Professional Documents
Culture Documents
Asri - Cubaan Dan Cabaran
Asri - Cubaan Dan Cabaran
Asri - Cubaan Dan Cabaran
MUKADDIMAH
Syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan rahmat dan
inayahNya kita dapat berkumpul di pagi yang bersejarah ini untuk membincangkan
satu masalah perjuangan bersama yang kita sama-sama maklumi.
Dalam sejarah PAS, sudah dua kali muktamar khas pernah diadakan,
pertama pada tahun 1954 membincang kan isu yang melibatkan kemerdekaan
negara kita - dan kita menyokongnya - dan yang keduanya ialah untuk mengambil
keputusan sama ada menyertai atau tidak kerajaan campuran pada tahun 1972 -
dan kita mengambil keputusan menyertainya. Ini adalah kali ketiga, iaitu setelah
kita di luar Barisan Nasional semula.
Hampir lima tahun kita menjadi sekutu dalam pemerintahan negara. Banyak
pengalaman dan penjelajahan telah kita dapati yang menjadi asam garam ilmu
yang sangat berfaedah kepada kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang kompiten.
Selama itu rasanya, tidaklah sesia kerana pada lahir dan batinnya kita telah
menunaikan amanah dan sebanyak sedikit corak pemikiran bangsa kita sudah
berubah, InsyaAllah, ke arah yang lebih menyenangkan dari prespektif Islam yang
kita perjuangkan.
Muka 1 / 37
Adalah menjadi lumrah perjuangan di mana-mana saja, terdapat yang tahan
uji dan ada yang cabut lari. PAS sudah makmur dengan pengalaman seperti ini,
kerana ia adalah sebuah parti yang dewasa dalam usianya dan tidak luput dari
ujian-ujian yang datang silih berganti dengan bentuknya yang berbagai.
Dari segi lahirnya, PAS adalah terdedah kepada apa saja tindakan, baik
berbentuk terror atau berbentuk akta yang mungkin diluluskan atas nama
demokrasi atau berbentuk Iain-Iain.
Tetapi PAS mempunyai satu senjata maknawi yang tidak dapat dipatahkan,
iaitu keimanan para pengikutnya terhadap aqidah perjuangan hingga sebahagian
besar para mujahidnya berani hidup dan mati kerananya. Inilah bezanya antara
PAS dengan parti lain. PAS mempunyai sasaran yang mutlak dalam
perjuangannya, bagi mencapai mardhatil'lah.
Sasaran tersebut tertulis jelas dalam undang-undang dasar PAS yang berbunyi:
Muka 2 / 37
Untuk mencapai cita-cita besar dan mutlak inilah kita berjuang. Sebagai satu
panduan kita untuk bergerak, eloklah sebentar kita menoleh kembali cabaran-
cabaran hebat yang pernah ditempuh oleh PAS.
Muka 3 / 37
Setiausaha yang pertama Kolej Islam Malaya dan juga sebagai
pensyarahnya yang masa itu bertempat di Kelang, Selangor sajiggup
meninggalkan jawatannya untuk berjuang sepenuh masa dalam
politik Islam.
vii) Isu kemasukan PAS dalam kerajaan Campuran yang bermula dalam
satu muktamar dalam tahun 1972. Isu ini menyebabkan timbul
pertentangan terbuka antara golongan yang menyokong dan yang
menentang. Setengah orang berpendapat bahawa masalah tersebut
adalah paling besar dan berat pernah dihadapi oleh PAS. Namun
muktamar telah memberikan persetujuannya dengan syarat mesti-lah
dikaji dari masa ke semasa.
Kini kita menghadapi ujian nombor lapan. Cabaran dan masalah kali ini
merupakan kemuncak dari segala cabaran dan boleh dikatakan ianya paduan dari
semua cabaran yang telah lalu. Cabaran kali ini walaupun kelihatannya mendadak,
tetapi prasarananya telah disediakan beberapa tahun semasa dan sebelum
lahirnya Kerajaan Campuran yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional.
Dengan sebab itu walaupun kejadiannya berlaku dalam masa yang tidak
berapa panjang, namun ia telah pun menelan korban tenaga, pemikiran, perhatian
yang bukan sedikit dan terpaksa diakui bahawa dalam tempoh tertentu masa itu
Muka 4 / 37
bukan kecil pula imej dan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS terjejas. Peristiwa ini
juga dari satu segi, seolah-olah telah menutup perhatian dan pendengaran atas
krisis-krisis parti lain dan juga terhadap krisis-krisis PAS yang telah lalu.
Peristiwa Kelantan sama sekali tidak terlepas dari andaian ini. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa Kelantan merupakan kubu Parti Islam yang paling pejal.
Oleh yang demikian, kepejalan itu mesti dileburkan, sekurang-kurangnya
dilumpuhkan atau pun dilemahkan. Itulah juga apa yang berlaku sepanjang dua kali
pilihanraya - 1964 dan 1969 - iaitu sebelum kita memasuki Barisan Nasional.
Jawapan terakhir bagi segala percubaan dan sepak terajang itu diberikan oleh
rakyat sendiri.
Muka 5 / 37
Dengan lahirnya Barisan Nasional maka pilihanraya tahun 1974 adalah
merupakan pilihanraya yang berseja-rah. Suasana pilihanraya berjalan lancar
dengan tenteram, tidak terdapat lagi ugutan dan tangkapan oleh pihak berkuasa
sebagaimana pada beberapa pilihanraya sebelumnya. Masing-masing pihak
berusaha memberikan kerjasama dan menunjukkan kejujurannya sama ada
dengan ikhlas atau tidak.
Era ini dikenal sebagai era 'action-oriented', dan sebagai pemegang saham
terbesar dalam Barisan Nasional di Kelantan, PAS merasa dirinya berkewajipan
mengemukakan muka-muka yang benar-benar mempunyai keupayaan bagi
menjalankan tugas dan amanah suci membentuk kerajaan untuk menghadapi
cabaran zaman, dan PAS membuat pilihan sesuai dengan ketentuan dalam
perlembagaan PAS sendiri dan selaras dengan semangat Barisan Nasional atas
keyakinan terhadap kejujuran yang diharapkan dari semua pihak.
Muka 6 / 37
sana kita hanya untuk mendengar bahawa perbincangan ditangguhkan hingga
kembali di Kuala Lumpur. Rupa-rupanya ada tokoh-tokoh yang menasihatkan
supaya perundingan jangan dilanjutkan sebelum berjumpa dengan mereka, di
mana mereka telah mengemukakan pencalonan Datuk Haji Mohammad bin Nasir
dari PAS kepada pihak pimpinan Barisan Nasional untuk membentuk dan
memimpin kerajaan Kelantan. Pencalonan itu diterima dan direstui oleh pimpinan
Barisan Nasional, dan Datuk Haji Mohamad Nasir sendiri juga menerima
pencalonannya, walaupun sebelumnya beliau telah menyatakan kepada pihak
Perhubungan PAS Negeri Kelantan bahawa beliau tidak ingin dicalonkan untuk
memegang sesuatu jawatan.
Bagi kita hal ini adalah merupakan ujian pertama terhadap survival Barisan
Nasional yang kita sendiri ikut membinanya itu. Demi untuk memelihara perpaduan
dan ke-harmonian dengan perasaan yang terlalu pahit PAS sekali lagi terpaksa
memberikan pengorbanan yang menyinggung kewibaannya sebagai satu parti
politik yang mempunyai identitinya sendiri. Fait a comply dihadapkan kepada kita.
Dan kita terima perlantikan Datuk Haji Mohammad bin Nasir menjadi Menteri Besar
Barisan Nasional di Kelantan.
Dari satu aspek lain, Kelantan merupakan gelanggang pertarungan dari dua
penjuru dalam bentuk yang berasingan. Satu penjuru adalah pertarungan terbuka
antara PAS dan UMNO - Perikatan. Pihak PAS mempertahankan diri dalam
pertarungan ini, sementara pihak UMNO bermati-matian untuk merampas negeri itu
dari tangan PAS. Dari segi lain, pertarungan sesama sendiri dalam perebutan
kuasa dalam pimpinan UMNO Pusat. Negeri Kelantan secara kebetulan dijadikan
medan perjudian kerana ada di antara pemimpin UMNO yang berasal dari
Kelantan dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin negara suatu
Muka 7 / 37
masa kelak. Dengan erti kata lain, gelanggang Kelantan boleh menentukan masa
depan pucuk pimpinan negara Malaysia.
Bagi mencapai maksud besar tersebut, PAS tidak dapat tidak mesti
dihancurkan. Hanya melalui puing-puing kemusnahan PAS itu barulah boleh
dijadikan tapak melangkah dan pangkalan bergerak untuk belayar bagi menuju dan
mencapai pulaunya. Cumanya mereka silap perhitungan, kerana perebutan
pangkalan tersebut tidak semudah yang dijangkakan, dan lambat laun bisa
menenggelamkan kapal mereka sendiri.
Tetapi Allah S.W.T. maha mengetahui dan maha adil kerana walaupun
demikian, namun para pengikut PAS masih bersifat 'teras' dalam perjuangan dan
pantang mundur, apabila mereka pantang mundur dalam saat-saat yang paling
genting seperti ini, maka mereka layaklah dianggap sebagai panglima-panglima
jihad yang tulen. Ujian yang paling baik dapat ditentukan dengan dua keadaan,
keadaan susah dan keadaan senang lenang. Banyak orang yang tahan
menghadapi ujian kesusahan, tetapi jarang orang yang tahan menghadapi ujian
kesenangan. Apabila kedua-dua ujian itu kita mampu menghadapinya, maka
merekalah mujahid yang sebenarnya.
ÇÌÈ tûüÎ/É‹»s3ø9$# £`yJn=÷èu‹s9ur (#qè%y‰|¹ šúïÏ%©!$# ª!$# £`yJn=÷èu‹n=sù ( öNÎgÎ=ö6s% `ÏB tûïÏ%©!$# $¨ZtFsù ô‰s)s9ur
dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui
Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa
Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
Al Ankabut : 3
Muka 8 / 37
Mungkin ada pihak yang menimbulkan masalah 'masa' dan 'cara' dalam
tindakan ini. Tetapi, 'masa' ini adalah paling baik dari masa-masa yang lalu
dipandang dari perspektif perpaduan PAS, dan jika ditunggu lebih lama lagi,
menurut perhitungan kita; jarum-jarum yang dicocokkan itu akan bertambah kukuh
dan sendi tulang Kerajaan dan perjuangan PAS akan semakin lemah. Faktor-faktor
yang timbul dari tindak tanduk yang berlaku ini dirumuskan dan didapati bahawa
'masa' ini adalah sebaik-baiknya, sekurang-kurangnya paling baik dari masa-masa
yang tidak baik sebelum atau sesudahnya.
Ketepatan ukuran dan perhitungan ini dibuktikan sendiri oleh Datuk Haji
Mohammad bin Nasir bila beliau mengakui satu persatu sewaktu mesyuarat
Jawatankuasa Agung pada 26 September, 1977. Beliau berkata, memang beliau
berusaha memujuk dan rnenawar orang-orang PAS agar menyokongnya dalam
pengertian tertentu “agar menyela-matkan dirinya”.
3“t•÷zW{$# ’n?tã $yJßg1y‰÷nÎ) ôMtót/ .bÎ*sù ( $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù (#qè=tGtGø%$# tûüÏZÏB÷sßJø9$# z`ÏB Èb$tGxÿͬ!$sÛ bÎ)ur
( (#þqäÜÅ¡ø%r&ur ÉAô‰yèø9$$Î/ $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù ôNuä!$sù bÎ*sù 4 «!$# Ì•øBr& #’n<Î) uäþ’Å"s? 4Ó®Lym ÓÈöö7s? ÓÉL©9$# (#qè=ÏG»s)sù
Muka 9 / 37
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Al Hujurat : 9
Tetapi malangnya janji dan ikrar bersama pada 26 September itu telah
dinodai oleh beliau sendiri, dengan kenyataan-kenyataan akhbarnya dan
ucapannya kepada pelajar-pelajar di Kuala Lumpur pada 27 September, juga
ucapannya dalam sebuah rapat umum di Pasir Mas pada 28 September.
Semuanya ini merupakan bukti-bukti yang nyata bagi sesiapa sahaja yang
dengan ikhlasnya ingin mencapai penyelesaian apalagi jika kita kembali
mengingatkan pengakuan seperti yang saya sebutkan terdahulu dari ini,
pengakuan mana telah dilakukan di hadapan mata dan telinga ahli-ahli
jawatankuasa kerja agung sendiri, walaupun ada di antara mereka yang hadir itu
tetap tidak setuju beliau dipecat.
Saudara-saudara yang hadir pun sedia maklum betapa soal kesilapan teknik
telah dijadikan ejekan oleh setengah-setengah pihak tertentu, tetapi demi untuk
mencapai penyelesaian yang jernih dan bersih, Jawatankuasa Kerja Agung dengan
berani menghadapi segala-galanya.
Muka 10 / 37
Berkait dengan soal pemecatan Datuk Haji Mohammad bin Nasir dari ahli
PAS ada suatu perkara yang menarik perhatian yang mungkin jika tidak diberi
penjelasan akan memperliar lagi tohmah dan tuduhan terhadap pemimpin PAS,
iaitu mengenai mesyuarat Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama PAS pada 9hb
Oktober 1977, yang telah membuat keputusan berhubung dengan pemecatan
tersebut, di mana mesyuarat Jawatankuasa Agung pada 19 Oktober 1977 telah
membuat keputusan yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama itu. Akibatnya telah menimbulkan tuduhan
bahawa Jawatankuasa Agung PAS tidak mengendah dan mengenepikan nasihat
dari Dewan Ulama PAS sendiri, dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Dewan
Ulama PAS Pusat telah meletak jawatan masing-masing.
Terlepas dari persoalan teknik tentang adanya mesyuarat Dewan Ulama itu,
saya terpaksa memberi sedikit penjelasan tentang fungsi Dewan Ulama di dalam
PAS. Sebagai badan Ulama yang sama-sama kita hormati, ianya telah diberi suatu
fungsi yang amat penting sebagai tempat meminta atau memberi nasihat atau
pendapat di dalam masalah hukum-hukum Islam, agar PAS sebagai sebuah parti
politik Islam dalam perjalanannya tidak terkeluar dari landasan Islam. Demikianlah
ketika sebelum kita memutuskan di dalam muktamar khas dahulu, sama ada
bersetuju atau tidak menyertai di dalam kerajaan campuran yang terdiri dari
berbagai-bagai golongan kaum dan agama, maka kepada Dewan Ulama telah
dirujukkan untuk mendapat pandangan yang sahih dari segi hukum Islam, Maka
Dewan Ulama dengan penuh tanggungjawab telah menjalankan tugasnya
mengkaji secara mendalam, sesuai dengan kehendak hukum Islam, yang
akhirnya memberikan pendapat bahawa menyertai kerajaan campuran adalah
"harus" (mubah). Dengan berdasarkan pendapat itu muktamar khas PAS telah
membahas dengan panjang lebar pula dari segi politik dan implikasinya di mana
akhirnya muktamar khas itu telah mencapai keputusan bersetuju PAS ikut serta di
dalam kerajaan campuran di semua peringkat. Amanah dan tanggungjawab yang
dilakukan oleh Dewan Ulama itu sesuai dengan kandungan perlembagaan PAS
fasal 40 ceraian (2) mengenai tugas dan tanggungjawab Dewan Ulama.
Muka 11 / 37
perkara biasa. Demikianlah anggapan saya tentang kekeliruan mentafsirkan fasal
40 ceraian (2) Perlembagaan PAS itu.
Sebagai anggota parti politik kita haruslah dapat memahami persoalan ini
dengan jujur dan amanah. Penterjemahan kita terhadap fasal-fasal di dalam
Perlembagaan kita hendaklah dirangkaikan dengan pandangan yang luas dan
menyeluruh terhadap kandungan penuh Perlembagaan itu sendiri. Allah tetap
memelihara dan menguatkan pertubuhan kita selagi kita sanggup diikat oleh nizam
yang kita sendiri berpegang di dalam lingkungan perjuangan yang lebih luas dan
suci.
Dengan suluhan-suluhan yang awal dan kemudian terbukti tepat inilah maka
ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
membuat keputusan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri
Besar Kelantan itu.
Surat kata dua itu sesungguhnya masih bersifat rahsia. Tidak ada sesiapa
yang tidak berkenaan mengetahuinya. Tetapi pada 14 September, menjelang Hari
Raya Puasa yang keramat, Datuk Haji Mohammad Nasir rupa-rupanya telah
mendedahkannya kepada pihak akhbar. Pendedahan tersebut dikepilkan dengan
tuduhan-tuduhan yang mengan-dungi fitnah jahat. Tuduhan-tuduhan lapuk itu
pernah beberapa kali dibangkitkan oleh musuh-musuh politik PAS pada masa lalu.
Oleh kerana tuduhan dan fitnah tersebut sangat berat serta membabitkan
nama baik pimpinan PAS dan mengancam kredibiliti Kerajaan PAS Kelantan dan
pemimpin-pemimpinnya selama ini, kecuali Datuk Haji Mohammad Nasir yang
sebelum ini pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar selama dua kali
pemerintahan; maka sebagai yang Dipertua Agung dan juga sebagai Menteri Besar
dulu, saya telah menjawab bagaimana tersiar dalam akhbar-akhbar dua hari
kemudiannya.
TIGA TUDUHAN
Di antara beberapa banyak tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh
Datuk Mohammad bin Nasir terhadap partai PAS dan pemimpin-pemimpinnya
adalah berhubung dengan tiga perkara yang tidak putus-putus disebutnya. Saya
rasa dalam hal ini saudara-saudara sekalian memerlukan gambaran yang
sebenarnya tentang perkara-perkara tersebut.
Muka 12 / 37
Pertamanya soal Syarikat Timber Mine. Dalam tahun 1964 Kerajaan PAS
Kelantan telah pun menganjurkan suatu rancangan untuk membangunkan ekonomi
negeri Kelantan.
PAS sedar bahawa negeri Kelantan adalah salah satu daripada negeri yang
termiskin di Semenanjung Malaysia ini. Adalah diketahui bahawa Kerajaan
Kelantan tidak berkeupayaan untuk menyelenggarakan rancangan perekonomian
yang memerlukan modal yang banyak khususnya di dalam menjayakan
rancangan-rancangan tanahnya.
Muka 13 / 37
satu gadaian tanah oleh Kerajaan PAS Kelantan. Inilah dia 'senjata sulit' UMNO di
dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan.
Pada mulanya syarikat ini telah menjalankan usaha mereka dengan baik.
Akan tetapi selepas beberapa waktu mereka telah menghadapi berbagai masalah
di mana mereka telah melanggar beberapa syarat-syarat perjanjian dengan
Kerajaan. Dengan hal yang demikian pihak Kerajaan di bawah pimpinan Datuk
Ishak Lotfi telahpun membuat rancangan bagi menarik balik kawasan tersebut.
Usaha ini telah diteruskan selepas pilihanraya 1974 dan EXCO negeri Kelantan di
bawah pimpinan Datuk Haji Muhammad bin Nasir telahpun membuat keputusan
menarik balik kawasan tersebut TANPA SEBARANG GANTIRUGI. Di samping itu
satu kawasan seluas 30,000 ekar dari kawasan itu telahpun disediakan untuk
FELDA.
Muka 14 / 37
rancangannya mengambil kembali kawasan tersebut. Bukankah ini suatu penipuan
sejarah namanya?
Kerajaan PAS masa itu memang sedar bahawa kawasan itu merupakan
satu kawasan yang punya potensi baik dari segi pembangunan, sebab itulah
kawasan ini perlu dibuka. Tindakan yang praktis mestilah dilaksanakan bagi
menjamin potensi growth-area ini dimajukan. Kita tidak mahu kekayaan Mat Jenin
dan kita tidak mahu rakyat kenyang di telinga, lapar di perut.
Yang pokoknya ialah masalah jalan. Jalan ini sebenarnya adalah jalan yang
dulunya dirancangkan oleh Kerajaan Persekutuan sendiri bagi menghubungi
Sungai Siput di Perak dengan Gua Musang di Kelantan. lanya juga merupakan
jalan 'TIMUR-BARAT' yang asal dan dirancangkan untuk menghubungi tiga
penjuru, Kuala Berang, Trengganu di Timur, Kuala Lipis, Pahang di Selatan dan
Kuala Krai, Kelantan di Utara. Sampai sekarang ini minat Kerajaan terhadap jalan
ini masih ada walaupun jalan Timur-Barat telah dipindahkan ke Utara,
menghubungi Jeli dengan Grik.
Muka 15 / 37
dan juga usaha-usaha Kerajaan mengumpul kumpulan-kumpulan orang-orang asli
di kawasan tersebut. Langkah ini memerlukan persetujuan pihak Kerajaan dan
Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri Kelantan. Persoalan ini telah ada dalam
pengetahuan Kerajaan Pusat sendiri.
Saya sendiri telah membincangkan hal ini dengan Datuk Mohammad bin
Nasir dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya. Apa yang anehnya ialah
sesudah perkara undi tidak percaya terhadapnya menjadi heboh, beliau mulai
melempar berbagai-bagai fitnah terhadap diri saya dan juga PAS Kelantan
termasuk ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dari PAS dengan gambaran
seolah-olah semua mereka ini mempunyai kepentingan diri dalam masalah ini.
Kenapa suara sumbang ini tak dilaungkan ketika kedudukannya belum tercabar.
MTC sanggup untuk menjual stesen-stesen mereka. Akan tetapi tidak ada
sebarang organisasi baik swasta maupun Kerajaan yang mampu dan bersedia
untuk mengambil alihnya. Walaupun penutupan stesen-stesen itu bererti
sebahagian rakyat Kelantan akan kehilangan pendapatan langsung (direct income)
sebanyak lebih kurang RM12 juta setahun, hanya sebuah syarikat sahaja yang
sanggup bertawakkal bagi memulihkan mutu tembakau di Kelantan dan mengambil
alih semua stesen-stesen M.T.C. itu. Syarikat itu ialah apa yang dikenali sebagai
3P. Secara kebetulan salah seorang dari mereka itu ialah seorang ahli PAS.
Muka 16 / 37
Sungguhpun dalam tahun 1973 3P mengalami kerugian kerana cuaca dan
Iain-Iain, tetapi tahun 1974 ia telah memperolehi keuntungan, dengan mutu
tembakau naik kepada nilai 85%. Pada ketika inilah seorang Timbalan Menteri
telah menghubungi 3P dengan mengatakan bahawa Tun Razak telah pun
mengeluarkan arahan supaya 3P menjualkan 70% sahamnya kepada Kerajaan
atau agensi-agensinya yang akan diberitahu kelak. Tetapi pihak 3P telah menolak
oleh kerana mereka berpendapat 3P sebagai sebuah syarikat yang dimiliki 100%
oleh bumiputera dan kesemua pekerja-pekerjanya juga bumiputera adalah
bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru Negara.
Bertolak dari titik inilah jalan yang akan ditempuh 3P mulai diranjau. Dari
semua sudut ia berhadapan dengan berbagai masalah. Dan setelah melalui
beraneka pancaroba maka akhirnya perusahaan yang dipegang oleh 3P ini
dijalankan oleh S.E.D.C. sendiri.
Apa yang dibangkit oleh Datuk Mohammad bin Nasir dan rakan-rakannya
ialah soal jaminan SEDC kepada bank. Sebenarnya jaminan itu diberi berdasar
kepada kepentingan rakyat Kelantan yang sebahagian besar bergantung kepada
perusahaan tembakau ini, di samping membantu perusahaan bumiputera sesuai
dengan Dasar Ekonomi Baru.
Jaminan itu tidak jadi masalah kalau jualan secara tawaran yang telah
dibuat dalam tahun 1976 dulu diterima oleh semua pihak termasuk pihak yang
berkuasa mengeluarkan lesen dan quota tembakau. Sebab tanpa quota dan lesen
itu tidak ada siapa pun yang telah membuat tawaran itu bersedia membeli stesen-
stesen pengawet tembakau itu.
Persoalan ini belum sampai ke hujung lagi, mungkin mahkamah yang dapat
menentukan atau langkah positif dari semua pihak akan mencapai penyelesaian
yang saksama. Yang jelasnya tiada timbul soal mempertahankan orang
perseorangan dan tidak ada kaitannya sama sekali soal 3P ini dengan soal undi
tidak percaya kepada Menteri Besar.
Muka 17 / 37
Dari keterangan ringkas ini nyatalah perkara-perkara yang ditimbulkan itu
telah dieksploitasikan bagi kepentingan politik musuh PAS. Kita bukanlah mewakili
3P atau mana-mana pihak, tetapi salah satu tugas kita adalah menyatakan
kebenaran.
Kini tuduhan dan fitnah ditaburkan lagi, dan sekali lagi pemegang rolnya
bertukar tangan. Kali ini oleh seorang Menteri Besar PAS. Oleh kerana itu ia makin
panas, kerana tertuangnya dari orang penting PAS sendiri di mana para pengambil
kesempatan yang terdiri dari lawan-lawan politik yang lama atau penyokong-
penyokongnya, di mana orang-orang yang suka memfitnah dan mendengar fitnah,
yang terdiri sama ada dari golongan yang menggelar dirinya bijak pandai atau
orang biasa berpadu tenaga dan golongan mereka ini seiring jalan - selimbai
tangan untuk menghancurkan bukan saja pengkalan tempat PAS bertapak, iaitu
Negeri Kelantan, tetapi seluruh PAS itu sendiri. Ini terbukti dengan usaha
menubuhkan partai saingan PAS yang juga kononnya bercita-cita
memperjuangkan Islam.
Seluruh pemimpin PAS, termasuk saya sendiri dihina dan dicerca, nama
baik diinjak-injak dengan penuh semangat dan kekejian yang tiada taranya. Semua
20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan pimpinan Kerajaan dari PAS yang
terdiri dari apa yang dinamakan kumpulan 20 itu adalah banjingan yang tidak boleh
diampunkan lagi. Seluruhnya hitam. Seluruhnya?
Muka 18 / 37
Pada kali ini, peranan yang dimainkan di belakang tabir bukan lagi oleh
tokoh-tokoh dari barisan bebas bersatu, bahkan sebahagian adalah tokoh-tokoh
dalam UMNO. Adalah tidak mustahil tangan-tangan luar ikut menggerakkan jari-
jemarinya memainkan peranan untuk melenyapkan perjuangan kita, perjuangan
Islam, yang mutlaknya menentang apa saja bentuk dan watak kegiatan thaghut
dan penjahanam pemikiran manusia di dunia.
Pada satu saat tertentu, sebelum, pada dan selepas pengundian tidak
percaya dikemukakan terhadap Datuk Haji Mohammad bin Nasir, mereka hampir
mencapai maksudnya, iaitu satu tahap di mana mungkin mereka boleh
mengucapkan salam takziah kepada perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS.
Tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya, dan saya
ingin menegaskan di sini bahawa pihak-pihak tertentu akan menyesal dengan apa
yang mereka lakukan, sesalan kemudian yang tiada berguna lagi.
Kepada mereka saya ingin merakamkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas.
Juga kepada para pemimpin PAS yang dedikasi telah membuktikan bahawa
mereka tidak pernah ragu-ragu untuk bertindak bagi memenuhi hasrat parti dan
pengikut-pengikutnya, walaupun terpaksa mengosongkan jawatan-jawatan penting
mereka dalam kerajaan baik di pusat atau di negeri-negeri. Saya juga ingin
khususkan penghormatan ini terhadap sikap setiakawan sebahagian besar dari
pimpinan kita dari atas hingga ke bawah yang terpaksa menghadapi gelombang
dan taufan. InsyaAllah jika semangat ini berkekalan, PAS akan tetap utuh dan
perjuangan Islam akan tahan dilambung gelombang walaupun para pemimpinnya
silih berganti.
Muka 19 / 37
terpaksa keluar Dewan Undangan Negeri sebelum pembilangan undi selesai. Ini
diikuti oleh orang yang kena undi. Kita mengetahui ada arahan dari pimpinan
mereka agar bersikap menentang dalam pengundian itu. Tetapi oleh kerana
mereka melihat solidaritas yang padu di kalangan 20 orang anggota PAS dalam
Dewan Undangan Negeri, mereka telah kehilangan pegangan dan beramai-ramai
keluar dewan. Inilah jawapan kepada andaian yang meragukan kesetiaan anggota-
anggota PAS itu. Kejadian tersebut memukul batang hidung mereka, bahawa para
pendukung PAS adalah orang-orang yang tak mudah dipujuk dan ditewaskan
dengan wang ringgit dan pangkat.
Melihat kebulatan yang tidak tersangkakan itu maka rapat umum haram
yang direncanakan, tiba-tiba berubah menjadi tunjuk perasaan dan rusuhan yang
di luar dari nilai-nilai kemanusiaan. Sebahagian dari maklumat atas kejadian itu
telah saya bentangkan melalui ucapan saya di Dewan Rakyat pada 8hb. November
yang lalu. Saya kira tidaklah perlu saya mengulanginya lagi di dalam muktamar
khas ini.
Muka 20 / 37
FORMULA DEMI FORMULA
Ini adalah satu pengorbanan PAS yang besar dalam konteks Kerajaan PAS
Kelantan, kerana Kelantan adalah tapak Kerajaan PAS. Ini suatu tolak ansur yang
besar dan luar biasa bagi PAS di mana kerajaannya telah cuba digugat dalam
beberapa kali pilihanraya tetapi gagal. Namun pihak UMNO rupa-rupanya belum
berpuas hati dengan pengorbanan itu, kerana strategi barunya bukan pembukaan
Kerajaan baru, tetapi penguasaan terhadap Kelantan seluruhnya.
Kita telah bersetuju pada dasarnya bahawa kerajaan yang akan dibentuk
terdiri dari muka-muka baru dari orang kita, cumanya untuk lebih adil pihak UMNO
juga hendaklah muka-muka baru. Apabila kita kemukakan soal ini kepada mereka,
tidaklah banyak cerewet mereka untuk menerimanya. Tetapi dengan penambahan
satu syarat baru yang luar biasa yang berbunyi: "Memandangkan kepada
keadaan yang memerlukan kawalan ketat sekarang, buat beberapa waktu
pentadbiran negeri Kelantan diurus oleh seorang pen-tadbir yang terdiri dari
pegawai kanan M.C.S. di bawah satu undang-undang yang akan diluluskan
oleh Parlimen di bawah undang-undang darurat sekarang. Pegawai ini akan
di-beri kuasa penuh dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri supaya
pentadbiran yang berkesan dapat diadakan."
Ini adalah cadangan baru sama sekali, yang tidak pernah disebut atau
ditimbulkan baik sewaktu Dr. Mahathir melawat Kelantan atau Iain-Iain tempat
sebelum kenyataan yang pertama dan tawaran yang pertama. Maka jelaslah
cadangan baru itu dibuat bagi membolehkan niat dan hasrat mereka kepada
"penguasaan Kelantan seluruhnya".
Muka 21 / 37
Jawatankuasa Khas berkenaan, dengan merujuk kepada kandungan
formula baru itu telah bersetuju mengambil keputusan menolak cadangan tersebut,
dengan hujah tepat bahawa cadangan tersebut "akan bererti demokrasi dalam
kehidupannya sudah tiada wujud lagi". Oleh kerana soal muka baru dan muka lama
didapati kait-mengait dengan cadangan di atas, maka soal perlantikan orang dalam
kerajaan dianggap tidak berbangkit lagi.
Muka 22 / 37
d) Oleh kerana tawar menawar formula demi formula antara PAS
Negeri Kelantan dengan pihak UMNO atau dengan Barisan
Nasional telah memakan masa begitu lama maka pihak PAS
Negeri Kelantan merasa tidaklah perlu mengambil masa yang
lama lagi untuk mencapai penyelesaian.
DARURAT DI KELANTAN
Dalam masa tiga hari itu telah keluar kenyataan dari Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan hasrat mereka mahu mengadakan
pemerintahan ala-Mageran, surat-surat memanggil sidang khas Parlimen diedarkan
dan mesyuarat khas Kabinet juga dipanggil.
Tidak syak lagi segala-galanya bersifat ancaman yang pada asasnya untuk
memusnahkan Kerajaan PAS Kelantan. Sebagai orang-orang yang memikul
amanah rakyat dan amanah Allah dalam perjuangan menegakkan agama dan
syariatnya, petugas-petugas PAS tidak merasa gentar menghadapinya, lalu pada
masa yang dijanjikan pihak PAS telah menolak tempoh yang diberikan oleh
Perdana Menteri. Penolakan ini adalah sebagai formaliti semata-mata, kerana
Muka 23 / 37
penolakan yang sebenarnya telah dibuat sewaktu surat dari Jawatankuasa Khas itu
dihantar waktu menolak Formula Mahathir dan mengemukakan formula baru.
Jawatankuasa Agung PAS Pusat yang bersidang pada hari Ahad 6hb.
November telah mengambil keputusan tegas, iaitu menentang terus terhadap
cadangan hendak mewujudkan akta darurat di Kelantan serta mengarahkan
Menteri-Menteri Kabinet dari PAS menentangnya dalam kabinet dan jika ternyata
akta itu akan dibawa terus ke Parlimen, maka petugas-petugas dari PAS sebagai
Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, hendaklah meletakkan
jawatan masing-masing, serta semua ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat
dan Dewan Negara, hendaklah seberapa yang boleh berucap menentang akta
darurat Kelantan 1977. Barang siapa yang tidak patuh kepada arahan ini maka
ianya terpecat dengan sendirinya.
Hari Selasa 8hb. November 1977 adalah hari yang ditunggu bukan saja oleh
PAS tetapi oleh seluruh negara. Bagi Kerajaan Pusat hari itu ditunggu-tunggu
kerana itulah harinya mereka akan bentangkan akta darurat Kelantan yang pasti
akan diluluskan, meski pun sebahagian besar dari mereka tetap berdukacita
kerananya.
Nampak sekali bahawa mereka tidak menyangka bahawa pihak kita sampai
begitu sekali sanggup berkorban dalam menghadapi soal yang pokok dan hidup
mati seperti ini. Mereka menyangka bahawa orang-orang PAS ini boleh ditunjuk-
tunjuk begitu mudah sahaja. Selesai sahaja kami bersalam, dan pada ketika itu
sudah jelas Y.B. Tuan Haji Hasan Adli, tidak menyertai kita dan sebaliknya
menyokong akta itu. Kami meninggalkan bilik kabinet ke Bangunan Parlimen untuk
meminta agar tempat duduk kami ditukar. Perpisahan dalam Kabinet itu merupakan
satu kemenangan moral yang tak dapat dilupakan oleh mereka yang cintakan
perpaduan.
Pada pukul 3.20 petang itu Akta Darurat Kelantan dibentangkan dalam
Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri untuk bacaan kali pertama, dan kemudian
Dewan ditangguhkan untuk pukul 7.30 malam. Pada pukul 4.00 petang, DYM SPB
Yang Dipertuan Agung menitahkan perisytiharan darurat di Negeri Kelantan. Pada
Muka 24 / 37
pukul 7.36 malam itu, akta tersebut dibacakan untuk kali kedua dan ketiga untuk
diluluskan. Saya telah membuat ucapan panjang lebar memberikan sebab-sebab
kenapa rang undang-undang itu tidak perlu. Antara tentangan tersebut
menyebutkan bahawa rundingan belum sampai ke mana, dan cadangan balas kita
tidak dibincangkan langsung.
Dari segi prinsipnya, gabungan yang bernama Barisan Nasional ini sudah
melampaui batasnya yang sebenar. Dalam gabungan yang longgar seperti Barisan
Nasional, mana-mana pihak pun tidak seharusnya melanjutkan tangan begitu jauh
hingga ke dalam diri mana-mana parti komponen. Setiap partai mempunyai aturan
dan kaedahnya sendiri. Lainlah kalau kita ini dalam satu partai, bolehlah memecat
mana-mana ahli yang tidak patuh kepada disiplin. Itupun ada kaedahnya. Dan kita
bukan satu cawangan dari UMNO atau satu cawangan dari Barisan Nasional. Kita
sama-sama mempunyai identiti. Dari segi protokolnya kita adalah setaraf.
Muka 25 / 37
Saya yakin bahawa anasir-anasir tidak sihat mempengaruhi Barisan
Nasional ini untuk memecah belahkan rakyat, terutama perpaduan orang-orang
Melayu.
Parti PPR menentangnya dan wakil-wakil PAS mengambil sikap tunggu dan
lihat pertelagahan mereka, kerana tidak ingin lagi mengulang-ulang hujah yang
sama yang telah dihujahkan sebelumnya.
Keputusan apa yang dinamakan 'mesyuarat' itu antara lain berbunyi: ' . . .
Parti PAS yang didapati telah melanggar disiplin parti mengikut pentafsiran yang
baru dibuat terhadap Fasal 14 Perlembagaan Barisan Nasional sepatutnya
memecat ahli-ahlinya sesudah Usul Pentafsiran itu diluluskan. Sungguhpun
demikian, Parti PAS diberi tempoh selama 4 hari mulai daripada hari ini untuk
mengikut keputusan ini. Jika tidak, dengan sendirinya Parti PAS dipecat daripada
Barisan Nasional . . ."'
Muka 26 / 37
Ayat-ayat tersebut nampak sekali berliku liku. Jika Parti PAS didapati
melanggar disiplin, kenapa tidak dipecat terus, sebaliknya meminta PAS memecat
ahli-ahlinya, cara-nya memang menggelikan. Kenapakah sehingga demikian
likunya sengaja dibuat, kerana mereka sedar implikasinya bagi masyarakat
terutamanya masyarakat Melayu.
Kita hanya tidak dapat kompromi dengan sebahagian pemimpin UMNO yang
bertindak songsang dan serong untuk memakan dan menelan kawan, manusia
sebangsa dengan mereka, demi membina kepentingan politik jangka pendek dan
jangka panjangnya hingga tergamak melupakan kepentingan keseluruhan nasib
bangsa dan negara mereka.
Muka 27 / 37
Bayangan dari kenyataan tersebut jelaslah tidak memberi gambaran yang
optimistik tentang perpaduan orang Melayu dan perkembangan agama Islam. Yang
terbayang ialah dendam kesumat yang sepatutnya tidak ada kepada orang yang
bercita-cita untuk jadi Pemimpin Negara.
Sebenarnya, masalah pokok yang timbul di Kedah itu berpunca dari rasa
tidak puas hati rakyat negeri tersebut, terutama dalam kawasan Dewan Undangan
Negeri Kupang yang berdekatan dengan Baling, di mana suatu demonstrasi rakyat
pernah berlaku beberapa tahun lalu.
Hanya sedikit si lap faham timbul, kerana kes ini lahir sewaktu krisis
Kelantan sedang bergolak hingga mudahlah kepada tukang-tukang reka menokok
tarn bah dan mengaitkannya dengan Kerajaan ala-Mageran di Kelantan. Bagi
Muka 28 / 37
orang-orang yang rasional, tidaklah timbul masalah yang menakutkan. Tidak
menasabah bagi PAS untuk merampas kuasa, tetapi adalah kewajipan PAS untuk
menyedarkan pihak-pihak yang memerintah bagi mengatasi masalah kepincangan
yang berlaku dan kemunduran yang berpanjangan.
Pemerintahan negara ini akan menjadi kelam kabut jika apa saja langkah
yang jujur dari rakyat atau wakil rakyat, dianggap sebagai mencabar perpaduan
dan kepimpinan. Kita tidaklah mahu mengajar itik berenang, tetapi wajar sekali
untuk mengingatkan bahawa sesuatu masalah haruslah dihadapi dengan tenang
dan kepala dingin, bukan dengan panik dan kehilangan tuju. Pada 21 hb. Disember
yang baru lepas Usui itu selamat dikemukakan dan dibahas di dalam Dewan
Undangan Negeri Kedah, dan seperti yang diduga Usui itu telah pun ditolak
dengan suara terbanyak, iaitu 9 suara dari anggota PAS menyokong dan 14 suara
dari pihak Kerajaan menentang. Sebenarnya kalah menang dalam persoalan ini
tidak menjadi perhitungan, tapi jelaslah bahawa PAS telah berjaya membuka tabir
yang selama ini tidak ada siapa yang berani membukanya yang dengan demikian
terserlahlah hakikat yang selama ini tidak diketahui.
Perbahasan usul itu juga dapat memberi dua gambaran yang jelas, iaitu
perpaduan anggota PAS yang sering sengaja dipertikaikan dan kegoyahan sikap
sebahagian anggota pihak Kerajaan yang benar memahami dan maukan
kebenaran. Semuanya ini adalah rangkaian rantai dari scope perjuangan yang
luas. Bukan Kelantan, bukan Kedah tetapi meliputi negara seluruhnya.
Muka 29 / 37
bersemangat dari dulu. Tindakan drastik dari pihak lawan, menyentuh hati
nurani' umat dan hati nurani itu dapat memberi penilaian bahawa langkah-langkah
pihak lawan itu adalah langkah tidak sabar dan tidak jujur.
Repleksi ini memberi kesan yang besar kepada rakyat, baik di bandar dan di
kampung. Dengan kejadian ini PAS terbukti hidup, mendapat sambutan yang lebih
hangat dari masa-masa yang lalu.
Faktor yang pertama ialah ideologi yangterang dan jelas, yakni segala
sesuatu yang kita perjuangkan itu bukan saja jelas sasarannya untuk kita, maiah
boleh dijelaskan kepada sesiapa yang meminati dan menghajatinya. Jika kita
sudah yakin bahawa yang kita perjuangkan itu sangat benar, terang dan nyata
maka kita dengan sendirinya merasa bahawa apa yang kita perjuangkan itu sangat
berharga, dan kita berani mati kerananya.
Yang kedua ialah potensi yang cukup. Potensi dalam konteks ini ialah
'kekuatan' dan ianya mesti cukup yang boleh menentukan, yang bererti bahawa
kekuatan kita itu boleh dikerahkan bila-bila masa saja.
Muka 30 / 37
Yang ketiga ialah organisasi yang rapi. Termasuk dalam hukum organisasi
yang rapi ini ialah pembentukan anak-anak organisasi mengikut status sosialnya
dalam segenap peringkat.
Yang keempat dan terakhir ialah keampuhan dan ketepatan taktik dan
strategi, yakni kecekapan kita menggunakan masalah politik tertentu pada saat
tertentu sebagai taktiknya. Adapun strateginya pula ialah kemampuan kita
menggunakan masalah politik untuk mencapai rencana perjuangan dalam jangka
waktu tertentu bagi mencapai sasarannya yang mutlak. Dalam konteks perjuangan
PAS, maka sasarannya yang mutlak ialah supaya terjelmalah masyarakat yang
mengamalkan dasar-dasar Islam keseluruhannya. Kita yakin hanya dasar-dasar
Islam saja yang dapat memberi jawapan terhadap permasalahan dunia masa kini
dan bila-bila masa sekalipun.
Kini sampai ke suatu tahap yang walaupun kembali semula sebagai parti
pembangkang, tetapi kita menghadapi masalah yang berlainan, keadaan
masyarakat bertambah
maju dalam pemikiran, umat Islam kian matang dan lebih ramai yang
cintakan kepada Islam. Kerana itu satu pemu satan dan pembinaan ke arah
mencapai sasaran yang mutlak itu perlu dipertimbangkan dengan langkah-langkah
yang lebih positif. Kita perlu bergerak lebih positif sambil kekuatan kita disusun
semula, dipungut dan dihimpun dar semua potensi yang ada, yang memang bukan
kecil bagi mewujudkan kekuatan yang sebenar.
Kita mau organisasi kita berlipat ganda kemasnya dan perlulah dilatih
mujahid-mujahid teras yang mampu dan sanggup berhadapan dengan segala
suasana dan kemelut, di samping gigih bekerja sebagai pekerja partai.
Muka 31 / 37
pun sesuai dengan ajaran Islam di dalam lingkungan perlembagaan negara bagi
mencapai kemenangan yang lebih besar.
Kita sama-sama sedar, tiada parti politik yang tidak punya program untuk
menjadi parti memerintah, sebab hanya melalui kuasa pemerintahan sajalah
pemerintahan negara bukan pemerintahan negeri semata-mata dapat kita
melaksanakan keseluruhan daripada objektif dan program parti. Saya kira hanya
mereka yang baru bertatih dalam politik sahaja yang tidak mahu mengerti hakikat
ini.
Kita sedar tentunya dalam proses penyampaian kepada hakikat ini maka
peranan utama sebagai pembangkang ialah menjadi tenaga yang berkesan dalam
tugas 'check-and-balance' untuk menjamin bahawa demokrasi dalam negara ini
tidak diselewengkan. Kerana itu berperanan sebagai parti pembangkang tidaklah
semudah yang difikirkan. la menghendaki kesungguhan dan ketabahan serta
kejujuran yang tidak kurang sifatnya seperti waktu ianya menjadi parti yang
memerintah. Nyatalah di sini bahawa perubahan tapak tempat terdiri dan peralihan
tugas tidaklah mengurangkan kewajipan terhadap negara.
Mengikut YAB Datuk Perdana Menteri bahawa dengan keluarnya PAS dari
Barisan Nasional, perpaduan orang Melayu tidak jejas. Sejauh mana benarnya
pendapat beliau ini? Saya sendiri sewaktu ditanya oleh wartawan tentang
kenyataan tersebut, dengan cara ringkas saya menjawab: Untuk sementara waktu
biarlah saya meminjam kenyataan Perdana Menteri itu.
Muka 32 / 37
sama sekali tidak menguntungkan malah mengkaburkan zaman depan mereka dan
keturunannya.
Demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita ini adalah satu sistem yang
tidak mengenal ampun dan maaf, tidak mengenal tolak ansur, tidak mengenal
belas kasihan, tidak mengenal nilai-nilai perasaan dari naluri suku kaum dan
bangsa dalam kancah pergolakan perebutan kuasa.
Sejak meninggalnya Tun Dr, Ismail yang kemudian diikuti oleh Tun Razak,
dan kemudian daripada itu meninggal pula Tan Sri Albar Singa UMNO, sedangkan
Datuk Harun Idris terpaksa berhempas pulas diterunggu pengorbanan, maka
UMNO menghadapi suatu kamelut pimpinan yang paling hebat dalam sejarahnya.
Muka 33 / 37
kuasa cukup menarik perhatian. Sungguhpun parti PAS sendiri mungkin tidak
boleh dikecualikan dalam soal ini, akan tetapi ianya tidaklah parah, masih boleh
disebut lumayan justeru oleh kerana Islam sebagai tali pengikatnya cukup mampan
untuk membantu anggota dan pengikutnya memberikan penilaian dan
penghukuman. Oleh kerana UMNO dianggap dan menganggap dirinya sebagai
parti terbesar dan parti berkuasa di negara kita ini, maka sebarang pergelutan
'power srtuggle' di dalamnya akan menimbulkan implikasi yang besar kepada
struktur politik negara dan masyarakat.
Apa yang berlaku sekarang ini tentang perpecahan antara PAS dan UMNO
adalah akibat lambungan ombak dari gelombang pertarungan itu. Kita sentiasa
memerhatikan semua persoalan politik negara dengan cermat dan teliti, PAS
menyertai kerajaan Campuran dan Barisan Nasional dengan penuh perhitungan
dan waspada dan kita dikeluarkan dari Barisan di tengah-tengah kesedaran dan
kewaspadaan kita sendiri pada ketika mana mereka sedang kepanasan dan peluh
meleleh dalam masa 'interlude*. Sekali lagi jangan kita merasa heran jika dalam
suasana demikian orangsering lupa kepada persoalan pokok — persoalan zaman
depan dengan bangsa dan agamanya — ya, persoalan perpaduan bumiputera
mengikut istilah yang masih dipakai sekarang.
Dasar Jus Soli dan kerakyatan belum dianggap basi, la tetap baru.
Pendaftaran pengundi baru tahun ini tentunya ada kaitan; dan semacam suatu
kebimbangan telah menular; kebimbangan yang punya asas dan punya sifat
sendiri. Begitulah suasana sewaktu PAS di dalam yang boleh dianggap tenaga
politik bumiputera dan umat Islam padu? Apalagi sekarang sesudah kita ditendang
keluar?
Hendak ke mana kita ini sebenarnya? Saya gunakan perkataan 'KITA' di sini
untuk bumiputera, Melayu, umat Islam seluruhnya. Cukupkah tahap perjuangan
kita ke tahap BERKUASA sahaja? cukupkah kita dengan demokrasi yang ada
untuk kita berkuasa? Sedangkan demokrasi yang kita bentuk dan kita pelihara
tidak punya tenaga sendiri, tenaganya ialah rakyat, ialah pengundi. Malah KUASA
juga tiada nilai sendiri, nilainya ialah pada cita-cita suci yang dipikulkan di atas tiap
Muka 34 / 37
bahu kita oleh Allah SWT, yang mesti diperjuangkan dengan apa saja yang ada,
jika tidak, berlakulah sunnah Allah:
dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan
menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu.
Muhammad : 38
Kini betapakah sikap yang harus kita ambil? Nasi sebenarnya belum
menjadi bubur. Langkah-langkah positif masih terbuka. Meskipun PAS berada di
kem lain dengan fungsinya yang berlainan, namun tiada siapa yang boleh
menghalang kita dari mengambil langkah sederap dan sederup dalam menghadapi
soal ini yang begitu serius dan sensitif. Jangan lupa tiada bunyi yang boleh terbit
dari tepukan angin sebelah tangan.
Muka 35 / 37
5) Memainkan peranan yang konstraktif dan bertanggungjawab sebagai
pembangkang dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri,
kecuali Kelantan negeri yang kita kuasai, yang sedang dalam
gantungan, dan di negeri Johor yang belum ada wakilnya.
Inilah di antara program perjuangan PAS dalam jangka waktu yang tertentu
yang mesti kita penuhi. Kejayaannya adalah bergantung kepada keteguhan iman
serta kebulatan tekad dan azam kita, keuletan dan keberanian kita berjuang,
kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran
dan kesediaan serta kesanggupan kita menerima sebarang risiko. Hanya dengan
paduan keempat-empat ciri perjuangan ini sahaja parti kita akan mencapai
kejayaan dengan izin Allah.
PENUTUP
Saya rasa selama kita pernah bermuktamar dan bermesyuarat agung, sama
ada muktamar biasa atau muktamar khas, maka ucapan dasar yang saya
sampaikan pada muktamar khas hari ini adalah yang terpanjang sekali. Saya
memohon maaf kerana mengambil masa saudara-saudara begitu lama bagi
menyampaikan ucapan ini. Saya mengambil kesimpulan bahawa adalah kewajipan
bagi saya dengan secara terus terang menerangkan kepada saudara-saudara
beberapa fakta dan selok-belok pergolakan politik parti dan negara agar sekaligus
dapat kita seluruhnya memahami persoalan yang sama-sama kita hadapi
sekarang.
Politik 'divide and Rule' ini adalah pusaka tua yang ditinggal oleh penjajahan
dulu. Tapi rupanya keris tua itu masih terpakai juga. Hanya bergantunglah semata-
mata kepada dapat atau tidak kita ditembusi oleh keris berkarat itu.
Muka 36 / 37
Jika iman kita tebal dan pengertian politik kita pejal, keris berkarat itu akan
patah hujungnya. Jika tidak, lukalah kita, luka berbisa oleh padahnya karat-karat
kotor yang membawa merana sepanjang zaman. Apakah generasi Islam Malaysia
yang akan datang akan menerima peninggalan sebuah munazzamah Islamiah
yang sedang nazak atau sebuah munazzamah Islamiah yang segar dan sihat
adalah bergantung kepada sikap kita sekarang.
Hari ini saya telah lahirkan pendirian dan pendapat saya. Selagi pendirian
dan pendapat ini dapat diterima oleh saudara-saudara sekelian maka saya tetap
bersedia meneruskan pimpinan PAS ini sehingga ke suatu muktamar di mana
mungkin datang pengganti mengambil alih dengan persetujuan muktamar atau
sehingga Allah menentukan qadha dan qadarnya.
Muka 37 / 37