Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bidang Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Definisi Morfologi Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata. Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu. a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena) b. Perkataan Bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. c. Kegemaran menggunakan bahasa asing. d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman: a. huruf atau sistem tulisan b. bunyi-bunyi c. imbuhan d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan e. struktur ayat.

Jenis-jenis peminjaman a. peminjaman tulen (matematik, bonus) b. peminjaman kacukan (kasut but) c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). e. peminjaman kuno (purnama) f. peminjaman berpindah (vokal/vowel) Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

Bunyi-bunyi Asing Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sanskrit. Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa. dan /sw/ seperti dalam

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula. Bunyi /sy/ /kh/ /gh/ /f/ /dh/ /z/ /th/ /q/ Contoh Perkataan syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh ghairah, ghalib, ghazal, maghrib fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d) zalim, zaman, wazir sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s') qari, qadim, furqan

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual): Bunyi /f/ /v/ /sy/ /z/ Contoh Perkataan fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf vaksin, vakum, novel, televisyen syampu, syif, televisyen, kusyen zip, zon, dozen, gazet

Imbuhan Asing Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah. Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah. Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan mahapratataawalan Sanskrit swaekadwipanca-man akhiran -wan -nita -wati Arab-Parsi Awalan Akhiran bi-i -wi -iah -in Contoh Perkataan maharaja, mahasiswa mahaguru,

prakata, prasangka, prauniversiti tatacara, tatasusila swasta, swalayan ekabahasa, ekanada dwibahasa pancaindera, pancalogam,. seniman, budiman karyawan, hartawan biduanita seniwati, angkasawati binomial, bimormal duniawi ilmiah hadirin biadab, tatarakyat, swadaya, ekafungsi,

abadai, insani, akhiri

-ah -at antipropoliAwalan Inggeris-Eropah autosubsupraAkhiran -al -isme

ustazah hadirat antibiotik, anti-Yahudi prokerajaan, Amerika poliklinik autonomi, autograf subgolongan, subbidang supranasional, suprakelas klinikal, kritikal, praktikal idealisme, nasionalisme pro-

Pengaruh Bahasa Inggeris Aspek Pinjaman Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.

Pinjaman Nahu Kata pemeri: Ialah dan adalah (is) Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).

You might also like