Zaynab Al

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Zaynab al-Ghazali

Posted on September 3, 2007


Filed Under Qudwah
Balighu Anni Walau Aayah

Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

terjemahan oleh: ameersyuhada

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau
merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa
yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira
pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-
Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih
terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu
mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir
(Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923.
Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan
landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau
mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti
wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai
perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna
telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau
dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan
kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali
telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan
bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur
syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang
masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan
baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu
Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin
terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara
rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.
Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-
Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam


memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak
awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam
keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang
kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan,
tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang
kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam
telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang
selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-
karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan
untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam
perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam
pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan
mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-
Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif
dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat.
Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan
apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat
tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab
lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang
untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah
dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan
tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin.
Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan
beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai
daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin
adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua
memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan
untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan.
Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan
bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus
menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak
akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau
Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu
menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti
bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di
dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai
dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi
Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah
dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal
Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin
ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk
menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan.
Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh
pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid
Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan
perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga
menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang
kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran
akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang
berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan,
pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan
Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program
tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila
tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75%
daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan
membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan
dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan
dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina
daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum
Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka
ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan
Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang
daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan
bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup
dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun
pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar
Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan
perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir.
Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan
Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di
seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh
ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur
beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah
digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama
Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di
seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu
membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di
teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul
Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada
beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin
TEORI MIMPI DALAM PERSPEKTIF PSIKOLOGI SUFI IBN ARABI DAN 
PSIKOANALISIS SIGMUND FREUD 
By Ghozali

Nama : Abu bakar Bin Ali Muhyiddin Alhatimi Attha`i (Ibn Arabi)
Lahir : 17 Agustus 1165 Murcia, Tenggara Spanyol
Wafat : Nopember 1240
L-B. Pendidikan : Filsafat dan Tasawuf
Ajaran : Tasawuf Falsafi
Metodologi : Ilham Intuitif
Karyanya : Futuhat al-Makkiyah, Fusus Al-hikam, Tarjuman al-aswaq, Rasa`il Ibn al-Arabi, dll.

Nama : Sigmund Freud


Lahir : 6 mei 1856, Moravia-Austria
Wafat : 23 September 1939 London
L.B. Pendidikan : Kedokteran (Neurolog)
Ajaran : Psikoanalisis
Metodologi : Subyektif Spekulatif
Karyanya : The Interpretation of dream, Studies in histeria, Civilazation and its contents, The future of an
Illusion, General introduction to psikoanalisis, dll.

Pendahuluan
Hampir sepertiga bahkan lebih dari kehidupan manusia pada umumnya dihabiskan untuk tidur. Jika usia
rata-rata manusia 60 tahun, maka selama 20 tahun diisi dengan tidur. Waktu yang tidak sedikit bukan?
Namun dengan tidur, tidak berarti manusia melewati masa sia-sia karena tidur menjaga metabolisme tubuh
agar tetap stabil. Menurut hasil penelitian, setelah 72 jam tidak tidur, akan menyebabkan gangguan psikotik.
Dengan tidur pula, kita dapat mengakses dunia yang memperantarai dua alam (fenomena dan abstrak)
melalui mimpi. Mimpi juga memiliki manfaat, pertama; sebagai pemenuhan keinginan terlarang (Freud)
misalnya: menonjok jidat pejabat negara yang kita benci tanpa dipidanakan, dan jika beruntung, kita dapat
“berhubungan seksual” dengan artis idola dunia yang cantik atau ganteng. Kedua; sebagai sumber ilmu
maupun risalah kenabian (Ibn Arabi).
Sadruddin Qunawi, murid Ibn Arabi mengatakan bahwa “Syeikh kita Ibn Arabi memiliki kemampuan bertemu
dengan ruh nabi atau wali yang telah meninggal dunia, baik dengan cara membuatnya turun ke taraf dunia
ini dan merenungkannya di dalam tubuh penampakan (surah mitsaliyah) yang serupa dengan bentuk
indrawi orangnya atau dengan membuatnya muncul dalam mimpi, atau dengan melepaskan diri dari tubuh
materiil supaya menemui sang ruh.2
Dalam karya pertama yang sangat monumental, Interpretation of Dream, Freud menjadikan mimpi sebagai
obyek riset psikoanalisis untuk mengatasi gangguan-gangguan neurosis pada pasiennya. Dengan karyanya
ini, Freud mulai diperhitungkan perannya dalam dunia psikologi. Tidak sedikit yang dipengaruhinya,
diantaranya C.G. Jung, Alfred Adler yang kemudian bergabung dibawah naungan psikoanalisis Freud, meski
tidak berlangsung lama. Bahkan, banyak ahli psikoterapi yang menekankan pentingnya analisa mimpi.
Kalau kita lacak lebih jauh, sekitar 600 tahun sebelum teori ini muncul, Ibn Arabi (filosof sekaligus sufi dari
Spanyol) sebenarnya pun sudah banyak membahas tentang mimpi. Banyak kelebihan teori mimpinya yang
tidak dimiliki oleh Freud, begitu juga sebaliknya. Oleh karenanya tulisan ini tidak bermaksud untuk
menonjolkan kelebihan satu tokoh diantarannya, namun lebih menekankan pada titik temu sekaligus
perbedaannya untuk mencari sinergi bagi lahirnya sebuah teori tentang mimpi yang lebih utuh untuk
pengembangan psikoterapi di masa mendatang.

Definisi Mimpi
Menurut Freud, mimpi adalah penghubung antara kondisi bangun dan tidur.3 Baginya, mimpi adalah
ekspresi yang terdistorsi atau yang sebenarnya dari keinginan-keinginan yang terlarang diungkapkan dalam
keadaan terjaga.4 Jika Freud seringkali mengidentifikasi mimpi sebagai hambatan aktivitas mental tak sadar
dalam mengungkapkan sesuatu yang dipikirkan individu, beriringan dengan tindakan psikis yang salah, selip
bicara (keprucut), maupun lelucon, maka Ibn Arabi mengidentifikasinya sebagai bagian dari imajinasi.
Bagi Ibnu Arabi, karena mimpi adalah bagian dari imajinasi, maka untuk memahami terminologi mimpi
dalam khazanah pemikirannya, terlebih dahulu mengacu pada makna imajinasi itu sendiri. Baginya,
imajinasi adalah tempat penampakan wujud-wujud spiritual, para malaikat dan roh, tempat mereka
memperoleh bentuk dan figur-figur “rupa penampakan” mereka, dan karena disana konsep-konsep murni
(ma`ani) dan data indera (mahsusat) bertemu dan memekar menjadi figur-figur personal yang dipersiapkan
untuk menghadapi drama event rohani.5
Ia juga menambahkan, bahwa kecakapan imajinasi itu selalu aktif baik sedang dalam keadaan bangun
maupun dalam keadaan tidur. Selama jam-jam bangun kecakapan ini juga disimpangkan oleh kesan-kesan
indera (sense impression) untuk melakukan pekerjaannya secara wajar, tapi dalam keadan tidur, ketika
indera-indera dan kecakapan lainya sedang istirahat, imajinasi terbangun semua.6

Hakikat Mimpi
Pada dasarnya hakikat mimpi bagi psikoanalisis hanyalah sebentuk pemenuhan keinginan terlarang
semata. Dikatakan oleh Freud (dalam Calvin S.Hal & Gardner Lindzaey, 1998) bahwa dengan mimpi,
seseorang secara tak sadar berusaha memenuhi hasrat dan menghilangkan ketegangan dengan
menciptakan gambaran tentang tujuan yang diinginkan, karena di alam nyata sulit bagi kita untuk
mrengungkapkan kekesalan, keresahan, kemarahan, dendam, dan yang sejenisnya kepada obyek-obyek
yang menjadi sumber rasa marah, maka muncullah dalam keinginan itu dalam bentuk mimpi.7
Sementara dalam teori Ibn Arabi lebih bersifat komplementer, setidaknya dalam hal ini, disamping memiliki
substansi sebagai pemenuhan keinginan, Ibn Arabi juga memandang situasi penciptaan sebagai
pernyataan tidur, dimana kosmos (semesta-pen) yang tercipta terlihat sebagai mimpi Ilahi. Pengalaman
manusia merupakan citra mikrokosmik. Oleh karena itu, seluruh situasi penciptaan yang memerlukan alam
“yang lain” untuk mempengaruhi tujuannya, dapat dipandang sebagai semacam lamunan Ilahi, dimana ilusi
sesuatu yang “bukan Aku” diperkenalkan pada kesadaran Ilahi sebagai refleksi posibilitasnya.8

Jenis dan Manfaat Mimpi


Freud mengenalkan satu jenis mimpi yaitu mimpi kanak-kanak, dimana pada tahun-tahun berikutnya akan
ditemukan mimpi yang bertipe sama, bahkan pada orang dewasa, sehingga diharapkan dapat memberikan
informasi yang valid serta dapat digeneralisasi pada tahapan berikutnya. Tekhnik tersebut lazim dilakukan
oleh Freud, sebagaimana acuan tahapan-tahapan psikoseksual dalam teori kepribadiannya. Berbeda
dengan Jung, rekan sekaligus muridnya, yang membagi mimpi menjadi dua; mimpi retrospektif dan mimpi
introspektif.
Sedangkan Ibn Arabi membagi mimpi menjadi tiga, Pertama; mimpi atau kesan-kesan yang berhubungan
dengan kejadian sehari-hari dari orang itu dan mengirimkannya ke ”mata batin” dari hati yang merefleksikan
dan membesarkan mereka seperti layaknya sebuah cermin. Dengan cara inilah, mimpi biasa muncul
sebagai asosiasi-asosiasi dari pikiran-pikiran (ideas) dan kesan-kesan (images) yang menghubungkan diri
mereka sendiri dengan beberapa obyek syahwat.9
Jika kita cermati, melihat manfaat jenis mimpi Ibnu Arabi tersebut ada kemiripan dengan teori Freud, meski
ia tidak mengkategorikannya sebagai bagian jenis mimpi. Freud menyebutnya sebagai pemenuhan atau
refleksi keinginan seseorang, baik berupa kesenangan, maupun sesuatu yang mengerikan (mimpi buruk)
sekalipun. Baginya, hal itu terjadi karena adanya mimpi yang terdistorsi yang tidak memperlihatkan adanya
pemenuhan keinginan yang jelas sehingga harus dicari terlebih dahulu dan diinterpretasikan. Kita juga
mengetahui bahwa keinginan yang mendasari mimpi yang terdistorsi adalah keinginan-keinginan yang
dilarang dan ditolak oleh penyensoran, sehingga eksistensi mereka menjadi penyebab distorsi dan
merupakan motif campur tangan penyensoran.10
Kedua: semacam arus yang mengalir namun tetap bersih, dimana dipancarkan obyek-obyek segala
gambaran (mimpi simbolis-pen). Ibn Arabi menyatakan bahwa walaupun mimpi-mimpi semacam itu dapat
dipercaya, namun itu harus ditafsirkan karena hanya berupa simbol-simbol saja. Imajinasilah yang
mensuplai simbol-simbol itu. Dan kita tidak harus mengambil simbol-simbol itu secara realitas. Ketika Nabi
melihat susu di dalam mimpinya, ia hanya melihat simbol saja, kualitas di balakang air susu itu adalah
“pengetahuan”.11
Freud mengatakan bahwa simbolisme merupakan bagian paling mengagumkan dalam teorinya. Karena
dalam beberapa kondisi, simbol memungkinkan kita menginterpretasikan mimpi tanpa harus mengajukan
pertanyaan pada orang yang mengalami mimpi yang kadang-kadang malah tidak bisa memberitahukan
apa-apa tentang simbol-simbol itu. Disini Freud juga mencoba menyimpulkan beberapa hal mengenai
simbolisme dalam mimpi. Pertama; kita menentang pendapat bahwa orang yang bermimpi merasa tidak
mengetahui bahwa simbol-simbol berhubungan dengan kehidupan dalam kondisi bangun. Kedua;
hubungan simbolik bukan sesuatu yang khas bagi orang yang bermimpi, tapi ruang lingkup simbolisme
sangat luas. Simbolisme mimpi hanya bagian kecil saja. Ini berbeda dengan simbolisme pada mitos,
dongeng dan sebagainya. Ketiga; simbolisme yang muncul di bidang lain ternyata berhubungan dengan
tema-tema seksual seperti dalam mimpi simbol-simbol yang sama juga melambangkan obyek dan
hubungan seksual, misalnya: simbol phallic (alat kelamin) yang diinterpretasikan Jung sebagai unsur
arketipe “mana” (spiritual).
Tapi bagi Freud dianggap sebagai alat kelamin yang sebenarnya. Intinya, Freud seringkali mengkait-kaitkan
simbolisme dalam mimpi sebagai organ atau aktivitas seksual seperti; sepatu, sandal, dataran, kebun serta
bunga sebagai perlambang vagina, sementara dasi diartikan sebagai penis, dan bahan dasi (linen) adalah
lambang milik wanita. Sedangkan baju dan seragam melambangkan ketelanjangan. Keempat: simbolisme
adalah faktor kedua dan faktor independen dalam distorsi mimpi yang hidup berdampingan dengan
penyensoran.12
Adapun manfaat yang dapat dipetik dari jenis mimpi ini adalah berupa; pengetahuan. Pemenang nobel,
Loevi, memimpikan sebuah eksperimen selama 3 malam. Pada malam pertama, ia membuat catatan tapi
tidak bisa menguraikannya kembali dan pada malam ketiga ia terbangun melakukan eksperimen dan
memecahkan penemuannya.13
Ketiga: mimpi spiritual non simbolik, yaitu; mimpi-mimpi yang dapat dipercaya yang tidak ada simbolnya.
Disini imajinasi tidak campur tangan. “Hati” langsung merefleksikan kesan-kesan spiritual (ma`ani
ghaibiyah). Sebelum imajinasi dapat membaca makna simbolik apapun. Mimpi-mimpi jenis ini tidak
memerlukan penafsiran, mereka adalah wahyu-wayu dari yang riil itu sendiri. Dan mimpi-mimpi
berhubungan dalam tiap rinci dengan segala sesuatu yang dilihat (kemudian) di dalam dunia luar. Dalam
mimpi golongan ini terdapat wahyu (revelation) dan ilham, inspirasi yang keluar langsung dari jiwa
individual.14 Karakteristik serta manfaat dari mimpi jenis ini hanya dapat diperoleh oleh jiwa-jiwa yang telah
menjalani penyucian hati hingga mencapai tarafnya para wali atau para nabi.
Kategori mimpi ketiga inilah yang sama sekali tidak disinggung oleh Sigmund Freud dalam teorinya, bahkan
tidak mampu dijamah oleh C.G.Jung dalam klasifikasi teori mimpinya.

Interpretasi Mimpi
Mengenai interpretasi tentang mimpi , Ibn Arabi mengatakan bahwa segala sesuatu datang dalam alam
imajinasi karena mereka tafsirkan. Ini berarti bahwa sesuatu itu sendiri memiliki bentuk tertentu yang muncul
dalam bentuk lain sehingga sang penafsir mendapatkan sesuatu dari bentuk yang dilihat oleh si pemimpi
kepada sesuatu itu sendiri. Jika dia berasil, seperti munculnya pengetahuan dalam bentuk susu kepada
bentuk pengetahuan, sehingga mengubah makna sesungguhnya dari keduanya- dari satu bidang ke bidang
lainnya, yang merupakan perubahan yang tepat dari bentuk susu menjadi bentuk pengetahuan.
Ketika Yusuf as berkata “Aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan, yang kulihat semuanya sujud
padaku”. Yusuf melihat saudara-saudaranya dalam bentuk bintang-bintang dan melihat ayah dan bibinya
sebagai matahari dan bulan, ini sudut pandang Yusuf. Tetapi, dilihat dari sudut pandang siapapun juga,
perwujudan saudara-saudara sebagai bintang, dan ayah serta bibinya sebagai matahari dan bulan dikaitkan
dengan harapan dan doa mereka. Jadi, selama mereka tidak ada pengetahuan atas apa yang dilihat Yusuf
mengenai apa yang ia lihat, berperan melalui kemampuan imajinatifnya sendiri. Ketika Yusuf memberitahu
Ya`qub tentang pandangannya ini, Ya`qub memahami situasi ini dan bersabda, “ Anakku, janganlah kamu
ceritakan mimpimu itu kepada sudara-saudaramu, kalau tidak, mereka akan membuat makar (untuk
membinasakanmu)”. Kemudian Ya`qub mulai membebaskan putranya dari makar dan menempatkan itu di
pintu syetan yang sangat mahir dalam soal makar, sambil mengatakan, “sesungguhnya syetan itu adalah
musuh yang nyata bagi manusia”, yang secara lahiriah memang begitu.
Lebih jauh lagi, Yusuf berkata, “inilah arti mimpiku yang dahulu itu, sesungguhya Tuhanku telah
menjadikannya kenyataan”, yaitu Tuhan menjadikannya terwujud pada pikiran sehat, yang sebelumnya
terbentuk dari imajinasi. Mengenai hal ini, Nabi Muhammad bersabda, “manusia tidur”, sedangkan Yusuf
berkata, Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan”. Karena berkenaan dengan apa yang dikatakan
sang Nabi, ia berada dalam posisi seseorang yang bermimpi sehingga beliau telah terbangun dari sebuah
mimpi dan kemudian menafsirkannya. Orang seperti ini tidak mengetahui bahwa dia masih tertidur dan
bermimpi, tetapi saat terbangun, dia berkata,”Aku telah melihat begini dan begitu, yang, dengan bermimpi
bahwa aku telah bangun, aku tafsirkan.” Sama seperti inilah situasi Yusuf. 15
Ungkapan Ibn Arabi mengenai pengetahuan pemimpi atas makna mimpinya, hampir senada dengan apa
yang dikemukakan oleh Freud, bahwa “dalam kasus mimpi, orang yang bermimpi selalu mengatakan tidak
tahu apa makna mimpinya. Sedangkan kita juga tidak mempunyai apapun untuk memberi penjelasan
kepadanya. Tapi saya akan meyakinkan anda bahwa masih ada kemungkinan, bahkan cukup besar, karena
orang yang bermimpi itu sebenarnya mengetahui apa makna mimpinya, Hanya saja dia tidak tahu bahwa
dia mengetahuinya sehingga dia mengira dirinya tidak tahu apa-apa.16
Seperti pembahasan mengenai simbolisme, dalam interpretasinya, Freud lebih mengaitkan dengan tema-
tema seksual dengan melambangkan simbol-simbol tersebut dengan obyek maupun aktivitas seksual.
Demikian pula halnya dengan Ibn Arabi, Ia hanya memberikan ruang untuk penafsiran pada jenis mimpi
simbolis. Tentu interpretasinya tidak hanya sebatas penekanan pada obyek-obyek seksual. Perbedaan
definisi, hakikat, jenis mimpi, manfaat serta interpretasi mimpi antara teori Ibn Arabi dengan Freud yang
telah kami jelaskan diatas dapat dirumuskan sebagai berikut:

Mungkin pandangan Freud lebih lengkap dari Ibnu Arabi mengenai cara kerja, sensor mimpi serta teknik-
teknik interpretasi secara detail. Hal ini bisa jadi karena masih terbatasnya karya-karya Ibn Arabi yang dapat
diakses atau memang rumitnya pemahaman atas konsepnya, sebagaimana yang diilustrasikan oleh A.J.
Arberry bahwa “Ibn Arabi bisa dibandingkan dengan sebuah puncak gunung yang belum dieksplor, banyak
wilayah pada sisi yang sudah dikenal, tetapi masih harus ditentukan dengan tepat bagaimana arah menuju
puncaknya, atau dengan ketinggian apa air mancur itu meluapi dengan baik pada sungai yang kuat dari
semua pemikiran mistik selanjutnya, baik muslim maupun Kristen17 <>
posted by Psikologi Qurani @ 11:12 AM 4 comments 

Mencari Alamat Jiwa Dalam Psikologi Kontemporer 
Oleh Asri Jali

Judul buku : Alqur’ân wa `Ilm Alnafs


Penulis : Muhammad `Utsmân
Najâtiy
Penerbit : Dâr Alsyurûq
Tahun terbit : 1421 H / 2001 M
Tebal buku : 318 halaman

Sebelum membaca buku Alqur’ân wa `Ilm Alnafs, ada baiknya sedikit mengenal Muhammad `Utsmân
Najâtiy. Najâtiy adalah guru besar (‘ustâdz) psikologi di Universitas Cairo, Universitas Kuwait, dan
Universitas Islam Imam Muhammad bin Saud - Saudi Arabia. Ketertarikan Najâtiy dengan Alquran dan
psikologi dimulai saat ia menulis tesis dengan judul Al’idarâk Alhissiy `inda Ibn Sînâ: Bahtsun fî `ilmi Alnafs
`inda Al`arab (Persepsi menurut Ibnu Sina: Sebuah Penelitian tentang Psikologi dalam Dunia Arab).
Desertasi ini ditulis selama rentang tahun 1939 – 1942. Najâtiy memiliki perhatian yang tinggi dalam
penelitian tentang dasar-dasar Islam seputar psikologi di dalam Alquran, Hadis Nabi, dan dalam karya-karya
ilmuan Muslim klasik. Kajian-kajian itu telah ia bukukan, di antaranya -selain yang kita akan baca- Alhadîts
Alnabawiy wa `Ilm Nafs (Hadis Nabi dan Psikologi, Beirut, 2001; Aldirâsât Alnafsâniyyah `inda Al`ulamâ’
Almuslimîn (Kajian Kejiwaan Menurut Ulama Muslimin) , Beirut, 1993;`Ilm Nafs Alshinâ`iy (Psikologi
Industri), Kuwait, 1994; `Ilm Nafs Alharbiy (Psikoligi Perang), Kairo, 1960; dan `Ilm Alnafs wa Alhayâh
(Psikologi dan Kehidupan), Kuwait, 1992. Najâtiy juga aktif dalam menerjemahkan buku psikologi Barat ke
dalam bahasa Arab. Sebutlah Ma`âlim Altahlîl Alnafsiy terjemahan Outline of Psychoanalysis; Alkaff wa
Al`radh wa Alqalaq terjemahan Inhibitions, symptoms and Anxiety; dan Tsalâts Rasâ’il fî Nazhariyyah Aljins
terjemahan Three Essays on Sexuality. Kesemuanya karya Sigmund Freud. Selain itu ia sering menjadi
pembimbing penulisan tesis dan desertasi para mahasiswa di bidang psikologi.

Alqur’ân wa `Ilm Alnafs


Alqur’ân wa `Ilm Alnafs berarti Alquran dan Psikologi. Tujuan buku ini ditulis sebagaimana penulis jelaskan
dalam pengantarnya sebagai upaya untuk menghimpun fakta-fakta dan konsep-konsep tentang jiwa yang
terdapat dalam Alquran, dan dapat dijadikan acuan dalam membuat struktur yang jelas tentang kepribadian
dan tingkah laku manusia. Hingga memungkinkan untuk membuka jalan bagi lahirnya penelitian-penelitian
baru tentang ilmu jiwa, yang berupaya meletakkan dasar bagi teori-teori baru tentang kepribadian yang fakta
dan konsepnya sesuai dengan fakta dan konsep Alquran tentang manusia.
Saat seorang Muslim menjadikan psikologi kontemporer sebagai pisau analisis dan menjadikan teks-teks
wahyu sebagai justifikasi, jangan sampai seperti apa yang disampaikan oleh Malik B. Badri bahwa psikolog
Muslim kini berada dalam Liang Biawak yang sulit keluar darinya. Kekhawatiran akan masuknya psikolog
Muslim dalam liang Biawak, tulis Mujib dan Mudzakir, ternyata menjadi kenyataan. Dawam Rahardjo
misalnya dalam karya "Ensiklopedia Al-Quran"-nya menyamakan konsep alnafs almuthma'innah dengan
superego, alnafs allawwâmah dengan ego, dan alnafs al’'ammârah dengan id. Penyamaan ini tidak dapat
dibenarkan, sebab masing-masing term memiliki asumsi filosofis yang berbeda. Konsep ketiga alnafs
tersebut diasumsikan dari paradigma teosentris, sedangkan id, ego dan superego diasumsikan dari
paradigma antroposentris yang menafikan kebermaknaan agama dalam kehidupan manusia. Selain itu
penyamaan tersebut mengakibatkan biasnya sains dan direduksinya agama ke taraf sains.
Buku ini menjadi laik dikaji karena lahir dari seorang guru besar dalam psikologi dan memiliki kemampuan
pemahaman keislaman yang baik. Di sinilah sisi kelebihan Najâtiy. Bila kita gunakan istilah yang dipakai
oleh Malik B. Badri tentang persepsi psikolog Muslim terhadap psikologi Barat buku Najâtiy telah masuk
pada pase ketiga, yaitu emansipasi. Fase di mana mereka sudah mulai kritis terhadap teori psikologi dan
berusaha menggali konsep-konsep psikologi yang ada dalam Alquran.
Buku ini terdiri atas sepuluh pasal. Pasal pertama, motif prilaku dalam Alquran; pasal kedua, emosi dalam
Alquran; pasal ketiga, persepsi dalam Alquran; pasal keempat, berpikir dalam Alquran; pasal kelima, belajar
dalam Alquran; pasal keenam, ilmu laduni dalam Alquran; pasal ketujuh ingat dan lupa dalam Alquran; pasal
kedelapan, susunan saraf dan otak dalam Alquran; pasal kesembilan, kepribadian dalam Alquran; pasal
kesepuluh, psikoterapi dalam Alquran.
Pada ayat ke-185 dari surat Albaqarah Alquran disebutkan sebagai petunjuk bagi manusia. Bila Alquran
diturunkan sebagai petunjuk untuk manusia, dapat disimpulkan muatannya berkisar tentang manusia;
manusia terhadap Rabbnya, manusia terhadap manusia, dan manusia terhadap alam. Pada mukadimah
Najâtiy menyinggung tentang isi Alquran yang memuat struktur fisik manusia, perbedaan kondisi kejiwaan,
penyebab penyimpangan dan penyakit jiwa yang disertai dengan metode terapi. Adalah suatu keniscayaan
menjadikan yang termaktub di dalam Alquran seputar realitas manusia, sifat dan kondisi psikis untuk
mengkonstruksi struktur yang sahih tentang kepribadian manusia. Apakah Allah yang menciptakan itu tidak
mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui? (Almulk:
14)
Para psikolog kontemporer telah membatasi diri pada kajian tentang gejala-gejala kejiwaan yang hanya bisa
diamati dan dikaji secara objektif. Sementara berbagai gejala kejiwaan penting yang sulit diamati atau diteliti
secara eksperimental, dikesampingkan. Atas alasan itu terdapat dari mereka yang menyerukan untuk
mengganti nama "Psikologi (Ilmu Jiwa)" dengan "Ilmu Tingkah Laku" karena yang dipelajari psikologi
modern terbatas pada tingkah laku, bukan jiwa. Sudut pandang materialistis mendominasi penelitian-
penelitian psikologi. Semua gejala kejiwaan dikembalikan pada aktivitas fisiologis, dan memandang
manusia bagaikan memandang hewan. Bahkan mereka menjadikan hasil penelitian tentang prilaku hewan,
dijadikan sebagai pendekatan alamiah untuk memahami prilaku manusia.
Namun, pada tahun-tahun terakhir ini, segelintir psikolog telah menyadari pentingnya pengkajian aspek
spiritual dalam diri manusia. Mereka mulai mengkaji sebagian gejala spiritual, seperti telepati (takhâthur)
dan kewaskitaan (istisyfâf). Hanya saja, kajian tersebut masih pada tahap permulaan, belum sampai pada
hasil-hasil yang detail yang secara meyakinkan bisa dimasukkan dalam kelompok informasi yang akurat
tentang manusia.
Pada bagian akhir mukadimah, Najâtiy mengingatkan bahwa umat Muslim perlu meningkatkan penelitian
terhadap khazanah warisan Islam, dimulai dengan Alquran dan Hadis. Lalu meneliti perkembangan
pemikiran tentang kajian-kajian kejiwaan yang dilakukan para filosof dan pemikir Muslim. Sebagai upaya
mencapai pemahaman yang sahih tentang konsep-konsep kejiwaan yang Islami, untuk dijadikan pedoman
dalam melakukan pengkajian tentang tema-tema kejiwaan. Juga untuk membantu menciptakan teori-teori
khusus tentang kepribadian manusia, dengan memadukan antara akurasi penelitian ilmiah yang benar
dengan fakta-fakta tentang manusia yang terdapat dalam Alquran yang merupakan fakta-fakta yang mutlak
kebenarannya karena bersumber dari Allah, Pencipta manusia. Yang tidak datang kepadanya (Alquran)
kebatilan, baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb Yang Maha Bijaksana lagi
Maha Terpuji. (Fushshilat: 42)<
posted by Psikologi Qurani @ 11:09 AM 0 comments 

RESONANSI: H2C Alumni KIP 
By Thobib Al-Asyhar

Suatu ketika, di kelas kami ada diskusi kecil sambil menunggu dosen datang. Ya, diskusi ringan tentang
masa depan alumni jurusan Kajian Islam dan Psikologi (KIP) di PSTTI UI ini. Mas Faruq melontarkan
pertanyaan, kalau sudah lulus nanti kita akan menjadi apa ya? Mas Rakimin (yang biasa dipanggil Rocky)
menimpali, seharusnya kita bisa jadi konsultan psikologi muslim. Ya, paling tidak konsultan psikologi yang
berwawasan Islam lah. Kan belum ada tuh. Bahkan kata pak Prof. Dr. Dadang Hawari, kita bisa membuka
praktik terapi masalah-masalah sosial dengan pendekatan agama. Kalau ilmu agamanya kita punya,
ditambah pengetahuan psikologi Barat, cukuplah bekal kita. Untuk menjadi terapis sosial keagamaan kan
yang penting pengakuan dari masyarakat. Kalau kita tidak bisa jadi konsultan psikologi muslim, rugi dong
kita kuliah bayar mahal! Tegas Mas Rocky agak sedikit provokatif.
Ah gak juga mas! Menurut saya, kalau jadi konsultan psikologi muslim, terlalu jauh, wong kita disini hanya
diajarkan sedikit tentang teori psikologi Barat dan terapan kok. Jadi konsultan psikologi itu tidak mudah.
Banyak hal yang harus kita kuasai. Jadi terlalu berlebihan lah kalau Mas Rocky berharap seperti itu. Apalagi
kurikulum kita masih perlu perbaikan sana-sini. Ditambah lagi, banyak dosen-dosen kita juga yang kurang
gairah. Giliran masuk, sering mutu penyampaiannya tidak sesuai dengan yang kita harapkan. Gimana bisa
jadi konsultan psikologi Mas? Gimana pula cara mempraktikkannya jika teori psikologi terapan kita lemah?
Begitu Mas Asri mengajukan pertanyaan pada mas Rocky.
Begini mas Asri, sebenarnya kan kita ini sudah memiliki basic keilmuan agama yang cukup. Kita seharusnya
diberikan kurikulum oleh PSTTI yang memiliki muatan teori psikologi Barat dan terapan lebih banyak,
kemudian kita kreasi dengan disiplin ilmu keislaman sendiri, gitu loch! Misalnya, pada semester satu dan
dua full muatan psikologi Barat dan terapannya, dan semester tiga baru secara intensif kurikulum elaborasi
dengan disiplin ilmu-ilmu keislaman. Jadi, dengan tiga semester ditambah mata kuliah tambahan dan tesis,
ilmu kita sudah mulai menampakkan arahnya, sergah Mas Rocky berapi-api.
Alahhh… itukan maunya sampean Rock! Sela Mas Ghozali dengan logat Madura yang kental. Kalau
menurut saya, muatan kurikulum jurusan KIP dan arah program yang belum jelas seperti ini, kita gak usah
berharap banyak lah! Wong saya yang S-1 saja dari psikologi, begitu masuk di sini sampai sekarang belum
menemukan formulasi yang jelas. Apalagi beberapa waktu yang lalu, pak Ramzy pernah bilang bahwa
pimpinan rektorat UI ingin menghapuskan jurusan kita! Alasan orang-orang rektorat, katanya, psikologi
Islam itu gak punya landasan ilmiah yang kuat, sementara bangunan teoritiknya tidak kunjung beres.
Banyak ilmuan Islam yang sering mengklaim dirinya sebagai ahli psikologi Islam, ternyata, pandai
berwacana psikologi Islam dalam ranah filosofis belaka dan tidak segera dituangkan dalam bangunan teori
empirik yang jelas dan praktis! Kalau sudah demikian, apanya yang bisa kita harap banyak setelah lulus dari
sini?
Tapi, gaswat juga tuh orang rektorat! Kayaknya orang rektorat UI kurang gaul ya? Emangnya mereka gak
tahu apa? Alquran dan Hadits itu kan dapat dijadikan landasan membangun teori dan sandaran penelitian
tentang manusia dalam mengembangkan psikologi Islam. Kalau selama ini belum terbangun, ya kita-kita ini
lah yang nantinya akan memulainya. Susah sih, ilmuan psikologi di UI itu banyak yang sekuler! Cetus Mas
nanang yang alumni filsafat dari Al-Azhar Mesir. Harusnya mereka setelah tahu banyak tentang psikologi,
cobalah mereka belajar Alquran dan Hadits dong. Jangan hanya mengatakan psikologi lslam gak ilmiah! Di
Timur Tengah seperti Mesir, Yordan dan lain-lain, psikologi Islam itu berkembang pesat! Kenapa di
Indonesia belum berkembang, karena baru mau dibangun saja sudah dituduh gak ilmiah! Lanjut Mas
nanang dengan mimik sengit.
Tapi memang kita akui antara psikologi Barat dan Islam agak sulit ditemukan titik temunya. Kalau psikologi
Barat, itukan dasarnya kajian empirik atau apa adanya tanpa muatan nilai-nilai moral. Sedangkan Islam itu
menitikberatkan kajiannya pada aspek penanaman nilai-nilai idealisme atau “yang seharusnya”. Itulah
problem kita bersama. Sebaiknya kita gak usah menyalahkan siapa-siapa. Pihak pimpinan PSTTI sudah
sedemikian rupa berusaha mencari solusi dengan segala keterbatasannya. Sementara dari pihak rektorat UI
juga barangkali berdasarkan landasan berfikir yang jelas. Jadi kita sebagai mahasiswa harus memberikan
masukan aktif kepada semua pihak agar cita-cita membangun disiplin Psikologi Islam yang kokoh dapat
tercapai. Sahut Pak Miswardi mencoba menengahi pembicaraan.
Dan…. begitulah seterusnya diskusi bak air sungai yang gak bisa dibendung. Arah diskusipun semakin gak
ada juntrungan, dan kesimpulannya pun semakin sulit diambil. Saya hanya terdiam mendengarkan diskusi
temen-temen kelas yang terkenal idealis. Saya pun merenungi apa-apa yang mereka gagas. Jangan-jangan
saya kuliah di jurusan KIP tidak memiliki landasan visi yang kuat! Ya, sudahlah, semoga apa yang mereka
diskusikan dapat kita ambil hikmahnya. Waktu diskusipun berakhir, seiring dengan kedatangan dosen yang
cukup telat, kemudian mengabsen satu persatu dan saya mendengarkan kuliahnya hingga akhirnya saya
terkantuk-kantuk karena tidak menarik. Dan tibalah waktunya saya dan temen-teman kelas pulang ke rumah
masing-masing dengan “bekal” sedikit dan perasaan Harap-harap Cemas (H2C)!. Wallahu a’lam bish-
shawab.

Kematangan Dalam Diri


Posted on December 4, 2007
Filed Under motivasi Islami, Akhlak
Balighu Anni Walau Aayah

Kematangan berkait rapat dengan peningkatan umur. Sekurang-kurangnya itulah


yang meresap dalam pemikiran dan norma masyarakat. Seolah-olah tidak dapat
dipisahkan antara keduanya, sehingga suatu tahap ia menutup pintu bagi generasi
baru untuk mencapai sesuatu lebih awal dari umurnya. Mungkin benar bahawa
kematangan itu dibentuk oleh masa dan pengalaman yang dilalui, semakin lama,
semakin berkembang dan bertambah baik, namun perlu jelas bahawa kematangan
merupakan suatu anugerah dari Allah ke atas setiap anak Adam, bagi setiap orang
itu berbeza begitu juga bagi satu-satu generasi.

Secara idealnya, satu-satu generasi memerlukan kematangannya secara umum


berkembang dengan kemas dan pesat. Ini perlu bagi memastikan tampuk
kepimpinan yang ada sudah mempunyai generasi pewaris yang berkemampuan
samada lebih baik atau setaraf dengan apa yang ada kini. Di sinilah dapat kita
kaitkan unsur kematangan itu dengan matlamat dan cita-cita kita dalam kehidupan.
Seandainya kepimpinan sekarang mahukan suatu kejayaan yang lebih hebat lagi,
dengan penuh ikhlas ia mengharapkan suatu kemajuan dan perkembangan demi
Allah dan RasulNya pada generasi dan umat yang akan datang, maka kita akan
melihat mereka bertungkus lumus memberi perhatian yang sewajarnya untuk
mendidik generasi di bawah mereka. Itulah yang dapat kita lihat pada Rasulullah
s.a.w yang bersungguh-sungguh mendidik para sahabat agar mereka mampu
menyambung tugas dakwah kepada Allah s.w.t. sebaik pemergiannya kepada Ilahi.

Antara faktor yang akan banyak membina kematangan adalah ilmu dan penghayatan
terhadapnya. Tidak dapat disangkal lagi betapa ilmu mampu membina manusia dari
kemunduran kepada tamadun yang besar dan gah. Ini telah ita saksikan terhadap
kemajuan umat Islam pada zaman Abbasiyah dan Uthmaniyyah bahkan juga
terhadap ketamadunan barat yang banyak mencedok ilmu-ilmu dari tamadun islam.
Dari kegelapan kepada cahaya. Di sinilah pentingnya kita menilai erti ilmu melalui
penghayatan. Tiada guna ilmu yang dikendong andai tidak mampu memberi manfaat
kepada masyarakat. Ilmu akan membentuk pemikiran manusia, sedikit demi sedikit
ia akan memberikan manusia pengajaran yang berguna. Tapi ini semua hanya bila ia
dihayati dan diterjemah dalam realiti. Dengan ilmu, kematangan mampu di arah dan
ditolak perkembangannya melebihi mereka yang tidak berilmu, hanya mengharap
masa membentuk mereka.

Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, perkembangan pemikiran seseorang kini
bergantung banyak kepada kesediaan dan pertimbangan dalam menghadapi sesuatu
perkara. Memang praktikalnya, kita hanya akan memahami atau mengenali sesuatu
perkara bilamana kita melaluinya. Apa sahaja masalah yang melanda merupakan
ruang untuk kita memperbaiki diri kita. Sebab itu ia merupakan suatu rahmat bagi
orang-orang mukmin tatkala ditimpa musibah, Dalam hadis Nabi s.a.w., sabda
baginda yang mafhumnya, “barangsiapa yang Allah mencintai kebaikan baginya,
maka Allah menimpakan musibah ke atasnya”. Pastinya hanya sekilas pandang dapat
kita pelajari bahawa musibah yang menimpa pada kita, pasti ada kebaikan, dari
aspek pertimbangan kita dan kesediaan kita dalam menghadapinya akan
menunjukkan sejauh mana kita mampu menghadapinya, bagaimana kita
menanggapinya. Di sinilah kematangan akan berkembang. Keputusan yang kita
ambil boleh samada dipengaruhi oleh emosi dek kerana kurang matangnya kita atau
kita mempertimbangkan mengikut ilmu dan pengalaman yang telah kita ada.
Bagaimana kita menilai kemampuan, pilihan dan kehendak kita juga akan
menunjukkan tahap kematangan kita.

Sekali lagi, gemar untuk ditekankan di sini betapa matlamat dan pengakhiran kita
akan mempengaruhi perkembangan kematangan kita. Pemuda yang mengenali
matlamat hidupnya yang benar, kecenderungan pemikirannya adalah ke arah
matlamatnya itu. Sesiapa yang tidak punya matlamat yang benar dan jelas, maka
tidak akan terdetik dalam dirinya untuk mencapai pembaikan dan kesempurnaan,
dan jika ada, seringkali ia hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Sebab itu dalam
meletakkan cita-cita, kita perlu praktikal dan nyata. Itu juga datangnya dari
pemikiran yang sedar dan matang. Anak-anak kecil akan mengimpikan sesuatu yang
diluar jangkauannya, kerana dia masih anak kecil. Dia hanya mengimpikannya,
khayalannya lebih kuat kerana cita-citanya tidak meletakkan apa-apa tanggungjawab
ke atas bahunya. Orang bijak akan meletakkan matlamat yang besar, tapi
langkahnya dan usahanya membawa kepada kejayaan dan dia komited padanya.
Andai Allah tujuan dan Rasul ikutan, maka kita akan berjaya, kerana para sahabat,
salafusoleh, tabi’ tabi’in semuanya telah membuktikan kepada kita dengan jalan itu.
Akhirnya tibalah ruang untuk berkorban dan berusaha mencapai kematangan yang
kita idamkan. Yang akan melahirkan perbuatan yang benar dan ikhlas, kata-kata
yang bermanfaat dan hati yang bersih. Bagi pemuda islam, buat kita adalah
pengorbanan yang amat besar, iaitu untuk melawan arus kehidupan hedonisme yang
amat kuat melekat dalam jiwa pemuda. Memang banyak perkara yang perlu
disisihkan. Bibit jahiliyah yang ada perlu dikikis. Kehendak-kehendak picisan al-hawa
perlu ditolak dan disalurkan dengan benar. Di sini dengan usaha kita bermujahadah
dengan benar dan bersabar akan membentuk kematangan kita dengan lebih baik.
Dari aspek displin diri dan kesediaan bersusah-payah dapat kita bentuk.

‘Ala kulli hal, ia berbalik kepada diri kita sendiri. Pintu perubahan ada di mana-mana,
tidak perlu menunggu hidayah ‘melanggar’ baru nak terngadah kesilapan yang lalu.
Allah telah menjanjikan kepada kita dalam ayat cintaNya yang agung bahawa Allah
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka
sendiri. Ilmu dan penghayatan akan membentuk pemikiran, menjadi asas dalam
pembentukan akhlak, kesediaan dan kemampuan pertimbangan akan menjadi
petunjuk kepada perkembangan kita. Matlamat kita akan menunjuk hala tuju kita,
menjadi destinasi yang bermakna dan pengorbanan kitalah akan membuktikan
betapa telah terdidiknya kita atau tidak.

-julaibidsinar-

Kekuatan Kata-Kata
Posted on November 29, 2007
Filed Under Fikrah
Balighu Anni Walau Aayah

Di beberapa saat, iaitu saat-saat perjuangan yang pahit yang dilakukan ummat di
masa yang lalu, saya di datangi oleh gagasan yang putus asa, yang terbentang di
depan mata saya dengan jelas sekali. Dalam saat-saat seperti ini saya bertanya
kepada diri saya: Apa gunanya menulis? Apakah nilainya makalah-makalah yang
memenuhi halaman harian-harian? Apakah tidak lebih baik dan pada semuanya ini
kalau kita mempunyai sebuah pistol dan beberapa peluru, setelah itu kita berjalan ke
luar dan menyelesaikan persoalan kita dengan kepala-kepala yang berbuat
sewenang-wenang dan melampaui batas? Apa gunanya kita duduk di meja tulis, lalu
mengeluar semua kemarahan kita dengan kata-kata, dan membuang-buang seluruh
tenaga kita untuk sesuatu yang tidak akan sampai kepada kepala-kepala yang harus
dihancurkan itu?

Saya tidak menyangkal bahawa detik-detik seperti ini amat menjadikan saya
menderita. Ia memenuhi diriku dengan kegelapan dan keputus-asaan. Saya merasa
malu kepada diri saya sendiri, sebagaimana malunya seorang yang lemah tidak
dapat berbuat sesuatu yang berguna. Tetapi untunglah saat-saat seperti itu tidak
berlangsung lama. Saya kembali mempunyai harapan dalam kekuatan kata-kata.
Saya bertemu dengan beberapa orang yang membaca beberapa makalah yang saya
tulis, atau saya menerima surat dan sebahagian mereka. Lalu kepercayaan saya
akan gunanya media seperti ini kembali lagi. Saya merasa bahawa mereka
mempercayakan sesuatu kepada saya: sesuatu yang tidak begitu berbentuk yang
terdapat dalam diri mereka. Tetapi mereka menunggu-nunggunya,bersiap-siap
untuknya dan percaya kepadanya.

Saya merasa bahawa tulisan-tulisan para pejuang yang bebas, tidak semuanya
hilang begitu sahaja, kerana ia dapat membangunkan orang-orang yang tidur,
membangkitkan semangat orang-orang yang tidak bergerak, dan menciptakan suatu
arus kerakyatan yang mengarah kepada suatu tujuan tertentu, kendatipun belum
mengkristal lagi dan belum jelas lagi. Tetapi ada sesuatu yang dapat diselesaikan di
bawah pengaruh pena ini.

Walaupun demikian, dalam saat-saat keputus-asaan dan kegelapan, saya kembali


menuduh diri saya sendiri. Saya berkata: Bukankah kepercayaan akan kekuatan
kata-kata ini merupakan alasan sahaja dan kelemahan untuk melakukan pekerjaan
lain? Bukankah ini hanya merupakan manusia menertawakan dirinya sendiri, menipu
diri sendiri, agar dirinya itu merasa tenteram dalam keadaan tidak berbuat apa-apa,
agar ia dapat melarikan diri daripada tanggungjawab kesalahan dan kesilapan?

Demikianlah saya hidup sepanjang masa perjuangan yang lalu, sampai Allah
menghendaki datangnya suatu fajar yang baru, terbukanya awan yang
menyelubungi, dan manusia mempunyai kesempatan untuk bernafas dengan udara
yang murni yang dibawa oleh revolusi, dan bahawa perjuangan ini telah menjadi
kenang-kenangan yang terkandung dalam lipatan-lipatan sejarah.

Hari ini tergerak hati saya untuk kembali kepada beberapa catatan masa lampau itu,
yang mengandung sebahagian dari apa yang saya tulis di masa yang menakutkan
itu.

Saya tidak menyangkal bahawa saya amat terkejut. Kekuatan kata-kata itu adalah
sesuatu yang aneh sekali. Mimpi-mimpi di masa lalu telah berubah menjadi
kenyataan yang dapat diraba. Apa yang direka-reka dahulu telah menjadi kenyataan
keseluruhannya. Seakan-akan pintu-pintu langit telah terbuka. Para pejuang yang
merdeka menulis dan mengarahkan dengan segala hati mereka dengan kata-kata
ini. Kalau tidak demikian siapakah yang dapat membenarkan, termasuk saya sendiri,
bahawa lebih dan setahun yang lalu, saya telah menuliskan berikut: “Kali ini kita
telah benar-benar mulai, kerana kita telah memulainya dengan cara yang benar. Dua
orang petani telah jatuh tersungkur dilumuri darahnya yang suci, yang pertama di
Kafur Najm, di inspektorat Muhammad Ali, sedangkan yang kedua di Bahout, di
inspektorat al Badrawi.”

“Darah kedua orang itu kali ini mengalir bukan kerana pembalasan dendam keluarga,
dan bukan kerana kampanye pemilihan umum sebagaimana biasa terdapat dalam
catatan pihak kepolisian, tetapi darah itu mengalir kerana pértarungan tanah. Tanah
yang baik yang diairi oleh ribuan orang dengan keringat dan air mata, tetapi mereka
tidak memperoleh apapun dan padanya. Dan akhir-akhir ini mereka telah mulai
mengalirinya dengan darah. Kali ini mereka akan memperoleh hasilnya kerana titisan
darah tidakpernah mengecewakan satu haripun dalam sejarah. Dan kali ini juga
tidak akan mengecewakan.”

“Salah seorang dan kedua orang syahid itu telah tersungkur jatuh dalam
pertempuran tanah yang ingin dirampas oleh tangan-tangan yang berdosa.
Keduanya telah pasti akan diikuti oleh orang-orang lain. Tuan tanah yang gila itu
tidak akan sabar melihat kalau budak-budak itu mengangkat kepalanya. Ia tidak
dapat menahan bahawa budak bertindak tidak sopan dalam menghadapi tuannya. Ia
tidak akan berhenti menumpahkan darah.

Jadi kita telah mulai.”

“Hak-milik tanah yang baik ini telah dikembalikan kepada para pemiliknya yang
sesungguhnya. Surat hak milik yang datang dari langit telah dituliskan, dan tidak
akan dapat lagi dihapus untuk selama-lamanya. Ia ditulis dengan zat yang tidak
dapat dihapus. Ia ditulis dengan darah.

Walaupun tanah itu sendiri sampai sekarang belum dikembalikan, tetapi mulai hari
ini ia dianggap sebagai tanah rampasan. Dan perampasan itu tidak akan kekal.”
“Para tuan tanah yang bodoh itu setiap hari akan menandatangani surat yang
menyatakan ia telah menyerahkan haknya dan tanah yang dirampas itu. Mereka
akan menandatanganinya dalam bentuk peluru kesasaran yang menembus dada
orang yang syahid itu, atau dalam bentuk kampak berdosa yang membelah tubuh
seorang pahlawan. Tetapi telah pasti bahawa inilah surat penyerahan tanah itu, dan
surat hak milik bagi orang lain yang tidak mempunyai tanah.”

“Malam keaniayaan telah terlalu lama. Malam kita menunggu terbitnya fajar yang
baru juga telah lama. Lalu inilah rupanya fajar itu telah mulai kelihatan. Sinar-
sinarnya yang pertama telah mulai memancar, gemerlapan dalam titik suci dan darah
yang tertumpah itu. Ia bukan merupakan titis-titis darah yang murah dalam setiap
kampanye pemilihan umum. Ia adalah darah yang mulia dan mahal, kerana di
belakangnya terdapat suatu persoalan yang berumur panjang, persoalan yang telah
berabad-abad lamanya. Persoalan yang memerlukan sandaran yang tidak dapat
roboh, bukti yang tidak dapat dibantah. Bukti azali ini telah dituliskan di Kafur Najm
dan di Bahwat. Telah dituliskan dan selesai ditulis, dan tidak ada jalan untuk
mengubahnya lagi.”

“Setiap hari akan ditulis suatu surat yang baru. Ditulis berkat semangat orang-orang
bodoh yang tidak percaya kepada sumpah, yang merasa bangga dengan dosanya,
yang berontak dengan membesarkan diri secara durhaka dan memeras secara keji,
orang yang tidak tahan melihat kalau ada suatu kepala yang berdiri lurus, kalau ada
suatu kepala yang tegak, mereka yang telah biasa melihat pemandangan orang ruku’
dan sujud dalam berpuluh-puluh abad!

“Titisan-titisan darah yang mulia ini akan berubah menjadi api yang membakar,
menjadi cahaya langit yang memberikan penerangan, dan dengan izin Tuhan nyala
api itu tidak akan padam selama-lamanya, cahaya itu tidak akan padam selama-
lamanya, kerana ia adalah sebahagian dan cahaya Tuhan.”

“Hai Tuhan, pujian dan syukur bagimu: Hai Tuhan, pujian dan syukur bagimu. Hai
Tuhan, berkatilah apiMu yang suci yang telah Engkau nyalakan, cahaya langitMu
yang telah Engkau terbitkan. Dan kemuliaan itu bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi
orang-orang yang beriman”. Saya baca kembali alinea-alinea yang telah saya tulis
lebih dan setahun yang lalu. Kemudian saya bertanya sekali lagi: Kekuatan manakah
selain dari kekuatan kata-kata, yang dalam waktu yang menakutkan dan gelap itu
telah dapat memecah dinding keghaiban melampaui batas dan rintangan, dan
tertulis dalam catatan abadi di kenyataan yang dapat disaksikan itu?
Kemudian saya bertanya sekali lagi: Apakah rahsia kekuatan katakata? Rahasianya
yang aneh itu bukan dalam kilatan kata-katanya, bukan dalam irama kalimat-
kalimatnya. Ia tersembunyi dalam kekuatan iman yang ditunjukkan oleh kata-kata
dan apa yang di belakangnya. Rahsia itu terdapat dalam tekad yang kuat untuk
mengubah kata-kata yang tertulis menjadi gerakan yang hidup, mengubah
pengertian yang difahami menjadi kenyataan yang dapat diraba.

Di sinilah tersembunyinya rahsia kata-kata itu, dan juga pada suatu yang lain: dalam
kenyataan bahawa kata-kata itu terambil dan hati nurani rakyat, dan perasaan
manusia, dan jeritan ummat manusia dan dari darah pejuang—pejuang yang bebas.

Ia bukan setiap kata-kata yang disampaikan kepada hati orang-orang lain, lalu
digerakkannya hati itu, dikumpulkannya dan didorongnya. Ia adalah kata-kata yang
mengucurkan darah, kerana ia adalah getaran jantung manusia yang hidup. Setiap
kata-kata yang hidup menggetarkan jantung manusia. Tetapi kata-kata yang lahir di
bibir, yang dilontarkan lidah, dan dengan demikian tidak sampai kepada sumber Ilahi
yang hidup, adalah katakata yang dilahirkan mati, tidak satu jengkalpun dapat
mendorong manusiake depan. Tidak seorangpun mahu mengambilnya, kerana ia
telah dilahirkan mati. Orang tidak mahu memungut anak-anak yang mati. Para
penulis sebenarnya bisä berbuat banyak. Tetapi ada satu syaratnya: mereka mati
agar fikirannya dapat hidup. Fikiran mereka itu harus diberi makan dengan daging
dan darah mereka sendiri. Mereka harus mengatakan apa yang mereka percayai
benar, dan mereka mahu menyerahkan darah mereka sebagai tebusan dan
kebenaran itu. Pemikiran dan kata-kata kita tetap akan merupakan mayat yang
kaku, sampai kita mahu mati untuk kepentingannya dan kita sirami ia dengan darah
kita. Lalu ia tumbuh menjadi hidup, dan hidup di antara orang-orang yang hidup.
Maka kepada orang-orang yang duduk di meja tulis mereka, yang bekerja keras
untuk bakat mereka, memilih kata-kata yang indah, mengukir kalimat-kalimat yang
berbunyi keras, menciptakan kata-kata yang penuh khayal yang gemilang, kepada
orang-orang seperti ini, saya ingin memberikan nasihat: Janganlah bersusah payah
seperti itu, kerana kilatan jiwa, cahaya hati, yang didapat dengan hati yang suci, api
keimanan kepada gagasan, inilah satu—satunya yang menimbulkan kehidupan,
kehidupan kata-kata dan kehidupan kalimat-kalimat.

Lalu kenapa?

Lalu orang yang mampu bekerja sekali janganlah berhenti bekerja, jika ia ingin
melaksanakan kewajipannya dengan kata-kata. Inilah pemikiran yang saya ingin
memperingatkannya, setelah saya kemukakan keyakinan saya tentang kekuatan
kata-kata, dan pengaruhnya yang dapat dirasakan dalam kehidupan.

Dalam banyak keadaan, yang benar adalah apa yang dikatakan penyair:

“Berita pedang lebih benar dan berita buku. Dalam ketajamannya yang memberi
bata antara yang benar dan yang main-main.”

Tetapi dalam banyak keadaan pula, tidak ada gunanya kita berbicara dan berbicara,
lalu kita tidak berbuat apa-apa. Dalam keadaan ini kata-kata ini hanyalah
membuang-buang potensi yang ada sahaja dan bukan mencipta kan potensi tenaga.
Lalu ada sejumlah kecil para penulis yang jarang dijumpai yang mempunyai bakat
istimewa, merekalah yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kata-kata
menjadi tenaga. Prinsip utama adalah bahawa orang harus bekerja, dan dengan
bekerja itu ia dapat merealisasikan potensi yang dimilikinya menurut keinginannya.
Tetapi kata-kata itu sendiri, walaupun bagaimana ikhlas dan penuh daya ciptanya, ia
tidak dapat melakukan apa-apa, sebelum ia menempatkan diri dalam suatu gerakan,
sebelum ia terlambang dalam diri seorang manusia.

Manusia-manusialah yang merupakan kata-kata yang hidup yang dapat


melaksanakan pengertian dalam bentuk yang paling lancar. Perbezaan pokok antara
aqidah dan falsafah adalah bahawa aqidah itu adalah suatu kata-kata yang hidup
yang berkarya dalam wujud seorang manusia, dan manusialah yang berusaha untuk
merealisasikannya. Falsafah adalah kata-kata yang mati, yang tidak mempunyai
daging dan darah, hidup dalam otak, dan tetap tinggal di sana, dingin dan tidak
bergerak.

Dan sini maka aqidah itu adalah pandu, yang membimbing ummat manusia dengan
petunjuknya dalam jalan kehidupan yang berbelok-belok dan panjang, naik ke
puncak-puncak dan turun ke lembah-lembah. Ia mengulang-ulang petunjuknya itu
pada tempat-tempat yang berbahaya, dan dengan begitu ummat manusia dapat
selamat dan hidup. Ia naik dan memperkokoh dalam risalahnya, kerana ia adalah
sebuah risalah yang terbit dari kedalaman hati nurani, yang menyalakan perasaan
dan menjadikan indera berkelip-kelip dengan megahnya. Aqidah harus ada.
Kekuatan kata-kata adalah bahawa ia itu timbul sebagai penterjemahan dan aqidah.
Aqidahlah yang membéri makan kehidupan manusia, dan dengàn begitu memberikan
kehidupan kepada manusia itu.

oleh: ameersyuhada

petikan dari : Beberapa Studi Tentang Islam (Sayyid Qutb)

Diam, suatu unsur yang membina


Posted on November 13, 2007
Filed Under Tazkirah, Akhlak
Balighu Anni Walau Aayah

Bukan mudah menjadi orang yang bijak menambat hati manusia


lain. Ia merupakan suatu unsur yang amat penting dalam seni
dakwah iaitu memenangi hati manusia sebelum melangkah kepada
usaha islah ke atasnya. Dai’e yang kreatif adalah orang yang dapat
memanipulasi emosi, suasana dan kelebihannya untuk menambat
hati manusia ke arah kebaikan. Bagi seseorang yang bergelar dai’e,
mustahil padanya tidak ada keinginan untuk menambat hati manusia atau menarik hati-
hati ke arahnya agar dapat di didik dan dibentuk. Dari dasar inilah maka seringkali kita
melihat dan mendengar pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk menambat hati
manusia.

Namun begitu, dalam usaha islah kita, sebulat-bulatnya kita menolak metode pemikiran
Machiavelli yang meletakkan matlamat sebagai penghalal cara. Dai’e bergerak di atas
medan dakwah dalam kotak titah perintah dan larangan Allah s.w.t. Seluas-luas
kapasitinya dalam dunia dakwah dan seramai-ramai lahan dakwah yang mampu
dicapainya, itu semua tetap berada di dalam kotak syariat dan hukum-hakam Allah s.w.t.;
tanpa kompromi. Mustahil bagi seorang yang menyeru kepada Allah s.w.t.
membawakannya dengan kaedah yang dimurkai Allah s.w.t. Di sinilah letaknya
kemurnian dakwah yang kita kemban. Semuanya berdasarkan hukum dan ketetapan
Allah, dipetik dan dirungkai teknik dan seninya dari sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang
agung dan kisah para sahabat, salafussoleh, tabi’in dan mereka yang telah berjuang di
medan dakwah islam ini.

Suatu komponan utama dalam memenangi hati manusia adalah lidah. Tutur bicara dan
kata-kata kita seringkali menjadi agen pengikat hati-hati manusia. Kuatnya lidah dalam
mengikat hati manusia dapat dilihat dari kata-kata seorang peniaga kepada sang pembeli,
sehingga percaya dengan apa sahaja yang disarankan. Bahkan juga umpama seorang
hawa yang terpedaya dengan kata-kata lelaki nista yang menipu, akhirnya sang hawa
berteleku kecewa, mulut bermadah dengan hiba dan airmata menitis ke riba. Begitulah
lidah, tidak bertulang, lembutnya memikat dan geraknya ligat. Inilah aset, atau boleh jadi
suatu liabiliti bagi manusia bila dihisabkan peranannya demi akhirat.

Namun lidah punyai bahayanya. Ia adalah salah satu daging antara dua yang diarahkan
untuk di jaga dengan baik agar terselamat di akhirat kelak. Hadith falyaqul khairan au
liyasmut menyuruh kita agar berkata baik atau diam sebagai penanda kita beriman dengan
Allah s.w.t dan hari akhirat. Begitulah Allah Menciptakan, penuh dengan teka-teki agar
manusia berfikir dan berwaspada agar redha Allah jua yang dicapai.

Ironinya pada lidah, dalam diamnya juga ia punya peranan. Menjadi dai’e yang mahir
dan berseni dalam memanfaatkan lidah tidak bermakna perlunya manis saat berbicara,
penuh kelembutan bahasa dan suara, tapi juga bijak untuk diam. DIAM. Di saat diamlah
kita menyembunyikan pelbagai benda, di saat diamlah kita menjadi penadah arimata
hiba, di saat diamlah kita menjadi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Begitulah kuatnya lidah. Begitulah kuatnya diam. Sehebat kata-kata, diam juga mampu
membawa perubahan.

Dai’e yang ingin menambat hati tidak seharusnya terus-menerus berkata-kata, seperti
lenggoknya punggung itik, ia bergoyang ke kiri ke kanan sedang tidak ada siapa yang
mahu melihat. Cukuplah seadanya, kemudian diam akan memainkan peranan yang besar
dalam memikat hati. Dengan diamlah kita menghargai mereka yang bersama kita, agar
mereka juga berbicara dan kita mendengar. Di saat gundahnya lahan dakwah kita, di saat
itu, diamlah ubat yang paling mujarab dapat kita ajukan padanya. Di saat rancaknya
perbualan, diamlah penawar paling berkesan untuk mengelak dusta dan kesombongan. Di
saat tingginya jiwa, diamlah unsur perendah hati dan pelembut jiwa.

Andai kata diam jatuh di tempatnya, ia kan menjadi usaha terindah bagi seorang dai’e.
Belajarlah untuk diam, agar kurang bodohnya dai’e di hadapan manusia dan kurang
azabnya dari Allah di hari akhirat kelak. Bukan mudah menangkap belut kerana
lembutnya badan dan licinnya kulit berbanding terubuk walau besar, tapi tulangnya
banyak lenggoknya kurang. Tapi indahnya saat diam menjadi suatu seni yang dikuasai
oleh dai’e, jiwa-jiwa terikat kerana luhurnya kata-kata dan kesediaannya untuk diam.

Lidah itu suatu aset yang menguntungkan di saat bicaranya dan juga di saat diamnya.
Pelajarilah diam dengan lebih bersungguh kerana terlalu lama sudah kita berbicara.

Al-Fawaid
Posted on November 12, 2007
Filed Under Tazkirah
Balighu Anni Walau Aayah

Muqaddimah.

Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim
ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam
mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada
syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan
keneraka.

Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi


kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan
beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.

Kebijaksanaan

“ Di manakah kamu sedangkan jalan ini terlalu jauh, Adam telah mengharungi
pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah
dicampak ke dalam api, Ismail di tidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan
harga murah dan merengkok di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dibelah
kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayyub menghadapi penyakit yang
memeritkan, Isa terpaksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad
s.a.w. mengharungi pelbagai bentuk penentangan…

….sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.

Itulah erti kehidupan, erti perhambaan dan erti tanggungjawab yang difahami
oleh mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa.

Tabir

“ Pada diri seorang hamba terdapat tabir yang menutupi dosanya, antaranya dan
Allah dan dosanya dengan manusia. Sesiapa yang membuka tabir dosanya
antaranya dan Allah. Allah akan membukakan tabir dosanya antaranya dan
manusia”

Membuka tabir dosa antaranya dan Allah ialah melakukan dosa dengan melupai
Allah, tidak merasai bersalah dan tidak takutkan azabnya. Apabila tabir dosanya
dibuka antaranya dan manusia semua keburukannya akan terhebah.
Persediaan

“ Setiap hamba mempunyai Pemilik yang akan ditemuinya dan rumah yang akan
dihuninya. Maka hendaklah dia mencari keredaan Pemiliknya sebelum bertemu
Tuhannya dan menghiasi rumahnya sebelum dia berpindah kepadanya,”

Tidak ada perhiasan yang paling indah daripada bertemu Allah dengan hati yang
bersih dan sejahtera.

Untung

Keuntungan yang besar di dunia ialah, kamu menyibukkan diri kamu setiap masa
dengan perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untuk kehidupan
akhiratnya.

Tidak ada perkerjaan yang lebih sibuk daripada beramal dan berdakwah
mengajak manusia kembali kepada Allah

Bodoh

Berakalkah orang yang menjual syurga dan segala kenikmatannya hanya dengan
kenikmatan syahwat yang hanya sedetik.

Allah Digeruni Dihampiri

Makhluk ialah jika engkau takutkannya engkau akan melarikan diri daripadanya
sedangkan Allah jika kamu takutkannya kamu akan bermesra dengannya dan
menghampirkan diri kepadanya.

Ilmu tanpa amal dicela

Jika ilmu itu bermanfaat tanpa beramal tidaklah akan Allah mencela padri-padri
ahli kitab.

Amal tanpa ikhlas binasa

Jika bermanfaat amal tanpa ikhlas tidaklah Allah akan mencela golongan
munafik.

Setiap orang ditentukan kesudahannya

Sesiapa yang Allah ciptakannya untuk menjadi ahli syurga akan sentiasalah
pemberiannya dari perkara yang dibencinya. Sesiapa yang diciptakan Allah untuk
menjadi ahli neraka sentiasalah pemberiannya melalui kenikmatan syahwat.

Luka yang membunuh

Dosa adalah luka. Boleh jadi satu luka sudah cukup untuk membunuh.

Harga syurga
Juallah diri kamu, pasarnya sudah ada dan harganya sudah ditetapkan.

Fitrah

Bumi fitrah subur dan sentiasa menerima apa sahaja yang disemai. Jika kamu
menanam benih iman dan takwa kamu akan mewarisi kemanisan selama-
lamanya . Jika kamu menanam benih kejahilan dan nafsu buahnya sentiasa pahit.

Nilai ilmu

Iblis gembira apabila Adam digugurkan dari dunia tetapi dia tidak tahu setiap
penyelam yang jatuh kedalam air akan tetap akan dapat keluar daripadanya.

Kelalaian

Tidak dapat dinafikan akan ada perasaan ingin tidur dan lupa tetapi tidurlah
dengan nipis supaya kamu mendengar penjaga negeri menjerit: Subuh sudah
hampir.

Pendinding rezki

Dosa adalah pendinding pintu usaha. Seseorang hamba diharamkan rezki kerana
dosa yang dilakukannya.

Perhambaan sejati

Apabila Adam a.s. sejahtera perhambaannya, dosanya tidak membawanya ke


neraka.

Bahaya syirik

‘Wahai anak Adam jika kamu bertemu denganKu dengan dosa sebesar bumi
tetapi kamu tidak menyekutui aku dengan sesuatu Aku akan menemuimu dengan
sebesarnya juga keampunan.”

Tersalah.

Jika seorang hamba melakukan dosa bukan sengaja untuk mengingkari


perintahNya, bukan kerana mencemarkan hukumNya akan diajarkan kepadanya
cara untuk memohon keampunan.

Ibadah yang ditunjukkan

Dosa yang dikeji lebih disukai-Nya daripada amal yang ditunjukkan.

Awasilah panahan iblis

Membiarkan mata bebas menjadikan hati tertulis akan segala yang dilihat,
sedangkan hati adalah ka’bah manakala Allah tidak suka ia dipenuhi oleh berhala.
Kehidupan Roh

“ Wahai orang-orang yang beriman sahutlah seruan Allah dan al-Rasul apabila
kedua-duanya menyeru kamu kepada perkara yang menghidupkan kamu…” al-
Anfal, 24.

Seruan itu ialah : Jihad dan al-Quran

Nilai diri

“..Jika kamu mengetahui nilai dirimu di sisi Allah, nescaya kamu tidak akan
memalukan-Nya dengan dosa. Allah menghalau Iblis kerana enggan sujud
kepada kamu ketika kamu berada di dalam sulbi Ayahmu..Alangkah hairannya…
bagaimana boleh kamu berdamai dengannya dan meninggalkan Allah..”

Cintaku terhadapMu
Posted on November 1, 2007
Filed Under Tazkirah, Akhlak
Balighu Anni Walau Aayah

Cinta lahir dari hati ,tidak siapa dapat menghalang mahupun menjadikan cinta
melainkan yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang adalah pekara berlainan walau
bagaimanapun ia tidak dapat dipisahkan dari satu dengan yang lain. Melalui
pemerhatian saya, ramai yang meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada
sesama makhluk mahupun sesuatu pekara melalui pelbagai cara. Ada yang
mengasihi keluarganya dan meluahkan rasa cintanya melalui masa yang diluangkan
bersama keluarga. Dan ada juga yang mencintai kebendaan seperti buku sehingga
sanggup menyimpan koleksi buku-buku tersebut dan sanggup tersadai ditepian jalan
untuk menunggu koleksi yang terbaru. Tetapi cinta yg digambarkan itu tidak akan
bertahan selamanya kerana semuanya bersifat sementara.

Bukankah terdapat cinta yang kekal abadi? Yang sepatutnya terdapat pada setiap
individu? Cinta ini membawa manusia kepada kebahagian sementara kepada
kebahagian selama-lamanya. Yang membawa langkah manusia kepada jalan
kebenaran dan mendekati harumnya syurga yang penuh kenikmatan. Cinta yg
membawa kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Cinta yang tidak perlu pada
konflik dalaman mahupun luaran. Tahukah kamu cinta apakah yang dimaksudkan
itu? Iaitu cinta kepada Allah swt tuhan yang Maha esa yang Menjadikan dan yang
Mematikan. Yang apabila dicintai, akan dibalas dengan kecintaan. Dan penamatnya
adalah kebahagian bukannya kedukaan. Yang apabila dicinta, membuahkan iman
dan melapangkan kesempitan dunia kepada keluasan akhirat.

Bila kita bicara cinta, semestinya kita sinonim kepada “cinta-cinta monyet” dan
disebabkn ini ramai memandang serong terhadap indah dan mulianya cinta itu.
Tetapi kita tidak pula menggambarkan cinta yang sepatutnya dilihat dari kaca mata
sebenar, iaitu kaca mata hati yang disulami iman. Bukankah cinta itu kurniaan illahi?
Kita bicara tentang cinta yang halal dan suci tidak perlu pada cinta yang diprovokasi
oleh barat yang sememangya rapuh yang telah mempengaruhi segenap masyarakat
tidak kiralah hollywood, bollywood mahupun “koreanwood”. Saya bicarakan cinta
kepada ibu bapa isteri dan anak. Bukankah itu semua kurniaan illahi? Saya bicarakan
cinta seorang peraih kasih kepada Penciptanya. Saya bicarakan cinta seorang
sahabat kepada sahabatnya. Cinta yang seharusnya berpaksi dan bermula dari
asalnya kita, iaitu mencintai yang Maha Pencipta.

Tapi persoalan bagaimanakah kita bermain cinta?Dari sudut kekeluargaan,


terkandungnya individu-individu nukleas. Sebagai suami yang bertanggungjawab
terhadap keluarga, bagaimanakah kita menunjukkan rasa kasih dan sayang serta
cinta kita kepada tuhan pencipta alam? Suami sememangnya mencintai anak dan
isterinya dengan menunjukkan kasih dan sayangnya melalui pengorbanan yang
dicurahkan kepada keluarganya. Bukankah indah jika sekiranya, suami yang
mencintai anak dan isteri ini meletakkan kecintaannya itu kepada Allah swt? Suami
melakukan pekerjaan sehariannya kerana Allah swt dan melakukan aktiviti bersama
keluarga juga kerana Allah swt. Seharusnya suami memandang kebahagian keluarga
itu adalah kebahagian hasil dari hubungan dengan Allah swt. Segala aktiviti yang
dilakukan suami, haruslah mempunyai nilai kecintaan terhadap tuhannya supaya
anak dan isterinya turut mencintai tuhan yang dicintai suami atau ayahnya.
Bimbinglah anak-anak dan isteri kepada dengan belaian kasih illahi dengan
sewajarya. Bertadarus bersama-sama setiap hari dan menjalankan riadhah bersama-
sama keluarga adalah antara aktiviti yang menunjukkan qudhwah hasanah yang
sepatutnya ditonjolkon seorang suami. Suami harus seronok dan bersungguh dalam
melakukan segala ibadat tidak kiralah walau senyum sekalipun, yang penting
semuanya kerana Allah swt. Cukup setakat itu olahan bagi seorang suami.

Bagaimana pula isteri menunjukkan rasa cinta kepada tuhan Maha Pencipta yang
tidak dilahirkan mahupun melahirkan? Yang terutama sekali bagi isteri, alangkah
indahnya jika taat dan patuh pada perintah suami yang beriman semuanya
diletakkan kerana Allah swt. Suasana keluarga selalunya ditentukan oleh pengaruh
seorang isteri. Oleh itu layanlah dan senyumlah untuk anak dan suami semata-mata
kerana kecintaan kepada Allah swt. Iaitu supaya anak dan suami rasa tenang dan
bersyukur mempunyai isteri yang solehah dan umi yang penyayang. Cintalah suami
itu kerana keimanannya terhadap Allah swt. Bukankah indahnya keluarga jika
mempunyai seorang isteri mahupun ibu yang bersabar dengan karenah anak-anak
dan suami semuanya kerana syukurnya dia dan cintanya dia kerana Allah tuhan yang
satu yang telah mengurniakan kepadanya suami dan anak sebagai rezeki? Didiklah
anak-anak dengan jiwa islam melalui bimbingan terhadap akhlak yang mulia.
Hasilkan perasaan untuk meilhat anak dan suami mencintai tuhan yang Esa.

Bagaimana anak memainkan peranan di dalam keluarga untuk menunjukkan


kecintaannya terhadap Allah swt? Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, walaupun
fikrah kita tidak sama dalam perjuangan, namun merekalah yang membesarkan kita.
Tidakkah kita mahu melihat mereka turut serta dalam perjuangan kita? Tunjukkanlah
kepada mereka akhlak yang baik kerana setiap perubahan walau sekecil manapun
akan tetap dirasa oleh ibu bapa. Jadikan masa yang diluangkan kepada ibu dan bapa
sebagai ibadat kerana Allah swt supaya dapat membalas budi dan jasa mereka. Ini
melambangkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah swt kerana memberi kita
peluang bersama dengan keluarga. Tidakkah kita kasihan kepada orang-orang yang
tidak berpeluang mempunyai nikmat ini? Tidakkah kita cinta dan sayang kepada ibu
bapa kita? Letakkanlah kecintaan itu semata-mata kerana Tuhan yang menjadikan
mereka, yang juga menjadikan kita. Bersyukurlah dan jadilah anak yang soleh yang
selalu membaca al-quran dikala subuh hari mahupun disetiap waktu bagi
menyejukkan mata memandang dan meringankan beban yang dipikul.Bukanlah cinta
itu semata-mata kerana kekasih, tetapi cinta yang asalnya kerana Allah swt. Terlalu
banyak untuk coretan tentang cinta ini. Tetapi penulis mahukan pokok yang subur
hasil bajaan pembaca sendiri. Dahulukan cinta kita kerana Allah swt, kemudian
cintalah makhlukNya kerana Allah swt jua. Selamat bercinta, dan sudahkah anda
bercinta denganNya?

Penulis: al-mufikir

Titik-titik Tengah?
Posted on October 28, 2007
Filed Under Tazkirah, Akhlak, Fikrah
Balighu Anni Walau Aayah

Satu persoalan yang mungkin tidak pernah langsung


terlintas di benak minda seorang muslim. Mungkin juga ia
pernah bermain-main di ruang legar minda mahupun
perasaan, namun yang pasti, tidak semua yang pernah
terfikir akan perasaan ini. Persoalan yang mungkin
tampak mudah. Seolah-olah satu lontaran liar yang
mungkin sesetengahnya merasakan bahawa ia bukan satu
isu akademik yang patut dibicarakan. Namun, sebagai
seorang insan, anugerah akal tidak menyempitkan kita
hanya pada perkara-perkara utama. Apatah lagi, tidak jua
menjurus kepada perkara-perkara yang simplistik. Waima
begitu, persoalan-persoalan yang ada, kita jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam apa
jua aspek yang boleh dipraktikkan, wahana untuk kita mantapkan lagi usaha tarbiyah dan
dalam usaha kita untuk menggapai redha Allah.Seorang akh mengaju satu persoalan yang
bunyinya seolah teka teki. ”Apakah perkara di mana manusia kurang sedar akan titik
pertengahannya?” Nah, bukankan soalannya nampak mudah? Jika dijadikan satu bahan
kajian thesis, pasti banyak jawapannya. Ana sendiri tercengang akan persoalan yang
diajukan. Tidak pernah ana dengar akan persoalan ini. Yang lumrah ialah kita bisa
mendengar akan persoalan ”Apakah perkara di mana manusia kurang sedar akan titik
permulaannya, atau kurang sedar akan titik pengakhirannya?” Soalan yang kemudian ini,
lebih mudah untuk dijelaskan, dan mungkin lebih banyak jawapan yang boleh
diutarakan.Ligat berputar benak fikiran memikirkan jawapan. Dari hati, teringin untuk
mengutarakan isu-isu yang dirasakan dapat memenuhi kehendak jawapan. Namun terasa
berat untuk mulut melafazkan rasa hati.

Setelah diam sekian lama, kerutan dahi tanda sudah banyak jawapan yang difikirkan.
Sekian sunyi tanpa jawapan, akh tadi terus melontarkan satu isu.
”Mudah sahaja, contohnya dari aspek sains, seorang manusia itu pasti tidak dapat nak
tentukan waktu antara mengantuk dan tidur. Seseorang yang sudah letih fizikalnya,
mental dan akalnya pasti jua sudah letih. Bukan mudah untuk kita dapat berfikir dengan
rasional pada ketika itu.Maka, memang lumrah untuk seseorang itu tidak dapat nak
pastikan bilakah dan apakah yang berlaku antara waktu mengantuk dan waktu tidur.
Walau sekiranya sedar, seseorang itu selalunya tidak mampu untuk mengingat segala hal
yang terjadi antara waktu kedua-duanya.”Terdiam sejenak ana mendengar lontaran idea
yang dikeluarkan. Memang betul, kami rata-ratanya masih lagi pelajar, pasti menempuhi
fenomena yang sama. Menjadi kebiasaan, mujahadah pelajar itu adakalanya terlalu
ekstrim dan tidak menitikberatkan segala faktor yang ada. Walau badan sudah letih,
namun, kerana ”cekal” dan ”tabah” untuk terus bermujahadah menelaah ilmu, maka
aspek-aspek lain selalunya ditolak ketepi. Bahan-bahan yang mampu untuk stimulasi
mekanisma badan untuk mengelakkan mengantuk atau juga bahan-bahan yang dapat
memberi stamina tenaga diambil tanpa memikirkan kesannya. Implikasi? Mungkin secara
jangkan panjang, kita sudah lumrah bahawa seseornag itu kemudiannya akan menjadi
terlalu letih dan akhirnya mengambil masa yang lebih lama untuk rehat. Selain itu, walau
badan secara zahirnya mampu untuk berjaga dan melawan rasa letih, namun, akal sudah
tidak mampu untuk bekerja secara efisyen. Mungkin hanya buat seketika, namun jika
terlalu didesak melampaui norma yang biasa dilalui, pasti tidak sempurna cernaan
pembelajaran. Akh tadi terus menyambung, ”Kalau pun berjaya habis study, selalunya
memang tak optimum hasil yang dapat. Better untuk kita fokuskan sebaik-baiknya ikut
kemampuan diri kita. Pengajaran juga buat sahabat-sahabat yang tidak mengurus masa
dengan baik. Mungkin tidak mengisi masa lalu dengan bijak hingga kabut jadinya pada
musim imtihan ini.” Ana hanya mampu tersenyum.”Ada lagi persoalan yang boleh kita
kaitkan dengan isu titik tengah ini. Pernah tak enta fikir bila exactly jatuhnya empayar
islam di muka bumi ini? Memang kalau kita singkap sirah, secara langsung kita tahu
bahawa, Khalifah terakhir jatuh pada 1924. Namun, adakah ini peristiwa mula-mula
terjadinya runtuhan sinar islam yang menguasai dunia sebelumnya? Atau adakah kita nak
letakkan jatuhnya Baghdad sebagai tragedi simbolik jatuhnya islam? Memang banyak
pendapat, tapi, kita patutkan jadikannya satu retrospeksi.”Terkelu lidah ana mendengar
luahan dari hati akh ini. Memang tidak pernah terfikir akan bilakah jatuhnya islam secara
terperinci. Belum sempat ana menyelami isu-isu yang dibangkitkan, akh tadi
menyampuk, ”Ana sahaja nak ceritakan kedua-dua isu di mana, mungkin secara mudah,
apabila kita rasa mengantuk, sebelum tidur, mungkin kita boleh kaitkan dengan isu
jatuhnya islam ini. Memang kita dengan kesibukan kita, dengan pelbagai kerja dan
maslahat yang ada, tidak mudah untuk kita sentiasa fikirkan isu umat. Sebagai
praktikalnya, apabila terasa mengantuk sahaja badan ini, maka sedikit sebanyak, kita
akan teringat bahawa kita sendiri tidak pernah sedar akan bilakah jatuhnya islam ini. Satu
analogi di mana kedua-dua perkara, kita tidak sedar apa yang berlaku di tengah-
tengahnya. Mungkin bukan satu usaha yang terlalu aula untuk kita kaji, namun ana rasa
cukup untuk kita ekstrak pengajaran dari lontaran-lontaran idea ini.”Mendegarkan akan
kata-kata akh ini, ana terasa bersemangat untuk sama-sama berkongsi akan idea yang
cukup menarik ini. Moga kita dapat mengambil pengajaran, sebagai amalan yang tidak
pernah kunjung jemu untuk meraih redha Allah. Wallahu’alam.Adaptasi dari idea M.R.A
al asadPalestin bukan sekadar isu
kemanusiaan
Posted on September 3, 2007
Filed Under Alami
Balighu Anni Walau Aayah

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam.
Ia bersempadan dengan Laut Mediterranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin
dianggap titik pertemuan di antara Asia dan Afrika. Bahagian utara Palestin bersempadan
dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam peradaban tamadun manusia. Namun
ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati setiap individu muslim sejak zaman-
berzaman. Keistimewaan Palestin menurut Al-Quran dan Sunnah kepada ummat islam
adalah seperti berikut ;-

• Qiblat pertama muslimin.


• Masjid kedua tertua di muka bumi selepas Masjidil Haram.
• Masjid ketiga paling suci selepas Masdijil Haram & Masjid Nabawi.
• Tempat berlakunya Isra’ & Mi’raj.
• Bumi para nabi & rasul. Terdapat 50 anbiya’ yang memulakan serta meneruskan
risalah Tauhid di sini.
• Negeri perjuangan.
• Harta wakaf umat Islam sehingga Hari Kiamat.

Bukan sekadar isu kemanusiaan

Segelintir daripada kita mungkin akan mempersoalkan mengapa harus kita menfokuskan
kepada isu Palestin sedangkan banyak lagi negara dunia ketiga yang berada dalam
kesengsaraan. Namun isu Palestin bukanlah permasalahan biasa. Ia bukan sahaja
melibatkan soal keprihatinan kita sebagai Muslim, malahan aqidah yang tersemat di dada
kita. Jadi inilah ISUNYA !!!..

Telah nyata kezaliman Yahudi beserta sekutu-sekutunya terhadap rakyat Palestin. Mereka
berterusan melakukan pembunuhan ke atas orang awam Palestin, memusnahkan rumah-
rumah dan menghalau mereka keluar dari negara yang tercinta. Statistik terkini
menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 80% penduduk asal Palestin kini menjadi
pelarian. Pelarian seperti Lubnan dinafikan hak untuk memohon kerakyatan dan
seterusnya menutup peluang pekerjaan.

Ini mengakibatkan mereka tidak mendapat kemudahan asasi yang secukupnya seperti
bekalan air bersih da juga ubat-ubatan. Dapatkah kita bayangkan keadaan saudara kita
yang dilayan sedemikian rupa ?.
Bumi Palestin juga dianggap sebagai penempatan tertua di dunia. Bandar tertua di dunia,
Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 SM. Sehingga kini Palestin masih dianggap
sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Akan tetapi isu ini tidak sekadar terhenti di situ sahaja. Tidakkah kita menyedari
peristiwa Isra’ & Mi’raj yang kita sambut saban tahun dengan majlis yang tidak kurang
hebatnya berlaku di negeri Al-Quds. Tambahan lagi Yahudi sedang merencana
meruntuhkan Al-Aqsa bagi menggantikannya dengan Haikal Sulaiman ( Solomon Temple
). Semua ini dilakukan atas nama kajian arkeologi. Betapa tidak sensitifnya kita terhadap
permasalahan umat dewasa ini.

us untuk Dakwah Fardhiyah


zaifah.org
September 2008 09:32

wah fardhiyah, ada beberapa tips yang boleh kita ikuti agar dapat memperoleh hasil yang optimum. Dalam artikel ini, dipaparka
dakwah fardhiyah.

ngguh-sunggguhlah dalam beramal, serta melakukan penyemakan dan evaluasi secara rutin agar dapat meneruskan perjalanan da
ik.

g menjalankan Dakwah Fardiyah sebaiknya diarahkan dan diberi bimbingan dalam hal metode, pengertian-pengertian, dan uruta
ah.

aktiviti dakwah mad’u , mungkin dapat diberikan ketika acara liqa’at/halaqah ‘pertemuan-pertemuan’ dengan penjelasan materi
erangan, dan penegasan mengenai nilai-nilai tertentu.

pan di atas harus terwujud dan terbentuk dalam jiwa mad’u secara bertahap. Menyalahi urutan tahapan berdakwah dapat menyeb
d’u terhadap penyampaian dakwah. Perlu diperhatikan bahwa setiap tahapan yang dilalui bergantung pada tahapan sebelumnya d
aan terhadapnya. Contohnya, bila seorang mad’u belum mempunyai kesedaran tentang kewajipan memikul tanggung jawab sosi
tapa sebuah jamaah itu diperlukan sebagai wahana menjalankan tanggung jawab tersebut, maka ia tidak mungkin bersedia mene
buah jamaah, apalagi menyertainya.

pai hanya karena ingin mad’u sampai pada tahapan yang lebih tinggi, menjadikan bertindak gelabah dan tergesa-gesa "mengupg
um mempunyai keyakinan dan penerimaan yang sempurna terhadap setiap tahapan yang dilalui. Hal ini dilakukan sebagai langk
rhadap kemungkinan apabila mad’u berbalik arah karena keragu-raguan dalam hatinya.

dialog dan perbincangan berkenaan tujuh tahapan tersebut dilakukan dengan intensif, begitu juga pembicaraan mengenai berbaga
or yang dapat membuat mad’u puas. Hal ini sangat memudahkan seseorang yang akan menjalankan Dakwah Fardiyah.

ah harus benar-benar “bersih”, bersih seluruh syarat dan sangkaan negatif, bersih seluruh amal islaminya dari syubhat, bersih sar
dari najis, dan tentunya juga bersih para pemikulnya dari maksiat. Sehingga tidak ada lagi kesan keragu-raguan dalam jiwa mad’

baikan dan keberuntungan yang diraih oleh orang yang menerima dakwah harus ditonjolkan, begitu juga bahaya besar yang meng
seruannya. Method targhib dan tarhib ‘membangkitkan rasa harap pada pahala dan rasa takut terhadap siksaan’ mungkin akan s
mad’u.

ivis dakwah seharusnya saling memikul, nasihat-menasihati, dan bersama-sama memikirkan masalah dan penyelesaian terhadap
ah. Misalanya, dengan saling membagi pengalaman di medan dakwah.

lam tahapan-tahapan tersebut, perlu dibekali dengan buku-buku, risalah-risalah, majalah-majalah, atau apa saja yang dapat diber
ping itu, perlu juga memberi beberapa pertanyaan kepada mad’u sehingga perkara yang kurang jelas dapat diketahui dan diberi p

mad’u yang sudah siap dan telah mampu menjalankan dakwah fardiyah, sepatutnya dianjurkan untuk segera melakukannya sambi
n diikuti perkembangannya.

aufik, dan hasil dalam dakwah dapat diperoleh sesuai dengan kadar keikhlasan, kesungguhan, sikap berlapang dada, dan kesabar

ardiyah dapat dijalankan dalam segala situasi, berbeza dengan Dakwah Ammah ‘dakwah dengan pendekatan umum’ seperti: cer
kusi, dll. Yang kadang-kadang dihambat dan dirintangi.

waan Dakwah Fardiyah adalah dapat menciptakan hubungan dan ikatan langsung dengan mad’u , sementara Dakwah Ammah tida

ardiyah dapat mengkayakan pelakunya dengan berbagai pengalaman dan sebagai latihan berdakwah di jalan Allah yang merupa
ma.

ardiyah mendorong pelakunya agar produktif dan giat membekali diri engan bekal-bekal dakwah agar dapat menunaikan tanggu
-baiknya.

ardiyah mendorong pelakunya agar dapat menjadi qudwah ‘teladan’ bagi orang lain.

ardiyah member peluang langsung kepada mad’u untuk meminta penjelasan tentang berbagai masalah yang dihadapi dan sekalig
n ganjaran dalam hatinya, sehingga pembentukan pribadinya berlangsung dalam keadaan bersih.

enggunkan perhitungan matematik yang sederhana, mungkin kita dapat mendapati hasil dari Dakwah Fardiyah menjadi berlipat
ang singkat

The truth about the state


It wasn't always like this
Let us look back in time
History reminds us
One army
One land
One central authority
Crushing the romans
persians put in fear
The Ummah like a Lion
No need to shed a tear

When the village was attacked by the kufar


The Khalife heard
The sister cry &
Prepared for war
Attacking the city

Destroying it
from existence
Lesson # 1
Don't ever
Mess with Muslims

The Imam of the Ummah is a shield where he protects the Ummah and where the Ummah
fights behind him
Where is this shield today to protect the Ummah?? What happen to this shield to honor and
dignify the Ummah???
In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated ?the crusade war has ended?

In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi
Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine
& Syria
he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here
?

How did they do this


to you and me
We turn on the TV
and all we see
is a world full of casualties
a generation in agony
our Ummah is in misery
let us go back
to beginning of the century
and review our history

from one side


to the other side of the globe
the system of Islam
Ruled over the world
They went to the Muslims
for the all their solutions
from mathematics to biology
to the advancements in technology

the kafir women


use to imitate our women
they wanted the same respect
that the Muslims sisters were given while the enemies of Islam
were trying to twist the Quran
trying to write a Surah like Allah?s they all failed miserably
& many of them responded with
ASHHADU -AN LA ILAHA ILALLAH WA ASHHADU- ANNA MUHAMMADUN
RASULLULLAH
Allah has challenged the humanity until the day of judgment to produce a Sura or an Aya like
the Quran
And Allah assures that they will never be able to make an Aya like it
The kufar plan and work to destroy this Deen and Allah affirms that we too are planning
and if all the people of the world got together they still could not and will never be able to put
even a scratch a side of a muster seeds on the THRONE of ALMIGHTY ALLAH (SWT)

After failing on the battlefield


they kufar got together
and they decided to yield
they said we must change
the way the Muslims think
and sure enough

the Muslim Ummah


began to sink
In 1917 john belford
promised Palestine
to the jews 31 years later
his promise went through

brittan and france


split the Muslim lands
3 years later
Islam worst traitor
mustafa kamal
Brought the states fall

In 1920?s mustafah kammal with the help of the british becomes the hero
Hmm? well this so-called hero cancels the authority of the most powerful system suitable for
human beings
THE KHILAFAH!!!?
he abandon all the rulings of Allah? he did not stop there?.
He banded the Adan in Arabic, he denied Muslim sister from obeying Allah (SWT) by
abandoning the Hijab
All Islamic calendars and holidays were canceled
Yes brothers and sisters?
he changes the Arabic alphabet to Latin
By doing so he made sure the next generation will be lost and have no connection to their
Islamic roots
as they can not read or write all the Islamic culture that was recorded
This Islamic system sent by the Creator of ALAMEEN went from the application in life to be
in museums for people to go and see in turkey
In 1924
Our state was demolished
Hundred years of planning And their plans were accomplished
Kafirs broke our bond
Contaminated our knowledge
Better listen up
because you won't learn this in college
Beginning of the end
and the divisions began
Step by step
they divided our lands
in 1921 saudi arabia & iran next year egypt &
In 32 iraq
In 1945
jordan indonesia
Lebonen & syria
Two years later
The division of India
the Muslims took a stand
and demanded
the ruling of Islam
so they gave them pakistan
but it was only an illusion a false resolution
far from the solution
In 1948 The Jews establish their
israeli state

In 1901 the kufar went to Sultan Abdull Hamid the II and offered to pay tremendous amount
of money to the Islamic State for Palestine. Sultan Abdull Hamid the II replied:
I am not going to give one inch of Palestine to the jews as Palestine is not mine give but it
belongs to the Ummah and Ummah have shed blood to defend this land but if one day the
Islamic State falls apart then you can have Palestine for free but as long as I am alive I would
rather have my flesh be cut up then cut out Palestine from the Muslim land I WILL NOT
ALLOW ANY CARVING UP WHILE WE ARE ALIVE!!!!!
In 1960's
somolia & nigaria
kuwait & algeria
In 1964 Came the PLO
yasar arafat
The us scarecrow
a great declined
In 1969
When the west was training Muslims scholars for hire
Jews were setting
Al-Aqsa mosque on fire!
Let us recall 1970
For those who don't remember
That was the year
That we had black September
The king of jorden
& yaser arafat
Began their plot
Shot after shot
Muslim blood spilled
As innocent Muslims were killed
Communism attacked
but Muslims fought back

The sincere Mujahideen of Afghanistan fought and pushed back the Russians
and then They started to fight among themselves
Khomaine became in power with the promise of ruling and raising the Ummah to a level of
dignity
But his promise never went through soon after iran and iraq went to war
And millions of innocent Muslims died for 10 years Muslims killing Muslims
Over what!!!??? What else?!!! the agenda of the west!!! ?at the end there were no resolution
Today iran is very much open to democracy and reformation
and the Muslims in iraq continue to suffer?.
SUBHANALLAH!?. where is the Amir of the Ummah??!!!!?..

Another decade gone


But we still don't have Islam
Take a look at the gulf
And the killings of sadam
Over million Muslims died
But no one answered their cries
In the 1990's
The Muslim genocide
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Dagistan

BRING BACK ISLAM!


BRING BACK ISLAM!
BRING BACK ISLAM!
BRING BACK ISLAM!

It?s year 2000


And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It?s time for us to change
It?s up to you & me
Either we make history
or we become history

You might also like