Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KECENDERUNGAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKEL DAN PEMBUATAN (FKMP) UTHM YANG TELAH MENGAMBIL SUBJEK KEUSAHAWANAN KE ARAH

MENJADI USAHAWAN PEMBUATAN MUNA BT MAKHTAR AP080322 EN.ISMAIL

 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini telah memperkenalkan satu dasar pembangunan keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan usahawan graduan yang holistik bagi memacu transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi.  Pendidikan keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi juga semakin berkembang di Malaysia dalam bentuk akademik dan kokurikulum. Pertambahan penawaran kursus akademik sebagai kursus teras, kursus elektif, program keusahawanan, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan juga kursus di peringkat pascasiswazah

LATAR BELAKANG KAJIAN


Subjek keusahawanan sosial diperkenalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membuka peluang mahasiswa melibatkan diri secara langsung dalam bidang keusahawanan. Mata pelajaran baru itu bertujuan memberi pendidikan mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam menyelesaikan isu sosial dengan menggunakan strategi keusahawan. Ini masa paling tepat untuk memperkenalkan keusahawan sosial di IPT tempatan.

PERNYATAAN MASALAH
Tinjauan pengesanan graduan Malaysia bekerja oleh kerajaan pada tahun 2005 mendapati kira-kira 60,000 orang graduan sedang menganggur. Mengakibatkan tekanan inflasi dan menjejaskan kelebihan bersaing negara dengan negara-negara membangun yang lain dalam jangka masa panjang. Masalah pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggi ini bukan lagi merupakan masalah kecil kepada negara, malah ia telah di pandang serius oleh masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN
 Mengenal pasti elemen yang mempengaruhi kecenderungan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) UTHM yang telah mengambil subjek usahawan ke arah usahawan pembuatan.

PERSOALAN KAJIAN
 Apakah elemen manakah yang mempengaruhi kecenderungan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) UTHM yang telah mengambil subjek usahawan ke arah usahawan pembuatan.

SKOP KAJIAN
 Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang fokus kepada pembuatan.

KEPENTINGAN KAJIAN
(i) Mengenal pasti kepentingan subjek keusahawanan terhadap pelajar UTHM (ii) Mengenal pasti kecenderungan pelajar UTHM ke arah usahawan pembuatan. (iii) Menyedarkan pelajar tentang pentingnya kemahiran keusahawanan terutamanya selepas bergelar graduan universiti.

SOROTAN LITERATUR
DEFINISI KEUSAHAWANAN  Kao dan Stevenson (1984) mendefinisikan keusahawanan sebagai usaha untuk mencipta nilai melalui pengiktirafan dalam bidang perniagaan, pengurusan dalam pengambilan risiko yang sesuai terhadap peluang dan melalui kemahiran komunikasi dan pengurusan untuk menggerakkan individu, kewangan dan keperluan sumber bahan untuk menghasilkan projek. DEFINISI KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN  Kecenderungan keusahawanan didefinisikan sebagai keadaan pemikiran yang mengarahkan tumpuan seseorang kepada objek spesifik ataupun laluan untuk mencapai sesuatu (Birds,1988).

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI IPTA  Pendidikan keusahawanan dikatakan bertujuan membuat individu menjadi lebih keusahawanan (inovatif) dalam pembukaan syarikat mereka atau tempat kerja (Kirby, 2004.) INDUSTRI PEMBUATAN  Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an apabila negara menyaksikan peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri

METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK KAJIAN  Reka bentuk kajian yang paling sesuai untuk mencapai objektif kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. PERSAMPELAN  Populasi Kajian Populasi yang difokuskan dalam kajian ini ialah terhadap pelajarpelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) UTHM yang telah mengambil subjek usahawan.  Sampel Kajian Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) UTHM yang fokus kepada pembuatan dan yang telah mengambil subjek usahawan

BORANG SOAL SELIDIK  Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian A, B dan C sahaja.
Rajah 3.2: Reka bentuk borang soal selidik

Bahagian A Bahagian B Bahagian C

Demografi (Soalan di bahagian ini adalah berkaitan dengan latar belakang responden) Soalan di bahagian ini adalah berkaitan dengan elemen subjek keusahawanan Kecenderungan usahawan pembuatan

KAEDAH MENGANALISIS Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan perisian komputer iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

ANALISIS KAJIAN
KAJIAN SEBENAR  Nilai Alpha Cronbach sebanyak 0. 838 dan melebihi 0.6 kebolehpercayaan yang dinyatakan oleh Chua (2006). ANALISIS DATA  Hanya 200 borang soal selidik yang di kembalikan dan lengkap dijawab daripada sejumlah 224 borang yang diedarkan. ANALISIS SKOR MIN  Melihat skor min dan tafsiran min bagi setiap komponen.  Kaedah landell akan digunakan

Rajah :Analisis skor min

N0 1 2 3

Item Pemahaman pelajar terhadap kandungan subjek keusahawanan Penyampaian pensyarah Kecenderungan

Skor Min
3.3336 3.5440 3.3570

Tafsiran Min Sederhana Sederhana Sederhana

ANALISIS UJIAN-t  mengetahui samada terdapat kecenderungan pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang telah mengambil subjek keusahawanan ke arah usahawan pembuatan. Nilai signifikan bagi ujian ini ialah 0.05

Rajah :Analisis ujian-t


Komponen Pemahaman subjek keusahawanan kecenderungan Penyampaian Pensyarah kecenderungan t -0.552 0.3750 Sig. (2 tailed) 0.602 0.000

 menunjukkan bahawa penyampaian pensyarah merupakan kecenderungan pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan yang telah mengambil subjek keusahawanan ke arah menjadi usahawan pembuatan.

RUMUSAN & CADANGAN


PERBINCANGAN OBJEKTIF KAJIAN  Menjawab objektif kajian  Elemen penyampaian pensyarah mempunyai kecenderungan terhadap pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) UTHM yang telah mengambil subjek usahawan ke arah usahawan pembuatan. CADANGAN  Penambahan kandungan subjek keusahawanan dan elemen keusahawanan diterapkan ke dalam kurikulum pelajar kejuruteraan mekanikal dan pembuatan  Kursus atau bengkel berkaitan dengan keusahawanan di adakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar kejuruteraan mekanikal dan pembuatan  Jalinan kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam dunia keusahawanan perlu diwujudkan

KESIMPULAN  Objektif kajian telah tercapai kerana dapatan kajian menunjukkan elemen yang memberi kecenderungan dapat di kenal pasti iaitu elemen penyampaian pensyarah mempunyai kecenderungan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) yang telah mengambil subjek usahawan ke arah usahawan pembuatan.  Segala pendapat dan cadangan yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu pihak universiti dan memberi garis panduan untuk pengkaji yang akan datang.

You might also like