Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi Bina Insan Guru Khidmat Pendidikan Fasa 3 IPG KK Pada yang lepas, kami seramai 40 orang guru

pelatih telah menjalankan Bina Insan Guru(BIG) Khidmat Pendidikan di Sekolah Rendah Panji. Program ini disertai oleh pelajar darjah 6 yang seramai hampir 160 orang pelajar. Program BIG ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dimana kami mulakan BIG ini dengan senamrobik yang diketuai oleh Ahmad Bustaman. Kemudian, kami teruskan program dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai 2 orang fasilitator.

Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti ice breaking dimana sesi pengenalan diri antara pelajar dengan fasilitator. Aktiviti ini kami jalankan dengan cara membuat spider-web sambil memperkenalkan diri. Antara perkara yang perlu diterangkan oleh pelajar adalah nama, cita-cita dan adakah mereka minat atau tidak dengan matematik. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkumpulan dimana para pelajar perlu menyiapkan beberapa tugasan seperti membuat tangrams, mengira segitiga dan beberapa aktiviti lain. Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri. Selepas itu, pelajar dibenarkan rehat sekejap dan kemudian aktiviti yang terakhir bermula iaitu Math Explore Race. Aktiviti ini telah diadakan khas untuk menguji kebolehan para pelajar dalam matematik. Setiap check-point mereka perlu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan matematik yang benar-benar menguji kefahaman mereka. Selepas itu, program BIG diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Panji.

Secara keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan sendiri dengan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti BIG ini.

Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan beberapa kali perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara yang patut dan berbincang mengenai aktiviti yang patutu dijalankan. Selepas itu, seminggu sebelum program BIG ini, saya bersama pengerusi Program BIG khidmat pendidikan ini iaitu saudara Amran telah pergi kesekolah untuk menyerahkan surat mengenai BIG ini. Pengalaman yang ditimba semasa berurusan dengan pihak sekolah amat memberi makna kepada saya kerana pengalaman seperti ini amat jarang untuk diperolehi.

Akhir sekali, saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalam BIG fasa 3 merupakan satu pengalaman yang amat sukar untuk saya perolehi kerana pada kali ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara lebih dekat lagi.

10 Jun 2011 Jumaat 8.30 Pendaftaran di perkarangan Dewan wawasan IPKB. 9.00 Bertolaqk ke destinasi Masjid Pantai sabak. 9.45 Taklimat oleh ketua 10.00 Membersihkan kawasan dalam masjid dan luar masjid. Kumpulan Agama Dalam Masjid Kumpulan BM Luar masjid 12.00 Bertolak baik. Matlamat Objektif Aktiviti Perlalatan Kutipan wang Ucapan daripada Imam Tua 12.00 Bertolak baik.

BIG Satu Murid satu Sukan Di Dewan Gerko IPKB Penceramah : Zaini Bin Daud

Pada 10 Jun 2011 saya telah menyertai Kursus Bina Insan Guru

You might also like