Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 93

100 Persoalan Puasa

1

Oleh
Ustaz Azhar Haji Yahya
Ustazah Fadilah Haji Yaacob







100 Persoalan Puasa


2
100 Persoalan Puasa

Us. Azhar Haji Yahya, Ust. Fadilah Haji Yaacob

Cetakan pertama 2000, 2000 naskhah
Cetakan kedua 2003, 5000 naskhah
Cetakan ketiga 2004, 1000 naskhah
Cetakan keempat 2004, 5000 naskhah
Cetakan kelima 2008, 4000 naskhah
Cetakan keenam 2009, 3000 naskhah
Cetakan ketujuh 2011, 2000 naskhah

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian
dan isi kandungan buku ini dengan apa-apa cara untuk
sebarang tujuan komersial tanpa mendapat keizinan
bertulis daripada penulis. Namun untuk kepentingan
dakwah dan ilmu yang tiada kepentingan komersial
amat dialu-alukan.


ISBN 978-983-43746-3-1

Penerbit
Lakhauf Management Services
SH 31, Jalan 7, Taman Greenwood,
68100, Batu Caves, Selangor
Tel/fax 03 61896246

Hak Cipta
Faza Publications Enterprise
207-02-06, Sentul Utama,
Jalan Dato Senu 26, 51000, Sentul, K. Lumpur
www.kitab4u.com
azharsua@gmail.com
019 3642314




100 Persoalan Puasa


3

Kandungan Muka surat
Muqaddimah... 7
1 Pengertian puasa 9
2 Penamaan Ramadhan.. 9
3 Kelebihan Ramadhan 9
4 Peristiwa penting bulan Ramadhan 11
5 Pensyariatan puasa. 12
6 Pensyariatan berpuasa Rasul terdahulu. 12
7 Puasa sebelum kefardhuan Ramadhan 13
8 Pembahagian puasa.. 13
9 Siapakah yang diwajibkan berpuasa... 14
10 Tingkatan orang yang berpuasa ... 14
11 Maksiat semasa berpuasa... 15
12 Hukum melihat anak bulan 16
13 Doa melihat anak bulan 16
14 Sabit Ramadhan dengan saksi adil. 17
15 Bulan tidak kelihatan sebelum 30 Ramadhan. 18
16 Berpuasa 31 hari.. 18
17 Bermusafir ke negeri yang belum berpuasa... 19
18 Perbezaan berpuasa 29 hari dan 30 hari. 20
19 Bermusafir hari ke 28, negeri dituju tlh bhariraya 21
20 Niat berpuasa sebulan... 22
21 Perbuatan yang dikira niat 23
22 Niat ketika solat.. 23
23 Makan dan jimak selepas niat 24
24 Niat puasa sunat.. 24
25 Pahala puasa bagi yang lewat berniat. 24
26 Muallaf sukar berniat... 25
27 Pesakit meninggalkan niat 26
28 Mencari nafkah dengan kerja berat 26
100 Persoalan Puasa


4
29 Insya Allah ketika berniat 26
30 Menganggap dirinya tidak berpuasa... 27
31 Tidur sepanjang hari 28
32 Mati ketika berpuasa 28
33 Menyempurnakan puasa 28
34 Puasa-puasa sunat 29
35 Puasa terus menerus.. 31
36 Puasa sepanjang tahun.. 33
37 Maksud puasa sunat. 34
38 Puasa hari Sabtu dan Ahad.. 35
39 Perkara sunat ketika puasa 35
40 Puasa hari Jumaat 35
41 Puasa hari syak 36
42 Waktu sahur 37
43 Doa berbuka 38
44 Tidak pasti jenis puasa. 38
45 Qada keatas muallaf.... 39
46 Meninggal ketika Ramadhan. 40
47 Ibu yang menyusukan anak... 40
48 Perbezaan hukum bagi ibu yg menyusukan anak... 41
49 Membantu manusia atau binatang.. 41
50 Melambatkan qada.. 42
51 Memfidyahkan puasa sunat... 43
52 Isteri berpuasa ketika kewujudan suami. 43
53 Arahan puasa Istisqa... 44
54 Qada pada hari Isnin dan Khamis. 44
55 Hilang akal.. 45
56 Gila sebentar 45
57 Hilang akal kerana mengambil benda yang haram. 46
58 Berhenti haid waktu puasa 46
59 Baligh ketika puasa.. 46
100 Persoalan Puasa


5
60 Kanak-kanak haid kali pertama ketika puasa.. 47
61 Pengiraan dan pembayaran fidyah masakini. 47
62 Pesakit mengeluarkan fidyah semasa hidup.. 49
63 Orang lain menggantikan puasa.. 50
64 Musafir berbuka... 52
65 Musafir tetap berpuasa. 52
66 Musafir tiba di destinasi... 54
67 Keutamaan musafir di Mekah untuk berbuka... 54
68 Tidak sengaja makan atau muntah.. 55
69 Sisa makanan celah gigi. 56
70 Pesakit berbuka kemudian kesihatannya pulih.. 56
71 Berbuka atau solat Maghrib lebih utama. 57
72 Neraca seorang yang sakit.. 58
73 Orang sakit sanggup berpuasa..... 58
74 Puasa atau berbuka lebih utama bagi pesakit.. . 59
75 Berbekam. 59
76 Menyuntik vitamin... 60
77 Penggunaan inhaler atau nebulizer. 60
78 Rawatan menggunakan oksigen.. 62
79 Penyakit yang dikecualikan dari berpuasa.... 62
80 Penggunaan ubat tahan haid.. 63
81 Onani.. 64
82 Bercumbuan antara suami isteri.. 64
83 Suami isteri bersentuhan dan keluar mani. . 66
84 Membinasakan puasa dengan jimak 66
85 Tidak sedar waktu terbit fajar 67
86 Dipaksa bersetubuh... 67
87 Jimak setelah batal puasa.. 67
88 Lewat mandi setelah suci... 68
89 Bercelak... 68
90 Menitiskan ubat ke mata... 69
100 Persoalan Puasa


6
91 Telan kahak. 69
92 Hukum mengorek hidung... 70
93 Selesema.. 70
94 Telinga masuk air.. 70
95 Menyelam. ... 71
96 Tepung, abu, nyamuk dll masuk mulut 71
97 Makanan di dalam mulut ketika naik fajar.. 72
98 Hukum mengingkari kewajipan puasa. 72
99 Menyegarkan badan ketika puasa... 73
100 Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari 73
Kajian semasa isu-isu perubatan ketika puasa.. 74
Rujukan.. 78
Zikir Munajat 79





















100 Persoalan Puasa


7

Muqaddimah Penulis




Segala puji dirafakan ke hadrat Allah SWT, selawat dan
salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW beserta
kaum keluarga dan para sahabatnya.

Puasa merupakan ibadah yang penting dalam pembinaan
sifat ehsan kepada individu muslim. Sifat ehsan adalah
tangkal utama kepada umat Islam daripada melakukan
maksiat, kerana mereka akan merasakan Allah sentiasa
bersama dan memerhati mereka.

Lantaran itu, penulis cuba memaparkan pelbagai isu
supaya masyarakat sedar dan dapat melayari puasa
dengan kesedaran ilmu, kerana ibadah yang sempurna
tidak sekadar memerlukan keikhlasan dalam beribadah
tetapi turut perlu dipastikan ketepatannya dengan syariah.

Buku ini merupakan gabungan perkara-perkara furu yang
cuba dikeluarkan permasalahannya dalam bentuk soal
jawab bagi menarik minat pembaca.

Penulis cuba mengambil pendapat sesuai untuk
dilaksanakan dengan keutamaan kepada mazhab Syafie
dan fatwa kontemporari di dalam masalah semasa. Namun,
tidak dinafikan ada beberapa masalah yang mempunyai
100 Persoalan Puasa


8
pelbagai pendapat meskipun di dalam mazhab Syafie
sendiri, penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang sihat
dalam perkembangan ilmu.

Ar Raji Ila Afwi Rabbih

Abu dan Ummu Ashraf
azharsua@hotmail.com
0193642314















100 Persoalan Puasa


9


1. Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan
istilah syarak?

Puasa atau

dari segi bahasa ialah menahan diri


dan menahan dari sesuatu. Manakala puasa dari segi
istilah ialah menahan diri dari perkara-perkara yang
membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan
berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.


2. Asal dinamakan Ramadhan?

Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan
( ) yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat
Arab apabila mereka hendak menamakan nama
sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan
yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika
hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya
sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.


3. Antara kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.

i) Penghulu segala bulan
100 Persoalan Puasa


10
" , "

Penghulu segala bulan ialah Ramadhan, dan penghulu
segala hari ialah Jumaat Hadis Riwayat At Thabrani

ii) Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.
" ,
, ( " )
Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu
syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu
syaitan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

iii) Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan

" , ,
(" )
Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari
Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa - dosa
diantaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar
Hadis Riwayat Muslim

100 Persoalan Puasa


11
iv) Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan,
diampunkan dosa yang lalu.

" ( "
)
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan mengharapkan Allah s.w.t.
diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas.


4. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di
dalam bulan Ramadhan ?

Antara peristiwa-peristiwa penting di bulan Ramadhan :

1.Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah)
2.Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah )
3.Sebahagian daripada peristiwa Peperangan Tabuk
(tahun 9 Hijrah )
4.Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah)
5.Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza
(tahun 8 Hijrah )
6.Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan berhala al-
Laata yang mereka sembah ( tahun 9 Hijrah )
100 Persoalan Puasa


12
7.Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan
oleh Sultan Quthuz ( 15 Ramadhan, 658 Hijrah )
8.Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq bin
Ziyad ( 28 Ramadhan, 92 Hijrah )

5. Bilakah disyariatkan puasa berdasarkan syariat Nabi
Muhammad kepada Baginda dan umatnya ?

Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Syaaban
tahun 2 hijrah.


6. Apakah puasa telah disyariatkan kepada Rasul-rasul
dan umat terdahulu ?

Sememangnya puasa telah disyariatkan kepada umat-
umat terdahulu seperti yang dapat dinukilkan daripada
Surah al-Baqarah ayat 183:
!,!., _ `.., . `,l. `!,.l !. . _ls
_ _. l, >l-l 1`.. __
Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu
100 Persoalan Puasa


13
tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa.


7. Adakah Nabi s.a.w telah melakukan ibadah puasa
sebelum difardhukan puasa Ramadhan ?

Sebelum difardhukan puasa Ramadhan, Rasulullah
telah difardhukan berpuasa pada Ayyamulbayadh
(

) iaitu pada hari 13,14, dan 15 setiap bulan


Qamari dan menurut pendapat yang lain hari Asyura
kemudian kedua-duanya dinasakhkan dengan
kefardhuan puasa Ramadhan.


8. Berapakah pembahagian hukum puasa?

Pembahagian hukum puasa terbahagi kepada empat
iaitu :

a. Wajib seperti puasa Ramadhan, nazar dan kifarah
b. Sunat seperti puasa hari Isnin dan Khamis
c. Makruh seperti pada hari Jumaat sahaja tanpa di
gandingkan sehari pada sebelum atau selepasnya.
d. Haram seperti berpuasa ketika kedua-dua hariraya



100 Persoalan Puasa


14

9. Ke atas siapakah diwajibkan berpuasa Ramadhan ?

Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas muslim, baligh dan
berakal. Adapun bagi kanak-kanak dan orang gila tidak
diwajibkan tetapi hendaklah ibubapa mengasuh anak-
anak mereka ketika berumur 7 tahun dan pukullah
mereka apabila tidak mahu berpuasa apabila berumur
10 tahun. Jika berpuasa, dikira sah puasanya.


10. Adakah ada darjat tingkatan bagi orang yang
berpuasa?

Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali membahagikan
kepada 3 tingkatan:

1. Puasa awam : Ia meninggalkan syahwat perut dan
kemaluan
2. Puasa khusus : Ia menahan pendengaran,
penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara
daripada terlibat dengan maksiat.
3. Puasa Khususul khusus : Hati yang berpuasa
daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara
duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-
galanya ditumpukan kepada Allah.
100 Persoalan Puasa


15

11. Jika seorang yang berpuasa itu melakukan
perkara-perkara maksiat semasa berpuasa,
adakah memberi kesan kepada puasanya ?

Dari segi hukum sah puasanya, akan tetapi
penerimaan puasanya di sisi Allah s.w.t. hanya Dia
sahaja yang tahu, akan tetapi ada beberapa
peringatan daripada Rasulullah s.a.w. antaranya :
:
" :
(" )
Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. :
sesiapa yang tidak menghentikan perkataan- perkataan
dusta dan melakukan kedustaan itu, maka tidaklah Allah
merasa perlu ia meninggalkan makan dan minumnya
(Hadith riwayat Jamaah kecuali Muslim).

" :
" :
"
100 Persoalan Puasa


16
Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. :
berapa ramai orang yang puasa, tetapi yang
diterimanya hanyalah rasa lapar sahaja, dan berapa
banyak orang bangun beribadat dan yang diterimanya
tidak lebih daripada bersengkang mata. (Hadith riwayat
an-Nasaei)


12. Apakah hukum melihat anak bulan Ramadhan dan
Syawal?

Hukumnya ialah fardhu kifayah dan begitu juga dengan
bulan-bulan yang lain. Dengan bulan-bulan tersebut
diiringkan hukum dan ibadat yang amat banyak.


13. Apakah yang sunat dibaca ketika melihat anak
bulan?

Sunat dibaca:
, ,


100 Persoalan Puasa


17

( 1 )
( 2 )
( 3 )
(.... ...) . . .
( ( ....) 1 .)


14. Apakah sabit Ramadhan dengan penyaksian
seorang yang adil ?

Sabit Ramadhan dengan penyaksian seorang saksi
yang adil berdasarkan Hadith dari Ibnu Umar:


(" )
Orang ramai telah melihat anak bulan bersama, maka
saya sampaikan kepada Rasulullah bahawa saya telah
100 Persoalan Puasa


18
melihatnya maka Rasulullah berpuasa dan menyuruh
manusia berpuasa dengan puasanya Baginda.
ini bermakna cukup sekadar kita mengikut keputusan
pihak yang diamanahkan untuk melihat anak bulan di
pusat pencerapan anak bulan.


15. Jika masyarakat telah berpuasa dengan
penyaksian seorang saksi yang adil, setelah
habis berlalu 30 hari Ramadhan tidak muncul
lagi anak bulan Syawal pada hal cuaca baik dan
langit cerah, adakah boleh disabitkan Syawal ?

Apabila telah cukup 30 hari Ramadhan, maka wajib
berbuka puasa dan bermulanya bulan Syawal,
kerana Ramadhan tidak lebih daripada 30 hari dan
tidak kurang daripada 29 hari dan tidak perlu
dipertikaikan dengan penyaksiannya.


16. Sekiranya Arab Saudi berpuasa sehari lebih awal
daripada Malaysia, maka bagi sesiapa yang
berumrah ketika itu telah berpuasa sehari awal. Jika
mereka kembali ke tanahair, Malaysia pula pada
tahun itu berpuasa penuh 30 hari. Maknanya mereka
akan berpuasa sebanyak 31 hari, sedangkan paling
100 Persoalan Puasa


19
banyak Ramadhan adalah 30 hari. Adakah perlu
berhari raya mengikut Arab Saudi ?

Menurut Syeikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi, tidak boleh
kita mengikut Arab Saudi kerana telah berada di
Malaysia. Maka perlu kepada mereka berbuka secara
tidak terang-terangan ( sirri bagi mengelakkan fitnah )
kerana jumhur fuqahak tidak membenarkan berpuasa
lebih daripada 30 hari.


17. Apabila seseorang telah melihat anak bulan dan ia
berpuasa, kemudian ia bermusafir ke tempat
yang jauh, apabila ia sampai didapati ahli negeri itu
belum berpuasa, adakah ia perlu berbuka atau
terus berpuasa?

Ada 2 pendapat di sini:
Menurut Syeikh Ramli wajib ia mengikut ahli negeri
tersebut iaitu berbuka walaupun ia telah melihat anak
bulan kerana ia sudah menjadi seperti ahli negeri
tersebut.
Manakala menurut Imam Ibnu Hajar, ia tetap perlu
berpuasa dan tidak boleh mengikut ahli negeri
tersebut.

100 Persoalan Puasa


20
Jika digabung kedua-dua pendapat ini, maka bagi
sesiapa yang telah sampai ke negeri lain dalam
keadaan negeri tersebut belum berpuasa dan ia
hendak menetap di situ sehingga Syawal hendaklah ia
mengikut pendapat Syeikh Ramli iaitu berbuka kerana
jika berlaku Ramadhan 30 hari di negeri tersebut
kalau ia tidak berbuka ia akan berpuasa selama 31
hari. Sekiranya ia hendak menetap dalam tempoh
tidak sampai ke Syawal maka bolehlah ia mengikut
pendapat Ibnu Hajar iaitu perlu berpuasa.


18. Adakah puasa Ramadhan yang berjumlah 29 hari
sama ganjarannya seperti puasa Ramadhan yang
berjumlah 30 hari ?

Dari segi ganjaran yang dijanjikan ianya sama sahaja
samada 29 atau 30 hari, cuma untuk puasa selama 30
hari ianya lebih dari segi perkara yang terdapat padanya
seperti sahur, berbuka, tarawih dan lain-lain.

Sebagai tambahan, menurut pendapat yang kuat,
sepanjang pensyariatan puasa disepanjang hayat
Rasulullah hanya 2 kali sahaja Rasulullah berpuasa 30
hari, selebihnya 29 hari. Menurut Syeikh Damiri
berlakunya 2 tahun puasa dalam keadaan genap dan
100 Persoalan Puasa


21
selebihnya 29 hari adalah supaya tenang dan tetap hati
umatnya yang berpuasa 29 hari.


19. Apakah hukumnya apabila seseorang bermusafir ke
tempat lain apabila ia sampai, negeri tersebut
sedang berhari raya dan mereka hanya berpuasa 29
hari sahaja, manakala si musafir baru 28 hari,
apakah dia wajib qada 2 hari atau sehari ?

Wajib si musafir tersebut berbuka berdasarkan hadith:

" ( )

( " )
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa
pada kedua-dua hari ini. Mengenai hari raya puasa,
ianya merupakan saat berbuka kamu dari puasamu, dan
manakala hari raya korban, agar kamu dapat memakan
hasil korbanmu. ( Diriwayatkan oleh Ahmad dan imam
hadith yang berempat)
Dan hanya perlu mengqada sehari sahaja puasanya
supaya cukup 29 hari. Jika dia sampai ke negeri
tersebut dia telah berpuasa selama 29 hari maka ia
100 Persoalan Puasa


22
terus berhari raya dan tidak perlu mengqada kerana
sekurang-kurangnya Ramadhan itu 29 hari.


20. Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai
berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk
berpuasa sebulan ?

Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada setiap
malam:

( )
Barangsiapa yang tidak membulatkan puasa sebelum
fajar, maka tiadalah puasa untuknya. (Hadith riwayat
Ahmad)

Tetapi bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa
berniat, ia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik
dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal
bulan Ramadhan walaupun begitu sunat juga berniat
pada tiap-tiap malam.

Niat puasa sebulan


100 Persoalan Puasa


23
Sahaja aku berpuasa dibulan Ramadhan pada tahun ini
sepenuhnya kerana Allah Taala


21. Seperti yang diketahui niat tempatnya di hati dan
bukannya dengan lidah. Bagaimana pula jika
seseorang itu bersahur supaya mengelakkan dia
lapar di siang hari atau seseorang itu menahan diri
dari berjimak takut terlajak ke fajar, adakah ia dikira
memadai sebagai niat ?

Wajib berniat setiap malam atau sekiranya telah niat
puasa sebulan sunat juga berniat setiap malam, namun
jika terlupa, perbuatan di atas telah memadai sebagai
niat jika ada terlintas di hati individu tersebut untuk
berpuasa pada esok hari.


22. Adakah diterima niat puasa seseorang yang puasa
Ramadhan dalam keadaan ia sedang sembahyang ?

Diterima niatnya sekalipun dia sedang bersembahyang.
Ini hanyalah sebagai contoh bahawa niat diterima bila-
bila masa sebelum fajar, walau dalam keadaan sedang
bersembahyang sekalipun.

100 Persoalan Puasa


24

23. Apabila seseorang telah berniat berpuasa esok
hari selepas sembahyang tarawih kemudian dia
makan dan berjimak, adakah niatnya yang sebelum
itu terbatal?

Tidak perlu dia mengulangi niatnya kembali kerana
makan, minum dan jimak tidak memutus dan
membatalkan niatnya kecuali sekiranya dia murtad
setelah berniat, kemudian bertaubat kembali Islam
maka wajib ia mengulangi kembali niatnya.


24. Bagaimana pula dengan niat puasa sunat ?

Bagi puasa sunat pula, tidak semestinya dilakukan
pada waktu malam. Boleh berniat sebelum gelincir
matahari selagi tidak melakukan perkara yang
membatalkan puasa berdasarkan hadith riwayat
Muslim :



( )

100 Persoalan Puasa


25
Telah berkata Aisyah: Nabi s.a.w. telah masuk
menemuiku pada suatu hari, maka Baginda bertanya:
Adakah padamu sesuatu makanan? Jawab kami: Tidak,
maka Baginda berkata: maka jika begitu saya
berpuasa. (Hadis Riwayat Muslim)


25. Seperti yang dimaklumi, boleh berniat puasa pada
waktu siang sebelum gelincir matahari untuk puasa
sunat selagi tidak melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa. Persoalannya adakah diberi
pahala bermula daripada mula berniat ataupun terbit
fajar ?

Diberi pahala puasa bermula dari terbit fajar.


26. Jika seorang mualaf diajar berniat puasa dengan
lafaz:
Akan tetapi sukar untuk dia mengungkap dan
melafazkannya, apakah yang memadai baginya?

Menyebut , , dan sandaran kepada
adalah sunat, memadai ia berniat
100 Persoalan Puasa


26
sahaja.


27. Bolehkah seseorang yang sakit meninggalkan niat
untuk berpuasa?

Dibolehkan sekiranya sakitnya itu berkekalan dan sukar
untuk disembuhkan pada adatnya. Jika penyakitnya
tidak berkekalan hendaklah dia berniat puasa dahulu,
tatkala datang sakit barulah ia harus berbuka.


28. Apabila seseorang itu mencari nafkah dengan kerja
berat contohnya seorang petani yang hendak
mengetam atau membanting padi keesokan harinya,
adakah harus dia meninggalkan niat puasanya?

Wajib ia berniat pada malamnya kemudian apabila dia
kepenatan dan tidak dapat menahan, maka harus dia
berbuka.


29. Sahkah berpuasa jika memasukkan di
dalam niat puasa? Contohnya: sahaja aku berpuasa
(Ramadhan atau sebagainya) esok hari
100 Persoalan Puasa


27

Mengikut Imam Mawardi tidak sah puasanya
kerana ada unsur penangguhan yang mengangkat
hukum kerana tidak diketahui secara pasti hendak
berpuasa atau tidak.


30. Seseorang yang sedang berpuasa kemudian
menganggap dirinya telah meninggalkan puasa,
bagaimana puasanya ?

Menurut Imam Mawardi ada 2 pendapat di sini:

Pertama: Dia masih dikira dalam keadaan berpuasa
selagi tidak melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa.
Kedua: Batal puasanya kerana dia menganggap dirinya
telah meninggalkan puasa sama seperti batalnya
sembahyang sekiranya berniat keluar dari sembahyang.

Jika digabungkan kedua-dua pendapat ini adalah lebih
baik dan selamat bagi orang yang berpuasa wajib
membatalkan puasanya jika dia menganggap dirinya
telah meninggalkan puasa, jika berpuasa sunat ia masih
lagi dalam keadaan berpuasa selagi mana tidak
melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
100 Persoalan Puasa


28

31. Bagaimana jika seseorang yang berpuasa tidur
sepanjang hari dari malam sebelum sahur sehingga
malam selepas berbuka ?

Sah puasanya.


32. Jika seseorang mati ketika sedang berpuasa,
apakah hukumnya ?

Batal puasanya seperti seseorang yang mati ketika
solat, batal solatnya dan dikehendaki ke atas waris
membayar fidyah puasa untuk hari tersebut.


33. Sekiranya seseorang berpuasa sunat, adakah wajib
ke atasnya meneruskan puasa tersebut sehingga
berbuka?

Terpulang kepadanya samada ingin meneruskan
puasanya atau berbuka, tetapi berbeza dengan haji,
wajib menyempurnakannya walaupun haji yang sunat.
(
)
100 Persoalan Puasa


29
Seseorang yang berpuasa sunat berkuasa ke atas
dirinya samaada untuk meneruskan atau berbuka
Riwayat Ahmad


34. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan ?

Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan adalah:

a. Puasa Sunat pada hari isnin dan khamis.


( )
Diangkat segala amalan pada hari Isnin dan Khamis
maka daku amat menyukai amalanku diangkat dalam
keadaan sedang berpuasa. Hadis Riwayat Tirmizi

b. Puasa di hari Arafah (9 Zulhijjah)


( )
Berpuasa di hari Arafah akan diganjari Allah s.w.t.
pengampunan setahun sebelum dan setahun
100 Persoalan Puasa


30
selepasnya. Hadis Riwayat Tirmizi

c. Puasa di hari Asyura (10 Muharram)


( )
Puasa di hari Asyura akan diganjari Allah s.w.t. selama
setahun sebelumnya. Hadis Riwayat Tirmizi

d. Puasa hari Tasua (9 Muharram)

( )
Sekiranya masih berbaki usiaku ditahun hadapan pasti
aku akan berpuasa pada hari Tasua. Hadis Riwayat
Muslim

e. Ayyamul Bayad (3 hari dikala bulan penuh setiap
bulan dimulai 13, 14 dan 15 haribulan Islam melainkan
13 Zulhijjah).

f. Puasa 6 hari di bulan Syawal


100 Persoalan Puasa


31
( )
Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan
kemudian dituruti selepasnya 6 hari di bulan Syawal
seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Hadis
Riwayat Muslim

g. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.


( )
Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud a.s., adalah
Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari dan
Baginda tidak berganjak apabila bertemu musuh. Hadis
Riwayat Abu Daud


35. Apakah hukum berpuasa secara terus-menerus
tanpa berbuka puasa (

) ?

Hakikat sebenar orang yang berpuasa terus menerus ini
telah berbuka walaupun dia tidak makan berdasarkan
hadith:

100 Persoalan Puasa


32

( )
Apabila menjelang malam pada tahapnya dan muncul
siang pada tahapnya sesungguhnya telah berbukalah
seseorang yang berpuasa Hadis Riwayat Bukhari

Hukum melakukannya haram kerana Rasulullah s.a.w.
melakukan wisol (puasa terus-menerus) kemudian
diikuti pula oleh sebahagian para sahabat, maka
Rasulullah s.a.w. menegahnya:

"
"
Sesungguhnya aku menegah kamu daripada
melakukan puasa terus-menerus(wisol) maka sahabat
berkata: kami melihat Rasul melakukan wisol, maka
kami pun berwisol, lalu Baginda berkata: sesungguhnya
aku tidaklah seperti kamu, sesungguhnya aku telah
diberi makan dan minum (oleh Allah s.w.t.)"

Akan tetapi wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu
bernazar berpuasa terus-menerus.

100 Persoalan Puasa


33

36. Apakah hukum berpuasa setiap hari sepanjang
tahun ( .) melainkan hari yang diharamkan
berpuasa?

Makruh hukumnya dan hukum makruh ini adalah
kepada orang yang ditakuti memberi kemudaratan
kepada dirinya jika berpuasa atau kepada orang yang
akan mengabaikan hak-hak yang perlu ditunaikan
dengan puasa tersebut. Sekiranya tidak memudaratkan
dan mengabaikan hak-hak tersebut maka dibenarkan
berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. kepada Abi Darda
yang telah mengabaikan isterinya Ummu Darda
"
"

Sesungguhnya untuk Tuhan kamu ke atas kamu ada
hakNya dan untuk ahli keluarga kamu ke atas kamu ada
haknya dan untuk diri kamu ke atas kamu ada haknya,
maka berpuasalah dan berbukalah, berjagalah dan
tidurlah, datangilah ahli kamu dan berikanlah setiap
yang mempunyai hak akan haknya. Hadis Riwayat
Jamaah

100 Persoalan Puasa


34

37. Apakah yang dimaksudkan dengan puasa sunat?

Puasa-puasa sunat ini dilakukan secara sukarela untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia merupakan
Ibadah Badaniah yang mendapat kedudukan yang
istimewa di sisi Allah s.w.t.

"
" ( )
Barangsiapa yang berpuasa dijalan Allah s.w.t. akan
dijauhkan oleh Allah s.w.t. wajahnya daripada api
neraka sebanyak 70 tahun perjalanan. Hadis Riwayat
Bukhari

(
)
Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya
melainkan puasa, sesungguhnya puasa tersebut adalah
untukKu dan akulah yang akan memberi ganjarannya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


100 Persoalan Puasa


35

38. Mengapa dimakruhkan berpuasa sunat Sabtu sahaja
dan Ahad sahaja?

Dimakruhkan kerana ia menyerupai puasa orang Yahudi
yang berpuasa di hari Sabtu dan orang Nasrani yang
berpuasa di hari Ahad. Maka perlu dibezakan dengan
mengiringkan bersama hari Sabtu atau Ahad hari yang
lain sebelum atau selepas kedua-duanya tetapi
dibolehkan berpuasa Sabtu sahaja atau Ahad sahaja
pada puasa nazar qada dan kifarah.


39. Apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika
berpuasa?

1. Sahur serta melewatkannya.
2. Menyegerakan berbuka.
3. Beriktikaf.
4. Menjaga lidah.


40. Apakah hukumnya berpuasa pada hari Jumaat
sahaja tanpa berpuasa sehari sebelum atau
selepasnya?
100 Persoalan Puasa


36

Hukumnya adalah makruh berdasarkan hadith:
, :
":
( " )
Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata: aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan sekali-kali di antara
kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan dia
berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. (Hadith
riwayat Bukhari dan Muslim)


41. Apakah yang dimaksudkan dengan hari Syak dan
apakah hukum berpuasa pada hari tersebut ?

Yang dimaksudkan dengan hari syak itu ialah hari yang
tidak diketahui samada hari itu adalah 30 Syaaban atau
1 Ramadhan kerana tiada ketetapan munculnya anak
bulan Ramadhan. Hukum berpuasa pada hari tersebut
adalah makruh melainkan jika ia bertepatan dengan hari
yang biasa ia puasa, seperti puasa pada hari Isnin dan
Khamis, berdasarkan hadith :
100 Persoalan Puasa


37
:
:
(" )
Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w.
bersabda: Janganlah kamu mendahului Ramadhan
dengan berpuasa sehari mahupun dua hari melainkan
seseorang yang biasa berpuasa (pada hari itu), maka
berpuasalah ia. Hadis Riwayat Muslim


42. Bilakah yang dikatakan waktu sahur itu?

Waktu sahur itu bermula dari pertengahan malam
sehingga terbit fajar dan sunat ditakhirkan (dilewatkan).
Rasulullah mentakhirkan bersahur kira-kira 15 minit
sebelum subuh berdasarkan hadis :

" :
, :
: ( " )
100 Persoalan Puasa


38
Dari Zaid bin Thabit berkata : Kami bersahur bersama
Rasulullah s.a.w. lalu kami berdiri untuk menunaikan
solat, saya bertanya : Berapakah jarak antara
keduanya? Ujar Nabi s.a.w. : 50 ayat (lebih kurang 15
minit ). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada juga pendapat yang menjadikan hadis ini sebagai
sandaran kepada waktu melakukan imsak ( menahan
diri sebagai langkah waspada ketika menghampiri waktu
subuh)


43. Apakah doa semasa berbuka?

Diriwayatkan secara mursal bahawa Nabi s.a.w. selalu
berdoa ketika berbuka dengan doa:


Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan dengan
rezekiMu aku berbuka. Abi Daud Hadis ini dhaif tetapi
harus beramal atas dasar Fadhail Amal.


44. Jika ada kes seseorang itu wajib qada puasa
Ramadhan, puasa nazar dan juga puasa kifarah
yang semuanya berjumlah 9 hari katakan, tetapi dia
100 Persoalan Puasa


39
lupa dan tidak pasti berapa harikah nazar, kifarah
dan juga Ramadhannya, tetapi dia pasti semuanya
berjumlah 9 hari, adakah memadai dia berniat umum
atau wajib ditentukan juga?

Memadai ia niatkan umum:

Sahaja aku berniat puasa esok hari yang diwajibkan ke
atasku.

Tidak perlu ditentukan tetapi berlainan pula dengan niat
sembahyang yang perlu ditentukan.


45. Apakah wajib qada ke atas seorang kafir asli
apabila dia masuk Islam, kanak-kanak apabila baligh
dan orang gila apabila ia siuman kembali serta
orang-orang yang tidak dapat berpuasa dengan
berbagai alasan yang syarie ?

Tidak wajib qada ke atas kafir asli, tetapi menurut
Syeikh Ramli sunat dia mengqadakannya.
Tidak wajib qada ke atas kanak-kanak sehingga ia
baligh.
Tidak wajib qada ke atas orang gila sehingga ia
siuman.
100 Persoalan Puasa


40
Manakala bagi orang yang uzur syarie, sepert haid,
sakit, musafir dan sebagainya wajib qada dan tiada
dosa ke atasnya jika meninggalkan puasa.


46. Jika seseorang meninggal dunia pada 15 Ramadhan
dan sebelumnya dia tidak berpuasa selama 5 hari,
pasti dia tidak dapat qada puasanya. Bagaimana
penyelesaiannya ?

Sekiranya seseorang itu tiada kesempatan untuk
mengqada puasanya dengan keuzuran syarie seperti
contoh di atas tidaklah dia berdosa tetapi wajib
dikeluarkan fidyah daripada pusakanya samada dengan
izin warisnya atau pun tidak. Begitu juga wajib fidyah
bagi yang ada kesempatan tetapi dia tidak mengqada.


47. Bagaimana pula bagi seorang ibu yang menyusukan
anaknya yang khuatir akan memberi kemudharatan
pada dirinya sahaja atau kepada dirinya dan
anaknya?

Menurut Imam Syafie dan Ahmad, jika dia berbuka
kerana kekhuatiran terhadap anaknya sahaja, maka dia
wajib qada dan membayar fidyah, tetapi jika yang
100 Persoalan Puasa


41
dikhuatirkan ialah keselamatan diri mereka sendiri atau
keselamatan diri mereka dan juga anak, maka mereka
hanya diwajibkan mengqada sahaja.


48. Mengapakah dibezakan antara seorang ibu yang
mengandung atau menyusukan anak yang berbuka
disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri
atau dirinya bersama anaknya hanya dikenakan
qada tanpa fidyah, manakala pada ibu yang
mengandung atau menyusukan anaknya yang
berbuka kerana takut mudarat pada anaknya
dikenakan qada serta fidyah ?

Perbezaan berlaku kerana kes pertama (berbuka
disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri atau
dirinya bersama anaknya ) menyerupai seorang yang
sakit maka kena qada tanpa fidyah. Manakala bagi kes
kedua si ibu berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi
disebabkan orang lain (iaitu bayinya) dikenakan qada
beserta fidyah .


49. Jika seseorang berbuka untuk membantu binatang
atau manusia yang dalam bahaya, adakah ia wajib
mengqada dan membayar fidyah ?
100 Persoalan Puasa


42

Ya, wajib ke atasnya qada dan fidyah, kerana ia
berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi disebabkan
pihak atau orang lain.


50. Jika seseorang sengaja melambat-lambatkan qada
puasanya sehingga masuk ke tahun-tahun yang
lainnya bagaimanakah fidyahnya? Adakah wajib
berkali-kali mengikut tahun atau memadai satu
fidyah ?

Haram sengaja melambat-lambatkan qada sehingga
melangkau tahun, dalam hal di atas wajib keatasnya
mengqada puasa mengikut bilangan yang ditinggalkan
sahaja dan fidyahnya akan bertambah mengikut
bertambahnya tahun ia meninggalkan qada. Contoh :
jika melangkau setahun satu fidyah bersama dengan
satu qada, melangkau dua tahun, dua fidyah tetapi
qadanya tetap satu.

Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan penulis
berpegang dengannya, namun sememangnya ada
pendapat mazhab lain yang menyatakan tiada
pertambahan fidyah dengan melangkau tahun, penulis
100 Persoalan Puasa


43
menghormati pendapat tersebut.


51. Jika seseorang itu tidak mampu berpuasa
Ramadhan maka dia membayar fidyah, kemudian
pada puasa 6 hari di bulan Syawal pun ia fidyahkan
juga. Adakah ia mendapatkan ganjaran yang sama
iaitu seolah-olah berpuasa setahun ?

Menurut Sultanul Ulama Izzuddin Abdussalam, ia tetap
mendapat ganjaran yang sama.
Jika puasa yang wajibpun boleh difidyahkan apatah lagi
yang sunat, yang pentingnya niat yang ikhlas untuk
beribadat bagi mereka yang tidak mampu lagi berpuasa.
Sebagai satu keringanan, rahmat dan peluang kepada
mereka.


52. Apakah hukumnya seorang isteri berpuasa qada
yang masih banyak waktunya lagi untuk diqada
atau puasa sunat tanpa izin suaminya dan dalam
keadaan suaminya ada disisi ?

Haram keatas isteri mengqada puasa yang masih
banyak lagi ruang masa mengqadanya (


)atau berpuasa sunat tanpa keizinan suaminya ketika
100 Persoalan Puasa


44
suaminya berada di sisinya melainkan puasa Arafah dan
Asyura diharuskan tanpa izin suami.


53. Apabila pemerintah mengarahkan berpuasa istisqa
(puasa minta hujan) maka wajib rakyat
melakukannya, tetapi ada antara rakyat yang
terpaksa berbuka pada hari tersebut atas alasan
yang syarie seperti haid . Adakah wajib ia
mengqada ?

Tidak wajib ia mengqada, kerana kewajipan itu
bukannya wajib aini tetapi kewajipan itu adalah
bersebab iaitu atas arahan pemerintah pada hari
tertentu, apabila berlalu hari tersebut maka
terhapuslah kewajipan tersebut.


54. Apakah boleh berpuasa qada pada hari isnin dan
khamis ?

Ya, harus berpuasa qada pada hari tersebut bahkan ia
turut mendapat pahala puasa sunat hari isnin dan
khamis sekaligus, begitu juga pada puasa qada yang
dilakukan pada hari hari yang sunat berpuasa seperti
puasa 6 hari di bulan Syawal.
100 Persoalan Puasa


45
Mengenai niatnya, hanya perlu berniat puasa qada
sahaja dan telah terangkum puasa lain yang lebih kecil
daripadanya. Ianya sama seperti kita mandi wajib dan
terhasil juga wudhuk sekiranya tiada perkara yang
membatalkan wudhuk dilakukan semasa mandi wajib.
Begitu jugalah solat tahiyyatul masjid tidak perlu
dilakukan jika kita masuk ke dalam masjid kemudian
terus solat qabliah atau lain-lain.

Namun terdapat juga pendapat yang tidak menerima
gabungan puasa qada dengan puasa sunat. Penulis
turut menghormatinya.


55. Adakah batal puasa bagi orang yang gila sebentar
sahaja?

Batal puasanya walaupun sebentar.


56. Apakah hukum bagi orang yang hilang akalnya
disebabkan sakit atau dibius atau memakan ubat
disebabkan keperluan kepada ubat tersebut ?

Bagi kes-kes di atas, batal puasanya dan hendaklah ia
mengqada puasanya dan tidak berdosa keatasnya.
100 Persoalan Puasa


46

57. Bagaimana jika hilang akal akibat mengambil benda-
benda yang haram?

Siapa yang hilang akal akibat benda yang haram seperti
arak , dadah dan lain-lain semestinya wajib qada dan
berdosa besar perbuatannya kerana mengambil benda
tersebut dan meninggalkan puasa.


58. Jika berhenti haid di waktu tengahari Ramadhan,
adakah ia perlu menahan diri untuk berpuasa?

Tidak perlu, hanya sunat sahaja ia menahan diri untuk
berpuasa dan keesokan harinya barulah wajib berpuasa
ke atasnya.


59. Bagaimanakah penyelesaian kepada budak lelaki
yang baligh ketika sedang berpuasa?

Jika seorang kanak-kanak lelaki baligh ketika berpuasa
contohnya dia keluar mani ketika tidur selepas sahur,
maka jatuh wajib dia menyempurnakan puasanya
kerana ketika itu telah tertaklif dengan kewajiban puasa
100 Persoalan Puasa


47
dan jika pada hari dia baligh itu dia tidak berpuasa maka
wajib dia mengqada puasanya.


60. Bagaimana pula jika kanak-kanak perempuan mula
haid ketika sedang berpuasa?

Bermula daripada hari dia keluar haid itu telah
diwajibkan segala syariat ke atasnya dan hendaklah dia
memberhentikan puasanya kerana keluar haid dan
bermula daripada hari dia berhenti itu sehingga dia suci
kembali wajib ke atasnya qada puasa tersebut.


61. Perbahasan mengenai pembayaran dan pengiraan
fidyah masakini

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu
dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang
ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan
diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah
puasa ini berdasarkan firman Allah :

_ls _ ..1,L`, ,. `!-L _,>`..
100 Persoalan Puasa


48
Maka barangsiapa diantara kamu yang tidak
berkemampuan melakukan puasa Ramadan. Maka
diwajibkan membayar fidyah, (iatu): memberi makan
seorang miskin. Al Baqarah 184

Perlu diberi perhatian bahawa pesakit yang boleh
meninggalkan puasa dan digantikan dengan fidyah
ialah hanya kepada pesakit yang tiada
kemungkinan sembuh dan tidak boleh berpuasa
lagi, tetapi bagi pesakit yang mampu berpuasa maka
wajib mengqada puasa tersebut selepas Ramadan.
Contohnya : seorang pengamal dialisis tidak mampu
berpuasa atau meneruskan puasanya ketika sedang
mengambil rawatan tetapi dia masih boleh berpuasa
pada hari-hari yang lain, maka pesakit tersebut perlu
mengqada puasanya selepas Ramadan dan tidak
boleh membayar fidyah.

Pembayaran dan pengiraan fidyah masakini
Setiap satu hari puasa yang ditinggalkan hendaklah
dibayar dengan satu fidyah bersamaan satu mudd
(cupak) atau gantang.
Satu mudd menurut taksiran di dalam Kitab Al Fiqh Al
Manhaji bersamaan dengan 600 gram.
100 Persoalan Puasa


49
Makanan yang hendak dikeluarkan fidyah mestilah
makanan asasi penduduk setempat dan harus
menukar nilaiannya dengan wang.
Katakanlah satu kilogram beras RM 3.00, maka 600
gram beras ialah RM 1.80

Panggil orang ramai ke rumah dan buat majlis
makan, adakah boleh dinamakan bayar fidyah ?
Tidak boleh, kerana fidyah mesti ditentukan mendapat
hak milik harta yang difidyah kepada penerima secara
jelas, jika buat majlis makan ianya masih hak tuan
rumah


62. Adakah boleh seseorang yang uzur atau sakit yang
tiada harapan diubati mengeluarkan fidyah dalam
keadaan dia masih hidup?

Dibolehkan bahkan perlu ke atas seorang yang uzur
seperti tua yang amat sangat atau sakit yang berkekalan
membayar fidyah ketika waktu hidupnya.

_ls _ ..1,L`, ,. `!-L _,>`.. ..... __
100 Persoalan Puasa


50
Dan ke atas orang-orang yang sulit melakukannya,
hendaklah mereka membayar fidyah memberi makan
orang miskin. Al Baqarah 184

Ibnu Abbas di dalam mentafsirkan ayat ini mengatakan
ayat ini tidak dinasakhkan dan di tujukan kepada orang
tua samada lelaki mahupun perempuan yang tidak
sanggup berpuasa, hendaklah memberi makan seorang
miskin.


63. Jika seseorang meninggal dunia dalam keadaan
masih dibelenggu kewajiban qada puasa sedang
dia ada kesempatan melakukannya semasa hayat,
bolehkah jika walinya ingin berpuasa menggantikan
orang yang meninggal tersebut ?

Imam Syafie di dalam Qaul Jadid tidak membenarkan
wali menggantikan puasa, tetapi di dalam Qaul Qadim
dibenarkan bagi wali menggantikan orang yang telah
meninggal itu dan tidak perlu membayar fidyah, dan
maksud wali ialah kesemua kerabatnya dan jika puasa
itu dibuat oleh orang lain sah dengan izin wali. Jika
tiada izin wali maka tidak sah. Ini berdasarkan hadis ;

100 Persoalan Puasa


51


Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang meninggal sedangkan ia masih
mempunyai kewajiban berpuasa, hendaklah digantikan oleh
walinya. ( Riwayat Bukhari

Dan hadith dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki
datang kepada Nabi s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah,
ibu saya meninggal dunia padahal ia masih mempunyai
hutang puasa sebulan, apakah boleh saya ganti
mengqadakannya?
Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah akan kamu
bayar hutangnya?
Katanya: Ya, maka Rasulullah bersabda:

Maka hutang kepada Allah lebih patut untuk dibayar.
(Hadith riwayat Ahmad)



100 Persoalan Puasa


52

64. Adakah seorang musafir boleh berbuka dan
bagaimana pula seorang yang musafir tanpa henti?

Harus bagi seseorang yang bermusafir melebihi 2
marhalah berbuka dan bagi permasalahan musafir yang
berterusan tiada henti atau berhenti seketika dan
perhentiannya tidak memungkinkan ia mengqada puasa
yang ditinggalkan maka tidak boleh ia berbuka.


65. Sekiranya seorang yang sedang musafir memilih
hendak berpuasa, apakah hukumnya?

Bagi sesiapa yang diberi keringanan dan ia merasa
mampu untuk berpuasa dan tidak memberikan apa-apa
mudharat maka harus ia memilih samaada berpuasa
atau berbuka. Seorang sahabat Hamzah Aslami r.a.
bertanya kepada Rasulullah yang beliau merasa kuat
untuk berpuasa dalam permusafiran adakah salah dia
berbuka, maka jawab Baginda s.a.w.
"
"
Ianya adalah keringanan daripada Allah, sesiapa yang
mengambilnya adalah baik dan sesiapa yang suka
100 Persoalan Puasa


53
meneruskan puasanya maka tiada salah ke atasnya.
Hadis Riwayat An Nasaie

Bagi penulis, lebih baik bagi sesiapa yang musafir
melihat kepada keadaan dirinya, jika dia seorang yang
sukar melakukan puasa sunat, lebih baik dia terus
berpuasa dan tidak mengambil rukhsah, tetapi jika dia
sering melakukan puasa sunat ataupun tidak sukar
untuk melakukan qada selepas Ramadhan, maka lebih
afdhal kepadanya mengambil anugerah dan keringanan
Allah tersebut.

Namun ada juga pendapat yang menyatakan berpuasa
lebih baik daripada mengambil keringanan untuk
berbuka berdasarkan firman Allah di dalam surah Al
Baqarah Ayat 184 yang memberi kebenaran untuk
sesiapa yang sakit dan musafir untuk berbuka , akan
tetapi diakhir ayat tersebut Allah s.w.t menyatakan :
`... ,> l | `.. .l-. __
Maksudnya dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui
Maka terserah kepada pembaca untuk menilai
kemampuan dan kewajaran puasa pada diri mereka.


100 Persoalan Puasa


54
66. Apabila seorang musafir telah tiba ke destinasinya
dalam keadaan telah berbuka, adakah dikenakan
kifarah jika dia menjimak isterinya?

Tidak dikenakan kifarah ke atasnya kerana dia telah
mengambil keringanan dengan berbuka. Tetapi sunat
kepadanya menahan diri.


67. Seorang musafir telah sampai ke Mekah dalam
keadaan berpuasa. Adakah lebih baik ia berbuka
supaya menguatkan tubuh badannya untuk
melakukan umrah?

Rasulullah sewaktu memasuki kota Mekah sewaktu
peristiwa Pembukaan Mekah pada 20 Ramadhan,
Baginda dalam keadaan berbuka, setelah selesai solat
dua rakaat di Baitullah al-Haram, Baginda bersabda:
" "
Wahai penduduk Mekah, sempurnakanlah puasa kalian
sesungguhnya kami golongan yang musafir.

Maka lebih afdhal bagi musafir berbuka apabila ia baru
sampai supaya ia dapat menyegarkan badan untuk
melakukan umrah dan kebiasaannya apabila musafir
yang baru sampai berumrah tanpa berbuka, pasti
100 Persoalan Puasa


55
memenatkan dan bagi musafir peluang berumrah amat
terhad hanya sewaktu di Mekah tetapi puasa boleh
diqada pada waktu-waktu lain dan ada keringanan
berbuka.


68. Bagaimanakah hukumnya jika seseorang itu tidak
sengaja atau dipaksa makan atau muntah?

Sah puasanya sekiranya tidak sengaja atau lupa atau
dipaksa berdasarkan hadith :

,
":
( " )
Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah
s.a.w. : Barangsiapa yang terlupa dalam keadaan ia
berpuasa kemudian ia termakan atau minum maka
hendaklah ia meneruskan puasanya, sesungguhnya dia
seolah-olah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t.

Dan hadith:
100 Persoalan Puasa


56
, " :
, ("
)
Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah
s.a.w. Siapa dipaksa muntah maka tiadalah atasnya
qada dan barangsiapa muntah dengan sengaja maka
batal puasanya. (Hadith riwayat Ahmad dan Abi Daud)

Namun, jika ia termakan semasa berpuasa sunat,
menurut mazhab Syafie batal puasanya. Hadith pertama
di atas hanya untuk puasa wajib.


69. Bagaimana pula dengan sisa makanan yang ada
terselit di celah gigi dan hanya disedari di waktu
siang?

Tidak membatalkan puasa tetapi wajib membuang sisa
tersebut dan batal jika ia sengaja menelannya.


70. Apakah hukumnya seorang musafir yang
mengambil rukhsah (berbuka) telah sampai ke
destinasi atau orang sakit yang telah berbuka
100 Persoalan Puasa


57
kemudian sihat kembali, adakah perlu kepada
mereka menahan diri ?

Adalah sunat hukumnya kepada mereka menahan diri.


71. Yang manakah lebih utama berbuka dahulu atau
sembahyang Maghrib?

" : ( )
.
( " )
Dari Anas r.a.: Adalah Rasulullah biasa berbuka
dengan beberapa kurma basah sebelum sembahyang.
Jika tiada maka dengan kurma kering, jika tiada maka
diteguk beberapa teguk air. (Hadith riwayat Abu Daud)

Dari hadith di atas menunjukkan sunat berbuka dahulu
sebelum solat maghrib dengan tamar atau air kemudian
solat. Jika selesai solat maka makan pula makanan
yang lainnya jika ada, akan tetapi jika makanan berat
telah terhidang maka lebih baik ia makan terlebih dahulu
berdasarkan hadith Anas r.a.:
100 Persoalan Puasa


58

"
( ." )
Jika makanan malam telah dihidangkan, maka
makanlah dahulu sebelum solat maghrib, janganlah
makan malammu dibelakangkan. ( Riwayat Bukhari dan
Muslim)


72. Apakah neraca timbangan yang menentukan
seseorang yang sakit itu berbuka?

Dibolehkan seseorang itu berbuka sekiranya secara
adatnya dengan puasa itu bertambah sakitnya seperti
gastrik, atau lambat sembuh atau mendatangkan
mudharat pada dirinya atau orang lain seperti ibu yang
mengandung. Boleh berbuka dengan nasihat doktor.



73. Sekiranya orang yang sakit itu berpuasa dan rela
menanggung penderitaan, apakah hukumnya?

Firman Allah di dalam surah Al Haj Ayat 78 :
100 Persoalan Puasa


59
!. _-> >,l. _ _.l _. _> .... __
Maksudnya Dan tidak aku jadikan kesulitan di dalam
beragama.

Sah puasanya tetapi menurut Sayyid Sabiq sekiranya
ada kemungkinan ia mendapat mudharat, makruh
hukumnya dan tindakannya juga seperti tidak mahu
menerima keringanan yang diberikan.


74. Jika kita diberikan keringanan yang manakah lebih
utama, berpuasa atau berbuka?

Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie berpendapat
berpuasa lebih utama bagi orang yang kuat
melakukannya dan berbuka lebih utama bagi yang tidak
kuat berpuasa. Sebagai tambahan Khalifah Umar
Abdul Aziz berpendapat bagi yang susah hendak
mengqada dikemudian hari, lebih utama ia
berpuasa. Demikian juga sekiranya timbulnya perkara
yang menyalahi syariat daripada puasanya seperti
ujub dan riak.


75. Adakah berbekam membatalkan puasa?
100 Persoalan Puasa


60

Tidak membatalkan puasa berdasarkan hadith Ibnu
Abbas:
( )
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam semasa haji
wada dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa.

Walaupun ada beberapa hadith yang menyatakan
terbatal puasa kerana berbekam tetapi menurut Imam
Mawardi hadith-hadith tersebut telah dimansukhkan
dengan hadith di atas.


76. Apakah hukum menyuntik vitamin atau glukos
semasa berpuasa?

Batal puasanya seolah-olah telah memasukkan
makanan ke dalam badan. Tetapi hukum suntikan pada
asalnya harus jika bahan yang disuntikkan tersebut
adalah ubat, bukannya makanan tambahan atau apa-
apa yang berbentuk makanan.


77. Seorang yang menghidap penyakit asma dan
menggunakan sejenis ubat berbentuk gas dan
menyedut gas yang dikeluarkan untuk melegakan
100 Persoalan Puasa


61
rasa lelah yang dialami (inhaler atau nebulizer).
Apakah batal puasanya jika menggunakan rawatan
tersebut ketika berpuasa ?

Bagi penyakit asma atau lelah, amalan penggunaan
inhaler tidak membatalkan puasanya kerana yang
disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini
adalah fatwa kebanyakan ulama masakini seperti
Sheikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fatawa ad-
Daawah Sheikh Abdul Aziz Ben Baz) dan merupakan
pendapat majoriti ulama yang bersidang di Seminar
Feqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca,
Maghribi, pada 8 -11 Safar 1418 bersamaan 1417 Jun
1997. Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan
Perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi
Fiqh Islam serta WHO di Morocco yang membincangkan
pelbagai isu perubatan yang berkaitan puasa.

Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asma juga
harus berdasarkan fatwa umum dalam masalah ini oleh
Syeikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu Fatawa Ibn
Taymiyah). Keharusan ini meliputi teknik perubatan
yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika
dari jenis debu maka diharuskan.

Imam Ibn Hazm al-Andalusi (Kitab al-Muhalla) juga
100 Persoalan Puasa


62
berpendapat tidak batal puasa dalam urusan perubatan
termasuk suntikan atau menghirup serbuk.

Meskipun ada pendapat yang menyatakan batal tetapi
penulis lebih cenderung kepada pendapat yang
mengharuskan, ini adalah berdasarkan pengalaman
penulis yang juga diuji Allah dengan asma.


78. Bagaimana pula rawatan yang melibatkan
penggunaan oksigen?

Rawatan yang menggunakan oksigen melalui hidung
tidak membatalkan puasa.


79. Apakah antara contoh-contoh penyakit yang
dikecualikan daripada berpuasa?

Antara penyakit-penyakit yang dikesan membolehkan si
pengidap dikecualikan daripada berpuasa:
a. Leukimia
b. Kanser saluran usus
c. Kanser paru-paru
d. Pesakit AIDS yang serius
e. Meningitis (jangkitan selaput otak)
100 Persoalan Puasa


63
f. Peneumonia (jangkitan paru-paru)
g. Pyelonephritis (jangkitan salur kencing)
h. Septisemia (pemusnahan tisu akibat toksin bakteria
dalam salur darah)

Dan ada penyakit yang pesakitnya dikehendaki
berpuasa ketika penyakit mereka terkawal akan tetapi
diharuskan atau dimestikan (mengikut keadaan) mereka
berbuka jika tahap kesihatan mereka menurun lebih-
lebih lagi yang turun secara mendadak yang
mengakibatkan kompilasi yang teruk.

Contohnya:
a. Kerosakan buah pinggang atau hati
b. Asma


80. Adakah dibenarkan bagi wanita menggunakan ubat
penahan haid agar dapat berpuasa sebulan penuh ?

Menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi di benarkan kepada
wanita menggunakan ubat penahan haid semasa
Ramadhan dengan syarat tidak mendatangkan
kemudharatan.
Namun beliau menyarankan lebih baik bagi wanita
menuruti pusingan haidnya yang fitrah.
100 Persoalan Puasa


64

81. Apakah batal puasa bagi seorang yang melakukan
onani sehingga keluar mani?

Batal puasanya dan berdosa serta amat tidak wajar
ianya berlaku ketika Ramadhan.


82. Apakah hukum bercumbuan di antara suami dan
isteri di waktu puasa Ramadhan ?

Dalam hal ini, tiada bezanya di antara pasangan yang
tua mahupun yang muda, ataupun yang baru berkahwin
kerana yang diperhatikan ialah kemampuan mengawal
diri.
Makhruh hukumnya jika terangsang syahwat atau
bangkit nafsu seksnya kerana khuatir berlakunya jimak
yang akan dikenakan kifarah. Sekiranya pasangan
mampu mengawal diri atau memang tidak terpengaruh
dengan rangsangan seperti seorang yang lanjut usia
atau orang muda yang lemah tenaganya maka tidak
makruh.
Seperti hadith daripada Aisyah r.a. yang menyatakan
Rasulullah juga turut mencium dan menyentuh-nyentuh
isterinya tetapi Bagindalah yang paling mampu
mengawal nafsunya.
100 Persoalan Puasa


65



( )
Daripada Aisyah r.a. : Adalah Nabi s.a.w. biasa
mencium ketika sedang berpuasa dan bersentuhan di
kala puasa dan Bagindalah yang paling mampu
mengawal nafsunya.

Serta tiada bezanya diantara mencium itu di pipi atau di
tempat-tempat lainnya. Demikian juga berpelukan atau
menyentuh anggota badan dengan tangan hukumnya
sama dengan mencium.


83. Sekiranya suami isteri bersentuhan tetapi tidak
sampai ke tahap jimak kemudian terkeluar mani,
adakah batal puasanya dan wajibkah kifarah ?

Jika keluar mazi tidak mengapa tetapi jika keluar mani
batal puasa suami dan wajib si suami qada tetapi tidak
wajib kifarah.


100 Persoalan Puasa


66

84. Apakah hukumnya bagi seseorang yang
membinasakan puasa dengan jimak?

Sekiranya puasa tersebut puasa sunat atau puasa qada
maka tidak dikenakan ke atasnya kifarah tetapi bagi
puasa qada hendaklah ia mengqada kembali. Jika
puasa yang dibinasakannya itu puasa Ramadhan maka
wajib ke atas pasangan tersebut qada dan kepada
suaminya dikenakan kifarah manakala si isteri tidak
dikenakan kifarah. Jika yang melakukan itu pasangan
yang tidak berkahwin maka amat besarlah dosa
keduanya dan kifarah sama seperti pasangan yang sah
iaitu hanya lelaki sahaja yang dikenakan. Dalam
perlaksanaan hukum kifarah itu hendaklah mengikut
turutan yang pertama membebaskan seorang hamba
sekiranya tiada berpuasa selama 60 hari berturut-turut
sekiranya tidak mampu barulah memberi makan
seramai 60 orang miskin.


85. Sekiranya seseorang itu menjimak isterinya dan
tidak menyedari bahawa waktu telah terbit fajar,
adakah dikenakan kifarah dan qada ?

100 Persoalan Puasa


67
Ke atasnya dikenakan qada sahaja tanpa kifarah.


86. Jika seorang lelaki dipaksa bersetubuh dalam
keadaan dia tidak rela (dipaksa), bagaimanakah
puasanya?

Al Mawardi di dalam kitab

menyatakan
bahawa sekiranya ia tidak inzal maka tidak perlu dia
mengqada puasanya dan kifarah tetapi sekiranya dia
inzal maka pendapat yang kuat menyatakan ia perlu
mengqada puasanya tanpa dikenakan kifarah.


87. Seperti yang diketahui umum dilarang berjimak
di siang Ramadhan tetapi jika puasanya telah
batal, adakah dikenakan kifarah sekiranya ia
menjimak isterinya ?

Ia tidak dikenakan kifarah jika puasanya telah batal
sebelum melakukan jimak kerana syarat dikenakan
kifarah ialah apabila ia membatalkan puasanya dengan
melakukan jimak. Meskipun begitu, amat tidak wajar jika
melakukan jimak di siang Ramadhan walaupun telah
berbuka terlebih dahulu, kerana hikmah kedatangan
Ramadhan adalah untuk mendidik nafsu.
100 Persoalan Puasa


68

88. Apabila seorang yang haid telah suci sebelum terbit
fajar tetapi ia lewat mandi iaitu selepas terbit fajar,
apakah hukumnya?

Wajib ke atasnya puasa kerana suci sebelum terbit fajar
dan sah puasanya walaupun lewat mandi setelah terbit
fajar.
Cuma perlu diambil perhatian melewatkan mandi itu
mestilah sebelum luputnya waktu subuh kerana ia
berkewajiban bersolat subuh, sekiranya ia mandi
selepas waktu subuh berdosa kerana meninggalkan
subuh tetapi sah puasanya.


89. Apakah hukumnya jika seseorang itu bercelak
kemudian dia mendapati celak itu turun melalui
kerongkongnya?

Harus hukumnya bercelak dan tidak membatalkan
puasanya walaupun ia terasa celak tersebut mengalir di
kerongkong kerana mata bukanlah diiktibarkan sebagai
rongga terbuka seperti mulut, hidung , telinga, dubur,
lubang zakar atau faraj.


100 Persoalan Puasa


69

90. Bagaimanakah pula dengan menitiskan ubat ke
dalam mata?

Hukumnya sama seperti bercelak, tidak membatalkan
puasanya.


91. Jika kahak atau hingus turun dari kepala ke
bahagian hidung yang zahir (bahagian lubang
hidung yang tidak bertulang) kemudian masuk
kembali kebahagian rongga hidung atau hidung
yang batin (lubang hidung yang bertulang) lalu terus
ke kerongkong dan ditelan, apakah batal puasanya?

Batal puasanya kerana kahak tersebut telah keluar ke
bahagian yang zahir kemudian masuk kembali, seolah-
olah memasukkan sesuatu ke rongga hidung. Maka jika
kahak telah keluar ke had zahir hendaklah ia
mengeluarkannya ( menghembuskannya ) melainkan
jika tidak mampu dikeluarkan maka tidak batal atau pun
dia sememangnya berada dalam keadaan selesema
dan tidak mampu mengawalnya maka termasuk di
dalam perkara yang dimaafkan.


100 Persoalan Puasa


70

92. Apakah boleh mengorek hidung semasa puasa?

Harus mengorek tahi hidung selagi mana kawasan
pengorekan tersebut di dalam had zahir ( bahagian
lubang hidung yang tidak bertulang atau sekadar had
garisan takuk pertama di jari )


93. Ketika seseorang sedang berpuasa ia menghidapi
selesema atau gusi berdarah, bagaimana puasanya
?

Perkara selesema dan gusi berdarah ini diiktibar di
dalam ilmu feqh sebagai umumul balwa maka
sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan ianya
dimaafkan kerana begitu sukar memeliharanya.
Memadailah ia meludahkan jika gusinya berdarah dan
menghembus hingusnya. Jika ada yang tertelan ia
sememangnya tidak dapat dielakkan maka dimaafkan.


94. Apabila seseorang mandi junub atau sunat atau
biasa kemudian telinganya dimasuki air, adakah
batal puasanya ?
100 Persoalan Puasa


71

Tidak batal puasanya, kerana bukan sengaja
memasukkan air.


95. Bagaimana pula jika dia menyelam?

Menurut Syeikh Ramli, jika segi adatnya ia tahu jika
menyelam nescaya masuk air ke dalam telinga dan
sekiranya perkara ini sememangnya tidak dapat
dipelihara maka batal puasa dan haram hukumnya jika
puasa Ramadhan. Melainkan seseorang yang
profesionnya adalah penyelam yang sememangnya
menyediakan alat yang menghalang air masuk ke dalam
rongga.


96. Apabila seseorang mengayak tepung atau menyapu
sampah, debu tepung dan sampah tadi masuk ke
dalam mulut atau hidungnya. Bagaimanakah
puasanya dan adakah boleh disamakan debu
dengan lalat atau nyamuk yang masuk ke dalam
mulut?

100 Persoalan Puasa


72
Tidak mengapa jika debu atau tepung masuk ke mulut,
berlainan pula dengan lalat dan nyamuk yang
membatalkan puasa serta banyak mudharatnya.


97. Jika naik fajar ketika seseorang itu dalam
keadaan ada makanan di dalam mulutnya dan
tidak menelannya, tiba-tiba ketika sedang
mengemam makanan tersebut secara tidak sengaja
ia tertelan, bagaimanakah puasanya ?

Jika dalam keadaan itu perlu ia meluahkannya dan jika
tertelan sedikit dalam keadaan tidak sengaja tidak
membatalkan puasa.


98. Apakah hukum orang yang mengingkari kewajipan
berpuasa Ramadhan?

Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang
ketiga. Perintah berpuasa ke atas umat Islam adalah
jelas melalui Al Quran dan As Sunnah. Justeru sesiapa
dengan jelas sengaja menolak kewajipan berpuasa di
bulan Ramadhan adalah murtad. Nauzubillah min zalik.


100 Persoalan Puasa


73

99. Adakah boleh ketika berpuasa kita menyejuk atau
menyegarkan badan sebagai contoh membasahkan
baju, mandi dan sebagainya untuk menyejukkan
badan?

Dibolehkan kita menyejukkan badan berdasarkan
hadith:
": (
) "
( )
Dari Abi Bakar bin Abdul Rahman berkata:
Sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah s.a.w.
mencurah air ke kepalanya sewaktu berpuasa
disebabkan kehausan dan kepanasan. (Hadith riwayat
Ahmad, Malik dan Abi Daud)


100. Jika seseorang melakukan pemeriksaan dubur
kerana disyaki buasir atau sebagainya, lalu doktor
telah menjolok jarinya ke dalam dubur, adakah
batal puasanya ?

100 Persoalan Puasa


74
Banyak fatwa yang dikeluarkan oleh institusi-institusi
fatwa masakini seperti Fatawa Al Lajnah Ad Daimah
dan Majma Fiqh Islami yang memfatwakan tidak batal
jika melakukan proses memasukkan jari atau alatan ke
dalam rongga untuk tujuan perubatan ataupun
pemeriksaan.
Namun Majma Fiqh Islami menasihatkan jika proses
tersebut dapat ditunda ke luar waktu puasa adalah
lebih baik.


Antara contoh
kajian semasa mengenai
isu-isu perubatan ketika puasa.
Keputusan Seminar Feqh Perubatan ke 9 yang
diadakan di Casablanca, Maghribi, pada 8 -11 Safar 1418
bersamaan 1417 Jun 1997. Yang dianjurkan oleh Institut
Kajian Sains dan Perubatan Sultan Hassan II dengan
kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan :

Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa menurut
Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad
SAW.
Tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan,
minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang
sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga
100 Persoalan Puasa


75
samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah
sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat
bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK
MEMBATALKAN PUASA.

1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit
Angina (Jantung).
3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat
perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau
bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum
bersalin).
4. Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau
perempuan untuk penyediaan x-ray.
5. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi
atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan
syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut
dari prosedur tersebut.
6. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh
darah, KECUALI memberi makanan melalui
pembuluh darah.
7. Penderma atau menerima pemindahan darah.
8. Oksigen dan Gas Bius.
100 Persoalan Puasa


76
9. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam
badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster
berubat.
10. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
11. Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi
(pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.
12. Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk
mencari punca penyakit.
13. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut,
dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
14. Teropong ke dalam salur peranakan atau
memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
15. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Sementara itu majoriti peserta ( terdapat minoriti yang
tidak bersetuju ) menambah perkara berikut tidak
membatalkan puasa

16. Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
17. Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan
digital ke dalam dubur.
18. Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika
pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
19. Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
100 Persoalan Puasa


77
20. Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak
memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan
seumpamanya ke dalam perut.





















100 Persoalan Puasa


78
RUJUKAN



.1

.2

.3

.4

.5

.6

.7

.8

.9

.11

.11

.12


.13

100 Persoalan Puasa


79


Sisipan Santapan Kerohanian

_ `.., _,L. ,l
., < ., <
_.L . ,l1l
"Orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, Hanya
dengan mengingati Allah-lah hati
menjadi tenteram. Surah Ar Radu
ayat 28.

100 Persoalan Puasa


80

ZIKIR MUNAJAT I


Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.
, , , ..............
Allah , Allah , Allah , Ya Allah..
. , ,
,
Cukuplah Tuhan Yang Maha Agong sebagai Tuhanku, tiada di
dalam hatiku melainkan Allah, Nabi Muhammad (SAW).
, , ,
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah dan
kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan.
, ,
,
100 Persoalan Puasa


81
Maka Maha Suci Allah yang mana tidak ada kekuasaan makhluk
yang mengatasi kekuasaan-Nya(Iaitu) , Dialah satu-satunya di atas
'Arasy yang diEsakan.
Raja Maha Gagah yang menguasai kerajaan langit. Kerana
kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-
wajah)
, ,
,
Cukuplah Tuhan Yang Maha Agong sebagai Tuhanku, tiada di
dalam hatiku melainkan Allah, Nabi Muhammad (SAW).
,
Tidak ada yang lain (di hatiku) melainkan Allah sebagai tempat.
, ,

Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja Yang Maha Benar,
Nabi Muhammad Pesuruh Allah
, ,
Aku memohon ampun daripada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
Penerima Taubat
.
100 Persoalan Puasa


82

ZIKIR MUNAJAT II

*
, ,
Aku mohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Agung, tiada
Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau, Dialah Tuhan yang
Maha Hidup lagi Maha Perkasa, dan hamba bertaubat kepada
Engkau ya Allah.
, . ,
*
Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. ( 3
X ) ,
Matikan kami ya Allah atas Agama Islam.
x 7 . .. . , ,
*
Ya Allah, Tuhan yang Maha PelembutYang Maha
Pelembut terhadap hamba-hambaNya , yang memberi rezki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya , Yang Maha Gagah Perkasa.
# # *
100 Persoalan Puasa


83
Wahai Tuhan yang Maha Pembuka, Wahai Tuhan yang
Maha Mengetahui.
# # *
Ya Allah, Ya Allah-ya Allah, Ya Allah Ya Allah, Ya
Allah
# #
Kami memohon taubat kepadaMu ya Allah. (3x)
# #
Kami kembali kepadaMu ya Allah. (3x)
# # *
Kami sesungguhnya menyesal ya Allah. (3x)
# # *
Kami memohon taubat kepadaMu ya Allah. Kami kembali
kepadaMu ya Allah. Kami sesungguhnya menyesal ya Allah.
, , , , *
Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah Tuhanku.


Buah tangan buat
Adik-adik Al Taqwa
Disediakan oleh :
-Abu wa Ummu Ashraf-

100 Persoalan Puasa


84

ZIKIR-ZIKIR YANG DIBACA RASULULLAH PADA
WAKTU PAGI DAN PETANG


1. Membaca ayat Kursi

2.Membaca Al-Mu'awwizaat iaitu surah-surah:




3.Membaca:





(Hadis Riwayat Muslim)

4.Membaca doa berikut pada waktu pagi:

100 Persoalan Puasa


85

dan pada waktu petang dibaca:

(Hadis Riwayat Tirmizi)

5.Membaca:



(Hadis Riwayat Bukhari)

6.Membaca:




7.Membaca:


(Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasaie)

8.Membaca:
100 Persoalan Puasa


86


(sebanyak tiga kali)
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

9.Membaca:
(sebanyak
tujuh kali)
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dan Abu Daud)

10.Membaca:




(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

11.Membaca:



(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

12.Membaca:
100 Persoalan Puasa


87

(sebanyak tiga kali)
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

13.Membaca:

(sebanyak tiga kali)
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad)

14.Membaca:


(Hadis Riwayat Hakim)

15.Membaca:


(HR Ahmad)

16.Membaca:
(sebanyak seratus kali)
(Hadis Riwayat Muslim)

17.Membaca:
100 Persoalan Puasa


88


(sebanyak seratus kali pada waktu pagi)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

18. Membaca:
(seratus kali dlm sehari)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19.Membaca:

pada waktu pagi.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

20.Membaca:

(3 kali pagi dan petang)
(Hadis Riwayat Muslim)

21.Membaca:

( 3 kali pada waktu petang)
(Hadis Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Setiap Muslim sewajarnya mengamalkan zikir-zikir ini yang
merupakan sunnah Rasulullah SAW pada waktu pagi dan
petang supaya kehidupan kita sentiasa berada dalam
100 Persoalan Puasa


89
suasana menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah
SAW. Zikir-zikir ini mesti diamalkan dengan penuh ikhlas
semata-mata kerana Allah SWT, dengan penuh keyakinan
kepadaNya dan dengan menghayati makna yang
terkandung di dalamnya supaya dapat memberi kesan yang
positif di dalam kehidupan, akhlak dan tingkahlaku kita.


















100 Persoalan Puasa


90
Karya-karya yang telah di hasilkan :




















Pedoman Pesakit :
Panduan Bersuci,
Solat dan Puasa
Ketika Sakit
30 Persoalan Jamak
dan Qasar
100 Persoalan Puasa
100 Persoalan Puasa


91





















Fiqh Jumaat
Mazhab Syafie
Panduan Tarawikh
dan Witir
Panduan Solat
Jamak dan Qasar
Untuk Atlet
100 Persoalan Puasa


92

Buku-buku Yang Dalam Proses Percetakan

1. Jangan Dekati Zina
2. Prinsip-prinsip Islam Dalam Berinteraksi Dengan Non
Muslim

Buku-buku Yang Dalam Proses Terjemahan

1. Al-Muktamad Fil Fiq As
Syafie 5 Jilid Bahasa Arab
akan menjadi 11 Jilid Bahasa
Melayu
2. Terjemahan Tafsir Surah Yasin
3. Fatwa-fatwa Hal Ehwal
Rumahtangga


Buku-buku Yang Dalam Proses
Penyiapan/Penyempurnaan/Pemurniaan

1. Kanak-kanak Di Zaman Rasulullah
2. Santunan Rasulullah Pada Non Muslim
3. Senjata Tok Lebai
4. Klinik Solat Anda
5. Fiqh Qada Ibadah
100 Persoalan Puasa


93







1.























Kepada keluarga tersayang yang sentiasa
mengorbankan masa emas kalian yang sepatutnya
kalian miliki tetapi terpaksa dikongsikan dengan
laptop dalam rangka menyiapkan pelbagai kitab.
Semua pahala jika ada daripada penulisan ini
kami dedikasikan kepada kedua ibubapa kami di
Kuala Lumpur dan Kedah serta kepada guru-
guru kami,,,,.Azhar & Fadilah
terutama sahabat-sahabat lama di
Badan Kebajikan Anak Kuala
Lumpur Mesir, sejarah dimana
bermulanya penulisan buku ini dan
penerbitannya.

Terima Kasih kepada semua
yang memberi sumbangan di
dalam penerbitan buku kecil ini

You might also like