Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Amanah atau tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran

para pelajarnya. 'Bahasa buku' sukar difahami oleh pelajar tetapi 'bahasa guru' lebih
mudah diterima oleh para pelajar untuk mentafsir bahan pembelajaran. Guru bukan
sahaja perlu menyediakan suasana pembelajaran yang menarik, tetapi mereka juga
mencipta suasana dan isi pengajaran yang berkesan. ni bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan keperluan dan gaya pembelajaran atau kebolehan
setiap orang pelajarnya. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran
guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. ni bermakna, guru
boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang
dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar supaya belajar secara aktif,
ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-
aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi
untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara
jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara
berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu
mempunyai urutan yang baik. a perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan
objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu
memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan
terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai masalah ditemui semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara penyumbang kepada masalah-
masalah tersebut antaranya ialah masalah daripada pelajar, masalah daripada guru,
atau masalah daripada persekitaran.
Antara masalah yang didapati daripada pelajar ialah Hiperaktif. Pelajar yang
hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu
bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilannya serta susah dikawal dan
displinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran
di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-merayau, tidak boleh duduk di
tempatnya serta tidak mendengar arahan guru.
Selain Hiperaktif, Kekekokan juga menjadi masalah kepada pembelajaran
pelajar di bilik darjah. Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis
degan cepat. Hal ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis
yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk
meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh
menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana
masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan daripada ingatannya
dengan cepat atau secara automatik. ni boleh meletihkan mentalnya dan
mengakibatkan tulisannya sukar dibaca.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada
para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik
yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek. Antara kaedah dan
teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah melalui penggunaan teknologi.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila dapat dibantu oleh
penggunaan komputer. Penggunaan komputer di dalam bilik darjah dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minda pelajar melalui gabungan
animasi, perkataan, warna, gambar, dan susunan yang menarik bersesuaian dengan
minda dan minat pelajar mengikut tahap.
Penggunaan kaedah dan teknik P&P berbantukan komputer ini akan
menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat aktif sepanjang sesi
pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Guru perlu menyediakan bahan-bahan
pengajaran dengan melakukannya secara berhati-hati supaya cara ini tidak
menghalang guru untuk melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara
mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya,
menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian, dan
percubaan yang baik. Pelajar harus berasa seronok menjalankan aktiviti yang
dijalankan oleh guru. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar
menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan.
Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja
teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita, atau teknik perbincangan. Penggunaan
contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia
dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru
menerangkan idea-idea yang kompleks kepada sekumpulan pelajar, guru itu
dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. dea yang abstrak, konsep-konsep
yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-
contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu
dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan
sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual,
lakaran dan ilustrasi.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara
komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu
seseorang pelajar mengelola aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada
program atau perisian yang telah disediakan oleh guru.
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan
dan mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat
yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi
pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu
komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional
yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar.
Dari segi kemahiran, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat
mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan
melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini
juga perlu memasukkan unsur-unsur kerjasama, pemikiran analitikal dan kritikal,
serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran
dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia,
namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan,
didapati pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
akan dapat membantu pelajar memahami konsep dengan mudah. Kumpulan pelajar
yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan
maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam
bidang-bidang lain.
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi
dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan
komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu
konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan
sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik, dan animasi teks bagi
menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia
mempunyai peranan penting dalam P&P, antaranya ialah :
a) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan
kemampuan masing-masing;
b) Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan
kepada pelajar;
c) Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik
dan menyeronokkan;
d) Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada
pelajar; dan
e) Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
Penggunaan komputer yang disambung ke nternet pula dikenal pasti dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli
masyarakat. Melalui nternet, pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh
pelbagai maklumat berkaitan mata pelajaran berkenaan, contohnya dalam mata
pelajaran Matematik, mereka dapat mencari konsep seperti arithmetik, statistik,
algebra, sejarah matematik dan sebagainya. Melalui nternet, pengguna e-mail dapat
memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk
meneroka alam yang baru ditemui. Penggunaan teknologi nternet ini membawa
perubahan kepada pelajar dengan menjadi lebih mahir membuat kajian dan
berfikiran kritikal. Selain itu, para guru juga boleh mendapatkan banyak bahan yang
bermanfaat berhubung dengan pelbagai mata pelajaran.












KesimpuIan

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya
teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah yang diamalkan
secara tradisional sebelum ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan
apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran
pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana,
berkonteks dan refelektif.
Justeru, guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan
yang dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk
menangani perubahan yang timbul atau bakal daripada pengintegrasian ini seperti
halangan masa, latihan guru, sumber, dan sokongan.
Oleh itu, guru perlu menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang
baru seperti komputer dan nternet ini. Guru-guru perlu mengambil kira perkara-
perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti
tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang member fokus kepadamata
pelajaran yang diajar, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak
menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam P&P,
dan tidak terlalu bergantung pada sejenis teknologi sahaja.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
khususnya dalam bidang teknologi ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang
mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya
mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak
memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas
dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini
secara optimum dan maksimum.





Rujukan

Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu


Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), Sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju
Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur.

You might also like