Kertas Kerja Sedinar09 Bagaimana Membuat Pelaburan Emas Di Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA Oleh Pokli Admin www.pokli.

com
Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27/8/2009.

PENDAHULUAN. Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya. Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 2009, kita akan dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27% setahun)

Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561 Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun. atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!! Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA? Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu 1. Pelaburan emas fizikal 2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL. Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 1. Syiling emas 2. Jongkong emas 3. Barangan kemas

Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut: 1. Mudah dibawa 2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. 3. Mudah ditunaikan. 4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%) INSTITUSI/SYARIKAT YANG MENJUAL SYILING EMAS. Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Maybank - Syiling Kijang Emas http://www.maybank2u.com.my/ UOB Bank - http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm Dinar Emas Kelantan - http://dinarkel.com/ Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold - http://publicgold.com.my/ Public Dinar - http://publicdinar.com/

SYILING EMAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.

Gambar: Syiling Kijang Emas Dijual di Maybank (cawangan tertentu)

Gambar: Canada Gold Maple Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Australian Kangaroo Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Singapore Gold Lion Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Syiling Emas Public Gold

Gambar: Dinar emas Kelantan

Gambar: Dinar Emas Public Dinar

JONGKONG EMAS. Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah. Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu: 1. PAMP Suisse 2. Poh Kong Bunga Raya 3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. JONGKONG EMAS PAMP SUISSE PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Mtaux Prcieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium. Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan. Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong dengan sijil berwarna merah jambu. Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas, Habib Jewel dan juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk

Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA. Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri. Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD. (PUBLIC GOLD) Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan pelaburan. Syarikat ini beralamat di: Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U) 12E Ground Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul, Penang. Tel : 04-644 9999 Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri.

Gambar: Jongkong Emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram Public Gold.

PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu 1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) 2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank. Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal. Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai. Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal. FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN. Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Harga emas tersebut semakin murah harganya maka semakin baik. Emas fizikal atau akaun simpanan emas Ketulenan emas sebaiknya beli emas 999.9 atau 916 Stok yang mudah diperolehi Perbezaan harga belian dan jualan ( Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

RUJUKAN Harga Emas dunia http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html Harga emas kijang emas: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 UOB Bank http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold Dinar Emas Kelantan http://dinarkel.com/ Public Fine Gold International Sdn Bhd http://publicgold.com.my/ Public Dinar http://publicdinar.com/ PAMP Suisse http://pamp.com/main.htm Poh Kong Jewellers http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp Maybank Gold Saving Passbook Account http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=I NV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment Public Bank Gold Investment Account http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

You might also like