Bloom

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TAKSONOMI DAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM -Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan

organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. - Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: I Domain Kognitif II Domain Afektif III Domain Psikomotor Domain Kognitif - Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. - Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahanbahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. - Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. - Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Domain Afektif - Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan. - Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks. - Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan). Domain Psikomotor - Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. - Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kesimpulan - Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. - Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. - Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM - Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. - Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). - Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Pengetahuan - menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. - Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. - Contoh soalan :- Pelancong Barat lebih suka..di bawah matahari. A. dijemur B. berjemur C. berjemur D. menjemur Kefahaman - Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. - Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai. - Contoh soalan :- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah : - Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit. A. Ke manakah Fahrin pergi? B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital? C. Siapakah yang pergi ke hospital? D. Fahrin berada di hospital? Aplikasi - Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. - Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. - Contoh soalan:- Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian. Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu? i. Sejuk iii. mendung ii. Berangin iv. Panas A. i dan ii sahaja B. i dan iii sahaja C. ii dan iv sahaja

D. iii dan iv sahaja Analisis - Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. - Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya. - Contoh soalan:(a) Bezakan maksud bersama dengan bersama-sama. (b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara. Sintesis - Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. - Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya. - Contoh soalan:Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat. Penilaian - Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. Contoh soalan :Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar. TAKSONOMI KRATHWOHL - Diasaskan oleh, David R. Krathwohl - Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. - Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. - Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL Perwatakan Organisasi Penilaian Gerak balas Penerimaan

Penerimaan - Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. - Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. - Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu : (a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. (b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. (c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian . Gerak balas - Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. - Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Penilaian - Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. - Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Organisasi - Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. - Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. - Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Perwatakan - Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENTAFSIRAN Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan. Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir. Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan. Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Konteks pendidikan Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

PENGUJIAN Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajarpelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

PENILAIAN Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk

mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) -Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p -Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai Jadual Penentuan Ujian (JPU) -Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU) -Satu blue print ujian / test specification -Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran -Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan -Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian -Membantu penggubal membina item soalan Tujuan JPU -Ujian tidak dibina secara sembarangan -Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian -Panduan kepada penggubal soalan -Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa -Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU -Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran -Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU -Ada tajuk yang hendak diuji -Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji -Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji -Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian -Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU -Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji -Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran -Bina carta dua hala -Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran -Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid -Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPU Kandungan ujian berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi : i skop atau kedalamannya ii bilangan item untuk setiap tajuk iii wajaran Kemahiran meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom) Jenis dan jumlah item berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran Wajaran peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat representative kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

PEMBINAAN UJIAN Jenis Item Ujian Ujian objektif Ujian subjektif / esei Item Ujian Objektif Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa. Hanya satu jawapan yang betul Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan Jenis-jenis item ujian objektif Item pilihan jawapan bebas Item pilihan jawapan tetap Item pilihan jawapan bebas Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan lenkapkan pernyataan berikut contoh Item jawapan pendek i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23 ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat? i. ____________ Item jawapan melengkapkan i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________ ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut a. Johor __________ b. Perlis __________ Item Item Item Item Item Item pilihan Jawapan Tetap betul/salah memadankan pengelasan susun semula aneka pilihan

Item Aneka Pilihan Bentuk soalan Ayat tidak lengkap Jenis jawapan terbaik Jenis negatif Interpretif

Cantuman Soalan Objektif Aneka Pilihan Mengandungi dua bahagian - Stem pokok soalan / tugasan soalan - Opsyen - pilihan jawapan yg diberi Pilihan mengandungi : Kunci jawapan yang betul Pengganggu (distracktor) bukan jawapan Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses A pemeluwapan B penyulingan C pendidihan D elektrolsis Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses stem A,B,C,dan D opsyen A,B, dan C pengganggu D - jawapan Stem Soalan Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan Opsyen, Pengganggu dan Kunci Pilihan jawapan sama dengan stem soalan Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam Elakan memberi bayangan Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun Elak mengulang maklumat yang sama Pastikan satu sahaja jawapan Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah? A Ammeter B Voltmeter C Meter pH D Multi meter Ayat tidak lengkap Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul. Contoh : Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap A kemasukan buruh asing beramai-ramai B industri membuat kereta berkembang pesat

C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat Jenis Jawapan Terbaik Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik Contoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi? A. Memeriksa soalan demi soalan B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item Negatif Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti kecuali, yang tidak benar, bukan, dan tidak Contoh: Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali A sesuai digunakan untuk ujian sumatif B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

Soalan Item Interpretif Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan Contoh: Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada A internet B perdagangan C telekomunikasi D pengangkutan

Jenis Cantuman/Gabungan Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul Contoh: Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu? I. Jong II. Rakit III. Perahu IV. Kapal layar

A. I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV Cara Menulis item Aneka Pilihan Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap Soalan hendaklah ringkas tetapi padat Pilihan jawapan juga perlu ringkas Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul Pokok soalan tidak membayangkan jawapan Aras Item Objektif Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian Item Aras Pengetahuan Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila Con: Bilakah Malaysia merdeka? (A) 1957 (B) 1964 (C) 1967 (D) 1969 Item Aras Kefahaman Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang (B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya Item Aras Aplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb Con: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim. (A) RM17.00 (B) RM19.00 (C) RM 21.00 (D) RM 23.00 Item Aras Analisis

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan A air dan cahaya B air dan karbon dioksida C air, oksigen dan cahaya D air, karbon dioksida dan cahaya Item Aras Sintesis Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan. Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas (A) oksigen (B) hidrogen (C) nitrogen (D) karbon dioksida Item Aras Penilaian Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah (A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling Ujian Esei/Subjektif Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan) Jenis soalan subjektif Jawapan pendek Soalan berstruktur Soalan esei Soalan pendek/respon terhad Terhad apa yang harus dijawab Contoh soalan - senaraikan lima komponen utama

- nyatakan tiga kelebihan - apakah definisi mengikut ? Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara . Cth: Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi Aras Item Subjektif Mengingat semula Con: Berikan definisi Siapakah Apakah Fahaman Con: Bandingkan Huraikan Apakah tujuan Aplikasi Con: Bagaimanakah Terangkan cara Analisis Con: Mengapakah / apakah punca Terangkan sejauh mana Sintesis Con: Jelaskan Berdasarkan, huraikan Penilaian Con: Nilaikan idea Mengikut , apakah pendapat anda Panduan Menulis Soalan Esei Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

kesimpulan JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

JENIS PENILAIAN BAHASA UJIAN FORMATIF merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. TUJUAN Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran. Pelajar mengetahui kelemahan mereka. Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan. PROSEDUR UJIAN FORMATIF Menentukan tajuk pengajaran Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun. Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran. Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil. Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar. Menentukan aspek dan tahap penguasaan Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar. Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut. Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu. Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah. Membina soalan ujian Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan. Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini. Mencadangkan tindakan susulan Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini. Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran UJIAN SUMATIF v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun). v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.

Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR

TUJUAN Memberikan gred kepada pelajar membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar. Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak. LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaran Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan 2. Membina Soalan Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab 3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong. Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya 4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi. Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira Menyiapkan Skema Pemarkahan Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah

UJIAN BAKAT Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Terbahagi kepada 2 kumpulan; i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu UJIAN PENCAPAIAN

Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi. Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji Tujuan Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria Ujian Rujukan Norma membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR). Ujian Rujukan Kriteria membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan

You might also like