Lestari Bukit Menghijau

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bab 1 : Perubahan

Mengisahkan perjuangan Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintongor untuk
menjaga kehijauan dan kedamaian Bukit Bintongor. Penduduk kampung
menganggap Pak Tua sudah gila, nyanyuk dan sengaja mereka-reka cerita
mengenai nama saintifik dan kelebihan pokok-pokok kepada penduduk kampung.
Bab ini juga mengisahkan bagaimana Zahiran berkenalan dengan Pak Tua. Kisah
bermula apabila Zahiran ingin menebang pokok bunga cempaka, tetapi di haling
oleh Pak Tua. Peristiwa yang sama juga berlaku apabila Lebai Jusoh ingin
menebang pokok kacang kelor. Pak Tua menghalang niat Lebai Jusoh dan
menyatakan kelebihan pokok tersebut. Namun tidak diendahkan oleh Lebai Jusoh
dan penduduk kampung.Bab ini juga mengisahkan kehadiran seorang pengetua
baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai iaitu Cikgu dham. Sekolah ini
juga merupakan tempat belajar Zahiran yang berada di tingkatan 3. Pelbagai projek
telah diperkenalkan oleh Cikgu dham untuk membantu Negara menjaga alam
sekitar. Semasa cuti sekolah Cikgu dham telah memperkenalkan projek lestari
mesra alam.Zahiran dan kumpulannya ditugaskan mencari sekumpulan burung
untuk projek tersebut.


Bab 2 : Fitnah

Keresahan Zahiran yang belum mencari burung untuk projek sekolah. Tambahan
pula, dua rakannya telah demam menyebabkan mereka tidak dapat bersama untuk
mencari burung. Pada suatu hari, Kasa, Seleman dan Setopa telah ternampak orang
berpakaian kemas telah menemui Pak Tua. Tanpa usul periksa mereka telah
menabur fitnah mengatakan Pak Tua ada kaitan dengan penjenayah atau tauke
dadah. Fitnah ini disebarkan kepada penduduk kampung. Hal ini menyebabkan
Zahiran dan rakannya bertelagah untuk ke Bukit Bintongor . Seleman telah menahan
Zahiran dan penduduk kampung yang lain daripada menghampiri Bukit Bintongor.
Alasannya cukup remeh iaitu bimbang jika ada serbuan ke atas kegiatan dadah Pak
Tua, sudah tentu akan kena tangkap sama bagi sesiapa yang perg ke Bukit itu.
Namun, Zahiran dan rakannya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan oleh
Seleman.


Bab 3 : Memasang hasrat

Zahiran dan rakannya Osman dan Kadir masuk ke Bukit Bintangor tanpa kebenaran
Pak Tua. Ketika Zahiran berada di atas pokok, pak Tua datang menyebabkan
Osman dan Kadir lari lintang pukang seolah-olah nampak hantu. Namun, Zahiran
dengan tenang turun dari pokok dan berbual dengan Pak Tua. Pak Tua
menasihatkan agar Zahiran tidak lagi menangkap atau membunuh haiwan. Nasihat
ini didengari oleh Zahiran. Dari situ bermulalah hubungan Zahiran dengan Pak Tua.
Banyak maklumat telah diberikan kepada Zahiran.Zahiran merasakan setiap
perkataan yang terluah daripada bibirnya penuh dengan nilai kasih sayang yang
amat murni. Zahiran juga menyatakan hasratnya ingin berjaya dalam PMR agar
dapat masuk aliran sains dan belajar di MRSM atau sekolah sains.


BAB 4: Bukan Sembarangan Orang

Hamzah, Marzuki dan Khuzairi puas dengan hasil tangkapan masing-masing.
Khuzairi memberitahu kawan-kawannya bahawa begitu senang untuk menjadi
terkenal seperti Pak Tua yang berpura-pura gila, buat-buat mereng, buat-buat
nyanyuk sehinggakan jadi terkenal di serata kampung. Ketika mereka berbual-bual,
mereka terserempak dengan Zahiran, Osman dan Kadir. Perbualan mereka banyak
tertumpu kepada Pak Tua. Zahiran menegaskan yang Pak Tua tidak gila, malah baik
dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Namun, kawan-kawannya tidak
mempercayai sehinggalah Zahiran memberitahu Pak Tua ialah bukan sembarangan
orang. Buktinya dia sanggup membeli bukit dengan harga ribuan ringgit untuk di
jadikan taman rekreasi. Malah setiap batang pokok di bukit itu telah dinamakan
dengan nama biasa dan nama saintifik. Zahiran juga telah mengajak rakan-rakannya
berjumpa dengan Pak Tua. Pada awalnya mereka takut, tapi setelah di terangkan
oleh Zahiran mengenai pertemuannya dengan Pak Tua, mereka telah bersetuju
untuk berjumpa dengan Pak Tua tetapi setelah memberitahu ibu bapa masing-
masing.


BAB 5 : Sangkaan yang meleset

Zahiran mengatur langkah ke Bukit Binangor. Dia sudah tekad ingin berkenalan
dengan Pak Tua. Dia ingin mengenali Pak Tua yang selama ini dicaci dengan
pelbagai tuduhan oleh orang kampung. Zahiran merasa kagum apabila tiba di
pertengahan bukit kerana keadaannya tidak semak seperti yang disangkakan
olehnya. Keadaan ini seolah-olah sebuah taman rekreasi yang dijaga rapi.Malah
Zahiran merasakan seolah-olah sedang berada di Taman Botani Putrajaya. Setiba di
tempat Pak Tua, Zahiran sempat sarapan dan makan tengah hari bersama Pak Tua.
Mereka berjalan-jalan sekitar Bukit Bintangor. Banyak ilmu yang diperoleh Zahiran
daripada Pak Tua. Sejak hari itu Zahiran sering mengujungi Pak Tua, malah kadang-
kadang bermalam. Tidak berakhir di situ, kawan-kawan Zahiran telah sepakat untuk
menemui Pak Tua. Sejak menemui pak Tua persepsi mereka telah berubah malah
banyak memuji tentang kelebihan orang tua tersebut.


BAB 6 : Karut-marut

Petang yang ceria, Zahiran menuju kea rah kedai runcit Pak Long Hamad untuk
membeli tepung, gula dan kopi yang disuruh oleh ibunya. Sepanjang jalan yang
dilaluinya, Zahiran melihat begitu banyak tumbuhan hijau yang dahulunya tidak
pernah diketahui tetapi kini seolah-olah begitu rapat dalam kehidupannya. Kini
hanya dengan melihat daunnya saja, dia sudah dapat menjelaskan bentuk pokoknya.
Semasa di kedai runcit Pak Long Hamad, Zahiran telah diperli oleh Seleman , Kasa
dan Stopa. Stopa menyatakan nama saintifiknya ialah Stopa de Caprio. Namun,
Zahiran berlalu tanpa menghiraukan kata-kata mereka. Pada suatu hari, berita
Hamzah demam disebabkan tersampuk hantu tanah di Bukit Bintangor telah
meresahkan Pak Tua. Tambahan pula , cerita bahawa Pak Tua pengamal ilmu hitam
telah tersebar luas. Namun, ini tidak mematahkan semangat Pak Tua untuk melawat
Hamzah bersama Zahiran. Setibanya dirumah Hamzah, Pak Tua mengarahkan agar
Hamzah dibawa ke hospital dengan segera kerana demam kuning. Walaupun pada
mulanya ditentang oleh Pak Hamid namun akhirnya mereka bersetuju membawa
Hamzah ke hosipital. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pak Tua.Gigitan nyamuk
menyebabkan Hamzah menghidap demam kuning dan Pak Hamid terkena penyakit
untut. Pak Tua ingin membantu keluarga Hamzah.


BAB 7 : Kita Perlu Bertanggungjawab.

Penyakit Hamzah telah menutup mulut orang-orang kampung yang sebelum ini tidak
senang dengan Pak Tua. Satu mesyuarat diadakan apabila beberapa orang lagi
murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai menghidap demam yang sama.
Lebai Jusoh dan Pak Tua telah dipanggil untuk membincangkan hal tersebut.Pak
Tua menegaskan demam kuning disebabkan oleh nyamuk. Salah satu cara untuk
mengatasinya ialah membersihkan kawasan kampung. Hal ini dipersetujui untuk
mengadakan gotong royong terutama kawasan rumah Pak Hamid.Agensi yang
terlibat dengan gotong royong ini ialah Syarikat Alam Flora, Jabatan Kesihatan dan
Jabatan Kerja Raya. Wakil rakyat turut bermurah hati menyediakan makanan dan
minuman untuk majlis tersebut. Pegawai daripada Jabatan Kesihatan turut
memberikan ceramah cara-cara untuk menjaga kesihatan. Namun, tugas belum
selesai selagi tidak membantu Pak Hamid. Pak Tua mencadangkan kutipan derma
dilakukan untuk membantu Pak Hamid membiayai rawatan penyakit
untutnya.Kerjasama daripada masjid, sekolah jabatan kerajaan, akhbar Utusan
Malaysia , Jabatan Kebajikan Negara dan wakil rakyat telah dicadangkan. Hasil
daripada kerjasama itu , Pak Hamid telah menerima rawatan dan pembedahan di
Hospital Appolo, Chennai, ndia. Kini Kampung Alor Rambai telah terhindar daripada
sebarang pencemaran.Pada suatu hari, Zahiran ternampak kepulan asap dari hutan
bukit Bintangor. Dia meluru ke tempat kejadian. Dia melihat Pak Tua mengalir air
mata melihat sebatang bintangor yang sudah terbakar.Kejadian itu menyebabkan
Kasa dan Seleman memohon maaf daripada Pak Tua. Kini mereka menjadi akrab,
malah membantu Pak Tua menjaga kehijauan alam Bukit Bintangor.


BAB 8 : Ada Kisah Tersendiri

Pada suatu malam yang indah, Pak Tua telah berteka-teki dengan Zahiran. Pada
masa yang sama Zahiran bertanyakan mengapakah Pak Tua suka menanam pokok
bintangor. Secara tidak langsung, terbongkarlah kisah keluarga Pak Tua. Beliau
pernah tinggal di Bandar Chicago. sterinya Kamariah dan dua orang anaknya telah
meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari membeli- belah di Kota
Chicago. Pak Tua merasa sedih kerana Kamariah tidak sempat melihat kejayaan
yang telah dicapai olehnya dan rakan-rakannya mengenai penemuan penawar HV.
Salah satu bahan uji kajinya ialah daripada bintangor. Terjawablah mengapa Pak
Tua suka menanam bintangor. Masa terus berlalu, Zahiran diterima masuk ke Kolej
Matrikulasi Melaka di Londong kerana berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Kini,
sudah tiga tahun Pak Tua kembali ke rahmatullah. Dia akan menurut jejak langkah
pak Tua, menjadi seorang ahli sains yang berjasa kepada manusia dan masyarakat
sejagat. Orang kampung pula riuh terutama di kedai runcit Pak Long Hamat apabila
wajah Pak Tua muncul di muka depan akhbar Berita Minggu. Pak Tua merupakan
seorang Pesara Pakar Penyelidik Sintesis Organik yang dikenali sebagai Profesor
Osman Yunus. Beliau telah mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan Pendidikan
dan Penyelidikan.

You might also like