Radang Punca Ketumbit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Radang punca ketumbit

KETIKA kecil dulu, sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk iaitu mengintai orang. Kalau ketumbit itu kecil, tidak mengapalah kerana tidak ramai yang akan perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik. Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. KETUMBIT boleh mengganggu keupayaan untuk melihat. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah. l Mitos Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutamanya jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya, terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion). Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah: n Mata berair. n Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk. n Mata menjadi sensitif terhadap cahaya. n Kelopak mata menjadi merah dan bengkak.

l Kalazion Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan. Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman. Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Profesor Dr. Muhaya Mohamad Noor, Pakar Perunding Mata, Kuala Lumpur (drmuhayalasik.blogspot.com)

Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. l Rawatan Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit. Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme. Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit. Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu. Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.

Pernahkah anda mengalami masalah ketumbit? Tiba-tiba kelopak mata anda bengkak dan sakit, dan selepas beberapa hari ia kelihatan bernanah. Sesetengah orang-orang tua kata ia disebabkan oleh mengintai orang buang air besar. Ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman (staphylococcus aureus), berpunca daripada penyumbatan salur kelenjar meibomia atau kelenjar zeis yang berada dikelopak mata. Penyumbatan salur tersebut memudahkan jangkitan sekunder oleh bakteria seterusnya menyebabkan keradangan dan pengumpulan nanah dikawasan yang terlibat. Lazimnya pesakit akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada mata yang terlibat, kelopak mata menjadi merah, dan bengkak. Kadang-kadang, penglihatan juga kabur daripada biasa.

Kebiasaannya tanpa rawatan, penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya serta mengambil masa 1-2 minggu. Antara rawatan untuk ketumbit ialah penjagaan kebersihan mata, antibiotic topikal seperti ubat titis ataupun sapu, mengelap mata dengan kain bersih dan suam. Jika terdapat tanda-tanda ketumbit itu melibatkan jangkitan yang agak teruk, ( seluruh kelopak mata terlibat atau kemerahan), antibiotik sistemik ( pil antibiotik) mungkin diberikan. Jika ketumbit itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, berkemungkinan ia memerlukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.

You might also like