Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 1.

0 PENGENALAN

Analisis ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis penggunaan unsur-unsur kohesi dalam wacana prosa yang dikarang oleh Syam Akhyar dalam cerpennya yang bertajuk Mengira Bintang di Siang Hari halaman 153-157. Sumber rujukan telah diambil daripada majalah Perempuan dalam ruangan cerpen.

Tujuan penulisan ini dilakukan adalah untuk melihat bagaimana sesuatu teks prosa iaitu cerpen yang saling bertautan, berhubung serta bertalian di antara perkataan demi perkataan, ayat dengan ayat, frasa dengan frasa dan keseluruhan perenggan. Selain itu, analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada ikatan kohesi atau tautan idea yang ditulis adalah saling bertaut dengan huraian, ayat sokongan dan contoh. Wacana prosa yang baik merupakan wacana yang mempunyai keselarasan idea yang disampaikan kepada khalayak iaitu pembaca.

Seterusnya, kajian ini memfokuskan ikatan kohesi dalam teks prosa. Analisis kohesi adalah merangkumi aspek kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung yang membentuk satuan dalam teks cerpen. Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang menyalurkan idea utama secara teratur bagi memudahkan pemindahan idea penulis kepada pembaca. Penggunaan kohesi amat penting dalam penulisan wacana agar berkesinambungan dalam idea yang disampaikan kepada pembaca.

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 2.0 DEFINISI KOHESI

Wacana merupakan satuan bahasa yang digunakan sebagai alat berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Kohesi merupakan salah satu konsep wacana yang merujuk kepada hubungan makna yang ada dalam sesebuah teks. Kohesi juga adalah pertautan hubungan antara dua atau lebih unsur seperti perkataan demi perkataan, frasa demi frasa dan ayat demi ayat. Oleh itu, kohesi dalam satu-satu teks wacana di wujudkan bagi mengikat atau mempertautkan ayat demi ayat dan bahagian demi bahagian untuk membentuk struktur wacana yang utuh dan kukuh. Beberapa konsep kohesi telah dibahaskan oleh pelbagai ahli bahasa terhadap pengertiannya. Menurut Robert (1978: 23), kohesi merupakan satu karakteristik secara bersamaan yang bahagian-bahagiannya memiliki satu kesatuan dan harmonis. Cohesion est le charactere dun ensemble dont les parties sont unies harmonise. Selain itu , konsep kohesi juga diperkenalkan oleh Halliday dan Hasan pada tahun 1976 dalam buku mereka yang berjudul Cohesion in English. Menurut Halliday dan Hasan (1980: 3), hubungan makna dalam sistem dan dalam proses. Dalam hubungan sistem, kohesi adalah set of possibilities that exist in the language for making the text hang together the potential that the speaker or writer has at this desposal. Manakala, menurut Widdowson (1978: 28) menyatakan hubungan makna antara kalimat yang satu dengan yang lain pada teks dan hubungan tersebut direalisasikan dalam bentuk ikatan dengan penanda linguistik formal. Menurut Baker (1988: 190), kohesi merupakan jaringan lesikal, gramatikal dan hubungan lainnya yang menghubungkan bahagian-bahagian yang terkandung dalam teks. Hubungan seperti ini antara lain memungkinkan pembaca menginterpretasikan kata-kata dan ungkapan dengan cara mengacu pada kata-kata dan ungkapan yang lain yang ada di sekitar kalimat dan perenggan yang bersangkutan. Sesungguhnya, kohesi adalah hubungan yang bersifat lahiriah kerana mengaitkan kata-kata dan ungkapan yang dilihat serta didengar.

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 3.0 KOSA ILMU Menurut Halliday dan Hasan (1976:6) telah menggabungkan ikatan kohesif rujukan, substitusi, elipsis, kata hubung dan kohesi leksikal kepada tiga kategori yang besar iaitu kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung. Oleh itu, analisis kohesi adalah menumpukan kepada kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung dalam cerpen yang dianalisis. Menurut Nik Safiah et. al. (2008:524), kohesi adalah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Menurut Raja Masitah (2000:505), menerangkan wacana ialah unit bahasa yang terlengkap dan tertinggi selepas ayat atau klausa dengan kohesi dan koherensi tinggi yang disampaikan secara lisan dan bertulis. Maka, jelaslah bahawa unsur kohesi dan koherensi mempengaruhi penghasilan sesebuah satuan wacana yang lengkap. Teks yang dihasilkan dalam wacana perlu mempunyai hubungan atau tautan perkataan dengan perkataan, ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan dan keseluruhan dalam menyampaikan maklumat yang faktual.

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 4.0 SINOPSIS CERPEN Cerpen ini mengisarkan kisah seorang wanita yang bernama Fathiah. Fathiah merupakan isteri kepada Amri. Beliau juga seorang isteri yang bertanggungjawab, taat kepada perintah suami dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Kehidupan Fathiah sentiasa di dalam belenggu rumah tangga. Suaminya Amri, sering kali melukakan hati Fathiah, anak-anak mereka, dan keluarga Fathiah. Fathiah sudah beberapa kali mengesyaki perbuatan serong suaminya yang mempunyai perempuan lain. Namun Fathiah tidak mahu menuduh suaminya dan dia masih hendak mempertahankan rumah tangga mereka. Puas Fatihah menasihati suaminya supaya berubah dan kembali kepada jalan Allah namun suaminya tidak mengendahkan ujarannya. Keperitan hidup Fathiah ditambah lagi dengan keadaan ibunya yang sakit, lebih-lebih lagi dirinya yang sudah tidak bekerjaya kerana menjaga ibunya itu. Dalam masa yang sama, Amri hanya mementingkan geran tanah milik mertuanya yang sering diminta pemindahan hak milik untuk diberikan kepadanya. Fathiah menerima berita bahawa suaminya telahpun berkahwin dengan perempuan tersebut dan sehinggalah pada saat ibunya meninggal dunia, Fathiah telah diceraikan dengan talak tiga. Hidup Fathiah bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Fathiah tetap tabah menerima dugaan hidupnya. Hanya Tuhan menjadi tempat untuknya mengadu nasib. Fathiah terus tabah dan masih mampu menyekolahkan anak-anaknya tanpa suami. Pada akhir coretan, Fathiah dikejutkan dengan kehadiran suaminya yang sudah lama menghilang. Amri datang untuk memujuk Fathiah agar kembali bersamanya lagi, namun bagi Fathiah talak tiga merupakan pengakhiran hidup mereka. Amri telahpun ditinggalkan isteri mudanya yang sudah pulang ke seberang dan Amri kini hidup tidak menentu. Begitulah ringkasan cerpen Mengira Bintang Di Siang Hari:

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.0 ANALISIS WACANA KOHESI Dalam analisis wacana kohesi, terdapat tiga bahagian kohesi yang terdiri daripada kohesi nahuan iaitu kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedah pengguguran, dan

kohesi lesikal iaitu pengulangan kata, sinonim, antonim, supraordinat, kata umum, dan kolokasi serta analisis kata hubung iaitu Tetapi, dan, kerana dan sebagainya. Penggunaan kohesi dalam penulisan wacana adalah penting bagi menyalurkan

kesinambungan dalam idea yang hendak disampaikan kepada pembaca. Justeru, kajian kohesi dalam cerpen Mengira Bintang di Siang Hari ini dilakukan bagi melihat kesinambungannya wacana tersebut. 5.1 KOHESI NAHUAN Kohesi Nahuan merupakan bentuk bahagian wacana yang diwujudkan ke dalam sistem gramatikal. Kohesi ini meliputi rujukan, substitusi, dan elipsis. Kohesi ini berfungsi untuk

menghubungkan unsur linguistik grammatikan dengan unsur linguistik gramatikal yang lain di antara ayat dengan ayat, dengan menggunakan tautan-tautan dan kohesif dalam sesebuah teks. 5.1.1 Rujukan Rujukan adalah penggunaan sesuatu kata dalam sesuatu ayat yang merujuk kepada sesuatu entiti atau peristiwa yang pernah diperkenalkan terdahulu dengan kata nama tertentu (Wong Khek Seng, (1993: 308). Hal ini termasuklah dari sudut kata ganti nama tunjuk, ganti nama cara dan ganti nama diri. Ia juga terbahagi kepada dua iaitu Rujukan anafora, Rujukan katafora dan kedua-duanya merupakan Rujukan endofora.

5.1.1.1

Penggunaan Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI Contoh 1: Sudah lama arwah mak bercita-cita nak dirikan surau. Kami akan panggilkan ustaz untuk mengajar di sini.( Muka surat 4, Kolum 3, Perenggan 2). Petikan contoh 1 menggunakan kaedah rujukan anafora iaitu unsur yang disebut dahulu sebelum ayat rujukan iaitu surau. Hal ini kerana penggunaan kata nama surau telah dirujuk dengan menggunakan perkataan sini bagi menerangkan kata nama berkenaan. Oleh itu, terdapat penggunaan kata tunjuk sini bagi menunjukkan tempat atau kawasan iaitu surau, walau bagaimanapun, masih wujud pautan di dalam ayat berkenaan. seorang

5.1.1.2 Contoh 2:

Penggunaan Kata Ganti Nama Cara

Begini kelakuan abang pada Fathiah. Mengkhianati Fathiah dan berkelakuan sumbang dan curang. (Muka Surat 2, Kolum 3, Perenggan 4) Petikan contoh 2 menunjukkan penggunaan kata ganti nama cara iaitu begini dalam ayat tersebut. Penggunaan kata ganti nama cara ini ditujukan kepada perlakuan subjek iaitu Amri terhadap isterinya. Oleh hal demikian, penggunaannya bersesuaian dengan ayat berkenaan dan masih wujudnya tautan dalam ayat berkenaan. 5.1.1.3 Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010:103) menyatakan bahawa kata ganti nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

5.1.1.3.1 Contoh 3:

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Aku masih seperti dulu. Isteri yang setia menghambakan diri selamanya untuk selamanya untuk suami yang dicintai.(Muka Surat 2, Kolum 1, Perenggan 1)

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI Petikan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Diri Pertama dalam contoh 3 tersebut. Kata Ganti Diri Pertama Aku digunakan bagi merujuk kepada kata nama Isteri dalam ayat berkenaan. Penggunaan Kata Ganti Diri Pertama digunakan bagi menerangkan subjek iaitu isteri dan ayat ini masih wujud pautan di dalam pembinaannya.

5.1.1.3.2 Contoh 4:

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Amri dan perempuan seberang tu ada. Ohhh.. dalam keadaan macam ni pun Kau masih sempat menyiasat aku. Siapa. (Muka Surat 2, Kolum 2, Perenggan 1)

Petikan di atas menunjukkan penggunaan Kata Ganti Diri Kedua dalam contoh 3 tersebut. Kata Ganti Diri Kedua Kau digunakan bagi merujuk kepada perlaku iaitu Amri dalam ayat berkenaan. Penggunaan Kata Ganti Diri Kedua telah mengalami penyingkatan kata ganti nama daripada kata ganti diri Engkau kepada kata ganti diri Kau. Oleh hal demikian, penggunaan kata ganti diri kedua bole disingkatkan dan masih wujud tautan dalam ayat berkenaan.

5.1.1.3.3 Contoh 5:

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Anakku hanya berdua, lelaki dan perempuan. Mereka kan menduduki peperiksaan penting akhir tahun nanti.(Muka Surat 2, Kolum 2, Perenggan 2)

Petikan contoh 5 menunjukkan penggunaan Kata Ganti Diri Ketiga dalam ayat berkenaan. Kata Ganti Diri Ketiga Mereka dalam ayat ini menunjukkan kepada subjek iaitu lelaki dan perempuan dalam ayat berkenaan. Penggunaan Kata Ganti Diri Ketiga digunakan dalam ayat berkenaan serta masih wujud pautan di dalam pembinaannya. BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.1.2 Penggantian Penggantian sering digunakan oleh penulis cerpen dan lain-lain kerana perkaitan yang terdapat dalam perkataan wacana dan bukan hubungan makna dalam teks dengan menggunakan maklumat yang sama tetapi melalui cara berbeza dan masih selari dari idea utama.

5.1.2.1

Menggantikan perkataan-perkataan tertentu dengan perkataan lain yang sama maksudnya. Contoh 6: Aku tidak mahu seorang pun tahu masalahku. Biarlah beban itu ku tanggung sendiri Petikan di atas merupakan petikan yang mengandungi penggantian perkataan tertentu dengan perkataan lain yang sama maksudnya. Contohnya bagi perkataan beban menggantikan perkataan masalahku dalam ayat

sebelumnya. Oleh itu, kaedah penggantian ini digunakan untuk mengelakkan pengulangan perkataan atay ayat yang sama dan seterusnya menjadikan ayat menjadi tidak menarik.

5.1.2.2

Menggunakan perkataan seperti tegasnya, maksudnya, dengan perkataan lain, begitu dan lain-lain.

Contoh 7: Abang, kalau selama ini Fathiah hanya berprasangka buruk terhadap abang, itu mungkin hanya kerana Fathiah mengikut emosi. Kalau abang sudah mengaku dan merasa bangga dengan kelakuan abang, Fathiah kesal. Walau pun begitu Fathiah harap abang ubahlah perangai.

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI Petikan di atas merupakan petikan yang mengandungi penggantian bagi melambangkan dan mengelakkan daripada perkataan tersebut dinyatakan secara berulang-ulang. Contohnya, perkataan begitu dalam ayat tersebut telah digunakan oleh penulis bagi menggantikan Fathiah kesal. Oleh itu, kaedah penggantian ini digunakan untuk mengelakkan daripada menyampaikan maklumat secara berulang-ulang dan seterusnya akan menjadikan hasil penulisan tidak gramatis.

5.1.3

ELIPSIS / PENGGUGURAN Menurut Kridaklaksana (1983: 40), peniadaan kata atau satuan lain yang wujud asalnya dapat diramalkan dari konteks bahasa atau konteks luar bahasa. Pengguguran ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu elipsis kata, frasa, klausa.

5.1.3.1

Pengguguran pada peringkat kata Contoh 8:

Aku berdiam diri kerana menghormatimu sebagai seorang suami.(Muka Surat 3, Kolum 3, Perenggan 3) Petikan di atas menerangkan pengguguran pada peringkat kata dalam ayat berkenaan. Pengguguran kata ganti nama aku dalam ayat berkenaan telah menjadikan ayat berkenaan lebih gramatis kerana tidak perlu mengulang kembali perkataan aku dalam klausa berikutnya. Oleh hal demikian, ayat berkenaan bersesuaian dan wujudnya tautan dalam ayat tersebut.

5.1.3.2

Pengguguran pada peringkat frasa Contoh 9: Keputusan kau nak hantar Hakimi dan [keputusan kau nak hantar] Solehah

masuk asrama penuh tu cukup bagus

BMP533 ANALISIS WACANA

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI Seterusnya, petikan tersebut telah menggunakan kaedah pengguguran pada peringkat frasa. Frasa keputusan kau nak hantar telah digugurkan pada peringkat frasa sebelum frasa seterusnya iaitu masuk asrama penuh tu cukup bagus.

5.1.3.3

Pengguguran pada peringkat klausa Contoh 10: sesungguhnya aku selalu berdoa kepada zat yang memiliki seluruh jiwaku, [sesungguhnya aku selalu berdoa kepada zat yang memiliki seluruh] tubuhku, dan [sesungguhnya aku selalu berdoa kepada zat yang memiliki seluruh] seluruh kehidupanku

Dalam petikan di atas menunjukkan pengguguran pada peringkat klausa. Pengguguran dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pengulangan klausa yang sama. Namun, teks tersebut masih mempunyai tautan. Perkataan sesungguhnya aku selalu bersoa kepada zat yang memiliki seluruh telah digugurkan. Oleh itu kaedah pengguguran atau elipsis digunakan untuk mengelakkan berlakunya pengulangan dan untuk menjaga kegramatisan wacana.

5.2 KOHESI LESIKAL Menurut Wong Khek Seng (1993: 311), selain menggantikan sesuatu kata nama sebagai alat perujukan kohesi leksikal merupakan kesinambungan atau tautan yang dihasilkan melalui pemilihan perkataan. Ia diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi.

BMP533 ANALISIS WACANA

10

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.2.1 Pengulangan Kata Pengulangan kata juga dikenali sebagai Reiterasi di mana membentuk kohesi leksikal yang melibatkan pengulangan item lesikal dan penggunaan kata umum bagi merujuk kepada sesuatu perkara kembali. Contoh 11: Mujahadahku dengan Allah. Jihadku untuk melawan hawa nafsu sendiri. Banyak perkara di sukai Allah kerana nawaitu yang ikhlas. Kuteguhkan peganganku bahawa sesungguhnya jodoh antara kita telah berakhir. Kumohon halalkan makan-minumku ketika bersamamu. Lupakan kekhilafanku. Dan aku berdoa untuk kesejahteraan zahir dan batinmu. Semuanya dalam peliharaan Allah S.W.T Insyaalah (Muka Surat 4, Kolum 2, Perenggan 4)

Petikan di atas memaparkan pengulangan kata -ku dan Allah. Pengulangan perkataan ini digunakan untuk menimbulkan penegasan dan pengulangan rujukan bagi menimbulkan pautan dalam ayat.

5.2.2

Sinonim Sinonim adalah perkataan yang mempunyai sama makna atau hampir sama

dengan sesuatu perkataan.

Contoh 12: Tiada keraguan atau kecurigaanku padamu. Aku masih waras. (Muka Surat 2, Kolum 1, Perenggan 1) Petikan contoh 11 menunjukkan bahawa penggunaan Sinonim dalam ayat berkenaan. Penggunaan perkataan keraguan dan kecurigaan telah merujukkan kepada perasan hati perlaku. Oleh hal demikian, penggunaan sinonim dalam ayat berkenaan masih releven dan bersesuaian bagi menerangkan perasaan serta mempunyai tautan dalam ayat berkenaan. BMP533 ANALISIS WACANA

11

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.2.3 Antonim Antonim adalah perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan kata-kata yang lain. Contoh 13: Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki anak-anak. (Muka Surat 4, Kolum 3, Perenggan 5) Petikan contoh 13 ini menunjukkan bahawa penggunaan antonim dalam ayat ini. Penggunaan antonim dunia dan akhirat mempunyai makna yang berbeza di mana dunia menunjukkan kehidupan di alam nyata manakala akhirat ialah kehidupan selepas alam nyata. Oleh hal demikian, perkataan tersebut menunjukkan perbezaan dari segi makna dan masih mengekalkan tautan dalam ayat berkenaan.

5.2.4

Supraordinat Supraordinat merupakan kaedah yang merujuk kembali kepada sesuatu perkara

yang mempunyai hampir sama dengan makna. Contoh 14: Begini kelakuan abang pada Fatiah. Mengkhianati Fathiah dengan berkelakuan

sumbang dan curang. (Muka Surat 2, Kolum 3, Perenggan 4) Petikan di atas mempunyai tautan antara perkataan dengan menggunakan supraordinat. penulis menggunakan kaedah supraordinat untuk menghubungkan ayat dalam teks bagi mewujudkan tautan antara ayat mahupun perkataan. Perkataan mengkhianati merupakan supraordinat atau perkataan umum yang diambil dari kata dasar khianat, manakala berkelakuan sumbang dan curang pula merupakan hiponim yang tergolong dalam perkataan mengkhianati yang menunjukkan perbuatan khianat tersebut.

BMP533 ANALISIS WACANA

12

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.2.5 Kolokasi Kolokasi merujuk kepada kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi, atau konteks dunia dalam sesuatu teks. Kolokasi dapat mewujudkan pertalian idea yang ingin disampaikan kepada pembaca. Contoh 15: Sesungguhnya aku selalu berdoa kepada zat yang memiliki seluruh jiwaku, tubuhku, dan seluruh kehidupanku. (Muka Surat 4, Kolum 2, Perenggan2) Petikan tersebut menunjukkan penggunaan kolokasi dalam mewujudkan pertautan di antara perkataan dalam petikan tersebut. Kolokasi merupakan perkataan dan golongan perkataan yang merujuk kepada sekumpulan perkataan yang saling berkait atau berhubung dengan suatu maklumat yang dinyatakan. Misalnya, perkataan zat saling berhubung dengan kumpulan perkataan jiwaku, tubuhku, dan seluruh kehidupanku. Oleh itu, maklumat yang dinyatakan dalam suatu ayat saling bertautan.

5.2.6

Kata Umum Perkataan yang mempunyai makna umum dan boleh mewakili perkataan

lain walaupun perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelasnya. Contoh 16: aku tetap cuba dan berusaha untuk mempertahankan rumah tangga kita hingga ke akhir nafasku. (Muka Surat 2, Perenggan 2). Contoh 16 menunjukkan penggunaan perkataan umum dalam ayat berkenaan. Perkataan berusaha dan mempertahankan membawa makna yang umum iaitu tindakan dalam mencapai impian dan ia boleh mewakili perkataan lain walaupun berbeza golongannya. Oleh hal demikian, penggunaannya masih lagi bersesuaian dan bertautan dalam ayat tersebut.

BMP533 ANALISIS WACANA

13

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 5.3 KOHESI KATA HUBUNG Menurut Asmah (1986: 193), kata penghubung sebagai kata yang menghubungkan dua kata, frasa atau klausa. kata hubung terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata hubung setara iaitu dan, tetapi dan atau, kata hubung tak setara iaitu kerana, jika, kalau, supaya, walaupun, apabila dan sebagainya serta kata penghubung adverba iaitu oleh itu, jadi, walau bagaimanapun, begitu juga dan oleh yang demikian, (Wong (1993: 312).

5.3.1

Dan

Contoh 18: Kalau abang asyik bertekak dan mencari jalan untuk bergaduh dengan saya, (Muka Surat 3, Kolum 1, Perenggan 7) Petikan contoh 18 menunjukkan bahawa penggunaan kata hubung dan dalam ayat tersebut. Penggunaan kata hubung berkenaan dapat memendekkan ayat berkenaan untuk menampakkan kegramatisan ayat tersebut. Penggunaan ayat iaitu kalau abang asyik telah menyebabkan ayat berkenaan lebih gramatis untuk dibaca. Oleh hal demikian, penggunaannya adalah bersesuaian dan berpautan dalam ayat berkenaan.

5.3.2

Kerana Contoh 19: Aku berdiam diri kerana menhormatimu sebagai seorang isteri. (Muka Surat 3, Kolum 3, Perenggan 3) Contoh 19 menunjukkan penggunaan kata hubung tak setara dalam ayat tersebut. Penggunaan kata hubung kerana adalah merupakan penghubung musabab kepada perlaku. Apabila digunakan kata hubung ini, perlaku iaitu aku telah digugurkan bagi mengelakkan pengulangan kata ganti diri aku. Jelas dalam ayat ini mempunyai wujudnya tautan di antara ayat sebelum kata hubung kerana dengan ayat selepas yang menerangkan perkara dilakukannya. BMP533 ANALISIS WACANA

14

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI 6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , wacana merupakan satuan bahasa yang digunakan sebagai alat berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Kohesi merupakan salah satu konsep wacana yang merujuk kepada hubungan makna yang ada dalam sesebuah teks. Kohesi juga adalah pertautan hubungan antara dua atau lebih unsur seperti perkataan demi perkataan, frasa demi frasa dan ayat demi ayat. Oleh itu, kohesi dalam satu-satu teks wacana diwujudkan bagi mengikat atau mempertautkan ayat demi ayat dan bahagian demi bahagian untuk membentuk struktur wacana yang utuh dan kukuh. Berdasarkan analisis, sesuatu teks prosa iaitu cerpen yang saling bertautan, berhubung serta bertalian di antara perkataan demi perkataan, ayat dengan ayat, frasa dengan frasa dan keseluruhan perenggan. Dalam analisis yang dijalankan, ikatan kohesi atau tautan idea yang ditulis adalah saling bertaut dengan huraian, ayat sokongan dan contoh. Wacana prosa yang baik merupakan wacana yang mempunyai keselarasan idea yang disampaikan kepada khalayak iaitu pembaca. Seterusnya, dalam kajian ikatan kohesi dalam teks prosa. Analisis kohesi adalah merangkumi aspek kohesi nahuan, kohesi leksikal dan kohesi kata hubung yang membentuk satuan dalam teks cerpen. Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang menyalurkan idea utama secara teratur bagi memudahkan pemindahan idea penulis kepada pembaca. Penggunaan kohesi amat penting dalam penulisan wacana agar berkesinambungan dalam idea yang disampaikan kepada pembaca.

BMP533 ANALISIS WACANA

15

KAJIAN KOHESI DALAM CERPEN MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI RUJUKAN Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baker, M. (1992). In Other Words: A Coursebook of Translation. London: Routledge. Halliday, M.A.K., dan Hasan, R. (1976). Cohesian in English. London: Longman Group Limited. Harimurti Kridaklaksana. (1983). Kamus Linguistik. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Nik Safiah Karim et. al. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Masitah Raja Ariffin. 2000. Genre Laporan Berita dalam Akhbar: satu Analisis Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syam Akhyar. (2011) . Cerpen Mengira Bintang di Siang Hari dalam Majalah Perempuan . Alaf Semenanjung Sdn Bhd.

Widdowson, S. G. (1979). Exploration in Applied Linguistics. London: Oxford University Press. Wong, Khek Seng. (1993). Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. April, 306-313.

BMP533 ANALISIS WACANA

16

You might also like