Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK SENTOSA, TAMAN BANDAR BARU, 31900 KAMPAR, PERAK MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PSS BILANGAN 1 TAHUN

2011 Tarikh Masa Tempat Agenda : 14 hb September 2011 : 2.10 petang : Pusat Sumber SMK Sentosa : 1. Ucapan Pengerusi 2. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3. Perkara berbangkit
3.1 Program Tahunan 3.2 Rekod Peminjaman & Pemulangan Buku 3.3 Program NILAM 3.4 Projek-projek Khas 3.5 Keceriaan & Kebersihan 3.6 Stok dan Inventori 4. Hal-hal lain

Kehadiran

: 1. 2. 3. 4. 5. Encik Hassan Azahari Bin Yunus Encik Ahmad Tasdiqi Bin Ahamad Thamizi Cik Jurina Bt Mohamed Yusof Puan Mahkhuzah Bt Saari Muhammad Zuhairi B Zainal Abidin (Naib Pengerusi 1) (Setiausaha) (Penolong Setiausaha) (AJK) (Wakil Pengawas PSS)

Tidak Hadir

: 1. Tuan Haji Saidi Bin Ngah Abd. Said 2. Puan Yasmin A/P Abdul Gafor 3. Puan Lee Chew Ing

1. Ucapan Pengerusi 1.1. Encik Hassan Azahari mempengerusikan mesyuarat dengan memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para guru pada mesyuarat ini. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat diadakan adalah bertujuan untuk memastikan proses kerja berjalan dengan lancar. Tindakan: Makluman 2. Menerima Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1. Tiada Tindakan: Makluman

3.

Perkara Berbangkit 3.1. Program Tahunan 3.1.1. Bilik Media 3.1.1.1.Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa antara program yang ada di Bilik Media ialah penggunaan Kampus Astro, EDUWEBTV dan P&P menggunakan ICT oleh guru-guru. Namun begitu, tidak ramai guru yang menggunakan Kampus Astro dan EDUWEBTV untuk P&P mereka. 3.1.1.2.Antara aktiviti sampingan yang diadakan ialah membaiki kerusi yang rosak di dalam Bilik Media yang dilakukan oleh Unit Bilik Media. Tindakan: Makluman 3.1.2. Sistem Fail 3.1.2.1.Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa matlamat utama perkara ini adalah mewujudkan fail-fail yang dikehendaki ada di PSS. Ianya berdasarkan bahan panduan yang diberikan oleh PKG. Namun begitu, Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan hanya sedikit sahaj fail yang dapat disediakan kerana kekangan masa untuk memberi tumpuan bagi perkara tersebut. Tindakan: Makluman 3.1.3. Program Kembara Buku 3.1.3.1.Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa program ini lebih kepada murid-murid lepasan PMR supaya masa lapang mereka diisi dengan perkara yang berfaedah. Program ini mendapat maklum balas yang positif kerana ianya berjaya menarik minat murid. Pada tahun 2010, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Untuk tahun 2011, program ini akan cuba diadakan jikalau berkesempatan. Tindakan: Makluman 3.2. Rekod Peminjaman & Pemulangan Buku 3.2.1. Saudara Muhammad Zuhairi memaklumkan bahawa rekod peminjaman & pemulangan buku adalah memuaskan. Antara permasalahan yang wujud adalah ketiadaan analisis peminjaman & pemulangan buku dilakukan. Tindakan: Makluman 3.2.2. Encik Hassan Azahari menyatakan bahawa rekod peminjaman buku harus diadakan dan analisis perlu dilakukan sekurang-kurangnya analisis bulanan. Tindakan: Pengawas PSS & GPM

3.2.3. Dari segi pemulangan buku, Saudara Zuhairi memaklumkan bahawa bagi murid yang tidak memulangkan buku akan dikenakan denda RM0.20 sehari, bermula sehari selepas tarikh pemulangan buku yang telah dimaklumkan kepada murid tersebut. Tindakan: Makluman 3.2.4. Encik Hassan Azahari menyatakan bahawa bagi aspek pemulangan buku, peringatan kepada murid yang tidak memulangkan buku harus diberikan penekanan. Tindakan tegas harus diambil kepada murid tersebut. Tindakan: Pengawas PSS & GPM 3.2.5. Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa bagi aspek pemulangan buku, Unit Kaunter telah membuat analisis dan mengenal pasti murid-murid yang tidak memulangkan buku pada masa yang ditetapkan. Proses mengejar muridmurid ini sedang berlangsung ketika ini. Tindakan: Makluman 3.2.6. Encik Hassan Azahari mencadangkan agar setiap hari Isnin diadakan peringatan tentang pemulangan buku dan promosi buku-buku baru. Tindakan: GPM 3.3. Program NILAM 3.3.1. Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa guru yang dipertanggungjawabkan tentang perkara ini pada awal tahun adalah Puan Mahkhuzah. 3.3.2. Encik Hassan Azahari menyatakan bahawa buku NILAM murid seelok-eloknya diletakkan terus di PSS untuk memudahkan penyimpanan rekod dan Cik Jurina menyatakan bagi perkara ini seelok-eloknya diadakan rak khas bagi penyimpanan buku NILAM murid ini. 3.3.3. Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa kawasan khas untuk simpanan buku NILAM murid memang ada di PSS. 3.3.4. Cik Jurina mencadangkan agar guru-guru yang diberi tanggungjawab relief membuat program NILAM di PSS untuk menambahkan lagi rekod bacaan murid. 3.3.5. Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan terdapat sedikit kekangan yang mana Koperasi Sekolah menempah buku NILAM yang mencukupi sahaja. Terdapat masalah bagi murid untuk membeli buku tambahan bagi meningkatkan rekod bacaan mereka. Tindakan: Makluman 3.4. Projek-Projek Khas 3.4.1. Proses Buku

3.4.1.1.Ekoran penarikan Pembantu PSS, Puan Fazila ke pejabat, proses buku tergendala kerana kepakaran tersebut dimiliki oleh Puan Fazila. Ekoran tersebut, semua buku baru tidak diproses. Tindakan: Makluman 3.4.2. Automasi Pusat Sumber 3.4.2.1.Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa program ini amat membantu bagi tujuan stok, NILAM dan pengurusan pinjam dan pulang buku. Namun begitu, perkara ini harus diberi tumpuan. Ekoran kekangan yang dihadapi oleh Encik Ahmad Tasdiqi, program ini masih belum dapat dilaksanakan dengan baik. Tindakan: Makluman 3.4.3. Keceriaan 3.4.3.1.Encik Hassan mencadangkan jikalau boleh pengawas PSS mengadakan latihan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan PSS dan jati diri pengawas PSS di samping hiasan dan keceriaan PSS. Tindakan: GPM 3.5. Kebersihan dan Keceriaan 3.5.1. Encik Hassan memaklumkan agar dipertingkatkan lagi kebersihan dan keceriaan PSS dari semasa ke semasa supaya dapat menarik minat ramai murid dan guru-guru untuk datang ke PSS. Tindakan: GPM dan Pengawas PSS 3.6. Stok dan Inventori 3.6.1. Encik Hassan mengajukan tentang butiran stok dan inventori samada ada rekod dilakukan. Encik Ahmad tasdiqi memaklumkan bahawa rekod bagi stok dan inventori tidak begitu kemas dan teratur. Perkara ini akan diberi lebih penekanan pada masa akan datang. Tindakan: GPM 4. Hal-Hal Lain 4.1. Encik Ahmad Tasdiqi menekankan kembali, bagi aspek kebersihan & keceriaan, ianya akan diuruskan oleh Cik Jurina, bagi aspek NILAM, ianya akan diuruskan oleh Puan Mahkhuzah, dan selebihnya akan diuruskan oleh Encik Ahmad Tasdiqi Tindakan: Makluman dan guru-guru yang berkenaan 4.2. Encik Hassan memaklumkan kemungkinan Guru Perpustakaan dan Media pada tahun 2012 kemungkinan adalah guru baru yang akan dimaklumkan kemudian dan jika berlaku, Encik Hassan memaklumkan kepada Encik Ahmad Tasdiqi agar membantu guru yang berkenaan kelak. Encik Hassan juga mengalu-alukan cadangan nama bagi

Guru Perpustakaan dan Media yang baru, jika ada, supaya boleh dijadikan rujukan beliau. Tindakan: Makluman 4.3. Encik Ahmad Tasdiqi mengajukan persoalan samada sekolah akan dapat Pembantu PSS ataupun tidak kerana ianya amat diperlukan dalam melancarkan proses pengurusan PSS sepertimana yang pernah wujud sebelum tahun 2011. Tindakan: Pentadbir 4.4. Encik Hassan Azahari mengajukan persoalan samada PSS akan dibuka ketika cuti sekolah ataupun tidak.. Encik Ahmad Tasdiqi memaklumkan bahawa PSS tidak dibuka ketika cuti sekolah. Tindakan: Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang. Disediakan Oleh: . (Encik Ahmad Tasdiqi Bin Ahamad Thamizi) Setiausaha Jawatankuasa PSS SMK Sentosa Disemak Oleh: .

You might also like