Baru HFMD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di

kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang
kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik
di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan
Malaysia untuk kes HFMD.


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat
di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan
B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71.
Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak
bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan
kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), 1angkitan otak
(encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui
sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan
najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam
waktu seminggu terkena jangkitan.


ejala Penyakit


HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau
ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir
kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90 sahaja kes yang mempunyai ruam di
dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa
ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala,
jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71)
adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3
hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian
pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
Penat dan lemah.
Tidak mahu makan dan kurang kencing.
BernaIas kencang.
Muntah-muntah.
Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke
hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan
demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit
dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan
ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak
meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan 1angkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda
menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk
membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah.
Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


1angan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan
pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan
nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak
yang lain.

Wallahu A'lam.

You might also like