Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MUTU PERMAINAN HOKI YANG SEMAKIN MEROSOT

Hoki Malaysia kini umpama dilanda malapetaka kerana gagal melayakkan diri ke Beijing 2008 bulan ini. Malah mereka juga telah menunjukkan prestasi yang buruk setelah menduduki tangga tercorot pada Piala Sultan Azlan Shah yang lalu. Bertambah parah lagi apabila pasukan remaja negara tersungkur di Hyderabad, India, baru-baru ini.Tindakan 102 bekas pemain kebangsaan yang terdiri daripada Mirnawan Nawawi, Norsaiful Zaini, Maninderjit Singh, K Embaraj dan ramai lagi, untuk menyuarakan pendapat dan luahan hati supaya pasukan hoki kebangsaan kembali menyerlah adalah amat tepat pada masanya. Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengambil perhatian dengan isu ini dan telah memberi tempoh selama sebulan kepada bekas pemain hoki kebangsaan agar menghantar kertas kerja cadangan pembangunan sukan bagi meningkatkan semula mutunya di peringkat antarabangsa. Beliau mendengar pandangan mereka yang begitu prihatin tentang prestasi pasukan hoki negara. Mutu permainan hoki kini amat buruk dan menurun dengan begitu drastik. Malah mereka menjangkakan ranking kita akan jatuh lagi ke tangga 17 atau 18 selepas Olimpik. Sukan hoki telah diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di Malaysia pada tahun 1892. Pada tahun 1904, berlangsungnya perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu perlawanan antara Selangor dan Singapura. Pasukan Hoki Malaysia pertama kali mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956 di mana kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Malaysia sering menjadi antara pasukan pencabar yang terkuat di

peringkat dunia selain India dan Jerman.Ramai pihak masih berharap agar pasukan remaja hoki Malaysia dapat mengulangi kejayaan pasukan-pasukan veteren terdahulu. Penekanan harus diberikan dari segi tumpuan dan kecergasan bagi memastikan citacita ini tercapai. Sesungguhnya Malaysia sentiasa melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan hoki. Pencapaian pemain hoki negara kurang memberangsangkan berbanding dengan zaman kegemilangan Tan Aik Huang(badminton), Mokhtar Dahari (bola sepak) dan M

Jegathesan (olahraga) dahulu.di sukan olimpik Beijing baru-baru kita pasukan hoki kita tidak layak untuk memasuki ke olimpik. Kita hanya gah pada peringkat Sukan SEA tetapi tidak mencapai pencapaian membanggakan dalam kejohanan yang lebih besar.

Sebab-Sebab Pencapaian Hoki Tidak Membanggakan.

Kekurangan pemain hoki yang cemerlang kesan daripada kurang galakan daripada ibu bapa. Menurut majalah Mastika (2000), sebanyak 85% daripada ibu bapa kurang menggalakkan anak mereka menceburi bidang sukan.

Ibu bapa lebih mempercayai bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik lebih penting dalam menentukan kejayaan masa depan.

Ibu bapa menganggap sukan tiada jaminan masa depan. Tidak banyak pemain hoki cemerlang yang menyinar selepas aktif dalam bidang sukan

.Ibu bapa melarang anak mereka kerana kekangan agama dan adat.

2. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan hoki.

Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura dan ia tidak seteruk sukan hoki Malaysia yang dianggaap kecil.

Kebanyakan pemain hoki di Malaysia mendapat pendapatan yang kurang ketika bermain untuk pasukan kebangsaan meraka lebih gemar bermain untuk kelab-kelab di malaysia yang mendapat pendapatan yang lebih lumayan walaupun latihan yang teruk dikenakan.Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan bookie atau kaki judi untuk menentukan perlawanan.

Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan sebagai kotor.-Kesannya, mutu sukan hoki akan merosot jika tidak menyelesai masalah itu

3. Kemudahan sukan hoki belum mencukupi.

Negara kita masih kekurangan stadium hoki dan kompleks sukan bertaraf dunia untuk membolehkan pemain hoki berlatih dengan selesa.

Kita juga kekurangan jurulatih hoki yang berkaliber, pakar pemakanan (diet),ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi pemain hoki.

Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak lemah .Pegawai sukan dan jurulati kurang bersungguh-sungguh untuk merencanakan program pembangunan sukan hoki.

4. Ciri-ciri fizikal pemain hoki tempatan.

Pemain hoki kebangsaan tempatan kita bersaiz kecil dan tidak dapat menandingi atlet negara lain yang bersaiz besar. Keadaan fizikal ini tidak

memberikan kelebihan kepada atlet Negara dalam bidang sukan seperti bola sepak, bola keranjang, ragbi dan sebagainya. Pemain hoki kita kurang stamina kerana corak pemakanan kita berbeza.

Keadaan cuaca dan persekitaran juga menjejaskan persiapan pemain hoki

5. Krisis kewangan

Kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dahulu menjejaskan program pembangunan sukan Negara termasuklah sukan hoki.

Akhir-akhir ini sahaja kita mempunyai dana yang mencukupi untuk merangka perancangan jangka panjang. Hasilnya belum lagi menampakkan hasil dalam setahun dua ini

Kita juga kekurangan sumber untuk menghantar pemain hoki kita berlatih di luar negara.

Krisis ekonomi negara turut menyebabkan tidak banyak syarikat yang sanggup menaja persatuan sukan hoki negara kita. Hakikat ini berbeza dengan pemain hoki luar negara yang mendapat penajaan besar daripada syarikat-syarikat konglomerat.

Banyak usaha dan perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana kurang peruntukan

. 6. Faktor Luaran Prestasi pemain hoki luar lebih pesat berbanding dengan pemain hoki Negara

Program pembangunan sukan mereka lebih agresif dan berkesan. Mereka mendapat sokongan yang padu daripada pemimpin dan rakyat. Mereka mempunyai kemudahan dan teknologi sukan yang lebih canggih. Sukan menjadi sumber pendapatan mereka.

Penutup

Masa belum lagi terlewat untuk kita meningkatkan inisiatif bagi meningkatkan kecemerlangan mutu sukan hoki negara.

Komitmen haruslah bermula daripada kerajaan, dan disokong oleh rakyat, khusunya ibu bapa dan sekolah.-Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha memartabatkan kembali imej pasukan hoki negara kita agar lebih ramai atlet seperti Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei yang berasal dari Pulau Pinang itu dapat dilahirkan oleh negara kita.

You might also like