Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

TAJUK 11
PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAK-
KANAK: BERBILANG BUDAYA DAN BERBEZA
JANTINA

O SINOPSIS

Topik ini bertujuan meningkatkan kepekaan guru tentang kepelbagaian
budaya dan perbezaan jantina yang wujud dalam pengajaran sains. a
turut membincangkan tentang teknik yang sesuai bagi pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak berbilang budaya dan mengelakkan bias
jantina semasa pengajaran sains.

O ASIL PEMBELAJARAN

1. Mendefinasikan Kepelbagaian Budaya dan perbezaan jantina .
2. Mencadangkan strategi yang sesuai untuk pengajaran sains kepada
kanak-kanak yang berbezaan budaya.
3. Menyenaraikan teknik mengajar sains kepada murid-murid yang tidak
boleh bertutur Bahasa nggeris
4. Menjelaskan strategi bagi membantu mengelakkan bias gender dalam
bilik darjah sains.

KERANGKA TAJUK-TAJUK



Rajah 11.0 Kerangka Tajuk

BerbiIang Budaya
dan Berbeza Jantina

Strategi mengadaptasi
pengajaran sains
kanak-kanak berbeza
budaya

Teknik pengajaran sains
kepada kanak-kanak
yang tidak pandai
berbahasa Inggeris
Strategi mengeIakkan
bias jantinadaIam
keIas sains

(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

11.0 BerbiIang Budaya Dan Berbeza Jantina

Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat
yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan
setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan
menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip
kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu
sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati
antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu
dikekalkan sepanjang masa.
Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti
utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. nstitusi ini bukan
sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih
penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang
berkembang dalam masyarakat tersebut. Apabila prinsip pendidikan
pelbagai budaya dijadikan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian
budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan
pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan
perubahan oleh setiap kaum. Perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian
budaya penting untuk didedahkan kepada murid kerana mereka bukan
sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan
tempatan, jati diri dan identiti negara mereka
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan
masyarakat perlu dititik beratkan kerana murid secara realitinya hidup
dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa
pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, murid tidak akan
mengenali jati diri masyarakat. Hal ini kerana budaya merupakan
sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada
nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi yang akan
datang. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem
pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar
menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-
masing. Justeru, dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya,
aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. Keupayaan dan
strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan
penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian.
Dengan kaedah ini, matlamat pendidikan pelbagai budaya dapat dicapai
dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berbunyi;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia :2002)

Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat
mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran,
bahasa dan cara kehidupan. Sebagai guru terdapat beberapa strategi
bagaimana kepelbagaian budaya dapat dikesan wujud di dalam kelas
anda, antaranya ialah :

Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim dengan
mereka.
Meneliti rekod-rekod murid.
Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan
ciri-ciri istimewa yang mereka miliki.
Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)


Persepsi gender berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain
mengikut waktu sebagai contoh 50 tahun yang lalu permainan bola sepak
dikuasai oleh golongan lelaki sahaja namun pada waktu ini kaum wanita
turut sama bermain dalam sukan ini. Pada suatu ketika dahulu pekerjaan
sebagai juru rawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita tetapi dewasa
ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki. Memandangkan identiti gender
kita ditentukan oleh masyarakat maka perbezaan berdasarkan gender
boleh diubah. Peranan gender boleh berubah mengikut masyarakat yang
berbeza dan pada masa yang berbeza dalam sejarah. Dasar boleh
bertindak balas sama ada terhadap stereotaip gender dan peranan tradisi
gender (sebagai contoh,menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh
menjadi ketua isi rumah) atau usaha untuk mengubah mereka (seperti
mengambil kira halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus
latihan yang bukan berbentuk tradisional)

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing
memilih mata pelajaran yang bersifat 'keperempuanan' dan 'kelakian'.
Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus
dalam masyarakat kita.Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan
pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang
semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara social
dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi
status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan
perempuan.Melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses
pembangunan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada
peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan
peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua
ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses
perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

Sumbangan wanita hampir sama dengan lelaki, maka adalah wajar bagi
murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama rata. Oleh
yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika
melaksanakan pengajaran dalam kelas supaya ketidak seimbangan ini
dapat dikurangkan

-'-u '` +'u')

Bincangkan bagaimana jurang pendidikan pelbagai budaya yang wujud di
dalam kelas dapat dikecilkan.


11.1 Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza
Budaya

11.1.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan di dalam
bilik darjah bagi murid yang terdiri daripada berbilang budaya. Contohnya,
kartun sebagai BBM. Ternyata kartun dapat menghiburkan murid dan
menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana
pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara
tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan
berkesan kepada murid. Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh
dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Oleh itu,
penggunaan komik terutamanya komik hasil karya tempatan amat sesuai
digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat
Malaysia.

11.1.2 Konsep BiIik Darjah Yang Mesra Budaya

Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi
jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang
mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.
Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan
yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan
dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu
dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan
salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka
kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu
berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka.
Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan
memahami dunia di sekeliling mereka.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah seperti papan tulis, papan
kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi murid, almari, bahan
bacaan, bahan bantuan mengajar perlulah berada di dalam keadaan
bersih dan berfungsi untuk semua murid tanpa mengira latar belakang
budaya mereka. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan
mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan yang melibatkan semua murid.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-
kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta
LCD.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah
yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin,
kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap
arahan dan kehidupan yang berkualiti .

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan
suasana pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi,
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berfokus.Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu
mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran
peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan.
Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya
menghukum.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan PembeIajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang
perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku.
Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum,
sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat
tambahan termasuk laman web. Perancangan yang berkualiti menjamin
peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan
proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,
menganalisis bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada
kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan
perkembangan tingkahlaku. Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu
apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan
murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang
perlulah tepat,jelas dan mampu dicapai oleh murid pelbagai budaya dan
latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan
menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan
sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.
Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan
aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.Pengesanan
dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

dijalankan dalam pengajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan,
penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah
dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami
perbezaan diantara mereka. Aplikasi sumber yang hendak digunakan
mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang dipilih.

Semasa kelas dijalankan, murid digalakkan bertanya dan bersoal jawab
serta melahirkan perasaan ingin tahu mereka. nteraksi yang aktif
dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model
kepada pelajar.Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda
dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru
boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik,
bukan elektronik atau sumber lain.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid
saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi
secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu ke
arah pemprosesan berpasukan. ni membolehkan murid menjadi lebih
berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional,
beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

11.1.4 PeniIaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya
yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara
yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas
dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang
melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan
adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek sains
akan memudahkan proses penilaian terhadap murid. Penilaian terhadap
nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan
perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik
darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan
memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan
tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain. Penilaian terhadap
aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah
yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan
murid.
Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi,
perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah,
mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan
seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah
yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk
membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang
berbeza.Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai
pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral
dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan
keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku
yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap
over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain
untuk belajar dan mendapatkan maklumat.Orientasi sosial bilik darjah
akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak
sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. ni termasuklah orientasi sikap
dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan
orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan
menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran
murid.
Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan
mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan
yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan
(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan
iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.
Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi
yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam
kalangan murid.

11.1.5 Pedagogi ReIevan Budaya

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada
murid.Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan,
kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari
kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam
sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diturunkan dari generasi ke generasi. Dari perspektif ahli fungsionalisme,
sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak
mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab
memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Diantara teknik dan kaedah
yang boleh di gunakan adalah

Rajah 11.1 Kaedah dan Teknik yang boleh digunakan

(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)





(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

11.2 Teknik pengajaran sains kepada kanak-kanak yang tidak pandai
berbahasa Inggeris
Gunakan alat bantuan visual seperti gambar, poster, carta untuk
berkomunikasi dengan murid di dalam bilik darjah.
Gunakan kaedah pengajaran hands on di dalam bilik darjah.
Dapatkan murid yang dapat menguasai kedua-dua bahasa untuk
membuat terjemahan petikan/tugasan dalam Bahasa nggeris yang
diberikan di dalam bilik darjah.
Pelajari bahasa tersebut.
Gunakan Bahasa nggeris di dalam aktiviti ko kurikulum sains


11.3 Strategi mengeIakkan bias jantinadaIam keIas sains

Berikut adalah di antara strategi yang boleh anda gunakan untuk
mengurangkan kesan diskriminasi jantina yang mungkin berlaku di dalam
kelas sains:

1. Pertingkatkan persediaan untuk pengajaran sains contoh membuat
kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan homogenus
dan heterogenus dan bandingkan keputusan

2. Menjadikan sains sebagai subjek 'gender free' di mana prinsip
kesamarataan diamalkan di dalam bilik darjah kerana setiap murid
tanpa mengira apa sekalipun jantinanya mempunyai peluang yang
sama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. Guru boleh membantu murid perempuan mengendalikan
peralatan/radas sains yang tidak biasa digunakan meraka.

(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

4. Gunakan kaedah pengajaran koperatif di mana murid lelaki dan
perempuan diletakkan di dalam kumpulan yang sama semasa
melakukan aktiviti di dalam kelas sains

5. Membuat ekspektasi yang tinggi dan adil tetapi realistik terhadap
semua murid






Latihan 11.1 (30 minit)



Soalan 1
Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk
menutup semua t i ngkap di bi l i k sai ns. Semasa sedang menut up
t i ngkap, dengan secar a t i dak sengaj a Leena t el ah memecahkan
sekepi ng cer mi n t i ngkap. Sebagai ket ua dar j ah Ahmad t el ah
mel apor kan per kar a t er sebut kepada gur u kel as. Ji ka anda
adal ah gur u t er sebut apakah t i ndakan yang akan anda l akukan
bagi mengel akkan bi as j ant i na?







Layari Internet



Layari internet dalam pengumpulan maklumat mengenai strategi
mengadaptasi sains ke atas kanak-kanak berbeza budaya











(SCE3104 KURKULUM DAN PEDAGOG SANS PENDDKAN RENDAH)

Rujukan

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan nduk Pembangunan
Pendidikan. Kuala Lumpur

Samsudin Suhaili (2005). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan
Malaysia :Suatu Pengenalan. Dalam Mien A. Rifai ( Penyunting). #ampak
Serantau(Terbitan pada Sidang ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211-
223). Republik ndonesia : Panitia Kerjasama kebahasaan Pusat Bahasa
dan Departmen Pendidikan Nasional

Samsudin Suhaili,Pendidikan Pelbagai Budaya Komik Mat Som sebagai Bahan
Bantu Mengajar diperolehi daripada
www.mymla.org/files/.../CMM2010_p69.pdf

Syed smail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) .
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd SBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

You might also like