Perancangan Dan Pelaksanaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENTADBIRAN BADAN PENGAWAS SATU PROJEK PERINTIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH 28000 TEMERLOH,

PAHANG.

Disediakan oleh : DZULKARNAIN MAT Guru Pembimbing Badan Pengawas SMK Temerloh 2001/2002

1. LATAR BELAKANG Badan Pengawas atau apa-apa nama yang diberikan kepadanya di semua sekolah adalah merupakan sebuah badan yang berfokus kepada aspek disiplin dan kepemimpinan. Rata-rata sekolah di Malaysia mempunyai pemimpin pelajar yang mana mereka ini terdiri daripada Ketua Murid atau ketua pengawas, ketua tingkatan, pengerusi persatuan dan ketua-ketua unit beruniform. Biasanya jawatan pengawas adalah jawatan yang paling menarik kerana kuasa sah berkaitan undang-undang sekolah didelegasikan kepada mereka. Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dengan keluasan 22 ekar, adalah sebuah sekolah primier yang ditubuhkan pada tahun 1965. Berdasarkan kepada sejarah sekolah, badan pengawas telah diwujudkan serentak dengan pentadbiran pertamanya. Setelah memasuki alaf baru, pendekatan pentadbiran pendidikan dan kaedah pendidikan telah jauh berubah setelah melalui evolusi yang panjang. Pentadbir, guru dan pelajar masa kini tidak lagi sama seperti lalu. Pengawas juga tidak ketinggalan melalui perubahan ini. Dengan pelajar seramai 1472 orang sehingga bulan Mei 2002, SMK Temerloh mempunyai seramai 136 orang pengawas. 2. MENGENALPASTI MASALAH Sebagai bekas pelajar sekolah ini, saya melihat perbezaan tanggapan pelajar terhadap pengawas telah jauh berbeza berbanding dua dekad yang

lalu. Pada masa lalu, jawatan pengawas merupakan jawatan yang diidamkan oleh hampir setiap pelajar. Menjadi pengawas merupakan suatu penghormatan yang diberi oleh pihak sekolah. Apabila dilantik boleh dikatakan semua pengawas bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Berbeza dengan masakini, pengawas adalah jawatan yang memang diimpikan pada sebahagian orang, tetapi pada sebilangan besar pelajar pula ia merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dielakkan. Hasil daripada pemerhatian penulis, selaku guru pembimbing badan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh; beberapa masalah perlu difikirkan: a) b) c) d) e) f) g) Ketua pengawas yang kurang berkaliber Pengawas yang kurang berwibawa Sokongan kerja pengawas yang lemah Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas Penilaian dan penghargaan terhadap pengawas yang tidak tetap Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas yang lemah Hubungan luar badan pengawas yang lemah

Satu tinjauan dibuat oleh penulis untuk meninjau sistem pengurusan badan pengawas di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Temerloh. Melalui tinjauan itu didapati bahawa hampir semua daripada 19 buah sekolah yang berkenaan menghadapi masalah yang hampir sama. Penulis kelompokkan dan rumuskan seperti berikut : Bil 1. 2. 3. 4. 5. Masalah Dalam Badan Pengawas Masalah Ketua Pengawas yang kurang berkaliber Masalah pengawas-pengawas yang kurang berwibawa Sokongan kerja pengawas yang lemah Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas Penilaian dan penghargaan pengawas yang tidak tetap Bilangan Sekolah 11 16 12 19 9

6. 7.

Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas yang lemah Hubungan luar yang lemah

13 18

Jadual 2.1 : Bancian sekolah dengan masalah dalam Badan Pengawas

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

3. ANALISIS MASALAH Daripada pengelompokan masalah dalam badan pengawas itu tadi, dapatlah cungkil dengan lebih detail berkaitan dengan masalah, punca dan akibat daripada masalah berkenaan. 3.1 Ketua Pengawas yang kurang berkaliber Ketua murid di sekolah-sekolah menengah Malaysia mempunyai standard yang berbeza. Ini dipengaruhi oleh dua faktor : a) b) Individu itu sendiri - pendidikan, kepemimpinan, IQ dan EQ Persekitaran sekolah dan latar belakang masyarakat

Ketua murid biasanya dipilih secara lantikan oleh pihak sekolah atau di sesetengah sekolah secara undian. Oleh itu, ketua murid sesebuah sekolah kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang terbaik dari segi pencapaian akademik, sikap, kepemimpinan, kebolehan dan bakatnya di kalangan sekolah di mana dia berada. Walau bagaimana pun, sesebuah sekolah pada satu-satu masa itu mendapat best of the best sebagai ketua pengawas. Bagaimana pun kadang kala terpaksa memilih the best among the worst. Pada ketikaketikanya ketua pengawas terpaksa dilantik dari kalangan pelajar yang lebih junior, kerana pada tahun itu tidak ada pengawas senior yang berwibawa dan berketrampilan.

3.2 Pengawas yang kurang berwibawa Pengawas-pengawas biasanya terdiri daripada mereka yang : a) memang berminat untuk menjadi pengawas dan menjalankan tugas sebagai pengawas, b) berminat untuk memegang jawatan pengawas sahaja,

c) kurang berminat untuk menjadi pengawas tetapi mempunyai rasa tanggungjawab kerja apabila dilantik, d) didesak oleh guru tetapi kurang berminat untuk menjadi pengawas dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab kerja apabila dilantik e) f) dilantik menjadi pengawas sebagai proses pemulihan tingkahlaku, mempunyai saiz badan yang besar atau kelihatan berpengaruh

Kebiasaannya golongan (b), (d) dan (e) akan menimbulkan banyak masalah dan menggugat status kewibawaan pengawas. 3.3 Sokongan kerja Pengawas yang lemah Sokongan kerja pengawas yang dimaksudkan di sini adalah : a) bantuan guru dalam kesukaran pengawas menguatkuasakan peraturan b) c) kemudahan peralatan kerja pengawas bilik gerakan pengawas

Ketiadaan atau kekurangan sokongan untuk pengawas menjalankan tugas ini antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahu menjadi pengawas dan melunturkan semangat pengawas yang sedia ada. 3.4 Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas. Semasa menjalankan temuduga untuk pemohon-pemohon jawatan pengawas, penulis selalu bertanya kepada pemohon-pemohon tentang bidang kuasa dan tugas pengawas sebenarnya. Hampir semua mereka tidak dapat menjawab dengan jelas dan pasti tentang tugas dan bidang kuasa pengawas. Didapati juga bahawa, kebanyakan pelajar hanya melihat pengawas sebagai penjaga pagar, penjaga barisan pelajar dan peronda

semasa rehat sahaja. Mereka tidak tahu apakah peranan pengawas sebenarnya. Lebih malang lagi apabila pengawas dan guru sendiri tidak tahu apakah peranan dan bidang kuasa pengawas. Penulis pernah menghubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan garis panduan bidang kuasa dan tugas pengawas; malangnya tidak ada. 3.5 Penilaian dan Penghargaan Pengawas Kebanyakan sekolah, kecuali sekolah penulis tidak mempunyai sistem penilaian tugas pengawas. Hampir semua sekolah yang ditinjau, memberi sijil penghargaan pengawas. Namun, adalah tidak adil apabila tedapat pencapaian berbeza dalam prestasi kerja antara seorang pengawas dengan pengawas yang lain. Ini adalah antara faktor, terdapatnya pengawas yang bertugas sambil lewa. Mereka merasakan akan diberi penilaian dan sijil penghargaan yang sama dengan pengawas lain. Pengawas-pengawas juga biasanya lebih tertekan kerana jangkaan guru terhadap mereka adalah tinggi. Andainya pencapaian akademik atau tingkahlaku mereka tidak wajar, guru-guru sering mengungkit tentang kedudukan mereka sebagai pengawas. Kebanyakan pengawas sedar bahawa mereka perlu menjadi contoh, menjadi pembimbing rakan sebaya dan menunjukkan teladan kepada pelajar lain; namun mereka tetap pelajar sekolah yang mengalami berbagai masalah. 3.6 Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja yang lemah Kebanyakan badan pengawas di sekolah, diamanahkan oleh Badan Disiplin dan Pengawas kepada seorang atau dua orang guru pembimbing. Kelancaran tugas pengawas bukan sahaja terletak kepada perancangan dan penjadualan tugas; tetapi juga kepada sistem pemantauan kerja. Biasanya Ketua Pengawas diamanahkan untuk membuat kerja pemantauan bagi pihak guru. Bagaimana pun, seorang Ketua Pengawas yang kurang berpengaruh dan berdaya pimpin tidak akan dapat memantau kerja pengawas bawahannya dengan berkesan. Begitu juga dengan kawalan mutu kerja pengawas; yang mana tiadanya satu sistem yang tekal untuk mengukur aspek ini. Kawalan dan penilaian yang longgar akan mewujudkan pasukan pengawas suka curi tulang, berpuak-puak, tidak berminat, membuang masa, melarikan diri dari tanggungjawab, pecah amanah dan seumpamanya.

3.7 Hubungan luar yang lemah Hubungan luar di sini lebih difokuskan kepada : a) komunikasi.

Sebahagian pengawas didapati mempunyai kebolehan berkomunikasi yang lemah; hingga menyebabkan mereka tidak disukai oleh pelajar, malah guru. Pengawas sewajarnya pandai berkomunikasi dalam usaha menjadi pemimpin yang mampu menguatkuasakan peraturan. b) penyebaran maklumat

Badan Disiplin dan Pengawas sekolah biasanya menyebarkan maklumat tentang peraturan dan disiplin dengan berbagai cara. Pengawas sepatutnya menjadi penghubung dalam menambah kefahaman dan keakuran pelajar terhadapnya. Bagaimana pun terdapat pengawas sendiri yang tidak ambil tahu, tidak memahami malah menentang sesuatu maklumat tentang dasar, peraturan atau arahan Badan Disiplin. c) pertukaran maklumat antara sekolah

Jarang sekali pengawas-pengawas dapat mengemukakan cadangan yang mereka fikir atau tahu daripada sekolah-sekolah lain. Oleh itu, perkembangan ilmu dan teknikal pengurusan pengawas lambat berkembang. Hasilnya, pengawas-pengawas tidak merasa bertanggungjawab ke atas perkembangan disiplin sekolah, malah melemahkan self-esteem mereka. Semuanya menunggu arahan dan keputusan daripada guru.

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

4. PENGKONSEPAN

Dalam bahagian ini kita akan mengkaji punca masalah-masalah tersebut dengan tujuan untuk mencapai satu konsep yang boleh dihurai dan dicadangkan penyelesaiannya. 4.1 Ketua Pengawas yang kurang berkaliber Ketua Pengawas sebenarnya adalah pelajar yang terpilih untuk dilatih sebagai pemimpin di kalangan pelajar. Malangnya terdapat guru yang menganggap pelajar sebagi budak suruhan untuk memudahkan kerja mereka berhubung dengan pengawas. Ketua pengawas pula tidak akan sama kewibawaan mereka antara satu sama lain bagi setiap tahun. Terdapat ketua pengawas yang born to be a leader. Walau bagaimana pun, kebanyakannya adalah trained leader. Suasana kepemimpinan di sekolah mempengaruhi keberkesanan ketua pengawas. Guru-guru yang baik menginspirasikan pelajarnya. Teori Kepemimpinan Transformasional telah membuktikan hal ini. 4.2 Pengawas-pengawas yang kurang berwibawa Dari segi konsepnya, pengawas juga merupakan golongan yang berpeluang menerima latihan untuk menjadi pemimpin. Namun begitu, jika dilihat hari ini pengawas-pengawas adalah terdiri daripada mereka yang penakut,tidak bersemangat, tidak tegas, tidak tahu membuat keputusan dan tidak tahu berkomunikasi dengan baik. Mereka agak pasif dan mengharapkan dorongan dan perlindungan. Sesuai dengan Teori Psikologi Rogers (1983), pengawas-pengawas sebegini selalunya akan mengambil tindakan yang akan melindungi diri mereka daripada kesan negatif. Mereka ini sebenarnya memerlukan latihan kepemimpinan, dorongan dan pemantauan yang berterusan. 4.3 Sokongan kerja pengawas yang lemah Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan guru, kemudahan kerja dan kedaifan atau ketiadaan bilik gerakan pengawas akan membuatkan pengawas lemah. Kelemahan ini amat ketara di kalangan guru-guru kerana masa kini hanya segelintir guru sahaja yang berminat untuk membuat kerja-kerja mendisiplinkan pelajar. Kebanyakan guru mengamalkan sikap play safe, tidak mahu campur, tutup mata atau ambil mudah hal-hal berkaitan dengan penguatkuasaan disiplin pelajar. Guru-guru ini biasanya tidak mahu memeningkan kepala atau bimbang keselamatan mereka, keluarga mereka atau harta benda mereka terancam. Pengawas-pengawas juga akan mengambil sikap mementingkan diri apabila melihat guru-guru

bersikap demikian. Menurut Albert Bandura (1977) sikap begini dinamakan pembelajaran sosial. Dari segi kemudahan tugas juga diperhatikan sesetengah sekolah tidak mementingkan kebajikan para pengawas. Pengawas terpaksa membayar sendiri uniform pengawas, tanda nama dan seumpamanya. Kedapatan juga pengawas yang didenda kerana lewat masuk ke kelas disebabkan tugas pengawas. Rasa tidak dihargai, dipergunakan malah sering didenda akan mewujudkan pertentangan dalam diri pengawas. Pertentangan ini akan mewujudkan ketegangan antara dua perkara; idea dan individu berkenaan. Kemudahan bilik gerakan pengawas juga mempengaruhi produktiviti pengawas. Sesetengah sekolah tidak mempunyai bilik gerakan pengawas dan sebahagiannya ada dengan keadaan yang sangat minima. Sebagai pemimpin, pengawas memerlukan bilik gerakan untuk aktiviti perancangan, rehat, belajar lebih masa dan seumpamanya. Keselesaan akan membuatkan pengawas merasakan sekolah adalah rumah kedua mereka dan bilik gerakan pengawas adalah bilik mereka. Kekosongan tempat dan kemampuan wang ringgit sekolah biasanya mempengaruhi keadaan bilik pengawas. 4.4 Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas Sebagaimana yang telah penulis jelaskan pada bahagian analisis masalah tadi; sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan sepatutnya memberi garis panduan atau menggubal dasar bagi menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas. Ketidakjelasan ini menyebabkan sekolah berlainan mengamalkan polisi pemberian kuasa dan bidang tugas pengawas. Pernah dipersoalkan bagaimana sebuah sekolah di Selangor memberi kuasa kepada pengawasnya mengutip denda dalam bentuk wang apabila mendapati mana-mana pelajar sekolah itu melakukan kesalahan. 4.5 Sistem penilaian dan pemberian penghargaan pengawas Sebahagian besar pengawas mempunyai anggapan bahawa taraf kerja mereka adalah sama sahaja. Bagaimana pun jika diamati betul-betul, dalam sesebuah badan pengawas; terdapat golongan yang mementingkan diri sendiri, malas, bersikap tunggu dan lihat malah ada juga golongan yang suka menentang. Ini akan mengecewakan dan menyusahkan sebahagian pengawas yang baik dan bekerja bersungguh-sungguh. Mereka tidak diberi apa-apa keistimewaan yang lebih dan ini akan menurunkan semangat mereka. Menurut Teori Psikologi Heider dan Newcomb (1958), manusia perlukan keseimbangan antara sumbangan dengan penghargaan

yang mereka terima. Pertemuan seimbangan antara kerja dengan penghargaan ini akan mewujudkan suasana yang dimaksudkan dalam Balance Theory Heider-Newcomb. 4.6 Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas yang lemah Memangnya tidak ada suatu instrumen yang dapat mengukur prestasi kerja pengawas. Pemantauan oleh guru amat jarang dilakukan. Hasilnya pengawas akan menampilkan mutu kerja yang rendah. Mutu kerja dan kawalan guru dan pengawas yang rendah akan mewujudkan suasana disiplin yang biasanya agak bermasalah. Keadaan ini disebabkan beban kerja guru yang semakin bertambah setiap hari; manakala ketua pengawas juga mempunyai komitmen terhadap pelajaran mereka. 4.7 Hubungan luar yang lemah Akibat daripada kesibukan, pengawas-pengawas biasanya tertinggal dalam bidang komunikasi dalam kepemimpinan. Komunikasi adalah teras kepemimpinan kerana ia berkaitan dengan pengaruh. Pengawas yang berpengaruh akan dapat menjalankan tugasnya dengan mudah dan berkesan. Kelemahan ini, biasanya disebabkan oleh faktor semula jadi seperti pemalu, pendiam atau mempunyai kekurangan; misalnya keterbatasan bahasa, pelat dan seumpamanya.

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

5.

PERANCANGAN

Oleh kerana sebahagian besar masalah yang dinyatakan di atas membabitkan dasar, sikap, kemahiran kepemimpinan dan komunikasi; maka masih terdapat peluang untuk memperbaiki keadaan. Reformasi dalam pengurusan badan pengawas memerlukan kerjasama semua pihak terutama peringkat atasan. Ini memandangkan konsep pengurusan di negara kita masih lagi dalam keadaan top-down. Jika tiada sebarang langkah diambil, negara kita akan kekurangan barisan pemimpin muda yang berkaliber. Penyemaian di peringkat sekolah adalah usaha paling

baik dapat dilakukan; antaranya : 5.1 Latihan Ketua pengawas. Setiap sekolah memang bukan sentiasa bernasib baik, mendapat seorang ketua pengawas yang berkaliber setiap tahun. Oleh kerana kepemimpinan boleh dipelajari dan dibentuk, maka Kementerian Pendidikan boleh menambah satu lagi mata pelajaran di sekolah, misalnya Pengurusan Sumber Manusia, Sains Politik, Kepemimpinan, Kemahiran Belajar dan sebagainya. 5.2 Membentuk pasukan pengawas yang berwibawa Kementerian Pendidikan pernah menyelitkan program Latihan Kepemimpinan dalam kelas pada tahun 1999. Namun begitu, pelaksanaannya tidak dikhususkan pada satu-satu masa; menyebabkan modul itu tidak diketahui kesudahannya. Sebenarnya, Kementerian Pendidikan boleh membuat dasar dengan mengasingkan pengawas ke dalam satu kelas yang tersendiri. Misalnya, pengawas tahun 5 sekolah rendah bagi sekolah berkenaan dikumpulkan dalam satu kelas; begitu juga dengan pengawas-pengawas di sekolah menengah dikumpulkan dalam kelas-kelas mengikut pakej mata pelajaran mereka. Pengasingan ini membolehkan pengawas menjadi kumpulan elit, yang boleh dididik dengan ilmu kepemimpinan semaksima mungkin. 5.3 Sokongan kerja pengawas Sokongan kerja ini terdiri daripada sokongan guru, sokongan kemudahan kerja dan sokongan bilik gerakan pengawas. Pihak kerajaan boleh membelanjakan berjuta ringgit untuk membina makmal komputer dengan bangunan berasingan bagi setiap sekolah pada tahun 2000. Adalah tidak merugikan sekiranya kerajaan membina sebuah bangunan setiap sekolah khas untuk aktiviti pelajar sebagaimana pusat-pusat pelajar di universiti. Di sini, kemudahan untuk pengawas boleh diberi keutamaan. Guru-guru juga perlu dimotivasikan untuk menyokong kerja pengawas agar sama-sama dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik; dan bukan setakat pengajar mata pelajaran sahaja. 5.4 Menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas Sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas secara hitam putih. Sekiranya perkara-perkara

lain, banyak dasar melalui berbagai pekeliling telah dikeluarkan; maka hal yang serupa juga boleh dilakukan dengan pengurusan pengawas. 5.5 Memberi penilaian dan penghargaan sewajarnya kepada pengawas Borang permohonan kemasukan ke universiti yang dikeluarkan oleh Unit Pusat Universiti, telah mengkategorikan badan pengawas sebagai persatuan kokurikulum. Penilaian ini amat bercanggah dengan konsep kokurikulum. Pengawas adalah badan khas yang tidak boleh disamakan dengan persatuan-persatuan biasa. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Tinggi seharusnya : a) memberi pengiktirafan lain kepada badan pengawas yang dianggap pelapis barisan kepemimpinan pada masa akan datang. b) mengeluarkan borang penilaian prestasi dan sijil-sijil penghargaan yang standard di seluruh negara Campurtangan kerajaan dalam hal ini akan membuahkan hasil sekiranya dilaksanakan dengan terancang. 5.6 Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas Untuk ini, kerajaan boleh mengadakan satu sistem yang standard dalam usaha memastikan bakal-bakal pemimpin yang dididik di sekolah ini benarbenar berkualiti. Guru Displin dan Pengawas sebaiknya diberi taraf Guru Disiplin sepenuh masa, sebagaimana yang dinikmati oleh Kaunselor. Dengan itu, sistem pentadbiran disiplin dan pengawas akan lebih mantap. 5.7 Hubungan luar yang luas dan perkongsian pintar Kelemahan dalam komunikasi, mencari ilmu dan maklumat terkini, penyebaran maklumat dan perkongsian idea dengan masyarakat luar dalam pentadbiran badan pengawas adalah amat ketara. Bukan sahaja pelajar biasa, pengawas-pengawas juga ada yang tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang sekolah, guru dan pentadbiran disiplin. Oleh itu, satu portal kepemimpinan boleh diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebagaiman Portal Pendidikan Utusan, kerajaan boleh mengupayakan guru dan pengawas untuk membina laman web yang membenarkan maklumat pentadbiran pengawas seluruh negara dapat dikongsi bersama.

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

6.

PENILAIAN RANCANGAN

Setiap perancangan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu dilaksanakan, sebaiknya kita melihat perancangan ini daripada berberapa sudut. Analsis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) digunakan untuk melihat setiap perancangan ini. 6.1 Rancangan Pertama : Latihan Ketua Pengawas Ancaman 1) Ruang masa, tempat dan keselarasan masa antara mentorketua-ketua pengawas ini jarang kedapatan. Peluang

Kekuatan

Kelemahan

1) Dengan melatih ketua-ketua pengawas dengan sistem mentor, banyak masalah pentadbiran badan pengawas akan dapat diselesaikan.

1) Memberi latihan berterusan kepada ketua1) Latihan melalui 2) Ketua-ketua ketua pengawas sistem mentor pengawas ini ini memerlukan akan merapatkan terdiri daripada masa. Dalam masa hubungan gurupengawas sesi yang sama guru ketua pengawas. pagi dan sesi dan pengawas petang. sibuk dengancore2) Situasi win-win business , iaitu boleh diperolehi. 3) Sukar untuk pengajaran dan mendapat guru pembelajaran. berkebolehan dan sanggup menjadi mentor kepemimpinan mereka sepanjang tahun.

6.2 Rancangan Kedua : Membentuk pasukan pengawas yang berwibawa latihan kepemimpinan dan pengenalan mata pelajaran kepemimpinan di sekolah. Kekuatan 1) Pembentukan pasukan pengawas yang terancang akan membuatkan badan pengawas lebih unggul daripada pelajar biasa. Kelemahan Ancaman Peluang

1) Bukan semua ibu bapa dan pengawas sendiri rela hati untuk 1) Membuka lebih berkorban masa peluang pengawas menjalani latihan 1) Kerja untuk mengambil kepemimpinan. pembentukan ini mata pelajaran 2) Pengawasmemerlukan ramai elektif. 2) Terdapat pihakpengawas ini akan pihak terlibat. pihak tertentu merasa 2) Memberi yang akan bertanggungjawab 2) Masa juga peluang guru mendakwa latihan mempertahankan menjadi faktor mengesan minat kepemimpinan status quo mereka yang melemahkan dan kebolehan dan pengenalan sebagai golongan rancangan ini. kepemimpinan mata pelajaran terpilih. pelajar di berkaitan peringkat awal. kepemimpinan 3) Pengenalan sebagai platform mata pelajaran politik orang berkaitan dengan tertentu. kepemimpinan akan menambah semangat mereka.

6.3

Rancangan Ketiga : Sokongan kerja pengawas Kelemahan 1) Faktor ruang dan kewangan sekolah boleh membantutkan usaha ini Ancaman 1) Membiarkan pengawas sepenuhnya menggunakan kemudahan dan bilik gerakan Peluang 1) Pengawas akan menjadi lebih kreatif dan inovatif jika penggunaan yang betul dan maksimum

Kekuatan 1) Sokongan guru, kemudahan peralatan dan bilik gerakan akan menaikkan semangat

2) Pengawasan daripada guru kemudahan dan secara berterusan pengawas. bilik gerakan diperlukan bagi 2) Teori Psikologi pengawas. mengelakkan 2) Segala aktiviti Songsang penyalahgunaan. pengawas boleh (Brehm,1966) 2) Sokongan guru Misalnya, ponteng dipusatkan dan mengatakan juga akan kelas dengan pengesanan bahawa seseorang merapatkan alasan mempunyai mudah dilakukan. yang tidak mahu hubungan gurutugas di bilik mengorbankan pelajar. gerakan masa untuk kerja pengawas. kebajikan,termasu k guru-guru akan melawan balik.

boleh menimbulkan salahguna dan masalah keselamatan.

6.4 Rancangan Keempat : Menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang

1) Bidang kuasa 1) Bidang kuasa dan tugas yang yang dijelaskan dijelaskan oleh oleh kementerian dasar akan mungkin terlalu membuatkan guru sukar untuk dan pengawas diikuti; seperti merasa lebih yakin garis panduan dan undang-undang bertanggungjawab dalam menangani . disiplin pelajar.

1) Dengan 1) Pengawas tersebarnya dasar belajar berkaitan bidang menjalankan tugas kuasa dan tugas dengan mengiktu pengawas, garis panduan terdapat pekajar yang ditetapkan. dan ibu bapa yang Ini akan melatih mengambil mereka apabila kesempatan ke bekerja nanti. atas kelemahan dalam dasar-dasar yang bertulis itu. Misalnya, mengambil tindakan undangundang terhadap guru dan pengawas apabila berlaku sesuatu yang

kontroversial.

6.5 Rancangan Kelima : Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang 1) Pengawas dan guru akan belajar tentang Total Quality Management; kerana biasanya hanya babarapa perkara sahaja yang diperhebatkan kualitinya.

1) Mutu kerja pengawas akan bertambah baik dan standard.

1) Terdapat guru yang tidak 1) Kerja bersetuju kerana pemantauan dan pengawas hanya kawalan ini akan satu unit kecil dan menambah beban masa yang terlalu guru disiplin dan banyak digunakan pengawas. untuk pengurusan merekan hanya sia-sia.

6.6 Rancangan Keenam : Penilaian dan penghargaan pengawas yang piawai Kekuatan 1) Sistem penilaian yang piawai oleh kementerian akan menaikkan taraf sijil penghargaan utntuk pengawas. 2) Pengiktirafan oleh UPU akan memberi peluang lebih pengawas untuk ke IPT. Kelemahan Ancaman Peluang

1) Sistem ini memerlukan 1) Terjadi latihan untuk guru perebutan untuk penilai. menjawat jawatan pengawas. 2) Kos yang meningkat.

1) Peluang untuk pengawas mendapat pengiktirafan UPU, sektor pekerjaan dan untuk penilaian kendiri.

6.7 Rancangan Ketujuh : Hubungan luar yang luas dan Perkongsian Pintar Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang

1) Program ini akan membuka minda pengawas dan guru tentang kepemimpinan dan pengurusan disiplin melalui hubungan langsung dengan masyarakat melalui internet, kerja amal, lawatan dan lainlain.

1) Membina laman web misalnya, akan memakan belanja yang besar dan masa diperlukan untuk memastikan maklumat sentiasa terkini.

1) Penggunaan banyak masa dan wang akan menambah rungutan ibu bapa pelajar.

1) Pengawas berpeluang untuk membuat perkongsian pintar dengan rakan sejawatan di seluruh dunia.

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

7.

PELAKSANAAN PERANCANGAN

Berdasarkan analisis perancangan di atas, dapatlah dilihat bahagianbahagian tertentu yang memerlukan penambahbaikan, perubahan dan reformasi. Usaha ini memerlukan quantum leap dalam perubahan dasar pendidikan di peringkat negeri dan daerah. Kementerian telah mengeluarkan dasar-dasar umum dan usaha peringkat bawahan sahaja yang diperlukan. Untuk projek perintis yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, semua kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang ini telah dikaji. Mana-mana perancangan yang boleh dilaksanakan segera; terus sahaja digunakan. Kerjasama daripada pentadbir, Badan Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Unit Bina

Insan boleh diupayakan (empowered) untuk kemaslahatan sekolah dan pendidikan seluruhnya. Guru-guru dan pelajar secara perlahan diubah gaya pemikiran dan sikap mereka terhadap pengawas dan keperluan latihan kepemimpinan. 8. MAKLUM BALAS

Satu bancian dibuat berdasarkan pemerhatian, perbualan dan daripada kotak cadangan untuk menilai rancangan ini dibuat. Maklum balas yang diteima daripada guru dan pelajar agak lembab pada awalnya. Bagaimana pun, apabila pihak pentadbir sendiri meminta pelajar dan guru memberi maklum balas, barulah suatu himpunan pendapat dapat dirumuskan. Rata-rata pendapat, mengatakan rancangan ini amat baik; namaun sebahagian mereka tidak memahami bagaimana peruntukan masa dapat diagihkan. Begitu juga kesanggupan guru untuk menjadi mentor kepada pengawas agak kurang. Kebanyakan mereka memberi alasan telah mempunyai mentee dan sebahagiannya mengakui tidak mempunyai minat dan pengetahuan tentang kepemimpinan. 9. KESIMPULAN

Pelaksanaan Perancangan Badan Pengawas ini mendapat perhatian, kerana ini adalah sudut pandangan baru yang menyedarkan ramai orang yang telah mempunyai tanggapan tipikal terhadap pengawas sebelum ini. Dengan sokongan semua pihak dari peringkat kementerian hinggalah kepada pelajar dan ibu bapa, perancangan pembinaan pasukan pengawas sebagai pelapis pemimpin negara ini akan tercapai. Apa yang diperlukan sekarang adalah sedikit pengorbanan masa, tenaga, wang dan tempat. Tidak mustahil ia akan dapat dilaksanakan di seluruh negara nanti.

Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

You might also like