Ekonomi Makro (Modul Perdagangan Antarabangsa)

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 17

Perdagangan Antarabangsa

TAJUK: PERDAGANGAN ANTARABANGSA

BAHAGIAN A

A) FAEDAH MUTLAK, FAEDAH BERBANDING DAN KEUNTUNGAN DARI PAB

STPM 2002 (S25)


1. Jadual berikut menunjukkan bilangan buruh yang diperlukan untuk mengeluarkan satu unit
makanan dan satu unit kain di negara Jepun dan Amerika Syarikat.
Negara Makanan (unit) Kain (unit)
Jepun 8 5
Amerika Syarikat 2 4
Kos lepas bagi mengeluarkan satu unit kain di negara Jepun ialah
A 1/4 unit makanan
B 1/2 unit makanan
C 5/8 unit makanan
D 8/5 unit makanan

STPM 2003 (S23)


2. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran mangga dan durian di Malaysia dan di Thailang
Negara Malaysia Thailand
Keluaran (kg) (kg)
Mangga 1 000 300
Durian 200 1 200
Kos lepas bagi 1 kilogram durian di Malaysia dan di Thailand masing–masing ialah
Malaysia Thailand
A 1/5 6
B 2 12
C 10/3 1/6
D 5 1/4

STPM 2003 (S24)


3. Malaysia dan Thailand masing – masing boleh mengeluarkan getah dan beras. Andaikan di
Malaysia seorang buruh boleh menghasilkan 10 unit getah atau 5 unit beras. Di Thailand seorang
buruh boleh menghasilkan 20 unit getah atau 10 unit beras. Antara yang berikut, yang manakah
yang akan berlaku ?
A Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran getah
B Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran beras
C Tiada keuntungan diperoleh daripada perdagangan
D Thailand akan mengeluarkan kedua–dua beras dan getah

©mrmy Ulat KekeK 2012 1


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2003 (S25)


4. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran pakaian dan makanan oleh dua buah negara
dengan menggunakan jumlah input yang sama.
Negara Pakaian (unit) Makanan (unit)
A 20 10
B 10 2
Berapakah kadar pertukaran antara kedua-dua negara ini bagi membolehkan perdagangan
antarabangsa dilakukan ?
A 5 unit pakaian untuk 1 unit makanan
B 2 unit pakaian untuk 1 unit makanan
C 5 unit pakaian untuk 2 unit makanan
D Antara 2 dan 5 unit pakaian untuk 1 unit makanan

STPM 2004 (S24)


5. Jadual di bawah menunjukkan keluaran makanan dan pakaian bagi Negara X dan Y yang
menggunakan kuantiti faktor yang sama secara cekap.
Keluaran Negara X Negara Y
Makanan 100 30
Pakaian 180 54
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang negara X dan negara Y?
A Negara Y mengeksport kedua-dua makanan dan pakaian.
B Negara X mengeksport makanan dan mengimport pakaian.
C Negara X mengimport makanan dan mengeksport pakaian.
D Kedua-dua negara tidak mendapat laba daripada perdagangan.

STPM 2005 (S22)


6. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran pakaian atau beras oleh seorang petani di negara P
dan negara Q
Negara Pakaian (helai) Beras
(kilogram)
Negara P 500 1 500
Negara Q 600 2 400
Berdasarkan maklumat di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa
A negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran beras
B negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian
C negara Q memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang
D negara P memperoleh faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua barang

©mrmy Ulat KekeK 2012 2


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2005 (S23)


7. Dalam gambar rajah di bawah, AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran, AD ialah garis harga
antarabangsa dan titik C ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa.

Barang pertanian (unit)


A
10

6 C

B D
0 4 5 barang perindustrian (unit)
Rajah di atas menunjukkan bahawa negara berkenaan akan
A mengimport 1 unit barang pertanian
B mengeksport 4 unit barang pertanian
C mengimport 4 unit barang pertanian
D mengimport 6 unit barang pertanian

STPM 2005 (S24)


8. Faedah mutlak dalam perdagangan antarabangsa dapat dijelaskan dengan adanya andaian berikut
kecuali
A terdapat dua buah negara
B guna tenaga penuh tercapai
C wujud sekatan perdagangan
D dua jenis barang dikeluarkan oleh setiap negara

STPM 2006 (S23)


9. Jadual di bawah menunjukkan harga kelapa dan beras di Malaysia dan Thailand
Negara Harga kelapa Harga beras
Malaysia RM 20.00 RM 10.00
Thailand 200 Baht 75 Baht
Jika kadar tukaran mata wang asing ialah RM1.00 = 8 Baht, maka
A Malaysia akan mengimport kelapa dan beras
B Thailand akan mengimport kelapa dan beras
C Thailand akan mengeksport kelapa dan mengimport beras
D Malaysia akan mengeksport kelapa dan mengimport beras

©mrmy Ulat KekeK 2012 3


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2007 (S22)


10. Jadual di bawah menunjukkan dua buah negara yang mengeluarkan kasut dan basikal dengan
menggunakan jumlah faktor pengeluaran yang sama banyak.
Jenis barang Negara X Negara Y
Kasut (pasang) 4 000 2 000
Basikal (unit) 20 100
Kadar syarat perdagangan yang menguntungkan kedua-dua negara berkenaan ialah
A 1 unit basikal dengan 200 pasang kasut
B 1 unit basikal dengan 100 pasang kasut
C 1 unit basikal dengan 50 pasang kasut
D 1 unit basikal dengan 20 pasang kasut

STPM 2008 (S26)


11 Sebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu barang jika negara itu mempunyai
A kos lepas yang tinggi
B harga relatif yang rendah
C jumlah modal yang banyak
D bilangan buruh mahir yang banyak

STPM 2009 (S23)


12 Jadual di bawah menunjukkan keluaran televisyen dan radio oleh per unit buruh di negara J dan
negara T.
Jenis barang
Negara
Televisyen (unit) Radio (unit)
J 200 100
T 150 90
Apakah yang akan berlaku apabila kedua-dua negara itu menjalankan pengkhususan?
A Negara J akan mengeluarkan kedua-dua barang
B Negara T akan mengeluarkan kedua-dua barang.
C Negara J akan mengeluarkan televisyen dan negara T akan mengeluarkan radio
D Negara T akan mengeluarkan televisyen dan negara J akan mengeluarkan radio

©mrmy Ulat KekeK 2012 4


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2010 (S25)


13 Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran getah dan beras oleh negara M dan negara T yang
menggunakan jumlah buruh yang sama.

Jumlah keluaran (tan)


Jenis barang
Negara M Negara T
Getah 10 20
Beras 5 10

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah penyataan yang benar?


A Negara M akan mengkhusus dalam pengeluaran getah
B Negara T akan mengkhusus dalam pengeluaran getah
C Negara T akan mengkhusus dalam pengeluaran getah dan beras
D Kedua-dua negara tidak akan menjalankan perdagangan

STPM 2011 (S24)


14 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran getah dan padi bagi
negara M (PQ) dan negara N (PR).

Getah (juta tan metrik)

400 – R

300 – Q

200 –

100 –
P
B
0 100 200 300 400 500 Padi (juta tan metrik)
Pernyataan yang manakah yang benar tentang gambar rajah di atas ?
A Negara M mengkhusus dalam pengeluaran getah
B Negara M mengimport getah dan mengeksport padi
C Negara N mengimport getah dan mengeksport padi
D Jumlah pengeluaran getah selepas pengkhususan ialah 700 juta tan metrik

©mrmy Ulat KekeK 2012 5


Perdagangan Antarabangsa

B) KADAR SYARAT PERDAGANGAN

STPM 2002 (S26)


1. Kadar syarat perdagangan akan menjadi semakin buruk (less favourable) apabila
A jumlah import melebihi jumlah eksport
B harga import meningkat berbanding dengan harga eksport
C harga eksport meningkat berbanding dengan harga import
D harga import dan eksport meningkat dengan kadar yang sama

STPM 2004 (S27)


2. Syarat perdagangan ditakrifkan sebagai
A nisbah antara eksport dengan import barang
B nisbah antara harga eksport dengan harga import
C perbezaan antara nilai import dengan nilai eksport
D perbezaan antara kuantiti yang dieksport dengan kuantiti yang diimport

STPM 2008 (S27)


3 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga eksport dan indeks harga import bagi sebuah negara
pada tahun 2006 dan tahun 2007.
Tahun Indeks harga eksport Indeks harga import
2006 140 115
2007 148 120
Kadar syarat perdagangan bagi negara tersebut ialah
A bertambah buruk sebanyak 0.63%
B bertambah buruk sebanyak 1.06%
C bertambah baik sebanyak 6.95%
D bertambah baik sebanyak 1.60%

STPM 2009 (S24)


4 Kadar syarat perdagangan sesebuah negara menjadi semakin buruk apabila
A industri penggantian import semakin maju
B kadar pertumbuhan import semakin meningkat
C nilai ditambah bagi eksport semakin meningkat
D pengeluaran barang eksport semakin dipelbagaikan

©mrmy Ulat KekeK 2012 6


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2011 (S26)


4 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga eksport dan indeks harga import bagi sebuah negara
dari tahun 2006 hingga tahun 2009
Tahun Indeks harga eksport Indeks harga import
2006 104.1 100.7
2007 100.0 100.0
2008 103.6 101.1
2009 97.3 100.8
Pada tahun berapakah kadar syarat perdagangan paling menguntungkan negara ini ?
A 2006
B 2007
C 2008
D 2009

C) PERDAGANGAN BEBAS

STPM 2002 (S28)


1. Yang manakah merupakan alasan yang menyokong perdagangan bebas ?
A Tiada insentif bagi industri tempatan untuk meningkatkan mutu
B Beban duti perlindungan ditanggung oleh pengguna
C Kecekapan dikekalkan dengan pertandingan asing
D Pilihan barang–barang adalah terhad

STPM 2003 (S26)


2. Yang manakah tidak mempengaruhi permintaan eksport ?
A Harga dalam negeri
B Kadar pertukaran asing
C Pendapatan dalam negeri
D Jumlah penduduk luar negeri

©mrmy Ulat KekeK 2012 7


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2005 (S25)


3. Jadual di bawah menunjukkan data bagi beberapa jenis import pada tahun 1990 dan tahun 2001
Tahun 1990 2001
Jenis import (RM juta) (RM juta)
Minyak galian 3 554.4 4 214.1
Bahan kimia 2 022.4 7 724.8
Barangan perkilangan 3 849.2 16 009.7
Jentera dan kelengkapan pengangkutan 9 105.3 54 352.8
Jumlah import 18 513.3 82 301.4

Apakah jenis import yang turun peratusan sumbangannya kepada jumlah import ?
A Minyak galian
B Minyak galian dan bahan kimia
C Minyak galian, bahan kimia dan barang kilang
D Barang kilang serta jentera dan kelengkapan pengangkutan

STPM 2007 (S20)


4. Yang manakah yang bukan alasan perlunya perdagangan antarabangsa ?
A Perbezaan faktor anugerah alam
B Perbezaan kemajuan teknologi
C Perbezaan iklim dan cuaca
D Perbezaan saiz negara

STPM 2007 (S21)


5. Jadual di bawah menunjukkan aliran perdagangan antara Malaysia dengan United Kingdom
(U.K.) dari tahun 1999 hingga tahun 2002

Eksport ke U.K. Import dari U.K.


Tahun
(RM bilion) (RM bilion)
1999 12.06 5.53
2000 11.57 6.08
2001 8.78 6.87
2200 8.34 6.13

Eksport bersih meningkat pada tahun


A 1999
B 2000
C 2001
D 2002

©mrmy Ulat KekeK 2012 8


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2009 (S22)


6. Yang manakah yang bukan alasan perlunya perdagangan antarabangsa?
A Cita rasa yang berbeza
B Mata wang yang berbeza
C Pilihan barang yang bertambah
D Sumber semula jadi yang berbeza

STPM 2011 (S24)


7. Yang berikut ialah alasan yang menyebabkan wujudnya perdagangan antarabangsa kecuali
A Perbezaan saiz negara
B Perbezaan iklim dan cuaca
C Perbezaan cita rasa masyarakat
D Perbezaan penganugerahan faktor pengeluaran

D) SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

STPM 2002 (S24)


1. Yang manakah bukan tujuan mengamalkan sekatan perdagangan antarabangsa ?
A Menghindari lambakan
B Melindungi industri muda
C Melindungi industri penting
D Meningkatkan pendapatan per kapita

STPM 2003 (S27)


2. Antara yang berikut, yang manakah bukan penghalang kepada perdagangan bebas ?
A Kuota
B Devaluasi
C Sekatan bukan ekonomi
D Kawalan pertukaran asing

STPM 2005 (S26)


3. Tarif hanya berjaya mengatasi masalah defisit imbangan pembayaran jika
A permintaan terhadap import anjal
B permintaan terhadap eksport tidak anjal
C permintaan terhadap import tidak anjal
D penawaran terhadap eksport tidak anjal

©mrmy Ulat KekeK 2012 9


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2006 (S26)


4. Sekatan bukan tarif bermaksud
A cukai ke atas barang–barang import
B cukai ke atas barang–barang eksport
C langkah kerajaan untuk tidak menggalakkan import
D langkah kerajaan untuk menggalakkan eksport barang–barang tempatan

STPM 2006 (S24)


5. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi
pasaran kain dalam negeri di Malaysia.

Harga (RM) D S

10.00

5.00
S D

0 900 1 400 2 500 3 100 kuantiti (meter)

Jika harga kain di pasaran dunia ialah RM 5.00 semeter dan tarif yang dikenakan oleh kerajaan
Malaysia ialah 100%, maka
A import berkurang daripada 2 500 meter kepada 1 400 meter
B penggunaan dalam negeri berkurang daripada 3 100 meter kepada 900 meter
C pengeluaran dalam negeri meningkat daripada 2 500 meter kepada 3 100 meter
D pengeluaran dalam negeri meningkat sebanyak 500 meter dan import berkurang sebanyak 1
100 meter

STPM 2007 (S23)


6. Yang manakah yang bukan tujuan mengadakan sekatan perdagangan bebas
A Memperoleh hasil cukai
B Melindungi industri muda
C Mempelbagaikan ekonomi
D Menjalankan anti–lambakan

©mrmy Ulat KekeK 2012 10


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2007 (S25)


7. Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing–masing ialah keluk permintaan dan keluk
penawaran terhadap suatu barang di pasaran tempatan. Keluk SL merupakan keluk penawaran
apabila berlaku perdagangan antarabangsa, dan keluk ST merupakan keluk penawaran selepas
kerajaan mengenakan tarif.

Harga D S

P3 E

P2 ST

P1 SL
S D

0 Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Kuantiti
Berapakah jumlah hasil yang diperoleh oleh kerajaan selepas tarif dikenakan ?
A P1P2 x Q2Q4
B P2P3 x Q2Q3
C P2 x Q4
D P1 x Q5

STPM 2008 (S28)


8 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran sebelum perdagangan (SS), keluk
permintaan (DD), keluk penawaran sebelum tarif (SA) dan keluk penawaran selepas tarif (ST).
Harga
S
AD
ST
ST SA
E2 SA
P0
P1 E1
E
ST AD
0 Q0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti
Selepas tarif dikenakan, kuantiti barang X yang diimport ialah
A Q0 Q1
B Q1Q2
C Q2 Q3
D Q0 Q3

©mrmy Ulat KekeK 2012 11


Perdagangan Antarabangsa

STPM 2009 (S25)


9 Dasar perlindungan melalui tarif akan memberikan kesan yang baik kepada sesebuah Negara
sekiranya
A permintaan terhadap barang import adalah anjal
B negara berkenaan telah mencapai guna tenaga penuh
C permintaan terhadap barang import adalah tidak anjal
D sebahagian importnya merupakan barang keperluan asas

STPM 2009 (S26)


10 Yang manakah yang dapat mengurangkan kebebasan perdagangan antarabangsa?
A Tarif
B Duti eksais
C Lesen import
D Kos pengangkutan

STPM 2009 (S27)


11 Gambar rajah di bawah menunjukkan permintaan domestik (DD), penawaran domestik (SS), dan
penawaran domestik selepas import (SS) bagi sebuah ekonomi.

Harga (RM) D S
St

P0 Si
P1
P2
S
St
Si D

0 Ql Q2 Q0 Q3 Q4 Kuantiti
Apabila tarif dikenakan, penawaran domestik selepas tarif ialah S1. Berapakah pendapatan
daripada tarif?
A P1P2 x Q1Q3
B P1P2 x Q2Q3
C P0P1 x 0Q0
D P0P2 x 0Q0

©mrmy Ulat KekeK 2012 12


Perdagangan Antarabangsa

BAHAGIAN B DAN C

A) ALASAN PAB, FAEDAH PENGKHUSUSAN DAN KEUNTUNGAN DARI PAB

1. Huraikan tiga alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara yang lain? [6]

2. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan konsep faedah mutlak [6]

3. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X atau barang Y oleh seluruh tenaga [6]
buruh di negara A dan negara B
Negara Pengeluaran barang X Pengeluaran barang Y
A 60 80
B 10 60
a) Apakah yang dimaksudkan faedah berbanding ? [2]
b) Terangkan bagaimana negara A dan negara B mempunyai faedah berbanding dalam
pengeluaran barang X atau barang Y [4]

4. Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan


keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa. [10]

3. Huraikan empat kelemahan dalam andaian teori faedah berbanding. [6]

B) KADAR SYARAT PERDAGANGAN

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar syarat perdagangan. [2]


b) Mengapakah kadar syarat perdagangan bagi negara membangun semakin merosot [4]

2. a) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan maksud kadar syarat perdagangan


terhadap imbangan perdagangan [8]
b) Huraikan satu langkah untuk memperbaiki kadar syarat perdagangan sesebuah
negara [2]

3. Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan perdagangan dan kadar syarat perdagangan?
Adakah kadar syarat perdagangan yang semakin buruk akan menimbulkan kurangan dalam
imbangan perdagangan ? [6]

4 a) Jelaskan maksud kadar syarat perdagangan [2]


b) Terangkan dua langkah untuk membaiki kadar syarat perdagangan sebuah negara
membangun [4]

©mrmy Ulat KekeK 2012 13


Perdagangan Antarabangsa

C) SEKATAN PERDAGANGAN BEBAS

1. Terangkan mengapakah kebanyakan negara mengenakan sekatan terhadap perdagangan [10]


antarabangsa ?

2. Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara mengamalkan dasar perlindungan. [6]

3. Jelaskan tiga alasan mengapa sekatan perdagangan dilakukan. [6]

4. Terangkan tiga bentuk sekatan PAB yang biasa dilakukan oleh negara anda [6]

5. a) Jelaskan empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaaan untuk mengurangkan
import. [2]
b) Jelaskan mengapa kerajaan mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import dan
memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan tariff import ? [1]


b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tariff terhadap
harga,pengeluaran domestik, penggunaan domestik dan kuantiti import [5]

7. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,
pengeluaran domestik dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif. [6]

©mrmy Ulat KekeK 2012 14


Perdagangan Antarabangsa

BAHAGIAN D

1. Jadual di bawah menunjukkan tingkat pengeluaran TV dan getah yang dikeluarkan oleh
Malaysia dan Jepun
Daya pengeluaran seorang buruh
Negara
Getah ( tan) TV (unit)
Malaysia 40 25
Jepun 20 45
a) Jelaskan maksud faedah berbanding [2]
b) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan seunit getah di Malaysia dan TV di Jepun [2]
c) Negara manakah yang mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran getah dan
kelapa sawit ? [2]
d) Bina satu jadual yang menunjukkan keadaan selepas kedua-dua negara tersebut
membuat pengkhususan [2]
e) Apabila kedua-dua negara bersetuju untuk menukarkan 0.8 TV untuk 1 tan getah,
berapakah eksport dan import yang dilakukan oleh Malaysia apabila Malaysia ingin
mengekalkan jumlah penggunaan getah seperti asal ? [2]

2. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang pertanian dan barang perkilangan oleh
seluruh tenaga buruh di negara A dan negara B
Negara Barang pertanian (juta unit) Barang perkilangan (juta unit)
A 30 40
B 5 30

a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah berbanding ? [1]


b) Terangkan bagaimanakah negara A dan negara B mempunyai faedah dalam
pengeluaran barang pertanian dan barang perkilangan ? [4]
c) Andaikan kedua-dua negara tidak menjalankan PAB. Berapakah tingkat pengeluaran
di setiap negara berkenaan apabila negara-negara tersebut memperuntukkan 3/5
daripada tenaga buruhnya untuk mengeluarkan barang pertanian dan selebihnya
untuk mengeluarkan barang perkilangan ? [2]
d) Berdasarkan jawapan bagi soalan (c), hitung perubahan output dunia jika kedua-dua
negara tersebut melakukan pengkhususan [2]

©mrmy Ulat KekeK 2012 15


Perdagangan Antarabangsa

3. Jadual di bawah menunjukkan data tentang kemungkinan pengeluaran negara M dan negara N.
Kedua-dua negara ini akan melakukan perdagangan antara satu sama lain.
Kemungkinan pengeluaran negara M Kemungkinan pengeluaran negara N
Kombinasi Jumlah pengeluaran Kombinasi Jumlah pengeluaran
faktor Perkilangan Pertanian faktor Perkilangan Pertanian
pengeluaran pengeluaran
(Juta unit) (juta unit) (juta unit) (juta unit)
A 30 0 A 10 0
B 0 30 B 0 20

a) Dalam pengkhususan, barang apakah yang akan dikeluarkan oleh setiap negara? [2]
b) Sebelum pengkhususan dan perdagangan dilakukan, negara M menggunakan 4/5
daripada faktor pengeluarannya untuk mengeluarkan barang perkilangan dan negara
N menggunakan 2/5 daripada faktor pengeluarannya untuk mengeluarkan barang
perkilangan
i. Berapakah tingkat pengeluaran barang perkilangan dan barang pertanian setiap
negara sebelum pengkhususan dan perdagangan dilakukan? Berapakah jumlah
keluaran selepas pengkhususan ? [4]
ii. Bersetujukah anda dengan pernyataan bahawa pengkhususan akan
meningkatkan jumlah keseluruhan keluaran kedua-dua barang? Berikan alasan
bagi jawapan anda [2]
c) Andaikan negara M mengeksport empat juta unit barang kilang untuk mendapatkan
enam juta unit barang pertanian. Hitung tambahan keluaran yang diperoleh oleh
setiap negara daripada pengkhususan dan perdagangan [2]

4. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga eksport dan indeks harga import sebuah negara dari
tahun 1990 hingga 1995.

Tahun Indeks harga eksport Indeks harga import


1990 138.4 144.9
1991 145.0 148.5
1992 151.1 149.5
1993 152.6 151.8
1994 158.7 155.7
1995 165.0 158.8
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar syarat perdagangan ? Apakah makna kadar
syarat perdagangan yang bernilai 110 ? [2]
b) Hitung kadar syarat perdagangan bagi setiap tahun dari tahun 1990 hingga 1995.
Bagaimanakah arah alirannya? Mengapakah kadar syarat perdagangan itu
sedemikian ? [4]
c) Apakah implikasi dari arah aliran kadar syarat perdagangan yang sedemikian
terhadap imbangan perdagangan ? [4]

©mrmy Ulat KekeK 2012 16


Perdagangan Antarabangsa

5. Jadual di bawah menunjukkan data eksport dan import barang dan perkhidmatan dan juga
keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008.

RM juta harga benar tahun 2000


Butiran
2005 2006 2007 2008
Eksport barang dan perkhidmatan 554 261 592 898 617 628 646 365
Import barang dan perkhidmatan 475 878 516 412 544 059 574 898
JumIahKDNK 449 250 475 192 505 353 533 910
(Sumber:, Laporan Ekonomi, 2008/2009)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar syarat perdagangan? [1]


b) Jika kadar syarat perdagangan nominal diukur dengan nisbah nilai eksport terhadap
nilai import, hitung kadar syarat perdagangan dan tahun 2005 hingga tahun 2008 [2]
c) Adakah kadar syarat perdagangan ini menguntungkan Malaysia? Terangkan jawapan
anda [2]
d) Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2008. [2]
e) Hitung peratusan sumbangan eksport bersih kepada KDNK dari tahun 2005 hingga
tahun 2008. Jelaskan jawapan anda [3]

6 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran TV di dalam negara pada pelbagai
tingkat harga
Harga (RM) Permintaan (unit) Penawaran (unit)
600 48 000 27 000
700 46 000 30 000
800 44 000 33 000
900 42 000 36 000
1000 40 000 39 000
TV yang sama juga dapat diimport dari luar negara pada harga RM 700 seunit. Penawaran diluar
negara adalah anjal sempurna
a) Tentukan jumlah import dan nilai import TV yang dilakukan dalam negara.
Berapakah jumlah perbelanjaan ke atas TV buatan tempatan ? [3]
b) Apabila kerajaan mengenakan cukai import ke atas TV sebanyak RM 300 seunit,
hitung:
i. jumlah import dan pengurangan jumlah import serta nilainya [3]
ii. Kenaikan jumlah keluaran dan hasil jualan TV tempatan [2]
iii Hasil yang diperolehi oleh kerajaan dari cukai import TV [2]

©mrmy Ulat KekeK 2012 17

You might also like