Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Modul Ulangkaji 1 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam
si Kandungan
BAB 1: SSTEM BUM
1 a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal [10 markah]
b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, tunjukkan keadaan saling bergantung
antara sistem-sistem bumi [15 markah]

2 a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal [6 markah]
b) Huraikan ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal [7 markah]
c) Merujuk contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem
fizikal yang lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan [12 markah]

3 a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup [6 markah]
b) Pilih satu jenis sistem terbuka
i. Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut [7 markah]
ii. Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu kepada sistem-sistem alam
sekitar fizikal yang lain [12 markah]

4 a) Namakan planet-planet yang terdapat dalam sistem suria [9 markah]
b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup? [6 markah]
c) Huraikan fenomena yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi [10 markah]

5 a) Jelaskan sebab-sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja
daripada keseluruhan tenaga matahari [ 5 markah]
b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim panas dan musim sejuk
tetapi tidak berlaku di sesetengah kawasan yang lain? [10 markah]
c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan kegiatan pertanian
di kawasan tropika lembap. [10 markah]

6 a) Nyatakan pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi [6 markah]
b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria
yang berlebihan? [9 markah]
c) Huraikan kesan negatif terhadap sistem dan kehidupan di bumi apabila ia
terpaksa menerima tenaga suria berlebihan? [10 markah]

7 a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik [6 markah]
b) Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sisten bumi [9 markah]
c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria. [10 markah]


BAB 1: SISTEM BUMI (SKEMA JAWAPAN)
1 a) Jenis-jenis sistem aIam sekitar fizikaI

Terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:
a. Sistem terpencil (isolated system) sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak
membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya. Sistem ini terdapat di dalam
makmal sahaja

b. Sistem tertutup (closed system) sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya
membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja drp matahari

c. Sistem terbuka (open system) sistem yang membenarkan keluar
masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi
sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata . Contohnya sistem cerun,
sistem hutan dll
b) SaIing kaitan antara sistem-sistem bumi

Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling berinteraksi dalam
hubungan yang kompleks iaitu sistem Geomorfologi, sistem atmosfera, sistem ekologi dan sistem
hidrologi. Sebarang perubahan atau gangguan kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi
sistem-sistem yang lain. Contohnya saling kaitan dalam konteks Kitaran Hidrologi:
Dalam kitaran Hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan air spt laut, diikuti pula oleh proses
pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera.
Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem
ekologi. Air hujan yang turun akan sampai ke permukaan sehingga berlaku proses larian permukaan dan
proses infiltrasi yang berlaku dalam sistem geomorfologi.
Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah , akuifer yang membekalkan air kepada sungai, kolam,
tasik dan empangan dalam sistem hidrolgi. Dalam konteks ini sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai
proses dan penyedia air manakala sistem-sistem lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-
peringkat dalam kitaran hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem tersebut.


a) Maksud sistem
Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-unsur / objek/komponen-komponen yang
saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk mencapai
kesimbangan bagi sesuatu sistem

b) Ciri-ciri sistem aIam sekitar fizikaI
Sesuatu sistem itu mempunyai :
i. objek-objek/ komponen / pemboleh ubah/ angkubah yang saling berinteraksi antara satu sama
lain
ii. Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem yang lain
iii. Mempunyai jisim/bahan seperti air, mineral yang boleh keluar masuk dari sempadan sistem
tersebut
iv. Mempunyai tenaga yang boleh mengalir, masuk dan keluar dari sempadan sistem itu
v. Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai kestabilan/tahap keseimbangan
vi. Sifat dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas sesuatu gangguan untuk
mencapai keseimbangan. Tindakbalas dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif

c) Kesan yang diaIami oIeh sistem-sistem fizikaI Iain apabiIa sesuatu sistem mengaIami
perubahan: Contohnya Pemanasan suhu global.
Makenisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem
atmosfera. ni kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi telah menerima
lebihan bahangan suria menyebabkan suhu dunia meningkat.
Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan
pergunungan cair, membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang rendah disamping meningkatkan
kadar hakisan ombak.
Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada sistem ekologi
terutama manusia untuk hidup, mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian selain
pemanasan global juga menjejaskan kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit spt barah kulit,
katarak mata dll.Di samping itu manusia akan sentiasa rimas, panas dan tidak selesa.

3. a) Perbezaan antara sistem terbuka dengan sistem tertutup

Sistem terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga
sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi
menerima tenaga sahaja drp matahari tetapi sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan
keluar masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan
beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata . Contohnya sistem
cerun, sistem hutan dll
b) Sistem terbuka dipiIih contohnya daIam sebuah ekosistem hutan Hujan tropika.

Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut ialah:
i. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis dan tenaga itu akan
disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan
dalam daun, batang, bunga, buah dan sebagainya.

ii. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian makanan dan
memindahkan tenaga ke setiap komponen dalam ekosistem tersebut.

iii. Tumbuh-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan akan tersejat melalui
sejat peluhan ke atmosfera dengan adanya tenaga suria.

iv. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik, sungai dan tumbuhan melalui proses
sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera sehingga berkumpul membentuk
awan dan seterusnya nghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan haba pendam.

c) Kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistem-sistem aIam sekitar
fizikaI yang Iain iaIah:
1. Kepada sistem ekologi :Hutan hujan tropika menjadi habitat kepelbagaian biologi
khususnya fauna seperti hidupan liar yang boleh hidup , membesar dan membiak
dengan sempurna di dalam ekosistem hutan yang stabil tanpa diganggu oleh manusia

2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan tropika merupakan pelindung daripada
hakisan tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan atau
hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan. Sistem
akarnya membantu mengurangkan hakisan terutama di cerun-cerun.

3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan mengawal keseimbangan kitar hidrologi
iaitu sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan bekalan air sungai, tasik,
kolam , paya dan empangan serta berfungsi menyerap air masuk ke dalam tanah
melalui proses infiltrasi/susupan serta menjamin bekalan air bawah tanah

4 Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga berlakunya proses transpirasi yang
membebaskan wap air ke udara. Wap air ini akan tersejat ke atmosfera dan menjadi
punca kepada kelembapan udara dan seterusnya mengawal suhu udara. Hutan juga
mengawal imbangan gas di udara apabila menggunakan karbon dioksida dan
membebaskan oksigen ke atmosfera. Selain itu hutan juga berperanan
mengurangkan kelajuan angin dengan berkesan.

. a) PIanet-pIanet yang terdapat daIam sistem suria iaIah:
Utarid, Zuhrah, Bumi, marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan pluto

b) Bumi dikatakan sebagai sebuah pIanet yang hidup kerana mempunyai empat
sfera utama yang berfungsi sebagai penerus kehidupan misaInya:

i. Atmosfera : mengandungi pelbagai gas terutama oksigen yang berguna untuk
pernafasan semua hidupan, fenomena cuaca spt hujan untuk bercucuk tanam dan
keperluan hidup manusia, tumbuhan dan haiwan. Pelbagai lapisan di atmosfera
berperanan menjadi pelindung kepada kehidupan di bumi spt lapisan ozon.

ii. Hidrosfera ; Komponen air dari tasik, sungai, kolam, paya penting sebagai penerus
kehidupan di atas muka bumi

iii. Litosfera: Lapisan kerak bumi menjadi pentas kepada kehidupan manusia dan melalui
pelbagai bentuk bumi dapat digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan seperti
bertani, melombong dan membina petempatan

iv. Biosfera : komponen yang dihuni oleh hidupan termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia.
Komponen ini penting sebagai penyedia makanan dan habitat kepada hidupan di bumi

c) Fenomena akibat putaran bumi

1. kejadian siang dan maIam: semasa berputar permukaan bumi yang menghadap
matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi yang terlindung akan
mengalami malam .

2. kejadian pasang surut air Iaut: Tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan
bumi yang menghadap bulan menyebabkan berlaku pasang sementara bahagian yang
tidak menghadap bulan akan mengalami surut. Apabila matahari berada selari dengan
bulan maka tarikan graviti yang kuat dari bulan matahari akan menyebabkan berlaku
pasang perbani.

Fenomena akibat peredaran bumi
1. Kejadian empat musim: Apabila bumi beredar mengelilingi matahari dengan kecondongan
paksinya menyebabkan kedudukan matahari berbeza mengikut garis lintang pada tarikh-tarikh
tertentu sehingga mewujudkan empat musim iaitu :

a. Ekuinoks musim bunga pada 21 mac
b. Solstis musim panas pada 21 Jun
c. Ekuinoks musim luruh pada 23 September
d. Solstis musim sejuk pada 22 Disember

2. Kejadian gerhana buIan dan matahari: Gerhana berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan
matahari pada satu garisan mendatar yang sama.
a. Gerhana bulan: berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan matahari
b. Gerhana matahari: berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari

5. a) JeIaskan sebab-sebab bumi hanya mendapat sebahagian keciI sahaja
daripada keseIuruhan tenaga matahari .

Bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja daripada tenaga suria kerana tidak semua
tenaga suria akan sampai dan diterima oleh permukaan bumi. Sebahagian besarnya akan
diserap, ditapis, diserak dan dibalikkan oleh lapisan ozon dan juga atmosfera. Hanya sebahagian
kecil sahaja yang sampai ke permukaan bumi untuk digunakan oleh seluruh hidupan dan
makhluk di atas muka bumi iaitu kira-kira 47% sahaja daripada jumlah tenaga suria.

b) i. Faktor peredaran bumi mengeIiIingi matahari dan putaran bumi di atas paksinya yang
condong menyebabkan kedudukan matahari pada garis Iintang berbeza.
Apabila matahari berada tegak di Garisan sartan maka bahagian hemisfera utara akan
mengalami musim panas sementara hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk. Di
kawasan khatulistiwa tidak mengalami keadaan musim yang ketara kerana penerimaan cahaya
matahari yang tinggi dan konstant. Hal ini berbeza di kawasan kutub. Pada waktu tertentu
tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam

Apabila matahari berada di Garisan Jadi maka bahagian Hemisfera selatan akan mengalami
musim panas sementara Hemisfera Utara akan mengalami musim sejuk sebaliknya keadaan itu
tidak dialami oleh kawasan khatulistiwa.

ii. faktor perihelion dan afelion iaitu semasa bumi mengelilingi matahari dalam orbit bujur maka
terdapat jarak yang berbeza pada lokasi yang berbeza antara bumi dengan matahari. Pada jarak
lebih dekat (perihelion) maka bumi akan terima banyak tenaga suria sebaliknya pada jarak yang
jauh (afelion) makan bumi akan terima jumlah tenaga suria yang sedikit. Oleh itu kerana sifat
bumi berbentuk sfera maka ada kawasan yang mengalami musim sejuk dan musim panas
sementara kawasan lain tidak mengalaminya.

c) Pengaruh matahari daIam menentukan kegiatan pertanian di kawasan tropika Iembap:
Kawasan tropika lembap seperti di Malaysia yang mempunyai suhu tinggi(27 C) dan hujan
lebat(2030mm) sepanjang tahun.
i. Keadaan iklim sedemikian membolehkan kegiatan pertanian dapat dijalankan
sepanjang tahun
ii. Penerimaan cahaya matahari yang banyak juga membolehkan proses pengeringan
hasil-hasil tani dengan sempurna misalnya kelapa, padi , koko dll
iii. Penerimaan cahaya matahari menggalakkan proses fotosintesis ini membolehkan
tanaman hidup subur di kawasan tropika lembap
iv. Pengaruh matahari juga menyebabkan proses sejat peluhan berlaku iaitu proses ini
membolehkan lebihan air pada tumbuhan dikeluarkan dan membantu penyuburan pokok
dan mengelakkan terlalu berkulat
v. Cahaya matahari yang banyak membolehkan pengeringan sisa-sisa pertanian, pokok
belukar dan rumput mati untuk dibakar bagi membersihkan ladang dan dijadikan baja.

6 a) Pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi :

i. Penternakan - membolehkan kegiatan pindah ternak(transhumance) pada musim panas
ternakan dibiarkan meragut bebas sementara pada musim sejuk lembu dikurung dalam kandang
ii. Pertanian tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari untuk bertani. Biasanya
tanaman padi perlukan musim panas untuk padi masak dan menuai. Kegiatan penanaman
sayuran dapat dijalankan sepanjang tahun
iii. Pelancongan musim panas dan musim sejuk
iv. Pembalakan musim salji di kawasan sederhana
v. Perlombongan- kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana kegiatan dapat dijalankan
sepanjang tahun
vi. Aktiviti sosial- pakaian dan tempat tinggal







b) Pada masa kini sistem bumi menerima Iebihan tenaga suria kerana

a. Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih banyak kerana berlaku
penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang matahari sampai lebih banyak ke bumi.
b.Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas
pencemar di atmosfera menyekat bahang bumi dibebaskan. ni menyebabkan berlaku lebihan
bahangan di ruang atmosfera bumi.
c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia
i. peningkatan suhu global mencairkan ais di kutub dan menenggelamkan kawasan
rendah serta meningkatkan kadar hakisan ombak
ii. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu akan memberi kesan kepada kulit iaitu
kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama akan menyebabkan barah kulit
iii. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu akan mengurangkan
pembentukan plankton seterusnya mengurangkan jumlah ikan dan hasil laut
iv. Menghadkan aktiviti luar rumah kerana pemanasan akan menjadikan keadaan rimas,
panas dan tidak selesa
v. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat atau berlebihan
vi. Peningkatan pancaran ultraungu akan melemahkan sistem pelalian manusia dan
mempengaruhi genetik sehingga menyebabkan kecacatan
7 a) JeIaskan perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik
Tenaga endogenik
- ialah tenaga dalaman yang berpunca dari dalam bumi seperti tenaga graviti,
radiogenik dan tenaga haba yang amat penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi seperti
gempa bumi, gunung berapi, lipata, gelinciran dan sebagainya. Tenaga endogenik termasuklah
tenaga seismic(gempa bumi), tenaga vulkanik(gunung berapi) dan tenaga atomic daripada galian
plutonium, uranium dll.

Tenaga eksogenik
ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu tenaga matahari yang akan digunakan oleh
hidupan di bumi dengan menukarkan kepada bentuk tenaga lain seperti tenaga kimia, tenaga
kinetik dan tenaga potensi

b) Kepentingan tenaga eksogenik kepada sistem-sistem bumi

Tenaga eksogenik ialah tenaga daripada matahari

i. sistem atmosfera: tenaga suria diperlukan untuk memanaskan permukaan air bagi
membolehkan air tersejat menjadi wap air. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses
kondensasi berlaku dan akhirnya turun sebagai hujan
ii. Sistem geomorfologi : dalam luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan untuk meningkatkan suhu
dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam sehingga menyebabkan batuan
pecah
iii. Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses-proses dalam kitaran hidrologi spt sejat peluhan
tenaga matahari diperlukan misalnya sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gm air pada
suhu 0 darjah
iv. Ekologi: tenaga suria penting untuk tumbesaran tumbuhan kerana proses fotosintesis
memerlukan bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai
pengeluar
c) Pengaruh muka bumi terhadap nilai albedo

i. warna permukaan bumi yang gelap seperti hutan, batuan, permukaan bertar lebih banyak
menyerap tenaga suria berbanding permukaan yang cerah seperti salji yang lebih banyak
membalikkan tenaga suria. ni menyebabkan nilai albedo atau pembalikan tenaga suria oleh
permukaan bumi adalah berbeza-beza.
ii. Permukaan bumi yang bertekstur kasar dan kasp seperti permukaan bertar dan dinding konkrit
adalah lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan yang rata dan licin
iii. Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerima haba berbanding dengan struktur
permukaan yang menegak
iv. Daratan dan air . daratan lebih cepat panas dan cepat sejuk berbanding air

You might also like