Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Sejarah pelancongan mlaysia

Bangunan Malaysian Tourism Information Centre (MATIC) juga dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia terletak di 109, Jalan Ampang kira-kira 3.2 kilometer ke selatan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan MATIC juga merupakan satu daripada mercu tanda Pusat Pelancongan Malaysia dengan rekaan senibina bercirikan sculpture tepak sirih seni warisan Melayu yang amat terkenal di Kuala Lumpur. Bangunan asalnya telah dibina dalam tahun 1935 oleh Encik Eu Tong Sen yang merupakan seorang pelombong dan pengusaha ladang getah yang terkenal dan kaya di Kuala Lumpur ketika itu, sebagai kediaman keluarganya. Bangunan ini dibina di atas tanah seluas 2.6 hektar yang merupakan bekas kebun rambutan. Ianya dibina oleh tukang-tukang yang mahir dalam selok-belok pertukangan dan pembinaan yang dikenali sebagai Master Builders. Bangunan MATIC ini telah diambilalih oleh Pentadbiran Inggeris untuk dijadikan markas tentera selepas Perang Dunia Kedua meletus. Kemudian ianya diambilalih pula oleh pihak Jepun sebagai markas tentera mereka. Namun begitu pada 1945, selepas Jepun tewas kepada pihak berkuasa Inggeris, bangunan MATIC telah dijadikan markas gerisen tentera Inggeris sehingga tahun 1956. Pada 24 Februari 1948 berlangsungnya Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu di bangunan ini.

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, bangunan MATIC turut terlibat memainkan peranan untuk mengisi keperluan-keperluan negara yang sudah merdeka. Ianya digunakan sebagai ruang-ruang baru untuk jabatan-jabatan yang telah diwujudkan dan mesyuaratmesyuarat antarabangsa yang diadakan. Tindakan pengubahsuaian telah dilaksanakan dan antara langkah awalnya ialah memindahkan markas Tentera Persekutuan dari bangunan ini ke tempat barunya di Sungai Udang, Melaka dalam tahun 1958. Usaha membina sebuah dewan untuk kegunaan mesyuarat-mesyuarat peringkat antarabangsa dan urusan-urusan rasmi kerajaan juga telah dibina. Jabatan Kerja Raya diberi tanggungjawab dalam perlaksanaan projek pembinaan ini dan mereka telah ditugaskan untuk merancang dan menyediakan pelan bagi dewan ini dalam kos pembinaan yang menelan belanja sebanyak RM750 ribu.

Pada tahun 1988, pengubahsuaian sekali lagi dibuat tetapi kali ini di bawah pengawasan Kementerian Kebudayaan Dan Perlancongan yang telah mengambilalih untuk dijadikan Pusat Penerangan Pelancongan yang terkemuka di negara ini selaras dalam usaha kerajaan menggalakkan industri pelancongan. Berbagai kemudahan pelancongan disediakan antaranya kaunter penerangan pelancongan , dewan untuk persembahan kebudayaan dan ruang-ruang untuk pameran serta demonstrasi permainan tradisional. Bangunan yang telah diubahsuai ini kemudiannya dinamakan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) dan dibuka kepada umum pada pertengahan Ogos 1989.

Sebuah dewan besar tertutup yang mempunyai 400 tempat duduk telah dibina di belakang bangunan khas untuk pertunjukkan kebudayaan dan acara lain. Dewan ini lengkap dengan peralatan rakaman dan bunyi yang moden sesuai dengan fungsi dan kegunaannya. Berhampiran dengan dewan ini terdapat sebuah pentas terbuka dan sebuah mini auditorium yang boleh memuatkan seramai 100 orang. Di tingkat bawah bangunan terdapat ruang yang menyediakan pertunjukkan audio visual mengenai tempat-tempat menarik, corak kebudayaan, jenis perayaan di Malaysia. Selain daripada itu terdapat dewan pameran yang menempatkan booths untuk semua negeri di Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi gambaran ringkas kepada para pelancong mengenai aspek menarik yang terdapat di setiap negeri dalam negara.

Selain daripada itu ada juga ruang khas untuk demonstrasi permainan tradisional seperti gasing, sepakraga bulat dan sebagainya. Di tingkat satu pula disediakan ruang untuk mengadakan pameran warisan kebudayaan Malaysia dan lukisan tempatan. Sebahagian lukisan ini dipamerkan untuk dijual. Di bahagian anjung sebelah kiri terdapat beberapa kemudahan lain seperti kaunter pertukaran wang, tempahan untuk penerbangan dan pakej pelancongan serta tempahan ke Taman Negara. Sebuah

kedai telekom yang menyediakan perkhidmatan talian dail terus antara negeri di Malaysia, panggilan antarabangsa, teleks dan perkhidmatan faks juga disediakan. Terdapat juga kedai menjual cenderamata dan kraftangan tempatan di sini. Bagi pengunjung yang ingin menikmati berbagai makanan tempatan yang lazat dalam suasana selesa bolehlah berkunjung di anjung sebelah kanan yang menyediakan sebuah restoran.

Sejak bangunan MATIC ini dibuka kepada umum sambutan orang ramai terhadapnya terutama daripada pelancong luar negara amatlah menggalakkan dan adalah dijangkakan akan meningkat di masa hadapan. Ini kerana, kompleks MATIC merupakan satu pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai. Selain membantu orang ramai atau pelancong dalam merancang lawatan-lawatan mereka, ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati sendiri segala daya tarikan yang terdapat di Malaysia melalui pementasan kebudayaan dan demonstrasi yang diadakan seperti demonstrasi Batik dan Permainan Tradisional. Pada 16 Februari 2001, nama kompleks ini telah ditukarkan kepada Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysian Tourism Centre (MTC). Pertukaran nama dan logo baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 26 Oktober 2001. MTC ini diterajui oleh Y.B. Dato Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan telah dinaiktaraf menjadi One Stop Centre pelancongan yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dalam usaha untuk menarik pelancong dalam dan luar negara. Di antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunter penerangan pelancongan 24 jam, kaunter polis pelancong, Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Kraft Saloma, Kaunter Bas Koc Eksekutif Transnasional dan sebagainya.

Sejarah dan pelancongan

Sejarah Kubu Peperangan Dunia Kedua Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan yang mampan di kawasan Pengerang,Pengerang Battery World War IIyang terletak di Tanjung Pengelih akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan terkini. Menurut sejarah, sebelum Perang Dunia Kedua, British telah mendirikan sebuah kubu pertahanan yang serba lengkap di atas bukit di Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Ia terletak di sebuah kawasan berbukit yang dianggarkan seluas 2.4 hektar (enam ekar) dan berhampiran pantai.

Salah satu daripada pintu masuk ke kubu yang mempunyai laluan bawah tanah

Bahagian ini digunakan untuk pasukan hadapan melepaskan bedilan

Kubu tersebut dibina sebagai persiapan menghadapi serangan tentera Jepun yang dijangka akan mara dari arah pulau Singapura. Namun, jangkaan British meleset kerana jepun menyerang Johor dan Singapura dari arah utara. Oleh sebab itu, kubu tersebut tidak digunakan sama sekali oleh tentera British malah pihak jepun juga tidak berani untuk memasukinya kerana khuatir di dalamannya mengandungi perangkap dan bahan letupan. Dipercayai Pengerang Batteryyang dibina menggunakan batu dan simen adalah kalis peluru dan mempunyai pelbagai kemudahan. Menurut pengkaji, antara lain ia mempunyai beberapa markas utamacommand and control, berek anggota tentera, stor senjata dan letupan, stor makanan dan ubat-ubatan serta sebuah hospital serta mempunyai laluan bawah tanah. Gambar 125/127: Pertahanan hadapan sebahagian daripada kubu british Tanjung Pengelih Adalah juga dipercayai sebahagian daripada struktur kubu tersebut telah musnah ketika kerja-kerja membina KD Sultan Ismail atau nama lamanya Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (Pularek). Pengunjung yang berhasrat melihat kubu tersebut boleh berkunjung ke Tanjung Pengelih dan ia terletak bersebelahan KD Sultan Ismail dan berhampiran jeti Jabatan Laut Teluk Pengelih Pelancongan

Lokasi Pantai Pelancongan Tidak ramai yang mengetahui, Mukim Pengerang, Johor diberi jolokan Lokasi Di Hujung Benua Asia atau tip of the continent kerana kedudukannya yang paling hujung diMalaysia dan juga di negeri Johor. Sebagai maklumat, Tanjung Piai pula dikatakan Hujung paling selatan di Asia (Southern tip of the Continent of Asia). Perairan Selat Terbrau yang ditambak Singapura Pengerang, sebuah mukim dilihat dari arah Tanjung Pengelih dan perkampungan Melayu kini menerima pelbagai kemajuan terletak di tepi pantai di Tenggara Johor. Pengerang juga bersempadan negara Jiran, Singapura yang hanya beberapa kilometer sahaja dipisahkan oleh Laut China Selatan.Terletak dalam daerah Kota Tinggi, ia ditadbir oleh Majlis Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah dan Tanah Kota Tinggi. Dari sudut geografi, kedudukan Pengerang kira-kira 14 kilometer dari Pekan Sungai Rengit, 84 kilometer dari Kota Tinggi 48 kilometer dari Pusat Peranginan Desaru dan sejauh 430 kilometer dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya Johor Baharu Ulu Tiram Kota Tinggi Sungai Rengit atau dari Bandar Muadzam, Pahang melalui Mersing Teluk Ramunia Sungai Rengit. Pekan terdekat ialah Pekan Sungai Rengit manakala bandar utama yang paling hampir ialah Kota Tinggi sebagai daerah pentadbiran dan Bandar Penawar.

Pekan Pengerang Lama yang dikatakan dibuka pada 1905

Ketua Kampung Pengerang, Mohd Sharo Haji Ghazali

Mukim Pengerang seluas 18,395 hektar terletak di kawasan Parlimen Pengerang dan Dewan Undangan Negeri Tanjung Surat. Ahli Parlimen Pengerang ialah, Datuk Azalina Dato Said yang juga Menteri Pelancongan Malaysia. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ialah Datuk Haji Harun Abdullah. Kira-kira 35,000 penduduk dengan majoriti berbangsa Melayu mendiami pelbagai kampung di mukim ini. Mukim Pengerang mempunyai enam buah kampung utama dan lebih daripada 10 buah kampung kecil atau disebut sebagai kampung-kampung rangkaian. Penghulu Mukim Pengerang ialah Sulaiman Shafie dan Ketua Kampung Pengerang ialah Mohd Sharo Haji Ghazali, 63 tahun. Menurut Penghulu Sulaiman Shafie, kampung-kampung utamanya ialah Kampung Jawa, Kampung Pengerang, Kampung Sungai Buntu, Kampung Lepau, Kampung Teluk Empang dan Kampung Sungai Kapal. Namun, ada juga yang mendakwa, Kampung Pasir Gogok juga termasuk dalam Mukim Pengerang. Di Kampung Pengerang sendiri, penduduknya kira-kira 350 orang dengan keluasan tanah kira-kira 1,012 hektar. Di sekitar Mukim Pengerang, kebanyakannya merupakan kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Gugusan Adela, Felda Semenchu dan Felda Air Tawar. Kawasan lain ialah kawasan-kawasan pantai pelancongan seperti di Pusat Peranginan Desaru, Batu Layar, Teluk Pungai serta Teluk Ramunia.

Walaupun terletak di hujung Tenggara negeri Johor, Pengerang begitu popular di kalangan pelancong kerana berhampiran pantai-pantai peranginan. Kebanyakan pelancong dari Singapura dan Indonesia gemar ke mukim ini kos makanan dan penginapan yang agak murah berbanding destinasi pelancongan yang lain seperti Johor baharu atau Desaru. Terdapat sebuah jeti di Tanjung Pengelih yang memberikan perkhidmatan feri dan bot laju dari dan ke Pulau Singapura dan juga Batam, Indonesia. Gambar 107: Jeti Tanjung Pengelih yang dinaiktarafkan bagi keperluan pelancong dan

Rumah Mesra rakyat milik Mohd Sharo haji Ghazali yang masih dalam pembinaan. Ia dibiayai kerajaan melalui Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat

penduduk tempatan Melalui program yang dirancang Kementerian Pelancongan, Pengerang bakal menjadi kawasan pelancongan utama di Timor dan Tenggara Johor selepas pusat Peranginan Desaru. Pegawai Khas Pejabat Parlimen Pengerang, Syed Ben Bella Al-Habshee berkata, usaha sedang digembleng untuk memajukan Pengerang sebagai kawasan pelancongan. Antara usaha yang dilakukan ialah cadangan mempopularkan Kubu British di Tanjung Pengelih yang kini terbiar. Gambar 153: Syed Ben bella Al-Habshee ...Usaha sedang digembleng untuk mempopularkan Kubu Britisah di Tanjung Pengelih... Selain itu, menerusi projek-projek pembangunan yang disalurkan oleh pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, kemudahan prasarana di Pengerang sedang dinaiktarafkanbagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah projek menaiktarafkan klinik desa kepada klinik kesihatan dan menaiktarafkan beberapa jalan kampung. Beberapa projek pembangunan swasta seperti pembinaan rumah kedai baru juga sedang di dalam perancangan.

You might also like