Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Datuk Dr.

Mazlan Othman

Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mazlan telah dilahirkan pada 11 Disember 1951 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Prof. Dr. Ibrahim Kommo dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Adi Johan Salehuddin dan Elida Izani. Pendidikan awal beliau bermula di Kolej Tunku Kurshiah sehingga tamat pada tahun 1963. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand, dalam bidang astrofizik. Beliau mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor pada tahun 1975 dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah selepas menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang astrofizik daripada University of Otaga pada tahun 1981. Beliau merupakan wanita pertama yang membuat pengkhususan dalam bidang astrofizik.

Pada tahun 1990, beliau ditugaskan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Bahagian Planetarium. Tugas utama beliau di Bahagian Kajian Sains Angkasa ialah mengembangkan isu-isu strategi angkasa negara. Seterusnya beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah di bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari tahun 1992 hingga 1999. Beliau telah dilantik sebagai Profesor Astrofizik oleh UKM pada tahun 1994. Di peringakat antarabangsa pula, beliau dilantik menjadi Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria dari Oktober 1999 hingga Jun 2002 dan merupakan wanita kedua di dunia yang dilantik ke jawatan tersebut. Semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Kajian Sains Angkasa di Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawab menerajui Mikrosatelit Negara iaitu satelit Tiung-SAT 1 dan RazakSAT. Antara hasil penulisan beliau ialah Teaching Aids in Physics Education, Astronomi Sezaman terbitan Fajar Bakti (1987), dan The Power of Water-A Malaysia Odyssey (1997). Beliau menerima Pingat Khidmat Cemerlang daripada Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. Pada tahun 1996, beliau mendapat Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1997, beliau menerima bintang Panglima Jasa Negara (P.J.N) membawa gelaran Datuk dan Ijazah Kedoktoran Sains dari Universiti Otaga. Pada tahun berikutnya, beliau mendapat Anugerah Tokoh Emas semasa sambutan Jubli Emas Persatuan Murid-murid Tua Maktab Perempuan Melayu Kolej Tunku Kurshiah. Pada Julai 2003 pula, beliau dianugerahi Tokoh Saintis Khas oleh Centre for Intellectual Promotion and Technological Advacenment ( CIPTA ). Rujukan 1.Biografi Tokoh Wanita Malaysia, 2004 2.http://www.otago.ac.nz/alumni/profiles/mazlanothman.html

You might also like