Jasa Ayah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jasa ayah

Orang yang mula- mula menyambut hari bapa ialah wanita Amerika Syarikat bernama Sonata Smart-Dodd.Sonata mendapat ilham untuk menyambut hari bapa apabila mendengar syarahan bersempena dengan sambutan hari ibu di tempatnya pada tahun 1909. Sonata amat mengkagumi sikap bapanya yang penyayang,tabah dan tidak mementingkan diri sendiri. Bapa Sonata,Encik Smart,telah membesarkan keenam-enam orang anaknya selepas kematian isterinya. Beliau mengasuh anakanak dengan sabar. Beliau amat menyayangi mereka. Encik Smart menjaga anak anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Tugas seorang ibu telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Encik Smart dengan penuh rasa bertanggungjawab. Memandangkan jasa bapanya yang tidak ternilai itu ,Sonata telah berusaha untuk mengadakan sambutan Hari Bapa bagi menghargai jasa bapanya.Sonata kemudiannya telah mengadakan kempen secara meluas. Hasilnya, Hari Bapa yang pertama berjaya disambut pada 19 Jun1910.

Seterusnya, pada tahun 1960 ,Presiden Lyndon Johnson telah mengisytiharkan hari Ahad ketiga pada setiap bulan Jun

sebagai Hari Bapa. Sejak itu,Hari Bapa terus disambut hingga sekarang.

You might also like