Professional Documents
Culture Documents
SK Kayan Sitiawan Dokumen SBT Dan Modul SBT
SK Kayan Sitiawan Dokumen SBT Dan Modul SBT
SK Kayan Sitiawan Dokumen SBT Dan Modul SBT
MATHEMATICS
YEAR 5
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Diterbitkan oleh:
BAHAGIAN SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E 2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
IA
KEM
62604 Putrajaya
YS
LA
EN
Dicetak oleh:
ER
A
T
PERNIAGAAN RITA
IA No. 12 & 14, Jalan 12/10, M
NP A N
Taman Koperasi Polis Fasa 1,
E LA J A R
68100 Kuala Lumpur
Penghargaan 207
iii
Besarlah harapan saya agar para guru dapat memanfaatkan modul yang digubal ini
semaksimum mungkin. Kejayaan para guru meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran yang berkenaan akan menjadi indikator bahawa modul berkenaan telah
membuahkan hasil yang diharap-harapkan.
Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua panel
penggubal modul SBT yang terdiri dari pegawai-pegawai dari Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), Jabatan Pelajaran Negeri serta guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Begitu juga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi merealisasikan modul yang sangat berharga ini.
iv
Bagi pihak murid pula, dengan adanya modul berkenaan akan menimbulkan daya
kreativiti dan daya saing untuk membaiki kelemahan diri. Hal ini demikian kerana,
pelbagai aktiviti disediakan dalam modul mata pelajaran yang terlibat. Jadi, saya amat
yakin dengan adanya modul yang selaras di seluruh negara ini memberikan
kemudahan yang amat bermakna kepada para guru dan murid.
Saya amat berharap agar para guru akan menggunakan modul yang disediakan
dengan sebaik-baiknya. Sekiranya modul yang dihasilkan ini dimanfaatkan seoptimum
dan semaksimum mungkin, saya amat pasti murid-murid akan mengalami perubahan
ke arah yang lebih positif. Sesungguhnya, kejayaan murid mempunyai hubungan
amat erat dengan kerajinan serta kesungguhan para guru.
Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Unit Pengurusan Akademik (Rendah), Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang telah mengusahakan Modul SBT untuk Tahun Lima ini. Begitu juga
ucapan terima kasih saya kepada panel penggubal modul dan semua pihak yang
telah memberikan sumbangan idea, tenaga, dan masa bagi memungkinkan modul ini
menjadi kenyataan.
Sebelum ini modul SBT untuk murid Tahun Empat telah dihasilkan dengan kerjasama
pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri serta Guru Cemerlang dan Jurulatih
Utama dari seluruh negara. Lanjutan itu, modul ini dihasilkan sebagai kesinambungan
dari usaha yang telah dijalankan sebelum ini. Tindakan yang diambil ini bertujuan
untuk menggembleng tenaga pakar dari kalangan pegawai-pegawai dari Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), pegawai akademik Jabatan Pelajaran Negeri dan
guru-guru bagi menghasilkan modul yang bermutu tinggi.
Memandangkan modul yang dihasilkan ini merupakan hasil perahan daya fikir para
guru yang berwibawa dan berpengalaman dari seluruh negara, saya amat berharap
agar guru-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran SBT akan
menjadikan modul ini sebagai asas untuk membimbing murid-murid.
Kalungan jasa dan budi juga kepada semua pihak yang telah mencurahkan jasa dan
baktinya bagi menghasilkan modul SBT mata pelajaran yang terlibat.
vi