SEJARAH

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATOHAJI HASSAN YUNOS, 86300 RENGAM,KLUANG,JOHOR

Sekolah Menengah Dato Haji Hassan Yunos,Rengam ini telah diasaskan dalam tahun 1963,apabila telah ditubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama SEKOLAH MENENGAH LANJUTAN,RENGAM. Pada masa itu murid-muridnya belajar dengan menumpang di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jubli Intan, Sekolah Cina Chin Chiang dan Sekolah Rendah Tamil, Rengam. Dalam tahun 1965,sebuah bangunan baru 3 blok yang mengandungi 17 bilik darjah,1 bilik makmal Sains,1 bilik bengkel seni perusahaan,1 bilik jahitan,1 bilik masak serta 2 buah Rumah Guru Luar Bandar telah siap dibina. Semua murid-murid telah ditempatkan di bangunan tersebut pada awal penggal Ketiga tahun 1965. Pada awal tahun 1966, sekolah ini menjadi sekolah menengah biasa dan diberi nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris, Rengam.Kemudiannya nama tersebut telah ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Rendah Inggeris/ Kebangsaan , Rengam dalam bulan Mac,1966 apabila Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan telah diarahkan supaya bergabung dengan sekolah ini. Pada penghunjung tahun 1967,buat pertama kalinya murid-murid tingkatan 3 telah mengambil peperiksaan L.C.E (Bahasa Inggeris) dan S.R.P (Bahasa Malaysia). Murid-murid yang layak naik ke tingkatan 4 terpaksa belajar di sekolah lain terutama sekali di Kluang. Awal tahun 1969, buat kali pertama kelas tingkatan 4 Sastera (Aliran Inggeris) dimulakan. Sementara itu mulai 26.3.1969 nama sekolah ini sekali lagi telah ditukar kepada SEKOLAH MENENGAH DATOHAJI HASSAN YUNOS, RENGAM sebagaimana kekal hingga hari ini. Pada tahun ini juga buat pertama kali temasya sukan tahunan telah diadakan. Pada akhir tahun 1970,buat pertama kali murid-murid tingkatan 5 mengambil peperiksaan M.C.E. Pada awal tahun 1971 pula sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru yang mengandungi 6 bilik Darjah dan 1 makmal Sains. Kelas Tingkatan 4 sastera Aliran Melayu telah dimulakan pada awal tahun 1972. Setahun kemudian iaitu awal tahun 1973 kelas tingkatan 4 Sains Tulin (Aliran Inggeris) telah dimulakan. Sementara itu di akhir tahun tersebut buat pertama kali murid-murid Tingkatan 5 Sastera Aliran Melayu telah mengambil peperiksaan S.P.M. Pada awal tahun 1974, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru sekolah ini telah ditubuhkan dan telah didaftarkan pada 19.3.1974. Pada tahun ini juga sebuah sekolah, cawangan sekolah ini telah ditubuhkan bagi penuntut-penuntut yang tinggal berhampiran dengan Simpang Rengam.Murid-muridnya menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan, Simpang Rengam. Cawangan tersebut mengambil murid-murid di Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu.

Mulai awal tahun 1978 kelas Tingkatan 4 Sains Tulin(Aliran Melayu) telah ditubuhkan. Kini pada tahun 2002 terdapat 8 buah blok bangunan yang terletak di kawasan seluas 18 ekar. Pada tahun 1963,terdapat 63 orang murid sahaja dan bilanganya telah meningkat kepada seramai 2,157 orang pada tahun 1980 tetapi bilangannya berkurangan kepada 1,100 orang murid pada tahun 2002. Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang Pengetua yang dedikasi seperti berikut:1) En.Tan Cheng Hai(P.I.S) 2) En.Yap Teong Hoon 3) En.S.Singamoney(P.I.S) 4) En.Lee Chang Ngee 5) Tuan Haji Samani bin Posan 6) Tuan Haji Rozali bin Jemali 01.01.1969-31.12.1979 01.01.1980-28.02.1985 16.02.1986-30.06.1995 01.02.1996-31.07.2001 01.08.2001-10.07.2006 20.07.2006- sekarang

You might also like