Laporan Projek Komuniti Khidmat Masyarakat IPGMKTI

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan projek komuniti khidmat masyarakat PGMKT

Pada hari sabtu yang lepas, iaitu 3/12/,2011, telah diadakan satu projek komuniti
khidmat masyarakat bertempat di surau Al-Jawahir nstitut Pendidikan Guru Kampus
Temenggung brahim (PGMKT) iaitu membersihkan surau dan kawasan sekitar
surau. Projek tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 72 orang yang terdiri
daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan j-qaf bahasa arab , j-qaf pendidikan islam 1
dan j-qaf pendidikan islam 2. Projek tersebut berlangsung dari jam 7.30 pagi dan
berakhir sekitar jam 3.30 petang.
Pada jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di perkarangan surau bagi
mendengar taklimat yang disampaikan oleh En MD HATTA BN MOHD NOR dan
pembahagian tugas oleh penghulu iaitu saudara mohd faiz (apai). Selesai sahaja
taklimat dan pembahagian tugas seperti membersihkan tandas lelaki dan
perempuan,mengecat, menyapu surau, membersihkan dapur surau dan
membersihkan kawasan sekitar surau dilakukan, para peserta pun terus memulakan
tugasan masing-masing. Pada hari Saya telah ditugaskan untuk membersihankan
kawasan dapur surau.
Oleh kerana dapur pada masa itu masih lagi digunakan untuk tujuan
memasak makanan untuk peserta projek,maka kami mengambil keputusan untuk
membersihkan kawasan luar dapur sahaja. Tugasan ini dilakukan bersama-sama
ahli kumpulan dan disertai juga oleh ahli kumpulan lain. Kami bersama-sama
membersihankan kawasan sekitar dapur surau seperti membersihkan longkang
dapur yang hampr tersumbat dengan sisa-sisa makanan dan juga tanah-
tanah,membuang papan-papan serta kayu-kayu yang tidak lagi digunakan,
membersihkan pokok pisang yang terdapat dibelakang dapur surau serta
membersihkan pokok serai,pokok keladi dan juga pokok betik.
Pada hari tersebut telah berlaku gangguan belakan air,maka kami tidak dapat
untuk membasuh dapur dan juga surau. Kami hanya dapat menyapu dan
membersihkan sahaja. Permbersihan kawasan dapur mengambil masa hampir 2jam
lebih. Hal ini kerana ,kawasan dapur ini telah lama tidak di bersihkan..kayu-kayu
yang tidak digunakan tidak lagi tersusun,terdapat juga sampah-sampah,dan
keadaan semak samun telah tumbuh dengan liarnya. Saya dan ahli kumpulan
bertukus lumus bergotong royong bagi memastikan kawasan sekitar dapur bersih
dan bebas daripada semak samun,sampah sarap dan apa sahaja anasir-anasir yang
boleh membawa kepada kemudaratan. Sekitar jam 10.30 pagi, setelah pembersihan
kawasan dapur surau dilakukan, kami berehat sebentar untuk menikmati sarapan
yang telah disediakn oleh ajk makanan. selepas itu , kami menyambung semula
tugas-tugas yang tidak selesai lagi. Semua kerja pembersihan dan pengemasan
siap dilakukan pada jam 12.30 tengahari.

You might also like