Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAMPIRAN A PANDUAN MENGISI BORANG REKOD CUTI REHAT KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN

BILANGAN 3 TAHUN 2005.

1.

RUJUKAN KUASA / KELULUSAN (ruangan no. 1) - Ruangan ini hendaklah diisi berpandukan nombor rujukan fail Sekolah / Jabatan dalam borang permohonan Cuti Rehat Khas pegawai yang telah diluluskan oleh Pengetua / Guru Besar. TAHUN (ruangan no. 2) - Sila catatkan tahun semasa rekod disediakan. KELAYAKAN CUTI TAHUN SEMASA (ruangan no. 3) - Sila catatkan jumlah kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai mengikut tahun semasa. TEMPOH CUTI DIAMBIL (ruangan no. 4) - Sila catatkan tarikh-tarikh pegawai mengambil Cuti Rehat Khas meliputi tarikh mulai di ruangan no. (5) dan hingga bila di ruangan no. (6). JUMLAH CUTI DIAMBIL (ruangan no. 7) - Sila catatkan jumlah Cuti Rehat Khas yang telah diambil oleh pegawai. BAKI CUTI (ruangan no. 8) - Sila catatkan baki Cuti Rehat Khas Pegawai. JUMLAH CUTI DIKUMPULKAN UNTUK GCR (ruangan no. 9) - Sila catatkan jumlah Cuti Rehat Khas yang telah diluluskan pengumpulannya oleh Pengetua / Guru Besar dengan menggunakan Lampiran yang dilampirkan bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005. CATATAN (ruangan no. 10) - Jika terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelayakan Cuti Rehat Khas pegawai hendaklah dicatatkan dalam ruangan ini terutamanya jika tempoh perkhidmatan bagi tahun semasa tidak melayakkan pegawai mendapat kelayakan penuh 7 hari. Nyatakan sebab-sebab yang tidak melayakkan tersebut. TANDATANGAN KETUA JABATAN / PEGAWAI REKOD (ruangan no. 11) - Ketua Jabatan ( Pengetua / Guru Besar serta Pembantu Tadbir ) hendaklah menandatangani ruangan ini pada setiap kali rekod dikemaskinikan.

2. 3. 4.

5. 6. 7.

8.

9.

You might also like