Nota Exam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

PROF. MUSTAPA 1) dimensi pembuatan Garvin dan perkhidmatan Parasuraman. Aplikasikan dalam kualiti pendidikan.

pembuatan

D
perkhidmatan

Pendidikan Prinsip Deming

Garvin (pembuatan) : 1. Teramat sukar utk difahami dan dijelaskan 2. Berasaskan keluaran 3. Berasaskan pengguna, memenuhi kehendak pelanggan maka Q 4. Berasaskan pengilangan, memenuhi rekabentuk yg diingini maka Q 5. Berasaskan nilai, nilai baik maka Q Parasuraman (perkhidmatan) : 1. Bukti fizikal - kemudahan perkhidmatan, peralatan, anggota dan bahan komunikasi 2. Kebolehpercayaan perkhidmatan perkhidmatan yg dijanjikan dan tepat 3. Responsiveness - kesediaan pembekal perkhidmatan membantu dan cepat dalam memberikan perkhidmatan 4. Jaminan pengetahuan dan kemampuan mereka untuk memenangi kepercayaan 5. Empati mengetahui keinginan pelanggan dan mengambil berat tentangnya Prinsip Deming : 1. Mewujudkan azam penambahbaikan produk dan perkhidmatan 2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan 3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process 4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal 5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti 6. Mengadakan kaedah latihan moden melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran 7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja 2) kualiti memenuhi kehendak pelanggan. - faktor utama kualiti ditentukan oleh pelanggan -pentingnya pelanggan dlm pengurusan kualiti

menentu
pelanggan n
Jenis pelanggan

produk

Setia Hilang Prespektif

Proses tambahbaik
-baru -lebih baik -berbeza

Proses pengurusan yang berturusan, selalu bertemu dengan persaingan

Pelanggan -dalaman (p&p, guru, pelajar, staff) -luaran PPD,JPN, KPM

Organisasi

n
Pelanggan

Tebout (1991)

3) kriteria untuk anugerah kualiti pendidikan Ciri Kualiti Antarabangsa (Baldrige Award) 1. Kepimpinan 2. Penambahbaikan berterusan 3. Penyertaan menyeluruh 4. Tindakbalas cepat 5. Rekabentuk Q dan pencegahan 6. Prospek jangka panjang 7. Pengurusan berdasarkan fakta / analisa data 8. Perkongsian pembangunan 9. Tanggungjawab komuniti / bersama Ciri Tempatan SKPM - apakah persamaan dan perbandingan - kalau banyak yang sama, pendidikan kita telah mencapai international - apakah kualiti pendidikan sudah tercapai dan sejauh mana kualiti Malaysia mencapai antarabangsa 4) modul sekolah berkualiti Sekolah berkualiti memenuhi kehendak sifat antarabangsa dan tempatan Sifat antarabangsa : 1. Pelanggan 2. Penyertaan 3. Ukuran 4. Komitmen 5. Berterusan Sifat tempatan : 1. Nilai 2. Budaya

5)

QM, QA dan QC dalam mengurus pendidikan Pendekatan n Kemampuan organisasi Kesesuaian perkhidmata n

QM QA QC

Proses Maklumat dan kewangan Dekat dengan pelanggan Budaya Pengetahuan dan pengajaran organisasi Orang ramai

6)

kepimpinan dalam kualiti pengurusan pendidikan dan peranan kepimpinan pendidikan.

Kepimpinan visi misi Produk Servis Cemerlang Terpelajar Pelajar Kejayaan objektif

PELANGGAN kehendak/keper luan/kualiti/nilai/ perkhidmatan mekanik Odit kesefahaman Tahap Penyelesaian masalah Alat kualiti

personal - Latihan - Hormat - Anugerah - Perakuan

Pemilikan Bersama (mesti seimbang dlm mengendalikan personal dan proses Q) Faktor luaran : struktur pengurusan budaya pengurusan penyertaan team work penambahbaikan proses persekitaran

APAKAH KUALITI? 5 DIFINISI KUALITI: 1. keunggulan - kualiti adalah sesuatu yang difahami mengikut gerak hati dan sukar untuk dinyatakan ( contoh: kecantikan & cinta) 2. berasaskan produk - jika kualiti dijumpai di dalam komponen dan ciriciri sesuatu produk 3. berasaskan pengguna - jika sesuatu produk itu memenuhi keperluan pelanggan (pelanggan berpuas hati) 4. berasaskan pembuatan - jika telah menepati ciri-ciri yang direkabentuk terhadap sesuatu produk 5. mempunyai nilai - jika sesuatu produk itu dapat memberikan nilai pada harganya berasaskan 5 definisi di atas, wujud dimensi dalam kualiti 1. dimensi kualiti produk (Garvin) 2. dimensi kualiti perkhidmatan (Parasuraman) DIMENSI KUALITI PARASURAMAN (PERKHIDMATAN) 1. Keketaraan / kenyataan (tangible) - penampilan terhadap kemudahan fizikal, staf, kakitangan dan kemudahan telekomunikasi 2. Kebolehpercayaan (service reliable)- kebolehan untuk mencapai perkhidmatan yang dijanjikan secara tepat dan dipercayai 3. Kebolehan untuk bertindak balas (responsiveness)- sedia untuk menolong pelanggan dan dapat memberikan perkhidmatan yang segara 4. Jaminan (assurance)- pengetahuan dan budi bahasa oleh pihak yang memberi perkhidmatan dan kebolehan memberi kepercayaan dan keyakinan 5. Empati (emphaty)- empati= meletakkan diri kita ke dlm diri org lain. Mengambil berat dan memberi perhatian secara individu adalah perkara yang diimpikan pelanggan (customer care). DIMENSI KUALITI GARVIN (PRODUK) 1. Pencapaian (performance)- kecekapan di mana produk yang dihasilkan mencapai tujuan yang dirancang 2. Ciri-ciri (features)- sesuatu produk mempunyai ciri-ciri yang menjadi lambangnya

3. Boleh dipercayai (reliability)- sesutu produk itu dianggap boleh dipercayai jika peluang untuknya gagal dalam tempoh masa yang dibuat dalam rekabentuknya adalah rendah. 4. Ketepatan (conformance)- menepati spesifikasi atau ciri-ciri pengikut piawai dalam rekabentuknya 5. Berpanjangan (durability)- tempoh dimana sesuatu produk itu dapat bertahan terhadap tekanan dan trauma tanpa mengalami kegagalan 6. Berguna / dapat digunakan (serviceability)- sesuatu produk itu dianggap berguna jika ianya dapat diperbaiki dengan mudah dan murah (kemudahan untuk diperbaiki) 7. Mempunyai nilai estetika (aesthetics)- darjah di mana sesuatu produk itu menjadi pilihan pelanggan. sesuatu yang subjektif dapat dikesan melalui deria spt rasa, bunyi dan bau 8. Mencapai Kualiti (perceived quality)- berasaskan pendapat pelanggan (dapat memenuhi keperluan pelanggan). Juga kefahaman pelanggan mengenai kebaikan produk, imej dan jenama.

7 PRINSIP DEMING 1. Wujudkan ketekunan dalam mencapai matlamat untuk pembaikan produk dan perkhidmatan. Deming berpendapat organisasi perlu menumpukan perhatian kepada aspekaspek pembaikan yang berterusan, kepuasan pelanggan, penyelidikan dan pembangunan dan pembangunan diri anggota kerja yang disandarkan kepada matlamat organisasi. Organisasi perlu menghindarkan diri dari mencari penyelesaian mudah untuk mendapat keuntungan jangkamasa pendek. Organisasi perlu berubah mengikut perubahan selera pelanggan. Matlamat utama bukanlah mendapat keuntungan kewangan tetapi lebih dari itu. 2. Menghayati falsafah baru. Falsafah kualiti Deming merupakan satu bentuk anjakan paradigma dalam pengurusan. Menghayati falsafah Deming bemaksud menerima secara keseluruhan, bukannya menerima aspek-aspek terpilih yang difikirkan mudah dilaksanakan. Ini melibatkan komitmen untuk melakukan sesuatu dengan cara baru yang belainan dengan amalan yang biasa dilakukan. 3. Hentikan pergantungan kepada pemeriksaan secara besar-besaran.

Deming menganjurkan supaya anggota kerja diberi bimbingan dalam setiap peringkat kerja untuk memperbaiki proses. Ini adalah berlainann dengan amalan biasa yang hanya memeriksa selepas sesuatu kerja dijalankan atau produk dihasilkan. Deming mencadangkan supaya petugas pemeriksaan dihapuskan dan berikan ganjaran kepada anggota kerja kerana dapat mengesani kesilapan dan seterusnya berusaha membaiki proses dan kualiti kerja. 4. Hentikan amalan memberikan kontrak perniagaan berdasarkan tanda harga semata-mata. Deming berpendapat bahawa organisasi perlu membina perhubungan jangkamasa panjang dengan pembekal. Ini ialah kerana sekiranya kita memilih tawaran paling rendah, selalunya bermakna kualiti yang paling rendah. Pembekal perlu dipandang sebagai rakan perniagaan dan bina rasa saling hormat menghormati, percaya mempercayai dan tanggungjawab. Membina perhubungan strategik dengan pembekal yang dapat menghasilkan kerja yang cemerlang adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. 5. Memperbaiki sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan dan sepanjang masa. Kualiti memerlukan kepada komitmen yang tidak pernah kunjung padam demi untuk melakukan pembaikan secara berterusan. Pengurusan dapat mencapai tahap ini dengan cara memberi ganjaran ke atas kreativiti dan initiatif yang ditunjukkan oleh anggota kerja yang mencuba perkara-perkara baru dan. 6. Menginstitusikan latihan. Deming menekankan bahawa banyaka dari masalah berlaku berikutan dari program orientasi dan latihan kerja. Pihak pengurusan perlu menetapkan standard untuk anggota kerja dan menunjukkan bagaimana anggota kerja boleh berjaya di dalam tugas mereka. 7. Menginstitusikan kepimpinan. Pemimpin perlu membantu pekerja untuk mencapai potensi yang maksima dan memainkan peranan sebagai jurulatih, mentor dan pemberi semangat. Tugas pemimpin bukan hanya menguruskan sumber berbentuk kewangan dan peralatan, tetapi juga untuk membangunkan manusia. Apa yang perlu dibuat oleh seorang pemimpin ialah mencipta satu persekitaran yang membolehkan seluruh anggota kerja dapat memberikan sumbangan terbaik mereka yang seterusnya menghasilkan organisasi yang produktif dan berjaya.

Applying 4 TQM pillars in schools : 1. 2. 3. 4. 5. Customers focus Total involvement Measurement Commitment Continuous improvement

Applying 4 TQM pillars in schools 1. Synergistic relationship: Everyone is both a customer & supplier (refer to case study) 2. Continuous improvement and self evaluation. (LO & training very important, assessment-portfolios, focus the strength, teaching methodself inquiry, teach & learn- is fun) 3. System of on going process: organisation- a system & work people do-ongoing processes. Focus quality more on learning outcomes. Innovation & creative 4 Leadership: Quality is responsibility Top management. Hak Milik MBAM IAB 32

Build your own FREE website at Tripod.com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit

APLIKASI DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam Pengurusan HEM Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming, berikutan usaha membina semula industri Jepun selepas Perang Dunia ke-2. Minat terhadap TQM semakin meningkat sejak kebelakangan ini khususnya di instituti pendidikan. Sekiranya

TQM dapat diintegrasikan dalam pendekatan yang menyeluruh terhadap proses penambahbaikan kualiti khususnya dalam struktur dan proses di sekolah, sudah barang tentu pendekatan yang lebih prakmatik, efisyen dan efektif mampu dibina ke arah usaha penambahbaikan kualiti yang berterusan dalam bidang HEM di sekolah. Ini kerana TQM pada dasarnya adalah pengurusan yang berteraskan kepuasan pelanggan dan pengurusan HEM adalah berkait langsung dengan pelangganpelanggannya di sekolah iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan kita ialah untuk menyediakan satu perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti, dan seterusnya melahirkan `output tenaga manusia yang berketrampilan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak pembangunan negara. Menurut Deming, kualiti sesebuah organisasi datangnya 80% daripada pengurusan dan 20% daripada pekerja. Dalam Konsep TQM, "Bad quality comes from bad management, not bad employee" . Kualiti yang buruk datangnya daripada pengurusan yang buruk, bukan pekerjapekerja yang buruk. Oleh itu sebagai organisasi pendidikan seperti sekolah yang bersedia dan mahu memikul tanggungjawab pengurusan sepenuhnya terhadap masalah kualiti, seharusnya menggunakan TQM. Konsep TQM Terdapat 3 elemen utama dalam TQM iaitu: 1. Falsafah - TQM bertujuan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa bertambaik kualitinya kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat. 2. Matlamat - Setiap perkhidmatan diberikan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti. 3. Proses - Maklumbalas daripada semua ahli staf diminta dan

digunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan kualiti yang berterusan. Ini adalah satu proses yang mengupaya dan melatih ahli staf dalam satu struktur bersistem untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka dalam setiap langkah perkembangan perkhidmatan. Berikut adalah 8 ciri utama TQM: Visi terhadap penambaikan kualiti yang berterusan. Matlamat kepada kualiti. Konsep kualiti tambah nilai (value-added) pada setiap ketika dan tiada penghujungnya Hasil berkualiti dalam perkhidmatan dan produk. Pengupayaan (empowerment) kepada ahli staf. Perancangan yang berterusan. Pengumpulan data dan maklumbalas. Kepuasan pelanggan. Melaksanakan TQM dalam Pengurusan HEM Apabila kita ingin mengimplimentasikan TQM di sekolah khususnya dalam pengurusan HEM, satu model perancangan yang komprehensif mestilah dibina dan diaplikasikan. Berikut adalah langkah dan keperluan yang perlu digabungkan dan dihubungkaitkan apabila membentuk model TQM dalam pengurusan HEM.

Pendedahan dan pemahaman tentang TQM. Penerangan dan pemahaman terhadap konsep dan pelaksanaan TQM perlu ada pada setiap personel pembuat keputusan seperti Pengetua, Penolong Kanan dan diberi secukupnya kepada ahli staf. Ini amat penting supaya wujud anjakan paradigma dari segi cara berkerja, kepimpinan dan `team work. Melaksanakan penilaian keperluan (needs assessment) yang komprehensif. Penilaian terhadap keperluan ini hendaklah melibatkan staf di sekolah, pelajar dan masyarakat (ibu bapa) yang sentiasa melihat perkhidmatan yang diberikan oleh HEM adalah berkualiti. Penilaian keperluan komprehensif ini boleh melibatkan 3 tahap keperluan iaitu: keperluan mega (sekolah, masyarakat dan negara) ianya boleh dilihat berdasarkan keperluan kualiti itu dalam konteks masyarakat dan dasar pendidikan negara.. keperluan makro (semua sekolah dalam daerah atau negeri) Contohnya, kita boleh melihat keperluan ini berdasarkan senario sekolah seperti di luar bandar dan dalam bandar.

keperluan mikro (satu sekolah atau unit-unit dalam sekolah) Penilaian di tahap ini amat penting kerana ianya merupakan asas untuk mencipta matlamat yang hendak dicapai.. Membina matlamat strategik (strategic goals) Matlamat yang ingin dibina ini seharusnya dengan berdasarkan penilaian keperluan mega, makro dan mikro dan matlamat berkenaan adalah saling berhubung kait. Contohnya, jika matlamatnya ialah untuk melahirkan pelajar yang tinggi sahsiahnya, ianya perlu selari dengan

matlamat sekolah, masyarakat dan juga matlamat pendidikan negara itu sendiri. Membina spesifikasi kualiti (quality specifications) Spesifikasi kualiti ini boleh dibina untuk setiap perkhidmatan yang diberikan oleh unit HEM. Contohnya, spesifikasi kualiti yang khusus untuk mewujudkan insan yang tinggi sahsiahnya ialah melalui bidang disiplin. Piawai kualiti yang boleh dibuat ialah 100 peratus pelajar sekolah berkenaan tidak terlibat dengan kes-kes jenayah berat, mencapai kecacatan sifar dalam aspek kedatangan pelajar ke sekolah dan lain-lain yang sesuai mengikut spesifikasi yang dimahukan oleh sekolah. Membuat perancangan taktik (tactical planning) Ia boleh dilaksanakan dengan cara membina kaedah atau program yang direkabentuk bagi mencapai kualiti yang dipersetujui oleh perancang strategik. Peringkat implimentasi perancangan taktikal ini melibatkan penentuan program spesifik yang mahu dilaksanakan untuk mendapatkan kualiti yang diingini. Peringkat perancangan ini termasuklah: membuat keputusan tentang setiap tugas yang hendak disempurnakan. menentukan individu atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan setiap tugas. menentapkan jangka masa penyempurnaan setiap tugas. menentukan peruntukan sumber yang disediakan untuk penyempurnaan setiap tugas. 6. Setelah rancangan bertindak (plan action) dilaksanakan, data penilaian formatif dikumpul dan dianalisa untuk digunakan dalam membuat keputusan. Seterusnya apabila program bertindak disempurnakan, data sumatif dikumpulkan untuk menentukan

sejauhmana program dapat membantu dalam mencapai paras hasil kualiti yang telah ditetapkan dalam spesifikasi kualiti terdahulu. Keperluan pengurusan TQM oleh pengurus HEM Pengurus HEM selaku pengurus proses TQM dalam unit HEM hendaklah mengambil tindakan berikut: Menerapkan satu budaya pada setiap ahli staf HEM yang dapat membentuk satu sikap untuk berusaha secara berterusan untuk penambahbaikan kualiti dalam setiap perkhidmatan. Agenda yang paling penting ialah dengan memberikan perhatian yang telus terhadap matlamat, fokus dan strategi yang ingin diterapkan dalam pelaksanaannya. Membuat setiap ahli staf HEM merasakan diri mereka sebahagian daripada pembuat keputusan yang mampu membentuk satu usaha total organisasi dalam mencapai kualiti menyeluruh. Mengatur untuk pengumpulan data dan maklumbalas untuk membantu setiap ahli staf dan seluruh sekolah dalam menghasilkan prosedur yang semakin baik yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti bagi perkhidmatan HEM yang diberikan. Memastikan perkhidmatan yang diberikan tidak mempunyai kecacatan atau kesilapan. Memastikan tumpuan terhadap aspek pengawalan kualiti. Memastikan proses penambahbaikan melalui prosses-proses iaitu penentuan matlamat penambahbaikan, menentukan kaedah pelaksanaan, latihan terancang terhadap staf pelaksana, mengimplimentasikan penambahbaikan yang terancang, menilai pencapaian penambahbaikan, menyeragamkan proses kerja yang diperluaskan dan membuat tindakan pembetulan yang perlu dilakukan.

Pengaplikasikan kualiti dalam pengurusan HEM ini akan mencapai matlamatnya di sekolah sekiranya wujud sokongan berterusan pengurusan atasan terhadap komitmen kualiti. Perancangan strategik kualiti, keutamaan kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat, sentiasa memberikan pengiktirafan dan latihan terhadap personel pelaksana, memperkukuhkan semangat berpasukan, sentiasa mewujudkan penilaian prestasi dan sentiasa memberi penekanan terhadap kepastian kualiti juga akan membantu terhadap kejayaan TQM dalam pengurusan ini

SHUHAILI (1) Isu Gender Dalam Pendidikan (2) Isu Sejagat / Globalisasi Definisi : Gagasan persejagatan memungkinkan dunia semakin kecil / lebih mudah berinteraksi / dunia tanpa sempadan @ dunia desa. Maju ekonomi, politik, sosial dan pendidikan. Akibat perkembangan sains & teknologi terutama ICT. McLuhan (1964) the global village akibat aplikasi pelbagai media massa terutama hiburan secara meluas hingga mampu mendedahkan masyarakat kepada dunia luar secara mudah. Medow(1972) mendedahkan kepada dunia isu sejagat berkaitan penularan dan merebaknya sistem ekonomi pasaran global, kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan hingga mengabaikan alam sekitar. Alvin Toffler (1980) menjelaskan tentang gelombang ketiga (third wave) yang melibatkan kemajuan manusia dlm ICT hingga melampaui sempadan negara dgn pantas, murah & mudah. Lubbers (1988) merumuskan bahawa globalisasi proses di mana jarak geografi menjadi faktor kurang penting dalam menjalin dan memantapkan hubungan yang melampaui sempadan negara, ekonomi, politik dan sosiobudaya pada jarak jauh. Jalinan rangkaian dan pergantungan yang muncul meluaskan lagi peluang pejelajahan melampaui sempadan negara dan serata dunia. Peluang pengantarabangsaan hubungan dan pergantungan ini mencetuskan kebimbangan, tentangan, tindakan dan reaksi. Kesan +ve : Ekonomi Perniagaan Kewangan Sosial Taraf hidup kualiti hidup Komunikasi budaya Politik Demokrasi Hak asasi terjamin Hubungan antarabangsa Kesan ve : Ekonomi Kegawatan ekonomi

Menguntungkan negara maju / monopoli Penindasan / kaya semakin kaya miskin Sosial Budaya liar - bercanggah agama & adat timur Gejala sosial / kahwin sama jenis Penyakit Politik Hak & Kebebasan hilang Ikut telunjuk negara dominan Tertindas Kesan Kepada Pendidikan 1. Pendidikan sebagai satu produk dagangan Bukan lagi barangan awam tapi produk dagangan. Vanstone (1996), untuk terus kekal dan maju dalam suasana perubahan pesat, universiti perlu mengamalkan prinsip pasaran dan berfokuskan kepada tuntutan pelanggan Boleh memperolehi pend. serta ijazah luar tanpa perlu hadir ke pusat pengajuan luar Implikasinya : monopoli oleh institusi pendidikan dari negara-negara maju dll. 2. Keperluan kepada tenaga mahir Persaingan ekonomi dlm negara dan antarabangsa dari segi penciptaan baru, penjanaan kekayaan, kuasa dan ilmu pengetahuan perlu tenaga kerja yang mahir. Pend. sebagai faktor kritikal memberi kesan peningkatan daya sains produktiviti. Upah murah tidak lagi mampu menarik pelaburan tetapi tenaga buruh perlu mahir dan berkualiti. 3. Kurikulum dan pedagogi Teks,kursus & penawaran ijazah ditawarkan berfokus cross-cultural business management. Kurikulum berfokus hubungan pengguna, penyelesaian masalah, keusahawanan dan cross cultural multiskilling. SC, M3 & teknologi menjadi penting Keperluan mencari ilmu baru Sistem komunikasi moden Tekan nilai- nilai murni dan moral KBSR/KSSR/KBSM/KSSM ICT (sekolah bestari etc) Pra Sekolah / pendidikan wajib 4. Pembiayaan pendidikan awam Liberalisasi dagangan menerusi pengurangan cukai telah mengurangkan hasil sesebuah negara ketiga.

Negara tidak dapat membiayai secukupnya pendidikan awam terutama kepada rakyat miskin. Penswastaan pendidikan. Kos pend. meningkat memberi implikasi spt merosotnya kadar pertumbuhan enrolmen, kadar keciciran tinggi, peralatan dan persekitaran P&P yg. tidak menarik dan menjejaskan kualiti pend. negara miskin. 5. Desentralisasi sistem pendidikan Persaingan sengit dan tuntutan pengguna kepada pendidikan yang berkualiti akan menyebabkan pemencaran sistem pendidikan. Penswastaan merupakan satu bentuk pengurangan kuasa. Pengstrukturan semula kementerian mengikut kelompok bidang membuktikan kuasa, tanggungjawab, peranan dan urusan membuat keputusan diagih-agih. Dikongsi pusat, negeri, daerah dan sekolah. Meningkatkan kecekapan, pengagihan tanggungjawab, pembiayaan, perkongsian dan pengagihan semula kuasa bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan institusi pendidikan dalam pembangunan negara.

Burnout Definisi: Farber (1982), sebagai satu tanda kekosongan fizikal dan mental akibat situasi kerja. Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi. Harapkan mencapai tahap bermakna di dalam kerjaya tetapi tidak kesampaian kerana pelbagai halangan atau masalah. Ciri Burnout : Maslach & Jackson (1981,1986) : 1. Keletihan Emosi Kelesuan / kehabisan tenaga / letih / lemah untuk terus bekerja. Kehilangan semangat dan motivasi Tiada dedikasi seperti dahulu. 2. Depersonalisasi Emosional, melayan murid seolah objek tidak berguna / objek penganggu / melabelkan pemalas, bodoh, tidak berguna dsb. Bersikap negatif dan sinis terhadap murid, rakan, pentadbir & masyarakat.

3. Penurunan Pencapaian Peribadi Menilai diri mereka secara negatif. Kemurungan / moral rendah / pengunduran interpersonal / kehilangan produktiviti / tidak berupaya menghadapi tekanan / perasaan kegagalan / kehilangan harga diri / kemerosotan perasaan kompeten / kekurangan pencapaian Punca Burnout Guru Faktor Latar Belakang Guru jantina / umur / mengajar di sekolah yang besar / mengajar kelas yang ramai / mengajar di bandar atau pedalaman Faktor Kurangnya Tanggungjawab Pentadbiran tak memahami kekangan dan tekanan kerja dialami guru di sekolah (Fibkins, 1983). Faktor Tekanan Kerja harapan tinggi / kekurangan guru dan alatan / bebanan tugas / disiplin pelajar / gaji yang rendah / pangkat yang terhad / bilik guru yang sesak / tugas perkeranian / kerja rutin. Faktor Konflik & Kekaburan Peranan pendidikan berkualiti kepada pelajar tetapi mereka tidak dibenarkan/ diberi kebebasan menggunakan kaedah P&P atau kurikulum yang sesuai. Suruh kawal disiplin tetapi tiada kuasa untuk menjalankan tanggungjawab. Faktor Sokongan Sosial - tiada sokongan keluarga, suami/isteri, rakan sekerja dan ketua dalam organisasi kita berkhidmat. Apakah caranya untuk mengatasi atau mengurangkannya? 1. Langkah Mencegahan Dari Menanggani diambil di peringkat organisasi (KPM / JPN / PPD / sekolah) dan peringkat individu (guru). 2. Program Perkembangan Profesional Bengkel Pengurusan stres / Latihan relaxation / Bengkel Pengurusan Diri / Bengkel pemakanan, senaman / aktiviti riadah yang lain. 3. Memperbaiki Persekitaran Kerja persekitaran dan kemudahan kelas, bilik guru, dan sekolah amnya 4. Pengurusan Yang Perihatin menangani isu peribadi, cuti, APC, dsb secara berhemah dan adil. 5. Peranan Kerajaan / Kementerian kebajikan spt isu gaji, elaun, peluang kenaikan pangkat, bantuan guaman dsb. 6. Wujudkan Sokongan Sosial perhubungan dengan satu atau lebih. Ia merupakan satu interaksi, berperasaan positif, saling memahami dan sering menasihati dan menggalakkan antara satu sama lain. Wujudkan Team Work / Think Tank Group / Budaya Muafakat guru > sekolah > masyarakat, bekerja bersama saya, bukan untuk saya. Kesan Burnout Meletak jawatan Bersara awal Berhijrah ke profesion lain Setia tetapi tidak produktif, tidak bermotivasi dan tidak bersemangat.

Tekanan psikologi dan mental yang boleh membahayakan diri sendiri dan pelajar

Class Streaming Definisi : Mengasingkan pelajar pintar, sederhana dan lemah mengikut kelas berbeza berdasarkan pencapaian akademik. Latar Belakang Isu : Mencapai visi dan misi sekolah dengan mudah (akademik), Memudahkan guru mengajar dan murid belajar, Mewujudkan suasan pembelajaran dan pengajaran yang efektif, Menjadikan pengajaran guru lebih berkesan, Mudah untuk mencapai unjuran yang dirancang. Kuasa Atau Pihak Yang Mencetuskan Isu : Pengurusan sekolah, Guru Implikasi Isu : Murid diasingkan mengikut kepintaran, Perasaan rendah diri murid sederhana dan lemah, Sosialisasi tidak berlaku secara menyeluruh, Berlaku kelompok-kelompok murid yang wujud secara tidak langsung, Perkongsian idea / bimbingan rakan sebaya / mentor mantee tidak berlaku, Konflik antara guru iri hati, Konflik antara ibu bapa rasa malu, rendah diri dan marah, Keutamaan dan keistimewaan lebih kepada pelajar pintar, dan Program-program berasaskan akademik terasing mengikut kelompok, Tindakan Untuk Mengatasi Isu : Hapuskan konsep pengasingan, Semua murid perlu mendapat peluang pendidikan yang sama, Kembali kepada FPK. Konsep kecemerlangan pendidikan tidak hanya bertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi hendaklah menyeluruh meliputi semua bidang (melahirkan insan yang seimbang). Sebelum sesuatu tindakan dibuat, pihak pengurusan sekolah, guru dan PIBG serta waris pelajar harus dibawa berbincang, agar keputusan bersama boleh diambil dan dapat memberi kepuasan kepada semua.

Obesiti Dalam Kalangan Murid Definisi : Berat badan berlebihan, diukur berdasarkan Indek Jisim Badan (BMI) Latar Belakang Isu : - Isu obesiti di kalangan murid diperkatakan apabila jumlah mereka bertambah ketara. - Obesiti menyebabkan mengantuk dalam kelas, masalah kolestrol yang berlebihan, lemak tepu (boroi) dan murid kurang aktif bersukan. Kuasa Atau Pihak Yang Mencetuskan Isu : - Kementerian Kesihatan Malaysia. Faktor : Faktor genetik Ibu bapa tidak mengamalkan amalan pemakanan yang sihat Budaya semasa masyarakat Kesibukan ibu bapa, pemilihan makanan berkhasiat terhad, pilih makanan segera Makanan di sekolah, tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan kolesterol Terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran / gaya hidup moden Implikasi Isu : 1. Risiko Kpd Penyakit risiko penyakiti kanser, jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi 2. Kesihatan Fizikal Badan, Selalu sakit Mudah keletihan Selalu cuti. 3. Kesan Psikologi diskriminasi kerjaya prasangka obes pemalas, kurang kawalan diri atau kurang personaliti. 4. Kesan Kesihatan Mental keyakinan diri rendah kemurungan emosi individu kepada interaksi sosial. 5. Ekonomi Negara. Menanggung subsidi perubatan tinggi. Produktviti menurun.

Tindakan Untuk Mengatasi Isu : Mendidik anak-anak (peranan ibu bapa - pend. bermula di rumah) Mendidik anak-anak (peranan sekolah) Kurikulum pendidikan jasmani & kesihatan Peranan NGO (kesihatan) Kawalan penjualan di kantin sekolah Amalkan gaya hidup sihat Amalkan pemakanan sihat ICT Di Sekolah Isunya : Penggunaan di sekolah (P&P), minimum Pembelajaran berbantukan komputer, masih jauh dari pencapaian diharapkan Peralatan ICT rosak dan tidak dapat dibaiki. Masalah perisian (kos) Kepakaran Implikasi Isu : Ketinggalan teknologi. P&P ketinggalan zaman. Perisian pirate / cetak rompak. Kerja pengurusan pejabat terganggu Kerja guru terganggu

Tindakan Mengatasi Isu Salur peruntukan terus ke PKG atau sekolah. Tambah kakitangan di PKG atau BTPN untuk uruskan teknikal Letakkan JTK disemua sekolah Latihan berkala kepada JTK dan guru ICT. Sekolah perlu utamakan penyelenggaraan peralatan ICT Kemahiran komputer diberi kepada semua guru. Pentadbir entiasa peka keperluan ICT terkini. Peralatan ICT perlu digunakan sepenuhnya.

HJ. RAHIM

Def : PMoral prog. pend. utk mendidik murid yg bermoral atau brakhlak mulia dengan penekanan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral Prinsip PMoral : 1) Brtanggungjawab pada diri, kuarga & org lain 2) Patuh ajaran agama 3) Perihatin alam sekitar 4) Kekalkan keamanan & keharmonian 5) Brsemangat patriotisme 6) hormati hak asasi manusia 7) Amal demokrasi Objektif PMoral : 1) Faham & hayati nilai2 akhlak mulia 2) Kekalkan hbgn harmonis dgn alam sekitar 3) Tingkatkan persefahaman & kjsama (demokratik) 4) Matang dlm selesai masalah 5) Iltizam dlm amalan Bidang : Menengah (1988/89) 1) Nilai perkembangan diri 2) Nilai kekeluargaan 3) Nilai alam sekitar 4) Nilai patriotisma 5) Nilai hak asasi manusia 6) Nilai demokratik 7) Nilai keamanan & keharmonian Nilai : Menengah ~ sikap 1) Baik hati 1) 2) Berdikari 2) 3) Kerjasama 3) 4) Kerajinan 4) 5) Keadilan 5) 6) Kebebasan 6)

Rendah (1982/83) 1)Nilai perkembangan diri 2)Nilai kekeluargaan 3)Nilai kemasyarakatan 4)Nilai alam sekitar 5)Nilai kenegaraan

Rendah ~ sikap Kebersihan mental & fizikal Belas kasihan Kesederhanaan Rajin Terima kasih Jujur

7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16)

Keberanian 7) Hormat menghormati Kejujuran 8) Kasih sayang Kasih sayang 9) Adil Hemah tinggi 10) Bermasyarakat Kesyukuran 11) Tidak angkuh Kesederhanan 12) Kebebasan Rasional Hormat menghormati Semangat brmasyarakat Kebersihan fizikal & mental

Kemahiran : 1) Kemahiran utama 2) Selesai konflik 3) Pemikiran kritikal 4) Pemikiran kreatif 5) Menentang tekanan rakan sebaya 6) Mengkaji masa depan 7) ICT 8) Soaialisasi Matlamat Pend : 1) Plato ~ cantik & sempurna rohani & jasmani 2) As-Syabani ~ bangun jiwa mnsia supaya berakhlak/halus jiwa/bersih hati ..... 3) Mohd Athiyah Al-Abrasyi ~ bentuk akhlak & budi pekerti menjd org bermoral, ingat Allah, bersih jiwa, tahu baik buruk .... 4) Syed Naaquib ~ in islam utk lahirkan orang baik (a good man), beradab (a man of adab) Disiplin Falsafah : 1) Epistemologi ~ pengetahuan 2) Metafizik ~ alam ghaib 3) Etika ~ nilai perlakuan 4) Estetika ~ keindahan 5) Logik ~ terima akal

Konsep Falsafah moral : 1) Moral ~ aspek kawal tingkah laku & hbgn sesama makhluk 2) Sikap ~ tindak balas positif @ negatif 3) Nilai ~ persepsi @ pertimbangan baik, buruk, betul, salah ... 4) Etika ~ moral & tingkahlaku Sejarah PMoral : 1) Tradisional ~ agama/madrasah/tak formal/istana 2) British ~ agama/pondok/vernakular/inggeris 3) Pasca Merdeka ~ Penyata Razak (1956) 4) Merdeka ~ Rahman Talib (1960)/AP 1961/Laporan Kabinet (1979) Kenapa PMoral : 1) Masalah sosial ~ kadar delinkuansi 100% (64-74) 2) Mpel sivik kurang berkesan 3) Kurangkan kesan perbandaran NILAI PERKEMBANGAN DIRI 1) Kepercayaan kpd Tuhan 2) Amanah 3) Bertgjawab 4) Hemah tinggi 5) Toleransi 6) Berdikari 7) Rajin 8) Kasih sayang 9) Keadilan 10) Rasional NILAI KEKELUARGAAN 1) Kasih sayang 2) Hormat dan taat 3) Tanggungjawab

NILAI ALAM SEKITAR Alam sekitar manusia adalah bermaksud kesemua unsur hidup dan bukan hidup serta faktor sosial yang melingkungi manusia.(Alan Gilphin) 1) Menyayangi dan menghargai alam sekitar. 2) Keharmonian manusia dengan alam sekitar. 3) Kemapanan alam sekitar. 4) Peka terhadap isu alam sekitar. NILAI PATROTIASMA Definisi :
Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air Love of your country and willingness to defend it. Ikatan spiritual antara individu dan negaranya. Cinta kasih yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia

Dlm Wawasan 2020 ~ C1 Membtk Negara Bangsa Dlm PIPP ~ T1 Membina Negara Bangsa

1) Cinta akan negara 2) Taat setia kpd raja dan negara 3) Sanggup berkorban utk negara Patriotisma Alaf Baru (1/1/1999) Objektif : 1) Meningkatkan Patriotisma 2) Sumbangan konkrit Pelaksanaan : 1) Pendidikan 2) Penerapan 3) Pembudayaan Luntur Patriotisma : Rempit/vandalisma/buli/rusuhan/rasuah/buang bayi .... NILAI HAK ASASI MANUSIA 1) Melindungi hak kanak-kanak 2) Menghormati hak wanita 3) Melindungi hak pekerja 4) Mengormati hak golongan kurang upaya 5) Melindungi hak pengguna

NILAI DEMOKRASI 1) Mematuhi peraturan dan undang-undang 2) Kebebasan bersuara 3) Kebebasan beragama 4) Penglibatan diri dlm pembangunan negara 5) Sikap keterbukaan

Azmi Rahman INSAN CEMERLANG DAN TERBILANG, KERAJAAN GEMILANG. SEBALIKNYAKERAJAAN PINCANG DAN TUMBANG: CERMINAN REALITI DALAM ADIKARYA MELAYU Mukadimah Esei ini dimulakan dengan petikan berikut: Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 2). Petikan di atas mengingatkan kepada anak cucu kita (bangsa Melayu) bahawa Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Seri Lanang ini merakamkan senario sebuah kerajaan Melayu; bermula daripada asal usulnya di peringkat permulaan kerajaan, menuju titik kecemerlangan dan terbilang, zaman klimaks dan kepincangan serta keruntuhan kerajaan tersebut. Persoalan kecemerlangan, klimaks dan menuju keruntuhan kerajaan Melayu Melaka adalah dikaitkan dengan insan/ watak yang cemerlang dan terbilang, serta insan pemusnah/ perosak yang melatari kerajaan tersebut. Senario yang lepas dalam Sejarah Melayu bukanlah menjadi titik penamat sebuah sejarah, malahan ia menjadi cerminan generasi kini dan mendatang belajar daripada sejarah lepas untuk lebih cemerlang dan terbilang. Maka Sejarah Melayu masih relevan dan rakaman peristiwa dan perlakuan insan/ watak merentasi kerangka masa kini dan mendatang. Sejarah Melayu: Pertimbangan Para Sarjana Sejarah Melayu (disebut juga Sulalatus -Salatin) diangkat sebagai adikarya Melayu yang dianggap sebagai karya sastera sejarah dalam bahasa Melayu yang kedua tertua selepas Hikayat Raja-Raja Pasai dihasilkan. (Muhammad Yusoff Hashim, 1992, hal. 121). Sejarah Melayu adalah rakaman

sejarah raja-raja (pemimpin) Melayu yang panjang; bermula era sebelum terbinanya kerajaan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 sehinggalah ke era selepas keruntuhan kerajaan itu pada 1511 (dianggarkan selama lebih kurang 200 tahun). Sejarah panjang perjalanan kerajaan Melayu Melaka itu pernah dirumuskan oleh Muhammad Yusoff Hashim (1992, hal. 161) dengan menyatakan bahawa Sejarah Melayu terkandung unsur fakta sejarah dan nonfakta sejarah dibahagikan kepada bahagian pertama; pra 1400, bahagian kedua; 1400 1511, dan bahagian ketiga; 1511 1612.

Sejarah Melayu (W.G. Shellabear, 1997) memuatkan 34 cetera/ alkisah; bermula Alkisah Cetera yang Pertama hinggalah Alkisah Cetera yang Kesepuluh adalah pemaparan awal pembinaan kerajaan Melayu Melaka (pra1400). Kemudian dari Alkisah Cetera yang Kesebelas hinggalah Alkisah Cetera yang Ketigapuluh Empat adalah suatu cetera yang panjang dan penuh bermakna terutamanya garapan perwatakan modal insan yang membangun, mencemerlang, menggemilang, dan menterbilang serta yang memincangkan dan meruntuhkan kerajaan rakaman lengkap tentang sebuah tamadun bangsa Melayu untuk dijadikan ikhtibar dan renungan insan kini dan mendatang.

Sejarah Melayu yang diangkat sebagai adikarya pensejarahan Melayu telah menjadikannya sebagai karya kajian dan penelitian para sarjana dalam negara dan luar Negara/ Barat, misalnya R.O. Winstedt (1977, hal. 158-162), Roolvink (1983, hal. xx), Bottoms (1968, hal. 181-182), A. Teeuw (1958, h. viii), Gullick (1970, h. 9), Liaw Yock Fang (1970, hal. 214 - 215), Zainal Abidin Abdul Wahid (1974, hal. 211), Mohd. Taib Osman (1974), Umar Junus (1984), Muhammad Haji Salleh (1991, hal. 20-21), Muhammad Yusoff Hashim (1992), Haron Daud (1989), dan M. Rajantheran (1999). Berdasarkan kajian, pandangan dan penelitian para sarjana ini, pengkaji hanya menyatakan idea penting mereka tentang Sejarah Melayu. Haron Daud merumuskan bahawa Sejarah Melayu merupakan sumber pensejarahan bangsa Melayu

terutamanya dari aspek social, politik, adat dan ekonomi (1989, hal. 218 228). Kajian oleh M. Rajantheran merumuskan bahawa dalam Sejarah Melayu dari segi fakta yang jelas ialah terjalinnya hubungan antarabangsa di antara India dengan Melaka, dan amalan Hinduisme di kalangan orang Melayu. (1999, hal. 214 218). Muhammad Yusoff Hashim (1992, hal. 161 163) menyatakan bahawa Sejarah Melayu menggalurkan tiga era pensejarahan Melayu. Pada era pertama didapati unsur bukan sejarah mendominasi seperti juga pada era kedua. Namun begitu, pada era ketiga (1511 1612), Sejarah Melayu merakamkan unsur sejarah; ada juga ruang Tun Seri Lanang memuatkan unsur mitos dan legenda. Sarjana lain pula, misalnya Winstedt, Roolvink dan Umar Junus lebih meletakkan Sejarah Melayu sebagai sumber sastera kerana unsur sastera lebih ketara dan menonjol di dalamnya. Manakala Bottoms, Liaw Yock Fang dan Zainal Abidin Abdul Wahid pula mempunyai pandangan bahawa Sejarah Melayu merupakan karya dan sumber pensejarahan Melayu yang penting. Sejarah Melayu memuat maklumat tentang gambaran masyarakat Melayu tradisional. Manakala Mohd. Taib Osman dan Haron Daud dengan jelas mengangkat Sejarah Melayu sebagai karya dan sumber pensejarahan serta dokumentasi kebudayaan Melayu maksudnya Sejarah Melayu adalah sekaligus karya sastera, sejarah dan kebudayaan. Muhammad Haji Salleh pula menyatakan bahawa Sejarah Melayu adalah moral history. (hal. 20). Limitasi diskusi dan konsep. Esei ini membentangkan dan membincangkan tentang inti teras kedua Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010 (2006, hal. 27 28) yang menggariskan pembangunan modal insan kelas pertama dengan melaksanakan strategi ketiga iaitu memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral (hal. 28). Konsep moral (berasal daripada bahasa Latin, moralis, dalam bahasa Greek, ethikos, ethic, A. F. Scott, 1985, hal. 186) yang dibentangkan dalam kertas ini adalah merujuk kepada tatasusila/ tingkah laku masyarakat yang selari dengan nilai- nilai murni, misalnya kerjasama, keadilan, kecintaan, kesetiaan, ketabahan dan keberanian. Selain itu, insan cemerlang dan terbilang adalah ciri insan yang murni yang boleh

membina tamadun, menjulang martabat negara. Justeru itu, bertitik tolak dari limitasi diskusi dan konsep, penulis akan menggalurkan modal insan bermoral yang mencemerlangkan dan menterbilangkan kerajaan serta insan yang rendah moral yang meruntuhkan kerajaan berdasarkan adikarya Sejarah Melayu (1977). Modal Insan Cemerlang dan Terbilang: Gemilang Kerajaan Melayu

Membaca beberapa teks adikarya Melayu akan membantu kita melihat dan memahami pelbagai aspek kehidupan yang melingkari kewujudan mereka. Kewujudan manusia pentadbir, pejuang, pemimpin atau individu dengan kepelbagaian keperibadian sebenarnya telah membantu melakar sejarahnya yang tersendiri. Oleh itu, perbincangan selepas ini akan tertumpu kepada peranan insan cemerlang peribadi dan sebaliknya dalam meletakkan bangsa Melayu dalam peta kewujudan sehingga ke hari ini. Dengan itu, analisis akan dilakukan terhadap beberapa cetera dalam Sejarah Melayu yang berkaitan dengan Kerajaan Melayu Melaka, misalnya bermula dari cetera 11 hingga cetera 34. Namun kerana ruangan dan waktu yang terbatas, hanya cetera-cetera tertentu sahaja akan dikaitkan dengan perbincangan ini.
Membudayakan Semangat Kerjasama dan Intergriti

Kemampuan dan kekuatan keperibadian pemimpin (raja /pembesar yang memerintah) yang cemerlang dan berintegriti tinggi telah menbantu menaikkan imej sesebuah kerajaan. Melaka misalnya telah mencapai suatu kedudukan yang tinggi gemilang, sehingga disegani dan ditakuti oleh kawan serta lawan. Pembentukan dan penampilan diri pemerintah seperti Sultan Muhammad Syah jelas menjadi bukti dan saksi kepada kecemerlangan kerajaan Melayu. Pembesar seperti bendahara Paduka Raja (Tun Perak) dan bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir) serta beberapa individu lagi juga banyak membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sistem kerajaan yang berkesan dan seterusnya gemilang, serta terus diperkatakan sehingga beberapa zaman selepas itu.

Pemimpin yang berwibawa inilah yang menjadi teras dan nadi kepada beberapa siri penyusunan dan pemantapan sistem pentadbiran kerajaan. Kestabilan politik dan asas pentadbiran yang lancar dan kemas bermula zaman Sultan Muhammad Syah, yang telah menyediakan landasan kepada peraturan dan sistem pentadbiran yang membantu Melaka membangun gemilang selepas itu sehingga mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah.

Oleh kerana Melaka mewarisi beberapa orang raja dan pembesar yang berkaliber, telah dilihat sebagai faktor penyumbang kepada kemajuan dan kekuatan kerajaannya. Ini kerana kekuatan atau kegemilangan sesebuah kerajaan itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan raja/ pemimpin yang menerajui negara pada satu-satu masa itu. Jelani Harun (2004) menyatakan bahawa salah satu ciri utama yang perlu dimilik oleh seseorang raja yang adil ialah akal, kerana tanpanya akan membawa bala dan bencana terhadap kehiduan manusia (hal. 116 117). Hal ini jelas apabila kita melihat kepada kemampuan dan gaya kepimpinan Sultan Muzaffir Syah. Baginda merupakan pemerintah yang bijaksana berpolitik, sanggup berkorban kepentingan diri demi negara serta berpandangan jauh semasa menguruskan negara. Ini jelas apabila baginda sanggup menceraikan permaisuri (Tun Kudu kekanda Tun Perak) untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja (Tun Ali). Peristiwa ini berlaku rentetan pertelingkahan antara kedua-dua orang pembesar yang penting dan mungkin akan memecahbelahkan negara jika tidak diselesaikan dengan kebijaksanaan dan kompromi yang tinggi. Setiap daripada mereka haruslah diredakan ataupun disatukan untuk kepentingan yang lebih besar iaitu, negara yakni Melaka, sebagaimana yang digambarkan, misalnya;
Maka Sultan Muzaffir Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tiada sama orang besar (W. G. Shellabear, 1977,hal. 70)

Dengan itu baginda sultan telah berkorban untuk menyatukan orang Melaka, dengan menceraikan Tun Kudu dan dikahwinkan dengan Tun Ali (Bendahara Seri Nara Diraja). Hal ini jelas berdasarkan petikan;
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun nikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffir Syah, Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia nak bendahara. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 71)

Kemampuan Sultan Muzaffir Syah menyelesaikan krisis dan melantik individu yang cemerlang menjadi pembesar negara (bendahara) telah banyak membantu Melaka menjadi kerajaan yang menuju kegemilangan. Perkara ini jelas kerana baginda sultan yang berpandangan jauh dan jujur melihat aspek modal insan sebagai komponen penting dalam diri pembesar negara.

Syahdan, bendahara Paduka Raja itulah yang dukatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka.
(W. G. Shellabear, 1977, hal. 71)

Selain daripada itu, Sultan Mansor Syah (nama asal Raja Abdullah, menaiki takhta semasa berumur 27 tahun), putera dan pengganti kepada Sultan Muzaffir Syah juga digambarkan sebagai pemerintah yang cemerlang bijaksana dan Melaka mencapai zaman kegemilangan pada zaman baginda. Hal ini jelas digambarkan dalam Sejarah Melayu, Adapun Sultan Mansor Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di alam ini tiada sepertinya pada zaman itu. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 73).

Beberapa polisi dan dasar pemerintahan sama ada dalam urusan pentadbiran negeri ataupun hubungan luar negara ternyata mendatangkan hasil kepada kemajuan dan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu. Kemuncak kegemilangn jelas apabila pada waktu itu Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam, Majapahit dan China. Hubungan diplomatik melalui perkahwinan dengan puteriputeri dari China dan Majapahit misalnya membolehkan Melaka menumpukan pembangunan negeranya dengan aman. Selain daripada itu, Sultan Mansor juga turut mengahwinkan puteri-puteri baginda dengan raja/ pemerintah di negeri-negeri jiran, dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan diplomatik dan persaudaraan.
Membina Jalinan Diplomasi.

Pemikiran yang kreatif dan ketelitian bangsa Melayu menguruskan konfliks dan kebijaksanaan strategi telah meletakkan Melaka sebagai negara yang kuat dan aman. Hubungan luar Melaka dapat ditangani dengan baik dan berkesan serta mampu menunjukkan bahawa kerajaan ini berada di puncak kekuasaan dan kestabilan. Peranan Sultan dan pembesar/ pemimpin semasa menguruskan hal ehwal negara sebenarnya jelas memantulkan pencapaian dan kedudukan negaranya. Kemampuan ini dapat dilihat berpandukan Sejarah Melayu, misalnya; Maka titah Raja Siam, Apa sebabnya Melaka diserang Siam, maka tiada alah? Maka Tun Telanai menyuruh memanggil orang Suir seorang tua lagi untut kedua belah kakinya, maka disuruh Tuan Telanai bermain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, ditahannya belakangnya; maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah, sedikitpun tiada ia luka.

Maka sembah Tun Telanai kepada Paduka Bubunnya, Tuanku, inilah sebabnya Melaka tiada alah diserang Siam. Semua orang Melaka demikian belaka. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 79) Penelitian terhadap peristiwa lawatan Tun Telanai ke Siam ini memberi pengajaran kepada semua bahawa setiap pegawai atau pentadbir itu seharusnya memiliki kebijaksanaan dengan teliti semasa menjalankan tugas negara. Kebijaksanaan Tun Telanai menjawab pertanyaan Raja Siam memberikan kesan yang besar kerana Siam beranggapan Melaka terlalu kuat dan sukar untuk ditewaskan. Oleh yang demikian, perbincangan politik ataupun perdagangan seperti ini haruslah dikendalikan sebaik-baiknya agar negara mendapat manfaat yang besar, selain mampu menjamin kestabilan dan keamanan negara. Kebijaksanaan dan kemampuan bersaing juga jelas apabila Tun Perpatih Putih bertindak cemerlang menyakinkan Raja China tentang kebesaran kerajaan Melaka, seolah-oleh menandingi kuasa China. Akhirnya Raja China bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan mengahwinkan puteri baginda dengan pemerintah Melaka. Hal ini jelas apabila Tun Perpatih Putih mengatakan bahawa setiap biji sagu yang dibawa ke China itu digelek oleh setiap rakyatnya; Setelah diketahui ertinya, terlalulah sukacita Raja China menengar dia. Maka sagu itupun dibawa orang ke hadapan Raja China. Maka titah Raja hina pada Tun Perpatih Putih, bagaimana membuat dia ini? Maka sembah Tun Perpatih Putih, Digelek, Tuanku, pada seorang sebiji, disuru oleh raka kami menggelek dia, hingga sarat sebuah pilu; demikianlah peri banyaknya rakyat raja kami. Tiada seorang pun tahu bilangannya.

Maka titah raja China, Besar raja Melaka ini; banyak sunguh rakyatnya, tiada bezanya dengan rakyat kita. Baiklah ia kuambil akan menantuku. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 94-95) Berdasarkan contoh yang dapat diperlihatkan, jelaslah kepada kita bahawa sesebuah negara yang berada dalam arus global haruslah mampu untuk bersaing dalam pelbagai aspek, meliputi politik, ekonomi, strategi, pertahanan dan sebagainya bagi tujuan untuk kesinambungan dan kewujudan. Kemampuan bersaing bukan semata-mata bergerak dalam kerangka kekuatan tentera/ pertahanan, malahan jauh lebih luas meliputi sumber manusia yang cemerlang, bijak berpolitik dan handal serta petah berhujah untuk mempertahankan kekuatan diri, dan negara bangsa. Kemampuan Kerajaan Melayu semasa berada di puncak kegemilangan melakarkan pelbagai contoh atau iktibar yang penting dan relevan.
Mengangkat Martabat Ilmu Pengetahuan, Mengejapkan Agama dan Moral.

Ilmu pengetahuan/ pendidikan merupakan suatu aspek penting untuk dikuasai dalam usaha memacukan kemajuan kepada sesebuah negara. Pembangunan sumber modal insan akan tercapai dengan berkesan dan mantap sekiranya aspek ini dikuasai serta dipentingkan oleh semua pihak. Melalui pendidikan rakyat akan beroleh ilmu pengetahuan, kepelbagaian kemahiran, didikan agama serta moral yang tinggi dan sempurna. Membaca teks Sejarah Melayu, turut menunjukkan kepada kita bahawa aspek ini juga sangat ditekankan. Pemerintah telah meletakkan ulama atau guru-guru agama pada kedudukan yang tinggi dan penting. Hal ini jelas, misalnya; Telah sudah, maka Maulana Abu bakar pun turunlah ke bawah angin membawa kitab Darul-mazlum itu, menumpang kapal dari Judah ke Melaka. Telah berapa lamanya di laut sampailah di Melaka. Maka sangat dipermulia oleh Sultan Mansor Syah; dan Kitab Darul-

mazlum disuruh baginda arak lalu ke balairong. Maka Sultan Mansor Syah pun berguru pada Maulana Abu Bakar. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 115) Selain itu, jikalau terdapat kemusykilan, pembesar akan dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pengetahuan yang penting kepada negara dan sebagainya. Contohnya; Arakian, maka Sultan Mansor Syah menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai bertanyakan suatu masalah; Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga dan segala isi neraka itu kekalkah ia di dalam neraka? (W.G. Shellabear, 1977, hal. 115). Aspek moral dan agama ini sebenarnya sangat penting dan mendasari semua ciri yang telah dibincangkan di bahagian atas. Perbincangan aspek ini sengaja dikemudiankan kerana ingin menegaskan bahawa apa sahaja tindakan atau perlakuan insan yang bermoral itu adalah bertitik tolak serta berlandaskan agamanya. Pemerintah yang berkesan biasanya akan bertindak atas landasan agama sebagai panduan untuk memastikan keterusan pemerintahan dan juga penerimaan rakyatnya. Sultan Melaka seperti Sultan Mansor Syah dan Sultan Alauddin Syah ditonjolkan sebagai pemerintah yang mementingkan perkara ini, dan mempraktikkannya dalam urusan pentadbiran negara. Nilai modal insan milik peribadi Sultan Mansor Syah ini jelas diungkapkan apabila baginda mewasiatkan anakandanya (Raja Husin Sultan Alauddin Syah), katanya; Ketahui olehmu, hai anakku, bahwa yang dunia ini tiada akan kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang baik. Itulah yang kekal, disebut orang selama-lamanya. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 126)

Kekuatan didikan dan pengaruh agama jugalah yang membentuk peribadi dan rasa tanggungjawab Sultan Alauddin terhadap rakyat dan negara baginda. Dengan rasa bertanggungjawab untuk bertindak adil dan saksama, memastikan negara aman damai serta masalah rakyat jelata dapat diselesaikan, mendorong Sultan untuk melihat sendiri keadaan negeri Melaka. Pernah digambarkan bahawa Sultan telah keluar pada waktu malam untuk melihat keadaan kecurian yang melanda Melaka pada waktu itu. Hal ini popular dan kerap kali ditonjolkan apabila memperkatakan tentang keperibadian tinggi dalam diri Sultan Alauddin, iaitu; Telah Sultan Alauddin menengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masygul. Telah hari malam maka baginda pun memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda pergi menyamar, tiada membawa teman, hanya Hang Isap dan Hang Siak juga dibawa baginda. Serta pergi itu, maka Sultan Alauddin pun berjalan tiga orang sekeliling negeri Melaka itu, hendak melihat hal negeri. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 128) Moral dan agama, adil saksama haruslah diamalkan bagi memastikan kerajaan berada pada tahap yang selamat, maju dan gemilang. Wasiat Sultan Alauddin kepada pembesar dan juga Raja Muda (Raja Mahmud) jelas memerihalkan perkara ini, contohnya; Maka titah sultan Alauddin, ketahui olehmu tuan-tuan sekalian, bahwa umur kita telah pautlah, ajal kita pun hampir rasanya. Jikalau kita mati, bahwa anak kita Si Muhammad inilah arakan oleh Bendahara ganti kita. Hendaklah sangat dipelihara kamu sekalian akan dia, kerana ia kanak-kanak; seperti mana kasih tuan-tuan semua akan kita demikianlah kasih tuan hamba sekalian akan dia. Jikalau barang suatu khilap bebalnya, sangatsangat maaf kamu sekalian aakan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak.
(W.G. Shellabear, 1977, hal. 138)

Kepada Raja Muda Mahmud, baginda mewasiatkan, agar bertindak dengan adil saksama kepada rakyat jelata. Hal ini terbukti dengan titah Sultan, kata baginda, Adapun engkau, hai anakku, Muhammad, hendaklah banyak-banyak ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik peliharamu akan dia, . dan segala anak Melayu, bagaimanapun besar dosanya, jangan kamu bunuh, melainkan dosanya derhaka . Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya, bahwa kerajaanmu binasa. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 138). Modal Insan Tidak Bermoral: Kerajaan Melayu Pincang dan Tumbang. Meneliti beberapa perkembangan peradaban tamadun manusia, maju mundur ataupun jatuh bangun sesebuah negara bangsa seolah suatu yang tidak dapat dielakkan. Bagaikan roda berputaran, kerajaan yang gemilang itu akhirnya pincang dan tumbang angkara insan yang tidak beretika dan tidak bermoral. Kemerosotan nilai yang mendasari prinsip kemanusiaan dan serangan luar akhirnya menghancurkan sesebuah kerajaan.
Menebalnya Ruang Korupsi dan Salah Guna Kuasa.

Gambaran kemewahan, kesenangan dan kekuasaan yang dimiliki kadang-kadang disalahertikan dan terpesong penggunaannya daripada tujuan asal. Amalan hidup jelas jauh berbeza dengan pemerintah sebelumnya. Pelbagai tindakan Sultan dan pembesar yang memerintah yang terlalu yakin dengan kekayaan dan kekuasaan yang ada telah mengarahkan mereka kepada penyalahgunaan kuasa. Misalnya Bendahara Seri Maharaja, walaupun digambarkan sebagai seorang yang berkaliber, namun tetap mengamalkan gaya hidup yang terlampau mewah, membazir harta yang dimiliki dengan jawatan dan sebagainya. Keadaan ini jelas seperti peristiwa di bawah;

Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangat berhias, pada sehari enam kali bersalin pakaian, bajunya yang hadir juga seribu banyaknya, pelbagai rupa dan warna, destar yang sudah terikat pada kelebut dua tigapuluh, semuanya sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi sedia. Apabila Bendahara Seri Maharaja memakai, sudah berbaju, berkain, berkeris, bersebai, lalu naik duduk ke buaian. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 155). Keadaan urusan pemerintahan pada zaman ini jelas jauh pincang berbanding zaman sebelumnya. Pembesar menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi, keluarga, pengikut dan sebagainya. Contohnya; Maka segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggung pun pergilah dengan pertanda merentang tali. Maka oleh segala orang muda-muda, pada tengah rumah saudagar kaya-kaya itu direntanginya tali, disuruhnya robohkan. Maka segala saudagar itu menyorong ada yang seratus, ada yang dua ratus, ada yang tigapuluh, empatpuluh kepada seorang. Maka diambilnya oleh segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggong, diperbahaginya ramai-ramai dengan segala oertanda, itulah makanannya. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 192). Rasuah dan pelbagai kepincangan pengurusan pemerintahan berlaku dalam cetera tiga puluh tiga. Kepentingan peribadi memuncak, Bendahara Seri Maharaja, Laksamana Khoja Hasan terlibat menerima rasuah, dan seterusnya membawa tragedi Bendahara difitnah ingin menderhaka lalu dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud yang memang berdendam kerana isu Tun Fatimah dikahwinkan dengan orang

lain. Hal ini berlaku rentetan pertelingkahan antara Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana, pedagang di negeri Melaka. Golongan inilah biasanya yang boleh mempengaruhi beberapa keputusan penting dalam beberapa urusan negara, dan perbuatan inilah yang menjadikan teladan klasik pembunuhan dalam Sejarah Melayu. Misalnya peristiwa di bawah; Maka Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana pun bermohon pada Bendahara Seri Maharaja lalu kembali ke rumahnya. Telah hari malam, maka Nina Sura Dewana pun fikir pada hatinya, Adapun bahwa Raja Mendeliar itu orang kaya; kalau ia menyorong pada Datuk Bendahara nescaya alah aku. Jikalau demikian, baiklah aku pada malam ini pergi pada Bendahara. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 192). Si Kitul (anak buah Nina Sura Dewana, yang berhutang sekati emas dengan Raja Mendeliar) telah memaklumkan kepada Raja Mendeliar bahawa;
Malam tadi Nina Sura Dewana datang menghadap Datuk Bendahara persembahkan emas sepuluh kati, hendak menyuruh bunuh tuan hamba. Akan sekarang Datuk Bendahara sebicara dengan Nina Sura Dewana, tuan hamba hendak dikerjakannya. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 193).

Akhirnya, untuk mempertahankan dirinya, Raja Mendaliar telah bertindak mendapatkan bantuan daripada Laksamana, hal ini jelas seperti berikut; Setelah datang ke luar pintu Laksamana, ia minta bukai pintu. Maka Raja Mendeliar pun masuk menghadap Laksamana. Maka segala harta yang dibawanya itupun semuanya dipersembahkannya pada Laksamana. Maka kata Raja Mendeliar pada Laksamana, Sahaya menghadap ini, sahaya berlepas taksir, supaya jangan sahaya dikatakan orang sebicara dengan penghulu sahaya, kerana sahaya ketahui bahwa Datuk Bendahara hendak durhaka. Hendaklah orang kaya persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan menempa cerek emas dan kaus emas, kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka.
(W. G. Shellabear, 1977, hal. 194).

Pilih kasih dan kepentingan sahabat handai mengatasi kebolehan dan kemampuan semasa perlantikan pembesar negara atau pegawai kerajaan. Pemilihan kerana kebolehan ataupun kewibawaan seseorang tidak dilihat sebagai penting sepertimana zaman pemerintah terdahulu, misalnya Tun Perak dinaikkan ke jawatan penghulu, perdana menteri dan jawatan tertinggi iaitu bendahara ialah kerana kewibawaan menguruskan pelbagai hal berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan negara. Suasana aman damai, mewah maju dan seumpamanya menyebabkan manusia mula lalai dan hilang pertimbangan modal insan. Keputusan biasanya berlandaskan kepentingan individu ataupun puak semata-mata. Fenomena ini mula kelihatan sejak awal pemerintahan Sultan Mahmud, misalnya tindakan baginda melayani pembesar dengan tidak sama rata;

Adapun akan Sultan Mahmud tiada kasih akan segala hulubalang dan orang-orang besar, dan yang dikasihi baginda Tun Ali Hati seorang dan Tun Mai Ulat Bulu seorang, Tun Muhammad Rahang seorang, Tun Muhammad Unta seorang, Tun Ali Berudu seorang, Tun Ali Kesar seorang, dan segalaorang-orang muda tigabelas orang, segala hamba raja dua puluhtiga; itulah teman baginda bermain gurau jenaka. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 201). Selain daripada itu, terdapat beberapa orang lagi yang disayangi oleh Sultan Mahmud, segala permintaan orang-orang ini biasanya akan diperkenankan, misalnya; Maka Sultan Mahmud pun diam menengar kata hamba raja itu, kerana sangat kasih baginda akan Seri Dewa Raja, kerana zaman itu orang yang dikasihi raja, pertama-tama Seri Dewa Raja, kedua Tun Umar, ketiga Hang Isa Pantas, keempat Hang Husin Jong. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 145). Maka Tun Umar pun datang bersembah, Tuanku, jika ada kurnia Duli Yang Dipertuan, patik hendak memohonkan jadi raja laut. Maka titah Sultan Mahmud, Baiklah, tetapi laksamana lagi ada, apa daya kita mengambil daripadanya? Hendak pun kita pecat ia, suatu pun tiada apa salahnya pada kita. Tetapi apabila laksamana tiada lagi, Tun Umarlah kita jadikan raja laut. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 145).

Serakah Nafsu Menguasai Material dan Seksual serta Menebalnya Nafsu Amarah dan Fitnah.

Dalam cetera-cetera berkaitan kerajaan Melaka keadaan negara mula berkocak setelah agak lama berada dalam suasana tenang, Sultan Mahmud yang mengambil alih pemerintahan jelas menambahkan keparahan kepada politik Melaka. Pemerintahan yang tidak adil, pincang, rasuah, berdendam, hasad dengki, menyerahkan hal ehwal negara kepada orang terdekat atau pembesar semata-mata menyebabkan kerajaan ini mula lemah dan hilang arah tujunya. Sultan Mahmud digambarkan lebih suka hidup berfoya-foya, keluar waktu malam ke rumah pelacur, meniduri isteri pembesar sewaktu suaminya keluar menjalankan tugas negara dan sebagainya. Hal ini jelas apabila Tun Biajid bertembung dengan dengan Sultan Mahmud;
Sekali peristiwa Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah. Tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Morib kerana Morib pegangannya. Maka pada suatu malam Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Biajid. Telah hampir dinihari, maka baginda pun hendak kembali, bertemulah dengan Tun Biajid baru datang dari Morib diiringkan segala orangnya. Maka Tun Biajid pun tahulah Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu.

(W. G. Shellabear, 1991, hal. 143). Dalam peristiwa lain, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Isap supaya membunuh Tun Ali Sandang kerana berada di rumah Tun Dewi. Petikannya seperti; Maka pada suatu malam, maka Sultan Mahmud pergi ke rumah seorang perempuan, Tun Dewi namanya. Maka didapatinya baginda Tun Ali Sandang ada di sana; maka Sultan Mahmud pun berbalik. Maka baginda menoleh belakang, dilihat oleh baginda Tun Isap, . Maka oleh Sultan Mahmud diambil baginda sirih

daripada puan baginda, dianugerahkan pada Tun Isap. Maka Tun Isap fikir pada hatinya, Apa gerangan ertinya Yang Dipertuan memberi sirih dari puan ini? Pada bicara aku, entah Yang Dipertuan menyuruh membunuh Tun Ali gerangan? (W. G. Shellabear, 1977, hal. 144) Tragedi demi tragedi yang berlaku jelas melemahkan kerajaan Melayu Melaka, tiga waktu akan musnah sebuah kerajaan, si anak tidak lagi mentaati bapanya, bapa pula membunuh anak kerana percanggahan kuasa dan kepentingan. Ini jelas apabila Sultan Mahmud Syah mengarahkan agar anakandanya Sultan Ahmad dibunuh. Lihat petikan berikut; Adapun Sultan Ahmad itu, semuanya baik, lagi murah; tetapi suatu celanya, sebab tiada kasih akan segala pegawai dan segala orang besar-besar, melainkan orang muda-muda dan hamba raja tersebut itu juga dikasihi baginda. . . Maka segala kelakuan itu kedengaran ke bawah Sultan mahmud. Maka tiada berkenan baginda akan pekerti ananda itu. Maka disuruh baginda . yakni ertinya, apabila ajal seseorang mereka itu, tiada terkemudian seketika, dan tiada terdahulu seketika jua pun. Maka Sultan Ahmad pun mangkatlah, (W. G. Shellabear, 1977, hal. 205). Modal insan yang pincang, minda disaluti dengan fitnah merosakkan dan menumbangkan kerajaan Melayu Melaka. Tragedi Hang Tuah difitnah dan Hang Kasturi (dalam Hikayat Hang Tuah, disebut Hang Jebat) menyerlahkan hakikat bahawa unsur ini tidak mengenal batas nilai dan status diri seseorang insan itu. Hang Tuah difinah tiga kali angkara perasaan hasad dengki melihat kehebatan demi kehebatan yang dicapai mengikut prosedur yang normal, dan jalinan hubungan baik dengan golongan pemerintah (istana) khasnya raja dan

para pembesar istana. Ketiga-tiga fitnah yang ditaburkan terhadap Hang Tuah dikaitkan dengan perbuatan bermukah dengan perempuan. Rentetan dari fitnah terhadap Hang Tuah, terjadi tragedi penderhakaan pertama dalam pensejarahan Melayu. Tragedi ini juga memperjelaskan bahawa perjanjian (waadat) kesetiaan dan ketaatan yang diikat kukuh antara Sang Sapurba, mewakili golongan pemerintah dengan Demang Lebar Daun, mewakili golongan rakyat terburai. (Lihat intisari waadat, 1977, hal. 20).
Suatu Perhentian Sementara dan Renungan.

Sejarah tidak pernah berhenti selama-lamanya tiada noktah. Sejarah terus berpusing bagai roda dan bergerak di atas landasannya. Begitulah juga dengan sejarah bangsa Melayu terus bergerak dan berputar pantas; dipandu oleh para pemimpinnya menuju ke suatu destinasi yang infiniti. Dalam keghairahan kita memandu di atas landasan lebuh raya globalisasi, jangan lupa kita menoleh ke cerminan belakang. Sejarah bangsa Melayu bermula dengan tamadun yang rapuh dari segi kepercayaan, adat, sosial dan ekonomi. Kemudian fasa yang berikutnya, menuju pentas kemuncak/ klimaks, dan akhirnya pentas kegemilangan dan terbilang itu pincang dan tumbang setelah lebih kurang 200 tahun pembinaan sebuah kerajaan bernama Kerajaan Melayu Melaka.
Kita berhenti sekejap di perhentian lebuh raya globalisasi, dan kita renung pensejarahan minda dan modal insan (modal moral, meminjam frasa Hassan Ahmad) bangsa Melayu yang berwarna-warni peristiwa dan pelbagai karakter watak/ insan yang pernah muncul dalam sejarah. Kita menemui insan bermoral/ insan minda kelas pertama, insan yang rapuh peribadi, hambatan demi hambatan, kegemilangan demi kegemilangan menjadikannya terbilang, dan tragedi demi tragedi. Kita renungkan Sejarah Melayu. Kita renung dan perhatikan di sekeliling dan hayati watak-watak yang sedang memandu sejarah bangsa Melayu, maka kita ungkapkan macam-macam ada dalam Sejarah Melayu. Macam tak percaya. Begitulah Sejarah Melayu, waima ada beberapa cetera berupa mitos, legenda, dan fantasi, namun cetera-cetera realiti modal insan yang bermoral mencemerlang dan

menterbilang kerajaan. Sebaliknya modal insan yang pincang, tumbang dan runtuh kerajaan. Kita boleh memilih, menentukan dan menyaring saluran/ cetera mana yang sesuai. Akhir kalam wallahu alam.

DEFINISI CERITA JENAKA Cerita yang mengandungi unsur humor atau unsur lucu. Cerita jenaka ini membawa kesan menggembirakandan gelihati kerana kelucuan. Unsur-unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak yang menimbulkan rasa gelihati dan seterusnya membawa kegembiraan dan terhibur. Jenis Cerita jenaka. i. ii. iii. Bodoh sial antaranya termasuklah cerita Pak Kaduk Pintar bodoh seperti cerita Pak Pandir Pintar misalnya cerita Si Luncai dan Pak Belalang

Pintar bodoh Cerita Pak Pandir dikelompokkan dalam bahagian ini kerana dalam kebodohan dan kelurusan Pak Pandir selaku watak utamanya, terdapat beberapa insiden yang memperlihatkan kepintarannya. Sebagai contohnya, Pak pandir telah berjaya membunuh gergasi dan anak-anak gergasi melalui tipu helahnya.

1. Struktur Isi Cerita Cerita berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyentuh watak-watak tertentu yang melucukan.

Cerita-cerita dibahagi kepada episod tertentu. Setiap episod boleh berdiri sendiri dan setiap episod merupakan sebuah cerita. Perkembangan plot cerita tidak ada asal usul watak, tiada unsur supernatural, fantasi dan unsur dewa-dewi. Kesudahan cerita terdapat dalam berbagai-bagai situasi ada yang happy ending dan ada tragik ending. 2. Watak dan Perwatakan Watak utama berpusat di kalangan rakyat biasa atau orang bawahan. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak seperti: Watak bodoh-sial : Pak Kaduk Watak pintar-bodoh : Pak Pandir Watak Pintar : Si Luncai dan Pak Belalang Perwarnaan watak atau pelukisan watak dinyatakan secara jelas dari segi fizikal seperti bentuk tubuh badan, cara berpakaian serta perlakuan. Terdapat watak dari kalangan istana yang peranan tidak begitu penting dan tidak miliki sifat supernatural. Cerita dan perlukisan watak berpijak di bumi nyata iaitu sifat-sifat sebenar manusia yang wujud di muka bumi 3. Dari segi Latar Latar cerita berlaku di alam nyata iaitu dalam masyarakat manusia biasa. Suasana atau latar masyarakat terdiri daripada golongan masyarakat tani atau nelayan. Terdapat dalam beberapa buah cerita berlatar istana, namun demikian latar istana tidak bercampur-aduk dengan alam fantasi.

1. Sebagai Alat Hiburan Cerita Jenaka memberi hiburan kepada pendengar atau pembaca, dari unsur lucu , gelihati membawa kepada orang ketawa. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu yang berlaku pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira. 2. Memberi Pengajaran dan Pendidikan Di sebalik lucu, jenaka dan gelihati terselit unsur nasihat, ingat mengingati dan panduan ke arah hidup yang sejahtera. Antara unsurunsur pengajaran ialah : a. Jangan mengamalkan judi atau bertaruh kerana akan membwa kesusahan dan papa kedana. contohnya, cerita Pak Kaduk b. Jangan percaya kepada ramalan nujum kerana kebanyakkan nujum tidak benar, banyak tipu helah dan muslihat. Contohnya, Pak Belalang. c. Jangan mengamalkan sifat tamak dan haloba. Sifat ini merupakan amalan keji yang akan membawa kerugian. Contohnya : Cerita Lebai Malang. 3. Berperanan Sebagai alat kritikan Sosial Terkandung sindiran tajam yang ditujukan kepada golongan berkedudukan tinggi, dimuliakan dakam masyarakat seperti golongan raja dan lebai.Misalnya cerita Lebai Malang Kritikan terhadap ketidakadilan, kekejaman yang sering dilakukan golongan berkuasa terhadap rakyat miskin dan lemah. Misalnya,cerita Pak Kaduk. 4. Sebagai Alat Hiburan Cerita jenaka berfungsi sebagai alat hiburan yang mana ia merupakan sebagai alat pelarian atau

escapism. Apabila pendengar mendengar cerita jenaka , ia berupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan setelah penat seharian bekerja. 5. Sebagai Alat Untuk Menjelaskan Gambaran Masyarakat Melayu. Cerita jenaka dijadikan alat sebagai menjelaskan gambaran masyarakat Melayu yang hidup sederhana, memandang tinggi golongan lebaiseperti dalam cerita Lebai Malang, suka berjudi dan berlaga
Sajak. i. ii. iii. iv. v. Pengenalan. Rupa diri sajak. Tema dan persoalan Pemikiran dan makna Sentuhan bahasa

DEFINISI & Bil GAYA BAHASA PERSONIFIK ASI (PERORAN GAN) . PENERANGAN CONTOH KESAN

Menggunakan kiasan untuk memberi sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahu pun tindak tanduk kepada objek mati @ binatang @ idea@ hal-hal yang ebih abstrak

- Malam hiba - Sayup-sayup undan tua berlagu - Hiba - ikan bercumbucumbuan

- Memberi gambaran maksud/ - Makna yang lebih jelas.

SIMILE/KIA SAN

Bahasa perbandingan @ kiasan secara terus yang membandingkan sesuatu objek /suasana/konsep / dengan yang lain dihubungkan dengan kata-kata bak, seperti, bagai, macam, laksana, umpama & ibarat. Satu bentuk kiasan@ analogi secara tidak langsung yang melambangkan sesuatu yang lain bagi menyarankan antara keduanya terdapat persamaan. Gabungan antara konkrit dan abstrak. Perulangan kata di awal baris yang berturutan.

- Bagai burungburung aku pun terbang. - Ratusan insan-Mu bagai semutsemut

- Memberi gambaran maksud /makna yang lebih jelas.

- Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

METAFORA

menara kasih -bunga mimpi -mengait dunia -tebing cinta -menuai hampa

- Memberi gambaran maksud/ - makna yang lebih jelas. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

ANAFORA

- Resah menggeliat ke tanah - Resah menggeliat ke rimba - Resah mengeliat ke tulang bangsa - Menggoda tergugah - Mengusik tergugah hati hati

- Memberi kesan penegasan maksud

EPIFORA

Pengulangan kata di akhir baris yang berturutan.

- Memberi kesan penegasan maksud

IRONI (SINDIRAN HALUS)

Bermakna menyebut @ mengucapkan sesuatu yang berlainan dengan realiti yang sebenarnya. Ia bermaksud sindran, cemuhan @ ejekan. Pernyataan yang bermakna lain daripada yang dituturkan. Menggunakan katakata yang lembut kesannya lebih tajam menghiris. Suatu pernyataan yang sekali imbas kelihatan bertentangan @ salah menurut pendapat umum @ kelihatan agak aneh bunyinya tetapi didapati munasabah dan dapat diterima sebagai benar. Penggunaan kata yang bukan daripada maksud asalnya tetapi membawa maksud lain. Lambang adalah benda @ peristiwa konkrit yang

- Makna makmur di tengah lapar - Makna mewah di tengah gundah - Makna harmoni di tengah inflasi

- Memberi gambaran maksud/ - makna yang lebih jelas. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

PARADOKS

- buruk dalam cantik - sepi namun sentosa - senyum dalam tangisan - benci tapi rindu

- Memberi gambaran maksud/ - makna yang lebih jelas. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

PERLAMBA NGAN

- selendang sutera - benang putih - benang hitam

- Memberi gambaran maksud/ - makna yang lebih jelas. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

menyarankan sesuatu yang lain.

PERBANDIN GAN

Sejenis pemakaian bahasa kiasan.Menghubungka n sesuatu yang abstrak kepada sesuatu yang konkrit Pernyataan yang berlebihlebihan.Membesarkan @ melebihkan makna sesuatu perkara. Gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada peristwa, tokoh @ karya sastera yang terkenal. Kata/Diksi/Frasa/Ungk apan/Rangkai kata/Baris yang diulang .

- kehidupan itu adalah seumpama lautan. - mimpi itu adalah keajaiban anugerah - kau adalah madu - segenggam rindu jadi selaut duka - bulan berdarah - laut dura

- Memberi gambaran maksud/ - makna yang lebih jelas. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas. - Menekankan suatu pandangan atau - Idea.

10

HIPERBOLA

11

ALUSI

- jutawan DEB - AW,NW,TM atau FEER

- Menekankan suatu pandangan atau - Idea.

12

PERULANG AN

- Perulangan Baris - Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos - Perulangan Kata Di Tengah Baris - Menggoda hati tergugah - Mengusik hati tergugah - Gelisah hidupku sepatutnya Hiduku Gelisah - Jauh masih

- Memberi kesan penegasan maksud

13

INVERSI

Ayat pasif @ pembalikan sesuatu kata dalam kalimat.

- Menekankan suatu pandangan atau - Idea.

sepatutnya masih jauh 14 CITRA Penulis menggambarkan sesuatu keadaan @ situasi . Menonjolkan gambaran daripada perspektif seseorang. Pengulangan bunyi vokal dalam baris - satu kiblat menggambarkan satu arah, rasa bersatu. - Menekankan suatu pandangan atau - Idea.

15

ASONANSI

- Melapangkan ruang buat kata hikmah

- Memberi kesan keindahan/kele mbutan/ kemerduan bunyi apabila dideklamasikan. - Memberi kesan keindahan// kemerduan bunyi apabila dideklamasikan. - Memberi kesan imaginasi yang - lebih jelas.

16

AlLITERASI

Pengulangan bunyi konsonan dalam baris

- Seribu dua ribu tak bermakna gugur tak bertanda - bunyi angin - bunyi ombak

17

ONOMATO PIA

Bunyi yang dihasilkan melalui benda hidup @ alam semulajadi

18

RIMA

Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bertentangan antara dua baris @ lebih.

- yang cukup sulit dan berbelit

- Memberi kesan keindahan// kemerduan bunyi apabila dideklamasikan.

19

RITMA/IRA MA

Berkait rapat dengan intonasi dan ucapan. Keadaan pergerakan suara yang ada tinggi rendahnya, keras lembutnya dan panjangnya.

You might also like