Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BY: SITI SAFINA

Sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong menstabilkan suhu dan pH tubuh Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot.

Penghantar

Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah. Membantu mengekalkan suhu dalam badan. Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.

Pengeluar

Pengangkut

Pengekal

Penghalang

NAIK TURUN BANGKU

PERALATAN: Bangku 30.5cm/1 kaki, jam randik, rakaman metronome 96 detik, radio, speaker, kerusi, borang skor.

PENGURUSAN: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan 2. Bangku diletak di atas lantai yang rata dan selamat. 3. Sediakan rakaman metronome 96 detik

PROSEDUR - Murid memakai kasut sukan yang sesuai - Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas bangku. - Penguji akan memberi isyarat mula - Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan) - Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome - 96 detik/minit selama 3 minit - Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta - Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor - Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit - Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan

UJIAN BLEEP

Satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif dan ujian ini telah dicipta di Kanada yang kini menjadi salah satu ujiankecergasan aerobik yang popular di dunia. Peralatan dan kemudahan
- Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

Prosedur

i)Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. ii)Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyaratbleep yang akan dibunyikan dari pita audio. iii)Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat bleep berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. iv)Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan. v)Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta dimana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan. vi)Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. vii)Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

You might also like