Tatacara Perolehan Peralatan ICT Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tatacara Perolehan Peralatan ICT Sekolah

A. Syarat-Syarat Dalam Menimbang dan Meluluskan Perolehan ICT Agensi-Agensi


Di Bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Pertimbangan dan kelulusan perolehan CT adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
1. JPN mempunyai Jawatankuasa CT peringkat JPN (JKCT-JPN). Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran atau diturunkan kuasa kepada Timbalan Pengarah
dan diurus setiakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat (CT), JPN. Bidang tugas JKCT-
JPN adalah seperti di muka surat 23 Surat PekeIiIing ICT KPM BiI. 2 Tahun 2009: Tadbir
Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian PeIajaran MaIaysia.
2. JKCT-JPN menerima dan menyelaraskan semua permohonan perolehan CT daripada
agensi-agensi di bawah JPN yang meliputi Sektor/ Unit di JPN, Pejabat Pelajaran Daerah
(PDD) dan sekolah.
3. JPCT-JPN memperakukan permohonan perolehan CT dengan amaun melebihi
RM50,000.00 untuk kelulusan JPCT KPM.
4. JKCT-JPN menimbang dan meluluskan permohonan perolehan CT bagi amaun tidak
melebihi RM50,000.00 yang menggunakan peruntukan agensi sendiri.
5. JKCT-JPN memperakukan permohonan perolehan CT bagi amaun tidak melebihi
RM50,000.00 kepada JPCT KPM sekiranya pembekalan peralatan CT dibuat menerusi
peruntukan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) atau Bahagian Teknologi Pendidikan
(BTP).
6. JKCT-JPN dibenarkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan bagi sekolah-
sekolah harian sahaja.
7. Kuasa melulus tidak meliputi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat
Kegiatan Kurikulum (PKG).
8. Permohonan perolehan CT oleh agensi-agensi tidak boleh dipecah kecilkan selaras
dengan tatacara perolehan. JKCT-JPN akan meneliti perancangan perolehan CT
keseluruhan bagi agensi-agensi terbabit untuk tahun belanjawan. Pertimbangan dan
kelulusan permohonan adalah berdasarkan peruntukan yang sedia dan norma agihan.
9. Salinan surat kelulusan yang telah dikeluarkan akan dipanjangkan kepada urus setia JPCT
KPM untuk tujuan rekod dan penyelarasan pada setiap bulan. Rekod perolehan CT yang
dibuat oleh agensi-agensi akan dikemukakan kepada urus setia JPCT KPM pada setiap
bulan.
10. Urus setia JKCT-JPN akan menyediakan pangkalan data bagi menyimpan senarai
peralatan CT yang dimiliki oleh agensi-agensi dibawahnya bagi memudahkan
pertimbangan permohonan. Salinan data peralatan CT akan dikemukakan kepada urus
setia JPCT KPM setiap enam (6) bulan sekali atau apabila diperlukan.
B. Skop Perolehan ICT
1. Pembangunan Sistem ApIikasi - Sistem aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan
perisian pembangunan atau pakej sedia ada (off-the-shelf) seperti Sistem Perakaunan,
Sistem Personel, Sistem Pengurusan nventori.
2. Perkakasan Komputer - Alat input atau output (seperti pencetak, pengimbas),
pemprosesan, storan data, peralatan rangkaian dan multimedia (seperti persidangan video
(;/eo conferencng)) kecuali alat-alat seperti komponen alat ganti, barang pakai habis
(consumable tem), aksesori dan perabot komputer.
3. Perisian Komputer - Perisian Sistem Operasi, Perisian Pangkalan Data dan Perisian
Automasi Pejabat (seperti pemprosesan perkataan, persembahan).
4. Perkhidmatan TeknikaI ICT - Perkhidmatan teknikal yang diperoleh daripada syarikat
perunding swasta, kontraktor dan syarikat yang berkaitan seperti pembangunan sistem,
pemasangan sistem, pemasangan infrastruktur rangkaian, talian internet, web hosting,
kemasukan data, pemindahan data, migrasi sistem, pemulihan data dan langganan
maklumat dalam talian dan seumpamanya.
C. Had Nilai Inisiatif ICT Yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT, JPICT Atau
JKICT-JPN
1. Perolehan Pembangunan Sistem Aplikasi - a) RM500,000 atau lebih kuasa melulus JPCT
& JTCT b) Kurang dari RM500,000 kuasa melulus JPCT
2. Perolehan Yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi - a) RM3 juta atau lebih
kuasa melulus JPCT & JTCT b) RM500,000 sehingga RM2,999,999.99 kuasa melulus
JPCT
3. PeroIehan ICT di SekoIah Harian - a) RM50,000 atau lebih kuasa melulus Urus setia
JPCT b) Kurang dari RM50,000 kuasa melulus JKCT-JPN

You might also like