Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TERRARIUM: SENI HIAS TUMBUHAN DALAM KACA

PAPARAN akuarium yang juga balang, bekas kaca pelbagai bentuk atau bekas
lutsinar yang mempamerkan ikan, sudah biasa kita lihat. Bagaimana pula dengan
bekas yang mengandungi tanaman? a dikenali sebagai terarium (terrarium) atau
vivarium. Terarium ialah media atau wadah daripada kaca atau plastik atau mana-
mana bekas lutsinar berisi tanaman.

a juga boleh ditafsirkan sebagai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau
bekas lutsinar dalam bentuk kecil atau mini. Penataan seni hias dalam terarium ini
sama seperti seni menghias landskap tetapi ia dihasilkan dalam bentuk mini.

Terarium akan menampilkan taman mini dalam media kaca. Terarium dapat
menggambarkan kedudukan di alam yang sebenar dalam media kaca berkenaan.
Misalnya terarium dapat menggambarkan ekosistem gurun, ekosistem padang pasir,
ekosistem hutan hujan tropika atau laman Jepun, Cina dan nggeris.

Terarium diperkenalkan dalam seni hiasan nggeris yang banyak dilakukan


kelompok keluarga bangsawan. Seni taman mini ini turut berkembang ke seluruh
dunia dan amat digemari mereka yang suka seni hiasan laman. Sejak kebelakangan
ini, seni ini kembali digemari penggemar hiasan seni laman.

Seperti landskap kediaman, terarium juga perlu dirawat, diselenggara, dipangkas


dan disiram selalu bagi membolehkannya terus hidup dan berkembang. Sirami
tanaman atau media tanah dengan air apabila tanaman mulai kering.

Seeloknya, secara rutin lakukan penyiraman setiap seminggu sekali atau kurang jika
diperlukan mengikut spesies tanaman. Potong daun yang mulai rosak atau kering
supaya tanaman dalam terarium tetap indah.

Lokasi tanaman juga perlu diberikan perhatian. Seeloknya jangan letakkan di


kawasan yang terdedah dengan sinar matahari secara langsung kerana ia akan
menyebabkan tanah cepat kering.

Jika haiwan kecil diletakkan di dalam terarium, bersihkan bahagian dalam bekas itu
daripada sisa kumbahan dan makanan haiwan atau serangga berkenaan. Paling
menarik letakkan terarium di atas meja laman kerana ia sesuai menggantikan
jambangan bunga.

Keunikan terarium jelas membuktikan ketekunan mereka yang menghasilkannya


dan satu cabang seni hiasan laman yang perlu dipelajari bagi mereka yang sukakan
seni hiasan laman.

NFO: Terarium
O Terarium terbuka - Terarium jenis ini terbuka dan terdedah di bahagian
atasnya atau atau tidak tertutup. Taman mini jenis ini paling digemari ramai
O Terarium tertutup - Bekas kaca atau lutsinar untuk terarium ini biasanya
tertutup rapat di semua bahagian. Tujuannya untuk membuat biosfera yang
unik di dalam terarium itu. Terarium ini yang paling sukar dibuat dan dirawat.
O Terarium haiwan kecil - Terarium ini dikenali sebagai vivarium kerana ia
menjadi kaca atau balang penyimpanan dan pameran untuk haiwan kecil dan
serangga. Haiwan yang biasa diletakkan dalam vivarium ialah katak, kura-
kura kecil, labah-labah dan rama-rama dan ulat. Vivarium juga dihiasi
tanaman dan biasanya dihasilkan meniru habitat sebenar haiwan atau
serangga yang disimpan.
O Jenis tanaman - Tanaman seperti sansiviera, kaktus, sukulen, lumut, paku
pakis dan bromelia.

You might also like