Buletin Metering Nov 2011

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

JABATAN PERKHIDMATAN PERJANGKAAN

BIL 11/2011 November 2011 BAHAGIAN PEMBAHAGIAN EDARAN DALAMAN SAHAJA

(200866 - W)

TOPIK 1: Lawatan rasmi SESCO Berhad ke Perkhidmatan Perjangkaan, Petaling Jaya


Pada 20 Oktober 2011, syarikat SESCO Berhad (Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak) telah mengadakan satu lawatan rasmi ke pejabat Perkhidmatan Perjangkaan, Petaling Jaya. Lawatan pihak SESCO Berhad yang diwakili Pn. Aisah Hj. Eden, (Senior Vice President SESCO), En. Lau Kim Swee, (Pengurus Hasil Kawasan Barat SESCO), En Wan Aiwi, Pn. Selamat Wong, En. Liew Tze Sia dan En. Loi Yii Tien (Unit Perjangkaan) adalah bertujuan untuk memahami prosidur dan amalan kerja TNB khususnya dalam pengurusan Sistem Perjangkaan di Tenaga Nasional Berhad. Lawatan dimulai dengan satu sesi taklimat merangkumi polisi dan amalan operasi Jabatan Perkhidmatan Perjangkaan, tentukuran dan pengujian jangka, inisiatif bagi mengurangkan kerugian bukan teknikal (NTL), Sistem Perjangkaan Jarak Jauh (RMR), dan latihan serta kompetansi kakitangan perjangkaan. Seterusnya pihak SESCO Berhad melakukan lawatan ke makmal piawai, makmal pengujian tiga fasa, makmal pengujian alatubah arus dan pusat Data Center Perjangkaan Jarak Jauh (RMR) bagi meninjau dengan lebih dekat operasi keseluruhan JPP.

GEMSGroup for Efficient Metering System_ http://tnbd.hq.tnb.com.my/tnbd/perjangkaan/jangka.htm

JABATAN PERKHIDMATAN PERJANGKAAN


BIL 11/2011 November 2011 BAHAGIAN PEMBAHAGIAN EDARAN DALAMAN SAHAJA

(200866 - W)

TOPIK 2:Lawatan tapak Suruhanjaya Tenaga bagi pengujian jangka di tapak bersama Jabatan Perkhidmatan Perjangkaan
Pihak Suruhanjaya Tenaga telah mengadakan satu lawatan pengujian jangka di tapak pada 18 Oktober 2011 di beberapa premis pengguna di kawasan Kuala Lumpu dan Selangor bersama Jabatan Perkhidmatan Perjangkaan. Lawatan tapak bertujuan bagi pihak ST mendalami proses kerja pihak Perkhidmatan Perjangkaan dalam menjalankan kerja-kerja pengujian, tentukuran, pemasangan, penyelengaraan dan pemantauan jangka-jangka di tapak bagi kedua-dua jenis pepasangan jangka iaitu pengguna biasa serta pengguna voltan tinggi. Kerja-kerja yang dilaksanakan telah disaksikan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga adalah berdasarkan dengan pematuhan standards MS/ ISO IEC 17025:2005. Secara amnya, pihak ST amat berpuas hati dengan amalan kerja Perkhidmatan Perjangkaan dalam proses pengujian jangka di tapak di mana hampir 21,000 unit jangka pengguna biasa (OPC) telah dipilih dan diuji secara sampel bagi tahun kewangan terdahulu 2010/2011 di seluruh negara.

GEMSGroup for Efficient Metering System_ http://tnbd.hq.tnb.com.my/tnbd/perjangkaan/jangka.htm

JABATAN PERKHIDMATAN PERJANGKAAN


BIL 11/2011 November 2011 BAHAGIAN PEMBAHAGIAN EDARAN DALAMAN SAHAJA

(200866 - W)

TOPIK 3:Pengenalan spesifikasi baru Jangka 1 Fasa dengan Paparan LCD Besar
Pihak Perkhidmatan Perjangkaan telah mula memperkenalkan spesifikasi baru jangka elektronik 1 fasa LCD besar, mulai tahun kewangan 2011/2012 bagi semua jangka satu fasa yang dibekalkan kepada pihak kawasan. Berdasarkan sesi Metering Day 2010/2011 yang telah diadakan di semua negeri, pihak JPP telah menerima banyak cadangan daripada pembaca jangka berhubung paparan LCD jangka sediada yang kurang jelas pada keadaan tertentu. Justeru itu, spesifikasi baru bagi peningkatan saiz paparan LCD untuk semua jangka elektronik 1 fasa diperkenalkan bagi mengatasi perkara ini. Perubahan spesifkasi ini akan berkuat kuasa dengan kontrak pembekalan jangka 1 fasa bagi tahun 2011. Antara jenis jangka yang akan menggunakan spesifikasi baru ini adalah MiM G3, Misa Mies-tro 1, Krizik EiS , SMT Phoenix-2 dan Itron ACE 2000 bagi pembekalan jangka 2011/2012.
No 1 2 3 4 5 Saiz digit Jarak antara digit di paparan LCD Jarak antara paparan LCD dan LCD Window Paparan belakang LCD (backlit) Jenis LCD Spesifikasi 8 x 5 mm 1.5 mm Tidak spesifik Tidak spesifik Tidak spesifik Lama Baru 16.5 x 7.5 mm 3.5 mm 2 mm Putih Transflective Positive Type

A
A) Spesifikasi lama jangka 1 Fasa MISA Mies-tro 1

B
B) Spesifikasi baru jangka 1 Fasa MISA Mies-tro 1 dengan paparan LCD besar

C
C) Spesifikasi lama Jangka 1 Fasa MiM G3

D
D) Spesifikasi baru Jangka 1 Fasa MiM G3 dengan paparan LCD besar

GEMSGroup for Efficient Metering System_ http://tnbd.hq.tnb.com.my/tnbd/perjangkaan/jangka.htm

JABATAN PERKHIDMATAN PERJANGKAAN


BIL 11/2011 November 2011 BAHAGIAN PEMBAHAGIAN EDARAN DALAMAN SAHAJA

(200866 - W)

TOPIK 4: Pencapaian Pengebilan Remote Meter Reading Mengikut Negeri bagi bulan Oktober 2011
Untuk pengebilan bulan Oktober 2011, sebanyak 38,014 akaun (LV LPC) telah berjaya dibilkan secara RMR daripada keseluruhan 38, 172 FC yang diterima. Manakala bagi pengguna kuasa besar voltan tinggi dan sederhana (HTMV) sebanyak 100% akaun dibil secara RMR daripada keseluruhan 3360 akaun. Carta 1 dan 2 di bawah menunjukkan peratus kejayaan pengebilan secara RMR mengikut negeri bagi tempoh bulan Oktober 2011. Syabas diucapkan kepada unit Perjangkaan Besar dan Perjangkaan Jarak Jauh kerana usaha gigih anggota kerja JPP yang berjaya menghasilkan pencapaian sempurna 100% bagi HV/MV LPC dan kejayaan pencapaian yang terbaik bagi LV LPC, terutamanya kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Carta 1: % Pengebilan RMR Pengguna Kuasa Besar Voltan Rendah (LV LPC) mengikut negeri bagi bulan Oktober 2011

Purata Pengebilan RMR LV

99.59%

Carta 2: % Pengebilan RMR Pengguna Kuasa Besar Voltan Tinggi dan Sederhana (HV/MV LPC) bagi bulan Oktober 2011

Purata Pengebilan RMR HV/MV

100%

GEMSGroup for Efficient Metering System_ http://tnbd.hq.tnb.com.my/tnbd/perjangkaan/jangka.htm

JABATAN PERKHIDMATAN PERJANGKAAN


BIL 11/2011 November 2011 BAHAGIAN PEMBAHAGIAN EDARAN DALAMAN SAHAJA

(200866 - W)

TOPIK 5: Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC 2011)
TNB sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya di dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC 2011) yang berlangsung pada 19 - 20 Oktober baru-baru ini di Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor. Kumpulan WIT-ICC Horseshoescrab daripada TNB Janamanjung telah diisytiharkan sebagai juara National ICC Excellence Award 2011- Service Sector Category menewaskan 66 pasukan lain dari seluruh Negara yang telah bertanding dalam kategori ini. Tiga kumpulan WIT-ICC yang mewakili TNB juga disenaraikan dalam 10 pasukan terbaik iaitu:I. Pasukan ICC Meet 7 RMR dari Jabatan Perkhidmatan Perjangkaan, Bahagian Pembahagian II. Pasukan ICC 5 Trans Star dari Senggaraan Aset Kedah/Perlis, Bahagian Penghantaran III. Pasukan Horseshoecrab dari TNB Janamanjung Pada majlis QE (5S) Convention pula, TNB Kulaijaya telah dinobatkan sebagai Pemenang Overall QE (5S) Excellence Award 2011 di samping memenangi Anugerah QE (5S) Excellence Award Private Sector (MNC/Large) Category. Manakala sembilan lagi kumpulan yang turut bertanding dalam konvensyen ini telah diberikan Anugerah EMAS. Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.B. Dato Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Majlis Makan Malam Penutupan APIC 2011. APIC 2011 yang diadakan kali ini, menggabungkan tiga aktiviti utama iaitu Productivity Conference, National ICC Convention dan National Quality Environment (5S) Convention.

Pengurus Besar JPP bersama pemenang-pemenang pasukan Meet 7 RMR di Sunway Hotel Resort & Spa, Selangor

Sijil penghargaan Emas 3 Bintang dan 10 Pasukan Terbaik Sektor yang dimenangi oleh pasukan dari Perkhidmatan Perjangkaan

GEMSGroup for Efficient Metering System_


Diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Perjangkaan Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad, No. 3 Bangunan Annexe, Jalan 51A/223, 46770 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-79552121, Fax: 03-79556269

You might also like