Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK TUN MUTAHIR

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN SAINS & MATEMATIK 2011

1. NAMA DAN ALAMAT 1.1 PERSATUAN SAINS & MATEMATIK 1.2 SMK TUN MUTAHIR, 75350 BATU BERENDAM, MELAKA. 2. MATLAMAT : 2.1 Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan berorientasikan saintifik dan matematik, progresif, berpengetahuan, berpandangan jauh, inovasi serta dapat menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi pada masa akan datang. 3. OBJEKTIF : 3.1 Meningkatkan minat dan pencapaian akademik pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. 3.2 Memperoleh kemahiran, pengetahuan dan strategi berfikir secara kritis dalam Sains dan Matematik. 3.3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian. 3.4 Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. 3.5 Mencungkil dan melatih para pelajar yang mempunyai bakat kepimpinan. 3.6 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama di antara ahli persatuan. 3.7 Memupuk semangat patriotisme dan bangga kepada Negara Malaysia. 3.8 Menanam nilai-nilai murni. 4. KEAHLIAN : 4.1 Keahlian terbuka kepada semua pelajar. 4.2 Syarat gugur taraf keahlian dan penggantungan. (a) Tidak menghadiri perjumpaan persatuan tiga kali berturut-turut. (b) Melanggar tatatertib atau disiplin sekolah setelah diputuskan oleh Tuan Pengetua dan Lembaga Disiplin Sekolah. 5. GURU PENASIHAT : 5.1 Guru penasihat terdiri daripada guru sekolah ini . 5.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli semasa aktiviti dijalankan. 6. AHLI JAWATAN KUASA : 6.1 Pemilihan dan kedudukan ahli jawatan kuasa : (a) Satu jawatan kuasa seperti berikut hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan: i Pengerusi ii Naib Pengerusi iii Setiausaha iv Naib Setiausaha v Bendahari vi Wakil-wakil Tingkatan vii Pemeriksa Kira-kira (b) Nama-nama untuk jawatan di atas mestilah dicadangkan dan disokong. Pemilihan dijalankan secara pengundian. (c) Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa hendaklah dipenuhi dengan melantik seorang ahli yang akan memegang jawatan hingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

7. TUGAS AHLI JAWATAN KUASA : 7.1 Pengerusi Mempengerusikan setiap mesyuarat. Meneliti segala mesyuarat dan kegiatan ahli jawatan kuasa tertinggi. Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan bersama guru Penasihat Persatuan. Memastikan program dan aktiviti berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.2 Naib Pengerusi Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas. Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.3 Setiausaha Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli. Menyediakan laporan setiap pergerakan Persatuan. Menguruskan segala urusan surat-menyurat Persatuan. Menjemput semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. Mencatat kehadiran ahli. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.4 Naib Setiausaha Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.5 Bendahari Menguruskan semua hal berkaitan kewangan Kelab. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat AJK. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.6 Wakil-wakil Tingkatan Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.7 Pemeriksa Kira-kira Memeriksa dan mengesahkan Laporan Kewangan persatuan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. 8. KEWANGAN : 8.1 Setiap ahli dikehendaki membayar yuran sebanyak RM 2.00 setiap semester. 8.2 Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan. 8.3 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari mana-mana pihak. 9. KEWAJIPAN ANGGOTA : 9.1 Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. 9.2 Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 9.3 Membayar yuran persatuan. 9.4 Memberi sokongan moral kepada aktiviti yang dijalankan. * tertakluk kepada pindaan

You might also like