Johor Riau

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MALAYSIA:MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYUBARU (LSM1023)

SOALAN 3:
SEJAUH MANAKAH KERAJAAN JOHOR RIAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WARIS KEPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA

ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN HALAMAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

PENGENALAN BIOGRAFI KARYA AGUNG DALAM PENSEJARAHAN KONSEP SEJARAH DAN TAMADUN SUMBANGAN DALAM KAEDAH DAN PENYELIDIKAN FAKTA DAN CATATAN SOSIALOGI DAN PENSEJARAHAN PENGENALAN TEORI ASABIYYAH KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

1 2,3 4,5 6,7 8,9 10 11,12,13 14,15 16 17

PENGENALAN
Kerajaan Johor Riau muncul sekitar abad ke 16-17 selepas kejatuhan kerajaan Melaka yang tewas kepada Portugis pada tahun 1511.Kejatuhan tersebut telah membawa kepada pembukaan Johor .Sultan Alaudin Riayat Shah merupakan Sultan yang pertama menaiki takhta Johor. Kesultanan Johor banyak mewarisi ciriciri daripada Melaka dalam pelbagai aspek.Perkataan waris boleh didifinisikan sebagai orang yang berhak menerima harta pusaka menurut kamus Perdana. Manakala dalam bahasa arab pula, waris bermaksud Al-mirrat,dalam bahasa arab berbentuk mashdar(infinitive) dari kata waritsa-yaritsu irsan miratsan iaitu perpindahan sesuatu kepada orang lain atau dari sesuatu kepada kaum lain. Dalam Konteks kerajaan Johor Dan Melaka perkataan Waris ini tidak terbatas seperti yang diterangkan dalam kedua-dua versi tadi tetapi mempunyai persamaan atau perwarisan daripada segenap aspek terutama sekali dalam bidang pentadbiran, tapak pemerintahan,dasar luar,perdagangan ,dan system social atau susunlapis dalam masyarakat itu sendiri baik dalam hearaki pentadbiran.Kerajaan Melaka mempunyai sejarah yang unggul sebelum jatuh kepada tangan portugis pada tahun 1511.ciri-ciri unggul ini diwarisi kesultanan Johor.Hal ini telah mengangkat Johor sebagai kuasa yang seolah olah mengantikan Melaka sekitar abad ke 16-17.

2.0 POLITIK DAN PENTADBIRAN


2. 01 POLITIK Bidang politik dan pentadbiran amat penting dalam aspek pembentukan dalam sesebuah negara. Sistem politik ini mestilah tersusun secara,sistematik dan telus bagi memastikan pentadbiran sesebuah negara itu berjalan dengan lancar dan bebas dari sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Politik berperanan dalam menentukan pembukaan,perkembangan, kemajuan dan kejatuhan sesebuah negara.1 Sistem politik yang stabil akan membawa kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara yang diperintah itu. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada perkembangan aspekaspek yang lain seperti ekonomi,sosial, dan sebagainya. Kekuatan politik yang stabil ini seterusnya dapat diwarisi oleh zaman atau institusi kerajaan yang seterusnya. Sistem politik yang diamal oleh kerajaan Johor-Riau ini mempunyai kesinambungan dengan Kesultanan Melayu Melaka.Antara kesinambungan yang diwarisi oleh kerajaan Johor-Riau dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah melalui kuasa Raja.Walaupun Kesultanan Melayu Melaka telah runtuh pada 1511 setelah diserang oleh Portugis, namun sistem politiknya masih wujud dan seterusnya diwarisi oleh kerajaan Johor-Riau. Dalam hal ini,raja tetap menjadi ketua negara dan turus pemerintahan sesebuah negara yang diperintah.Tugas seorang raja ini akan dibantu oleh para pembesarnya bagi melicinkan sistem pentadbirannya.Kerajaan Johor-Riau juga
1

Muhd Yusof Ibrahim,1999.Sejarah Malaysia1400-1641.Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia.Halaman 253 2

mewarisi jawatan sebagai ketua agama islam dan bertanggungjawab dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah seperti hukuman bunuh daripada Kesultanan Melayu Melaka.Raja mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan hukuman tersebut tanpa adanya sebarang pengaruh daripada orang lain.Raja juga dianggap utusan daripada Allah dan rakyat mesti patuh pada arahan raja. Siapa yang tidak patuh kepada raja,orang itu akan terkena tulah akibat derhaka kepada raja. Selain itu,kerajaan Johor-Riau juga mewarisi gelaran raja daripada kesultanan melayu melaka.Pada zaman kesultanan melayu Melaka,Parameswara merupakan raja yang pertama di Melaka yang menggunakan istilah sultan setelah memeluk agama islam dengan menukarkan nama baginda kepada Sultan Iskandar Shah.Gelaran ini seterusnya diwarisi oleh sultan-sultan Melaka yang seterusnya sehinggalah ke zaman empayar kerajaan Johor-Riau.Raja yang pertama dalam kerajaan Johor-Riau yang mewarisi

gelaran sultan daripada kesultanan melayu melaka ialah Sultan Alaudin Riayat Shah.Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Johor-Riau mempunyai kesinambungan daripada kesultanan melayu Melaka

3.0 EKONOMI

Pada kurun ke-15 Melaka berjaya menjadi sebuah negeri yang makmur dari pelbagai aspek terutama dari segi ekonominya.Hakikatnya negeri ini begitu kaya dari segi hasil hutan dan lautnya.Hal ini telah berjaya menarik perhatian dunia luar untuk singgah berdagang di Melaka.Rantau ini berganda untungnya disebabkan kedudukannya dipersimpangan jalan laut diantara jalan benua China dan India,dan dihubungkan oleh sistem angina monsun dengan pasaran besar dunia Asia.11 malangnya pada tahun 1511 selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis Melaka telah hilang kemasyurannya sebagai pusat perdagangan yang agung di mata dunia dan diganti pula dengan kebangkitan negeri Johor pada awal kurun ke-17. Selepas Melaka Pada awal kurun ke-17 kerajaan Johor telah bangkit menjadi Negara yang kaya terutama sekali dari segi ekonominya.Kebangkitan negeri ini bermula dari tahun 1636 setelah mangkatnya Raja Acheh Sultan Iskandar Muda dan keputusan VOC(Veenigde Oosstindishe Compagnie) mendapatkan bantuan Johor untuk menyerbu kota Portugis di melaka tumpasnya dua musuh Johor ini maka bermula maka bermula kemasyuran muka bumi johor sebagai pusat perdagangan Johor yang maju dan aman.Atas bantuan yang diberikan oleh Johor keatas pihak belanda sewaktu menumpaskan portugis di melaka.12belanda telah memberikan beberapa keistimewaan kepada Johor yang tidak diberikan kepada negeri-negeri melayu yang lain. Belanda telah

11

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya,1983,Sejarah Malaysia,PETALING JAYAMacmillan Publishers (M)Sdn Bhd.Halaman 40 12 Ibid.Halaman 78 11

membenarkan Johor untuk menjalankan aktiviti perdagangan di melaka sehingga Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang maju ketika itu mengantikan Melaka.Tambahan pula barangan yang dijual di Johor murah dan kemudahan yang disediakan amat memenuhi keperluan para pedagang ketika itu sehingga pedagang yang berdagang di Johor ada menyatakan kemudahan yang ada di Johor setanding dengan kemudahan yang ada di Melaka sewaktu kegemilangan dahulu.

Selain itu juga memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada Johor daripada serangan musuh-musuh luarnya terutama sekali dari negeri Acheh. Melalui perantaraan Belanda,Johor telah menandatangani satu perjanjian damai pada tahun 1641 dengan Acheh di mana kedua-dua kuasa itu bersetuju duduk dikerajaan sendiri dan semua tindakan permusuhsn dihentikan. Oleh itu,daripada penjanjian damai ini Johor telah bebas daripada ancaman musuh utamanya. Kesannya Johor dapat mengembangkan lagi ekonominya tanpa sebarang gangguan dan ancaman daripada pihak luar. Para pedagang pula mula tertarik untuk berdagang di Johor disebabkan tempatnya yang aman dan selamat untuk berurus niaga. Pengurusan pentadbiran ekonomi Johor sama hebatnya dengan pengurusan pentadbiran di Melaka. Hal ini dapat di lihat melalui peranan yang dimainkan oleh para pembesar Johor terutama sekali Shah Bandar. Shah Bandar juga dikenali penghulu bendahari kerana beliau memainkan peranan yang cukup penting dalam memeungut hasil cukai, mengendalikan organisasi dan system perkapalan mengawal uruas niaga dan urusan dagang serta menjadi pengawai kebajikan di bandar Johor. Shah Bandar ketika itu boleh dikatakan sebagai Raja Pelabuhan kerana kewibawaannya dalam menjalankan tugasnya serta menjadi nadi dipelabuhan Johor. Peranan penting yang di mainkan oleh Syah Bandar ini telah diwarisi daripada kerajaan melayu Melaka.Oleh itu,Johor dapat menguruskan urusan perdangan dengan cekap seperti di Melaka

Dari segi sistem urusan perniagaan di Johor pula,Johor mempunyai dua bentuk urusniaga iaitu melalui pertukaran barang dan proses jual beli.Melalui proses jual beli, Johor telah menggunakan mata wang syiling yang digunapakai sewaktu pemerintahan kesultanan melayu Melaka. wang yang digunakan adalah dalam bentuk kepingan timah dan dipermukaannya terpahat nama sultan Melaka. penggunaan mata wang daripada zaman kesultanan melayu Melaka ini tekah memudahkan lagi urusan jual beli di Johor dan seterusnya dapat memenuhi kehendak manusia yang berbeza-beza keinginannya. Johor juga tidak ketinggalan dalam mengunakan system timbangan dan sukatan seperti di melaka. sistem timbangan dan sukatan yang diguna pakai ketika itu ialah dacing yang digunakan untuk menimbang rempah, lada,belerang yang diukur dalam unit bahara. Penggunaan sistem timbangan dacing ini diwarisi daripada sistem timbangan Negara Cina. System timbangan yang terkenal di melaka ini amat membantu negeri Johor dalam menjalankan perniagaan dengan adil dan seterusnya bagi urusan perniagaan. Selain itu.Johor juga menjalankan kutipan cukai terhadap pedagang-

12

pedagang yang berniaga ditempatnya dengan kadar cukai yang sama dikenakan di melaka hal ini dapat dilihat pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai import sebanyak 5% manakala import barang-barang makanan pula bebas daripada pengenaan cukai. Sementara pedagang dari India, Tanah Arab dan Siam dikenakan cukai sebanyak 6% dan 3% pula dikenakan para pedagang Johor berdasarkan hasil perniagaan mereka. Jumlah cukai yang berbeza ini di kenakan mengikut kepentingan barang itu sendiri.

Daripada hasil cukai ini para pembesar Johor mendapat hasil yang lumayan dan seterusnya menambahkan lagi ekonomi negeri ini. 2.05 HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR Johor-Riau juga mengamalkan dasar luar seperti mana waris asalnya iaitu Melaka.Pada zaman pemerintahan Parameswara baginda telah menjalankan dasar luarnya dengan China.Hal ini kerana sewaktu pemerintahan baginda,Melaka berada di bawah kekuasaan Siam.Oleh hal yang demikian Parameswara segera menghantar utusan ke negeri China bagi meminta pengiktirafan dan pelindungan daripada negeri China.Tindakan Parameswara ini adalah untuk mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam.Pada tahun 1405 Melaka telah menghantar utusan ke China untuk menjalinkan hubungan.Pada tahun 1406 China pula telah menghantar utusan ke Melaka beserta cap mohor,sepasang pakaian sutera dan payung kuning sebagi lambang pengiktirafan rasmi dari maharaja negeri itu. Hubungan ini diteruskan pada zaman Sultan Mansur Syah yang teleh berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.Selain itu juga Melaka turut memberi ufti kepada China dan para pedagang yang datang berdagang di Melaka turut juga turut diberi keistimewaan.Perhubungan Melaka dengan China yang pada masa itu sebuah kuasa yang besar telah dapat melindungi Melaka daripada ancaman luar dan dapat mengukuhkan Kedudukannya Selepas kejatuhan kerajaan Melaka,Sultan Mahmud telah melarikan diri kebeberapa buah tempat.Akhirnya baginda membina empayar di Johor.Seperti mana Melaka, Johor turut mengamalkan dasar luar.Hal ini terbukti apabila Johor telah
13

menjalinkan hubungan dengan Portugis.Tindakan ini diambil berikutan Johor

bimbangkan kuasa Acheh yang ingin menguasai Johor.Oleh hal yang demikian Johor
8

menjalankan hubungan dengan Portugis bagi mengusir orang Acheh dari Johor. Pada tahun 1605 pula,Johor telah menjalinkan hubungan dengan Belanda kerana negeri itu sedang diancam Portugis.9 Dalam bulan Mei 1606 satu perjanjian telah ditandatangani dengan negeri Johor.Dalam perjanjian itu Matelief telah bersetuju untuk membantu Johor menentang Portugis dan menawan kembali Melaka.Jika serangan itu berjaya Melaka akan diserahkan kepada Belanda,tetapi serangan itu tidak berjaya.Selepas gagal mengerang Melaka,Matelief telah menandatangani perjanjian baru dengan Sultan Johor dalam bulan September 1606.Dalam perjanjian ini Sultan hendaklah memberi sekeping tanah kepada Belanda untuk menempatkan barang-barang,ubat bedil,tempat merawat kakitangan yang sakit dan tempat kediaman.Namun Sultan telah menolak permintaan Belanda. Selain daripada itu,Johor kembali menjalinkan hubungan dengan Portugis.Hubungan ini terjalin semasa pemerintahan Sultan Ahmad Syah,baginda telah menjalinkan dasar luar dengan Portugis supaya Portugis tidak menyerang Johor dan membantu Johor mengusir orang Acheh yang berada di Melaka.10 hubungan ini juga terjalin disebabkan Johor tidak puas hati terhadap Belanda yang enggan menolongnya menentang Acheh. Sementara itu orang Portugis pula telah mengalami kekalahanan di laut telah bersetuju untuk menjalin persahabatan dengan negeri Johor Hubungan di antara
9

10

R.B Smith,Sejarah Tanah Melayu.Halaman 53 Ibid.Halaman 55 9

Portugis dengan Johor ini terjalin pada bulan Oktober 1610.Ini jelas membuktikan Johor mewarisi dasar luar kesultanan Melayu Melaka. 2.06 NEGERI NAUNGAN JOHOR Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511.Namun begitu beberapa buah negeri bawah naungan Melaka masih meneruskan taat setia kepada kesultanan Melayu Johor. Hal ini adalah kerana Johor masih diperintah oleh waris kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Alaudin Riayat Shah II.

Antara negeri naungan yang terletak di pantai timur Sumatera ialah Siak. Rupat, Rokan, Kapar dan Bengkalis. Manakala kawasan tanah Melayu seperti Pahang, Kedah, Kelantan, Perak dan Terengganu turut diwarisi oleh Kesultanan Johor. Kesemua negerinegeri naungan ini diperintah oleh bendahara yang dilantik oleh Sultan. Corak pemerintahan dan pentadbiran adalah berbeza mengikut negeri naungan .Namun begitu hubangan politik dua hala dijalinkan secara lansung.Hal ini jelas menunjukkan Johor mewarisi kekuasaan dan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka.

10

2.02 KONSEP DAULAT Apabila berlakunya perubahan sistem kepercayaan dalam agama iaitu daripada pengaruh agama Hindu-Buddha kepada pengaruh pengaruh agama islam, konsep mengenai perajaan turut berubah iaitu mitos salasiah raja-raja dan kepercayaan suci turun temurun bermotifkan politik dan pembinaan daulat.2 konsep Zuli Ilahi Fil Alam( ganti Allah dalam dunia)3 mengambil alih konsep dewa raja tradisi kerajaan Hindu Buddha.Kalimat keramat, kutukan sang Dewata Mulia Raja dalam konsep daulat-derhaka ditanah melayu telah berubah menjadi kalimat dilakanati Allah4 terdapat juga gabungan dan percernaan dengan kepercayaan dan kalimat setempat seperti ditimpa atau di makan sumpah bias kiwi, tiada selamat sampai anak cucu seperti tembatu dibelah. Konsep daulat amat penting bagi memberi legemitasi kepada intitusi raja dan masyarakat. Konsep daulat ini dapat dilihat dengan jelas dalam kerajaan Melayu Melaka sendiri, walau kerajaan Melaka telah runtuh warisan kerajaan Melaka masih dapat berfungsi sebagai pengesah daulat raja-raja melayu yang lain, biarpun pusat pemerintahan telah berpindah ke Johor, contohnya di Johor sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai raja yang berdaulat dimana sewaktu baginda diatas julang ketika ingin sembahyang jumaat. Baginda sempat melontar kerung kearah megat Seri Rama. Akibat daulat yang dimiliki sultan mahmud , kaki megat Rama telah tumbuh rumput selama 4
2 3

Mohamad Yusoff Hashim,Kesultanan Melayu Melaka.DBP,Kuala Lumpur,1998.Halaman 355 W.G. Shellabear.(ed),Sejarah Melayu,Singapura1961.Halaman 190 4 Ibid.Halaman 355 4

tahun. Ini menunjukkan Raja Johor juga mempunyai daulat seperti Raja Melaka. 2.03 TAPAK PEMERINTAHAN YANG BERUBAH-UBAH Tapak pemerintahan di Johor sering berubah-ubah contonya pada tahun 1529, Sultan Alaudin Riayat Shah II bersama-sama paduka tuan ( Tuan Isap Barakat dan lainlain orang besar) telah keluar berangkat dari negeri Kampar Ke negeri Pahang. Tidak lama kemudian Sultan Alaudin Riayat Shah serta bendahara dan orang-orang lain kembali ke hujung tanah berbuat negeri dan bersemyam di tempat bernama pekan tua dan membuat kota di ulu sungai Johor.5 Perubahan tapak pemerintahan dikatakan penting kerana mahu mengelakkan di ketahui musuh, menyusun strategi pepereangan dan susunan angkatan perang, memastikan sultan selamat contoh ketika Johor menyerang Kopak, walaupun Sultan Ahmad tidak mahu bergerak dari istan baginga, orang-orang besar terutama Nara diraja(Tun hamzah) memaksa Sultan Mahmud meninggalkan Kopak dan lari hutan kerana beliau risau akan keselamatan Sultan ini.6 Oleh itu kita dapati tapak yang sering berubah ubah pentingketika itu untuk mengukuhkan kedudukan dan menjamin keselamatan raja.

5 6

Haji Buyong Adil,Sejarah Johor,DBP,Kuala Lumpur.Halaman 17 Ibid.Halaman 14 5

2.04 SISTEM PEMBESAR Dalam kerajaan Johor turut mengamalkan sistem pembesar yang diwarisi oleh kesultanan melayu Melaka.Antaranya ialah sistem pembesar empat lipatan,lapan lipatan,dua belas lipatan,enam belas lipatan dan tiga puluh dua lipatan.sistem pembesar empat lipatan yang digunapakai dalam pemerintahan kerajaan johor terdiri daripada bendahara,laksamana,syahbandar dan penghulu bendahari. Setiap pembesar mempunyai tugas masing-masing.tugas bendahara ialah menjadi ketua pentadbir dalam kerajaan,penasihat sultan dalam hal ehwal Negara dan menjatuhkan hukuman mati dengan persetujuan sultan.Selain itu,bendahara juga berhak memilih dan melantik bakal penganti sultan.Contohnya selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Shah I,bendahara Johor telah melantik Raja Umar iaitu suami kepada raja Fatimah yang menjadi sultan Johor yang keempat yang diberi gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II. 7Seterusnya,penghulu bendahari menjalankan tugas sebagai ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan,serta menguruskan kewangan.selain itu penghulu bendahari mengetuai syahbandar dalam urusan pentadbiran. Temenggung pula menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri Johor, menyelesaikan kes-kes jenayah kecil dan jenayah ringan selain memastikan sukatan dan yang timbangan betul dalam perniagaan.

Haji Buyong Adil,Sejarah Johor ,DBP,Kuala Lumpur.Halaman 33 6

Walaubagaimanapun peranan laksamana lebih menonjol dalam politk di Johor berbanding degan peranan bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka.Ini terbukti semasa pemerintahan abad ke-17 dan 18,laksamana Tun Abdul Jamil 8 memikul tanggunjawab mengetuai angkatan laut dan pengairan serta menjaga ketenteraman di laut.Selain itu.beliau turut menjaga keselamatan bendahara dan pembesar-pembesar yang lain.Laksamana juga ditugaskan menjadi pengawal peribadi sultan.Gelaran Seri Bija Wangsa diberikan kepada yang menjadi timbalan laksamana.Gelaran ini diubahsuai daripada gelaran Seri Bija diRaja semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Hakikatnya pewarisan dan Kesultanan Melayu Melaka inilah yang membantu kebangkitan kerajaan Johor yang unggul.

Leonard Y.Andaya,The Kingdoms Of Johor 1641-1728.Halaman 63 7

4.0 SOSIAL 4.01 SUSUN LAPIS MASYARAKAT Dalam aspek sosial,kita boleh membincangkan dari segi aspek lapisan masyarakat,agama,komposisi masyarakat dan bahasa.Dari aspek ini kita boleh lihat sama ada kerajaan Johor-Riau mewarisi kesultanan melayu Melaka.kita juga boleh mengkaji melalui masyarakat melayu Johor.Melalui struktur masyarakat Johor yang dikatakan mewarisi struktur masyarakat melayu Melaka.Hal ini dibuktikan sewaktu zaman kegemilangan Melaka.Johor merupakan negeri jajahan Melaka.tetapi setelah kejatuhan Melaka yang diserang Portugis sultan Melaka itu Sultan Mahmud Shah telah berpindah randah sehingga ke Kampar dan seterusnya telah meninggal dunia.setelah itu baginda telah diganti oleh Sultan Alaudin Riayat Shah dan telah membina kediaman di sungai Johor.Dalam hal ini jelas menunjukkan kewujudan sultan di Johor adalah diwarisi dari kesultanan melayu Melaka.13 Selain itu struktur masyarakat Johor mempunyai dua lapisan yang utama iaitu golongan aristokrat ataupun golongan bangsawan dan lapisan yang kedua adalah golongan yang diperintah iaitu rakyat biasa dan hamba.Walaupun susun lapis ini dibahagi kepada dua terdapat banyak lagi lapisan dalam kelas pemerintahan dan yang diperintah.dalam hal ini golongan pemerintah iaitu raja berada dalam hieraki yang paling tinggi dalam struktur masyrakat.golongan selepas raja ialah kerabat diraja.Pada kebiasaanya kerabat diraja akan diberi jawatan sebagai bendahara, temenggung, golongan yang
13

kedua

ialah

menteri,

pegawai

cendikiawan

dan

Shaharom Husain,1995,Sejarah Johor Dengan Negeri Melayu.Kuala Lumpur,Fajar Bakti Sdn Bhd.Halaman 5 14

ulamak.14Menteri(bendahara,laksamana,temenggung dan penghulu bendahari) golongan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu raja menguruskan hal pentadbiran.Selain itu golongan ulamak juga penting dalam struktur ini iaitu berperanan dalam menyebarkan agama dalam masyarakat. Lapisan masyarakat ini juga mempunyai lapisan dalam rakyat biasa.Golongan ini ditentukan berdasarkan kedudukan politik,ekonomi dan sosial.Golongan yang diperintah merupakan rakyat biasa dan hamba.Rakyat biasa merupakan rakyat bebas seperti golongan petani,nelayan,pedagang,tukang dan orang asing serta orang laut.Orang laut memainkan peranan dalam menjaga keselamatan para pedagang yang datang berdagang. Selain itu,golongan hamba dikelaskan kepada hamba raja,hamba berhutang dan hamba abdi.Hamba abdi ialah hamba abdi seseorang tuan dan boleh dijual beli oleh tuannya.Manakala hamba hutang pula ialah hamba yang berhutang yang akan hamba menjadi hamba untuk melunaskan hutang-hutangnya.Hamba raja ialah hamba yang berasal daripada rakyat bebas.Hamba ini mempunyai status paling tinggi daripada hamba-hamba lain.

14

Diselenggara oleh A Samad Ahmad,1995,Kerajaan Johor-Riau,DBP KPM,KL.Halaman 78 15

4.02 AGAMA Dari segi aspek agama kerajaan Johor-Riau juga merupakan pewaris kepada kesultanan melayu Melaka.Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah memeluk islam dan telah menggunakan gelaran Sultan Iskandar Shah.Pemelukan agama islam yang bermula dari sultan ini menyebabkan golongan rakyat turut memeluk islam.Keadaan ini turut berlaku pada kesultanan Johor-Riau.Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan gelaran sultan.Selain itu,golongan rakyat di Johor-Riau ini turut menganuti agama islam.Jelaslah disini,agama kerajaan Johor-Riau adalah sama seperti di Melaka dan merupakan warisan dari kesultanan melayu Melaka.

16

BIBLIOGRAFI

Shaharom Husain,1995.Sejarah Johor Dengan Negeri Melayu.Kuala Lumpur:Fajar Bakti Mohammad Yusoff Bahasa dan Pustaka Muhd Yusuf Ibrahim,1999.Sejarah Malaysia 1400-1641.Universiti Kebangsaan Malaysia Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya,1983.Sejarah Malaysia .Petaling Jaya: Macmillan Publishers(M)Sdn Bhd W.G Shellabear,1961.Edisi Sejarah Melayu.Singapura A Samad Ahmad,1995.Kerajaan Johor Riau.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Leonard Y Andaya,1975 The Kingdom Of Johor 1641-1728.Kuala Lumpur :Oxford University Press Azmah Abdul Manaf,2001.Sejarah Sosial Masyarakat.Kuala Lumpur:Utusan Publication dan Distributrs Sdn Bhd Abdullah Zakaria bin Ghazali dan Zainal Abidin Borhan,1994.Johor Dahulu dan Sekarang.Kuala Lumpur:Persatuan Museum Malaysia Hashim,1998.Kesultanan Melayu Melaka.Kuala Lumpur:Dewan

17

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0


2.01 2.02 2.03

ISI KANDUNGAN PENGENALAN POLITIK DAN PENTADBIRAN


POLITIK KONSEP DAULAT TAPAK PEMERINTAHAN YANG SERING BERUBAH-UBAH 2.04 2.05 2.06 SISTEM PEMBESAR HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR NEGERI-NEGERI NAUNGAN

HALAMAN 1 2,3 4 5 6,7 8,9 10 11 12 13

3.0
3.01 3.02

EKONOMI
PERANAN ORANG LAUT DALAM EKONOMI BELANDA

4.0
4.01 4.02

SOSIAL
SUSUN LAPIS MASYARAKAT AGAMA

14,15 16 17 i ii 18

5.0

PENUTUP LAMPIRAN BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN Kerajaan Johor-Riau muncul sekitar abad ke 16-17 selepas kejatuhan kerajaan Melaka yang tewas kepada Portugis pada tahun 1511.Kejatuhan tersebut telah membawa kepada pembukaan Johor.Sultan Alaudin Riayat Shah merupakan Sultan yang pertama menaiki takhta Johor.Kesultanan Johor banyak mewarisi ciri-ciri daripada Melaka dalam pelbagai aspek.Perkataan Perkataan waris boleh didefinisikan sebagai orang yang berhak menerima harta pusaka menurut kamus Perdana.Manakala dalam bahasa Arab pula,waris bermaksud al-Mirrat,dalam bahasa Arab berbentuk mashdar(infinitive) dari kata waritsayaritsu irsan miratsan iaiatu perpindahan sesuatu kepada orang lain atau dari sesuatu kepada kaum lain.Dalam konteks kerajaan Johor dan Melaka perkataan waris ini tidak terbatas seperti yang diterangkan dalam kedua-dua versi tadi tetapi mempunyai persamaan atau perwarisan daripada segenap aspek terutama sekali dalam bidang pentabiran,tapak pemerintahan,dasar luar,perdagangan,dan sistem sosisal atau susun lapis masyarakat itu sendiribaik dalam hierarki pentadbiran.Kerajaan Melaka mempunyai sejarah yang unggul sebelum jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Ciri-cicri unggul ini diwarisi oleh Kesultanan Johor.Hal ini telah mengangkat Johor sebagai kuasa yang seolah-olah menggantikan Melaka sekitar abad ke 16-17.

3.01 PERANAN ORANG LAUT DALAM EKONOMI Pengusaan kesultanan melayu johor riau ke atas ekonomi

You might also like