Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NOTA PENGACARAAN MAJLS

Pengenalan
Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat dalam mana-mana pertubuhan
di Malaysia. Majlis itu pula diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada secara
rasmi mahupun tidak rasmi seperti majlis anugerah cemerlang, hari penyampaian
diploma dan sijil, hari guru, majlis makan malam dan sebagainya.
Majlis akan bertambah berseri dengan adanya seorang pengacara majlis. Pengacara
majlis berperanan untuk memudahkan kelangsungan majlis mengikut atur cara yang
ditetapkan oleh penganjur. Pengacara majlis ialah orang pertama yang tampil
kehadapan untuk memberikan pembuka kata dan memperkenalkan satu-satu majlis itu.
Pengacara majlis dapat melakukan tugasnya dengan lancar jika atur cara majlis
disusun dengan sempurna, dengan kata lain, buku atur cara majlis menjadi panduan
penting kepada pengacara majlis.

Definisi Pengacara Majlis
Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara sesuatu
majlis,persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang
merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis. Majlis pula ialah perjumpaan
yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk
sesuatu tujuan. Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan yang mengumpulkan
orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis juga
merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanakan sesuatu sambutan.

Jenis Majlis
Secara umumnya terdapat tiga jenis majlis iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan
majlis tidak rasmi. Majlis rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah
majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi bagi majlis itu
seperti peraturan undangan, tempat yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan
pakaian, sambutan tetamu, tempat duduk dalam majlis dan sebagainya.
Majlis yang bersifat rasmi sepenuhnya mempunyai sistem protokol yang lebih ketat dan
terperinci. Majlis sedemikian biasanya mempunyai dua taraf hadirin iaitu raja-raja yang
memerintah dan raja muda atau tengku mahkota manakala hadirin yang kedua ialah
pemimpin-pemimpin peringkat menteri, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
Peranan pengacara majlis dua-dua majlis ini adalah berbeza. Bagi pengacara majlis
rasmi tugasnya lebih mencabar dan memerlukan orang yang berpengalaman. Hal ini
kerana sebarang kesilapan akan mudah terlihat dan seterusnya boleh memberikan
gambaran yang tidak baik. Dalam konteks ini, pengacara majlis akan mempunyai skrip
yang telah disediakan terlebih dahulu. Skrip tersebut disemak dan diedit sebaik
mungkin. Bagi majlis tidak rasmi pula, pengacara majlis boleh bercakap secara
sepontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa. Malah dalam suasana
tertentu pengacara majlis dibenarkan menyelitkan unsur-unsur kecindan.
Secara lebih khusus, majlis yang terdapat di negara ini dapat dikategorikan kepada lima
jenis seperti yang berikut:

1.Majlis Penuh stiadat.
Majlis yang diadakan di istana seperti istiadat pertabalan, istiadat penganugerahan
darjah kebesaran negeri, pembukaan rasmi siding penggal parlimen. Pakaian bagi
menghadiri majlis ini ialah pakaian istiadat atau pakaian rasmi kerajaan.

2.Majlis Rasmi Dan Formal.
Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua-ketua
kerajaan asing, konvensyen dan seminar.

3.Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal.
Majlis yang diadakan kerajaan dan tidak mematuhi protokol sepenuhnya
seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri.

4.Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal.
Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri
seperti perasmian bangunan, pecah tanah, dan pertunjukkan.

5.Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal.
Majlis yang diadakan oleh sesuatu organisasi seperti jamuan akhir tahun

Panggilan Hormat
Panduan penggunaan kata panggilan hormat dalam teks ucapan. Contohnya:

Pihak Terlibat Kata Panggilan Hormat
Pengerusi Majlis Yang Dihormati/ Yang Mulia
Tuan Pengarah/ Ketua Jabatan Yang Berusaha
Golongan Kehormat Yang Berbahagia
Guru-guru/ ibu bapa Yang Dihormati
Rakan-rakan Yang Dikasihi


Ciri-Ciri Pengacara Majlis
Ada beberapa kriteria atau ciri-ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih
seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya ialah :

1.Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan,
tidak kekok tampil kehadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.

2. Pengacara majlis hendaklah peka dengan situasi majlis termasuk
sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir.

3.Pengacara majlis hendaklah sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan
memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis.

4. Pengacara majlis hendaklah mempunyai suara yang jelas, ceria dan
dapat menghidupkan suasana.

5.Pengacara majlis hendaklah seorang yang kreatif dan mampu melahirkan
ujaran yang spontan sekiranya terdesak.

6. Pengacara majlis hendaklah seorang yang tidak kaku dan tidak juga
membicarakan hal-hal keterlaluan.

7.Pengacara majlis hendaklah seorang yang berketerampilan dan boleh
membezakan antara majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.

8.Pengacara majlis hendaklah seorang yang tahu menyusun pengucapan yang
bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

Format Teks Pengacaraan Majlis
FORMAT

O Pengenalan-

Dimulakan dengan kata-kata aluan kepada hadirin mengikutprotokol atau tingkat
kedudukan masing-masing.
O si-

Dimulakan dengan ucapan terimakasih serta menyatakan tujuan ucapan-
seterusnya isi ucapan.
O Kata-kata Penghadapan-

Kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya bertujuan
menarik perhatian.
O Penutup-

Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan
ucapan akan diakhiri. Misalnya: "Akhir sekali...

You might also like