Perbincangan Tentang Kontrak Sosial Dalam Konteks Hubungan Etnik Dalam Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Perbincangan tentang kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik dalam Malaysia.

Pengenalan Hari ini, Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang hidup dalam suasana harmoni dan aman damai. Keadaan ini adalah hasil daripada sikap toleransi dan persefahaman antara kaum yang wujud semenjak British memberikan kemerdekaan kepada kita sehingga hari ini. Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan India dan China melalui Melaka yang merupakan pusat perdagangan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.( Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani, 2003).Walaubagaimanapun,perhubungan antara perkauman ini amat ketara pada zaman penjajahan British. Misalnya, pihak British telah memasukkan imigran-imigran dari negara China dan India untuk bekerja di Tanah Melayu pada masa tersebut. Hal ini demikian kerana, pada masa itu, pihak British memerlukan tenga buruh untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Selain daripada itu, penghijrahan pendudukan Indonesia ke Tanah Melayu juga telah mengubah corak populasi di negara kita.( Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani, 2003). Kesemua situasi di atas telah mengubah corak populasi di Tanah Melayu daripada sebuah negara yang didiami hanya oleh masyarakat Melayu kepada pembentukkan masyarakat majmuk di Malayasia yang didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Rentetan itu, pencapaian kemerdekaan pelbagai etnik ini daripada penjajahan British, adalah kesan daripada kontrak sosial yang ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Proses permuafakatan tersebut telah bermula sebelum kemerdekaan lagi di mana dasar dekolonisasi dan semangat nasionalisme telah secara langsung mendorong kerjasama parti-parti politik berbilang kaum untuk berkerjasama mencapai kemerdekaan.Menurut Mohd Azizuddin Mohd Sani (2003), satu lagi kontrak sosial yang muncul lebih awal ialah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kontrak sosial tersebut memperlihatkan hubungan pemerintah dan rakyat dan bertanggungjawab dalam melahirkan konsep daulat dan derhaka.

Raja-raja Melayu ibaratkan sebagai wakil Tuhan untuk memerintah dan rakyat tidak boleh menderhakai raja mereka. Budaya politik yang terhasil daripada amalan pemerintahan feudal ini banyak mempengaruhi hubungan rakyat dengan pemerintah sehingga hari ini. Latar Belakang Kontrak Sosial Kontak sosial pertama yang diperkenalkan adalah pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka(1400-1511) yang mana pada masa tersebut, sistem pemerintahan bercorak monarki dan berkuasa mutlak diamalkan.(Mohd Azizuddin Mohd Sani, 2003). Era awal pemerintahan di Melaka memperlihatkan bagaimana struktur masyarakat pada masa itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kumpulan pemerintah yang terdiri daripada raja, sultan dan golongan bangsawan dan seterusnya kumpulan yang diperintah iaitu golongan rakyat biasa dan hamba. Golongan pemerintah tersebut mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat biasa dan hamba manakala strata diperintah pula mempunyai kewajipan politik untuk kekal setia terhadap pemerintah. Berikutan dengan corak pemerintahan begini,satu kontrak sosial yang mewujudkan konsep daulat dan derhaka telah terhasil. (Mohd Azizuddin Mohd Sani,2003). Dalam konteks keabsahan mutlak kepada pemerintah, raja-raja Melayu diibaratkan sebagai wakil Tuhan yang memerintah di bumi dan rakyat biasa tidak kuasa untuk menyainginya. Oleh sebab itu, rakyat biasa tiada hak untuk menyoal raja dan sebaliknya taktha raja hanya akan kekal jika raja memerintah dengan adil dan baik. Akan tetapi, sistem feudal itu telah hapus setelah British menadatangani perjanjian Pangkor yang menandakan permulaan era penjajahannya di Tanah Melayu. Sistem feudal itu telah digantikan dengan penempatan residen dan pegawai British sebagai pemerintah.Akibatnya, perubahan-perubahan tersebut telah

membangkitkan semangat nasionalisme dalam jiwa masyarakat Melayu untuk menentang penjajahan British. Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya politik yang terhasil daripada amalan sistem feudal itu telah mempengaruhi hubungan antara rakyat dan raja sehingga hari ini. Hal ini demikian kerana, psikologi feudal yang tertanam dalam jiwa

masyarakat Melayu selama lebih kurang enam ratus tahun semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan nilai taat setia kepada pemerintah terus segar-bugar dalam pemikiran masyarakat Melayu.( Mohd Azizuddin Mohd Sani, 2003). Walau bagaimanapun, psikologi masyarakat bukan Melayu seperti masyarakat Cina dan India tidak banyak dipengaruhi oleh pemikiran ini kerana kemasukkan imigran-imigran dari China dan India berlaku dengan ketara selepas kedatangan British ke Tanah Melayu. Namun, selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, semua lapisan masyarakat di Malaysia perlu dan mesti taat kepada raja-raja Melayu terutamanya Yang Dipertuan Agong. Kontrak sosial yang kedua termeterai di Tanah Melayu adalah melalui persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India melalui parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.(Portal Pusat Maklumat Rakyat, 2008). Kontak bermaksud perjanjian formal antara dua pihak dan manakala sosial boleh didefinasikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. (Kamus Dewan.............) Rakyat Malaysia perlu memahami bahawa kontak sosial dengan jelas adalah berdasarkan kepada fakta sejarah. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Selain

daripada itu,kontrak sosial juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. .(Portal Pusat Maklumat Rakyat, 2008). Sejarah termeterainya kontrak sosial di Tanah Melayu. Perlembagaan Malaysia hari ini terjadi selepas susulan beberapa peristiwa penting di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun oleh kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British serta kuasa Timur seperti Siam dan Jepun.British telah mula menjajah Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor telah ditandatangani. Selepas itu, sistem residen telah diperkenalkan dan untuk menyatupadukan Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB) telah diwujukan.Selepas penubuhan NNMB, NNMTB pula ditubuhkan.

Pada masa yang sama, gerakan nasionalisme bersenjata yang merupakan kebangkitan awal masyarakat Melayu telah dilaksanakan ekoran penjajahan British dan gerakan ini telah berlaku dengan ketara terutamanya di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu.(Shamsul Amri Baharuddin, 2009).Tujuan utama penentangan dilakukan adalah kerana kuasa raja dan pembesar Melayu tergugat dan akibat pembaharuan yang dilakukan oleh pegawai British. Selain itu, menjelang abad ke-20, penentangan oleh para intelek Melayu mula membara melalui pertubuhan dan media massa terutamanya melalui surat khabar. Tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob telah menyedarkan orang Melayu supaya membangunkan bangsa mereka. (Shamsul Amri Baharuddin, 2009). Berikutan dengan itu, British telah berundur setelah Jepun mula menakluki Tanah Melayu melalui jalan darat di Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Jepun juga telah menakluki seluruh Tanah Melayu dan Singapura dalam masa hanya 75 hari sahaja.(Zulhilmi Paidi,2003). Pada masa penjajahan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan, Jepun telah memperdayakan masyarakat dengan slogannya Asia Untuk Orang Asia. Walau bagaimanapun, kesan daripada pengaruh politik tersebut, masyarakat Melayu telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme mereka. Selain itu, Jepun juga telah mendiskriminasi kaum Cina di Tanah Melayu ekoran permusuhan mereka dengan negara China.Masyarakat Melayu pula dilayan dengan baik dan diberi peluang dalam bidang pentadbiran dalam kerajaan pada masa tersebut. Setelah Perang Dunia Kedua berakhir dengan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, Tanah Melayu dibebaskan dari penjajahan Jepun dan telah kembali ke bawah penguasaan British.(Zulhilmi Paidi,2003). Kekosongan ruang untuk menantikan kehadiran British telah diambil peluang oleh Parti Komunis Malaya yang terdiri daripada kaum Cina yang mahu balas dendam akibat penganiyaan yang mereka terima sewaktu penjajahan Jepun. Kejadian ini telah secara memperlihatkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu.Jadi, Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration(BMA) telah ditubuhkan untuk mewujudkan keamanan dan mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap British. Pada masa tersebut, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan supaya tanah-tanah jajahan diberikan

kemerdekaan.(Zulhilmi Paidi,2003).

British telah kembali ke Tanah Melayu dengan perancangan Malayan Union atau Kesatuan Malaya yang akan diketuai oleh seorang Gabenor dan telah diistiharkan perlaksanaan pada 1 April 1946. Walau bagaimanpun, Malayan Union tidak dapat berlansung kerana mendapat tentang kuat daripada masyarakat Melayu dan ia telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diistiharkan pada 1 Februari 1948. Seterusnya, British telah menubuhkan Sistem Ahli sebagai landasan awal untuk berkerajaan sendiri. Berikutan dengan itu, Pilhan Raya Majlis Tempatan dan Umum telah diadakan.Parti Perikatan yang terdiri daripada parti politik UMNO,MCA dan MIC telah ditubuhkan Dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955,parti perikatan telah menang 51 daripada 52 yang telah dipertandingkan. Susulan daripada itu,satu rombongan ke London telah diadakan untuk merunding dengan penjajah British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Salah satu hasil daripada Rundingan Kemerdekaan di London ialah penubuhan satu suruhanjaya bagi merangka perlembagaan yang sesuai untuk Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Reid bersempena nama pengerusinya. Sewaktu persidangan pertama yang diadakan, pihak suruhanjaya telah

meminta pertubuhan-pertubuhan termasuk persatuan dan orang perseorangan untuk menghantar memorandum bertulis berkenaan pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen, manjamin kedudukan raja-raja, memilih seorang Ketua Negara daripada kalangan Raja-raja Melayu, mempertahankan kedudukan

keistimewaan orang-orang Malayu tanpa menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain dan membentuk rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu kerakyatan yang sama.(Zulhilmi Paidi,2003). Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum dan memo Parti Perikatan menjadi komponen utama kepada rangka perlembagaan. Memo Parti Perikatan telah dianggap sebagai Pakatan Murni oleh kerana konsep dalam pakatan tersebut berlandaskan soal tolak ansur dalam kalangan parti UMNO, MCA dan MIC yang mewakili suara kaum masing-masing. .(Zulhilmi Paidi,2003). Antara ciri-ciri penting yang terkandung dalamnya ialah pengekalan empat unsur tradisi. Pakatan Murni ini juga kadangkala dikenali sebagai Quid Pro Quo,

Empat Campur Satu atau Kompromi Merdeka. Akhirnya, perlembagaan ini diistiharkan rasmi pada bulan Ogos 1957. Ciri-ciri dalam kontrak sosial Seperti mana yang diberitahu tadi. perkara prima dalam kontrak sosial ini adalah sikap tolak ansur dan toleransi pelbagai etnik dalam mencapai satu pakatan murni ke arah kemerdekaan. Terdapat dua elemen penting yang menjadi asas kontrak sosial ini. Pertama,penerimaan masyarakat Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu dan elemen kedua pula ialah penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara. Dari perspektif yang lain, unsur-unsur tradisi juga terdiri daripada elemenelemen yang penting dalam kontrak sosial yang dipersetujui ramai semasa menggubal Perlembagaan. Unsur-unsur tradisi ini penting kerana ia telah wujud ratusan tahun sebelum penjajahan British dan kemerdekaan lagi dan memainkan peranan dalam menjamin kestabilan negara.Menurut Shamsul Amri

Baharuddin(2009),unsur-unsur tradisi ini terdiri daripada bahasa kebangsaan, agama persekutuan,kedudukan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Tambahan pula, unsur-unsur tradisi ini dilindungi bawah Akta Hasutan 1948. Unsur pertama yang akan saya bincangkan ialah bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan negara kita ialah Bahasa Melayu dan bahasa ini telah mula digunakan dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Melaka juga telah dijadikan pusat perkembangan Bahasa Melayu yang berkaitan dengan peranannya sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. Selain itu, Bahasa Melayu yang diubah suai dari bahasa Arab,telah menjadi lingua franca pada masa tersebut. Ia juga telah dijadikan bahasa pengantar dalam urusan perdagangan terutamanya semasa berkomunikasi sesama pedagang atau dengan dengan pihak pemerintah dan untuk segala urusan rasmi kerajaan tersebut. Sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat , urusan surat-menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding di negeri-negeri Melayu.(..........oxford book)Selain itu, Bahasa Melayu dijadikan

sebagai bahasa kebangasaan untuk memperlihatkan penyatupaduan antara kaum dan untuk melahirkan satu indentiti negara terutamanya semasa berkomunikasi. Unsur tradisi kedua yang akan saya bincangkan ialah agama persekutuan negara iaitu agama Islam. Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan empayar dapat dikaitkan dengan pemelukan Islam oleh raja-raja Melaka dan seterusnya menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting di Alam Melayu. Hal ini membuktikan bahawa agama Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu dan segala undang-undang dan cara pemerintahan selepas itu adalah berasaskan ajaran Islam.Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, pegawai mereka hanya dapat menasihati raja-raja Melayu dalam urusan pentadbiran manakala segala urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu berada di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaysia hari ini mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 yang bertujuan untuk memelihara kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkataan Melayu itu dikaitkan dengan seseorang yang menganut agama Islam, bercakap dalam bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.Masyarakat Melayu ini telah lama bermastautin di Tanah Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan mereka menganuti agama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat istidat kaum Melayu. Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak pula diberi keutamaan selepas kedua-dua negeri tersebut masuk Malaysia. Hari ini, Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain. (Abdul Aziz Bari, 2003). Unsur terakhir dalam unsur-unsur tradisi ialah pemerintahan beraja. Sejak dahulu lagi, pemerintahan beraja telah diamalkan di Tanah Melayu. Sultan merupakan elemen yang penting dalam masyarakat kerana mereka dianggap sebagai kalifah atau wakil Tuhan untuk memerintah. Jadi, sistem pemerintahan beraja ini yang bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah kekal pada era penjajahan British sehingga hari ini. Selepas pendudukan Jepun, perlembagaan Malayan Union hanya menempatkan bidang kuasa raja kepada urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Setelah bantahan dibuat terhadap Malayan Union, bidang

kuasa raja-raja Melayu semakin dipulihkan apabila ianya digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Sesetengah pindaan telah dibuat ekoran konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan selepas kemerdekaan. Misalnya, kekebalan raja dihapuskan yang mana membolehkan raja atau Yang Dipertuan Agong didakwa di mahkamah khas jika disabitkan dengan kesalahan dan raja tidak mempunyai kuasa mutlak.Sejajar dengan itu,selepas kemerdekaan ,rajaraja dan termasuklah Yang Dipertuan Agong secara langsung menjadi ahli Majlis Raja-Raja untuk memelihara keistimewaan, kedudukan kemuliaan dan kebesaran raja-raja melayu di Malaysia.(Goay Teck Chong, Wong Yew Hong & Suraini Basir, 2010) Tuntasnya,pemerintahan beraja, bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, agama persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai kaitan dan hubungan sesamanya. Misalnya, institusi beraja mempunyai hubungan yang rapat dengan agama Islam kerana kedudukan perlembagaan yang menetapkan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri masing-masing dan ia memperlihatkan hubungan rapat Kesultanan Melayu dan Islam beratusan tahun dahulu.(Abdul Aziz Bari, 2003). Hubungan Etnik dalam Malaysia.

You might also like