Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

MANUSIA & MASYARAKAT

A. Pemerintahan Dan Pentadbiran. 1. .Sistem yang diamalkan di Asia Tenggara ialah sistem beraja. Ia dapat dilihat dalam pentadbiran di Myanmar, Thailand, Brunei, dan Indonesia. Gelaran lain yang merujuk kepada Raja ialah Sultan, Serimaharaja dan Susuhunan. Pemerintah Vietnam telah menggunakan gelaran maharaja setelah menubuhkan kerajaan Vietnam bersatu. Sehingga abad ke-19, sistem beraja kekal meletakkan kuasanya sebagai kuasa yang tertinggi. Ia mempunyai peranan penting samada secara fizikal mahupun spiritual. Raja berperanan menjaga perpaduan dan dianggapalat paling efektif untuk mengawal rakyat. Rakyat memberikan penghormatan yang tinggi kepada Raja dan ia sama penting seperti menghormati Tuhan. Raja juga merupakan tunjang dalam mengukuhkan kerajaan serta memiliki keseluruhan tanah serta hasil kerajaan.

2.

3.

Raja dianggap suci atau sakran dan hampir dengan kedudukannya dengan Tuhan. Ia membolehkan rakyat menerima kesejahteraan serta kemakmuran.

4.

Raja-raja Pattani,Sulu,Brunei dan Sumatera dianugerahkan dengan konsep daulatyang mengikat raja dan rakyat agar saling hormatmenghormati. Seseorang yang melanggar daulat raja akan menerima pembalasan daripada kuasa ghaib kerana kemurkaan raja.

5.

Raja memainkan peranan penting sebagai penstabil kepada kerajaan. Rakyat percaya bahawa raja dan kerabatnya serta perbuatannya mempunyai keistimewaan tertentu yang disebut daulat.

6.

Negara kebenuaan seperti Siam dan Burma, konsep Dharma Raja menjadi ikatan antara raja dan rakyat. Raja yang memerintah menggunakan jalan yang betul merupakan tanggungjawabnya. Raja harus menghayati dan melakukan perbuatan-perbuatan baik dan rakyat yang mendampinginya akan berada pada jalan yang benar.

7.

Seseorang raja yang mematuhi syarat ini dianggap unggul dan sah dari segi kedaulatannya. Mengikut tradisi Myanmar, raja biberi sifat ketuhanan dan dikurniakan dengan pelbagai peralatan kebesaran yang mempunyai kesaktian.Golongan brahmin berperanan menasihati raja untuk mengukuhkan daulat raja-raja yang berkaitan dengan ketuhanan.

Golongan brahmin diberi kebenaran khas untuk tinggal di istana hingga tahun 1885. 8.

Abad ke-19, institusi raja di Asia Tenggara mempunyai dua corak iaitu negara kebenuaan seperti Myanmar, Siam,Laos, dan Kampuchea mempunyai pengaruh keindiaan yang ketara. Negara kepulauan seperti Indonesia, Brunei mempunyai pengaruh islam yang mendalam.

9.

Pengaruh keindian tersebar meluas di AT sejak abad pertama lagi. Pengaruh ini telah membentuk satu kepercayaan bahawa raja merupakan penjelmaan dewa dan konsep ini disebut Dewaraja. Melalui konsep ini kedudukan seorang raja sangat dihormati dan sangat tinggi serta kadang-kala ditakuti.

10.

Raja mempunyai kuasa yang tidak terbatas meliputi segala bentuk urusan samada keduniandan keagamaan. Ada dikalangan raja yang membina istana di tempat-tempat tinggi kerana mempercayai syurga hampir dengan istana.

11.

Kebudayaan india berakar umbi di beberapa tempat di AT disebabkan kekayaan dan kehormatan yang diberikan oleh masyarakat tempatan terhadap ahli-ahli perniagaan dan ahli keagamaan dari India. Pengarunya semakin kukuh dikalangan masyarakat berlaku pengaruh keindiaan diasimilasikan dengan adat dan kepercayaan masyarakat tempatan malah perkataan raja dikaitkan dengan bahasa saskrit.

12.

Abad ke-13, islam telah mengubah suasana masyarakat AT secaraca perlahan-perlahan. Elemen islam mengambil alaih dan mengubah pandangan sebahagian masyarakat di bahagian kepulauan benua AT. Bahagian kebenuan masih kekal dengan pengaruh keindiaan.

13.

Gelaran sultan telah digunakan. Tetapi pengaruh keindiaan tidak dapat dihapuskan. Amalan pemakaian warna kuning sebagai pakaian utama golongan raja dan pembacaan chiri dalam bahasa saskrit semasa pertabalan sultan diteruskan(Brunei sehingga kini).

14.

Kedudukan dan ketinggian raja disokong oleh unsur kebendaan. Gajah menjadi harta raja di Thailand, Myanmar dan Jawa. Gajah menjadi tunggangan dan binatang suci kerana kaitannya dengan raja. Gajah yang ditangkap akan menerim ganjaran yang lumayan serta jabatan khas telah ditubuhkan di Siam bertujuan untuk menangkap dan melatih gajah.

15.

Raja-raja Jawa menaiki gajah serta di kelilingi hulubalang istimewa digelar Bayangkara. Penjalananya dikatakan meyebarkan tuah raja kepada raykat dan kerajaannya.

16.

Siam dan Myanmar menganggap gajah putih disifatkan sebagai simbol kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang terdapat pada gajah.

17.

Pemerintahan di Myanmar dikaitkan dengan unsur buddha yang menerar konsep kosmologi dan keselarian antara tuhan(makrokosmos) dengan manusia(mikrokosmos).

18.

Kerajaan dianggap sebagai lambang kepada konsep kosmos dengan istana dianggap sebagai pusat kawalan cakerawala yang dianggotai oleh manusia dan dewa-dewa pelbagai pangkat. Kerajaan-kerajaan di Myanmar dan Siam dianggap sebagai wakil kepada kosmos. Raja-raja penjelmaan kepada dewa-dewa terutamanya Dewa Siva dan Vishnu.

19. i.

W.F.Wartheim menjelaskan bahawa terdapat tiga ciri umum yang dapat dilihat di seluruh rantau Asia Tenggara : Daerah yang menjalankan aktiviti penanaman padi [yang menjadi asas kehidupan mereka],sistem pemerintahan bercorak sistem beraja yang berpusat di istana. Pusat pemerintahannya dikelilingi kawasankawasan pertanian dan perkampungan petani. Unit politik yang bercorak sebuah negara kota yang di ketuai oleh seorang raja. Ia terletak di persisiran pantai atau di kuala-kuala sungai yang menjalankan aktiviti perdagangan. Unit politik yang menjalankan aktiviti seperti mengutip hasil hutan dan penanaman padi bukit yang biasanya terdapat di kawasan pendalaman yang diketuai oleh ketua-ketua suku.

ii.

iii.

PEMERINTAHAN BERAJA DI MYANMAR Rajaraja Konbaung 1. Merupakan pemerintahan terakhir di Myanmar sebelum dikuasai oleh British pada tahun 1886. Dinasti diasaskan oleh alaungpaya pada tahun 1753.

2.

Raja sebagai penaung dan pengembang ajaran buddha, penakluk negeri, tunggak kekuatan dan mengekalkan adat resam tempatan. Rajaraja perlu memiliki moral yang tinggi untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.

3.

Raja-raja konbaung dipercayai mempunyai daulat yang tinggi. Kawasan istana dan persekitaranya merupakan kawasan larangan. Istana dijadikan kawasan yang disucikan. Setiap rakyat yang ingin memasuki istana perlu menundukkan kepala dan menanggalkan kasut.

4.

Berdasarkan ajaran Buddha, raja terpaksa bertindak berdasarkan karmanya untuk mewujudkan kesinambungan dan perpaduan dikalangan rakyat. Mindon Minh melakukan beberapa perubahan seperti memperkenalkan sisitem pembayaran gaji kepada kakitangan awam, memperkenalkan kapal wap, membina kilang-kilang memproses hasil pertanian dan berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas Myammar.

5.

Abad-19, kuasa pemerintahan tempatan agak sukar dikekalkan. British yang ketika itu sah bertapak kukuh di India dan sentiasa menanti peluang serta ruang untuk turut serta melebarkan sayap ke atas Myanmar. Perang telah meletus di antara British dan Burma yang menjadi titik tolak kepada kejatuhan dinasti Konbaung.

6.

Raia Myanmar menganggap kekuatan mereka masih mampu bersaing dengan kekuatan barat sedangkan kekuatan mereka masih lemah. Rajaraja Myanmar seperti Bagyidaw dan Therawaddy tidak boleh dibawa berunding yang menyebabkan keputusan diambil untuk menghadapi serangan barat secara terbuka sehingga meletus perang Inggeris Burma kedua dan ketiga.

7.

Raja Myanmar terakhir ialah Raja Thibaw Min telah gagal menghadapi serangan British dan menyerahkan Myanmar kepada pihak British. Tindakan tersebut telah mengakhiri pemerintahan Dinasti Konbaung pada tahun 1886.

8.

Zaman pemerintahan raja-raja Myanmar lemah dan tidak berkebolehan seta tidak peka kepada perkembangan semasa kecuali zaman Mindon Min. dasar perluasan kuasa yang diamalkan oleh Raja Thibaw Min menyebabkan pihak British di India mula memandang Myanmar sebagai satu ancaman. Ia merupakan asas kejatuhan Dinasti Konbaung pada tahun 1886.

9.

Kemerosotan dalam bidang ketenteraan dan ekonomi berlaku pada zaman pemerintahan Bodowpaya kerana menjalankan dasar perang keatas Siam yang mempunyai kekuatan tentera yang seimbang. Perbendaharaan negara telah dihabiskan untuk membina pagoda yang terbesar di dunia tetapi menemui kegagalan selepas 12 tahun pembinaanya. Ia menunjukkan zaman Dinasti Konbaung amat lemah dan tidak mampu menahan gelombang perubahan yang dibawa oleh pihak barat pada abad ke-19.

Pemerintahan Dinasti Chakri Di Siam. 1. Sistem pemerintahan beraja siam telah berjaya mengekalkan kemerdekaan negaranya daripada pencerobohan kuasa-kuasa barat dan mampu meletakkan siam setaraf dengan kuasa-kuasa asing.

2.

Pemerintahan Dinasti Chakri diasaskan oleh Rama 1pada tahun 1782. David K.Wyatt seorang penulis, menyatakan tindakan Rama 1 terutamanya dalam mengubah suai tradisi siam seperti undang-undang yang berkaitan istiadat cerai dan sebagainya sangat di pengaruhi oleh keadaan semasa. Zaman pemerintahan ketika itu telah melalui zaman penting yang menjadi landasan kepada negara itu menyiapkan diri menghadapi segala bentuk perubahan dan cabaran pada masa akan datang. Ia dianggap revolusi senyap yang mementingkan pembanggunan dan peranan golongan intelektual.

3.

Raja-raja Chakri memegang konsep ajaran agama buddha theravada. Menurut ajaran ini, hak seseorang adalah berasaskan kuasa-kuasa akhlak dan kebolehan peribadi. Seorang calon yang ingin menaiki takhta kerajaan siam tidak semestinya berasal daripada dinasti yang pernah memerintah tetapi terpaksa memaparkan kusa akhlak dan kebolehan peribadi yang luar biasa. Seseorang raja juga berhak memerintah selagi kuasa tadi dimilikinya. Sekiranya terdapat pemimpin lain yang memiliki kuasa akhlak yang lebih tinggi, pemimpin itu berhak mengantikan raja sedia ada dan menaiki takhta secara sah.

4.

Abad ke-19 merupakan tempoh kuasa-kuasa barat sedang meluaskan pengaruh mereka di asia. Raja-raja chakri telah merangka satu dasar yang berbaik-baik dengan kuasa barat. Dasar bersahabat dengan inggeris di Pulau Pinang telah memberikan keuntungan besar kepada mereka.

5.

Tahun 1824 kerajaan siam dan british telah menandatangani satu perjanjian yang membolehkan siam memperoleh pengiktirafan daripada british sebagai kuasa yang setaraf dan secara langsung

menyelesaikan konflik antara mereka tentang negeri-negeri melayu. Siam dapat mengukuhkan kekuatan dan muncul sebagai empayar terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-19. 6.

Tempoh tersebut berjaya mengetepikan siam daripada pengaruh Burma dan Vietnam. Dua orang raja yang sangat penting dalam sistem pemerintahan beraja Thailand ialah Mongkut[Rama IV-1851-1868]dan anaknya Chulalongkron [1869-1910]. Mereka telah berjaya menghalang keluasan kuasa-kuasa barat sewaktu semua negara di sekeliling berada dibawah kekuasaan asing iaitu barat.

7.

Sepanjang pemerintahan selama 17 tahun ,Mongkut begitu tegas terhadap ancaman barat dan berusaha mengekalkan wilayahnya daripada kuasa-kuasa barat. Mongkut mengekalkan sistem pendidikan barat serta pengubahsuaian terhadap adat-adat tertentu turut dilaksanakan seperti upaca meminum air ketaatan. Era pemerintahan Mongkut menyaksikan raja turut serta meminum air ketaatan dan hal ini dapat mendekatkan golongan rakyat dengan pemerintah.

8.

Putera Mongkut, Chulalongkron telah didedahkan dengan pendidikan tradisional yang sangat diperlukan bagi mendalami budaya dan kehidupan masyarakat siam. Pendidikan dari barat juga telah dipelari daripada guru-guru inggeris seperti Anna Leonowens. Kedua-dua pendidikan ini telah banyak membantu kejayaan pemerintahan Chulalongkron.

9.

Selepas kemangkatan Mongkut secara tiba-tiba akibat serangan demam malaria, Chulalongkron yang berusia 15 tahun telah ditabalkan menjadi raja dan pembesar yang paling kanan[khunnong]iaitu Chao Phraya Sri Suriawongse turut melakukan beberapa perubahan dan pengubahsuaian dalam adat tempatan antaranya termasuklah penghapusan dalam adat menunduk kepala semasa berhadapan dengan raja.

10.

Selepas kematian Chulalongkron pada tahun 1910,tampuk kepimpinan telah diambil alih oleh Raja Vajiravuth dan Raja Prajadhipok. Pad tahun 1932 Parti Rakyat Khana Rat berjaya merampas kuasa seterusnya memaksa Raja Prajadhipok memerima sitem raja berpelembagaan. Sejak itu Thailand mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh golongan tentera.

11.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan sistem pemerintahan Diraja Thailand ialanh sikar raja Vajiravuth yang lemah dalam membuat keputusan dan tindakannya yang sering menukar

pegawai-pegawai kerajaan yang berkebolehan yang setia kepada kerajaan dengan pegawai-pegawai yang berpangkat rendah dan kurang pengalaman. Selain itu dasar ekonomi dan kurangnya kawalan terhadar pembelanjaan untuk memodenkan angkatan tentera berbanding dengan bidang kesenian dan kesusasteraan serta drama yang menjadi kegemaran baginda. Raja Vajiravuth juga sering meninggalkan tugasnya dalam bidang pemerintahan kepada pegawai-pegawainya. 12.

Raja Prajadhipok menaiki takhta pada tahun 1925. Baginda telah melantik anak-anak raja sebagai pembesar raja. Majlis Tertinggi Negara dan Majlis Privi telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengembalikan kekuasaan diraja. Usaha baginda gagal dan selepas itu berlakulah revolusi pada tahun 1932 yang menyebabkan berakhirnya sistem pemerintahan beraja di Thailand dan bermulalah era pemerintahan raja berpelembagaan di Thailand yang kekel sehingga hari ini.

Raja-raja Jawa 1. Kedatangan belanda menyebabkan kejatuhan kerajaan Maratam yang sebelum ini merangkumi empat wilayah. Pada abad ke-19 hanya wilayah yang pertama sahaja yang kekal iaitu merangkumi Plered, Kartasura dan Surakarta yogyarkata Bulatan yang lain jatuh ketangan belanda pada abad ke-19 .pereiod ini menyaksikan kedudukan raja-raja jawa bukan sahaja merosot malah ada yang turut lenyap.

2.

Pada abad ke-19 ,terdapat dua corak sistem pemerintahan di jawa.pertama kerajaan yang di perintah oleh belanda (betawi)kedua terdiri daripada kerajaan tempatan iaitu kerajaan kecil yang berpecah daripada kerajaan kerajaan besarabad ke 16 dan17 .Kerajaan kecil ini di perintah oleh sultan dan susuhan ,diantara kerajaan berikut ialah surukarta,yogyakarta dan batam .

3.

Kerajan belanda telah jalankan hubungan raja raja dengan melalui perjanjian atau ancamanKedatangan british pada tahun 1811 turut mengambil pendekatan yang sama .raffles telah bertindak terhadap Sultan Mohammad dari Batam dengan membayar pencen sebanyak 10 ribu wang sepanyol setahun dan memasukkan Batam dalam pentadbiran British.

4. 5.

6.

Sultan-sultan di Paluk boleh memakai gelaran sultan tetapi mereka dianggap sebagai pegawai negeri yang tidak mempunyai kuasa politik dan kerajaan Cheribon telah dipecahkan kepada dua iaitu Surakarta dan Yongyakarta. Pada tahun 1826 pergolakan berlaku di Jawa dan kebangkitan ini kesan daripada seorang putera jawa yang bernama Diponegoro. Tindak-tanduk dan campur tangan belanda jelas tidak mengikut adat tempatan seperti dalam kes perlantikan Raden Mas Menol yang masih bayi menjadi Sultan Hamengkubuwono v. Tindakan pihak belanda membina jalan yang merentasi makam perkuburan Diraja menyebabkan kemarahan Deponegoro semakin memuncak . Diponegoro telah mencapai banyak kemenangan di peringkat awal melalui perang gerila. Dengan bantuan ketenteraan dari Madura dan Sulawesi Diponegoro akhirnya ditangkap pada tahun 1830. Beliau kemudiannya di buang negeri ke Menado sebelum di pindahkan ke ujung padang.

Pemerintahan China Chia-Ching [1796-1820] Tao Kung Hsu[1821-1850] Tung Chih [1862-1874] Kuang Hsu[1875-1908] Hsuan Tung [1909-1911] 1860-an hingga 1908 Maharani Dowager. 1. Maharani Dowager merupakan perempuan simpanan kepada maharaja menyebabkan putera baginda yang masih muda iaitu Tung Chih dan Hsia-Chin menjadi penasihat yang berkuasa yang kemudiannya digelar maharani Dowager.

2.

Setelah Tung Chih meninggal dunia secara misteri, maharani Dowegar melantik Kuang Shu sebagai maharaja ketika berusia 3 tahun. Walaupun bersara dalam bidang politik pada tahun 1889, maharani Dowager sering mempengaruhi dasar-dasar pemerintahan maharaja.

3.

Maharaja Kuang Hsu terutama sewaktu raja tersebut menerima nasihat daripada Kang Yu-Wei yang cuba melakukan pembaharuan terhadap pemerintahan beraja[pembaharuan 100 hari]. Pembaharuan ini merupakan usaha yang dilakukan untuk mempengaruhi maharaja supaya menjalankan pembaharuan pemerintahan dengan mengambil model pentadbiran barat serta pemodenan dalam sistem peperiksaan dan mewujudkan dewan peperiksaan rakyat.

4.

Maharani Dowager kurang bersetuju dengan usaha pembaharuan kerana langkah tersebut akan menghilangkan kuasa maharani. Pemerintah tertinggi tentera telah membantu merampas kuasa daripada maharaja Kuang-Shu dan dia telah ditangkap serta dikurung dalam istana.

5.

Pembaharuan yang dijalankan telah membawa perkembangan yang berikutnyaseperti gelaran boxer sebelum berlakunya revolusi 1911.

6.

Abad 1890-an memuncakkan lagi pembaharuan perlembagaan di negara China. Sebuah suruhanjaya telah dibentuk bagi membuat kajian terhadap sistem pemerintahan perlembagaan di negara-negara barat dan jepun.laporan itu dirujuk kepada maharani dan menyatakan perkara tersebut perlu dikaji secara mendalam dam baginda melengkapkan diri dengan pemerintah kuasa mutlak mestilah terletak di tangan maharaja.

7.

Hal-hal yang menyentuh tentang rakyat boleh di serahkan kepada wakil-wakil yang dipilih melalui undian ramai.

8.

Pada awal abad ke-20 pihak maharaja mula memikirkan secara serius pembaharuan dalam sistem pemerintahan China.

9.

Pada tahun 1908 maharaja Kuang Shu kemudiannya Maharani Dowager meninggal dunia. Sebelum kematiannya Maharani dowager telah melantik Pu Yi sebagai maharaja bergelar Hsuan Tung.

10. 11.

Revolusi di China pula berlaku pada tahun 1911 yang telah menamatkan pemerintahan dinasti manchu sejak abad ke-17. Pada tahun 1912 beberapa syarat telah dipersetujui berkaitan dengan dinasti manchu seperti penyelesaian wang, jaminan keselamatan kepada kerabat dan kakitangan intana serta peruntukkan yang mencukupi bagi memelihara makam-makam diraja.

12.

Negara china yang dikuasai oleh golongan republik walaupun tidak bertahan lama sebelum digantukan dengan negara bercorak komunis.

10

You might also like