Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sabah Tea Garden, Ranau Pada tahun 1976, Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan 6,200 ekar tanah,

kg Nalapak kepada Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Kemudian, pada 26 april 1978, ladang teh ini telah diperbadankan kepada Syarikat Sabah Tea Sdn Bhd dengan subsidi KPD bagi mengurus dan operasi peladangan teh ini.Perasmian Ladang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada bulan 19 februari 1984. Manakala pada tahun 1987, pengurusan Sabah Tea telah bersatu bersama dengan syarikat Tate & Lyle's dan Commonwealth Development Corporation yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Penyatuan Syarikat Tate & Lyle's ini dapat menyumbangkan kepada kerajaan dalam industri peladangan teh sebagai langkah daya saing dengan peladangan teh yang lain.

Namun begitu, pada tahun 1997, Yee Lee Corporation Bhd telah mengambil keseluruhan syer daripada Sabah Tea Sdn Bhd dan Desa Tea Sdn Bhd iaitu merupakan syarikat yang mempunyai besar merangkumi pengilangan, pengeksportan serta penjualan produk diperingkat tempatan dan antarabangsa. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia. Ladang teh Sabah terletak di daerah Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung kinabalu. Pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan hujan tertua di dunia. Kawasan Ladang Teh Sabah turut menempatkan Tugu Peringatan Bukit Quailey, iaitu tentera Australia, Prebet Allan Quailey, yang terkorban di kawasan itu pada 16 Februari 1945 dalam Perbarisan Maut Tentera Australia Sandakan-Ranau. Kewujudan hutan hujan tropika yang cukup tebal itu memastikan keseimbangan flora dan fauna di kawasan berkenaan. Ini bermakna semua serangga dan haiwan perosak lain tidak akan menyerang ladang bagi mendapatkan makanan atau tempat tinggal sebaliknya akan lebih tertumpu kepada hutan tebal yang mengelilingi ladang.

Justeru, dengan memastikan kawasan hutan cukup tebal dan sihat untuk bertindak sebagai kawalan perosak semula jadi, Ladang Teh Sabah tidak memerlukan sebarang racun perosak, menjadikan produk teh akhir bebas daripada bahan kimia. Menariknya, jenama teh dari ladang teh itu diakui oleh sebuah badan pengiktirafan kualiti, SKAL International dari Belanda sebagai antara ladang teh organik terbaik dunia. Merupakan satu-satunya produk teh tempatan yang diiktiraf SIRIM ekoran kualitinya yang tinggi dan cukup semulajadi malah dijamin bebas sepenuhnya daripada pestisid serta sebarang pewarna. Selain bebas pestisid, sekurang-kurangnya sebanyak 11 peratus daripada keseluruhan produk teh juga bebas baja kimia. Bagi menggalakkan kunjungan pelancong, para pengunjung akan disajikan dengan secawan teh panas dalam pelbagai jenis dan perisa mengikut pilihan masing-masing untuk menghilangkan dahaga setibanya di Rumah Teh di ladang itu sambil dilengkapi dengan hidangan lempeng teh sebagai pelapik perut. Pengurus besar ladang teh berkenaan, Ismail Martin Kong Abdullah, berkata daripada sasaran kira-kira 2.4 juta pelancong yang dijangka melawat negeri itu, beliau berharap menarik sebahagiannya mengunjungi ladang itu. "Kami menyasarkan kira-kira 16,000 pelancong tahun ini berbanding 15,000 orang sebelum ini. "Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelancong ke sini termasuk acara kebudayaan dan meneroka ladang teh," katanya ketika ditemui sempena Program Lawatan Media anjuran Firefly dan Sabah Tourism serta ditaja Golden Suria Tours. Beliau berkata, daripada jumlah pelancong yang datang ke ladang teh itu, sebahagian besar dari Korea, China, Australia dan Eropah selain pengunjung tempatan. Pelbagai pakej percutian ditawarkan termasuk pakej percutian dua hari satu malam; tiga hari dua malam; perkhemahan hutan hujan; program kerja berpasukan; mesyuarat dan pakej lawatan sehari. "Aktiviti lain termasuk perjalanan di sungai, pengembaraan hutan, melukis batik, aktiviti bermain dan mandi dan mendapatkan urutan ikan, melawat kilang dan ladang teh dan persembahan tarian kebudayaan.

You might also like