Pandu Puteri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pandu Puteri Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan pengakap puteri. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Pada September, 1908, sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Isteri Lord Baden-Powell, Lady Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930. Pandu Puteri Girl Guides dinamakan sempena kor terkenal di India. Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri, dan juga keluarga gadis! Disebabkan gadis dibenarkan memasuki Pengakap di British, jumlah Pandu Puteri merosot di sana. Di Britain, usia junior antara (7-10) of guides dikenali sebagaiBrownies; younger girls (5-7) are called Rainbows, and older guides become Young Leaders or Rangers (the former concentrating more on becoming guide leaders, the latter more on advanced guide activities). In Canada, the Guides are divided into multiple programmes depending on age: Sparks, Brownies, Guides, Pathfinders. Maklumat lanjut dan sejarah Pandu Puteri boleh di dapati dalam rencana mengenai Pengakap. [sunting]Pautan luar ejarah Kami

Bagaimana segalanya bermula... Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.

Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.

Di serata dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.

Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.

Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.

Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Kelahiran WAGGGS Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.

Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.

Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.

Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai "Our World News".

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.

Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.

Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Perkembangan Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.

Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.

Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).

Bendera Dunia

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah Duke of Edinburghs Award atau kini dikenali sebagai International Award Association.

Laman Utama > Pengenalan > Latar Belakang PPPM

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.