Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

March 22, 2011

September 12, 2010 Majlis Idulfitri 1431 meraikan anak Kelantan di Perantauan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan di Perantauan( PERAKAN) di KTC, Kota Bharu.

Mesyuarat Tahunan Perwakilan Perakan Malaysia telah berlangsung pada 1 Ogos 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Ahli Exco Perakan Malaysia tahun 2010-2013.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

AGM tahun 2010 Perakan Malaysia seluruh negara Seluruh ahli PERAKAN Malaysia di seluruh negara serta muslimin-muslimat, mendoakan agar Presiden PERAKAN Malaysia Cikgu Mohamad Radzi agar cepat sembuh setelah hampir 2 minggu dirawat di HKL sebab-sebab kesihatan. Akhbar: May 23, 2011 KUALA LUMPUR, 23 Mei: Presiden Perakan Malaysia, Mohamad Radzi Yusof dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang. Mohd Radzi, 51, (gambar) sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada hari Selasa (17 Mei) lepas untuk mendapat rawatan masalah paru-paru yang dihadapinya dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Mei lalu kerana keadaan bertambah buruk. Keadaan beliau masih lagi koma dan doktor terpaksa membuat pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-paru untuk mengenal pasti jangkitan lain. Walaubagaimanapun keadaaan beliau semakin stabil berbanding semasa mula-mula dimasukkan ke ICU.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Sehubungan itu, Timbalan Presiden serta Jawatankuasa Perakan Malaysia meminta ahli Perakan Malaysia dan orang ramai bersolat hajat dan mendoakan agar beliau segera pulih. Sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan yang dikesan sejak Januari lepas. Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia Harakahdaily KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Mohd Radzi Yusuf meninggal dunia diHospital Selayang awal pagi ini. Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor difahamkan mengalami masalah paru-paru dan sudah terlantar sakit sejak beberapa minggu lalu. Jenazah beliau kini dibawa ke kediamannya di Taman Selaseh, Gombak dan akan disolatkan selepas Zohor di Masjid Ar-Rahimah Greenwood. Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama pada Mei lalu. Allahyarham juga pernah mengalami pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paruparunya sebelum ini Belasungkawa-Cikgu Mohd Radzi Yusuf (sumber Perakan) 10hb Julai 2011: Berita kembalinya ke rahmatullah PEMIMPIN yg lebih mesra dipanggil Cikgu Radzi. Seluruh pencinta perjuangan Islam turut bersedih di atas kembalinya ke Maha Pencipta seorang yang tidak pernah kenal penat letih menerajui PERAKAN MALAYSIA. Ramai yg sempat mengerumuni Masjid Ar Rahimah, Gombak untuk mendirikan solat jenazah dan ucap selamat tinggal buat kali terakhir. Semoga Cikgu beristirehat di kalangan yang di kasihiNya. Semoga semangat juang dan keyakinan terhadap kemenangan Islam dapat di wariskan kepada keluarga dan teman2 yang di tinggalkan. Al Fatihah.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Bergambar dengan isteri dan anak perempuan dari kanan (Radziatul Adilah(Adilah), Mohamad Radzi, Radziety Alfiah (Ety), Sarimah, Radziema Aqila Laweeya (Lala).

Radziety Alfiah (Ety)

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Radzi dan Radziety Alfiah (Ety)

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Kunjungan Ahli Purnama Dari kanan Wan Jah Haron(Peg.Khas Datin) Datin Kak Yah, Sarimah, Datin Tuan Sabariah, Datin Rohana dan Datik Kak Jah. .

HILANG SEORANG AKTIVIS ISLAM YANG GIGIH. (1960-2011)


Tanggal 8 Syaaban 1432/10 Julai 2011 jam 8.10 pagi telah kembali menemui Allah rabul jalil Di Hospital Selayang disebabkan vairus Advanced Non-Hodgkins Lymphoma. Di usia 51 tahun. Pendidikan 1967-1972 1973-1977 1980-1981 Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin Pasir Pekan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.(MPTI) Institut Aminuddin Baki Getting Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Kerjaya. 1978.1979 Guru Sandaran di SMArab Diniah Gunong, Batu Melintang, Jeli Sekolah Menengah Kebangsaan Perdang Sg. Pelik, Batu Laut Selangor Sekolah Menengah La Salle, Sentul, Kuala Lumpur.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Lembaga Peperiksaan Jalan Duta Lembaga Peperiksaan Putra Jaya. Politik. Waktu menunggu Keputusan SPM Pilihan Raya Negeri Kelantan Mac 1978 terlibat dengan kerja saraf iaitu melukis karikatul dua calon yang bertanding bagi Dun Wakaf Bharu iaitu: Ustaz Ismail Awang (PAS) dengan Umar Awang Kecik (BN). 1978-1979 Zaman PAS tidak ada kerajaan di Kelantan banyak program dalaman parti dilaksanakan kepada pemuda PAS seperti tamrim, kursus singkat dan qiamullail berhubung dengan kefahaman Islam melalui wadah PAS. Beliau mendapat latihan langsung melalui didikan Ustaz Yusoff bin Mat Shah yang berasal dari Padang Luas Jertih, Terengganu dan beliau sebagai mudir Sekolah Menengah Arab, Diniah Gunung yang ditukar 24 jam apabila kerajaan PAS jatuh di Kelantan waktu itu kependalaman disebabkan kerja beliau yang aktivif dalam politik. Dengan pendedahan tersebutlah menyebabkan beliau mantap dan itiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS walaupun dimana dengan semua keadaan sehinggalah kesaat-saat akhir hayatnya. 1982 Mengajar di Sepang. Waktu mengajar SMK di Sungai Pelek, Sepang, Selangor tempat beliau bertugas pertamanya. Belaiu meneruskan kerjakerja jemaah.dengan hanya bermula tiga orang sahaja iaitu kawan serumah dan usaha yang beliau lakukan secara aktif menyebabkan PAS Kawasan Sepang mulai mendapat sambutan pada masa itu PAS Sepang diketuai (YDP) oleh Cikgu Long (sudah meninggal) manakala beliau seorang ahlijawatankuasanya. Kemudian pimpinan diambil alih oleh Dr. Daeng Sanusi Mariok dan seterusnya oleh tuan Haji Sukiran Sarman. Selepas itu beliau bertukar ke Sekolah di Wilayah Persekutuan setelah berumah tangga. Walaupun beberapa tahun tetapi memberi makna yang besar dalam perjuangannya. Penyebab utama menyebabkan beliau bersama sebagai aktivis dan mendepani massa. Sejarah awal bersama PAS semasa berada di Sg.Pelek yang ahli PAS boleh dibilang dengan jari iaitu beberapa orang usaha dilakukan

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


bersama kawan serumah sehingga berjaya mencapai lebih seratus sepanjang ianya bertugas di situ. Mengajar di La Salle, Sentul, Kuala Lumpur. Terlibat dengan PAS Wilayah pada mulanya kerana tinggal di Padang Balang, Batu pada permulaaan kemudian pindah ke Taman Selasih terlibat secara aktif di PAS Kawasan Gombak diawal penubuhan PAS Kawasan Tersebut. Politik sepenuh masa. Politiknya terserlah semasa menjawat Setiausaha PAS Kawasan Gombak . Beliau berusaha supaya Gombak menjadi model kepada kerja Dakwah dan Politik di Selangor untuk Islam Bermula dari situ digerakan jentera PAS Gombak dengan pengukuhan mengikut jumlah cawangan, keahlian dan kemaskan lagi usaha pendaftaran pemilih belaiu memilih model Kelantan sebagai asas gerak kerjanya dengan di Bantu oleh penasihat beliau Ustaz Hassan Sukri. Kegigihan beliaulah PAS Gombak mendapat anak sulung ke Dun Selangor tahun 1999 melalui Gombak Setia. Dan mengulangi sekali lagi tahun 2008 kejayaan 100 % dengan ketiga Dun dan satu Parlimen di menangi oleh Pakatan Rakyat. Hasil kegigihannya Dun Gombak Setia menduduki rangki teratas kekuatan PAS di dun Selangor pada tahun 2008 sebab itulah kenapa kepimpinan meletakkan Pesuruhjaya PAS bertanding di situ untuk menjaminkan kemenangan.Begitulah semangat yang ditunjukkan oleh seorang yang gigih berjuang untuk kemenangan Islam. Kerja Sosial. Waktu di sekolah menengah ia terlibat dengan kerja social dan penerbitan dan beliau memimpin penerbitan Majalah Sekolah tahun 1976 dan 1977. Manakala social mengajar kelas tambahan Matematik dan Sains bagi UPSR dan PMR 1976-78. (Ambil dari majalah Kilatan 1976 dan 1977) Semasa di MPTI juga menjadi tenaga utama dalam penerbitan Majalah Tahun Maktab tahun 1980 dan 1981 (Rujuk kepada MPTI) Kerajaan Negeri Kelantan menaja Penubuhan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) beliau adalah salah seorang

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


daripada tenaga pengasas penajaan yang di Ketuai pada waktu itu tuan Haji Arifin bin Mahmood.(Atira) Peranan beliau semasa menjadi Pemangku Presiden Perakan proses Pendaftaran telah mendapat kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan juga meluluskan sama dengan penubuhan cabang dan cawangan mengikut Negeri dan Kawasan. Dan Ucapan sulung beliau adalah semasa sambutan 20 tahun Pentadbiran PAS di Kelantan di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu pada 2 Syawal 1431. Selaku Presiden Perakan Malaysia. Satu Kelebihan beliau gigih dan cermat didalam menangani setiap isu yang berbangkit dan bersungguh dalam setiap yang diamanah. Walaupun dia dalam keadaan kesihatan sejak akhir tetapi kerja tetap dilaksanakan. Pengarah Pilihan Raya (JPN) Selangor. Melihat rekad kerja beliaulah menyebabkan kepimpinan PAS Selangor melantik beliau mengetuai Jentera Pilihan Raya PAS Selangor dan satu keistimewaan beliau untuk Selangor beliau diterima oleh semua pihak sebab itulah kerja Pilihan Raya tidak terbantut. Waktu menjadi Pengarah Pilihan raya cabaran yang beliau hadapi hebat termasuklah mengahadapi penyakit yang mula menyerangnya. Mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur selama 33 hari dengan tidak mengesan apa penyakit yang dihidapinya. Apabila berusaha melalui perubatan alternative beliau beransur sihat dan menunaikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya Ke PRU Sarawak pada April 2011 dan amanah terakhir beliau pada 15 Mei 2011 waktu majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Senagor. 17 Mei masuk ke Hospital Selayang dan Hospital Ampang, Rawatan terapi di rumah maka pada 10 Julai 2011.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Hasil Kreatif. Beliau seorang pelukis yang kreatif dan banyak hasil lukisannya terutama logo mendapat hadiah dan anugerah dan hasil kreatif lukisan dizaman awal perkahwinan mereka menjual hasil-hasil tersebut di Pasar Seni Kuala Lumpur. Hasil karyanya dibeli oleh Maybank. Beliau bercadang untuk membuat Pamiran Lukisan secara solo daripada hasil kerja seninya yang masih berbaki.Beliau membuat cadangan tersebut kerana beliau bercadang membuat MA dalam bidang kreatif (Lukisan) disebabkan hasil kerjanya banyak dan Pamiran adalah salah satu tujuan kearah itu. Jika diteliti semua lukisan yang beliau hasilkan semuanya menjurus kepada memberi sokongan kepada Perjuangan Parti Islam Se Malaysia (PAS) sebab itulah semua karyanya semuanya ada konsepnya iaitu bulan purnama atau lingkaran bulat.(Lingkaran bulat adalah asas kepada terjemahan bulan sekarang). Itulah namanya dakwah melalui seni kreatif sepanjang beliau berkarya. Itulah nilai yang beliau abadikan sebagai sumbangan untuk bekalan akhirat. Tidak hairanlah kenapa beliau sepanjang hidupnya tumpuan diberi kepada bagaimana untuk Jemaah Islam hidup, bergerak dan berjaya. Hasil Kerjanya. . Hasil kerja beliau yang boleh dilihat melalui PAS Gombak (sebagai wajah abah) satu model PAS Kawasan yang berjaya membina fizikal, ukwah, kemasyarakatan, kekuatan jemaah , perpaduan dalam organisasinya dan mantap. Fizikalnya. Kawasan PAS pertama di Selangor membeli bangunan sendiri sebagai markas melalui infak ahli walaupun pada masa itu kepimpinan PAS tidak berjaya mencapai kejayaan politik seperti sekarang. Pemikiran beliau kehadapan daripada kepimpinan PAS Negeri tetapi mereka tidak dapat memahami kefahaman parti menguasai kerajaan. Itulah salah satu beban yang terpaksa beliau tanggung dan fikir ia memberi kesan kepada penderitaan yang dilaluinya dan beliau tidak mengadu kepada sesiapa kecuali kepada Allah dan abang yang rapat dengannya. Fikiran beliau mendahului masa. Contohnya pembinaan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia beliau syorkan supaya bajet

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


tersebut digunakan bagi membeli balik bangunan Pejabat PAS Kawasan Gombak kerana pejabat tersebut terletak di Dun Gombak Setia dengan peruntukan wang tersebut boleh diberi menafaat langsung kepada PAS Kawasan jangka panjang tidak menanggung hutang bank. Dan jika Selangor tewas (minta dijauh Allah) Pejabat tersebut tiada hutang lagi dan menjadi hak milik PAS Gombak. Sedangkan Pejabat Khidmat Dun sekarang dibina atas tanah kerajaan dan jika sudah tiada kerajaan ia menjadi milik kerajaan waktu itu. Ukwah Beliau pengerak kepada PAS Kawasan Gombak semua gerakan berpanduklan kepada buku yang ditulis oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan beliau menterjemahkan semua tatacara pengurusan organisasi PAS disitu sebab jawatan yang disandang sepanjang beliau aktif di Kawasan Gombak lama sebagai Setiausaha Kawasan. Setelah ada calon yang layak dan boleh diharap menduduki jawatan tersebut beliau memberi laluan di mana beliau naik kepada Naib Ketua Kawasan dan naik lagi ke Timbalan Yang Dipertua Kawasan. Langkah itu dibuat supaya ada pelapis dalam mengurus jemaah itu adalah penting. Dan takdir Allah beliau diberi tugas baru di Lembaga Peperiksaan dengan jam kerja itu waktu pejabat menyebabkan masa dengan jemaah dikurangkan tetapi itu tidak menjadi halangan sebab beliau telah bina pelapisnya. Disokong dengan perkembangan teknologi baru pengarahan boleh dilaksanakan melalui jarak jauh hasil daripada keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh parti. Proses kenaikan walaupun melalui syura tetapi semangat ukwah yang dibina oleh PAS Gombak menyebabkan pertukaran kepimpinan melalui penbicangan keluarga ditidak berlakunya perlawan dalam Mesyuarat Agung itu satu pengajaran yang boleh di Pelajari dalam kita berjemaah. Itulah yang dibina oleh beliau melalui Pasukan PAS Gombak. Infak. Amat mengkagumkan sekali satu Kawasan berjaya melalui infak ahli PAS Kawasan yang dibina beristiqamah dan mampu mebiayai pembelian bagunan Pejabat PAS Kawasan di Pusat Bandar Sri Gombak melalui infak bulan ahli dan Petugas Parti itu satu pengorbanan yang besar maknanya. Lebih mencabar

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


ianya mampu berdikari walau tidak mendapat sumbangan dari pihak lain. Kerja dan usaha bagi mendapatkan dana dari infak secara berterusana bukan satu kerja mudah dalam jemaah kecuali jemaah itu telah terlebih dahulu dibina keahlian mereka dan ke sanggupan berkorban secara istiqamah. Kemasyarakat. PAS Gombak mendahului PAS Kawasan terutamanya bilangan cawangan bagi setiap Dun. Hasil daripada jumlah cawangan yang banyak itulah jumlah aktiviti kemasyarakatan dapat dilakukan dengan kerap, lancar dan baik. Setiap aktiviti cawangan ia libatkan sama semua kekuatan jentera PAS yang ada bagi menarik masyarakat taman yang banyak dapat menyertai program yang dianjurkan terutama sekali Pasti, Unit Amal, Helwa dan sekarang disokong oleh program kerajaan ia lebih perkukuhkan lagi setiap aturcara dan sebarang usaha yang dibuat menjurus kepada gulungan sasar. Satu perkara mungkin ada yang tidak perasan bahawa PAS Kawasan Gombak merupakan satu-satunya yang berjaya di Malaysia dengan kepatuhan keputusan PAS Pusat seperti yang diiputuskan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa tidak ada Parlimen selain daripada Kelantan dimana semua 4 kerusi di menangi oleh Pakatan Rakyat.( 3 Dun dan 1 Parlimen). Satu kejayaan yang bukan kecil nilainya itu sedikit peranan yang diusaha yang telah dilaksanakan oleh beliau. Satu perkara saya sendiri kagumi yang dilakukan oleh beliau apabila beliau sudah kembali menemui Allah petugas PAS Kawasan amat saya kagumi semasa beliau terlatar di Hospital baik, Hospital Besar Kuala Lumpur, Selayang dan Ampang. Petugas PAS Kawasan Gombak tidak putus-putus bertali arus membantu keluarga baik di hospital dan rumah sehingga ke harini. Bertambah-tambah lagi apabila beliau kembali ke Rahmatullah pada pagi ahad awal-awal lagi unit amal memasang khemah didepan rumah dan menyediakan kerusi yang mencukupi bagi keselesaan tetamu yang menziarahi keluarga serta menyediakan minuman dan makanan kepada tetamu dan isi rumah.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Seluruh urusan berkaitan dengan jinazah semuanya diuruskan oleh PAS Kawasan di Masjid dan menjemput semua keluarga memberi penghormatan terakhir di masjid dan disembahyang di Imamkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak dan dibawa kekubur semuanya oleh PAS Kawasan. Lebih menakjubkan lagi majlis tahlil kenduru aruah pun dibiayai oleh ahli jemaah PAS Gombak dan ini lah pertama kali orang ramai yang sembahyang jinazah yang memberi sumbangan kepada si mati dengan jumlah yang terkumpul waktu solat bukan sedikit. Itulah petunjuk kepada kita yang hidup usaha gigih selama ini diatas muka bumi lagi telah Allah jelmakan termasuklah mereka yang sembahyang melimpahi masjid (sama seperti solat Jumaat). Itulah benih yang ditabur telah tumbuh dan membuah hasilnya seperti dinikmati oleh beliau setelah beliau pergi itu dai sebagai seorang petugas PAS di Kawasan Gombak hasilnya dapat dilihat didepan mata kita. Usaha ini sama-sama kita membajai dan jaga supaya ada penerusan. Maka sudah menjadi tanggungjawab semua dan kita bagi mengekal malahan pertingkatkan lagi daya yang telah diasas untuk diteruskan oleh kita. Kekuatan jemaah dan perpaduan organisasi. Beliau telah merealisasikan semua nukilan yang ditulis oleh Ustaz Hassan Sukri dalam 2 buku Kearah Memahami Dasar dan Pegangan PAS dan Memahami Pengurusan dan Pentadbiran PAS yang telah dibukakan pada tahun 2000 semasa beliau Pesuruhjaya PAS Selagor. Beliau sebagai setiausaha PAS Kawasan adalah orang yang bertanggungjawab melaksananya maka PAS Kawasan Gombaklah yang telah menyahut apa yang telah ditulis oleh Ustaz Hassan Sukri. Gagasan tersebut telah menjadi satu reality sekarang yang yang perlu kita teruskan dengan kaedah dan pendekatan semasa. Dan Ustaz Hassan adalah mentol. Kekuatan jemaah apabila banyaknya cawangan di Dun dalam kawasan kerana parti kita adalah parti dakwah dan politik. Banyak cawangan dan ahli ramai ia menjadi akar kekuatan kita dibawa kukuh apabila pimpinan di peringkat atas padu. Perpaduan organisasi dilimat kepada kepimpinan PAS Kawasan ianya padu atau tidak. PAS Gombak adalah satu

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


contoh kepimpinan Kawasan yang padu perubahan kepimpinan tidak melalui pertandingan di Mesyuarat Agung PAS Kawasan sebagai contoh. Sesi 2007-2009 Yang Dipertua Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Ustaz Salahuddin bin Nasir, Naib Yang Dipertua Mohamad Radzi bin Yusof. Sesi 2009-2011 Yang Dipertua Ustaz Salahuddin bin Nasir, Timbalan Mohamad Radzi bin Yusoff perubahan berlaku ikut kanan dalam parti di peringkat Kawasan itulah tandanya kawasan yang mantab dan padu dikalangan jemaahnya. YB Dr Mohd Hatta melepaskan jawatan tahun 2009 sebab beliau Ahli Parlimen Kuala Krai Kelantan mulai tahun 2008. Kekuatan PAS Kelantan kaedah tersebutlah dilakukan oleh PAS yang kuat di Kelantan seperti Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Kota Bharu dan banyak Kawasan lain di Kelantan telah mengambil pengajarannya. Kegiatan Dalam PAS. Masa mulanya di tahun 1980han beliau aktif dalam PAS Kawasan Selayang sebab Dun Gombak Setia waktu itu didalam Kawasan Selayang bersama dengan dun Rawang, Gombak Setia dan Paya Jaras. Bila berlaku persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya pada 1993 di ujudkan satu Parlimen baru pecahan dari Selayang dan Ampang Jaya di namakan Kawasan Gombak dengan dunnya Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang. Persempadanan Kawasan Pilihan Raya 2003 nama Kawasan tidak berubah tetapi nama satu dun bertukar daripada Sungai Tua kepada Batu Caves. Beliau selama 18 tahun bersama dengan PAS Kawasan Gombak dengan jawatan sebagai Setiusaha PAS Kawasan sehingga ada penggantinya baru dilepaskan jawatan itu pada sesi 2005 diserah kepada Sdra Yazid dan beliau menjawat Naib Yang Dipertua di sesi 2009 Beliau meningkat lagi sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak. Semasa menjadi Timbalan Yang Dipertua tahun 2007 beliau menjawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor sehingga akhir hayatnya.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Diatas amanah itu lah beliau bina kekutan PAS negeri Selangor dan beliau mencadangkan bagi kawasan dun yang kuat perlulah ditandingi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri kebetulan Gombak Setia adalah ranking pertama dan diserah kepada PJ DatoHassan Mohd Ali. Kerja dan jaya beliau membina jemaah satu yang membanggakan diusia baru cecah 18 tahun PAS Kawasan Gombak sudah punyai rumah sendiri dan kekuatan PAS disitu standing dengan PAS Negeri Kelantan dengan jumlah cawangannya banyak bagi setiap dun lebih-lebih lagi di Dun PAS tidak bertanding seperti dulu Sungai Tua Sekarang Batu Caves cawangan melebihi dun PAS yang lain. Kekuatan dengan banyaknya bilangan PASTI yang ditubuhkan di perkuatkan dengan tenaga Pemuda, Muslimatnya yang mantap menjadi satu contoh Kawasan yang baik.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

PERSATUAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN MALAYSIA(1781-06-WKL) 34-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,Malaysia. Tel: En. Azman - Setiausaha Agung - 013 3043861 / Ir Hamzah, Timbalan Presiden - 012 3195435 Email: setiausaha.perakan@gmail.com Webmaster / Admin: email: thoiyyiba@gmail.com Tel / SMS: Abe Die 0139910717

Mesyuarat Tahunan Perwakilan Perakan Malaysia telah berlangsung pada 1 Ogos 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Darul Naim. Turut hadir 2 exco Kerajaan Negeri Kelantan. AGM 2010 Telah dihadiri oleh pewakilan dari cawangan Perakan Malaysia seluruh Negara.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan

Organisasi
JAWATANKUASA 2010/2013. PERSATUAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN MALAYSIA (PERAKAN MALAYSIA)

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 39 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 40

NAMA JAWATAN En. Mohamad Radzi Yusof Presiden Ir. Hamdzah Abdul Rahman Timb. Presiden Mohamad Radzi Dalam Ingatan Sr.Dr.Wan Muhd Aminuddin Naib Presiden Wan Hussin En. Aziz Hussin Naib Presiden En. Azman Awang Setiausaha Agung En. Sidit Daud Pen. Setiausaha Agung Tn. Hj Mat Ariffin Ismail Bendahari Agung En. Mohd Razain Mohd Nor Pen. Bendahari Agung Ustz. Abd Manaf Jusoh AJK Biasa Tn. Hj Fikri Ariffin AJK Biasa Ust. Abdul Fatah Zakaria AJK Biasa En. Amril Sham Nordin AJK Biasa En.Runzi Saleh AJK Biasa En. Yusoff Che Kob AJK Biasa En. Wan Mohamed Wan Husain AJK Biasa En. Mohd Roslan Ahmad AJK Biasa En. Wan Mohd Sudin Wan AJK Biasa Yusoff En. Zulkifli Hashim AJK Biasa En. Saiful Bahari Che Mohd AJK Lantikan Sidik Tengku Sobri Raja Daud AJK Lantikan En. Wan Mohd Hadib Wan Zain AJK Lantikan En. Muhd Fadzli bin Hj. Saud AJK Lantikan En. Noor Azizi Yusoff AJK Lantikan Pn. Nor Aziyati Ashary AJK Lantikan Pn. Nasibah Isbullah AJK Lantikan Pn. Izzah Paku Rozi AJK Lantikan En. Abdullah Tahir Mohd Ariff Pengerusi Cawangan Tawau En. Runzi Salleh Pengerusi Cwagn Kota Kinbalu En. Ismail Yusuf Pengerusi Cawangan Sandakan En. Nik Zid Raja Sulaiman Pengerusi Cawangan Hulu Kelang En. Sidit Daud Pengerusi Cawangan Greenwood En. Wan Mohemmed Wan Pengerusi Cawangan Shah Alam Hussain Tengku Ahamad Tengku IbrahimPengerusi Cwngn Bdr Baru Bangi En. Mohd Razain Mohd Noor Pengerusi Cawangan Ampang En. Zainal Abidin Deraman Pengerusi Cawangan Batu Pahat Sr.Dr.Wan Mohemmed Wan Pengerusi Cawangan Ipoh Hussain Tn. Hj Ramli Ismail Pengerusi Cawangan Port Dickson En. Wan Mohd Hadib Wan Zain Pengerusi Cawangan Dungun En. Azman Awang Pengerusi Cwngan Lembah Pantai En. Amril Sham Nordin Pengerusi Cawangan Kuching En. Muhd Fadzli Bin Hj.Saud Pengerusi Penaja Cawangan Manjung

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Pengerusi Cawangan Perakan.

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


En. Abdullah Tahir Mohd Ariff 019 8049750 En. Runzi Salleh 017 8188857 En. Ismail Yusuf 013 8857157 En. Nik Zid Raja Sulaiman 013 3507657 En. Sidit Daud 012 3695021 En. Wan Mohemmed Wan Hussain 012 6610197 Tengku Ahamad Tengku Ibrahim 013 3802092 En. Mohd Razain Mohd Noor 013 3949644 En. Zainal Abidin Deraman 019 7647065 Dr. Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin Tel: 012 5202222 Tn. Hj Ramli Ismail Tel: 013 8835185 En. Wan Mohd Hadib Wan Zain 013 9395693 En. Azman Awang 013 3043861 En. Amril Sham Nordin 019 8876770 En.Muhd Fadzli Bin Hj.Saud 017 9869365 perakanmanjung@yahoo.com Pengerusi Cawangan Tawau email: tawau@perakan.org.my Pengerusi Caw Kota Kinabalu runzicac@yahoo.com Pengerusi Cawangan Sandakan sandakan@perakan.org.my Pengerusi Cawangan Hulu Kelang hamdzahabdrahman@yahoo.com Pengerusi Cawangan Greenwood biglog30@yahoo.com Pengerusi Cawangan Shah Alam shah-alam@perakan.org.my Pengerusi Caw Bdr Baru Bangi bangi@perakan.org.my Pengerusi Cawangan Ampang mraza@tm.com.my Pengerusi Cawangan Batu Pahat zenal_abe@yahoo.com Pengerusi Cawangan Ipoh wmabwh@gmail.com Pengerusi Caw Port Dickson port-dickson@perakan.org.my Pengerusi Cawangan Dungun wadib.zain@yahoo.com Pengerusi Caw Lembah Pantai man4848@gmail.com Pengerusi Cawangan Kuching amril5@yahoo.com Pengerusi Penaja Cawangan Manjung

Mohamad Radzi Dalam Ingatan


Ciri-ciri lain: Ziarah kepimpinan PAS. 1] YAB Tuan Guru Dato Mursyidul Am PAS 2] YB DatoSri Presiden 3] Timbalan Presiden 4] Naib-Naib Presiden 5] Jawatankuasa PAS Pusat 6] Kepimpinan PAS Negeri 7] Kepimpinan Kerajaan Selangor 8] Kepimpinan Kerajaan Kelantan 9] Kepimpinan NGO. (Semuanya akan disokong oleh gambar).

You might also like