Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Saturday, May 15th, 2010 | Posted by AIDC Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (4) Bermula di United Kingdom Dari

i egroup AIDC Pada 24 Januari 2005, Anwar Ibrahim mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan para penyokongnya di Malaysia kerana mulai tarikh itu beliau berhijrah ke United Kingdom (UK) untuk menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthonys College, Oxford. Sumber Akhbar Mahasiswa melaporkan kedatangan Anwar di UK dan jawatan pensyarah pelawat itu hasil pertolongan Sir Christopher Patten, seorang rakan karib Anwar yang pernah menjadi Gabenor British di Hong Kong dan sekarang menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Antarabangsa di Eropah. Christopher Pattern mulai berkenalan dengan Anwar sekitar tahun 1997, ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, manakala Chris Pattern merupakan Gabenor di Hong Kong. Mulai tahun 2005, Chris Pattern kembali semula ke UK dan dilantik menjadi Canselor di Universiti Oxford. St Anthonys College merupakan salah satu kolej di bawah Universiti Oxford. Chris Pattern atau juga dikenali Lord Pattern merupakan Pesuruhjaya Eropah yang terlibat secara langsung dengan polisi luar negara. Beliau bersahabat baik dengan George Soros yang bersama-sama terlibat dalam ICG (International Crisis Group). Dalam ICG, yang ditaja oleh George Soros, Chris Pattern dilantik sebagai salah seorang Pengerusi ICG. Selain Chris Pattern, seorang lagi Pengerusi ICG adalah Thomas R Pickering, bekas Duta Amerika Syarikat ke Israel. Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006.

George Soros (tengah) dan Chris Pattern (kanan)

Thomas R Pickering (kiri) bersama George Soros (kanan) dalam mesyuarat International Crisis Group Di sini terdapat beberapa persoalan berkenaan perkaitan Chris Pattern, Anwar Ibrahim dan George Soros. Sumber yang memaklumkan pelantikan Anwar di St Anthonys College, selain dari Akhbar Mahasiswa adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang pernah menulis di Malaysia-Today sekitar tahun 2005. Sekarang RPK juga melarikan diri ke London. Begitu juga Anwar Ibrahim, sebelum ke Amerika Syarikat, beliau memulakan transit di London. Chris Pattern adalah godfather yang berpengaruh melindungi Anwar dan menempatkan Anwar di salah satu kolej kawalannya (St Anthonys College). George Soros juga menjadikan kota London sebagai transit keduanya selepas Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Al Gore, selepas parti Demokrat kalah di Amerika Syarikat, beliau melarikan harta-harta kepunyaannya dan aset parti Demokrat ke kota London, bernaung di bawah Generation Investment Management Group (GIM). Sekitar tahun 1997/1998, Chris Pattern dan George Soros berpengakalan di Hong Kong. Pada tahun itu juga krisis ekonomi melanda Malaysia dan Dr Mahathir menuduh George Soros adalah seorang penyangak yang berada di belakang kemerosotan ekonomi itu kerana manipulasi matawangnya itu. Anwar ketika itu adalah Menteri Kewangan Malaysia. Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) mengesahkan George Soros berada di belakang Anwar dalam serangan ekonomi di Malaysia itu. Tulis Mike Billington : Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada tahun 1997-1998 oleh George Soros dan menjadi rakan serigala yang ditaja olehnya. Beliau (Anwar) mengatakan bahawa sesuatu yang amat berfaedah daripada IMF akan datang ke Malaysia dan berbincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai projek mega yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan kroni yang

terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut. Beliau (Anwar) mengakui telah membawa cadangan Soros kepada pembuat dasar (Kerajaan Malaysia) dan beliau telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri yang sangat bodoh. . Dalam tulisan lain,Mike Billington yang bertajuk Gores Racist Assault Against Malaysia penulis turut menulis mengenai reaksi George Soros apabila dipecat dari kerajaan dan dipenjarakan. Billington menulis : Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu kroninya dengan membelanjakan ekonomi: Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa, kata George Soros. Berdasarkan kedua-dua tulisan Mike Billington ini dapat disimpulkan perancangan yang membawa Anwar ke London di dalangi oleh George Soros dengan menggunakan perantara Chris Pattern. Berdasarkan tulisan Billington itu terdapat tiga godfather Yahudi yang berkongsi aset yang sama ke atas Anwar Ibrahim iaitu George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz. Pendapat Mike Billington ini diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Anwar dalam ICG. George Soros merupakan penaja utama ICG, dan Chris Pattern merupakan salah seorang pengerusi yang dilantik hasil cadangan George Soros. Dari kesemua ahli jawatankuasa ICG hanya Anwar sahaja muslim. 12 orang jawatankuasanya adalah bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika Syarikat yang kebanyakannya dari bangsa Yahudi beraliran Zionis. Manakala selebihnya wakil-wakil negara yang pro Israel. Kesimpulannya rangkaian Anwar di seluruh dunia hari ini dibina melalui rangkaian ICG. Manakala dasar ICG yang ditaja oleh Soros adalah pro Israel iaitu untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Maka tidak hairan, ICG memulakan inisiatif untuk mempromosi Annapolis Summit dengan cadangan two state solution (mengiktiraf Negara Israel dan Palestin) dan Anwar adalah salah seorang yang menyokong cadangan tersebut.

Oleh Mike Billington Anwar Ibrahim : Re-branding dari banduan kepada bakal PM [AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) yang bertajuk "Malaysia's Anwar Ibrahim: Wolfowitz's Knife in Asia's Back ". Serentak dengan pengesahan Paul Wolfowitz memegang jawatan Pengerusi Bank Dunia, (secara logiknya boleh dipersoalkan kerana beliau berada di dalam satu jawatan yang membenarkannya pembunuhan lebih ramai manusia daripada apa yang pernah dilakukannya di Jabatan Pertahanan), kawan lama Wolfowitz, Anwar Ibrahim dari Malaysia, telah muncul semula dalam kancah politik dunia.

Apabila Anwar dibebaskan pada tahun lepas selepas berada selama 6 tahun di penjara

Malaysia, beliau terus menuju ke Jerman, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya di Eropah. Pada 5 April, SAIS (School for Advanced International Studies), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS sebaik sahaja Anwar menamatkan catatan diari penjaranya.

Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu sebelum diperangi (preemptive war), melaksanakan demokrasi ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan. Pada 1995, Anwar telah menjadi tetamu Wolfowitz di SAIS dan Anwar telah disambut seperti seorang pejuang yang telah pulang.

Institusi-institusi lain di Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan sosial masyarakat sepert NED (National For Endownment of Democracy) juga telah

memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai Democrat of The Year. Apabila diberitahu mengenai pelantikan Anwar di SAIS, seorang pegawai kerajaan Malaysia telah mengeluh dengan mengatakan, Ah, inilah caranya Amerika Syarikat merancang untuk menaja kegiatan subversif di Malaysia!. Wolfowitz, mengetuai pelaksanaan neo-konservatif kepada empayar Amerika Syarikat selama beberapa dekad lepas, menggunakan Anwar sebagai salah satu senjata di Asia, yang bertujuan untuk menggagalkan penyatuan tindakan Negara Asia dan Eropah dalam menghadapi kejatuhan dolar dan sistem kewangan berpusat yang dimain peranan oleh IMF (International Monetry Fund). Sasaran utama adalah China. Rancangan Wolfowitz adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam ASEAN dan pakatan yang sedang dibentuk bersama dengan negara China, dengan menjadikan Indonesia sebagai musuh Malaysia, di mana kedua-dua buah negara ini berada di tengah-tengah ASEAN. Anwar memainkan peranannnya dalam rancangan tersebut. Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada tahun 1997-1998 oleh George Soros dan menjadi rakan serigala yang ditaja olehnya. Ketika Indonesia dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara yang lain tunduk kepada tuntutan IMF, dengan menyerahkan ekonomi mereka dimusnahkan secara kekerasan bersyarat dengan menukarkannya kepada pelepasan hutang sementara dan seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang negara-negara tersebut, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bin Mohamad, enggan menyerahkan nasib rakyat kepada arahan IMF. Pada mulanya, Dr. Mahathir telah membenarkan Anwar yang sebelum itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengikuti pandangan peribadinya yang dikenali sebagai Polisi-polisi IMF tanpa IMF : melangkaui kekerasan IMF, menaikkan kadar faedah dan pembatalan projek infrastruktur utama. Pada Musim Panas 1998, negara yang telah meminta bantuan IMF, telah menjadi miskin, rakyat menjadi papa, sistem perbankan telah muflis, mawatang didagangkan secara bebas, dan kerajaan Indonesia tersungkur di hadapan Pengarah Urusan IMF dan akhirnya, keseluruhannya rebah. Thailand dan Korea juga menerima nasib yang sama tetapi tidak seteruk Indonesia. Malaysia juga menuju ke arah yang sama. Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia, melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoks itu, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar dan memecat Anwar Ibrahim.

Anwar dan pengikutnya sukar dikawal telah mengamuk dan cuba untuk melancarkan pemberontakan bagi menjatuhkan Dr. Mahathir. Walaupun menerima sokongan secara terbuka daripada Neo-Konservatif di Barat, terutamanya Naib Presiden, Amerika Syarikat Al Gore dan Setiausaha Negara, Madeleine Albright, pemberontakan kuasa rakyat oleh Anwar menemui jalan buntu dan akhirnya beliau telah dipenjarakan di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan moral. Keputusan itu diketahui umum. Walaupun dikutuk oleh IMF dan institusi perbankan AngloAmerika, dengan menuduh Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke arah kemusnahan, negaranya akan menjadi muflis, mengasingkan Malaysia dari dunia yang bertanggungjawab dan akhirnya akan mengemis bantuan IMF, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku. Apabila pelbagai negara terikat dan menderita akibat krisis sosial serta peningkatan kemiskinan secara besar-besaran, Malaysia berada di antara negara-negara Asia yang diserang speculator telah dapat mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi menjadi semakin baik. Kemusnahan teruk berlaku di negara jiran, Indonesia, di mana matawangnya telah jatuh satu pertiga daripada nilai asal, dan ini telah menjadikan hutang negara Indonesia dengan negara lain meningkat secara maya dalam tempoh semalaman dan pada masa yang sama, kadar kemiskinan meningkat. Hanya separuh daripada ekonomi Indonesia pulih sehingga ke hari ini. Malahan IMF mengakui bahawa kekerasan yang kejam dan polisi pengurangan kredit yang telah dikenakan terhadap kerajaan Indonesia yang terdesak merupakan satu kesilapan besar. Pujian terhadap IMF dan Wolfowitz

Dalam satu acara, Anwar membuat penampilan terbaru di SAIS, EIR telah mengajukan soalan berikut kepadanya : IMF telah mengakui bahawa arahan kepada ekonomi Asia selepas serangan spekulatif pada 1997-98 telah menyebabkan krisis berlaku bertambah teruk. Dasar anda terhadap Malaysia telah diketahui seiring dengan IMF, sehinggalah dasar tersebut diterbalikkan oleh kawalan matawang oleh Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama anda dipecat. Adakah pada masa sekarang, anda mengakui bahawa, sekiranya dasar anda itu diikuti, kesannya akan menjadikannya sebagai satu kemusnahan yang besar kepada negara anda ? Respon Anwar dan dari ucapannya secara umumnya, menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat dalam mendapatkan semula jawatan di dalam negaranya, malahan di dalam parti yang telah ditubuhkan ( Parti Keadilan Rakyat ) untuk mendapatkan sokongan selepas penahanannya. Lebih tepat, beliau memuji nama tokoh-tokoh dan dasar-dasar yang paling dibenci (di Malaysia dan di tempat lain) iaitu George Soros, arkitek spekulasi global ; Paul Wolfowitz, promoter pre-emptive war ; dan IMF yang korup dan dikecam. Sudah tentu, saya betul, Anwar menyatakan secara rasmi. Beliau mendakwa bahawa terdapat beberapa perbezaan di antaranya dan IMF tetapi cara negara membelanjakan wang perlu dititikberatkan, sama ada cara tersebut mengikut langkah IMF atau pun tidak.

Beliau mengatakan bahawa sesuatu yang amat berfaedah daripada IMF akan datang ke Malaysia dan berbincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai projek mega yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan kroni yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut. Beliau mengakui telah memberitahu cadangan Soros kepada pembuat dasar dan telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri yang sangat bodoh. Berkenaan kejayaan program Dr. Mahathir dalam menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib yang sama dengan negara jiran, Anwar berkata : Ya, pembangunan ekonomi menjadi kukuh, rakyat bebas dari kemiskinan tetapi semuanya adalah di atas permukaan sahaja. Di bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemerintah kuku besi dan tiada kebebasan media. Paling menjelikkan, malahan terhadap penyokongnya di Malaysia, pujian keterlaluan Anwar terhadap Wolfowitz. Di dalam satu temuramah Bloomberg di Hong Kong, pada 18 Mac, Anwar mengalualukan pelantikan Wolfowitz sebagai Pengerusi Bank Dunia, dengan mengatakan Wolfowitz dengan sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu keniskinan, kemusnahan alam sekitar, keadaan taraf hidup dan isu kesihatan yang menjadi agenda utama Bank Dunia. Ketika rakyat Iraq mendapati kesemua keperibadian Wolfowitz yang dinyatakan itu tidak lebih sebagai satu hiburan, Anwar secara berhati-hati menjelaskan bahawa beliau bukan penyokong dalam pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq.

Bagaimanapun, beliau mempamerkan sikap kesanggupannya untuk mempertahankan neokenservatif yang menajanya dengan menambah: Tetapi saya tidak percaya bahawa perang tersebut dilancarkan ke atas Muslim atau rakyat Iraq. Timbalan Presiden Parti Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, secara terburu-buru telah mengelakkan dirinya daripada pujian terhadap Wolfowitz yang dibenci oleh pelbagai pihak. Dia merupakan seorang penasihat, Syed Husin Ali memberitahu Malaysiakini pada April dengan merujuk kepada Anwar Ibrahim. Dia boleh memberikan nasihat kepada kami, tetapi dia tidak boleh menentukan dasar parti, katanya, menegaskan bahawa pembelaan Anwar terhadap Wolfowitz hanya merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan kedudukannya dalam parti.

ANWAR IBRAHIM NAMED TO INTERNATIONAL CRISIS GROUP BOARD (MaximsNews.com, UN)

UNITED NATIONS - / www.MaximsNews.com, UN/ - 30 June 2006MaximsNews columnist and potential U.N. Secretary-General candidate Anwar Ibrahim has just been named to the board of the highly regarded International Crisis Group. The former Malaysian deputy prime minister is one of eight new members appointed to the board of the organization based in Brussels, Belgium. The ICG is an independent, non-profit, non-governmental organization dedicated to preventing and resolving deadly conflict. Anwar was recently quoted as saying that he had been approached by several international leaders to consider a candidacy for the post of U.N. SecretaryGeneral. Anwar said he had told the leaders it was "too premature" for him to give a definite commitment and that he had "not given it serious thought." Incumbent Secretary-General Kofi Annan's term expires 31 December, and the U.N. Security Council is scheduled to officially begin discussing his successor in July. A vote by the U.N. General Assembly endorsing the Security Council's choice is expected by October

Menjadikan Indonesia musuh Malaysia Penunjuk terhadap niat Anwar (atau lebih tepat, niat Wolfowitz, dengan bantuan Anwar) telah didedahkan dalam cubaannya merancang penentangan Indonesia terhadap Malaysia. Transformasi demokratik Indonesia semenjak kejatuhan 1997, menurut Anwar, merupakan satu perkembangan penting dalam dunia Islam pada abad ini. Walaupun ramai pihak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah model kejayaan negara Islam demokratik, kata Anwar, itu adalah satu kesilapan secara keseluruhannya. Malaysia mengamalkan pemerintahan diktator, walaupun selepas persaraan Dr. Mahathir, beliau menegaskan, manakala model demokrasi Islam yang sebenar adalah Indonesia. Secara ironiknya, Anwar mengakui bahawa Indonesia sangat memerlukan pembangunan ekonomi dan menamatkan rasuah, tetapi percanggahan ini tidak dilihat sebagai penting. Dalam satu temuramah dengan The Age dari Australia pada 21 Mac, Anwar menjelaskan pembinasaan ekoran kemusnahan ekonomi Asia 1997-98 sebagai satu perkembangan positif, Satu ribut kreatif yang menggegarkan rasa puas hati masyarakat Asia dan kerajaan.

Hubungan dengan Australia merupakan sesuatu yang bermakna. Kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri John Howard mengadakan hubungan yang erat dengan Pentadbiran Bush dalam kesemua perkara strategik dan menyertai usaha Wolfowitz untuk memujuk Kerajaan Baru Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyertai regim neo-konservatif di Washington dan Canberra, sebagai pertukaran untuk perjanjian ketenteraan dan pelaburan. Howard telah menggalakkan Yudhoyono untuk menyokong usaha Australia bersama sebagai ahli perintis kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) apabila dilancarkan pada tahun ini. Cadangan ini ditentang dengan keras oleh Malaysia dan China, bersama-sama negaranegara lain, dan ini telah meletakkan Indonesia berselisih faham dengan Malaysia. Howard, bagaimanapun, telah memusnahkan semua peluang yang dimilikinya untuk memasukkan Australia ke dalam EAS apabila beliau enggan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN (Treaty of Amity and Cooperation with ASEAN), walaupun perjanjian itu ditandatangani oleh Jepun, China, South Korea dan India bersama negara lain. Perjanjian tersebut menafikan penggunaan serangan ketenteraan terhadap negara yang menandatanganinya. Howard, seperti Pentadbiran Bush, enggan menggugurkan hak campurtangan ketenteraan pre-emptive terhadap negara jiran, bahawa tiada negara yang mampu menafikannya semasa era Bush/Cheney. Wolfowitz menggambarkan dirinya sebagai sahabat Indonesia, menggunakan pengalamannya sebagai Duta ke Indonesia pada tahun 1980-an sebagai bukti kecekapannya untuk menguruskan Bank Dunia. Rakyat Indonesia mempunyai pandangan berbeza terhadap saya ulas Wolfowitz kepada Bloomberg News pada 18 Mac.

Ketika Anwar membandingkan demokrasi Indonesia dengan andaian pemerintahan diktator di Malaysia, Wolfowitz kerap kali membandingkan Indonesia dengan negara Islam di Asia Barat untuk membuktikan pengembaraan ketenteraan Amerika Syarikat telah membawa demokrasi kepada orang Arab. Wolfowitz berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia dari 1986 hingga 1989, ketika wang panas mencurah-curah masuk ke dalam negara tersebut, membawakan kemajuan yang sangat bermakna serta kemakmuran dan satu reputasi yang baik kepada Wolfowitz. Bagaimanapun, sesuatu yang menyakitkan untuk dipelajari selepas 1997-98, di mana kontrak negara asing yang membawa masuk pembangunan ini merupakan pembunuh upahan ekonomi, dan kesemua risiko kejatuhan ekonomi ini diletakkan di sebelah pihak Indonesia. Sebagai contoh Enron dan syarikat kuasa yang lain berjaya dalam mendapatkan jaminan daripada kerajaan Suharto (secara kebiasaannya salah seorang ahli keluarga Suharto terlibat), bahawa kerajaan akan mendapat kapasiti penuh daripada stesen janakuasa sama ada digunakan atau tidak dan pada masa sama kuasa tersebut dibeli dengan harga tukaran dolar. Hutang negara asing juga dibayar menggunakan dolar. Apabila spekulator memusnahkan matawang dan ekonomi Indonesia pada 1997-98, hutang negara meningkat 3 kali ganda dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama kerajaan dipaksa membeli bekalan elektrik yang tidak perlu pada harga 3 kali ganda. Kenangan Wolfowitz sebagai salah seorang rakan Indonesia sedikit pudar. Peranan Wolfowitz seterusnya sebagai arkitek perang terhadapa Iraq menukarkan imejnya kepada hitam. Kepada Wolfowitz, untuk menggambarkan dirinya masih lagi dikagumi di Indonesia, adalah sama seperti fantasi Anwar yang neo-konservatif akan membantunya memenangi satu ruang untuknya supaya dihormati di Malaysia

Awas ! Bahaya Komplot Anwar & Al Gore

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.Foto ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan. Oleh Michael Billington [AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) yang bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia". Kepada sesiapa yang biasa dengan sejarah perkauman Al Gore, anti-pembangunan, dasar imperialis terhadap negara membangun, ia bukanlah satu kejutan untuk melihat beliau berkempen menentang ancaman kepanasan global yang dibuat-buat yang didakwanya berpunca daripada proses perindustrian. Kebenciannya terhadap mana-mana negara membangun yang enggan mengikuti arahan daripada pembiaya Anglo Dutch, Washington Consensus adalah bukti khusus dalam kes Malaysia. Executive Intelligence Review (EIR) baru-baru ini telah mendapat laporan bahawa Gore sekali lagi mengganggu hubungan dalaman Malaysia, berkonspirasi sekali lagi dengan Anwar Ibrahim (aset yang dikongsi bersama antara Al Gore dan Paul Wolfowitz) untuk menurunkan majoriti parti (pemerintah) di Malaysia dan mengambil alih kuasa, mewakili penaja kolonialnya. Di sini disertakan tinjauan semula sumbangan jahat Gore di Malaysia pada masa lepas : Pada November 1998, Presiden Clinton tidak dapat menghadiri mesyuarat penting Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC) kerana krisis ketenteraan di Balkan (yang telah dimulakan oleh Naib Presiden Al Gore dan rakannya, diplomat dan pemilik bank pelaburan Richard Holbrooke).

Clinton telah menghantar Gore mengganti tempatnya untuk mewakili Amerika Syarikat. Dua bulan sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir bin Mohamad telah melaksanakan kawalan mata wang dan kadar mata wang tetap, untuk melawan serangan mata wang Asia oleh rakan spekulator yang melindungi nilai wang. Clinton telah mempertimbangkan cadangan kawalan itu dengan merujuk sebagai reka bentuk kewangan antarabangsa baru, yang melihat Malaysia bergerak ke arah kawalan mata wang sebagai model yang berpotensi bagi negara membangun untuk melindungi diri mereka dalam kerangka kewangan baru. Bagaimanapun, dalam usaha membina hubungan di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, Gore melancarkan satu serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Mahathir, serta membela bekas Menteri Kewangan yang dipecat iaitu Anwar Ibrahim, yang sebelum ini telah mempertahankan syarat-sayarat yang diberikan oleh IMF dan menolak kawalan dasar-dasar Mahathir. Sebagai Menteri Kewangan (dan Timbalan Perdana Menteri), Anwar telah melaksanakan dasar kesederhanaan IMF tanpa IMF, sebelum Mahathir memecatnya. Kita perlu membakarnya Gore merupakan penceramah jemputan forum APEC pada 16 November, berkongsi pentas dengan Mahathir. Di luar pusat persidangan, penganut fahaman anarki (demonstrasi) yang menyokong Anwar merusuh di jalanan, menyeru untuk menggulingkan kerajaan. Mendakwa Malaysia tidak dapat mempertahankan keselamatannya, Gore mendesak pengurusan hotel menutup penghawa dingin, dikatakan untuk menghalang musuhnya meletakkan racun dalam sistem aliran penghawa dingin itu. Kemudian, di hadapan hadirin yang sedang berpeluh, Gore menghasut penganut fahaman anarki : Demokrasi dapat memberikan tanda pengesahan bahawa perubahan perlu dalam usaha untuk menjadi efektif, jadi di kalangan negara yang terjejas dalam krisis ekonomi, kami secara berterusan mendengar seruan untuk demokrasi, seruan untuk perubahan dalam banyak bahasa. Kuasa rakyat. Reformasi. Kita mendengarnya pada hari ini, di sini, sekarang, di kalangan rakyat Malaysia yang berani. Menteri Perdagangan Rafidah Aziz menamakannya ucapan yang paling jijik yang saya dengar dalam hidup saya, sementara Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Perdana Menteri) berkata : Malaysia mendapati perbuatan menghasut oleh kerajaan Amerika untuk tidak mengikut undang-undang, menggunakan cara yang tidak demokratik dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan, menjadi kebencian ramai. Rakyat Malaysia tidak senang dengan leteran kepura-puraan daripada mana-mana pihak asing, khususnya Amerika Syarikat yang diketahui sangat komited dalam pencabulan melampau hak asasi manusia.

Dr. Mahathir lebih berterus-terang : Kita perlu bakar dia. Al Gore tidak sayang kepada Malaysia dan juga rakyatnya. Al Gore dan kerajaannya hanya mahu memanipulasi dan mengawal negara kita. Gore tidak meminta maaf, tetapi memberitahu Perdana Menteri Rusia, Yevgeni Primakov (sasaran Gore yang lain untuk pertukaran rejim), Ini adalah mesej rakyat Amerika, dan saya bangga untuk menyampaikannya di sini dan ke mana sahaja saya pergi. Bergerak ke arah abad ke-21 dengan ekonomi yang kukuh benar-benar memerlukan demokrasi dan kerajaan sendiri. Rakan-rakanya cuba menyelamatkan Anwar Dua hari selepas kecaman Gore 1998 di Kuala Lumpur, Asian Wall Street Journal memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam muka surat editornya, untuk Anwar menunjukkan kesetiaan kepada IMF dan dasar penjajah : Tulis Anwar, Selain menuding jari kepada spekulator dan menyalahkan desakan yang tidak realistik yang diatur oleh agensi antarabangsa bertindak sebagai peminjam yang merupakan usaha terakhir, pertama sekali negara- negara Asia perlu meletakkan parlimen mereka dalam kawalan. Negara-negara Asia perlu menamatkan rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil, menyatakan komitmen mereka untuk membersihkan rasuah dan nepotisme, menamatkan jurang tarif dan membasmi subsidi, monopoli dan pilih kasihTerlalu banyak kepentingan menjadi taruhan. Melainkan angin kencang kemusnahan kreatif dilepaskan terhadap aktiviti korporat yang parasit [sebagai contoh industri nasional], ekonomi Asia tidak lagi akan mencapai perkembangan seperti sebelumnya.

Maksudnya sangat jelas; perkembangan seperti sebelumnya semasa era penjajahan, dengan penjajah menyediakan bahan mentah dan kos buruh yang murah, tetapi penjajah tiada rancangan yang bercita-cita besar untuk projek ganjil dalam kepentingan mereka sendiri. Beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu kroninya dengan membelanjakan ekonomi: Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa, kata George Soros. Pada Ogos 2004, apabila Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan rasuah dan liwat selepas 14 bulan perbicaraan, rakannya Al Gore, pada masa itu dalam bahang kempen Presiden melawan George W. Bush, mengambil masanya untuk bersuara lantang tentang kedaulatan undang-undang di Malaysia : Saya amat terganggu dengan keputusan yang diumumkan di Malaysia dalam kes Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Perbicaraan yang diadakan dipaksa untuk mempertahankan standard keadilan antarabangsa yang olok-olok. Rakan-Rakan Anwar di Washington Apabila Anwar dibebaskan daripada penjara pada 2004, dia disambut oleh dua sekutu rapat di Barat, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Paul Wolfowitz ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika menghabiskan masa tiga jam melawat Anwar di Munich. Banyak benda yang dibincangkan antara mereka berdua yang mengakibatkan selepas itu Anwar telah berhijrah dan bermastautin di Amerika selama dua tahun (2005-2007)

Barangkali Wolfowitz, pada ketika itu sedang melaksanakan versi tentera penukaran rejim di Iraq, telah mengaturkan Anwar untuk mendapatkan jawatan di John Hopkins University School for Advanced International Studies (SAIS) di mana Wolfowitz pernah menjadi dekan di SAIS universiti itu. Anwar juga telah mendapat jawatan di St. Anthonys College, Oxford, England, ketika dia bertemu Gore, pada masa itu sedang melaksanakan perlindungan nilai kewangan di London, di bawah Generation Investment Management. Anwar juga telah menghabiskan masa dengan rakan lamanya daripada oligarki (sekumpulan kecil orang yang berkuasa dalam pentadbiran) British, Chris Patten, bekas gabenor tertinggi Hong Kong, dan Gordon Brown, Perdana Menteri sekarang. Kemudian Anwar kembali ke Washington, beliau mendapat jawatan yang menguntungkan antara lain, bekerja untuk Wolfowitz di Bank Dunia, mengenakan syarat terhadap negara membangun yang menolak bentuk demokrasinya yang telah rosak. Dia juga terlibat dalam sebuah projek yang dipromosikan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya, Liz Cheney, iaitu satu kegiatan yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada di dunia Arab yang dinamakan Foundation for the Future . Apabila Wolfowitz perlu mencari tempat untuk menghantar teman wanitanya (Shaha Ali Riza), disebabkan potensi konflik kepentingan di Bank Dunia, Anwar menerimanya dengan tangan terbuka, mengalihkan hala tuju anti-rasuahnya ke arah yang lain apabila Wolfowitz mengaturkannya untuk membayar Shaha Ali Riza dengan gaji yang banyak tanpa cukai atas nama Bank Dunia. Wolfowitz tidak lama kemudian disingkirkan daripada jawatannya kerana kelakuan hipokrit itu, walaupun wakil daripada negara membangun di Bank Dunia mempunyai sebab yang lain yang lebih serius untuk membuangnya keluar dari Bank Dunia. Pada Februari 2006, Gore berkongsi pentas dengan Anwar di Jeddah Economic Forum, Arab Saudi. Gore berkongsi kedudukan dengan rakyat Malaysia yang lain pada 2007 : Gore dan Dr. Mahathir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan. Walaupun Gore menang, untuk cerita-cerita bohong genosid dalam filemnya, An Inconvenient Truth, Gore telah melaksanakan Keamanan untuk Kubur kepada berjuta-juta orang miskin di dunia.

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East 3rd Banking Excellent Award anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah. Ketiga-tiga mereka adalah anak buah Al Gore, mewakili Dubai, Malaysia dan Ireland. Anwar Ibrahim kembali dalam politik sekarang. Dia telah menyatukan semua pembangkang dalam satu pakatan di bawahnya, dengan parti fundamental Islam dan parti kaum yang mewakili pecahan minoriti Cina dan India, yang enggan bekerjasama dengan pakatan kerajaan. Walaupun parti- parti ini memenangi dua pertiga daripada kerusi parlimen, yang lebih daripada apa yang dimenangi oleh pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini, Anwar telah bercakap besar bahawa dia boleh memujuk beberapa Ahli Parlimen untuk beralih pihak. Adakah Al Gore, fasis hijau yang merupakan sebahagian daripada usaha pujukan Anwar itu?

Anwar Ibrahim ejen asing diupah menjajah semula Malaysia By aidceditor Oleh: Mike Billington Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros, merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa demokrasi pembangkang. Mereka meminta perubahan rejim disebabkan isu tempatan, mengalih perhatian daripada kejatuhan kewangan global dan perang dunia merentasi muka bumi. Tidak seperti di Malaysia, bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik Empayar Baru British, dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika serta gerakan fasis-hijau, secara terbuka mengisytiharkan dirinya untuk menjadi penyelamat baru Malaysia. Penyelamat syaitan ini, dibiayai dengan sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam kumpulan pemikir neocon dan universiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan niatnya untuk membayar (memujuk) bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya dan mengambil alih majoriti, kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri. Dia juga memenangi pilihan raya kecil bulan lepas di Pulau Pinang, menjadikannya ketua pembangkang rasmi di Parlimen. Sila bertemu dengan Anwar Ibrahim, yang dikenali oleh pembaca EIR sebagai jurucakap :

1. George Soros : Apabila Soros mengetuai serangan spekulatif terhadap Malaysia dan jirannya pada tahun 1997, Perdana Menteri pada ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad, berada dalam keadaan bersendirian di Asia, bertahan dengan melindungi nilai kewangan, dari IMF dan Bank Dunia, dengan mengenakan kawalan mata wang terhadap spekulator, dengan ini menyelamatkan populasinya daripada kemusnahan yang telah memusnahkan jirannya di Asia. Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan syarat IMF tanpa IMF, sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang. Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal. Soros membidas Mahathir dan mengugut bahawa Mahathir perlu dipecat dari jawatannya. Anwar memimpin demonstrasi anarki terhadap Mahathir, serta memanggilnya sebagai korup dan tidak demokratik. 2. Paul Wolfowitz : Arkitek neocon, arkitek utama perang haram dan gila di Iraq bagi pihak Tony Blair dan Dick Cheney, telah menjadi pembela yang lantang kepada Anwar, memberikannya pelbagai peluang pekerjaan kepada Anwar di Amerika Syarikat, ketika dia dibebaskan pada 2004, selepas menjalani hukuman selama 6tahun di atas tuduhan rasuah dan liwat. Pada 2005, apabila Wolfowitz dilantik untuk mengetuai Bank Dunia oleh George W. Bush, Anwar memujinya sebagai lelaki yang secara hebatnya percaya kepada kebebasan, dan memahami isu kemiskinan, pencemaran alam sekitar, keadaan tempat tinggal dan isu kesihatan yang banyak menjadi agenda Bank Dunia. Di Bank Dunia, Wolfowitz telah menyekat pembiayaan kepada negara yang enggan untuk menerima perintah Anglo-Amerika, mungkin juga membunuh lebih ramai orang daripada apa yang telah dilakukannya semasa menjawat jawatan di Jabatan Pertahanan Amerika. 3. Al Gore : Walaupun sebelum kempen pembunuhan bangsa olehnya untuk menyekat pembangunan Dunia Ketiga di bawah tipu helah pemanasan global, Al Gore telah datang ke Malaysia pada November 1998, dua bulan selepas Dr. Mahathir menentang IMF dan spekulator. Dia (Al Gore) berucap di mesyuarat APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) atau mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Anwar pada ketika itu sedang mengetuai kumpulan perusuh jalanan yang ganas di Kuala Lumpur, sementara Al Gore, bercakap sebelum Perdana Menteri Mahathir dan pemimpin daripada rantau Asia dan Pasifik berucap, dia memuji anarki jalanan sebagai orang Malaysia yang berani, mendesak untuk perubahan kepada Gore dan Anwar maksudkan adalah berkaitan dengan syarat-syarat IMF, dan membenarkan kawalan ekonomi oleh pihak luar tanpa batasan. Menteri Perdagangan Malaysia, Rafidah Aziz mengulas ucapan Gore sebagai ucapan yang paling menjijikkan yang pernah saya dengar dalam hidup saya, sementara Mahathir berkata, Kita perlu bakar dia (Gore). Dari mana sumber duit Anwar Sekarang, mari kita lihat beberapa pekerjaan Anwar beberapa tahun selepas dia dibebaskan daripada penjara, di atas tuduhan liwat pertamanya pada 2005-2007 : 1. Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) atau Sekolah pengajian Antarabangsa, John Hopkins, di mana rakannya Wolfowitz sebelum ini pernah menjadi dekan. 2. Georgetown University di Washington, D.C.

3. St. Anthonys College, Oxford, di mana dia kerap kali berjumpa dengan Al Gore, yang menjalankan pelindungan nilai aset di London, dengan mendapat keuntungan daripada tipu helahpenukaran karbon yang dicipta dengan penipuan pemanasan global. 4. Perunding kepada bank Dunia, diupah oleh Presiden Bank Dunia iaitu Paul Wolfowitz 5. Presiden Kehormat AccountAbility, London. 6. International Crisis Group atau Kumpulan Krisis Antarabangsa, satu kumpulan NGO, Organisasi Bukan Kerajaan terkenal yang dibiayai oleh Soros. 7. Foundation for the Future, atau Yayasan Masa Hadapan, yang diasaskan oleh Dick Cheney dan anak perempuannya Liz, untuk mempromosikan perubahan rejim di rantau Asia Tenggara. Anwar membenarkan Wolfowitz untuk meletakkan teman wanitanya (Shaha Riza) di dalam senarai penerima gaji dari yayasan tersebut, satu perlakuan rasuah yang menyebabkan Wolfowitz kehilangan jawatannya di Bank Dunia. Seperti yang dikatakan oleh seorang pegawai Malaysia kepada penulis apabila mendengar tentang pelbagai jawatan yang disandang oleh Anwar di Washington dan London : Ah, jadi inilah caranya mereka membiayai kegiatan subversif Anwar di Malaysia ! Dasar Anwar Ibrahim Anwar tidak melakukan apa-apa untuk menyembunyikan niatnya bagi menghentikan pembangunan perindustrian dan infrastruktur di Malaysia, dan secara umumnya keseluruhan sektor pembangunan. Dengan segera selepas dipecat pada 1998, Anwar memberitahu Asian Wall Street Journal bahawa negara membangun perlu berhenti dari menuding jari kepada spekulator dan meletakkan keadaan di negara mereka dalam keadaan yang teratur terlebih dahulu, dengan menghentikan rancangan projek pelik yang hebat. Dalam respons kepada soalan umum oleh penulis ini pada 2005, Anwar mempertahankan usahanya untuk melaksanakan rancangan jimat cermat IMF dan perintah perdagangan bebas ke atas Malaysia, walaupun pada hakikatnya dasar seperti itu kemudiannya memusnahkan ekonomi jiran Malaysia. Dasar IMF bermanfaat, katanya, dan cuba untuk menghentikan projek infrastruktur utama oleh Kerajaan Mahathir, khususnya Empangan Bakun di Sarawak, yang hanya bermanfaat untuk memperkayakan kroni Mahathir. Ya, pembangunannya berkesan, katanya, rakyat keluar dari kemiskinan tetapi itu hanya pada permukaan. Di bahagian bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemimpin kuku besi, dan tiada media yang bebas. Dia juga memberitahu The Age dari Australia bahawa pada 1997-98, perampasan oleh IMF/perlindungan nilai dan juga kemusnahan ekonomi Asia Tenggara merupakan satu taufan kemusnahan kreatif yang menggoncangkan rasa puas hati masyarakat dan kerajaan di Asia . Itulah sebab kenapa agen empayar British ini masih bertahan di Malaysia? Sistem kewangan dunia sedang runtuh, spekulasi yang dibawa oleh hiper inflasi yang tinggi terhadap harga minyak, bahan mentah dan makanan, berada di luar kawalan mana-mana kerajaan tempatan. Kerajaan sekarang yang dipimpin oleh bekas Timbalan Mahathir, Abdullah Badawi, pada mulanya tidak mahu mengakui bahawa (ekonomi) Malaysia akan dimusnahkan sekiranya tiada sebarang langkah kecemasan diambil bagi melindungi (ekonomi) daripada kemerosotan yang akan melanda.

Apabila harga minyak dan makanan melambung tinggi, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat disasarkan kepada kerajaan dengan cercaan Anwar yang fasis menghasut kepada populasi yang sedang marah. Beberapa bulan kemudian, bagaimanapun, kerajaan Abdullah menyedari impak krisis global terhadap negara mereka, dan mengambil langkah- langkah keselamatan untuk meningkatkan pengeluaran makanan, mengorak langkah pertama ke arah program kuasa nuklear yang serius, serta berkoordinasi dengan negara lain Asia Tenggara dalam bekerjasama dengan China dan India untuk projek pembangunan serantau, perlindungan kewangan bersama. Langkah tersebut adalah perlu, tetapi tidak cukup, untuk berhadapan dengan krisis tersebut tetapi ianya terlalu jelas, apa yang akan berlaku sekiranya British meletakkan budak mereka, Anwar di puncak kuasa.

AIDC menterjemah artikel Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review yang bertajuk British Empire Tool To Recolonize Malaysia

Anwar pupet Yahudi, sokong Annapolis Summit Dari egroup AIDC Setelah Anwar menandatangani two state solution yakni mengiktiraf negara Israel yang sah anjuran ICG, di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007, [klik sini dan di sini] sekali lagi Anwar menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007.Klik di sini Bermakna dua kali Anwar menandatangani surat sokongan penubuhan negara Israel yang sah. Pertama melalui mesyuarat ICG yang bermesyuarat di Vancouver, Kanada pada Mac 2007 dan kedua melalui surat sokongan kepada Presiden Bush yang diusahakan oleh tiga badan pemikir Amerika (ICG, USMEP & New American Foundation) pada 10 Oktober 2007. Two state solution anjuran ICG Dalam tandatangan pertama Anwar bersama 23 ahli mesyuarat ICG yang lain bersetuju dengan konsep yang kononnya two state solution. Iktiraf negara Israel yang sah dan iktiraf negara Palestin yang sah. Tetapi masalahnya di Palestin, ICG mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin, sedangkan majoriti muslim di sana mengetahui Mahmoud Abbas adalah pro Amerika Syarikat yang digelar sebagai proksi Israel. Sebab itu dapat disimpulkan two state solution penjanjian yang berat sebelah dan menguntungkan Israel. Pertama, Israel mendapat status sebuah negara yang sah, kedua; Israel mendapat pengiktirafan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam yang lain (seperti yang dicadangkan oleh ICG) dan ketiga Israel berjaya menabalkan Presiden boneka di Palestin, seandainya cadangan ICG diterima oleh penduduk Palestin. Jadi dapat disimpulkan, walaupun pada namanya nampak molek two state solution (solusi dua negara), tetapi yang membina kerangka itu adalah terdiri dari kumpulan zionis Amerika, yang berselindung di sebalik topeng ICG, terdiri daripada Morton Abramowitz,

Stephen Solarz dan Zbigniew Brzezinski, sampai kiamat pun mereka tetap membawa agenda kemenangan mutlak kepada Israel. Nampak molek pada permukaan, tetapi tersiratnya bahaya yang amat besar kepada seluruh umat Islam. Apatah lagi, badan ICG merupakan alat Yahudi Amerika yang disponsor oleh agen Yahudi Rothschild bernama George Soros. Seperti Anwar, sentiasa berceritakan yang molek-molek berkenaan ICG [klik di sini], tetapi di sebalik yang molek-molek itu sebenarnya Anwar diremote oleh Yahudi Amerika untuk menjadi spy dan musuh dalam selimut negara-negara Islam. Bukti penglibatan Anwar dalam menyokong agenda two state solution anjuran ICG didedahkan sendiri oleh laman web ICG, bertarikh 26 Mac 2007. Bukti klik di sini Annapolis Summit anjuran Presiden Bush Seterusnya Anwar sekali lagi menyatakan komitmen yang sama dalam menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007 untuk menyokong two state solution yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit. Bukti penglibatan Anwar dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit didedahkan oleh Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat dalam kempen tandatangan tersebut. Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons, klik di sini dan di sini dan di sini dan di sini dan di sini Kalau satu bukti, mungkin kita boleh beranggapan Steve Clemons tersilap memasukkan nama Anwar, tetapi bagaimana kalau lima bukti ? Adakah Steve Clemons kenal Anwar ? Pada tahun 2003, Steve Clemons telah menulis berkenaan Anwar Ibrahim dalam jurnal JPRI (Japan Policy Research Institute). Dalam tulisan itu, Clemons telah mendakwa Anwar Ibrahim membayar satu badan lobi Amerika yang korup iaitu APPC (Asia Pasific Policy Center) yang dimiliki oleh Doughlas Paal. Tujuan Anwar membayar badan pelobi Amerika yang korup itu adalah untuk menaikkan namanya di kaca mata pentadbir-pentadbir Amerika Syarikat. Tulis Clemons; Apabila Presiden George H.W. Bush bersara, Douglas Paal mengasaskan kumpulan pemikirnya sendiri, yang dinamakan Asia Pacific Policy Center (APPC).APPC juga menganjurkan beberapa siri lawatan ahli Kongres, khususnya Senat Amerika Syarikat ke Malaysia. Sesetengah pihak mendakwa bahawa dana penajaan ini datang daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Mahathir. Klik di sini

Steve Clemons bukan calang-calang orang. Dia merupakan penulis dan pemikir yang terlibat dalam banyak badan pemikir Amerika Syarikat, antaranya termasuk Nixon Center , Economic Strategy Institute, New America Foundation dan Japan Policy Research Institute. Bermakna kenyataan yang ditulis oleh Steve Clemons berkenaan dengan tandatangan sokongan Anwar terhadap Annapolis Summit dianggap bertanggungjawab dan berwibawa. Menurut Clemons, seramai 82 orang yang menandatangani surat sokongan itu dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripada mereka itu. Surat ini dihantar kepada Presiden Bush pada 10 Oktober 2007; 1. Tandatangan sokongan ini diketuai oleh 8 orang kepala-kepala Yahudi yang terlibat secara aktif dalam dalam tiga badan pemikir Yahudi Amerika Syarikat iaitu CFR (Council on Foreign Relations), ICG (International Crisis Group) dan USMEP (The U.S./Middle East Project). Lapan orang tersebut adalah Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker,Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C. Sorensen dan Paul Volcker. 2. Kemudian disusuli dengan tandatangan dari 74 aktivis masyarakat mewakili ICG, USMEP, New America Foundation, J Street dan individu-individu yang pro Israel. Anwar Ibrahim salah seorang daripada 74 aktivis itu yang mewakili CFR, ICG dan The Brookings Institution. 3. Daripada 82 orang itu, hanya 5 orang beragama Islam, manakala 77 lagi bukan Islam. Kebanyakan mereka adalah keturunan Yahudi yang amat bersimpati dengan Israel. 4. Daripada 5 wakil yang beragama Islam, tiada seorang pun wakil dari Hamas. Kesemua wakil Islam itu adalah tali barut Amerika Syarikat yang terlibat aktif dalam ICG atau USMEP yang kedua-dua badan pemikir itu disponsor oleh Yahudi Amerika. ICG disponsor oleh George Soros, manakala USMEP disponsor oleh Rockefeller. Mereka adalah Anwar Ibrahim (ICG), Fouad Alghanim (USMEP), Fouad Makhzoumi (USMEP), Ayo Obe (ICG) dan Adnan Abu Odeh (ICG) 5. Steve Clemons, juga merupakan salah seorang daripada 82 penandatangan sokongan tersebut. Beliau mewakili Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program 6. Majoriti daripada mereka adalah ahli CFR, terlibat dalam CIA, badan risikan/keselamatan, badan pemikir dan yayasan demokrasi Amerika Syarikat. Misalnya; John Edward McLaughlin (Bekas Timbalan Pengarah CIA di bawah Presiden Bush), Paul R. Pillar (Bekas Aktivis CIA di Vietnam), Frank Wisner, (Bekas Ketua Pengarah CIA), Harriet Babbitt, (Bekas Timbalan Pentadbiran USAID), Leon Fuerth,(Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore), Rita E. Hauser, (Bekas Penasihat Perisikan Luar Negara Presiden Bush), Samuel M. Hoskinson (Bekas Naib Pengerusi Majlis Perisikan Negara Presiden Bush), Lawrence Korb (Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan), Flynt Leverett (Bekas Penganalisis Kanan, Agensi Perisikan Pusat), Stephen J. Solarz (Bekas Pengarah NED/IRI) dan lain-lain lagi. 7. Di antara mereka terdapat bekas menteri Israel, duta Amerika ke Israel dan pemegang yayasan Israel seperti; Shlomo Ben-Ami (Bekas Menteri Luar Israel), Thomas R. Pickering (Bekas Duta Amerika Ke Israel), Edward Djerejian (Bekas Duta A.S. ke Israel), Peter

Edelman (Presiden New Israel Fund) dan Daniel Levy (Bekas Penasihat Menteri Kehakiman Israel, Yossi Beilin). 8. Juga di antara mereka, terdapat tokoh-tokoh yang pernah terlibat dalam rundingan Camp David Accords (rundingan antara Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel), anjuran Presiden Certer seperti Zbigniew Brzezinski. 9. Tokoh kontroversi yang dikaitkan dengan pencetus idea Islam Liberal bernama Harvey Cox juga salah seorang penandatangan sokongan tersebut. Harvey Cox adalah Profesor Pengajian Teologi Hollis, di Universiti Harvard. Berkahwin dengan wanita Yahudi dan dianggap sebagai Pencetus Kristian Liberal, di dalam bukunya yang bertajuk The Secular City. Menurut Pusat Kajian Islam Indonesia, Nurcholish Madjid membawa pemikiran Islam Liberal ke Indonesia berdasarkan buku The Secular City karangan Harvey Cox ini. Apabila Presiden Bush melaksanakan Annapolis Summit di Maryland, Amerika Syarikat pada 27 November 2007, ternyata cadangan ICG/CFR untuk mengaplikasikan two state solution telah diterima pakai. Presiden Bush tidak menjemput wakil Hamas dalam rundingan ini, sebaliknya menjemput Mahmoud Abbas, yang sebelum ini sering disebut-sebut sebagai proksi Amerika Syarikat (sebagai wakil Palestin) berunding dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel). Dalam rundingan itu, Presiden Bush mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah dan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang berdaulat. Namun begitu rundingan ini gagal kerana ditentang oleh majoriti muslim di Palestin dan negara-negara Islam termasuk Iran.

Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East 3rd Banking Excellent Award anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah Oleh: AIDC Rencana berikutnya merupakan beberapa tulisan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Amerika yang dibuat secara bersiri. Untuk siri yang pertama, ditulis satu rencana khusus berkenaan dengan hubungan Anwar Ibrahim dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Secara ringkas hubungan mereka berdua boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu hubungan ketika Anwar jadi TPM (1994-1998); hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004) dan hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2007) Hubungan Anwar ketika jadi TPM (1994-1998) Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001), seorang berketurunan Yahudi yang menjadi rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat. Pasukan Presiden Clinton dan Naib Presiden Al Gore dari pari Demokrat mengambil alih dari pemerintahan Republikan yang mengekalkan kuasa dua penggal berturut-turut, iaitu di bawah Ronald Reagan (19811989) dan George H. W. Bush (19891993) ayah kepada George W. Bush. Ketika Clinton dan Al Gore berkuasa di Amerika pada tahun 1993 2001, Anwar Ibrahim dari Malaysia pula sedang mendaki hireaki politik dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim, berbeza pendekatan dengan bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang lain, termasuk Musa Hitam dan Ghafar Baba. Kedua-dua bekas TPM ini lebih menumpukan masalah dalaman negara, tetapi Anwar Ibrahim menumpukan kepada luar negara, khususnya Barat. Kedua-dua bekas TPM tidak mempunyai badan pemikir khusus untuk melobi karier politiknya, tetapi Anwar menubuhkan Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 1985. Anwar melalui badan pemikirnya IKD menumpukan program mendekati Barat khususnya Amerika Syarikat bermula pada tahun 1994, kerana menurut teorinya untuk menjadi Perdana Menteri yang berkesan mestilah mendapat restu daripada Amerika. Kamaruddin Jaafar, sahabat baik Anwar dalam ABIM yang menjadi pengerusi IKD, melaksanakan siri-siri lobi nama Anwar kepada Amerika melalui projek Dailog Pasifik dengan kerjasama badan pemikir luar negara Amerika yang berpusat Taiwan iaitu di Asia Pacific Policy Centre (APPC).

Peneraju APPC adalah Douglas H. Paal. Pada masa itu beliau juga merupakan Pengarah American Institute di Taiwan. Beliau juga bekas penganalisis kanan untuk CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Douglas Paal telah kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Carnegie Endowment For International Peace. Klik di sini Kerjasama IKD dan APPC telah berjaya melaksanakan projek-projek dailog mega di Malaysia iaitu Dailog Pasifik I di Pulau Pinang (1994), Dailog Pasifik II (1996), Dailog Pasifik III (1996) dan Dailog Pasifik IV (1998). Kesemua Dailog Pasifik II, III dan IV diadakan di Kuala Lumpur. Projek Dailog Pasifik atau lebih tepat Projek Dailog badan pemikir Anwar dengan Amerika telah menjaya menaikkan imej Anwar Ibrahim di kaca mata Amerika Syarikat, kerana hampir kesemua Dailog Pasifik itu dikunjungi oleh wakil-wakil Amerika iaitu William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika), Madeline Al Bright (Setiausaha Negara Amerika), Senator Sam Nunn dan Henry Kissingger (Bekas Setiausaha Negara).

Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang menganjurkan Dailog Pasifik, 1998. Sudah tentu kedatangan William Cohen, Madeline Al Bright dan senator Sam Nunn ke Malaysia menghadiri program IKD di Malaysia, di bawah pengetahuan dan restu Al Gore dan Clinton, kerana ketiga-tiga mereka adalah pegawai-pegawai di bawah regim pemerintahan Demokrat Presiden Clinton. Untuk mengukuhkan lagi kerjasama IKD dan Amerika, pada tahun 1997, IKD telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan satu lagi badan pemikir Amerika iaitu The Heritage Foundation Washington pada 26 Jun 1997. Perjanjian kerjasama itu diadakan di Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Anwar Ibrahim dan Dr David Brown (Pengerusi Heritage Foundation). Semua perancangan-perancangan mengukuhkan nama Anwar di kaca mata Amerika sebagai persediaan untuk meraikan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi, tragedi 2 September 1998, melenyapkan impian Anwar dan Amerika, apabila pada tarikh itu Anwar dipecat daripada UMNO, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Al Gore, Naib Presiden Amerika, semasa Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998, telah mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat Anwar Ibrahim dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang ketika itu berarak di jalan raya menyokong perjuangan REFORMASI. Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi Anwar akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat menumbangkan kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir. Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM. Malangnya, harapan Al Gore tidak menjadi kenyataan, malah anak buahnya kekal ditahan di penjara dan rakyat kembali menyokong Dr Mahathir. Hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004) Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya dan didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2000, Al Gore telah mengeluarkan kenyataan mengecam perbicaraan ke atas bekas TPM Malaysia itu yang dianggap tidak adil. Klik di sini Al Gore yang meminati Anwar terus menerus mengecam Dr Mahathir dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Klik di sini Hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2008) Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004, beliau telah berhijrah di United Kingdom dengan menjadi pensyarah pelawat di St. Anthonys College, Oxford UK (2004-2005). Posisi Anwar di UK diatur oleh salah seorang kawan baiknya, Chris Patten, yang pernah bertugas di Hong Kong. Di United Kingdom juga merupakan pengkalan utama parti Demokrat Amerika, setelah kumpulan Demokrat Clinton-Al Gore tewas kepada kumpulan Republikan Bush-Dick Cheney. Berpengkalan di UK, kumpulan Demokrat mempunyai dua pemikirnya iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility).

Dengan status sebagai pensyarah pelawat St. Anthony College di Oxford, UK, Anwar bertemu dan berbincang semula dengan Al Gore mengenai masa depan dan karier politiknya. Pada 23 Februari 2005, Al Gore telah mengundang Anwar Ibrahim dan Mary Robinson (bekas Presiden Ireland, 1990-1997) untuk majlis makan malam di London. Hasil perbincangan, Al Gore telah melantik Anwar , sebagai Lembaga Penasihat, Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington. Generation Investment Management dimiliki oleh Al Gore sebagai Pengerusi, dan David Blood dahulunya ketua pegawai Goldman Sachs Asset Management adalah CEO. Pasangan mereka diberi jolokannya, Darah Dan Gore.. Klik di sini Manakala AccountAbility dilancarkan pada tahun 1996 sebagai the Institute for Social and Ethical AccountAbility, di London dan Washington. Pada 30 Mac 2006, Anwar telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility oleh Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility.

Foto atas : Anwar Ibrahim anjurkan makan malam khas kepada Simon Zadek di Kuala Lumpur pada 17 Disember 2006. Foto bawah : Tan Sri Navaratnam, Presiden Transparency International Malaysia (TIM),Simon Zadek dan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dalam majlis makan malam anjuran Anwar. Hampir kesemua aktivis utama PKR hadir dalam majlis itu. Sumber foto klik di sini Badan ini ditaja oleh USAID (United State Agency For International Development) dan BAT (British America Tobacco) Simon Zadek adalah anak buah Al Gore,dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat untuk Generation Investment Management dan felow kanan di the Centre for Government and Business of Harvard Universitys Kennedy School. Klik di sini Maklumat lanjut baca artikel Gores Racist Assault Against Malaysia. Klik di sini Selain di UK, Al Gore juga turut memiliki badan pemikirnya di Timur Tengah yang dinamakan Datamatix. Badan pemikir Datamatix berpengkalan di Dubai, UAE diketuai oleh anak buah Al Gore iaitu Ali Al Kamali sebagai Pengarah Urusan. Pada 25 Mei 2005, Datamatix menganugerahi Anwar Ibrahim sebagai Datamatix Global Visionary Award dalam program Middle East Excellent Award anjuran badan pemikir proksi parti Demokrat Amerika itu.

Foto atas : Al Gore menerima anugerah The Lifetime Achievement Award daripada Mr. Mohd Al Gergawi, (Chairman Dubai Holdings) sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix). Foto tengah : Dua orang anak buah Al Gore, Anwar dan Mary Robinson sedang bersalam dengan peserta Timur Tengah anjuran Datamatix. Foto bawah : Dua orang anak buah Al Gore yang berperanan di dunia Islam, Anwar Ibrahim dan Ali Al Kamali. Anwar

bersama Ali Al Kamali dalam program Forum Global Government & Business Leaders yang diadakan di Dubai pada 24 September 2005. Rangkaian Datamatix banyak terlibat dalam urusan perniagaan di Timur Tengah. Pada 11-13 Februari 2006, dianjurkan Jeddah Economic Forum 2006 di Jeddah Hilton. Dalam program itu Al Gore dan Anwar turut dijemput hadir. Anwar adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah Yayasan Timur Barat (East West Foundation) yang berpusat di Amerika Syarikat dengan diketuai Gore sendiri. Peranan yayasan ini kononnya adalah mencari titik pertemuan di antara Islam dan Barat selepas insiden 11 September. Pertemuan mereka adalah berkala 2 hingga 3 bulan sekali di AS dan Anwar menerima gaji bulanan yang lumayan dari yayasan tersebut. Bukti rapatnya hubungan mereka berdua, dinukilkan sendiri oleh Anwar di dalam blognya, 15 Oktober 2007, Anwar ucap syabas kepada Al Gore kerana menerima hadiah Novel Keamanan daripada PBB. Klik sini Pada 19 Julai 2007, Al Gore mengirim sebuah buku karangannya kepada Anwar bertajuk The Assault On Reason. Dalam buku itu Al Gore mengkritik pemerintahan Republikan pimpinan Bush dan Dick Cheney, dalam isu Iraq, masyarakat dunia, masalah pelampau Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi. Klik di sini Pada 8 Ogos 2007, Anwar menulis, Al Gore mengundang saya untuk sarapan di Singapura semalam. Saya mempelawa beberapa teman dekat serantau termasuk senator kanan Filipina Ed Andara, pengusaha TransTV Indonesia Chairul Tandjung dan Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid.Saya merujuk kepada buku beliau yang baru dilancarkan, An Assault On Reason mendedahkan kepincangan pentadbiran Bush dan media Amerika. Klik di sini Pada 6 Ogos 2008, Al Gore menghantar perutusan menyokong Anwar menghadapi dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Klik di sini AIDC 18 November 2008

You might also like