlupa atau sengaja lupa arahan agama kerana terlampau ghairah untuk mengejar kemewahan
duniawi yang bukanlah satu kebahagian yang mutlak. Perintah ini merupakan satu
tanggungjawab bersama bagi memastikan jual beli berjalan dengan lancar.

.10 Pemberatan Dalam Perniagaan
Pemberatan dalam perniagaan merupakan keupayaan usahawan dalam mengendalikan
sesuatu perniagaan.Etika seseorang usahawan merangkumi prinsip moral dalam mengendalikan
perusahaan atau perniagaanya.Hal ini berkaitan cara sesorang usahawan mengendalikan baik dari
segi pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan.Terdapat pelbagai pihak yang
mempunyai kepentingan dalam perjalanan sesebuah perniagaan itu iaitu
pelanggan,pekerja,pembekal,pembiaya,persekitaran,kerajaan dan sebagainya yang akan
menerima kesan dari perlaksanaan keputusan yang tidak beretika.
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

Garis panduan etika telah dilaksanakan untuk memastikan para usahawan tidak
melakukan sesutu yang menyalahi tuntutan dalam perniagaan contohnya melanggar peraturan
kerajaan,penipuan,rasuah,mendapatkan sumber yang haram dan sebagainya.Perlakuan beretika
harus didokumentasikan supaya lebih jelas untuk amalan setiap organisasi melalui apa yang
dinamakan sebagai Kod Etika. Tanggujawab sosial juga berkait rapat dengan etika sesebuah
perniagaan.Kekuatan etika yang baik akan menjadikan sebuah perniagaan itu tidak akan
berkompromi dengan perbuatan yang tidak beretika.Tanggungjawab sosial ini mengambil kira
bagaimana syarikat mengurusakan proses-proses dalaman untuk menghasilakn impak
keseluruhan yang positiI terhadap persekitaran.Langkah yang boleh diambil untuk memastikan
tanggungjawab sosial ini dapat dilaksanakan oleh syarikat ialah penetapan maklumat,tentukan
apakah usaha murni yang ingin disetai,pilih pertubuhan bukan NGO untuk disetai,bentukkan satu
program dan usulkan kepada NGO,berbincang dengan NGO berkenaaan matlamat,libatkan
kakitangan dengan dengan mengalakkan dan menyediakan ruang untuk kakitangan terlibat
dengan sebarang aktiviti dan melibatkan sama pelanggan dalam usaha murni syarikat.
.11 Komitmen Kepada Pembangunan Peribadian Dan Latihan
Komitmen dirujuk dalam pelbagai aspek.Komitmen merujuk kepada memberi perhatian
kepada sesuatu kerja tanpa melakukan kerja lain.Sesuatu kerja yang kita lakukan itu hendaklah
dilakukan dengan sepenuhnya bermula daripada permulaan kerja sehingga pengakhiran kerja.
Komitmen kepada pembangunan peribadi pula ialah Komitmen kepada peribadi
sendiri.Komitmen kepada peribadi sendiri boleh dirujuk kepada interaksi diantara satu sama lain
menerusi perbualan,percekapan dan pergaulan.Kewajipan ini mestilah bersama atau
dipertingkatkan oleh diri sendiri dari semasa ke semasa.Perbezaan antara komitmen dapat dilihat
dalam satu organisasi contohnya dalam pasukan sukan,agama dan rakan sekerja.Komitmen
kepada pembangunan peribadi boleh dianggap kita berjanji kepada diri sendiri untuk
mempertingkatkan tahap pembangunan kerja dalam diri sendiri.
Komitmen kepada latihan pula boleh dianggap sebagai memberi tumpuan sepenuhnya
kepada latihan-latihan untuk mempertingkatan pembangunan peribadi.Komitmen kepada latihan
merangkumi kerja yang dilakukan di luar waktu bekerja seperti mengikuti kursus dan
sebagainya.Komitmen kepada latihan lebih diperlukan untuk usahawan yang menjalankan
latihan di perindustrian seperti mengetahui cara penggunaan mesin dan sebagainya.Usahawan
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

yang mampu menggunakan teknologi yang tinggi dapat mempercepatkan kos pengeluaran
sesuatu bahan.
Usahawan yang berkomitmen tinggi lebih mudah berjaya berbanding usahawan yang
mempunyai proIil komitmen yang rendah.Komitmen yang tinggi ini didorong oleh dorongan ke
arah kejayaan.Dorongan ke arah kejayaan ini membolehkan usahawan mempunayai semangat
untuk berjaya.Sebagai contoh,Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai dorongan untuk membina
kawasan peranginan di Genting Highland dan hasilnya beliau berjaya menyiapkan projek itu
dengan jayanya. Terdapat pelbagai cri-ciri yang mempengaruhi komitken yang membentuk
kepada pembangunan peribadi dan latihan seperti bertanggungjawab,berkeyakinan terhadap
kebolehan diri sendiri,jujur dan menepati janji,mutu kerja,tahap tenaga kerja yang tinggi dan
sebagainya.
.1 Perhitungan Yang Cukup Dan Kebolehan Berkomunikasi Dalaman
Perhitungan dilakukan menerusi pemerhatian melalui persekitaran luaran dan
persekitaran dalaman.Persekitaran luaran menerusi persekitaran makro dan mikro.Persekitaran
makro menerusi kajian mengenai ekonomi,politik dan perundangan,Iaktor sosio-budaya dan
Iator teknologi.Persekitaran mikro pula merujuk kepada pelanggan,pembekal,pihak kerajaan dan
agensi-agensi yang terlibat,pihak institusi kewangan,pesaing dan pertubuhan bukan kerajaan.
Faktor ekonomi ialah ekonomi sesebuah negara yang stabil akan menjamin perkembangan
ekonomi sesebuah negara.Poltik dan perundangan pula meruju kepada dasar,polisi dan undang-
undang yang dilaksanakan dalam sesebuah negara.Teknologi juga turut menyumbang kepada
perkembangan sesebuah perniagaan.Hal ini kerana terdapat banyak syarikat yang menggunakan
ICT untuk memajukan sesebuah perniagaan. Persekitaran mikro dipengaruhi oleh tindakan
pelanggan.Pelanggan ialah sasaran utama sesebuah perniagaan.Ini kerana pelanggan yang
membeli barangan yang dikeluakan oleh Iirma.Selain itu,pembekal turut menyumbang kepada
perkembangan perniagaan.Pihak institusi kewangan merupakan pemodal penting kepada
pengembangan perniagaan yang sedia ada.
Kebolehan berkomunikasi dalaman atau interpesonal merujuk kepada kebolehan untuk
menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersiIat 'interpersonal' dapat melihat
sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain,Ini bermakna individu ini dapat membaca dan
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

memahami sikap orang lain.Tujuannya ialah untuk memahami perasaan dan Iikiran orang lain.
Individu yang mempunyai kebolehan dalaman ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi.
Kelebihan individu yang mempunyai kebolehan dalaman ini ialah dirinya menggalakkan
kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan di antara satu sama lain.Indivdu yang mempnyai
kebolehan ini biasanya menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap,
hubungan mata (eye contact) dan bahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran
komunikasi dengan orang lain. Selain itu,kebolehan ini juga ditaIsirkan sebagai Kemahiran
antara perorangan yang merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan
semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.Konsep
asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah merangkumi konsep kendiri, sikap,
sahsiah, nilai dan matlamat.Konsep ini dapat membantu mewujudkan seorang individu yang
berkebolehan dan berkeyakinan tinggi semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Konsep kendiri ialah setiap dari kita mesti mempunyai suatu gambaran atau pandangan
tentang diri kita sendiri. Gambaran yang dapat dilihat ini disebut konsep kendiri atau imej
kendiri.Konsep ini merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan dan
tingkah laku kita. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi diri kita dengan pihak yang
lain dan penyesuaian diri kita terhadap alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya dapat
menghasilkan konsep kendiri positiI manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri
negatiI. Konsep kendiri seseorang juga dipengaruhi oleh tanggapan orang lain terhadap diri kita
samada tanggapan positiI atau negetiI. Konsep kendiri mula diperkenalkan oleh William James
(Deaux & Wrights, 1988). James telah mentakriIkan Konsep kendiri sebagai saya` atau aku`.
Dan aku` dilihat dari perspektiI yang luas dan meliputi badan, pemikiran, pakaian, tempat
tinggal, isteri, anak-anak, kawan-kawan, nenek moyang, reputasi, taraI pendidikan dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan diri sendiri. Ini semua merupakan suatu pengalaman yang luas
dan mempengaruhi kesejahteraan diri.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positiI lazimnya dapat menghadapi
masalah dan cabaran-cabaran dengan tabah, bersiIat optimistik, sikap lebih terbuka serta sedia
menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia bersiIat lebih relaks, mudah berinteraksi dengan
orang lain serta senang dihampiri. Keadaan emosinya lebih tenang dan stabil. Individu yang
mempunyai konsep kendiri negatiI akan berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

serta mudah tersinggung perasaannya. Masalah-masalah tingkah laku seperti ini menyebabkan
dirinya kurang diterima oleh rakan-rakan sebaya, guru dan masyarakat. Keadaan ini akan
memburukkan lagi imej kendiri pelajar berkenaan. Mereka akan mempunyai aras keyakinan diri
yang rendah, siIat rendah diri, pasiI, muram, tidak bersedia untuk bersosialisasi ataupun mula
menarik diri, mudah tersinggung, tidak gembira, cepat merajuk dan pesimistik. Sikap seseorang
biasanya bukan dimiliki secara semulajadi, tetapi ia dipelajari melalui pengalaman dan ini
bermakna sikap adalah dinamik dan boleh diubah melalui pendidikan dan latihan. Sikap juga
mempunyai peranan penting sebagai Iaktor pendorong dalam tindakan manusia sama ada untuk
menerima atau menolak sesuatu. Namun, sikap tidak boleh dilihat atau diukur secara terang,
kecuali dalam bentuk-bentuk kelakuan atau tindakan yang dikesan secara tidak langsung melalui
tindakan-tindakan tertentu yang dizahirkan. Sikap adalah spontan dari segi tindakan.
Sahsiah berasal daripada Bahasa Arab yang bermakna keperibadian. Keperibadian
merupakan siIat seseorang yang sudah sebati dengan dirinya. Sikap individu, norma dan nilai
yang dipegang oleh seseorang secara tidak langsung akan mempamerkan sahsiah mereka sama
ada baik atau tidak. Sahsiah merupakan siIat dan sikap seseorang yang dilihat dari aspek luaran
dan dalaman. Sahsiah adalah keperibadian seseorang. Sahsiah dapat dipamerkan melalui
perwatakan yang baik.
.13 Kemampuan Untuk Mengenalpasti Nasihat Yang Sesuai
Mengikut Ashadi Zain (2005), Seseorang usahawan perlu mempunyai kemampuan untuk
mengenalpasti nasihat yang sesuai.Hal ini berikutan kerana usahawan adalah individu yang
terlibat dalam aspek perbuatan keputusan.Oleh yang demikian,usahawan sepatutnya pandai
membezakan nasihat-nasihat yang diterima supaya proses pembuatan keputusan olehnya tidak
terganggu.Usahawan juga harus bijak untuk memilih nasihat yang mana berguna kepadanya. Hal
ini demikian kerana sebarang keputusan yang diambil akan memberikan impak yang positiI
mahupun negatiI.Selain itu,usahawan seharusnya menapis dan memikirkan semasak-masaknya
tentang nasihat-nasihat yang telah diterimanya.Hal ini bertujuan untuk membantu dalam proses
pemilihan nasihat yang bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi semasa proses
pembuatan keputusan dijalankan.Perkara ini penting supaya nasihat-nasihat yang berguna tidak
dipersiakan begitu sahaja.Sebagai contoh,usahawan Malaysia yang berjaya iaitu,Tan Sri Syed
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

Mokhtar Al-Bukhary,bijak memilih nasihat yang diterima olehnya semasa perniagaannya


mengalami kesukaran.Contohnya semasa beliau terpaksa menjual kepentingan dalam sebuah
syarikat iaitu Susu Mas Sdn.Bhd,pada pertengahan tahun 80-an iaitu semasa kegawatan ekonomi
melanda negara Malaysia.
.14 Kesedaran Untuk Mendapatkan Bantuan
Menurut Casson (1982), sikap kesedaran untuk mendapatkan bantuan perlulah ada dalam
diri seorang usahawan. Bukan hanya sekadar kesedaran sahaja, akan tetapi seorang usahawan
perlulah bijak untuk mendapatkan bantuan. Maksud bantuan di sini adalah lebih kepada bantuan
kewangan. Tidak semua usahawan mempunyai kewangan sendiri yang mencukupi untuk
memulakan langkah dalam bidang keusahawanan. Oleh itu usahawan perlulah bijak dalam
mendapatkan sumber-sumber atau dana kewangan contonhya melalui pinjaman, penajaan dan
sebagainya. Pada era ini, telah banyak badan-badan pertubuhan yang menawarkan pinjaman
untuk usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Antaranya ialah
RISDA, MARA dan lain-lain. Dalam perniagaan bantuan tidak datang dengan sendirinya tanpa
kita mengusahakannya. Sebagai seorang usahawan yang bijak maka perlulah membuat pelbagai
inisiatiI untuk mendapatkan bantuan. Iaktor-Iaktor seperti berikut untuk mendapatkan bantuan:
1.Cita-cita: Untuk mendapatkan bantuan selalunya muncul dari cita-cita sendiri. Bila mempunyai
keinginan untuk menjadi usahawan yang berjaya, maka seseorang akan melihat bantuan-bantuan
yang mungkin boleh diambilnya. Setidaknya secara naluri akan berupaya mencari bantuan di
suatu jenis usaha. Hal ini tidak akan terjadi pada orang yang tidak memiliki cita-cita menjadi
usahawan.
2. Tekanan: Bila seseorang menghadapi tekanan maka banyak gagasan yang mucul. Tekanan
selalu datang dari luar ataupun diciptakan oleh diri sendiri. Ketika seseorang mendapat tekanan
untuk terus kekal dalam sesuatu bidang usahawan, maka mereka akan sedaya upaya berusaha
untuk mendapatkan bantuan bagi membantu mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
3. Inovasi baru: Gagasan untuk menciptakan produk baru timbul karena adanya keinginan
sementara produk itu belum ada di pasaran. Apabila seseorang berhasil menciptakan produk
tersebut dan keperluan konsumen maka dapat menjadi yang pertama dan menguasai bisdang
tersebut (leader). Ianya tentu memakan belanja yang agak besar, oleh itu sebagai seseorang
usahawan sudah tentu akan berusaha mendapatkan bantuan untuk meneruskan ideanya.
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

4. Wawasan: Orang yang wawasannya luas, pergaulannya luas dan sentiasa berIikir, maka akan
menemui bantuan. Misalnya seseorang yang sering melihat perniagaan yang dilakukan di luar
negeri (boleh didapatkan dari media massa) dan perniagaan tersebut belum ada di negaranya, ini
merupakan cara untuk mendapatkan peluang perniagaan seterusnya akan mendapatkan bantuan.
8. Bahan bacaan: Membaca, juga bolah mengetahui bantuan-bantuan yang boleh didapati.
Maka perlulah disedari bahawa kesedaran untuk mendapatkan bantuan dalam bidang
keusahawanan perlulah dimiliki dalam diri setiap usahawan dan juga perlu dipelajari dan dilatih.
Maka latihlah kepekaan anda dalam mendapatkan bantuan dalam perniagaan.
.15 Kebolehan
Menurut Van Gelderen (2007), kebolehan bermaksud yang diterjemahkan dalam
kelakuan atau tindakan seseorang usahawan. Kemahiran ini merangkumi kemampuan untuk
memulakan perniagaan baru, mengurus perniagaan, membuat keputusan, mengenal pasti
peluang, mengurus masa, berkomunikasi dengan baik, menyelesai masalah secara kreatiI dan
mengurus stress yang semuanya dianggap sebagai kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan.
Menurutnya lagi, kebolehan bekerja sendiri juga ialah tahap berdikari seseorang individu dalam
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Secara ringkasnya, kebolehan ini perlu
dimaniIestasikan dalam aktiviti seharian seseorang usahawan untuk menjamin sustainability
perniagaan yang dijalankan.

.16 Kemampuan Untuk Rangkaian
Keusahawanan memerlukan proses interaksi. Selain secara dalaman, mempunyai
rangkaian yang luas dengan individu ataupun melalui organisasi luaran merupakan satu
kelebihan ianya akan membantu seseorang usahawan dari pelbagai aspek sama ada aspek sumber
dan sumber kemudahan yang membolehkan seseorang usahawan dapat melaksanakan aktiviti
keusahawanan dengan sempurna. Mengenalpasti atau menilai kekuatan dan kelemahan tersebut
boleh dilakukan melalui rangkaian luar dari sesebuah oraganisasi atau individu yang
berpengalaman serta berpengetahuan. Ini merupakan satu proses persediaan untuk mengkaji
mengenai kelemahan yang dapat dikenalpasti sebelum memulakan aktiviti keusahawanan bagi
mengatasi masalah yang akan berlaku pada masa hadapan.

BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

3.0 BIOGRAFI USAHAWAN YANG BER1AYA



Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Dalam senarai orang-orang terkaya yang dikeluarkan pada tahun 2011 beliau menduduki
tangga ke tujuh orang-orang terkaya di Malaysia. Beliau adalah usahawan melayu yang terkaya.
Mempunya aset bernilai lebih kurang RM 8.84 bilion. Beliau adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhary yang menerajui Yayasan Al Bukhary. Antara syarikat yang diterajui olehnya adalah
seperti MMC, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank
Muamalat. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di Alor Star, Kedah pada tahun 1951.
Keluarganya adalah berasal dari Yamen. Bapanya banyak menghabiskan masa dengan
mengembara untuk berniaga di Asia Tenggara sebelum membuat keputusan untuk terus menetap
di Alor Star Kedah. Beliau adalah anak ketiga daripada tujuh beradik. Hidup dalam serba
kekurangan dan daiI. Sewaktu beliau masih kecil, rumah milik keluarganya di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja dan kerusi. Disebabkan itu, beliau susah sangat untuk
menelaah.
Antara kemahiran keusahawanan dan kualiti peribadi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhary membolehkan beliau menjadi usahwan yang berjaya adalah seperti berikut :

Keunikan 1ualan (Idea)
Sewaktu beliau masih belajar lagi beliau sudah bermula berjinak-jinak dengan dunia
perniagaan ini. Selepas waktu persekolahan misalnya beliau membantu untuk memelihara
lembu-lembu pemeliharaan bapanya. Ini sedikit sebanyak membantu beliau mengenal lebih
mendalam tentang ilmu perniagaan. Namun ianya hanya sekadar sebenntar sahaja, perniagaan
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

bapanya mengalami kemerosotan disebabkan oleh penyebaran wabak kuku dan mulut. Habis
ternakan bapanya mati. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga. Beliau
menjalankan perniagaan menjual daging secara kecil-kecilan. Beliau telah pergi dari pekan ke
pekan di sekitar Alor Star dan membeli dari peniaga di pasar berkenaan daging yang tidak habis
dijual. Beliau membawa pulang daging tersebut dan membungkusnya semula bersama ais
sebelum menjual kembali kepada pengusaha-pengusaha restoran dan peniaga bumiputra di
sekitar Alor Star. Pada tahun 1978, beliau telah dijemput untuk menghadiri delegasi perdagangan
ke Ekspo Perdagangan Canton di China. Semasa berada disana beliau telah membuat pertukaran
sistem barter dengan peniaga China. Dengan menukarkan koko miliknya dengan the daripada
China. Perniagaan yang dijalankan olehnya berjaya dan itu membuatkannya lebih yakin untuk
berkecimpung dalam dunia perniagaan yang ada naik turun ini.
Ketersediaan Untuk Bekerja Lebih Lama
Seperti yang semua orang tahu, beliau dilahirkan daripada keluarga yang susah dan serba
kekurangan. Semasa beliau kecil, beliau telah membantu ibunya bercucuk tanam sayur-sayuran.
Sayur-sayuran tersebut akan dijual oleh ibunya di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga berniaga
disitu tapi tidak dengan membantu ibunya berniagaa tersebut. Beliau telah berniaga menjual roti
canai. Ini adalah untuk menampung pendapatan dan kehidupan mereka sekeluarga. Beliau telah
bekerja keras untuk membantu serba sedikit keluarganya walaupun beliau masih belajar sewaktu
itu. Beliau telah membahagikan masa dengan belajar dan bekerja namun beliau tidak sempat
mengambil SPM disebabkan oleh desakan hidup yang dialami olehnya dan keluarganya
menyuruh beliau bekerja.
Kejujuran
Beliau telah mengorak langkah lebih jauh dengan menjalankan perniagaan pengangkutan
pula. Beliau telah memohon permit kenderaan pengangkutan daripada kerajaan pada tahun 1972.
Permohonannya itu telah diterima oleh kerajaan dan beliau telah diberikan permit kenderaan
pengankutan kelas A sebanyak empat kepada beliau. Selepas itu beliau telah mendapat pinjaman
dari MARA sebanyak RM 110,000. Duit pinjaman tersebut telah digunakan oleh beliau untuk
membeli dua buah lori Mercedes 911SL. Baki permit yang diberikan oleh kerajaan tidak diguna
pakai olehnya. Maka, seorang peniaga cina membeli baki permit kenderaan pengankutan yang
BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

beliau ada. Beliau telah ditawarkan sejumlah wang oleh peniaga cina tersebut. Namun yang
terjadi adalah beliau enggan untuk menjualnya dan beliau memulangkan kembali baki permit
tersebut kepada MARA.
Beliau juga telah diberikan peluang oleh pihak kerajaan untuk pembekalan tepung,
minyak sapi, dan beras kepada pihak kerajaan. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebu dan
kepercayaan yang diberi oleh pihak kerajaan padanya. Beliau telah mematuhi kontrak yang
diberikan oleh kerajaan padanya tersebut. Oleh hal demikian. Pihak kerajaan telah memberikan
kontrak pembekalan pakaian seragam tentera kepadanya juga. Kontrak tersebut adalah terdiri
daripada pembekalan 120,000 pasang kasut dan 330,000 helai pakaian seragam kepada pihak
tentera. Berkat kejujurannya,syarikat miliknya iaitu Amtek Holdings telah berjaya tersenarai di
Bursa Saham Kedua Kuala Lumpur.
Kemahiran Pentadbiran Yang Efisen
Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary juga telah terlibat dalm menswastakan Johor Port Sdn
Bhd. Belia yelah membeli Johor Port Sdn Bhd melalui tender dengan harga sebanyak RM 330
juta. Selepas itu beliau telah menjayakan Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Pelabuhan
Tanjung Pelepas sekarang ini bertambah maju sehinggakan beliau telah meyakinkan dua buah
syarikat perkapalan antarabangsa untuk berpindah daripada Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan
Tanjung Pelepas. Dua buah syarikat tersebut adalah Syarikat Perkapalan Mearsk Sealand dari
Denmark dan juga Evergreen Marine dari Taiwan. Pentadbiran yang eIisen telah berjaya
meyakinkan kedua-dua buah syarikat perkapalan gergasi tersebut dan juga kemajuan yang
terdapat di Tanjung Pelepas.






BPME1013 ASAS KEUSAHWANAN/FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, usahwan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat
membezakan mereka dengan individu lain. Hal ini kerana terdapat banyak perbezaan antara
usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan. Seseorang
individu atau masyarakat di sekeliling yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah
belajar dan mendalami asas kemahiran atau ciri-ciri usahawan seperti yang telah di sebut dalam
pembelajaran ini. Tambahan lagi terdapat beberapa mitos yang sering diperbincangkan terhadap
usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang meluas, masyarakat mula sedar akan
kepentingan usahawan dalam membangunkan dan memperhebatkan lagi ekonomi di sesebuah
negara. Setiap individu Berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai usahawan kerana
kemahiran keusahawanan yang sedia ada pada setiap usahawan bukanlah dilahirkan secara
semulajadi, tetapi disebabkan beberapa Iaktor seperti mempunyai kemahiran untuk berlaku jujur,
kemahiran untuk mendapatkan bantuan dan sebagainya yang menjadikan mereka begitu perkasa
di persada dunia.

You might also like